You are on page 1of 6

Tugasan 3 : Ulasan Artikel

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan proses pembelajaran pada peringkat


awal pada awal usia iaitu sejak lahir sehinggalah berusia 8 tahun. Pendidikan awal
kanak-kanak juga sangat penting dalam membentuk corak pembelajaran mereka
kerana melalui pembelajaran mereka di prasekolah, mereka akan memperoleh
banyak pengalaman yang akan memberi persediaan kepada kanak-kanak tersebut
sebelum melangkah ke sekolah formal kelak. Menurut MacNaughton, (2005)
menyatakan kanak-kanak akan melalui pengalaman yang sangat bermakna dan
dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran, pembelajaran yang menerapkan
keyakinan diri dalam diri serta mempunyai sikap yang posiif terhadap orang lain.

Pendidikan khususnya pendidikan awal kanak-kanak ini juga semakin


berkembang pesat di Malaysia untuk sedaya upaya untuk memberi pendidikan yang
berkualiti kepada kanak-kanak di negara kita agar mereka memperolehi ilmu dengan
sempurna secara holistik dan bersepadu. Namun dalam hal ini, usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh kerajaan di negara kita sangat banyak demi mempertingkatkan
lagi kualiti pendidikan kepada kanak-kanak namun usaha-usaha kerajaaan tersebut
telah disalahgunakan. Ini telah menyebabkan berlakunya kesukaran,kekeliruan dan
kerisauan kepada ramai pihak termasuklah ibu bapa serta pendidik sesebuah
prasekolah tersebut sehingga timbulnya pelbagai isu tentang pendidikan awal kanak-
kanak ini seperti matlamat yang berbeza, pelaksanaan aktiviti dan juga kualiti
program pendidikan prasekolah dalam negara kita sendiri. (Rohaty, 1994)

Elemen Sosial dan Kesan Terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak

Berdasarkan kepada artikel yang bertajuk ‘ Realiti Trend dan Isu dalam
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang ditulis oleh Mariani Md. Nor pada 2006 yang
telah saya baca, terdapat tiga kategori yang menjadi asas kepada pendidkan awal
kanak-kanak yang telah menjadi isu di dalam negara kita seperti kesan sosial, kesan
kurikulum dan persediaan tenaga akademik. Elemen kesan sosial dalam pendidikan
awal kanak-kanak telah merujuk kepada teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner
(1977) yang mempunyai 5 sistem yang dapat mempengaruhi persekitaran sosial ke
atas perkembangan kanak-kanak iaitu pertama, mikrosistem. Mikrosistem adalah
yang melibatkan persekitaran kanak-kanak dengan orang-orang yang terdekat
seperti keluarga terutamanya ibu bapa. Ibu bapa adalah orang yang paling terdekat
dengan kanak-kanak dan mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap kanak-
kanak. Ini menunjukkan bahawa fakor persekitaran seperti penglibatan ibu bapa
yang aktif ini akan memberi kesan ke atas semua perkembangan kanak-kanak.
Kedua ialah mesosistem. Mesosistem ini adalah suatu keadaan di mana kanak-
kanak akan menghadapi suatu situasi yang negatif dan ini akan menyebabkan
kanak-kanak akan terbawa-bawa walau di mana sahaja kanak-kanak tersebut
berada. Secara tidak langsung, hal ini telah mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak dalam kehidupan mereka dan akan menjejaskan emosi mereka. Ketiga
ialah ekosistem iaitu sesuatu pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan secara langsung kepada kanak-kanak tersebut tetapi melibatkan suatu
keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut sangat meninggalkan kesan
yang sangat mendalam kepada kanak-kanak sekaligus terhadap emosi mereka
dalam pergaulan seharian mereka dan juga terhadap pembelajaran di prasekolah.
Keempat ialah makrosistem iaitu melibatkan suatu perkembangan kanak-kanak
tersebut yang dipengaruhi oleh nilai dan amalan yang ditunjukkan oleh masyarakat.
Kelima ialah kronosistem iaitu melibatkan suatu perubahan dalam suatu tempoh
masa tertentu. Contohnya perubahan teknologi yang semakin membangun ini sangat
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak dengan orang lain. Kelima-lima
sistem ini sangat menyumbang kepada proses perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak dari segi sosial.

