You are on page 1of 2

Latihan 1:

____________seorang budak yang baik hati dan jujur.


Di manakah ____________tinggal.
____________bertiga merupakan sahabat karib.
"Dayang,____________ingin bersantap sekarang juga," titah Sultan Mahmud.
Puan Monaliza ialah guru kelas saya. ____________ seorang guru yang penyayang
dan baik hati.
"Sembah____________harap diampun,"kata Laksamana Kirana kepada
____________Sultan Rauddin Syah.
"____________akan ke rumah awak esok,"kata Rauna dan Rauni kepada ____________.
Cis, berani ____________membuli adikku!

baginda
mereka
beliau

beta
awak

patik
dia

engkau
saya

kami

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata Ganti Nama Diri
terdiri daripada 3 jenis,iaitu:

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Kata Ganti Nama Diri Ketiga


Kata Ganti Nama Diri Pertama
1.

Saya : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.

2.

Aku : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.

3.

Beta : digunakan oleh raja.

4.

Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan raja.

5.

Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.

6.

Kita : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk orang yang diajak bercakap.

Kata Ganti Nama Diri Kedua


1.

Anda : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau pertemuan.

2.

Awak : digunakan untuk bercakap dengan kawan.

3.
Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya, digunakan untuk
membahasakan Tuhan semasa berdoa.
4.

Kamu : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang yang lebih muda.

5.
Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada orang yang bercakap atau
lebih daripada seorang.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
1.

Dia/Ia : digunakan untuk orang biasa.

2.

Beliau : digunakan untuk orang yang terhormat.

3.

Baginda : digunakan untuk raja.

4.

Mereka : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada seorang.

You might also like