You are on page 1of 33

MARKAH

KPP 60504: PSIKOLOGI POSITIF

TUGASAN: TUGASAN KUMPULAN

TAJUK

PERSEKITARAN POSITIF:
- Komponen-komponen persekolahan yang positif
- Keperolehan dalam pekerjaan-kepercayaan, penghargaan, matlamat, motivasi, harapan
dan sumbangan masyarakat.
- Modal dalam kerja – human, sosial, psikologi positif
- Perspektif negatif – workaholics, burnouts dan jobs lost

DISEDIAKAN OLEH

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK PROGRAM NO. TELEFON


GOH KAH SAN M20211000541 016-8846753
VINNIE TOH LEE CHOO M20211000647 014-6929013
KU SHIN NI M20211001180 SARJANA 016-9842943
KHOR PHAIK WEI M20211001179 PENDIDIKAN 016-9804453
ANG DAE RIEH M20211001178 012-2238725

KUMPULAN KULIAH : PP-D (M211PCS)

PENSYARAH : DR. TAJUL ROSLI BIN SHUIB


Pengenalan

Pendidikan sangat penting untuk diperkukuhkan kerana kemajuan sesebuah negara bermula
daripada kejayaan sistem pendidikan yang dilaksanakan. Sistem pendidikan yang berkesan
akan membantu melahirkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai kepakaran dalam
pelbagai bidang terutamanya bidang sains dan teknologi. Persekitaran pembelajaran yang
positif sangat penting bagi murid-murid di dalam sesebuah sekolah. Persekitaran yang positif
bukan sahaja tertumpu kepada keadaan fizikalnya, tetapi juga bagaimana murid menyesuaikan
diri mereka dalam sesuatu keadaan.

Terdapat dua komponen utama dalam persekitaran pembelajaran iaitu komponen


fizikal dan komponen psikososial (Fraser 1994; Kilgour 2006). Komponen fizikal termasuk
semua aspek fizikal seperti bilik darjah, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,
kelengkapan di dalam dan di luar bilik darjah. Persekitaran fizikal adalah berkaitan dengan
apa-apa perkara yang kita boleh rasa, kualiti deria dan objek yang kita temui (Tessmer dan
Harris ,1992). Antaranya ialah perabot bilik darjah, ruang, cahaya, kualiti udara dan teknologi
(Kilgour 2006, Higgins et al. 2005) dan meliputi semua keadaan fizikal seperti keadaan bilik
darjah, bahan-bahan pengajaran dan kelengkapan dalam persekitaran pembelajaran (Mok
2008). Komponen psikososial pula berkaitan dengan interaksi yang berlaku antara murid
dengan murid, murid dengan guru dan murid dengan persekitaran. Menurut Fraser (1994),
persekitaran psikososial bilik darjah melibatkan guru dan murid dan hubungan antara satu sama
lain. Kilgour (2006) pula menyatakan, aspek psikososial dalam persekitaran pembelajaran
termasuklah kelakuan dan interaksi pelajar dan guru di dalam bilik tersebut (bilik darjah) dan
meliputi aspek keselamatan, kesihatan, kemesraan, keceriaan, kawalan disiplin dan unsur
kemanusiaan yang lain. Kedua-dua komponen ini saling melengkapi antara satu sama lain
dalam mencipta dan membentuk satu persekitaran pembelajaran dan mempengaruhi proses
pembelajaran yang berlaku di dalamnya.

Lantaran itu, bagi membolehkan murid dilengkapkan dengan pengetahuan dan


kemahiran yang diperlukan, pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang dilaksanakan perlu
berkesan. Keberkesanan PdPc bergantung kepada faktor-faktor yang berlainan. Salah satu
faktor yang penting dalam konteks ini adalah persekitaran pembelajaran (Walber 1981; Moos
1979). Persekitaran pembelajaran merujuk kepada ruang yang diperuntukkan untuk
pembelajaran (Tessmer & Harris 1992) sama ada bilik darjah, makmal sains, kawasan lapang
atau dewan dan sebagainya. Ia merupakan tempat pembelajaran berlaku konteks sosial,

1
psikologikal dan pedagogikal yang mempengaruhi pencapaian dan sikap murid (Doppelt &
Schunn 2008). Justeru, persekitaran pembelajaran melibatkan semua pembolehubah dalam
konteks pembelajaran sama ada secara fizikal, sosial mahupun psikologi. Pembolehubah-
pembolehubah tersebut akan merangsang murid untuk melibatkan diri mereka dalam PdPc.
Selain itu, ia juga mempengaruhi tingkah laku murid di samping pembentukan kemahiran atau
persepsi kognitif mereka.

Dalam bahagian yang berikut, kami akan membincangkan beberapa isu yang berkaitan
dengan persekitaran positif, iaitu persekitaran yang selamat dan teratur adalah aspek utama
selain daripada iklim sekolah yang baik, peraturan dan disiplin adalah komponen asas kepada
guru untuk mewujudkan persekitaran yang positif. Justeru, isu menetapkan peraturan dan
masalah disiplin memberi kesan yang ketara semasa pembentukan persekitaran positif. Selain
itu, sokongan, pujian dan tindak balas positif kepada kanak-kanak turut mempengaruhi
pembinaan persekitaran yang positif. Penglibatan murid dalam aktiviti sewaktu PdPc juga
merupakan isu yang penting dalam mewujudkan persekitaran yang positif dalam sekolah. Isu
mengenai kelengkapan prasarana di sekolah merupakan salah satu faktor penting yang
menentukan kewujudan persekitaran positif. Di samping itu, penglibatan ibu bapa dan
masyarakat di sekolah turut merupakan isu yang akan dibincangkan untuk membentuk
persekitaran positif bagi menjayakan PdPc dalam kalangan murid. Persekitaran positif dapat
membantu murid dalam mengejar kejayaan dalam pencapaian akademik mahupun sukan atau
pembentukan nilai murni. Kepentingan persekitaran positif perlu diutamakan bagi memupuk
kesedaran setiap warga sekolah supaya PdPc berkesan dapat dilaksanakan.

2
Isu Pertama: Menetapkan Peraturan dan Berdisiplin

Persekitaran sekolah yang positif merujuk kepada keadaan atau suasana sekolah yang tenang
dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran (Ahmad Zabidi Abdul Razak,
2006). Persekitaran sekolah yang positif sangat penting untuk murid-murid dan harus
diwujudkan (Ibrahim Mamat, 1993). Persekitaran yang positif bukan sahaja tertumpu kepada
keadaan fizikalnya tetapi juga berkait rapat dengan bagaimana guru-guru dan murid-murid
menyesuaikan diri dalam sesuatu keadaan. Peraturan sekolah diperkenalkan kepada setiap
murid pada setiap semester bermula supaya mereka sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan
menjaga disiplin masing-masing bagi mewujudkan persekitaran positif yang menghasilkan
suasana yang menyenangkan semua warga sekolah.

Terdapat pelbagai jenis salah laku yang ditunjukkan oleh murid seperti datang lambat
ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah,
merosakkan harta sekolah, tidak menghormati guru dan sebagainya. Semuanya melibatkan
masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki, boleh dikatakan murid ini murid yang
nakal. Tetapi lain pula halnya seperti memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap
dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum didedahkan. Terdapat beberapa sebab
murid merokok seperti ingin menonjolkan imej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba
dan mengikut tingkah laku ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi
di pasaran. Semua kelakuan tersebut bukan lagi perbuatan nakal, ini namanya samseng atau
gangster. Bukan seorang dua yang membuat kerja ini tetapi semestinya berkumpulan.
Kumpulan inilah yang dikatakan kumpulan samseng. Dari samseng kecil-kecilan akhirnya
menjadi kongsi gelap. Masalah disiplin di sekolah kini adalah pada tahap yang sangat
membimbangkan terutamanya di peringkat sekolah menengah. Keruntuhan akhlak remaja di
Malaysia bertambah serius. Suasana yang tidak tenteram dan tidak selamat sedemikian
mencetuskan persekitaran yang negatif, justeru kehadiran murid-murid ke sekolah akan
menurun. Di samping itu, pembelajaran dan pemudahcaraan tidak dapat dilaksanakan dengan
lancar.

