You are on page 1of 58

WEDNESDAY, MARCH 25, 2009

DISIPLIN PELAJAR
Posted by Warung Ilmu... at 12:25 AM

PENGENALAN ISU YANG DIPILIH Isu disiplin banyak terpapar di dada-dada akhbar, majalah, ditulis di blog-blog, menjadi tajuk-tajuk pilihan tesis dan sebagainya. Namun sejauh manakah kita memberi perhatian dan mengambil berat isu ini samada sebagai seorang guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat?. Dari situ kita dapat timbulkan satu persoalan, mengapa isu disiplin ini sering diutarakan?. Apakah kepentingannya kepada pembentukan diri pelajar dan apakah kesannya kepada negara?. Isu disiplin yang terbaru ialah pada 25 September 2008, dikeluarkan kenyataan bahawa masalah salah laku disiplin murid menurun pada kadar purata 2.03 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2003 melibatkan 5.4 juta murid seluruh negara. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, penurunan itu berjaya dicapai selepas kementerian melaksanakan beberapa program untuk menangani masalah disiplin termasuk pelaksanaan sistem aduan disiplin. Katanya, berdasarkan statistik menunjukkan kes salah laku murid menurun dari setahun ke setahun sebanyak 1.53 peratus dilaporkan pada 2006, 1.33 peratus (2007) dan 1.27 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Penurunan masalah disiplin itu berlaku hasil daripada tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin yang diwujudkan oleh kementerian bagi menangani gejala berkenaan. (Utusan Malaysia, 26 September 2008) Penurunan kadar peratus salah laku ini menunjukkan bahawa kesedaran dan keprihatinan semua pihak tentang pentingnya disiplin ini sudah timbul. Misalannya, eDisiplin di semua sekolah menengah iaitu sistem pengurusan masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik berasaskan teknologi web akan mula diperluaskan kesemua 2100 sekolah menengah seluruh negara. Sistem ini telah dibangunkan oleh Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan). (Utusan Malaysia, 5 Mei 2008) .Ini menunjukkan bahawa isu disiplin ini mendapat keprihatinan dari semua pihak dan membuktikan bahawa ada usaha-usaha dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Pelbagai program dilaksanakan sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun heboh pula masalah buli siber di sekolah di mana ia merupakan satu cabaran baru di sekolah. Juga dinyatakan di dalam Utusan Malaysia, 5 Mei 2008. Masalah ponteng sekolah, merokok, penyalahgunaan dadah yang masih berlaku dan lain-lain lagi. Dari situ,kita dapat buat kesimpulan bahawa walaupun kadar peratusan masalah salah laku ini telah menurun, semua pihak harus ada usaha berterusan bagi menjadikan kes disiplin sifar. Ketidakpedulian kita akan memberi ruang dan peluang kepada masalah disiplin baru untuk muncul. Semua ini perlu diberi perhatian dan ambil berat kerana pelajar sekolah bukan sekadar pelajar sekolah dan terus kekal begitu, tetapi mereka yang bakal meningkat menjadi pemimpin-pemimpin negara suatu hari kelak. Disiplin

itu perlu dibentuk sejak dari kecil. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

KONSEP DISIPLIN Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin ini merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan. Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman. TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH Disiplin adalah satu keperluan kepada pelajar supaya dapat berfungsi dengan baik. (Charles H.Madsen & Clifford K. Madsen, 1970) Jika dilihat dari konteks sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Oleh kerana itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajarnya supaya berkelakuan baik dan dapat mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila pelajar-pelajar dapat mendisiplinkan diri, suasana pembelajaran yang sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan dapat dijalankan. (Mok Soon Sang, 2008) Menurut ( Ang Jit Eng 2007) Moles 1989 menegaskan dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah adalah: Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid. Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran. Gangguan disiplin berupa salah laku murid yang serius dapat menggagalkan kedua-dua objektif ini selain daripda menyebabkan insiden-insiden itu tersiar di media massa. Oleh yang demikian, pengurusan dan pengawalan disiplin murid adalah suatu tanggungjawab pihak sekolah yang penting. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin bermaksud: Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib. Kesanggupan seseorang menghormati hak inidividu lain, Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina.

Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat. KEPENTINGAN UMUM DISIPLIN Disiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian. (Ang Jit Eng, 2007) JENIS-JENIS DISIPLIN Disiplin terbahagi kepada empat jenis yang utama iaitu:Disiplin arahan guru Disiplin arahan kerja Disiplin arahan kumpulan Disiplin arahan diri Disiplin arahan guru Disiplin arahan guru adalah cara dan tuasguru menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Guru mungkin bersikap autokratik dalam mengawal disiplin pelajar. Namun guru perlu membuat pertimbangann sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin supaya ia tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau bertindak memberontak. Jadi, motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat pelu digalakkan. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) Disiplin arahan kerja Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan. Disiplin ini mempunyai ciri motivasi yang positif. Hal ini kerana ia menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. Namun,tidak semua pelajar dapat mnyelesaikan tugasan seperti yang diajdualkan. Oleh sebab itu, disiplin arahan kerja ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan itu menarik, bermakna, sesuai dengan umur dan keupayaan pelajar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan. (Mok Soon Sang, 2008) Disiplin arahan kumpulan

Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan. Mana-mana ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi nilai kumpulan akan disingkirkan. Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) Disiplin arahan diri Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuanperaturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum. Disiplin arahan diri ini adalah yang paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin. (Mok Soon Sang, 2008) MASALAH DISIPLIN MASA KINI Masalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Masalah-masalah yang timbul pada masa kini dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu :Jenayah Kelakuan negatif Membolos Menipu Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori jenayah ialah merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah. Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori kelakuan negatif pula ialah berambut panjang, memakai sepatu dan stokin berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, membuli rakan yang lemah, tidak

membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru. Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori membolos ialah ponteng kelas, ponteng sekolah,ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke perhimpunan sekolah, berkhayal atau tidur dalam bilik darjah. Manakala jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori menipu pula ialah meniru di dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura sakit. (Mok Soon Sang, 2008) Masalah-masalah disiplin ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Ia Dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu :Semasa pengajaran dan pembelajaran. Contohnya melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas. Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan guru) Contohnya melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli rakan, berkeliaran, makan, membuat bising, merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, papan kenyataan, menipu(melibatkan wang)rakan, mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) Menurut (Mok Soon Sang, 2008) Laporan Disiplin Pelajaran Sekolah Malaysia, data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran adalah diturunkan seperti berikut: Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Rendah Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng. Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi,mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, membuli, mengancam murid. Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah dan membaca komik lucah. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai kasut kotor. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, tidak buat kerja sekolah mengikut masa. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru,pengawas atau murid, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran,tidak hormat guru atau pengawas, kelakuan kurang sopan. Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah merosakkan harta

benda sekolah, guru dan murid. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu (melibatkan wang), menipu sekolah, guru dan murid. Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas, sekolah, aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan aktiviti sekolah. Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Menengah Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah menengah adalah lebih kurang sama juga sepertimana salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah di mana ia terdiri daripada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng.Namun salah lakunya adalah lebih berat dan rumit iaitu:1. Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi, melawan guru, pengawas dan pelajar, memeras ugut, membuli, salahguna dadah, membawa senjata, mencabuli kehormatan, mengancam pelajar, menceroboh, terlibat dalam kongsi gelap, tunjuk perasaan, menentang peraturan sekolah dan pihak sekolah. 2. Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah bercumbuan, berkhalwat, membawa atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar perempuan, menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah. 3. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, bermisai atau berjanggut, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai barang kemas. 4. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah,bengkel, makmal atau bilik darjah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, sembunyi diri dalam perpustakaan atau tandas, tidak buat kerja sekolah mengikut masa. 5. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru, pengawas atau pelajar, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran pembelajaran,tidak hormat guru atau pengawas. 6. Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah merosakkan harta benda sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin. 7. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu (melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin 8. Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas, sekolah, perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelas tambahan, tugas sekolah dan aktiviti sekolah. Mengikut analisis, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi berlaku di peringkat sekolah menurut urutan ialah:1. Ponteng sekolah 2. Mencuri 3. Mengancam murid sekolah 4. Berkasar dengan murid sekolah 5. Berbahasa kesat

6. Datang sekolah/masuk kelas lambat 7. Membuat bising dan menggangu pelajaran 8. Merosakkan harta benda sekolah 9. Ponteng aktiviti kokurikulum 10. Ponteng kelas PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN Guru - Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai. Guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) Guru yang bijak,kreatif dan inovatif dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin dapat dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999) - Perwatakan dan sahsiah guru Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru yang disukai murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan. - Hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan

dikurangkan. Suasana bilik darjah kurang selesa - Bilik darjah yang tidak selesa Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar enyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,merekatidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. - Bilangan murid yang terlalu ramai Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Kesihatan murid kurang baik Pelajar yang kurang sihat atau tidak mendapatmasa rehat yang mencukupi tidak akan dapat menumpukan perhatian mereka di dalam kelas. Mereka sering mengantuk, tidak cergas dan tidak mampu melibatkan diri secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, kemungkinan besar daripada mereka akan meniru pelajar lain atau tidak membuat langsung tugasan yang diberikan. Dapat direnung bersama bahawa pada masa ini, berapa ramaikah guru yang menyoal tentang kesihatan pelajarpelajarnya sebelum memulakan pembelajaran. Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi Pihak sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian dan prestasi akademik juga sebenarnya merupakan punca timbulnnya masalah disiplin ini.Hal ini kerana pelajar-pelajar yang tidak mampu mencapai aspirasi sekolah sebagaimana diharapkan biasanya lebih cenderung untuk menimbulkan masalah disiplin. (Mok Soon Sang, 2008)

Pengaruh negatif. - Pengaruh negatif dari keluarga Keluarga merupakan unit sosial terkecil yang menjadi asas utama perkembangan diri. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan keperibadian. Kualiti kehidupan rumahtangga akan memberi kesan kepada kualiti tingkahlaku. Keluarga yang aman damai, akan melahirkan anak-anak yang berperibadi normal dan baik. Sebaliknya jika rumahtangga bermasalah,adanya konflik, perceraian dan sebagainya lagi akan menimbulkan anak-anak yang bermasalah. Kebanyakan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Sentiasa murung, menyendiri. Hal ini kerana mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa dan ahli keluarga. Lalu, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai seperti mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan pelbagai masalah disiplin lagi akan timbul. Peribadi ahli keluarga yang tidak bermoral dan berakhlak juga akan mempengaruhi diri pelajar lantas terbawa-bawa sehingga ke dalam bilik darjah. Contohnya suka mengeluarkan kata-kata kesat dan lain-lain lagi. (Ibrahim Mamat,1997) - Pengaruh negatif dari rakan sebaya. Rakan sebaya juga mempengaruhi sahsiah dan keperibadian pelajar. Pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta benda sekolah, ponteng kelas, bersembunyi di dalam tandas dan sebagainya lagi. (Ibrahim Mamat,1997).Kebanyakan pelajar melakukan semua itu supaya mereka diterima di dalam sesebuah kumpulan yang sengaja diwujudkan oleh pelajar-pelajar bermasalah ini. - Pengaruh negatif dari media massa. Perkembangan media cetak dan media elektronik juga merupakan punca terjadinya masalah disiplin. Media cetak menyajikan fesyen-fesyen, hiburan, gaya hidup yang pelbagai. Manakala perkembangan pesat teknologi maklumat pula seperti budaya cybercafe, chatting di internet, kebebasan melayari aneka laman web menjadikan pelajar dapat mengetahui sesuatu itu dengan mudah. Pelajar yang mudah terikut dengan gerak hati anak muda akan mudah meniru atau terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Contohnya datang ke sekolah dengan fesyen dan gaya rambut yang pelbagai, menubuhkan kumpulan mereka yang tersendiri, membawa bahan-bahan lucah ke sekolah dan banyak lagi. (Azizan Bahari, 2003)