Seterusnya, institusi keluarga terutama ibu bapa khususnya, sangat penting dalam
elemen sosial yang dibina terhadap kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa sangat
memainkan peranan yang sangat besar dan menjadi agen sosialisasi terhadap
kehidupan kanak-kanak kerana ibu bapa adalah individu yang mempunyai pertalian
darah yang sangat erat kepada kanak-kanak dan memberi perubahan terhadap
sesuatu tingkah laku kanak-kanak tersebut. Penglibatan ibu bapa secara aktif
kepada kanak-kanak dari segi pembelajaran mahupun dari segi sahsiah kanak-
kanak dalam pendidikan awal kanak-kanak akan dapat meneguhkan perkembangan
sosial kanak-kanak tersebut. (Mac Naughton, 2005). Ibu bapa sebagai mentor
kanak-kanak juga peka terhadap apa yang telah berlaku kepada kanak-kanak dan
sentiasa memberikan kanak-kanak ilmu pengetahuan, bimbingan serta dorangan
kepada kanak-kanak agar mereka terus berkembang secara seimbang dalam
kehidupan. Pengaruh daripada keluarga ini tidak berlaku dalam proses mengasuh
dan mendidik anak-anak di rumah sahaja tetapi juga secara meluas seperti aspek
pemilihan tempat untuk anak hendak belajar serta peringkat pembelajaran kanak-
kanak di prasekolah. Hal ini kerana, pendidikan di prasekolah adalah tempat dimana
kanak-kanak dapat dilatih untuk cara untuk berfikir, meningkatkan kreativiti dalam
sesuatu perkara agar kanak-kanak dapat menstabilkan emosi,fizikal dalam
kehidupan. Oleh itu keluarga adalah sangat penting kepada kanak-kanak dalam
perkembangan emosi kanak-kanak.

Elemen Kurikulum dan kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak

Isu yang sering diperkatakan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini
juga ialah melalui pelbagai model prasekolah yang berbeza-beza di negara kita.
Pelbagai bentuk kurikulum yang telah diwujudkan telah menyebabkan kurikulum
yang terdapat di pelbagai prasekolah digunakan secara berbeza. Semua prasekolah
yang ada di negara kita ini bukan sahaja mendidik kanak-kanak untuk mengajar
untuk membaca, menulis dan mengira namun, pembelajaran tersebut ditekankan
kepada kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu yang sangat dititikberakan dalam
aspek sosial,rohani dan juga penekanan yang berbagai lagi.

Hal ini dapat dilihat melalui kurikulum dalam tadika swasta yang sangat
menekankan 3M kepada pembelajaran murid semata-mata. Tadika swasta ini sangat
memberi penumpuan sepenuhnya kepada aspek kognitif iaitu menggalakkan dan
melatih kanak-kanak dengan cara untuk berfikir dengan baik dalam pembelajaran
mereka di tadika. Kurikulum yang diguna pakai oleh tadika daripada swasta ini
sangat berbeza jika dibandingkan dengan kurikulum-kurikulum yang ada pada
prasekolah dan tadika kerajaan. Disebabkan itu lahirlah kanak-kanak yang tidak
seimbang dalam aspek pendidikan mereka dan kurang mahir dalam berfikir serta
bersosial dengan orang lain.