Seiring dengan hasrat dan matlamat negara untuk menjadi negara maju, kita telah
menyaksikan pembangunan yang pesat di negara kita. Namun kemajuan ini akan terbantut
sekiranya negara kita menghadapi gejala sosial yang akan menghalang negara terus maju jaya.
Isu masalah disiplin murid merupakan topik yang ketara dan biasa diperkatakan. Kawalan oleh
ibu bapa atau penjaga semakin berkurang dan mereka mengabaikan tanggungjawab mereka

3
dalam memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka dikatakan menjadi punca utama
berlaku masalah disiplin di era teknologi dan maklumat kini. Sebagai contoh, ibu bapa tidak
sedar akan anak mereka ponteng sehingga guru membuat aduan. Ibu bapa juga tidak
melaksanakan tugas mereka dalam mengurus dan mengawal tingkah laku anak-anak mereka.
Namun, peranan institusi kekeluargaan adalah setaraf dengan peranan institusi sekolah dalam
membentuk mental dan rohani murid (Novandri Hasan Basri, 2000) .

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh warga sekolah untuk mewujudkan
persekitaran yang positif dan kondusif, salah satu cara adalah dengan menetapkan peraturan
dan memastikan warga sekolah sentiasa berdisiplin dalam persekitaran sekolah. Dengan
adanya peraturan tertentu, semua warga sekolah termasuk pentadbir, guru, murid dan pekerja
akan sentiasa mematuhi peraturan tersebut. Dengan ini, persekitaran yang selamat dan bebas
daripada risiko kemalangan akan wujud. Warga sekolah akan berasa selamat dan kurang
tertekan ketika berada di sekolah. Selain itu, murid-murid yang mematuhi peraturan yang
ditetapkan oleh guru mereka ketika berada di kelas dapat memastikan perhatian yang
sepenuhnya ditumpukan semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan berlangsung.
Aktiviti pembelajaran dapat berjalan dengan lancar jika murid sentiasa berdisiplin. Peraturan
kelas yang ditetapkan oleh guru dan dilaksanakan oleh murid lama-kelamaan akan menjadi
budaya. Sebagai contoh peraturan memberi salam kepada guru di kelas. Peraturan ini akan
dijadikan budaya oleh murid-murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Mereka
akan bersalam dengan guru semasa guru berada di kelas atau di kawasan sekolah.

Peraturan sekolah sangat penting, ini bukan sekadar undang-undang yang perlu
dipatuhi, namun ia membentuk perwatakan positif dalam diri murid. Murid sentiasa berpakaian
kemas, menepati waktu, menyiapkan kerja rumah, saling menghormati dapat melahirkan murid
yang berhemah tinggi dan berdisiplin. Selain itu, ia juga dapat membentuk generasi berakhlak
yang tidak melibatkan diri dalam gejala sosial atau anasir negatif yang dinyatakan sebelum ini.
Murid mematuhi peraturan sekolah dapat melatih diri untuk menjadi murid yang baik. Murid
dapat lebih fokus terhadap pelajaran apabila mematuhi peraturan. Justeru, murid tidak akan
dikenakan sebarang tindakan dan hukuman dan pembelajaran turut tidak terganggu. Sekiranya
murid-murid berdisiplin, suasana kelas terkawal dan murid dapat belajar dengan tenang,
mereka dapat peroleh keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Murid perlu patuhi peraturan sekolah demi keselamatan supaya mengelakkan


kemalangan atau perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, murid mematuhi peraturan di

4
makmal dan bengkel, beratur dan tidak berebut ketika di kantin, maka peraturan yang ada perlu
dipatuhi supaya tidak berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa murid.
Lantaran itu, ia dapat mewujudkan hubungan harmoni dalam kalangan warga sekolah. Sekolah
ibarat rumah kedua, jika semua murid berdisiplin dan patuh pada peraturan sekolah, ia tidak
akan wujud masalah antara murid dengan murid atau murid dengan guru. Semua pihak saling
menghormati dan menghargai dalam usaha meningkatkan imej sekolah. Apabila murid-murid
mematuhi peraturan sekolah, tiada masalah disiplin dan pembelajaran dan pemudahcaraan
berlangsung sempurna. Murid lebih fokus untuk cemerlang dalam akademik dan sukan, justeru
mengharumkan nama sekolah. Namun, kegagalan mematuhi peraturan sekolah membawa
banyak kesan negatif terhadap murid.

Menurut Teori Maslow, salah satu keperluan anak-anak ialah keperluan kasih sayang.
Pemberian kasih sayang daripada ibu bapa kepada anak-anak adalah amat penting dalam
membentuk kestabilan emosi, personaliti anak, kepuasan hidup dan sebagainya. Kasih sayang
yang diberikan oleh kedua-dua ibu dan bapa adalah sama penting. Walaupun demikian, kasih
sayang ayah akan memberikan impak yang lebih banyak daripada ibu (Rohner, Ronald P. dan
Veneziano, Robert A, 2001). Ibu bapa harus mewujudkan saluran komunikasi yang sihat
dengan anak-anak. Selain ibu bapa, pihak sekolah dan guru mempunyai peranan dan
tanggungjawab tertentu yang saling bergantung antara satu sama lain. Dalam menghadapi arus
globalisasi dan cabaran alaf baru, pendidikan moral dalam kalangan generasi muda perlu
diperhebat bagi memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang murni, di samping
mewujudkan persekitaran dan suasana yang kondusif ke arah pembentukan akhlak yang murni.

Dalam menyelesaikan masalah disiplin murid, guru turut memainkan peranan yang
amat penting. Ini adalah kerana selain ibu bapa, guru boleh dikatakan merupakan orang yang
paling rapat dengan murid. Oleh yang demikian, seseorang guru itu mestilah berlaku adil.
Selain itu, murid dan ibu bapa akan lebih menghormati guru-guru yang adil. Apabila
menghukum seseorang murid, guru haruslah menyiasat dengan teliti supaya tidak mudah
terpedaya dengan tipu helah murid-murid yang semakin canggih cara pembohongan mereka.
Di samping itu, guru haruslah mempunyai perwatakan yang baik. Tingkah laku guru haruslah
boleh dicontohi dan diteladani oleh murid didikannya. Contohnya seseorang guru memarahi
murid yang ponteng atau lewat datang ke sekolah sedangkan guru itu sendiri sering kali tidak
memasuki kelas tanpa alasan. Murid lebih celik memerhatikan guru-guru mereka. Maka, sama-

5
sama mematuhi peraturan sekolah supaya membentuk persekitaran positif dalam kawasan
sekolah.

Guru harus bertegas dengan peraturan, prinsip dan kepercayaan. Ini samalah seperti
melaksanakan peraturan yang ditetapkan. Amalan yang baik sebenarnya lahir daripada sikap
yang tegas. Sebaliknya murid yang bersalah harus dibimbing dan dibantu. Mereka hendaklah
dinasihati dengan sabar dan penuh kasih sayang. Dengan adanya kedua-dua sikap ini yang
digandingkan barulah seseorang guru dapat meyakini murid mereka.Tambahan pula, guru
sepatutnya bertanggungjawab terhadap tugasnya. Amalan kebanyakan guru menyerahkan
bulat-bulat murid bermasalah kepada guru disiplin dan guru kaunseling tidak patut berlaku.
Guru disiplin hanya menjalankan hukuman sedangkan tugas memberi nasihat pula diserahkan
kepada guru kaunseling. Secara tidak langsung, guru disiplin akan menjadi musuh kepada
murid bermasalah sedangkan guru-guru lain yang menolak tanggungjawab menjadi popular.
Guru kaunseling pula menjadi orang disayangi kerana memahami masalah murid.

Guru-guru tidak seharusnya lari daripada tanggungjawab. Adalah diharapkan semua


guru lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin murid. Semua guru adalah
guru disiplin. Mendidik termasuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran,
di samping membetulkan kesilapan dan kesalahan murid. Kita tidak dapat lari daripada
bersikap tegas dan penyayang pada waktu yang sesuai, memainkan peranan yang berlainan
pada waktu-waktu yang berbeza untuk mendidik dan bukan sekadar menyampai.