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN

1. Peranan pelajar. Dalam menangani masalah disiplin ini, pelajar juga boleh memainkan peranan. Mereka perlu mempunyai kesedaran mendisiplinkan diri, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sekolah, menjaga diri daripada terjebak dengan masalahmasalah disiplin, elakkan daripada berkawan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini kerana dikhuatiri akan terpengaruh. 1. Peranan guru Guru perlu menguruskan bilik darjahnya supaya pelajar tidak bosan di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Suasana yang kondusif ini hanya dapat diwujudkan apabila semua murid mengikut peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. (Mok Soon Sang, 2008) Guru juga perlu menggunakan mempelbagaikan kaedah ketika mengajar. Menurut ( Mok Soon Sang,1991) tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik yang dipilih haruslah berdasarkan umur, kecerdasan,kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar. Apabila pelajar dapat melibatkan diri secara baik di dalam bilik darjah, maka sudah tentu masalah disiplin dapat diminimumkan. Seorang guru perlu jujur dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar mahu menghabiskan sukatan pelajaran. Tetapi benar-benar mahu mendidik. Sikap ini perlu ditunjukkan oleh semua guru. (James Dunhill, 1964) Mengikut (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) guru juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Masa untuk sesuatu waktu pengajaran digunakan secara maksimum bagi mengelak murid tidak ada masa melakukan kerja-kerja lain. Guru juga perlu mempamerkan keyakinan diri semasa berada di dalam kelas supaya murid juga yakin dengan kebolehan guru. Suara guru perlu jelas dan bahasa yang digunakan mudah difahami oleh semua pelajar. Guru perlu tegas dalam memberi tugasan dan arahan supaya pelajar dapat akur dengan kehendak dan arahan guru. Tegas di sini tidak membawa maksud autokratik, sebaliknya demokratik. Guru perlu sedar tugas mengawal disiplin pelajar adalah tugas semua guru lebih-lebih lagi yang melibatkan waktu pengajaran guru. Segala salah laku yang berlaku dalam bilik darjah perlu ditegur dengan segera. Pada masa yang sama guru perlu mesra dengan pelajar dan mengelak daripada ada unsur pilih kasih dalam melayan karenah murid supaya pelajar senang dengan guru. Apabila senang dengan guru berkenaan,masalah disiplin yang timbul hasil daripada hubungan tidak baik dengan guru dapat dikurangkan. Guru kelas juga perlu peka dengan persekitaran bilik darjah yang kurang menyenangkan.Guru perlu kreatif dan proaktif dalam membina persekitaran bilik darjah yang ceria dan kondusif supaya masalah disiplin yang timbul akibat ketidakselesaan murid dapat diatasi. Penghargaan dan pujian perlu diberi kepada yang berkelakuan baik, di samping memupuk nilai-nlai murni di kalangan murid. Murid yang mempunyai masalah

peribadi perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak menimbulkan masalah disiplin.(Abd. Ghafar Mad Din, 2003) 2. Peranan Staf dan Pentadbir sekolah Pelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab bersama,bukan tugas Guru Besar atau Pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru Disiplin, semata-mata tetapi semua staf dan pentadbir sekolah samada guru bimbingan dan kaunseling, ketua warden dan warden asrama, guru-guru agama dan moral hatta tukang kebun sekalipun. Semua boleh memainkan peranan masing-masing. (Ang Jit Eng,2007) Antara yang boleh dilakukan ialah:- Memastikan semua tatacara pengurusan disiplin bilik darjah dipatuhi oleh guru dan pelajar. Pemantauan yang berterusan perlu dibuat dari semasa ke semasa. - Memastikan bilangan murid di dalam sesebuah kelas mematuhi syarat saiz kelas yang ditetapkan. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) - Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah demi kebaikan mereka. - Menyediakan pelbagai kemudahan sekolah seperti alat bantu mengajar, tempattempat duduk , kipas ngin dan kemudahan-kemudahan yang lain. Kemudahan tempat duduk contohnya di bawah pohon-pohon yang rendang,di taman bunga atupun pondok bacaan supaya dapat memberi keselesaan kepada murid. - Meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dengan mengadakan aktiviti gotong royong, pertandingan kebersihan dan sebagainya. - Menyediakan sistem perkhidmatan psikologi. Ia penting supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah dan selalu membuat masalah disiplin. - Mempertingkatkan sistem kelab dan persatuan. Contohnya mewujudkan Persatuan Kebajikan Murid atau Kelab Pencegahan Jenayah. - Memantapkan sistem dan struktur kepimpinan murid. Melalui aktiviti kepimpinan contohnya program kepada Kelab Pengakap atau pegawas-pengawas sekolah, mereka akan dilatih agar memupuk diri dengan nilai-nilai yang murni seperti berdisiplin, bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya. 3. Peranan Ibu bapa Tugas untuk mendisiplinkan pelajar bukan hanya terletak di bahu guru-guru, staf dan pentadbir sekolah,namun ibu bapa juga berperanan penting dalam mengawalnya. Antara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal masalah disiplin ialah:- Selalu merujuk kepada pihak sekolah dalam hal disiplin anak. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini supaya ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai masalah anak-anak yang berlaku dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin. - Memberi pengetahuan agama di samping menjadi contoh teladan kepada anak-anak. Melalui didikan agama yang diberikan, anak-anak dapat menilai dan membezakan mana yang baik,mana yang buruk,apa yang dilarang dan disuruh oleh agama. Contohnya apabila anak-anak melayari internet atau membaca bahan-bahan bacaan.

Dengan sendirinya mereka dapat membuat keputusan yang terbaik. - Memberi kelonggaran tertentu dan tidak terlalu mengongkong tetapi mengambil tahu pergerakan dan aktiviti-aktiviti anak-anak. Ibu bapa perlu mengetahui dengan siapa anak-anaknya berkawan. - Menggalakkan anak-anak mempunyai hubungan mesra di dalam keluarga. - Menunjukkan minat terhadap pelajaran anak-anak. - Memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang yang diminati. - Mengamalkan sikap menghormati anak-anak dan menggalakkan anak-anak menghormati diri, keluarga dan orang lain .(Ibrahim Mamat, 1997) 4. Peranan Komuniti Menurut (Ang Jit Eng,2007), komuniti setempat juga boleh menjadi mata dan telinga dalam mengawal masalah disiplin ini. Komuniti setempat yang terdiri daripada badanbadan atau pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan seperti polis, bomba, majlis tempatan,penghulu, JKK Keselamatan, JK tempat-tempat beribadat dan sebagainya dapat diminta memberi kerjasama mereka untuk menyampaikan mesej kepada ibu bapa tentang kepentingan disiplin murid di sekolah di samping membantu untuk melaporkan salah laku yang dilakukan oleh murid di luar sekolah. Apabila murid-murid dapat merasakan komuniti setempat melaporkan kes-kes ponteng,lepak,merokok dan salah laku yang lain kepada pihak sekolah, mereka lebih segan atau berhati-hati apabila cuba melakukannya berbanding dengan komuniti yang tidak mengambil tahu pada salah laku yang dilakukan.

PENUTUP Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia serta pertolonganNya saya dapat selesaikan tugasan ini dengan lancar. Dan penghargaan buat Dr. Habib Mat Som kerana banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya.Tidak lupa juga saya kepada sahabat-sahabat serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyelesaikan kajian ini. Sesungguhnya dapat saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa masalah disiplin yang berlaku ini adalah satu isu yang sangat penting. Apabila berlaku masalah ini, kita tidak boleh menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya perlu saling bekerjasama membantu mengurangkan masalah ini. Samada pihak guru, pengetua, ibu bapa, staf dan bahagian pentadbir sekolah sahaja. Masyarakat juga boleh menjadi mata dan telinga dalam menyelesaikan masalah ini untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan tenteram. Apabila masalah didiplin dapat dikawal,pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Dari situ akan lahir pelajar-pelajar yang cemerlang akademik dan peribadi. Mereka inilah yang bakal menerajui mercu kepimpinan

negara. Jelas di sini bahawa isu disiplin ini bukan isu main-main dan hanya dipandang enteng. Tetapi merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Harapan saya, semoga segala usaha ini akan mendapat ganjaran serta keredhaan daripada Allah S.W.T. RUJUKAN Abdul Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran Interpersonal untuk guru bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Rahim Abdul rashid. (1999). Profesionalisme motivasi pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah, sejarah dan kaedah pengajaran pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azizan Bahari. (2003). Generasi muda menangani cabaran. Selangor: Qarya Sdn. Bhd. Dunhill J. (1964). Discipline in the classroom. London: University of London Press LTD. Eng, A. J. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ibrahim Mamat. (1997). Memimpin remaja sekolah : Teori dan praktik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Madsen C. H. & Madsen C. K. (1970). Teaching discipline : A positive Approach for Educational Developement. United States: Leora Haywood. Rahana Mohd. Dahari. (2008, Mei 5). E-Disiplin di semua sekolah menengah. Utusan Malaysia, hlm. 6 Rahana Mohd. Dahari. (2008, Mei 5).Buli siber cabaran baru di sekolah. Utusan Malaysia, hlm. 6 Sang M. S. (1991). Pedagogi 2 : Strategi pengajaran dan pengajaran mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Sang M. S. (2008). Pengurusan hal ehwal murid. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Shahabuddin Hashim, Rozihani Yaakub & Mohd Zohir Ahmad. (2007). Strategi dan teknik mengajar berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Tengku Sarina Tengku Aini & Yusmini Md. Yusoff. (2006). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Pengurusan Bilik Darjah by Khairi hj Alwi


PENGURUSAN BILIK DARJAH Secara amnya,bila kita menyebut soal bilik darjah ramai antara kita yang menyempitkan skop bilik darjah hanyalah sesuatu ruang yang berdinding dan beratap,mempunyai meja,papan hitam dan sedikit alat perabot seperti almari buku. Tanggapan ini adalah bukannya tidak benar,tetapi jika ditinjau dalam konteks yang sebenar bilik darjah mempunyai konsep yang sangat luas. Dengan kata kunci tempat berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran,maka bilik darjah boleh didefinisikan ataupun diterjemahkan sebagai mana-mana tempat yang berlakunya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa konsep bilik darjah sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan dari semasa ke semasa mengikut zaman dan masa serta perkembangan sistem pendidikan dalam tempoh masa tertentu. Bagaimanakah perkembangan yang berlaku terhadap konsep bilik darjah?. Jawapannya ialah, cuba kita kembali menyingkap sejarah silam perkembangan sistem pendidikan Negara,pada zaman dahulu,terdapat lima hingga tujuh orang pelajar berada di bawah sebatang pokok besar dan mendengar ajaran dari seorang mahaguru dan ini pada dasarnya sudahpun dianggap sebagai bilik darjah kerana di situ berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran begitu juga sebelum kedatangan British,surau atau pondok dijadikan sebagai tempat kanak-kanak melayu mengaji ayat-ayat al-quran daripada imam. Situasi ini juga boleh dianggap sebagai bilik darjah. Justeru,tidak kira dimana sekalipun asalkan berlakunya atau berlangsungnya proses memberi dan menerima maklumat dan ilmu pengetahuan ia boleh disifatkan dan dikategorikan sebagai bilik darjah sekalipun ia berlaku di sebuah padang pasir yang luas sebagaimana di negara-negara luar seperti Iraq dan Afghanistan. Tetapi,pada hari ini konsep bilik darjah biasanya ditafsirkan berdasarkan fungsi pendidikan atau penyusunan fizikal. Secara kasarnya jelas bahawa tempat seperti sebuah ruang bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah pengawasan seorang guru dan dilengkapi dengan kemudahan seperti kerusi,meja,meja guru dan papan hitam yang disusun mengikut piawaian memang dianggap sebagai sebuah bilik darjah tetapi, bagaimana pula dengan sebuah padang yang digunakan untuk pendidikan jasmani,sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan uji kaji di sebuah makmal sians dan sekumpulan pelajar yang sedang menonton program tv pendidkan di pusat sumber?. Adalah ia boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah ataupun sebaliknya?. Bilik darjah merupakan satu organisasi yang sangat mudah yang terdiri daripada guru dan sekumpulan pelajar dalam lingkungan umur yang sama dan mempunyai matlamat dan harapan yang sama. Pada hari ini bilik darjah merupakan satu unit sosial dalam sebuah organisasi sekolah dan telah menjadi semakin kompleks. Kebanyakannya melibatkan beberapa orang tertentu seperti pengetua,ibu bapa dan pengurusan sekolah yang berperanan memberi sokongan selain dari bentuk pengajian seperti menetapkan matlamat,memperuntukkan sumber dan mengarah tujuan.

Manakala pengurusan bilik darajah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan menngekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan. Lemlech (1988), mengibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai okestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum,penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga menekankan tenteng pentingnya penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan,pemantauan perkembangan pelajar serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin akan timbul. Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Ianya melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar,menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja pelajar. Menurut beliau juga,pengurusan bilik darjah yang efektif haruslah bersifat proaktif,responsive dan menyokong. Menurut Levin dan Nolan (2004), lebih mudah bagi kita untuk membezakan anatara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan membezakan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri.menurut kedua-dua pakar ini, mereka berpendapat bahawa kedua-dua aspek arahan dan pengurusan merupakan proses yang mempunyai tujuan di mana tindakan dan sikap guru itu bertindak untuk memudahkan objektif yang ingin dicapai oleh guru itu sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran. JENIS-JENIS BILIK DARJAH Sejajar dengan perkembangan sistem,terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa kini dan diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri dan fungsinya. Antara jenis bilik darjah yang telah dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi,bilik darjah KBSR dan KBSM,bilik darjah mata pelajaran khas dan bilik darjah terbuka. Bilik darjah tradisi Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. Ciri-ciri bilik darjah tradisi: 1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris 2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan 3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. 4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. 5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan 6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Bilik darjah KBSR dan KBSM

Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darajah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasan bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran Ciri-ciri bilik darjah KBSR dan KBSM 1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan 2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri 3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif 4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar 5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar 6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif 7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.

Bilik darjah mata pelajaran khas Dalam KBSM,beberapa bilik darjah mata pelajaran khas juga disediakan. Antaranya ialah makmal sains,bilik ekonomi rumah tangga,bilik seni perusahaan,pusat sumber dan sebgainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang membolehkan guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali. Bentuk meja dan kerusi diubahsuai untuk memudahkan peljar menjalankan kerja amali. Selain itu,dalam bilik darjah ini juga dilengkapkan dengan alatan perabot seperti almari untuk menyimpan bahan-bahan specimen dan alatan-alatan malahan sinki dan paip air juga disediakan lebih-lebih lagi dalam makmal sains dan bilik kemahiran hidup. Bilik darjah terbuka Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran,ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta pengelibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran. Jelasnya,dalam sistem pendidikan terbuka,pelajat diberi peluang untuk merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum.