Bukan itu sahaja, infrakstruktur fizikal sekolah adalah tempat untuk kanak-kanak
mendapatkan sesuatu ilmu. Namun, infrakstruktur ini juga mengalami kesukaran
untuk dibina atas faktor-faktor yang tidak dapat dihalangi oleh pendidik prasekolah
tersebut. Infrakstruktur ini sangat penting terhadap pembelajaran kepada kanak-
kanak dan haruslah memikirkan hal ini untuk memastikan kanak-kanak juga
mendapat pendidikan yang sepatutnya. Isu seperti persediaan awal sehinggalah
kepada aspek lain yang mempengaruhi transisi daripada prasekolah ke sekolah
rendah telah dipengaruhi daripada faktor seperti bahan pembelajaran, persekitaran
yang dapat merangsang pembelajaran kanak-kanak, melalui aktiviti yang sesuai
kepada tahap kanak-kanak dan guru yang memainkan peranan dalam proses
perkembangan kanak-kanak dalam aspek penyesuaian diri terhadap orang-orang
sekeliling serta hubungan baik guru dengan ibu bapa kanak-kanak dan persekitaran
juga adalah satu daripada faktor persekitaran yang penting.(Mariani Md. Nor et al.,
2006)

Selain itu, pengaruh kurikulum dan persekitaran bilik darjah dalam pendidikan
awal kanak-kanak dibuat adalah berdasarkan daripada model Bronfenbrenner yang
telah diubahsuai bagi kanak-kanak. Persekitaran bilik darjah ini sangat penting dalam
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam negara kita mahupun seluruh
dunia. Hal ini kerana, sistem pendidikan awal kanak-kanak dalam bilik darjah adalah
sebuah tunjang terhadap sesuatu yang berlaku di persekitaran kanak-kanak
tersebut. Trend dan isu yang sering diperkatakan seperti bagaimana hendak
mewujudkan bilik darjah yang dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh lagi. Persekitaran bilik darjah dalam prasekolah
juga telah membawa suatu perancangan dan pengurusan yang teratur. Namun
begitu, ini juga menjadi suatu isu pendidikan bahawa Kurikulum Kebangsaan
Prasekolah di negara kita yang menjadi garis panduan tidak dapat digunakan secara
mutlak dalam semua prasekolah kecuali di prasekolah Annex. Hal seperti ini kurang
difahami oleh segelintir ibu bapa dan masyarakat sehingga berlakunya kekeliruan
terhadap pelaksanaan kurikulum pendidikan prasekolah tentang trend dan amalan
yang telah dilakukan di Malaysia. Faktor persekitaran seperti ibu bapa yang sangat
mempengaruhi penyesuaian kanak-kanak dalam bilik darjah adalah melalui bahan
pembelajaran iaitu ibu bapa yang bertanggungjawab dalam membantu kanak-kanak
untuk mendapatkan buku yang sesuai serta menyediakan bahan bantu mengajar
elektronik seperti CD dan juga melalui persekitaran yang kondusif seperti ibu bapa
menyediakan alat tulis yang sesuai serta peka terhadap keperluan ruang untuk anak-
anak mereka belajar.

Tambahan pula, komitmen daripada ibu bapa sangat penting dalam memilih
prasekolah yang mantap dari segi pelaksanaan dan pengurusan bagi kanak-kanak .
Perbezaan tentang pelaksanaan kurikulum yang terdapat di luar negara iaitu
prasekolah yang terdapat di luar negara telah menekankan tentang aspek
pendidikan anti-bias kepada etnik yang berbeza. Hal ini juga sama seperti di
Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik dan bangsa bagi setiap kanak-kanak
tersebut. Hal seperti ini telah menjadi isu kepada semua masyarakat tentang apakah
pendekatan yang akan dilakukan oleh pendidik prasekolah di negara kita tersebut
berjalan ataupun seperti masuk telinga kanan, keluar ke telinga kiri iaitu hanya
berdiam diri sahaja ataupun bertindak dengan segera terhadap kurikulum ini.