Menurut Bf Skinner, seseorang boleh mengawal tingkah laku berdasarkan motivasi


tersendiri dan kesan tingkah laku sebelumnya berdasarkan eksperimen yang dilakukannya
menggunakan Kotak Skinner. Beliau membahagikan tingkahlaku manusia kepada dua kategori
iaitu tingkah laku responden bagi tingkah laku hasil gerak balas terhadap alam sekitar dan
tingkah laku operan bagi tingkah laku hasil gerak balas yang dihasilkan oleh diri sendiri.
Tingkah laku operan mengandungi dua elemen penting iaitu peneguhan positif dan peneguhan
negatif (Sang, 2008; Zhou & Brown, 2017). Modifikasi tingkah laku adalah satu teknik yang
digunakan untuk mengubah tingkah laku individu melalui penggunaan peneguhan positif dan
peneguhan negatif supaya tingkah laku yang baik sahaja yang dilakukan dan bukan sebaliknya.
Menurut Atkinson (1990) tingkah laku bermasalah atau negatif adalah merupakan tingkah laku
yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku
negatif ini boleh merangkumi tingkah laku destruktif, tingkah laku disruptif, pergantungan
berlebihan, tingkah laku kebimbangan dan sebagainya. Sekiranya perubahan melibatkan

6
tingkah laku negatif, maka teknik modifikasi yang dilakukan adalah dalam usaha untuk
individu tersebut memberhentikan tingkah laku negatif tersebut dan digantikan dengan tingkah
laku positif. Teknik ini biasa menggunakan pendekatan penghilangan, hukuman ataupun terapi
tertentu (Martin dan Pear, 2007).

Kesimpulannya, masalah disiplin dalam kalangan murid dapat diatasi sekiranya ibu
bapa dan pihak sekolah mengetahui peranan dan tanggungjawab mereka dan seterusnya
berganding bahu untuk menanganinya. Ibu bapa tidak boleh terlalu bergantung kepada sekolah
sepenuhnya dalam melunaskan tanggungjawab mendidik anak-anak. Selain itu, guru-guru juga
tidak boleh memandang sebelah mata akan kesalahan yang dilakukan oleh murid dengan
memegang alasan mereka bukan guru disiplin atau guru kaunseling. Pendek kata, semua pihak
memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mematuhi peraturan sekolah dan
menjaga disiplin diri mereka bagi membantu mereka menuju ke arah yang berjaya pada masa
akan datang.

Gambar Rajah 1.0: Teori Hierarki Keperluan Maslow

7
Isu Kedua: Memberi Sokongan, Pujian dan Tindak Balas Positif kepada Kanak-kanak

Disiplin merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam membentuk sahsiah
diri murid. Hukuman yang dikenakan kepada murid atas masalah disiplin, dipantau oleh
pihak Kementerian Muridan Malaysia (KPM) dengan mengeluarkan pekeliling yang
sejajar dengan konteks undang-undang. Hukuman rotan merupakan suatu hukuman yang
dikategorikan sebagai hukuman dera atau corporal punishment (Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1972). Ia merupakan langkah terakhir dalam menyelesaikan masalah disiplin yang
dikenakan kepada murid setelah tindakan lain telah diambil seperti nasihat dan kaunseling
(Siti Amalina,Shahidra & Mumtazah 2019).Hukuman rotan yang dilaksanakan di sekolah
bukanlah suatu perkara yang baharu bagi masyarakat umum di Malaysia. Malahan
hukuman ini juga telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada awal
tahun 1960-an lagi melalui Peraturan-Peraturan Muridan (Disiplin Sekolah) 1959 (PPPDS
1959). Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan itu adalah tertakluk di bawah Ordinan
Muridan 1957.

Oleh itu, dapat difahami bahawa hukuman rotan, adalah bersifat menghukum kerana
diklasifikasikan sebagai hukuman dera. Namun begitu, hukuman yang dilaksanakan di
sekolah bukanlah bertujuan untuk menyeksa murid, tetapi lebih kepada untuk mendidik
dan mendisiplinkan mereka supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Ini
ditunjukkan dalam SPI 7/2003, yang memberi penegasan bahawa hukuman rotan adalah
sebahagian daripada mekanisme pendidikan yang dijalankan oleh guru di sekolah.

Namun begitu, budaya amalan hukuman fizikal sebagai cara asuhan terhadap anak di
Malaysia sudah mula mendapat tentangan. Usaha untuk mengharamkan tindakan merotan atau
memukul anak oleh ibu bapa telah dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Januari 2015 atas sebab Malaysia sudah
menandatangani perjanjian dengan Convention Right of The Child (CRC). Tetapi cadangan
yang dikeluarkan oleh KPWKM itu mendapat tentangan daripada ramai pihak seperti daripada
pihak kerajaan dan rakyat Malaysia sendiri (BERNAMA, 2015).

Menurut Saunders & Goddard (2010), hukuman fizikal memberikan kesan kepada anak
sebagai mangsa dan ibu bapa sebagai penjenayah atau orang yang bertanggungjawab
melakukan jenayah. Secara kasarnya, kebanyakkan kajian literatur terhadap implikasi
hukuman fizikal menumpukan kepada pertikaian kesan segera dan kesan jangka masa panjang.

8
Walau bagaimanapun, banyak persetujuan yang menyokong bahawa hukuman fizikal tidak
akan memberikan kecederaan dan kesan buruk kepada anak.

Dalam paparan berita yang selalu kita bacakan, didapati bahawa banyak guru diadukan
oleh ibu bapa, penjaga mahupun masyarakat. Ada guru yang dijatuhkan hukuman oleh
mahkamah, ada juga guru yang terpaksa meminta maaf kepada murid dan juga ada yang
meletakkan kerja kerana suasana yang agak mengecewakan. Keadaan ini telah menunjukkan
kaedah merotan tidak lagi sesuai untuk dijadikan suatu kaedah yang boleh membentuk dan
membetulkan tingkah laku murid yang salah. Guru-guru terpaksa mencari kaedah dan cara
yang lain untuk memastikan kerja sebagai pendidik adalah selamat. Kaedah merotan ini
haruslah dihapuskan bukan disebabkan ia tidak membawa kesan positif kepada murid tetapi
adalah untuk melindungi pendidik sendiri daripada diadu dan dijatuh hukuman. Berikut
merupakan beberapa cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk menghasilkan
persekolahan yang positif.

Gambar Rajah 2.0: Cara Menghasilkan Persekolahan yang Positif

Sokongan guru semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas
adalah penting bagi meningkat keterlibatan murid. Hubungan yang berkualiti antara guru
dan murid pada peringkat awal persekolahan memberi implikasi terhadap masa depan
akademik murid, sosial dan tingkah laku (Hughes et al., 2001; Pianta & Stuhlman,
2004). Hubungan positif antara guru dan murid juga dikaitkan dengan rasa kehadiran dan

9
keakraban, kehangatan antara kedua-duanya (Hamre & Pianta, 2001). Murid yang merasa
seronok akan hubungan rapat dengan guru lebih terlibat di mana mereka akan bekerja
keras dalam kelas, tabah semasa menghadapi kesukaran, menerima arahan dan kritikan guru,
lebih baik mengawal tekanan dan memberi tumpuan lebih kepada guru (Little & Kobak,
2003). Dalam erti kata lain, murid lebih berminat dalam pembelajaran sekiranya mereka
merasakan guru mengambil berat dan berminat terhadap pembelajaran mereka
(Goodenow, 1993). Selain itu, sokongan guru mempunyai hubungan positif dengan
keterlibatan murid terutamanya semasa mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
(Battistich, Solomon, Watson, & Schaps 1997; Wang & Holcombe 2010). Kajian oleh Tas
(2016) mendapati murid yang merasakan guru sains lebih berminat dengan murid dan
membantu mereka apabila menghadapi masalah mempunyai hubungan positif yang signifikan
dengan keterlibatan murid dari aspek kognitif, tingkah laku, afektif dan agentik. Melalui
sokongan yang berterusan daripada guru-guru dan pihak pentadbir sekolah, murid yang
cemerlang mahupun murid yang gagal akan merasakan diri mereka dihargai maka
penghargaan kendiri mereka akan turut meningkat. Keadaan ini seterusnya menjadi
pemangkin untuk terus mencapai kejayaan dalam bidang tertentu serta bangkit semula
daripada kegagalan. Sokongan berterusan yang diperoleh pastinya dapat menyumbang
kepada kebahagiaan dalam diri mereka.

Pujian merupakan prinsip yang boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Pujian
adalah pernyataan lisan yang menghasilkan kepuasan atau meningkatkan pencapaian sesuatu
yang telah dimuridi (Chaplin, 1999). Pujian adalah sesuatu yang bagus supaya pujian boleh
digunakan untuk membentuk hubungan atau pergaulan antara tingkah laku atau reaksi yang
boleh membawa sesuatu akibat (Purwanto, 1990). Memberi pujian akan mendorong murid-
murid mengulangi perbuatan baik atau perbuatan baik seterusnya, supaya murid itu boleh
mencapai hasil yang lebih baik atau matlamat tertentu. Menurut Slameto (1991), memberi
pujian atau gred yang baik untuk kejayaan anak-anak dalam muridan akan menggalakkan
murid membuat usaha yang lebih kuat untuk mencapainya matlamat pengajaran yang lebih
tinggi.