Guru hanya berperanan sebagai penasihat sebagai pembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran samada secara berkumpulan atau individu. Biasanya,pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing pelajar dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar pelajar senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru. Ciri-ciri bilik darjah terbuka: 1) Pengajaran biasanya dijalankan dalam kumpulan kecil atau individu 2) Pelbagai aktiviti dilaksanakan dan jadual mudah diubah. 3) Kaya dengan bahan dan peralatan mengajar. 4) Tiada kurikulum dihadkan. Pelbagai mata pelajran diintegrasiakn 5) Pelajar bebas bergerak dan memilih bahan yang diminati 6) Kumpulan pelajar dibentuk berdasarkan akedami dan minat 7) Mempunyai suasana saling mempercayai dan menghormati perbezaan 8) Ujian dan peperiksaan dikurangkan begitu juga dengan pembahgian gred. 9) Perhubungan antara guru dengan pelajar dan pelajar denagn pelajar secara terbuka dan jujur. Dari segi ciri bilik darjah terbuka,kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya berperanan sebagai pembimbing,pengurus pembelajaran,kaunselor,pemudah cara atau fasilitator. Ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi,ujian dan tekanan dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku. Sesetengah guru khususnya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah yang dijangkakan timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih.

MASALAH-MASALAH UTAMA DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH Sebagai seorang guru yang mengajar pelajar,semestinya menyimpan matlamat yang tersendiri selain daripada objektif yang tertulis dalam buku rancangan pengajaran. Sebagai contoh,seorang guru yang bersifat pendidik mesti mempunyai azam mendidik pelajar-pelajarnya menjadi manusia yang berguna,boleh memberi sumbangan kepada masyarakat sekeliling,memanfaatkan ilmu yang di sampaikan kepada orang lain. Matlamat-matlamat ini tidak pernah termaktub di dalam buku rancanag pengajaran. Tetapi adakalanya proses pengajaran dan pembelajaran yang merupakan salah satu wasilah untuk merealisasikan objektif dan matlamat tersebut tidak berjaya sebagaimana yang diharapkan. Kegagalan ini berpunca dari beberapa masalah yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Masalah-masalah telahpun dikenalpasti sebagai masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru. Antara

masalah-masalah tersebut ialah: 1 )Masalah komunikasi Komunikasi ialah merupakan medium untuk seorang guru menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat kepada pelajar-pelajarnya dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran samada secara langsung atau secara tidak langsung. Komunikasi dalam konteks pendidikan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu komunikasi secra lisan atau dikenali juga sebagai komunikasi verbal dan yang ke dua ialah komunikasi secara bukan lisan atau non verbal. Komunikasi secara lisan melibatkan proses pemindahan maklumat ataupun idea secara lisan daripada seorang individu iatu guru kepada sekumpulan pendengar atau pelajar. Komunikasi secara lisan ini hanya berkesan sekiranya idea atau maklumat diterima oleh pelajar-pelajar dengan jelas dan mudah difahami. Manakala komunikasi bukan secara lisan pula ialah penyampaian maklumat melalui gerak isyarat seperti isyarat tangan,gerak kepala,ungkapan muka dan sebagainya. Misalnya mengangguk kepala boleh diertikan sebagai bersetuju atau menerima,senyuman bererti memberi galakan. Berdasarkan rujukan dan kajian yang telah saya jalankan dapat saya spesifikkan masalah komunikasi ini kepada beberapa sebab iaitu: a) Masalah bahasa - proses komunikasi menggunakan bahasa sebagai media yang menghubungkan antara dua pihak. Selalunya masalah dalam komunikasi ialah berpunca dari bahasa samada bahasa yang salah atau bahasa yang kurang jelas.Sekiranya menggunakan bahasa yang sama pun boleh mengalami masalah apatah lagi pendenagar dan penutur merupakan dua individu yang menggunakan bahasa yang berbeza. Sebagai contoh seorang guru yang tidak pernah lekang dari menggunakan loghat daerah sedangkan pelajarnya adalah individu yang menggunakan loghat yang berlainan. Apatah lagi bagi guru yang sudah terbiasa menggunakan bahasa campuran melayu inggeris dalam subjek yang tidak berkaitan seperti sejarah dan moral. Hal ini menarik perhatian Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato Dr Hassan Ahmad di dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008 yang menekankan bahawa loghat daerah punca bahasa melayu lemah. Ironi daripada petikan ini guru mestilah pandai menggunakan bahasa bersesuaian mengikut topik yang diajar.Situasi ini membawa implikasi yang sangat bahaya iaitu meyebabkan pelajar tidak memahami isi pengajaran yang disamapaikan walaupun guru tersebut menganggap penyampaiannya adalah yang terbaik. b) Ketidak jelasan suara guru - salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah dalam berkomunikasi juga ialah ketidakjelasan suara guru. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa suara seorang guru guru adalah sangat penting kerana ia adalah alat perantara dalam proses komunikasi. Ketidakjelasan suara guru boleh membuatkan proses komunikasi dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan terhalang atau boleh menimbulkan kekeliruan. Tidak kira apa kaedah yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut suara guru mesti lantang serta mampu didengari oleh semua pelajar dan guru perlu bijak berintonasi kerana suara guru yang hanya mendatar dari awal pengajaran sampai ke akhir pengajaran akan membuatkan pelajar cepat bosan. Guru juga perlu pandai menggunakan kemudahan yand disediakan oleh pihak pengurusan, sebagai contoh,untuk kelas yang begitu ramai dan dalam ruang yang sangat luas guru mestilah menggunakan pembesar suara. c) Keegoaan dan autokratik - sikap guru yang ego dan menganggap pelajar perlu

menerima sebulat suara apa yang disampaikan dan keautokratikan guru yang tidak memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bersuara menyebabkan terjadinya komunikasi sehala yang sekaligus akan menjejaskan keberkesanan dalam proses menyampai dan menerima maklumat. Ini kerana guru hanyalah manusia biasa yang sekali sakala tidak dapat memerdekakan diri dari salah menaympaikan dan silap menganggap. d) Kegagalan mengawal emosi - emosi atau perasaan boleh mempengaruhi seseorang ketika berkomunikasi. Guru yang dalam keadaan marah ada kalanya menjadi tidak rasional. Tidak sepatutnya sebagai seorang guru tidak mampu mengatasi masalah yang selalu bertapak dalam hidup manusia normal,justeru guru mestilah bijak mengawal emosi agar penyampaian yang dilakukan dibalas dengan penerimaan yang baik oleh pelajar. Pelajar sepatutnya menerima pelajaran dalam kedaan hormat kepada guru bukannya dalam ketakutan dan terpaksa. e) Gangguan di luar bilik darjah - sekalipun guru mampu mengawal keadaan dalam bilik darjah dari kebisingan dan kebingitan pelajar tetapi bagaimana sekiranya gangguan itu berpunca dari luar seperti berhampiran bilik darjah itu adanya pembinaan bangunan atau aktiviti luar bilik darjah bagi kelas lain?. Kebiasaannya pelajar akan tertarik kepada apa yang berlaku diluar bilik darjah. Hal ini mengimpakkan peyampaian guru terjejas dek ketidaktumpuan pelajar terhadap proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. Sebagai guru,kita mestilah bijak menangani masalah sedemikian dengan kreatif samada mengambil inisiatif lain. Sekiranya guru dapat mengatasi masalah ini saya yakin proses pengajaran akan menjadi lebih berkesan. 1) Masalah disiplin Di dalam bilik darjah,pelajar-pelajar yang berdisiplin adalah penting untuk menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang berkesan. Disiplin bilik darjah yang baik bermakna suasana sosioemosi bilik darjah adalah kondusif dan harmonis. Dengan ini segala aktivit pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik,teratur dan licin. Tetapi salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin. Ini bermakna segala apa yang dijelaskan di atas menjadi sebaliknya. Secara am,disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Selain itu,disiplin juga boleh disifatkan sebagai pemikiran cara berfikir tersusun yang seterusnya membawa kepada sifat rasional dan keyakinan diri. Dalam konteks pendidikan,disiplin seorang pelajar bukan sahaja dipengaruhi oleh sekolah malah,pembentukan disiplin pelajar juga sering diopengaruhi oleh persekitaran dan masyarakat di luar sekolah. Selain itu,disiplin pelajar juga dipengaruhi oleh sikap dan tingkah laku rakan sebaya dan orang dewasa seperti ayah dan ibu,guru dan pemimpin masyarakat. Zaman berubah bererti membawa perubahan kepada pemikiran seseorang terutama pelajar. Kemasukan anasir-anasir laur yang tidak sepatutnya telah banyak menyumbang kepada pertambahan masalah disiplin pelajar. Individu yang sentiasa berhadapan dengan cabaran ini ialah guru yang boleh diibaratkan sebatang lilin. Untuk menerengkan lagi masalah berkaitan disiplin dalam pengurusan bilik darjah ini saya bawakan satu situasi iaitu Abu,Kim Seng dan Muthu adalah kawan karib di dalam tingkatan 5 cempaka,mereka sering tidak hadir ke sekolah. Apabila mereka disoal oleh guru,mereka hanya menjawab mereka sakit tanpa membawa surat perakuan doktor. Situasi ini adalah satu bentuk masalah disiplin yang kerap dihadapi oleh guru. 2)Kesihatan murid

Kesihatan murid juga merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh guru dalam pengurusan bilik darjah. Bertitik tolak dari cogan kata badan sihat otak cergas membuktikan bahawa hanya pelajar-pelajar yang sihat sahaja dapat memberiakan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Bagaimana pula dengan keadaan pelajar yang tidak mendapat rehat dan tidur yang cukup seperti pelajar yang berkerja sambilan di malam hari sehingga lewat malam?. Sudah pasti pelajar ini tidak dapat memberi tumpuan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung,mereka sering berasa gelisah malah terdetik di hati mereka lambatnya guru ini hendak menghentikan pengajaran dan tidak kurang juga ada yang curi-curi tidur sehingga betul-betul terlena. Keadaan seperti ini membawa masalah dan mengganggu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sedangkan,dalam prinsip pembelajaran menekankan apsek persediaan pelajar untuk menerima pengajaran dan pengelibatan pelajar yang aktif. 3)Susun atur dan peralatan Masalah susun atur dan peralatan yang tidak cukup atau pun telah rosak juga akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek susun atur sebuah bilk darjah,guru seringkali berhadapan dengan kematian punca untuk mengatur kedudukan meja dan kerusi pelajar-pelajar malah meja dan kerusi guru itu sendiri juga. Hal ini mungkin disebabkan dua faktor yang utama iaitu bilangan pelajar yang begitu ramai dalam satu bilik darjah dan yang ke duanya ditambah pula dengan ruang bilik darjah yang begitu terhad. Situasi ini berlaku kepada guru yang mengajar di sekolah harian. Bagi sekolah berasrama penuh seperti MRSM dan SMKA saya rasa rasa ia bukanlah suatu masalah kerana bilangan pelajar denagn ruangan bilik darjag memanag terpiawai.Menurut Savage (1999), menyusun atur persekitaran fizikal bukan sahaja akan mempengaru tingkah laku pelajar malah ia juga boleh mempengaruhi sikap pelajar dan penyumbangan kepada akademi pelajar. Di sini jelas menunjukkan bahawa sekiranya susun atur yang dibuat sebaik mungkin maka hasilnya adalah positif sekiranya tidak maka hasilnya adalah negatif. Saya yakin sebagai seorang guru sememangnya mahukan sesuatu yang baik,sempurna dan positif dalam setiap perangkaan yang dibuat tetapi adakalanya apa yang dibuat itu terpaksa mengalami kegagalan di sebabkan masalah-masalah yang di dapat dielakkan. Seperti masalah yang saya nyatakan di atas memenag adalah suatu masalah yang pada mata kasarnya tiada penyelesaiannya kerana bilanagn pelajar dan ruang bilik darjah memang tetap dan tidak boleh diubah-ubah. Ditinjau dari aspek peralatan pula,selalunya bukanlah peralatan yang disediakan itu tidak mencukupi tetapi selalunya peralatan itu tidak boleh berfungsi atau dengan kata lain rosak. Sebagai contoh antara alatan-alatan yang selalu mudah rosak samada rosak atau dirosakkan pelajar ialah pemadam papan hitam,penyapu,peralatan di ruangan belajar seperti almari malahan kadang-kadang papan hitam dan meja serta kerusi pun turut rosak atau dirosakkan. Peralatan-peralatan seperti ini memeang tidak dapat dinafiakan bantuannya dalam proses pengajran dan pembelajaran yang berkesan telah pun disediakan oleh pihak pengurusan tetapi pengedarannya secara berkala seperti papan hitam mungkin dua atau tiga tahun sekali. Di sini jelas menunjukkan masalah yang guru dan bakal guru akan hadapi. Walau bagaimanapun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran seperti melepaskan batuk di tangga. Cadangan-cadangan dalam penambahbaikkan bilik darjah supaya boleh diurus dengan

efisyen Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru,iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran. Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas,demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalahmasalah semasa pelajar tetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif,sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran. Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesan akan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran,interaksi dan pengelibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai, seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru,iklim bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut : 1)Hubungan baik antara guru dan pelajar. Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah mempunyai objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka,kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru debagai orang yang akan membantunya. 2)Sikap guru yang optimis. Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut. 3)Bersikap positif kepada semua pelajar. Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan dan efisyen,untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang kerapa membuat masalah,guru mestilah bersikap positif terhadap semua pejalar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari,bukannya diri mereka. Biasanay apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka,mereka akan lebih bersifat terbuka,berkongsi dan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif. 4)Mencegah lebih baik dari merawat. Pepatah inggeris ada menyebut prevention is better than cure. Pepatah ini boleh diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang guru,mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah,menghalang pelakuan negatif pelajarnya. 5)Prosedur pengurusan yang tegas. Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan,guru perlu tegas dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajar yang melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan. Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru.