Elemen Guru dan Kesan terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak

Elemen guru ini sangat penting kerana guru adalah individu yang sangat
bertanggungjawab dalam mewujudkan sistem bilik darjah yang ceria dan kondusif
bagi kanak-kanak dan memberikan peluang pendidikan yang berkualiti kepada
semua kanak-kanak. Guru juga haruslah mempunyai hubungan yang erat dengan
kanak-kanak serta ibu bapa kanak-kanak tersebut.Sebagai guru, hubungan yang
dibina tersebut haruslah ceria, mesra, adil dan bertanggungjawab terhadap sesuatu
perasaan dan juga keperluan bagi kanak-kanak tersebut. (Program Endsley dan
Bradbard, 1981)

Selain itu, guru haruslah merancang atau melakukan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran yang telah dikelolakan ini sangat penting bagi memastikan program
perancangan berjalan dengan lancar dan berkesan dalam membentuk
perkembangan kanak-kanak secara holistik. Apabila hendak melakukan sesuatu
aktiviti kepada kanak-kanak, guru haruslah terlebih dahulu mengetahui bahawa
aktiviti yang dirancang itu mestilah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif
pengalaman yang sesuai dijalankan kepada kanak-kanak untuk bermain. (Rohaty,
2003). Sebagai guru bukan hanya dengan merancang sesuatu tetapi juga peka dan
mengambil kira tentang perkembangan yang terkini berlaku. Untuk menjadi seorang
guru yang mantap dan hebat untuk mendidik kanak-kanak, guru haruslah
mempunyai banyak ilmu pengetahuan tentang sesuatu terutamanya tentang kanak-
kanak yang akan diajar dan dilatih agar guru dapat menjadi seorang guru yang hebat
sebagai pendidik di prasekolah. Kebanyakan kursus yang sangat dipandang rendah
oleh masyarakat ialah guru prasekolah. Hal ini kerana, guru prasekolah hanya
mengajar kanak-kanak kecil sahaja. Namun begitu, kursus Pendidikan awal kanak-
kanak ini telah dinaiktarafkan menjadi kursus yang sangat penting dalam bidang
pendidikan di seluruh IPTS bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk mengambil
kursus tersebut.

Selain itu, pada masa ini juga trend terkini di Malaysia ialah melalui
pengguanaan DAP (Developmentally Appropriate Programme). Jika hendak
dibandingkan dengan negara lain, negara kita baru sahaja melaksanakan
pendekatan melalui DAP dan melalui pelaksanaan DAP ini telah menyebabkan
timbulnya isu tentang DAP ini tentang bagaimana cara untuk melaksanakannya di
Malaysia. Apabila timbulnya isu dan trend tentang penggunaan DAP ini dilaksanakan
dengan kefahaman yang salah dan menganggap pendekatan DAP ini adalah
penialaian tradisional. Untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang DAP, guru
sebagai pendidik anak bangsa haruslah mengambil kira tentang persetujuan semua
masyarakat berkaitan dengan DAP ini agar dapat dilaksanakan dengan jayanya
dalam sistem pendidikan Negara kita Malaysia.

Sebagai konklusinya, trend dan isu tetap akan berlaku jika tiada jalan
penyelesaian yang dilakukan secara bersama berdasarkan daripada pengelaman,
aspek teori dan komuniti persekitaran di prasekolah tersebut. Persekitaran yang
terdapat di sekeliling kanak-kanak akan memberi impak terhadap pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak tersebut. Dalam hal ini juga, bukan hanya semata-mata
tugas tersebut dilakukan oleh guru sahaja namun juga ibu bapa yang turut sama
terlibat untuk membantu kanak-kanak dalam keberkesanan proses pembelajaran
kanak-kanak di prasekolah. Hal seperti ini haruslah diberi perhatian oleh warga
pendidik kerana trend akan sentiasa wujud dan isu-isu yang berlaku sentiasa hadir
dalam pendidikan prasekolah yang terdapat di dalam negara kita sendiri.

You might also like