Penghargaan adalah semua dapatan dalam bentuk wang, barang secara langsung atau
tidak langsung yang diterima oleh seseorang sebagai ganjaran atau perkhidmatan yang
diberikan daripada organisasi. Ganjaran ialah imbuhan yang diberikan oleh guru kepada murid
yang boleh dinilai dengan hadiah dan mempunyai kecenderungan diberikan secara kekal.

10
Penghargaan dapat memupuk inisiatif, kebolehan kreatif dan semangat daya saing yang sihat,
Penghargaan boleh dijadikan sebagai usaha untuk memupuk motivasi tidak semestinya harus
nyata atau material, tetapi boleh juga dalam bentuk lisan dan hadiah bukan material.
Penghargaan guru di dalam kelas memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan
emosi dan kebahagiaan murid di sekolah. Fasa murid-murid adalah tempoh penting bagi
mereka untuk membina keyakinan diri dan akhirnya menjadi individu yang bahagia.

Faktor yang menyebabkan murid gembira di sekolah ialah penghargaan guru


(Suleyman, 2017) apabila guru memberi penghargaan dengan memberi ganjaran. Ini
menunjukkan bahawa wujud hubungan antara penghargaan guru dan kebahagiaan murid. Ini
bertepatan dengan teori Maslow (Mark, 2009) bahawa setiap individu mempunyai keperluan
masing-masing antaranya keperluan kasih sayang di mana dari sini perlunya guru
memaparkan nilai kasih sayang supaya hubungan antara guru dan murid kekal baik. Di
samping itu kajian hubungan antara kebahagiaan guru dengan murid di sekolah rendah
ini juga menyokong teori behaviorisme dimana tingkah laku guru akan memberi kesan kepada
kebahagiaan murid. Tingkah laku positif ini juga perlu ditunjukkan secara konsisten.
Bahasa kasih sayang yang mudah adalah dengan memberi perhatian dan menuturkan kata-kata
yang baik kepada pelajar.

11
Isu Ketiga: Penglibatan Murid Dalam Aktiviti Secara Aktif

Persekitaran pembelajaran merujuk kepada tempat pembelajaran yang berlaku sama ada dalam
konteks sosial, psikologikal dan pedagogikal yang boleh mempengaruhi pencapaian dan sikap
murid (Fraser, 1998). Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan tenteram
merupakan elemen penting dalam membentuk suasana pembelajaran yang kondusif dan
memberangsangkan. Persekitaran yang positif dapat memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran serta mengekalkan tumpuan dan minat murid di dalam bilik darjah. Perkara
ini dinyatakan demikian kerana murid-murid menghabiskan hampir separuh daripada masanya
di sekolah. Tanpa penglibatan murid yang memuaskan, maka satu sesi pengajaran dan
pembelajaran sesungguhnya tidak dapat dilaksanakan dengan lancar di samping objektif
pembelajaran juga tidak dapat dicapai dengan berjaya.

Sektor pendidikan negara telah menghadapi cabaran menyediakan sistem pendidikan


yang holistik, komprehensif dan bermutu selepas pandemik Covid-19, terutamanya masalah
penglibatan murid dalam aktiviti secara aktif. Sektor pendidikan seperti sekolah atau institusi
terpaksa ditutup kerana pandemik Covid-19 untuk menghentikan penularannya dan
pembelajaran terpaksa dilakukan secara pembelajaran digital (Mohamed, 2020). Semua guru
dikehendaki mendepani pelaksanaan pengajaran norma baharu dengan mula bekerja dari
rumah selepas pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) kali pertama pada 18 Mac
2020 (Majlis Keselamatan Negara, 2020). Keadaan ini telah menjadi satu cabaran baru dalam
kalangan guru disebabkan kekurangan pengalaman dan penyediaan diri terhadap keadaan yang
tidak pernah terjadi sebelumnya. Untuk menjamin kualiti dan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar, guru perlu mengaplikasikan pelbagai pendekatan
dan kaedah kepada murid-murid. Matlamat tindakan ini adalah untuk memastikan para murid
tetap mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah serta meningkatkan penglibatan
mereka dalam aktiviti pengajaran secara aktif.

Antara faktor yang mempengaruhi penglibatan murid dalam aktiviti secara aktif ialah
pandemik Covid-19 yang melanda negara telah mengehadkan dan menghalang pergerakannya
untuk mencapai tahap aktiviti fizikal yang disyorkan. Menurut Losius et al. (2020),
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian telah dilaksanakan sebagai
alternatif kepada sistem pembelajaran secara konvensional yang tidak dapat memenuhi
tuntutan pendidikan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini
bermaksud para guru perlu menukar pendekatan yang biasanya digunakan di dalam bilik darjah

12
ke pembelajaran dalam talian seperti penggunaan Google Classroom dalam sesi penyampaian
ilmu kepada murid-murid. Sehubungan dengan itu, penggunaan pembelajaran secara dalam
talian kelihatan mudah namun untuk melibatkan semua murid serta guru menjadikannya satu
cabaran yang besar (Heggart & Yoo, 2018).

Ekoran daripada isu yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa interaksi antara
guru dan murid merupakan salah satu aspek yang penting dalam usaha memastikan penglibatan
murid dalam aktiviti secara aktif. Kekurangan interaksi antara guru dan murid boleh
membantutkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Isu yang kerap berlaku
sepanjang pelaksanaan pembelajaran secara maya ialah adab berinteraksi secara dalam talian
disalahgunakan oleh murid. Perkara ini dikatakan demikian kerana murid-murid menganggap
hanya hukuman yang kurang tegas atau tiada tindakan yang akan diambil oleh guru kerana
guru tiada di depannya. Tambahan pula, interaksi yang berlangsung secara alam maya juga
selalunya tidak pasti kejujuran pemahamannya sekiranya berbanding dengan interaksi secara
bersemuka. Lama-kelamaan, masalah interaksi yang sangat minimum ini akan menyumbang
guru tidak dapat mengetahui perkembangan atau permasalahan yang dihadapi oleh anak
muridnya sehingga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian menjadi
sia-sia dari semasa ke semasa.

Pembelajaran secara dalam talian merupakan interaksi dua hala antara murid dengan
sistem dalam pembelajaran dengan bantuan alat elektronik (Faridah & Afham, 2019). Tidak
dapat dinafikan bahawa interaksi yang berkesan dan berjaya sesungguhnya dapat membentuk
tingkah laku interpersonal kedua-dua pihak iaitu guru dengan murid. Namun demikian, para
guru menghadapi masalah kekurangan penglibatan murid dalam aktiviti secara aktif, salah satu
punca adalah disebabkan oleh penutupan sekolah dan pembatalan aktiviti fizikal dalam tempoh
PKP (Wan Norsaidatina et al., 2021). Keadaan ini telah memberi kesan kemungkinan besar
berlakunya peningkatan risiko dan peluang untuk kemerosotan dalam kesihatan (Chen, Ma,
Nassir, Harmer, Ainsworth & Li, 2020). Oleh itu, isu mengenai interaksi atau komunikasi dua
hala antara guru dengan murid yang berkesan perlu diketengahkan supaya dapat mengetahui
keberkesanan pembelajaran secara maya atau dalam talian yang berlangsung dalam era
pandemik Covid-19.

13
Gambar Rajah 3.0: Teori Ekologi Bronfenbrenner (1977)

Berdasarkan Teori Ekologi Bronfenbrenner (1977) yang ditunjukkan di atas, ekologi


melibatkan hubungan sesama manusia dengan persekitaran termasuk akibat daripada proses
psikologi, sosial dan budaya dari semasa ke semasa. Terdapat empat struktur asas iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem dan makrosistem di mana hubungan dan interaksi berlaku
untuk membentuk pola yang mempengaruhi perkembangan manusia. Hal ini dapat dirumuskan
bahawa persekitaran yang dialami oleh murid-murid adalah terdiri daripada satu set sistem
sosial iaitu suatu struktur berlapis bermula dengan sesiapa yang terdekat dengan kehidupannya.
Merujuk kepada konsep teori ini, murid-murid merupakan individu yang berada di dalam ruang
lingkup mikro yang berpusat di tengah dan dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran. Ini
bermakna murid-murid adalah terdedah kepada persekitaran yang berbeza yang akan
mempengaruhi perkembangan mereka dari semasa ke semasa, termasuk perkembangan
kecerdasan emosi.