6)Memberi dorongan yang positif. Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa,sebagai pengurus guru perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya. Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan bilik,guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang efisyen. Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira oleh seorang guru sebagai pengurus. Antara yang utama ialah pengurusan fizikal yang cekap,komunikasi yang berkesan dan pengurusan disiplin yang mantap. 1)Pengurusan fizikal Salah satu cara untuk memperbaiki suasana pembelajaran yang menggalakan adalah dengan cara menyusun persekitaran fizikalnya. Menurut Savage (1999), susun atur fizikal bukan sahaja dapat mempengaruhi sikap pelajar malah juga sikap guru dan ini dapat menyumbangkan kepada peningkatan akademik serta memperelokkan tingkah laku pelajar. Suasana bilik darjah yang positif bukan sahaja akan menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan tetapi juga memberi ruang kepada pelajar untuk lebih mudah dan cepat memahami pelajaran dengan cara yang lebih efektif. Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru haruslah memainkan peranan,berusaha sebaik mungkin untuk penambahbaikkan daya tarikan bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajran iti harus dijalankan. Menurut MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menmpung aktivit-aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas,guru dapat menguruskan kperluan akademik,social dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur : 1) Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat oleh pelajar. 2) Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan pelajar dan guru di dalam bilik darjah. 3) Mengurangkan segala gangguan supaya pelajar dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran. 4) Memastikan guru dan pelajar masing-masing merasa selesa. Dalam pengurusan fizikal saya fokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan pelajar dan peralatan yang lengkap. A) Pola kedudukan pelajar Berdasrkan susunan fizikal,kedudukan pelajar juga mempunyai pengaruh yang dominan ke atas suasana pembelajaran pelajar. Guru haruslah bijak dalam menyusun kedudukan kerusi dan meja agar semua pelajar merasa selesa semasa pengajaran dijalankan. Ketentuan ruang untuk pergerakan bergantung kepada jumlah pelajar dan berapa luas bilik darjah tersebut. Sekiranya pelajar duduk dalam kumpulan empat atau enam orang,ini dapat memudahkan lagi perbincanagn dikalangan mereka dan dengan ini juga mereka dapat membantu di antara satu sama lain. Guru lebih mudah juga memberikan kerja berkumpulan atau berpasangan dengan kedudukan pelajar yang demikian. Susunan kedudukan pelajar banyak bergantung kepada keparluan serta kefahaman guru tentang apa yang ingin dicapai di akhir pengajaran. Ada juga antara guru yang tidak mahu

peljarnya asyik berbingcang atau berbual dengan rakan-rakan yang lain maka,setiap pelajar akan duduk berasingan ataupun bersendirian seorang pelajar satu meja dan satu kerusi dan semuanya menghadap ke hadapan kelas. Walaubagaimanapun,situasi di atas adalah untuk bilangan peljarnya yang normal. Sekiranya bilik darjah harus menampung ramai pelajar,maka sering didapati guru sukar untuk berjalan dari satu meja ke satu meja pelajar yang lain dan hal ini bukan sahaja menyukarkan guru tetapi juga pelajar tidak akan dapat belajar dengan baik dalam bilik darjah yang sempit. Interaksi antara guru dengan pelajar juga terhambat kerana guru sukar untuk bergerak dan meninjau maslah pelajar. Dalam keadaan seperti ini memang guru tidak mempunyai pilihan atau inisiatif lain lg tetapi masih boleh cuba untuk menyusun denagn sebaiknya. Menurut Wolfgang (1996), semua pelajar digalakkan melihat guru mereka dengan baik dan begitu juga guru. Meja guru haruslah sentiasa berada berdekatan pelajar yang sering memerlukan perhatian yang lebih umapamanya mereka yang berkeperluan khas atau lebih bermasalah dalam pembeljaran. Susunan yang baik dan rasional seperti yang berbadan besar dan tinggi di belakang manakal yang kecil di hadapan perlu juga diambil kira oleh guru. B) Peralatan yang lengkap Sumber yang sedia ada serta perkakas peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah juga akan mempengaruhi guru dalam menyusun suasan fizikal bilik darjah tersebut. Memang pihak pengurusan sekolah menyediakan peralatan asas seperti papan hitam,almari,alat-alat membersih teapi yang menjadi masalahnya peralatan yang disediakan itu diagihkan secara berkala seperti setahun atau enam atau setiap pertengahan tahun. Malangnya sebelum tempoh jangkaan tersebut peralatan itu sudah rosak,hilang dan sebagainya.Apabila alatan atau perkakas yang dapat disediakan adalah terhadad dan terbatas,guru mesti menggunakan cara lain untuk memperoleh alatan atau perkakas tersebut seperti mengutip derma atau sumbangan tajaan terutamanya daripada ibu bapa pelajar yang berkemampuan. Guru juga perlu kreatif memperlibatkan sama pelajar dalam menyelesaikan maslahmasalah seperti ini. Menyuruh mereka cuba membuat dengan tangan mereka kalau pelajar tersebut dari tingkatan yang tinggi seperti tingkatan tiga dan ke atas,menganjurkan gotong royong kelas untuk mengumpul alatan-alatan tersebut,setiap pelajar bawa satu alatan contonhya. Dengan ini,ianya bukan sahaja emnggalakkan pengelibatan pelajar tetapi juga menyemai kemesraan di antara guru dengan pelajar,pelajar dengan pelajarWalaubagaimanapun,segala aktiviti seperti ini mestilah mendapat kebenaran dan kelulusan pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu. Konklusinya,walaupun dengan peralatan yang agak terbatas,banyak cara atau kaedah yang boleh diambil oleh guru untuk menyediakan suasana yang menyeronokkan yang dapat menjadikan pengurusan bilik darjah yang efisyen dekaligus dapat meningkatkan lagi pengajaran serta pembelajaran di kalangan pelajar. Apabila guru berfikiran kreatif serta inovatif,tentunya pelajar-pelajar akan memeperoleh banyak manfaat dengan belajar dalam bilik darjah yang ceria,selesa dan sihat. 2 )Komunikasi yang berkesan. Sekiranya kita membuat tinjauan, kita akan dapati bahawa komunikasi merupakan sesuatu yang komplek. Menurut Verdeeber dan Verderber ( 2002), komukasi merupakan proses untuk membina atau mengongsi makna dalam perbualan yang informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan. Proses ini melibatkan peserta,konteks,mesej,wujud atau tidak sebarang gangguan dan maklum balas yang diterima. Dengan ini,komunikasi

digambarkan dalam bentuk strategi arahan yang perlu dalam penyampaian ilmu kepada pelajar. Komunikasi sering kali menjadi masalah utama kepada guru dalam penyampaian ilmu. Pada hakikatnya tidak perlu semua guru untuk menjadi guru bahasa tetapi,biarlah penggunaan bahsa guru itu sesuai dengan keperluan dan kebolehan pelajar bagi setiap mata pelajaran. Guru haruslah menggunakan kefahaman dalam komunikasi samada komunikasi itu dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Motley (1990), telah menetapkan cirri-ciri yang harus ada dalam komunikasi iaitu : 1) Adanya pertukaran informasi 2) Proses berlaku dalam system komunikasi 3) Penyampai dan penerima terlibat secara aktif. 4) Kualiti dalam komunikasi itu berbeza. Pengajaran dan pembelajaran banyak melibatkan komunikasi antara guru dan pelajar serta dikalangan pelajar juga. Komunikasi yang berlaku antara guru dengan pelajar banyak dalam bentuk lisan selain dalam tulisan dan bahsa isyarat. Oleh itu,kemahiran berkomunikasi adalah sangat penting bagi seorang guru. Kecekapan berkomunikasi akan meningkatkan keberkesanan pengajaran. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi di bilik darjah ialah : 1) Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi Kewujudan amalan demokrasi di dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Pelajar tidak berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuaraka pandangan walaupun pandangan itu tidak disenangi samada oleh guru atau pelajar lain. 2) Menggunakan bahasa yang berkesan. Sebagai seorang guru,bahasa adalah media terpenting dalam menyampaikan ilmu. Dalam proses penyampaian ilmu itu,guru mestilah menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat,jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret-leret akan menyukarkan pemahaman pelajar malah mungkin boleh membawa kepada salah tafsir pelajar. 3) Menyesuaikan dengan situasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Guru pula perlu bijak menyesuaikan cara berkomunikasi antara setiap pelajar yang berbeza tersebut. Sebagai contoh,jika berkomunikasi denagn pelajar yang lemah kognitifnya maka guru perlulah menggunakan aras komunikasi yang rendah dan begitulah sebaliknya. 3)Menangani disiplin bilik darjah. Disiplin bilik darjah juga adalah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh guru terumanya guru yang baru menyandang jawatan. Bagi guru yang baru menyandang jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran menjayakan peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai pengalaman sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan hanya teori-teori yang dipelajari di universiti. Walaubagaimanapun ini bukan suatu penghalang yang sangat dasyat kepada guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat. Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi aman,sihat,kondusif dan efisyen. Guru yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan masa dengan

lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa dengan sebaiknya adalah berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada salah laku tersebuat adalah ringan atau lebih serius. Sebagai contoh semasa guru sedang mengajar seorang pelajar mengganggu pelajar yang lain maka,di sini guru tersebut perlu mengambil sedikit masa untuk menegur atau membuat dendaan kepada pelajar tersebut. Sebagai guru yang baik merangkap pengurus sesebuah bilik darjah guru mestilah mengaplikasikan pepatah inggeris yang menyatakan prevention is better than cure. Dari situlah sekiranya guru berjaya mencegah salah laku pelajar tersebut maka masa yang guru ada dapat dugunakan dengan lebih efisyen dan sebaiknya. Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah,guru juga perlu menyediakan pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat ditingkatkan. Dalam bilik darjah yang diurus dengan baik,pelajar tidak akan merasa bosan dan masa tidak terbuang. Selain itu juga,guru haruslah sentiasa memberi perangsang kepada pelajar dengan menunjukkan sikap dan sifat yang baik agar merangsang mereka untuk tidak melakukan masalah dan mengamalkan sifat dan sikap yang baik sekaligus menghapuskan masalah tingkah laku atau disiplin pelajar dalam bilik darjah. Langkahlangkah di atas adalah cadangan-cadangan untuk penambahbaikkan bilik darjah agar ianya dapat diurus dengan efisyen selari dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan pendidikan yang berkesan kepada rakyat.

Rujukan 1) Lemlech, J.K. (1988). Classroom management: methods and techniques for elementary and secondry teachers (2nd edition). New York:Longman Inc. 2) Levin,J.& Nolan,J.F. (2004). Principle of classroom management: a professional decision-making model. USA:Allyn&Bacon.

Amizax's Weblog Menjana Pemikiran Ilmiah


January 3, 2008

Menanggani Masalah Disiplin Di Sekolah


Filed under: Kerjaya,Sosiologi amizax @ 3:49 am Tags: Education Organisasi Pendidikan merupakan satu organisasi yang terpenting dalam sesebuah negara. Ia bukan sahaja sebagai indikator kepada kedudukan tahap pembanunan negara, tetapi juga akan menjadi indikator kepada hala tuju pembangunan negara dimasa akan datang. Penulisan ini akan menyentuh aspek ini dengan memfokuskan kepada

pembanunan modal insan, yang merupakan sumber tenaga manusia yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Sekiranya modal insanya baik, majulah negara tersebut secara hakikinya, dan sebaliknya. Gelodakan globalisasi dan pembangunan materialisme dan ICT yang semakin kencang ini tidak akan membawa erti sekiranya masyarakat masih dibelenggu dengan pelbagai masalah. Penulisan ini akan cuba mengupas persoalan kenapa dan mengapa serta bagaimana kita harus berusaha membangunkan modal insan yang lebih sempurna, selaras dengan acuan dan aspirasi negara dalam usaha mempersiapkan diri mengharungi arus perdana menjelang Wawasan 2020. Pelan tindakan dan strategi yang disarankan adalah berlandaskan kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, yang merupakan dasar utama pembangunan organisasi pendidikan masa kini.
PENGENALAN

Modal insan yang berasal dari istilah human capital yang diperkenalkan oleh Arthur Cecil Pirgou pada 1928 dalam bukunya bertajuk A Study in Public Finence. Konsep ini juga dipopularkan oleh Gary Becker melalui bukunya Human Capital pada 1964. Mereka berpendapat, pelaburan modal insan boleh dibuat menerusi pendidikan dan latihan. (Asnarulkhadi Abu Samah, Berita Harian 25 Jun 2007;

Dari segi sirah Islam, konsep modal insan ini telah dipelopori oleh Rasulullah S.A.W di kota Makkah, dimana baginda mula memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang sememangnya menjadi salah satu tugas utama kebangkitan baginda. (Ahmad Iman Arief, 2007; 59). Pembangunan personaliti yang ampuh dari segi akidah islam ini menjadi pemangkin kepada kegemilangan islam hinggalah ke zaman Bani Abbasiyah. Oleh itu, modal insan adalah daya dan keupayaan manusia, terbina daripada rangkuman pengentahuan, kemahiran, kecekapan dan sifat dalaman sebagai kualiti peribadi dimiliki atau diperoleh seseorang individu, kumpulan organisasi atau pun komuniti. Di Malaysia, kepentingan pembangunan modal insan ini telah dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, yang menjadi Akta Pelajaran 1961, Jawatankuasa Kabinet 1979, dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1988, dimana Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilkan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara Kesungguhan kerajaan untuk membangunkan personaliti individu yang cemerlang ini berterusan diserlahkan dalam Rancangan Malaysia ke-9 dan diimplemantasikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). PIPP merupakan perancangan lima tahun pendidikan iaitu bermula tahun 2006 hingga 2010, yang telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. ( http://www.moe.gov.my/tayang.php ) Pelan induk ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 hingga 2010, yang telah dilancarkan sedikit masa dahulu. (http://www. moe.gov.my/pipp/mainpage.php?module)

PIPP berpaksikan kepada enam teras, iaitu :1. Membina negara bangsa

2. Membangunkan modal insan


3. Memperkasakan sekolah kebangsaan 4. Merapatkan jurang pendidikan

5. Memartabatkan profesion keguruan 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Pembangunan modal insan berminda kelas pertama merupakan misi nasional yang digerakkan untuk mencapai Wawasan 2020. Modal insan merujuk kepada usaha berterusan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengentahuan, modal intelektual serta pengamalan nilai etika dan moral yang tinggi seperti yang ditermaktub dalam Pelan Integreti Nasional (PIN). Dalam konteks ini, PIPP menyebut, Usaha membangunkan modal insan KPM akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar . Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam Sains dan Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. KPM akan menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar serta memberi penekanan kepada kebersihan, kesihatan dan keselamatan. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006: 32)

Definisi Disiplin
Apabila memperkatakan tentang pembangunan modal insan, ia berkait rapat dengan modal tersedia (pelajar) dan senario sosial mereka masa kini (disiplin). Menurut Kamus Dewan, disiplin merujuk kepada latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib. (DBP, 2002 : 308) P.F Olivia (1956) berpendapat, disiplin ialah kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, dan cara menetapkan peraturan atau hukuman. ( Abdullah Sani, 2005 : 45) Mok Soon Sang (1995) pula menyatakan pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan-pertauran yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. (Mohd Ismail, 2006 : 71) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, menjelaskan disiplin bermakna kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu dengan tertib, menghormati hak orang lain, mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. (Abdullah Sani, 2006 : 1) Ini bermakna untuk membentuk dan menghasilkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang haruslah mengambilkira pengawalan dan latihan disiplin di kalangan pelajar, kerana merekalah pewarsi generasi akan datang, seperti mana kata Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhwi, Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. (http://muhtarsuhaili.wordpress.com )

Teori Punca Salah Laku Dan Masalah Sosial Pelajar


Terdapat beberapa penjelasan mengenai punca devian (orang yang menyimpang). Teori fungsionalisme menganggap devian sebagai disfungsi pada struktur sosial. Teori konflik mengatakan devian merupakan tindakan golongan tertindas terhadap pihak minoriti yang menindas. Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi (pencabutan, kehilangan) selalu berpunca daripada kekurangan ekonomi dan kelemahan emosi. Kajian Tattum (1986) mendapati bahawa pelajar sengaja melakukan devian sebagai teknik neutralisasi dalam interaksi mereka. Menurut Merton (1938) terdapat empat jenis devian iaitu inovasi (suatu cara memenuhi matlamat dengan cara yang salah), ritual (tindakan mengulang perbuatan), undur (seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan alternatif lain sebagai tindakan ) dan menentang (menolak matlamat persekolahan dan menggantikannya dengan matlamat lain). ( http://mykaunselor.tripod.com/sosial.html)

Cabaran-cabaran Organisasi Pendidikan Masa Kini


Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan yang merupakan satu organisasi yang unik, seringkali menghadapi pelbagai cabaran khususnya yang berkaitan dengan disiplin seperti merokok, gengsterism, buli, dadah dan sebagainya. Merokok Merokok dikalangan pelajar di sekolah merupakan masalah utama dan semakin hari bertambah parah. Hampir separuh daripada lelaki malaysia merokok. Setiap hari lebih kurang 45 hingga 50 orang remaja bawah 18 tahun merokok. 30 % daripada remaja lelaki berumur antara 12 hingga 18 tahun. Bilangan remaja perempuan merokok juga makin bertambah, dimana pada tahun 2000 hingga 2004, bilangan pelajar perempuan merokok bertambah dari 4% hingga 8%. Kajian pada tahun 2004, setiap lima orang pelajar perempuan, seorang daripadanya adalah perokok. (http://www.infosihat.gov.my/Kempen_Tak_Nak/Buku_Kecil/BK__Nak_Merokok_BM.pdf) Berdasarkan kepada statistik ini, ternyata masalah rokok merupakan masalah yang paling ketara di sekolah dan semakin membimbangkan. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa perbuatan merokok tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa, dan harus ditangani segera. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1983 :123)

BULI DAN GENGSTERISM Menurut kamus Dewan, buli merupakan perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. (DBP, 2002 : 186) Membuli ialah perbuatan mempermain-mainkan seseorang, biasanya orang yang lebih lemah dari pembuli dengan tujuan untuk mengertak dan menakutkan orang yang berkenaan. Kes-kes buli lebih banyak berlaku di sekolah-sekolah yang berasrama. Berbeza dengan gengsterism, aktiviti buli biasanya dilakukan oleh beberapa individu yang tertentu dan setiap individu tersebut tidak terikat antara satu sama lain. Hubungan antara individu hanyalah sekadar hubungan sementara untuk gejala buli yang dilakukan. Tret-tret gejala buli biasanya akan menjurus dan membentuk kumpulan gengster yang akan beroperasi bukan sekadar di sekolah sahaja, malah di luar sekolah. Oleh itu, jelas menunjukkan gejala buli dan gengsterism tidak jauh berbeza dan mempunyai kolerasi antaranya. Dalam perkataan yang lain, buli akan menjadi pendorong kepada gejala gengsterism dan sebaliknya. Gejala gengsterism bukanlah perkara baru di Malaysia. Fenomena ini wujud sejak zaman kolonial. Ghee Hin dan Hai San merupakan kumpulan kongsi gelap yang popular. Matlamat dan aktiviti kumpulan gengster ini pada awalnya lebih kepada menjaga kepentingan dan kebajikan ahli. Kini, konsep tersebut telah berubah dan ahlinya bukan lagi terdiri daripada orang-orang cina dewasa, tetapi di kalangan pelajar sekolah. Gengsterism merupakan isu nasional yang diperkatakan sekian lama, sejak tahun 1990-an lagi. Namun isu ini masih buntu penyelesaiannya. Apapun persoalannya, isu ini sangat penting dan semakin menular bukan sahaja di sekolah-sekolah bandar, malah mula menapak di sekolah-sekolah luar bandar. Gengsterism di kalangan pelajar sekolah meliputi salah laku dan jenayah yang melibatkan pergaduhan, buli, peras ugut, mencuri, membunuh, merogol dan pelbagi salah laku yang lain lagi. Dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Sekolah-sekolah sepanjang tahun 1986 menunjukkan sebanyak 48 jenis salah laku yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Daripada bilangan sampel seramai 2,542,336 iaitu 1,077,534 pelajar sekolah rendah adalah didapati bahawa seramai 112,697 (4.4%) telah terbabit dengan beberapa jenis salah laku.(Ramlan Hamzah,1995; 135) Sebanyak 5,056 pelajar (0.47%) terbabit dengan jenis salah laku bergaduh / bertumbuk, salah satu salah laku yang melibatkan gengsterism. style=font-family: Arial;>Dalam satu kajian yang dijalankan

oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai gengsterism atau kegiatan samseng di sekolah menengah harian mendapati beberapa penemuan yang cukup mengejutkan terutamanya mengenai penglibatan pelajar perempuan di dalam kegiatan yang berkaitan dengan gengsterism seperti bergaduh dan terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral. (Dewan Siswa, Jun 2000;8) Dunia pendidikan gempar dengan kejadian-kejadian yang berkaitan dengan gengsterism ini di kalangan pelajar sekolah sedikit masa dulu. Antaranya :1. 493 kes jenayah cederakan pelajar di Johor ( Utusan Malaysia 25 Julai 2000) 2. Polis di Jerantut, Pahang telah menahan tujuh pelajar lelaki SMK Jerantut kerana dipercayai membelasah seorang murid Tingkatan Dua. (Utusan Malaysia, 1 Julai 2003) 3. kes Mohd Farid Ibrahim dari Sekolah Menengah Agama Datuk Kelana Petra Maamor, Negeri Sembilan yang meninggal dunia akibat dibelasah oleh pelajar-pelajar senior sekolah tersebut pada tahun 2005.(The Star, 10 Ogos 2005). 4. Yusrizad Yaacob dai Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampong, Alor Star, Kedah yang telah dibelasah oleh lima orang rakannya di luar kawasan sekolah yang mengakibatkan kecederaan teruk di kepala dan pinggangnya. (Harian Metro, 3 Mac 2006).

Pelan Tindakan
Berdasarkan kepada huraian di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masalah disiplin di kalangan pelajar secara umumnya dan gejala-gejala seperti merokok, gengterism dan buli khususnya adalah masalah nasional yang semakin kronik dalam dunia pendidikan masa kini. Oleh itu, pelbagai langkah mengatasi sedang dan akan dilaksanakan di organisasi ini supaya hasrat dan wawasan PIPP untuk melahirkan modal insan untuk memacu pembangunan negara dimasa hadapan akan terlaksana dengan jayanya. Pelan tindakan yang telah dan akan diambil dibahagikan kepada dua fasa iaitu Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Pelan Tindakan Semasa. Kedua-dua pelan ini mengandungi unsur hukuman dan ganjaran, mengikut prosedur dan syarat yang terkandung dalam Surat-surat Pekeliling Kementerian PelajaranMalaysia. Kawalan disiplin ini melibatkan tiga aspek tindakan (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan, 2 Sept. 1998), iaitu: 1. penyediaan asas-asas kawalan tatatertib terutamanya penentuan kesalahan tatatertib,

2. pelaksanaan proses tatatertib, dan 3. mengenakan hukuman tatatertib. 1. Pengukuhan Interaksi Guru dan Pelajar di Bilik Darjah Menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting kerana tidak semua guru melihat gejalagejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak memahami situasi yang menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua pelajar tahu bahawa mereka sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy Kalman, seorang ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York, Amerika, mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan . Guru-guru sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara terbaik untuk tidak memberi peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental atau emosi. Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli ( Pendidik, 2006; 60) Guru-guru digalakkan menggunakan pelbagai media yang berkaitan dengan gejala-gejala ini seperti poster-poster yang berkaitan buli dan gengsterism, risalah-risalah kandungan rokok, video yang berkaitan rokok dan dadah, memperdengarkan lagu-lagu kempen anti buli, anti dadah dan sebagainya. Penggunaan bahan multimedia seumpama ini dalam pengajaran pembelajaran secara berterusan akan memberi kefahaman dan keinsafan kepada pelajar. Gootman, M.E bersetuju bahawa disiplin yang berkesan perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pengajaran yang berkesan. (Abdullah Sani, 2006; 105) 2. Memperkasakan Penerapan Agama dan Moral Pengukuhan dan penghayatan agama Islam di kalangan pelajar adalah strategi yang paling berkesan. Islam sebagai agama yang syumul mempunyai nilai-nilai sejagat dapat diterima oleh semua penganut agama lain. Strategi ini bertepatan dengan wawasan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu pembangunan negara masa kini terarah dengan konsep Islam Hadari. Kebanyakan pelajar yang terjebak dengan salah laku disiplin tidak melaksanakan tuntutan agama dengan sempurna seperti tidak solat, tidak memahami hukum hal dan haram dalam Islam (kebaikan dan keburukan), tidak menghayati tuntutan syahadah dan sebagainya, Oleh itu sudah tiba masanya kita membentuk insan pelajar yang mempunyai kekuatan jiwa, dan mengikut akhlak yang disarankan Rasulullah S.A.W. Pembentukan akhlak mulia penting kerana akhlak terbentuk dalam jiwa

dan dimanifestasikan melalui perbuatan. Jika akhlak baik, perbuatan juga akan baik, dan sebaliknya. Strategi ini pernah dilaksanakan oleh Iman Al-Ghazali, yang berpendapat bahawa akhlak seseorang bersifat fleksibel dan boleh diasuh menjadi mulia melalui latihan dan pendidikan yang sesuai. (Mohd Nasir, 2005; 158) Antara program-prgram yang telah dan sedang dilaksanakan seperti Qiamullail, di laksanakan setiap enam bulan. Majlis Bacaan Yasin Perdana dijadikan program tahunan sekolah. Sambutan Maulidul Rasul pula disambut setiap tahun. Para pelajr diajar dan berselawat selama 10 minit dalam majlis perhimpunan rasmi setiap bulan. Program Penghayatan Al-Quran dijadikan program tahunan oleh Panitia Agama Islam. Program Lima Minit Bersama Ustaz, dimana guru-guru agama secara bergilir, dalam perhimpunan rasmi sekolah memberikan ucapan yang berkaitan dengan tema tertentu dan berkaitan dengan kehidupan sosial di kalangan pelajar. 3. Penggunaan Sistem Merit Demerit Sistem Pengurusan Disiplin (SPD) atau Sistem Merit Demerit berkait rapat dengan Sistem Maklumat Murid Berkomputer (SMM). SMM bertujuan untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid. Setiap pelanggaran disiplin ada markahnya begitu juga dengan sumbangan. Semua pengiraan markah dan analisis dilakukan oleh komputer. Strategi Perlaksanaan: 1. Setiap pelajar akan diberi 100 markah / poin sebagai permulaan pada awal tahun. 2. Setiap guru berhak menolak atau menambahkan poin merit pelajar mengikut wajaran yang sesuai tetapi tindakan tersebut haruslah dimaklumkan kepada pelajar berkenaan. 3. Pelajar boleh berjumpa dengan mana-mana guru untuk melakukan kerja-kerja amal dan poin merit boleh diberi oleh guru tersebut ( maksimum 5 poin ). Pelajar tidak berhak meminta poin atas kerja amal yang dilakukan. 4. Kerja-kerja amal boleh dilakukan oleh pelajar pada hari Sabtu atau hari-hari lain di luar waktu pengajaran dan pembelajaran dengan seliaan guru. 5. Slip SMD boleh diperolehi daripada guru disiplin atau di kotak SMD dalam bilik guru.