Berikutan daripada pernyataan di atas, jelasnya betapa penting persekitaran pengajaran


dan pembelajaran yang positif dalam kalangan murid. Mikrosistem merupakan lapisan paling
dalam yang khas untuk menggambarkan hubungan dan interaksi secara langsung yang diterima
oleh murid-murid dengan individu sekelilingnya seperti ibu bapa, adik beradik, guru dan
sebagainya. Dalam konteks perbincangan ini, guru merupakan agen sosialisasi yang penting
dan mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku murid-murid. Seperti sedia maklum, aspek
psikososial juga merupakan salah satu usaha yang boleh dijalankan oleh guru dalam membantu

14
meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti secara aktif serta mewujudkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang positif dalam kalangan murid. Antara elemen yang terdapat
dalam aspek psikososial adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru dan komunikasi
dan corak interaksi antara guru dengan murid.

Secara umumnya, teori ekologi Bronfenbrenner menjelaskan bahawa kepentingan


persekitaran dan kesannya kepada perkembangan kanak-kanak. Dengan memahami teori ini,
ia boleh menghubungkaitkan dengan kepentingan setiap gaya kepimpinan guru iaitu gaya
autoritatif, autoritarian, permisif dan pengabaian supaya dapat membantu meningkatkan
perkembangan kecerdasan emosi kanak-kanak agar mereka akan menjadi individu yang
berkeyakinan di samping mempunyai kebolehan menyedari, mengawal dan menjana emosinya
apabila menghadapi sebarang masalah dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, guru yang
mengamalkan gaya autoritatif sudi meluangkan masa dan menyediakan diri untuk mendengar
pendapat murid-murid, bertolak ansur dan melibatkan diri sepenuhnya dalam proses membantu
dan mendidik murid-murid. Secara tidak langsung, tingkah laku guru tersebut dapat memberi
kesan positif ke atas penglibatan murid dalam aktiviti secara aktif serta perkembangan
kecerdasan emosi murid-murid berbanding dengan gaya kepimpinan lain.

Berkomunikasi merupakan suatu aktiviti yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan
seharian. Sehubungan itu, tempat yang paling banyak berlakunya proses komunikasi dua hala
adalah sekolah iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sama ada secara
bersemuka atau dalam talian. Tidak dapat dinafikan bahawa komunikasi yang berkesan
merupakan salah satu elemen asas kepada pengurusan bilik darjah yang positif. Perkara ini
dinyatakan demikian kerana kemahiran komunikasi yang berkesan memberi peluang kepada
guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya selain dapat
memudahkan guru mencapai objektif pembelajarannya. Pada masa yang sama, murid-murid
akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru sehingga sudi menyertai dan
mengikut kelas pada masa yang ditetapkan. Pernyataan ini dapat disokong oleh kajian Azizah
(2000) yang menegaskan bahawa hubungan mesra antara murid dengan sekolah dapat
meningkatkan perasaan kepunyaan dan membantu mengurangkan masalah disiplin. Dengan
ini, kemahiran komunikasi sesungguhnya merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan
dikuasai oleh setiap guru dalam usaha meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti secara
aktif.

15
Pandemik Covid-19 telah mencetuskan revolusi pendidikan di seluruh dunia.
Perubahan keseluruhan sistem pendidikan ini telah menyumbang fenomena yang tidak pernah
dijangkakan dan membentuk satu norma yang baru. Secara kesimpulannya, interaksi dua hala
yang melibatkan guru dan murid adalah sangat penting untuk memastikan kelancaran dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini dinyatakan demikian kerana murid-
murid menghabiskan hampir separuh daripada masa mereka di sekolah. Oleh itu, sebagai
seorang guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam merancang dan menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran setiap hari supaya dapat membantu meningkatkan penglibatan
murid dalam aktiviti secara aktif. Tegasnya, kepekaan guru terhadap keadaan bilik darjah dapat
memberi impak yang besar kepada guru dan murid itu sendiri.

16
Isu Keempat: Kelengkapan Prasarana di sekolah

Kelengkapan prasarana sekolah merangkumi persekitaran sekolah yang meliputi keadaan


keceriaan dan masyarakat sekolah. Keceriaan pula merangkumi pengurusan fizikal
termasuklah taman, sudut-sudut pembelajaran, kelengkapan istirehat serta pengurusan
bahan-bahan dan ABM (Zakaria & Idris, 1995). Kelengkapan prasarana yang baik dapat
merangsang guru menggunakan pelbagai sumber yang sesuai untuk membantu mereka
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun kelengkapan prasarana sekolah
adalah berbeza di antara satu sekolah dengan sekolah yang lain terutama sekali antara sekolah
di kawasan bandar dengan sekolah yang terletak di pedalaman (Juraidah, 2005). Kelengkapan
bukan sahaja untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran tetapi merangkumi segala aspek
yang ada di persekitaran sekolah, kelengkapan ini termasuklah bilik darjah yang kondusif,
alat bantu mengajar (ABM), bahan bantu mengajar (BBM), bahan rujukan, bengkel atau
makmal dan peralatan bengkel. Persekitaran pembelajaran mata pelajaran teknikal juga
mempengaruhi sikap belajar. Justeru menurut Husted et al. (2003) antara kelengkapan dan
peralatan yang perlu ada ialah, perabot samada yang tetap atau boleh alih serta mesin dan
peralatan.

Persekitaran pembelajaran di sekolah telah mengubah cara pelajar belajar. Persekitaran


yang kondusif dikatakan dapat melahirkan suasana yang seronok untuk belajar serta
meningkatkan prestasi murid seperti penggunaan bilik darjah untuk aktiviti yang sesuai dan
penyediaan bilik-bilik khas. Dewees (1999) berpendapat cabaran bagi pendidik ialah untuk
mengubahsuai dan mereka bentuk infrastruktur bangunan yang sesuai untuk persekitaran
pembelajaran yang baru dengan menggunakan kaedah yang baru dan juga dengan
menggunakan teknologi terkini dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu,
pembangunan prasarana yang lengkap adalah sangat penting dalam membentuk dan menaik
taraf pendidikan di negara ini.

Persekitaran pembelajaran adalah merujuk kepada ruang yang diperuntukkan untuk


pembelajaran sama ada bilik darjah, makmal sains, kawasan lapang ataupun pejabat (Tessmer
dan Harris, 1992). Ia merupakan tempat di mana pembelajaran itu berlaku sama ada dalam
konteks sosial, psikologi mahupun pedagogi yang seterusnya mempengaruhi pencapaian dan
sikap murid (Fraser, 1998). Ianya juga merangkumi keadaan yang berkaitan reka bentuk, susun
atur atau susunan dan keadaan sekeliling sesuatu infrastruktur. Olson dan Kellum (2003)

17
menjelaskan bahawa sekolah-sekolah yang mempunyai kualiti infrastruktur yang baik akan
meningkatkan pencapaian murid.

Oleh itu, persekitaran pembelajaran seharusnya diurus dengan baik agar membolehkan
murid menetapkan matlamat peribadi, aktif mengumpul dan mengurus maklumat yang
diperlukan, mengawal dan menilai pembelajaran kendiri dan seterusnya berkemampuan
memberikan maklum balas pengalaman peribadi dalam pelbagai persekitaran dan konteks
sosial pengajaran dan pembelajaran (Brown dan Campione 1996). Persekitaran yang tidak
kondusif pula akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Persekitaran kondusif memberi gambaran yang luas meliputi aspek mikro dan makro dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985).

PPPM 2013-2025 juga menyatakan, prasarana infostruktur di sekolah bukan lagi suatu
kehendak tetapi telah menjadi satu keperluan. Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan sekolah dan institusi pendidikan adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi
negara yang maju berpendapatan tinggi. Seiring dengan itu sistem e-pembelajaran
diperkenalkan. E-pembelajaran merupakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan,
menerusi media elektronik seperti internet, intranet, satelit, pita audio dan video, televisyen
interaktif dan CD-ROM. Menerusi e-pembelajaran, pengajaran boleh disampaikan pada waktu
yang fleksibel dengan fokus utama e-pembelajaran ialah murid perlu berdikari pada masa-masa
tertentu serta bertanggungjawab dan berperanan lebih aktif ke atas pembelajarannya dengan
cara membuat perancangan dan persediaan rapi untuk mencari bahan maklumat berkaitan
dengan pembelajaran atas daya usaha dan inisiatif sendiri. Jelasnya disini, e-pembelajaran
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dapat
mengurangkan penggunaan teknologi maklumat bagi kegunaan negatif yang lain.