6. Slip yang telah diisi dan ditandatangani oleh guru berkenaan mesti dimasukkan ke dalam peti / kotak mengikut tingkatan yang diletak di bilik guru pada hujung minggu persekolahan atau selewat-lewatnya pada setiap hujung bulan. 7. Bagi kes-kes disiplin yang poin SMD melebihi -10, perlu dikenakan tindakan disiplin oleh guru disiplin.Guru perlu mengisi slip SMD dan menyerahkannya kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya. Guru disiplin akan melengkapkan slip dengan menulis poin yang wajar ditolak dan dimasukkan ke dalam kotak SMD. 8. Penyelaras tingkatan akan mengumpulkan borang tersebut dan mengasingkannya mengikut kelas dan menyerahkan slip tersebut kepada Setiausaha SMD. 9. Setiausaha SMD akan memasukkan poin pelajar ke dalam komputer. 10. Dua salinan senarai nama mengikut kelas dan poin SMD yang terkini akan diberikan kepada Penyelaras tingkatan ( salinan kepada penyelaras tingkatan dan guru tingkatan ). 11. Satu salinan poin terkini akan dipamerkan di papan kenyataan pada 5hb setiap bulan supaya pelajar tahu akan kedudukan / poin terkini masing-masing. Keberkesanan sistem ini jelas terbukti dengan penurunan kes disiplin yang begitu mendadak, walaupun baru setahun sistem ini dilaksanakan. Terdapat juga beberapa organisasi lain yang telah berjaya melaksanakan sisiten seumpama ini. 4. Motivasi Selain memberi kesedaran dan didikan di bilik darjah, pendidikan luaran melalui kempen, ceramah, dan ceramah motivasi juga perlu dilaksanakan untuk memberikan pengukuhan kepada pelajar. Dalam konteks ini, penglibatan masyarakat dan organisasi luar juga penting untuk bertindak secara kolektif bagi menangani gejala yang sering berlaku di sekolah. Antara organisasi-organisasi yang boleh membantu pihak sekolah dalam menangani gejala disiplin ialah Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Persatuan Bekas-bekas Penagih Malaysia (PENGASIH), dan Jabatan Penjara. Dalam program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah, yang dilaksanakan setiap tahun memfokuskan tentang tabiat dan bahaya merokok terhadap remaja. Melalui program ini, pelajar dapat menjalani kehidupan sebagai insan yang lebih sempurna dengan mengamalkan cara hidup yang

positif dan bersih tanpa rokok / dadah. Dengan adanya pendedahan ini, pelajar dapat meningkatkan kualiti hidup mereka bagi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan negara dimasa akan datang. Ceramah disampaikan oleh doktor atau pegawai kesihatan yang bertauliah. Penekanan ceramah ialah tentang bahaya merokok terhadap minda dan kesihatan, kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, dan panduan mengelak daripada terjebak dengan gejala merokok. Turut dibantu oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADK) dengan mengadakan pameran dan ujian saringan urin (urine test). Klinik Berhenti Merokok juga dilancarkan bagi membantu pelajar yang telah terjebak dengan penagihan rokok untuk kembali tidak merokok. Melalui klinik ini, para pelajar yang secara sukarela mengaku merokok dibimbing dan diberi motivasi untuk melawan tabiat merokok. Bimbingan ini diberikan secara berterusan dan secara rahsia. Ceramah oleh pihak polis, sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala gengsterism. Menjadikan organisasi ini sebagai Anak Angkat kepada Balai Polis terdekat, memperkukuhkan hubungan antara warga organisasi dengan pihak penguat kuasa. Ceramah ini diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Februari dan bulan September. Ceramah berfokus ini memberikan penekanan terhadap satu-satu aspek sahaja. Contohnya, ceramah pertama bulan Februari memberikan penekanan kepada gejala samseng (Gengsterism) kerana terdapat pelajar baru (Tingkatan Satu), sementara ceramah kedua pada bulan September berkaitan dengan penyalahgunaan, dan pengedaran dadah. 5. Bimbingan dan Kaunseling Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah, khususnya kaunselor harus berperanan aktif dalam membantu pihak pengurusan sekolah untuk menangani masalah disiplin. Sebagai pembimbing profesional, mereka mempunyai tugas membimbing pelajar bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, tetapi juga membentuk iklim sekolah yang tidak bermasalah. Perlaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya, dibawah kawal selia kaunselor bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang bermasalah. Orang yang paling dekat dengan remaja / pelajar selain dari ibu bapa ialah remaja itu sendiri. Kaunseling rakan sebaya ini dilaksanakan pelajar itu sendiri, dengan penglibatan minimum kaunselor, supaya mereka bebas berbincang, menyatakan masalah dan mencari penyelesaian. Paling penting, pembimbing itu sendiri berupaya mempengaruhi rakan sebayanya supaya tidak terjerumus dengan masalah disiplin ini.

6. Pemuafakatan Komuniti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Briged Komuniti (Ahli jawatankuasanya terdiri daripada ketua-ketua jabatan dan organisasi berdekatan seperti Ketua Polis Balai, Pengarah Pusat Kesihatan, Penolong Pegawai Daerah, Imam, dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampong) turut serta secara aktif membantu menangani masalah disiplin pelajar. Mereka turut mempengaruhi komuniti sekitar agar dapat membantu pihak sekolah untuk memberikan maklumat tentang pelajar yang merokok di luar kawasan sekolah untuk diambil tindakan disiplin. Selain daripada itu, mereka juga boleh memberikan nasihat kepada pelajar yang berkenaan agar menjauhi gejala-gejala negetif tersebut. Mereka juga diminta membantu pihak sekolah untuk menasihati pekedai-pekedai runcit yang berdekatan dengan sekolah agar tidak menjual rokok kepada pelajar yang berpakaian sekolah. Sebagai waris, ibu bapa juga harus berperanan untuk mengawasi anak-anak di luar, khususnya semasa mereka masih berpakaian sekolah, demi menjaga imej sekolah. Perkongsian pintar ini boleh membantu pihak sekolah menyelesaikan banyak masalah disiplin. 7. Pameran Poster dan Papan Tanda Mempamer poster dan papan tanda yang berkaitan, contohnya Kawasan Larangan Merokok, Anti Buli, Dadah Membunuh Merokok Membahayakan Kesihatan, Jangan Musnahkan Hidup Anda Dengan Merokok dan lain-lain. Penggunaan unsur-unsur perlambangan seumpama ini akan memberikan peringatan kepada seluruh warga organisasi supaya lebih berhati-hati serta menyemai perasaan masalah bersama. 8. Hukuman dan Dendaan Alternatif terakhir diambil terhadap pelajar-pelajar yang melanggar peraturan disiplin ialah berbentuk hukuman dan dendaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957, Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959 dan dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi mengelak berlakunya sebarang penyelewengan dan kecuaian, warga pendidik sentiasa diingatkan supaya meletakkan peraturan dan undang-undang pendidikan yang telah ditetapkan sebagai asas pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan, khususnya yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan dengan ibu bapa yang boleh menyebabkan seseorang guru boleh diseret ke mahkamah yang boleh menyebabkan dijatuhkan hukuman di bawah kanun keseksaan. Antara kanun keseksaan yang mengikat guru ialah Seksyen 320 ( Cedera parah), Seksyen 323 (Seksaan kerana sengaja menyebabkan cedera), Seksyen 324 ( Dengan segaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya ) Seksyen 325 ( Seksaan kerana dengan

sengaja menyebabkan cedera parah ), dan Seksyen 326 ( Dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya ). (Mohd Ismail Othman, 2006;83) Antara Pekeliling Ikhtisas yang diguna pakai, yang berkaitan dengan masalah di atas ialah :1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975, Displin Murid-murid Menghisap Rokok. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993, Lapor Kepada Polis Salah Laku yang Berbentuk Jenayah. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995, Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-pelajar Sekolah. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996, Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997, Hukuman ke atas Murid Menghisap Rokok. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997, Sekolah sebagai Kawasan Larangan Merokok. 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998, Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah. 8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998, Penggunaan Budi Bicara ketika Mengambil Tindakan. 9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000, Menangani masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster. 9. Sekolah Penyayang Selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Resolusi Seminar Disiplin Pelajar Kebangsaan yang diusulkan dalam Seminar PIBG Peringkat Kebangsaan ke-5 diadakan di Melaka, organisasi ini juga mewujudkan program Sekolah Penyayang. Dalam konsep sekolah penyayang, elemen-elemen berunsur memujuk dan kasih sayang diberikan keutamaan. Ini bermakna, dalam segala tindakan yang bakal diambil, hendaklah mengambil kira peranan guru sebagai ibu bapa kedua dan peranan pelajar sebagai anak. Pelajar yang menunjukkan disiplin yang baik diberikan penghargaan dan dijulang melalui hadiah-hadiah penghargaan yang disampaikan semasa perhimpunan rasmi dan kemuncaknya dalam Hari Cemerlang Dijulang. Sementara pelajar-pelajar yang bermasalah, khususnya disiplin, diberikan bimbingan melalui sistem mentor-mentee, iaitu program Pelajarku Anakku. 10. Aktiviti Kokurikulum

Penglibatan wajib semua pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, melalui kaedah Rumah Sekolah. Semua kegiatan, termasuk kegiatan akademik dilaksanakan mengikut rumah sekolah masing-masing dan pencapaian rumah sekolah ini dipamerkan di Papan Skor, dalam bentuk poin / markah. Berkaitan dengan sistem merit demerit, setiap kesalahan pelajar diberikan demerit untuk rumah sekolah masing-masing. Dengan ini, semua warga sekolah akan berusaha menjaga disiplin ahli-ahli rumah masing-masing. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini juga dapat mengurangkan masa terluang pelajar di luar rumah. Secara tidak langsung telah menyahut cabaran YB Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mahu kegiatan kokurikulum diberi perhatian di semua sekolah.

Penutup
Sesungguhnyan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang sedang dilaksanakan ini menepati masa dan ketikanya dalam usaha menangani masalah-masalah berkaitan disiplin di sekolah-sekolah. Umumnya mengetahui bahawa organisasi pendidikan adalah sebuah organisasi yang unik kerana ia bukan sahaja menjadi tempat lahirnya teknokrat-teknokrat yang bakal memacu pembangunan negara di masa depan, malah ia adalah tempat menjana modal insan, yang merupakan aset utama pembangunan negara dihari muka. Untuk mendidik dan membangunkan modal insan bukanlah suatu proses yang mudah. Ia memerlukan jangka masa yang panjang, apatah lagi dalam keadaan remaja masa kini yang dibelenggu dengan kebejatan sosial yang begitu ketara. Namun harapan masih ada, asalkan kita komited dengan komitment kerajaan dalam merealisasikan aspirasi dan wawasan negara. Keputusan dasar untuk membangun dan melaksanakan PIPP dalam tempoh lima tahun ini, diharapkan akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam organisasi pendidikan, khususnya dari aspek usaha membangunkan modal insan. Walaupun kita sedar organisasi pendidikan masa kini dilanda pelbagai masalah, namun kita yakin PIPP, akan bakal menjadi pemacu arah Dasar Pendidikan Negara yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. BIBLIOGRAFI : Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Hal Ehwal Pelajar, PTS Publication,Selangor. Abdullah Sani Yahya.(2005), Mengurus Disiplin Pelajar, PTS Publication,Selangor. Ahmad Iman Arief.(2007), Modal Insan Cemerlang, Sabunai Media, KualaLumpur

4:49 PM

MEWUJUDKAN IKLIM BILIK DARJAH YANG KONDUSIF

Posted by I N D A H Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif

Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama seperti berikut;

Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajarpelajarnya. Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna.

Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.
Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran.