Kemajuan teknologi telah membolehkan guru-guru sentiasa membuat perbandingan


dengan dunia luar dan semakin banyak yang mereka ketahui tentang kelengkapan persekitaran
di sekolah lain, semakin tinggi harapan mereka. Sekiranya persekitaran pembelajaran tidak
memenuhi harapan pelanggan, makan pelanggan akan kecewa dan ini akan memberikan kesan
yang negatif terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya jika harapan pelanggan
dipenuhi, persekitaran yang selesa dapat dilahirkan dan ini seterusnya membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Maka adalah wajar dan penting

18
untuk menilai tahap prasarana pendidikan dan persekitaran pembelajaran di sekolah (Ruzita
Selamat et al., 2004).

Menurut Kamus Dewan (2005), prasarana bermaksud keseluruhan kelengkapan dan


perkhidmatan asas bagi tujuan kemajuan dan pembangunan, manakala pendidikan pula
bermaksud perihal mendidik. O’neill (2000) menggunakan instrumen Total Learning
Environment Assessment (TLEA) untuk mengukur tahap kelengkapan sekolah yang
diaplikasikannya untuk kajian di beberapa sekolah tinggi dalam kawasan Texas. Instrumen ini
digunakan untuk menilai keadaan kelengkapan yang disediakan oleh pihak sekolah. Antara
faktor-faktor yang dinilai ialah kecukupan pendidikan, persekitaran pembelajaran, ruang yang
fleksibel dan juga keadaan struktur dan kosmetik bangunan. Clinton-Gore (2000) pula
menyatakan mengenai pemodenan sekolah di Amerika di mana kelengkapan yang baik adalah
salah satu prasyarat penting bagi pembelajaran murid dengan syarat semua pihak menyokong
penuh program akademik di sekolah.

Prasarana sekolah yang serba lengkap adalah tidak bermakna sekiranya kualiti
pembelajaran tidak dititikberatkan dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan. Di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai kemudahan prasarana telah disediakan
kerajaan demi mewujudkan suasana selesa dalam pengajaran para guru dan pembelajaran para
murid. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Malaysia beruntung kerana usaha kerajaan
berjaya menjadikannya sebagai antara negara dunia yang dapat menyediakan akses pendidikan
kepada lebih 90 peratus rakyatnya berbanding negara lain seperti Indonesia.

PPPM 2013-2025 juga menyatakan, bagi memastikan pembangunan pendidikan yang


menyeluruh dan meningkatkan ekuiti dalam pendidikan, penyediaan prasarana sekolah
merupakan satu elemen penting yang diberikan perhatian dalam perancangan pendidikan di
Malaysia. Kepentingan perancangan dan penyediaan kemudahan infrastruktur yang baik tidak
dapat dinafikan amat kritikal dalam menyokong kejayaan agenda pendidikan negara.
Infrastruktur yang mencukupi dan selesa ini amat penting bagi membolehkan proses
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan.

Ogundare (1999) dan Olagboye (2004), berpendapat, penggunaan infrastruktur sekolah


dan persekitaran pembelajaran sebagai tahap penggunaan bangunan sekolah, makmal,
perpustakaan, taman bunga, bola tampar, kerusi, meja dan sebagainya. Walau bagaimanapun,

19
terlalu banyak tekanan pada penggunaan mereka akan menyebabkan situasi yang boleh
membawa kepada kemerosotan. Sebagai contoh, apabila kelas dibina untuk menampung 40
murid digunakan untuk 60 murid maka pulangan daripada kemudahan ini tidak boleh
dimaksimumkan dari segi pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan pembelajaran yang selesa bukan sahaja meningkatkan semangat guru dan
murid tetapi juga akan memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan sekolah. Inisiatif
kerajaan seharusnya memberi tumpuan terhadap usaha berterusan dan menyeluruh bagi
memantapkan kemudahan fizikal dan infrastruktur institusi pendidikan di seluruh negara.
Justeru kemudahan asas iaitu bekalan air bersih dan bekalan elektrik ke sekolah terutamanya
di kawasan pedalaman perlu disegerakan dengan alternatif apa sekalipun bagi menjamin
kesejahteraan murid di luar bandar dan seterusnya menyumbang ke arah persekitaran
pembelajaran yang kondusif (PPPM 2013-2025).

PPPM 2013-2025 juga menyatakan, prasarana infostruktur di sekolah bukan lagi suatu
kehendak tetapi telah menjadi satu keperluan. Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam bidang pentadbiran dan
pengurusan sekolah dan institusi pendidikan adalah prasyarat bagi Malaysia untuk menjadi
negara yang maju berpendapatan tinggi. Seiring dengan itu sistem e-pembelajaran
diperkenalkan. E-pembelajaran merupakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan,
menerusi media elektronik seperti internet, intranet, satelit, pita audio dan video, televisyen
interaktif dan CD-ROM.

Menerusi e-pembelajaran, pengajaran boleh disampaikan pada waktu yang fleksibel


dengan fokus utama e-pembelajaran ialah murid perlu berdikari pada masa-masa tertentu serta
bertanggungjawab dan berperanan lebih aktif ke atas pembelajarannya dengan cara membuat
perancangan dan persediaan rapi untuk mencari bahan maklumat berkaitan dengan
pembelajaran atas daya usaha dan inisiatif sendiri. Jelasnya disini, e-pembelajaran
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dapat
mengurangkan penggunaan teknologi maklumat bagi kegunaan negatif yang lain.

Kemajuan teknologi telah membolehkan guru-guru sentiasa membuat perbandingan


dengan dunia luar dan semakin banyak yang mereka ketahui tentang kemudahan persekitaran
di sekolah lain, semakin tinggi harapan mereka. Sekiranya persekitaran pembelajaran tidak

20
memenuhi harapan pelanggan, makan pelanggan akan kecewa dan ini akan memberikan kesan
yang negatif terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya jika harapan pelanggan
dipenuhi, persekitaran yang selesa dapat dilahirkan dan ini seterusnya membantu
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Maka adalah wajar dan penting
untuk menilai tahap prasarana pendidikan dan persekitaran pembelajaran di sekolah (Ruzita
Selamat et al., 2004).

Gambar Rajah 4.0: Hubungan antara Prasarana Persekitaran dan Persekitaran Pembelajaran

21
Isu Kelima: Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti di Sekolah

Penglibatan ibu bapa dan komuniti merujuk kepada pelbagai tingkah laku ibu bapa dan
komuniti yang secara langsung dan tidak langsung dalam mempengaruhi perkembangan
kognitif, emosi, fizikal dan pencapaian anak-anak di sekolah (Bakker & Denessen, 2007).
Menurut Bakker dan Denessen (2007), tingkah laku ibu bapa merangkumi kehadiran ibu bapa
dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), menjadi ahli aktif dalam PIBG,
menjadi sukarelawan di sekolah, membantu dalam bilik darjah, membantu kerja rumah anak,
berbincang tentang aktiviti sekolah dengan anak, memantau perkembangan anak di sekolah,
merangsang dan memotivasi anak, membaca bersama-sama anak, memaparkan amalan suka
membaca, mendisiplinkan anak, menghubungi sekolah sekiranya bermasalah, mengawal
aktiviti anak di luar waktu persekolahan dan kerap berbual-bual dengan anak.

Kajian lepas telah membuktikan bahawa terdapat hubungan positif antara pencapaian
akademik dengan sokongan yang diberikan oleh ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan
masyarakat setempat (Berthelsen & Walker, 2008; Halimah & Eow, 2012; Unit Pelaksanaan
dan Prestasi Pendidikan, 2015). Selain daripada itu, impak yang diperolehi turut menunjukkan
terdapat penurunan kadar ponteng sekolah dan kadar penyiapan kerja sekolah yang lebih tinggi
(Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan, 2015).