RUJUKAN

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
17 MAY 2010

Disiplin asertif
Disiplin asertif merupakan suatu pendekatan sistematik dan berstruktur untuk membantu guru mengelola bilik darjah dengan berkesan. Falsafah disiplin asertif adalah berdasarkan kepentingan pematuhan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi disiplin asertif oleh guru terhadap murid 1. Tentukan peraturan yang guru hendak melaksanakannya dalam bilik darjah

2. Tentukan akibat negatif kerana tidak mematuhi peraturan bilik darjah 3. Jangan teruskan menghukum jika teknik perbincangan boleh mengurangkan situasi ketegangan 4. Tentukan akibat positif untuk tingkah laku yang sesuai, misalnya peneguhan positif atau ganjaran kumpulan pun boleh dipertimbangkan 5. Mengorganisasikan suatu perjumpaan dengan murid-murid dan menjelaskan keperluan untuk mematuhi peraturan bilik darjah

Memahirkan diri dengan teknik asertif: 1. Apabila tingkah laku yang tidak diingini berlaku, ambil tindakan mengikut peraturan bilik darjah dengan serta merta 2. Mengenal pasti sebab atau punca berlakunya sesuatu masalah dan memberi respons dengan tingkah laku yang sesuai 3. Belajar menggunakan teknik memecah rekod dengan mengulang arahan dua kali atau lebih sehingga murid-murid mematuhi arahan guru 4. Belajar mengaplikasikan teknik ulangan positif yang merupakan cara mengulangi peraturan supaya semua murid mengetahui apa yang patut dilakukan 5. Menggunakan pujian kedekatan dengan memuji yang terdekat dengan rakan sedarjah yang bertingkahlaku buruk You might also like: Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah Kepentingan membina hubungan guru dan murid Rutin
LinkWithin
POSTED BY PAK LONG AT 11:35 PM LABELS: NOTA PENGURUSAN BILIK DARJAH

Implikasi amalan budaya penyayang dalam bilik darjah


Guru penyayang di dalam bahasa Inggeris bermakna caring intellectual, iaitu guru sebagai intelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi, suka dan memuja.

Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan, keperluan dan kebahagian murid-muridnya.

Implikasi ke atas proses Pengajaran dan Pembelajaran

Mencapai matlamat zero defect dalam semua jurusan pendidikan iaitu: 1. Tiada masalah pengajaran dan pembelajaran

2. Tiada masalah disiplin 3. Tiada masalah pengurusan dan kepimpinan 4. Tiada masalah keceriaan You might also like: Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah Kepentingan membina hubungan guru dan murid Rutin
LinkWithin
POSTED BY PAK LONG AT 11:20 PM LABELS: NOTA PENGURUSAN BILIK DARJAH

Kepentingan membina hubungan guru dan murid


Hubungan guru dan murid perlu dibina kerana mempunyai kepentingan tertentu seperti: 1. Menjalinkan hubungan mesra

2. Membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 3. Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan 4. Murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah 5. Memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin diri di kalangan mereka

6. Mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran P&P 7. Masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect

8. Bilik darjah akan menjadi alam belajar yang mernarik You might also like: Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah Rutin Implikasi amalan budaya penyayang dalam bilik darjah
LinkWithin
POSTED BY PAK LONG AT 3:41 PM LABELS: NOTA PENGURUSAN BILIK DARJAH

Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru yang bertauliah. Untuk menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti profesional seperti berikut: 1. Ingin tahu

2. Pengetahuan ikhtisas 3. Suka membaca 4. Kemahiran bertutur 5. Daya ingatan

6. Daya usaha

Mengikut Nilai-nilai keguruan, kualiti profesional seseorang guru boleh disenaraikan seperti berikut: 1. Semangat berdedikasi

2. Peka kepada perubahan 3. Sedar tentang keperluan negara 4. Bersikap positif terhadap pembelajaran 5. Mempunyai inovasi dalam tugas.

You might also like: Rutin Implikasi amalan budaya penyayang dalam bilik darjah Kepentingan membina hubungan guru dan murid
LinkWithin
POSTED BY PAK LONG AT 3:32 PM LABELS: NOTA PENGURUSAN BILIK DARJAH

Rutin
Mengikut Emmer, Everton dan Anderson dalam buku mereka, elliot el al, 2000,

'Guru yang dapat mengendalikan aktiviti kelas dengan berkesan adalah merupakan guru yang telah menyediakan rutin (peraturan kelas) yang difahami oleh murid semenjak hari pertama mereka masuk ke dalam bilik darjah.'

Rutin Guru: 1. Menanda jadual kedatangan

2. Menyemak keadaan fizikal bilik darjah 3. Penyusunan kerusi meja dan mengutip yuran 4. Memungut buku latihan 5. Menguruskan jadual kerja murid

6. Memastikan peraturan-peraturan bilik darjah yang ditentukan dapat dipatuhi oleh semua murid dalam bilik darjah.

Rutin Murid: 1. Menyapu lantai dan beranda

2. Membersihkan papan tulis 3. Menyusun kerusi meja 4. Mengemas ruang dan sudut pembelajaran 5. Mengelap cermin tingkap dan menghias meja guru

6. Bersedia sebelum guru masuk ke dalam kelas You might also like: Ciri-ciri profesional guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah Kepentingan membina hubungan guru dan murid Disiplin asertif
LinkWithin
POSTED BY PAK LONG AT 3:20 PM LABELS: NOTA PENGURUSAN BILIK DARJAH

05 MARCH 2010

Konsep Disiplin
Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin ini merujuk kepada:

Kawalan diri Kawalan dari luar Patuh kepada autoriti Keadaan tempat bekerja yang teratur Urusan yang sistematik Cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.

Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman. (PENGURUSAN BILIK DARJAH)
PENGENALAN. Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid- murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan- bahan pengajaran dan sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik. DEFINISI PENGURUSAN. Istilah pengurusan mempunyai berbagia-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum. Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.[1] Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan. [2]Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.

Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.[3] Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.[4] Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.[5] DEFINISI BILIK DARJAH. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.[6] Secara amnya, bilik darjah ialah bilik- bilik disekolah dimana sekumpulan murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak semata- mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi mencakupi pelajar- pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.[7] DEFINISI PENGURUSAN BILIK DARJAH. Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru mengurus bilik darjah agar aktiviti penagjaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan interaksi dikalangan pelajar dan guru.[8] Pengurusan bilik darjah juga boleh didefinisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.[9] Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.[10] FAKTOR- FAKTOR PENGURUSAN BILIK DARJAH.[11] 1) Manusia.

Unsur manusia merupakan perhubungan antara guru dengan murid dan perhubungan murid dengan rakan sebayanya. Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi, tingkahlaku, syahsiah dan kerjasama antara mereka. 2) Kebendaan. Unsur kebendaan merupakan segala alatan dan kelengkapan yang ada di dalam bilik darjah. Pengurusan dalam aspek ini melibatkan penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang pembelajaran, buku dan hiasan dalam bilik darjah. Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat mendorong murid terhadap pembelajaran. 3) Operasi. Unsur operasi pula merupakan segala aktiviti yang dijalankan oleh guru dan murid dalam bilik darjah. Pengurusan operasi secara lancar akan menjamin aktiviti pembelajaran dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna. ASPEK- ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH. Di sini penulis menetapkan empat aspek utama dalam pengurusan bilik darjah. Pertama, iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal, sosial, emosi dan penyusunan bilik darjah. Sauasana fizikal bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran, dan oleh sebab inilah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan organisasi, merancang dan menggunakan perkara- perkara yang berkaitan denagn tempat duduk murid, bahan bantu mengajar, papan pameran dan berbagai- bagai perabot lain dengan sempurna.[12] Persekitaran bilik darjah yang mendorong pengajaran dan pembelajaran tidak wujud begitu sahaja. Seseorang guru hendaklah merancang serta melaksanakan kegiatan yang boleh mewujudkan kea arah persekitaran dan iklim yang sedemikian. Suasana bilik darjah yang harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuknya. Guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan- pendekatan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah berlandaskan tahap perkembangan murid. Iklim dalam bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid dan guru dalam bilik darjah tersebut. Pengurusan bilik darjah juga akan semakin baik apabila sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid- murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan- tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada setiap awal tahun secara tidak langsung ai dapat mengembangkan budaya bertanggungjawab, kerjasama serta hubungan baik antara mereka dengan guru dan sesama mereka.

Dari aspek pengurusan iklim fizikal, guru hendaklah memastikan bilik darjah itu sentiasa bersih dan kerusi mejanya teratur. Jika kelas itu merupakan kelas KBSR, setiap kumpulan mestilah tersusun sselepas setiap waktu pelajaran. Selain itu, sudut-sudut pembelajaran hendaklah diwujudkan bagi merangsang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih dinamik.[13] Selain itu, penyusunan tempat duduk murid juga penting dalam pengurusan fizikal dan iklim bilik darjah. Walaupun tempat- tempat duduk dalam bilik darjah tidak dapat diganti atau diubah- ubah dari segi fizikal, namun beberapa perkara penting harus diawasi oleh guru. 1. Meja guru. Pada zaman dahulu, meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Di kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah. [14] 2. Kerusi dan meja murid. Penyusunan meja murid bergantung kepada umur dan keperluan murid. Ia juga harus ditentukan oleh guru. Satu cara paling mudah ialah mengaturkan tempat duduk mengikut giliran abjad nama murid. Dalam bilik darjah yang bercampur lelaki dan perempuan, penyusunan seperti ini akan mengurangkan masalah disiplin, kerana murid- murid yang sama jantina biasanya suka berinteraksi bersama, dan keadaan ini menggalakkan tingkahlaku nakal. Penyusunan kerusi- meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.[15] Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim sosial, guru hendaklah merancang pergerakan pelajar, tingkahlaku pelajar di dalam kelas semasa guru mengajar, mewujudkan kumpulan perbincangan, bertanyakan soalan, berbudi bahasa, mengadakan prosedur dalam peminjaman dan pemulangan peralatan pembelajaran.[16] Dari aspek pengurusan bagi mewujudkan iklim emosi pula, guru perlu memiliki kemahiran komunikasi dan kelucuan penuh dengan budi bahasa untuk mewujudkan kemesraan dan empati di samping mengendurkan perasaan takut dan suasana tegang di kalangan pelajar. Ganjaran dan pujian merupakan salah satu cara yang dapat memotivasikan pelajar.[17] Kedua, aspek komunikasi dalam bilik darjah. Ini kerana murid adalah pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara

individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. [18] Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang efektif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan di bilik darjah tidak akan berlaku sekiranya tidak wujud komunikasi. Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samaada lisan atau bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima maka komunikasi berkesan telah berlaku. Ketika guru menulis di papan hitam untuk kegunaan murid- murid maka komunikasi lisan telah berlaku.[19] Menurut Feeney (1983) mengatakan bahawa komunikasi merupakan satu proses untuk menyampaikan maklumat, mesej atau isyarat kepada pihak lain. Proses komunikasi dibina daripada pengalaman dan persefahaman antara kedua- dua belah pihak. Tindak balas atau reaksi yang lahir daripada proses komunikasi ini adalah berpunca daripada pengalaman dan persefahaman yang wujud antara mereka.[20] Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah:[21] 1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi. Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. 2. Menggunakan bahasa yang berkesan. Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang

berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran. 3. Kesediaan untuk mendengar. Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar. 4. Menghormati perasaan orang lain. Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah. 5. Menyesuaikan diri dengan situasi. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan. Ketiga, aspek
[22]

pengurusan dan

pengajaran adalah

dan

pembelajaran dan

di

dalam berkait.Ia

bilik

darjah.

Pengajaran

pengurusan

penting

saling

melibatkan

perancangan guru dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Peningkatan profesionalisme guru didalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah dan yang berkaitan dengannya. Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, bahan rujukan tambahan samaada dari buku- buku yang terdapat di kedai- kedai buku atau boleh juga diakses melalui internet. Bagi mendapatkan pengajaran yang berkesan, seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip- prinsip yang tertentu. Prinsip- prinsip pengajaran yang baik:[23] 1. Murid- murid hendaklah dilibatkan dengan aktif di dalam proses pengajaran.

Didalam proses pengajaran guru hendaklah melibatkan murid- murid untuk menjadikan mereka aktif dari segi mental dan fizikal sepanjang masa dalam tempoh pengajaran dan pembelajaran. Dalam kebanyakkan situasi pembelajaran, murid- murid belajar dengan lebih baik lagi kalau mereka melakukan aktiviti jasmani sambil menumpukan kepada aktiviti- aktiviti mental. Umpamanya murid- murid belajar dengan lebih baik lagi tentang sesuatu pelajaran Sains kalau mereka melakukan percubaan- percubaan berbanding hanya mendengar penerangan guru sahaja. Oleh yang demikian murid- murid yang aktif melakukan aktiviti jasmani dan mental lebih baik daripada murid- murid yang hanya pasif didalam kelas. 2. Penggunaan pelbagai kaedah didalam proses pengajaran. Dalam proses penyampaian pelajaran tidak ada kaedah tertentu yang sesuai untuk digunakan pada setiap masa. Oleh kerana itu, guru perlu kreatif memilih kaedah pengajaran supaya murid- murid tidak bosan dan objektif pengajaran akan dapat dicapai. Pemilihan kaedah pengajaran perlulah berdasarkan panduan berikut:[24] 1. Kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid- murid yang diajar dalam bilik darjah. 2. Guru hendaklah benar- benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan. Pastikan kaedah ini dapat memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid- murid. 3. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat merangsang murid- murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif. 4. Kaedah yang digunakan hendaklah dapat memandu murid- murid untuk mencapai kejayaan. Para sarjana Pendidikan Islam banyak memperkatakan tentang kaedah pengajaran dalam kitab- kitab tulisan mereka yang sewajarnya diikuti dan dipraktikkan oleh pendidik- pendidik Islam khususnya dan para pendidik umumnya. Diantara kaedah- kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran ialah kaedah hafalan, syarahan, dialog, soal jawab, perdebatan, latih tubi, bercerita dan sebagainya. 3. Isi pelajaran hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman murid murid. Sesuatu pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru kurang mendatangkan kesan kepada murid- murid, sekiranya pelajaran itu jauh dari pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka. Pelajaran akan lebih bermakna kalau dikaitkan dengan pengalaman yang telah ada pada mereka. Dengan itu, guru perlu memastikan bahawa isi pelajaran haruslah disertakan dengan contoh- contoh yang telah mereka alami. Oleh itu, isi pelajaran akan lebih mudah difahami. 4. Pengajaran hendaklah mengambil berat tentang perbezaan individu.

Pengajaran yang baik hendaklah mengambil kira soal perbezaan antara invidu murid. Ini kerana setiap murid mempunyai keupayaan dan latar belakang yang berbeza. Di dalam bilik darjah, kumpulan murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pandai, sederhana dan lemah. Manakala dari aspek latar belakang terdapat murid yang lahir daripada golongan kaya, sederhana dan miskin. Dalam hal ini, guru perlu sedar bahawa tidak boleh menggunakan corak dan kaedah pengajaran bagi semua murid. Pengetahuan terhadap adalah penting bagi membantu guru memahami kehendak dan keperluan murid yang berbeza ini. Hasilnya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya objektif dapat dicapai. 5. Melakukan perancangan dalam pengajaran.[25] Perancangan yang teliti haruslah dilakukan bagi setiap guru. Rancangan pengajaran hendaklah dibuat sebelum penggal persekolahan bermula. Persediaan mengajar merangkumi rancangan pengajaran harian, rancangan pengajaran tahunan, bahan bantu mengajar, kaedah dan teknik yang hendak digunakan dan lain- lain. Guru juga tidak lari dari melakukan langkah pengajaran yang memerlukan kepada modul. Oleh kerana pengajaran merupakan satu proses, ia melalui beberapa fasa atau peringkat yang berurutan yang biasanya dibentuk dalam rancangan pengajaran tahunan. Proses pengajaran dimulakan dengan set induksi iaitu peringkat awal pengajaran. Biasanya aktiviti ini tidak memakan masa yang lama antara dua hingga tiga minit. Seterusnya diikuti dengan perkembangan isi yang ada pada beberapa langkah yang telah dirancang dan ianya berkaitan dengan objektif khusus pembelajaran. Di peringkat ini, guru perlu memikirkan aktiviti dan kaedah yang sesuai. Proses pengajaran diakhiri dengan penutup dan ianya bertujuan untuk memperkukuhkan ingatan murid terhadap pelajaran yang telah disampaikan oleh guru. Keempat, pengurusan yang berkaitan dengan disiplin murid.[26] Disiplin murid merupakan salah satu aspek penting yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Mengurus dan mewujudkan disiplin dalam bilik darjah adalah salah satu unsur utama bagi mencapai kejayaan dalam proses pengajaran pembelajaran. Tiada masalah pengajaran yang lebih mencabar guru daripada masalah disiplin. Guru yang baru mula mengajar sering merasa khuatir mengenai masalah- masalah didiplin. Ini kerana kejayaan dan kegagalan disepanjang tahun adalah bergantung kepada kebolehannya mengawal persekitaran bilik darjah. Menurut Lindgren (1976) menghuraikan bahawa disiplin membawa maksud hukuman dan kawalan untuk mematuhi tatatertib. Disiplin juga membawa maksud latihan yang bertujuan untuk membetul dan mengukuh pelakuan seseorang.[27] Secara umum, disiplin melibatkan cara seseorang berfikir dengan teratur supaya dapat melahirkan sifat yang rasional, mewujudkan keyakinan diri dan ketabahan hati seseorang itu untuk mengikut peraturan- peraturan yang diterima umum.

Pada hakikatnya, tidak dapat dinafikan bahawa menyingkirkan punca berlakunya masalah disiplin adalah lebih baik daripada memperbetulkan tingkahlaku yang tidak diingini. Guru perlu sedar dan peka, dalam proses seseorang individu murid itu berkembang dan membentuk kebolehan mengarahkan dirinya sendiri terdapat pelbagai pengaruh yang akan menjuruskan dirinya dalam masalah disiplin. Tiga pengaruh utama ialah pengaruh persekitaran fizikal, pengaruh melalui perhubungan diantara individu dan pengaruh yang melibatkan hubungan dengan masyarakat. Penulis turut meletakkan punca berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah: 1. Guru kurang berfungsi. Guru merupakan salah satu anggota atau kakitangan yang paling penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat yang dipenuhi dengan modal insan yang progresif. Peranan dan sumbangannya amat diperlukan pada mana- mana peringkat samaada rendah mahupun menengah. Gagal memberi tumpuan kepada bilik darjah akan menghasilkan perubahan tingkahlaku yang negatif dalam diri murid- murid. Kesannya, akan berlaku pengabaian yang tidak formal terhadap murid yang sedia ada di dalam bilik darjah, seterusnya membawa kepada masalah disiplin. 2. Wujud kumpulan tertentu. Bilangan murid yang ramai dalam sesebuah bilik darjah mengakibatkan wujudnya kelompok bilangan murid tertentu seperti kumpulan- kumpulan elite yang mempunyai prestasi pelajaran yang baik berbanding sebahagian yang lain. Kumpulan murid yang kurang pencapaiannya dalam pelajaran pula akan mengasingkan diri mereka kerana wujudnya perasaan rendah diri. Inilah titik tolak kepada masalah disiplin yang lain. 3. Pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran amat penting bagi memastikan bidang pendidikan melahirkan modal insan yang berjaya didunia dan akhirat. Kegagalan guru dalam menyusun corak pengajaran yang baik akan menyebabkan tumpuan murid- murid juga gagal dicapai. Maka akan berlakulah sikap- sikap yang kurang menyenangkan didalam bilik darjah seterusnya membawa kepada masalah disiplin. 4. Halangan komunikasi. Komunikasi adalah salah satu aspek penting dalam pengurusan bilik darjah. Kebiasaannya, murid- murid akan mengadu hal tentang ketidakfahaman mereka terhadap sesuatu topik. Kegagalan guru bagi mewujudkan komunikasi yang positif dalam hubungannya dengan murid akan mendatangkan kesan malu dan rendah diri murid kerana mereka menganggap guru kurang memberi perhatian tentang pertanyaan mereka. Biasanya, golongan- golongan inilah yang akan bermasalah didalam bilik darjah. Oleh itu, penulis juga memberi panduan bagi mengatasi masalah disiplin di dalam bilik darjah.[28] 1. Ganjaran perlakuan yang baik.

Murid perlu diingatkan bahawa perlakuan yang positif di bilik darjah akan diberi ganjaran. Guru akan memberi perhatian kepada murid yang berkelakuan baik. Pujian yang sederhana dan berpatutan merupakan satu ganjaran yang mudah dan berkesan. 2. Penggunaan bahasa isyarat. Guru tidak perlu memberhentikan pengajaran sekiranya terdapat murid yang tidak memberi tumpuan. Guru boleh menggunakan bahasa isyarat, seperti merenung atau menggelenggeleng kepala kearah murid tersebut, atau menggunakan isyarat tangan agar murid memberi perhatian kepada guru. 3. Mempelbagaikan kaedah pengajaran. Salah satu sebab murid berasa resah ketika guru mengajar adalah kerana mereka bosan dengan cara guru menyampaikan pelajaran. Murid kerap berasa jemu sekiranya guru hanya menggunakan kaedah yang sama ketika menagjar. Guru perlu berusaha mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajran agar ianya sesuai dengan keadaan dan isi pelajaran serta mampu menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran guru. 4. Gunakan kaedah kaunseling. Ada kalanya, masalah disiplin murid tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Guru perlu merujuk masalah tersebut kepada guru kaunseling. Dengan latihan dan kepakaran yang ada, guru kaunseling mungkin dapat mengatasi masalah tersebut. KESAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN. Pertama, banyak kajian telah dilakukan yang mengaitkan keberkesanan pengurusan bilik darjah denagn kejayaan murid. Kajian menunjukkan bahawa pencapaian murid adalah hasil daripada pelakuan guru, seperti merancang, mengurus dan mengajar dan pelakuan murid seperti melibatkan diri, menguasai pelajaran dan menyelesaikan tugasan. Cole (1994), merumuskan bahawa kejayaan dan keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung kepada empat faktor yang perlu ada pada seseorang guru, iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran merancang dan mengurus, kemahiran mengajar dan keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan. Keempat- empat faktor ini sama pentingnya dan guru yang dapat mengurus kelas denagn baik. Ketidakberkesanan pengurusan bilik darjah ada kalanya tidak langsung berkaitan dengan perlakuan negatif murid.[29] Kedua, pengurusan bilik darjah yang berkesan menggalakkan daya pemikiran kreatif yang tinggi dikalangan murid. Ia berkaitan dengan corak penyusunan tempat duduk dan pengaturan bilik darjah. Penggalakkan murid- murid supaya aktif didalam bilik darjah adalah bergantung kepada corak bilik darjah tersebut. Perkara ini memerluakn imaginasi guru supaya perkongsian ilmu melalui perbincangan dapat dilakukan antara mereka dengan suasana yang selesa. Papan kenyataan dalam bilik darjah juga menggalakkan pemikiran yang lebih baik sekiranya diamnfaatkan secara berkesan.[30] Ketiga, pengajaran dapat dilaksanakan denagn berkesan. Ini kerana, kemampuan seorang guru dalam mengurus bilik darjah secara fizikal, iklim, komunikasi dan pengawala disiplin

dapat memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seterusnya objektif dan matlamat dapat dicapai. KESIMPULAN:

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif. Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik. Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan berjaya didunia dan akhirat. Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan objektif pendidikan dapat dicapai. insyaAllah. RUJUKAN: 1. Abd. Ghafar Md. Din(2003), Prinsip dan Amalan Pengajaran,Selangor, Utusan Publication& Distrib. 2. Atan Long Ph.D (1980),Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 3. Ahmad Mohd Salleh (1997), Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. 4. Ee Ah Meng (2000), Pendidikan diMalaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah(edisi kedua), Kuala Lumpur: Fajar Bakti. 5. http://dukeamienerev.blogspot.com 6. Leonard M.S Yong, Karen L (1996), Guru Yang Kreatif, Isu- Isu Teorikal & Aplikasi Praktikal,Kuala Lumpur: Arena Buku Sdn Bhd. 7. Sharifah Alwiyah Alsagof (1983), Ilmu Pendidikan: Pedagogi.Kuala Lumpur: Helnemann Asia.

Kepentingan membina hubungan guru dan murid


Hubungan guru dan murid perlu dibina kerana mempunyai kepentingan tertentu seperti:

1.

Menjalinkan hubungan mesra

2. Membina iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 3. Guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan 4. Murid-murid akan rela mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah 5. Memupuk disiplin arahan kerja dan disiplin diri di kalangan mereka

6. Mewujudkan iklim penyayang alam belajar dan menentukan kelancaran P&P 7. Masalah disiplin dapat dikurangkan ke tahap zero defect

8. Bilik darjah akan menjadi alam belajar yang mernarik

5 Ciri Bilik Darjah Yang Kondusif


Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan

pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya. Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disususn dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, murid-murid dapat member sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Guru juga dapat mengubah,mengajar dan menunjukkan ajar kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua kesalahan, sama ada kesalahan tatabahasa atau karangan atau perbuatan yang tidak menyeronokkan. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, bilik darjahnya agak kecil dan murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan akan mengakibatkan murid-murid tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz bilik darjah yang besar akan memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah. Dari segi kemudahan, bilik darjah dilengkapi dengan kerusi dan meja, papan hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak dan sebagainya hendaklah disediakan dengan lengkap dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik. Dalam pemerhatian saya, kemudahan-kemudahan bilik darjah salah sebuah sekolah rendah tidak disediakan dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Sebagai contoh, meja, kerusi, kipas dan tingkap yang rosak perlu digantikan dengan baru kerana kemudahan-kemudahan yang tidak elok akan mendatangkan ancaman dan juga berbahaya terhadap murid-murid. Ruang-ruang pembelajaran juga perlu dibekalkan bagi memudahlan murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran. Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang

sesuai dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan rutin bilik darjah. Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut kebolehan atau fizikal mereka. Jika murid tersebut tinggi, guru akan memberikan dia tugas mengelap tingkap atau pintu. Bagi murid-murid yang bertenaga, guru akan memberikan tugas seperti mengambil sebaldi air untuk kawankawan yang bertugas mengelap tingkap dan pintu. Bagi murid-murid yang berbadan kecil,guru akan memberi tugas seperti menyapu lantai, membuang sampah, menyusun kerusi dan meja dan lain-lain lagi kepada mereka. Tujuan pembahagian tugas seperti ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih dan teratur. Di samping itu, hubungan guru-murid amat dititikberatkan di sekolah rendah. Hal ini adalah kerana murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru membina hubungan yang erat dengan para murid. Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid tanpa mengira kaum. Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan murid. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan berkesan. Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid. Oleh itu, guru amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid. Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik merupakan salah satu faktor meningkatkan keberkesanan pemngajaran dan pembelajaran. Muridmurid di sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan melahirkan anak-anak murid yang cemerlang.

You might also like