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, melalui anjakan yang


kesembilan, telah memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak
swasta dalam memperkasakan sekolah (Astro Awani, 2016). Perkongsian tanggungjawab
antara ibu bapa, komuniti dan sekolah merupakan satu inisiatif utama dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang berkualiti untuk murid-murid (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2013). Peranan ibu bapa perlu diperluaskan sebagai rakan kongsi untuk meningkatkan
keberhasilan anak-anak mereka. Selain daripada itu, sekolah digalakkan untuk mendapatkan
kerjasama secara sukarela daripada pertubuhan kerajaan mahupun swasta dalam komuniti bagi
memperluaskan lagi ekosistem pembelajaran murid-murid. Pada abad ke-21 ini, ekosistem
pendidikan merupakan satu persekitaran yang sangat luas dan tidak terhad kepada bilik darjah
berdinding empat. Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan bila-
bila masa.

Kementerian Pendidikan telah melancarkan inisiatif Bekerjasama dengan Ibu Bapa,


Komuniti dan Sektor Swasta secara meluas, di mana Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

22
merupakan alat bagi membolehkan pencapaian inisiatif ini dilakukan secara lebih menyeluruh.
Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dapat mengukuh dan meluaskan lagi
penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah pencapaian aspirasi murid.

Sarana Ibu Bapa adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu
bapa dengan anak dalam pembelajaran di rumah dan sekolah. Sarana Sekolah pula mempunyai
enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid,
tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan
sokongan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Selain mengurus urusan
harian, ibu bapa diminta meluangkan masa bersama anak dan melakukan aktiviti-aktiviti
seperti terkandung dalam Sarana Ibu Bapa. Ibu bapa diminta supaya dapat melibatkan diri di
sekolah secara aktif dan boleh memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk, termasuk idea,
tenaga, kepakaran dan kewangan.

Gambar Rajah 5.0: Buku Program Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan
untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru, yang diharapkan dapat membina
kesefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu
pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan

23
kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. PIBG juga
mempunyai peranan saling lengkap-melengkapi terhadap fungsi Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif
kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah. PIBG mempunyai peranan yang penting dalam
pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya ialah membantu dalam memajukan perkembangan
murid dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah
dan meningkatkan kemudahan di sekolah, meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran
komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat, meningkatkan
keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan
aktiviti dan program pendidikan. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pihak
komuniti luar amat penting dan sangat membantu pihak sekolah untuk mencapai
kecemerlangan sekolah khususnya para murid dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama
kedua-dua pihak, kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai.

Komunikasi yang akrab antara ibu bapa dengan guru dapat membantu murid-murid
dalam pendidikan mereka. Keterlibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran murid-murid
dapat membantu ibu bapa untuk berkongsi sebarang masalah sama ada berkaitan dengan
pembelajaran dan keupayaan murid-murid. Guru perlu menyediakan medium yang sesuai
supaya ibu bapa boleh berkongsi serta bersoal jawab tentang sesuatu isu berkenaan sekolah
mahupun berkaitan dengan pembelajaran murid-murid.

Peluang yang diberikan ini sebenarnya secara tidak langsung menarik ibu bapa untuk
melibatkan diri dalam setiap aktiviti pembelajaran murid-murid. Peluang ini membolehkan ibu
bapa tidak takut untuk berkongsi sesuatu perkara atau mencadangkan idea-idea tertentu untuk
kebaikan bersama. Selain itu, ia juga menggalakkan ibu bapa untuk berkomunikasi secara
positif dengan guru. Hubungan yang erat antara ibu bapa dengan guru yang terhasil sebenarnya
membantu dalam perkembangan murid-murid itu sendiri.

Di samping itu, persefahaman antara guru dan ibu bapa terjadi disebabkan oleh proses
soal jawab dan juga perkongsian maklumat dengan guru. Isu yang timbul melibatkan
pendidikan anak-anak di sekolah dapat diselesaikan dengan mudah selari dengan kehendak
kementerian sendiri iaitu menggalakkan penglibatan bersama ibu bapa dan guru dalam
menyelesaikan sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan murid-murid.

24
Penglibatan ibu bapa penting bagi membantu perkembangan menyeluruh murid-murid
di samping memperkembangkan keyakinan diri mereka dalam apa sahaja aktiviti yang
dilakukan oleh mereka. Ibu bapa merupakan sokongan yang secara langsung memberikan
kesan positif kepada perkembangan murid-murid. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
pembelajaran murid-murid secara tidak langsung boleh meningkatkan kendiri murid-murid dan
ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa boleh menjadi pendidik di rumah melalui penglibatan diri mereka
terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak.

Ibu bapa, komuniti, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO dan masyarakat global
memainkan peranan penting dalam mewujudkan pelbagai pengalaman pembelajaran yang
bermakna untuk murid-murid (Halimah et al., 2014). Pembelajaran adalah satu proses yang
konstruktif dan memerlukan input yang mampu menyokong penjanaan diversiti pengalaman
untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti. Murid-murid yang sentiasa didedahkan
dengan persekitaran yang positif akan membentuk tabiat pemikiran, perasaan dan imaginasi
positif ke arah kejayaan dan keupayaan diri (Cooperrider, Whitney, & Stavros, 2008). Peranan
mewujudkan ekosistem positif ini bukan usaha guru semata-mata, tetapi penglibatan ibu bapa,
penjaga, agensi kerajaan, agensi swasta, NGO, komuniti setempat dan komuniti antarabangsa
perlu digemblengkan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang diingini.

Pentadbir sekolah perlu cekap dalam mengesan keupayaan ibu bapa yang boleh
dimanipulasi untuk membantu meningkatkan pembelajaran murid. Contohnya, keupayaan dan
kesediaan ibu bapa dalam membimbing murid dalam sukan-sukan tertentu, mengadakan
bengkel-bengkel khas dan sumbangan kewangan dalam membangun dan menambahbaik
fasiliti sekolah. Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti yang dianjurkan oleh
komuniti, agensi awam dan swasta, NGO dan masyarakat global perlu dimanfaatkan
sepenuhnya dengan menggalakkan penglibatan murid-murid. Menang atau kalah adalah
perkara kedua. Perkara utamanya adalah penglibatan murid-murid dengan program dan aktiviti
di luar persekitaran sekolah akan membolehkan murid-murid lebih bersedia dengan realiti
kehidupan sebenar.

Penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam pendidikan murid-murid memainkan peranan
yang penting dalam membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid-murid. Ibu bapa
juga adalah pendidik pertama dan utama murid-murid sebelum mereka berhadapan dengan
guru-guru di sekolah. Ibu bapa juga membantu meningkatkan kualiti sesebuah program sekolah
dengan menyumbang tenaga dan berkongsi bakat dalam program sekolah. Penglibatan ibu bapa

25
juga boleh meningkatkan kendiri murid-murid dan ibu bapa itu sendiri. Kefahaman ibu bapa
dapat meningkatkan tahap proses pembelajaran di sekolah dan ibu bapa berpeluang
melaksanakan peranan sebagai pendidik.

Dengan menjadi menjadi rakan kongsi yang baik, diharapkan penglibatan pihak ibu
bapa dan komuniti setempat akan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran
anak-anak mereka di sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin
di sekolah. Ini kerana tugas bagi penambahbaikan pendidikan murid-murid bukan sahaja
menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti
setempat. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia
adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum sekolah. Permuafakatan antara guru dan
ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid
secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berwawasan.

26
Penutup

Kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran pembelajaran dapat mempengaruhi banyak


perkara yang melibatkan ahli-ahli organisasi sekolah. Sebagai contohnya, persekitaran
pembelajaran yang positif telah dikaitkan dengan pengurangan masalah tingkah laku dan emosi
murid (Kupermine et al, 1997). Tambahan pula, kajian yang lebih spesifik terhadap sekolah
yang berada di kawasan bandar yang berisiko tinggi menunjukkan bahawa persekitaran
pembelajaran yang positif, saling bekerjasama dan kesedaran terhadap budaya sekolah dapat
memberikan kesan secara signifikan terhadap pencapaian akademik di kalangan murid bandar
(Hayness & Comer,1993). Ini menunjukkan bahawa sekolah yang beriklim positif dapat
menghasilkan murid yang mempunyai jati diri dan kemahiran bersosial yang baik di samping
menyediakan suasana pembelajaran yang sihat. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang
dijalankan oleh Hayness, 1998. Beliau mendapati bahawa persekitaran pembelajaran yang
positif menjadi faktor pelindung terhadap murid-murid lelaki dan boleh menyediakan kepada
murid yang bermasalah (high risk students) persekitaran pembelajaran yang menyumbang
kepada perkembangan yang sihat seterusnya dapat mengelakkan tingkah laku antisosial di
kalangan mereka.

Perhubungan interpersonal yang positif dan peluang pembelajaran yang optimum


terhadap para murid di dalam semua persekitaran yang positif dapat meningkatkan aras
pencapaian murid dan mengurangkan Tingkah laku Maladaptive (McEvoy & Welker, 2000).
Jelas menunjukkan bahawa sekolah yang beriklim positif bukan sahaja dapat menyediakan
prasarana yang kondusif, tetapi dapat membina keperibadian murid yang cemerlang.

Persekitaran pembelajaran boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi dan


kepuasan kerja guru-guru dan staf. Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh guru-guru dan
pihak pentadbir, Taylor dan Tashakkori (1995) mendapati persekitaran pembelajaran yang
positif berkaitan dengan peningkatan kepuasan kerja bagi kakitangan sekolah.

Persepsi murid adalah penting sepanjang pertukaran sekolah. Contohnya di Malaysia,


pertukaran daripada murid Darjah 6 ke Tingkatan 1. Kemasukan ke sekolah baru merupakan
perkara yang ditakuti oleh murid dan boleh mempengaruhi persepsi murid dan hasil
pembelajaran. Oleh sebab itu, kajian telah menunjukkan bahawa menyediakan suatu
persekitaran pembelajaran yang positif sangat penting dalam melicinkan dan memudahkan
proses pertukaran ke sekolah baru (Freiberg, 1998).

27
Persekitaran pembelajaran juga dapat memainkan peranan yang signifikan di dalam
menyediakan atmosfera sekolah yang positif dan sihat. Freiberg,1998 menyatakan "interaksi
antara pelbagai faktor sekolah dan persekitaran pembelajaran dapat mewujudkan suatu sistem
sokongan yang yang membolehkan semua murid dan guru dapat menjalani proses pengajaran
dan pembelajaran yang optimum" (p.22).

Kesimpulannya, telah dapat dibuktikan bahawa persekitaran pembelajaran yang sihat


dapat menghasilkan pendidikan dan objektif yang positif kepada murid dan guru serta
kakitangan sekolah. Dengan kata lainnya, iklim negatif dapat menghindari daripada berlakunya
pengajaran dan pembelajaran berkembang secara optimum terhadap semua pihak (Freiberg,
1998; Johnson & Johnson, 1993, 1997; Kuperminc et al., 1997; Manning & Saddlemire, 1996).

28
Rujukan

Ahmad Zaidi Abdul Razak (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap
motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31(01), 3-19.

Astro Awani. (2016, September 26). Tahap penglibatan ibu bapa di sekolah perlu dipertingkat
- Mahdzir Khalid.

Azizah Lebai Nordin. (2000). Masalah disiplin di kalangan pelajar di Kuala Lumpur. Kuala
Lumpur: Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Bakker, J., & Denessen, E. (2007). The concept of parent involvement. Some theoretical and
empirical considerations. International Journal about Parents in Education, 1(0),
188–199.

Battistich, V., Solomon, D., Watson, M. & Schaps, E. (1997). Caring school
communities. Educational Psychologist, 32, 137–151.

Berthelsen, D., & Walker, S. (2008). Parents’ involvement in their children’s education.
Australian Institute of Family Studies, 79, 34–42.

Bronfenbrenner, U. (1977). Experimental toward an Ecology of Human Development.


American Psychologist.

Chaplin, P.J. (1999). Kamus lengkap psikologi. Jakarta.: Raja Grafindo Persada.

Chen, P., Ma, L., Nassis, G. P., Harmer, P., Ainsworth, B. E., & Li, F. (2020). Coranavirus
disease (COVID-19): the need to maintain regular physical activity while taking
precautions. Journal Sport Health Sciences.

Cooperrider, D. L., Whitney, D., & Stavros, J. M. (2008). Appreciative inquiry handbook:
For leaders of change (2nd edition). Berrett-Koehler Publishers.

Ee Ah Meng (1996). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Faridah, C.I., & Afham, A. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan
Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of Marketing
Online.

29
Fraser, B. J. (1998). Student gender, school size and changing perceptions of science learning
environments during the transition from primary to secondary school. Research in
Science Education.

Freiberg, H. J. (1998). Measuring school climate: let me count the ways. Educational
Leadership, 56(1), 22-26.

Goodenow, C. (1993) The psychological sense of school membership among


adolescents: scale development and educational correlates. Psychology in the
Schools, 30(1), 79-90.

Halimah, B. A. M., & Eow, Y. L. (2012). Program peningkatan pencapaian pelajar-pelajar


tingkatan tiga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di SMK Putrajaya
Presint 11 (1). Jurnal Pendidikan MPSM, 2012, 159–178.

Halimah, B. A. M., Eow, Y. L., & Chuah, B. E. (2014). Model pendidikan berkualiti 6S. Jurnal
Pendidikan MPSM, 2014(1), 145–164.

Hamre, B. K., & Pianta, R. C. (2001). Early teacher–child relationships and the
trajectory of children’s school outcomes through eighth grade. Child Development,
72(2), 625-638.

Haynes, N. M. (1998). Creating safe and caring school communities: Comer school
development program schools. Journal of Negro Education, 65, 308-314.

Haynes, N. M., & Comer, J. P. (1993). The Yale school development program process,
outcomes, and policy implications. Urban Education, 28(2), 166-199.

Heggart Keith R, Yoo Joanne. (2018). Getting the Most from Google Classroom: A
Pedagogical Framework for Tertiary Educator. Australian Journal of Teacher
Education.

Hughes, J. N, Cavell, T. A, & Willson, V. (2001). Further support for the developmental
significance of the quality of the teacher–student relationship. Journal of School
Psychology. 39, 289–301.

30
Johnson, W. L., & Johnson, M. (1993). Validity Of The Quality Of School Life Scale: A Primary
And Second-Order Factor Analysis. Educational & Psychological Measurement,
53(1), 145-153.

Kementerian Muridan Malaysia. (1972). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972: Peraturan-
Peraturan (Tatatertib Sekolah) Muridan, 1959. Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Program pemantapan sarana ibu bapa dan sarana
sekolah di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kuperminc, G. P., Leadbeater, B. J., Emmons, C., & Blatt, S. J. (1997). Perceived
school climate and difficulties in the social adjustment of middle school students.

Little, M., & Kobak, R. (2003) Emotional security with teachers and children’s stress
reactivity: A comparison of special-education and regular-education classrooms.
Journal of Clinical Child and Adolescent Psychology. 32(1), 127–138.

Losius Goliong, Absly Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Yulip. (2020). Cabaran
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Jarak Jauh Semasa Perintah Kawalan
Pergerakan. Sabah: Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

Majlis Keselamatan Negara. (2020). Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara dan
Jabatan Perdana Menteri.

Manning, M. L., & Saddlemire, R. (1996). Developing a sense of community in


secondary schools. National Association of Secondary School Principals. NASSP
Bulletin, 80(584), 41-48.

Mark D. H. & Ben C. (2009). The Contribution of Social Relationships to Children’s


Happiness. J Happiness Stud (2009) 10:329–349

McEvoy, A., & Welker, R. (2000). Antisocial Behavior, Academic Failure, And School
Climate: A Critical Review. Journal of Emotional and Behavioral Disorders, 8(3), 130-
140.

Mohamed Nazul Ismail,. (2020). Cabaran Kepimpinan dalam Pengurusan Pembelajaran.


Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid III.

31
Pianta, R. C, & Stuhlman, M. W. (2004). Conceptualizing risk in relational
terms: Associations among the quality of child–adult relationships prior to school entry
and children’s developmental outcomes in first grade. Educational and Child
Psychology Special Issue: At-Risk Children From Birth to Elementary School
Age: Research Findings and Reflections on Intervention from an International
Perspective. 21(1), 32–45.

Purwanto, N. (1990). Psikologi pendidikan. Bandung: Remaja Rosdakarya

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan. (2015). Peluasan pelaksanaan pelibatan ibu bapa
& komuniti (PIBK): Kejayaan dan harapan. Buletin Transformasi Pendidikan
Malaysia.

Waldrip, B., & Fisher, D. (2003). Identifying exemplary science teachers through their
classroom interactions with students. Learning Environments Research: An
International Journal, 6(2), 157- 174.

Wan Norsaidatina Hasma W Nawang, Mohd Radzani Abdul Razak, Mohamad Firdaus
Ahmad & Siti Aida Lamat. (2021). Tahap penglibatan dalam aktiviti fizikal serta
aktiviti sedentari pelajar semasa penularan COVID-19. Jurnal Sains Sukan dan
Pendidikan Jasmani.

32

You might also like