You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Pengurusan bilik darjah merupakan sesuatu kemahiran yang harus dikuasai oleh insan
yang bergelar sebagai seorang guru. Kemahiran serta pelbagai teknik pengajaran yang telah
diaplikasikan oleh guru di dalam kelas tersebut secara tidak langsung akan melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohd Hasani Dali & Mohamad
Johdi Salleh, 2009). Kemahiran serta teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
seseorang murid itu akan memberi kesan kepada perubahan tingkah laku murid terhadap
pembelajaran mereka serta guru akan mendapat pengalaman yang sangat menyeronokkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Selain itu, pengurusan bilik darjah yang berkesan juga sangat dipengaruhi oleh ciri-ciri
guru yang efektif dalam membina hubungan yang positif terhadap murid serta membendung
masalah-masalah disiplin murid yang sering kali berlaku di dalam bilik darjah. Menurut Richard
(1990) dalam buku pengurusan bilik darjah dan tingkah laku yang ditulis oleh Haliza Hamzah
mengatakan bahawa bilik darjah berfungsi sebagai kawalan guru yang dilakukan iaitu lebih
kepada kawalan guru terhadap tingkah laku murid serta penglibatan murid secara holistik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan agar objektif guru dalam membentuk
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dicapai.
Pengurusan bilik darjah yang berkesan ini juga haruslah menitikberatkan kepada
hubungan guru dengan murid iaitu mengetahui tentang keperluan murid-murid di dalam kelas.
Hal ini sangat penting kerana dapat membantu guru dalam melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas sekaligus dapat mempengaruhi minat murid yang mendalam
terhadap pembelajaran di dalam kelas.

1
2.0 DATA
KOTA KINABALU 6 Nov. – Kementerian Pendidikan merekodkan sebanyak 13,359 pelajar
sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat
atau yang berunsur jenayah bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Seri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kesalahan yang dilakukan
kumpulan pelajar tersebut melibatkan kes berunsur jenayah, kelucahan, ponteng sekolah,
vandalisme dan kes buli. Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 4,568 murid terlibat
dalam kes yang berunsur jenayah, termasuk melakukan kegiatan jenayah berat seperti
gangsterisme yang membawa kepada siasatan pihak polis.

Mengulas lanjut, Khair berkata, daripada jumlah keseluruhan kes salah laku disiplin berat
atau berunsur jenayah bagi tempoh setengah tahun ini, kes buli melibatkan 1,314 pelajar di
sekolah atau asrama.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah murid yang terlibat dalam kes buli bagi tempoh
tersebut mencatat penurunan, berbanding 2012 sebanyak 2,282 orang dan sebanyak
1,445 orang pada 2013 untuk tempoh sama.
Rajah 1 :
Rajah 1: 13,359 pelajar terlibat salah laku disiplin berat

(Sumber : Utusan Online, 2014)

3.0 CIRI-CIRI GURU EFEKTIF


3.1 BERTANGGUNGJAWAB
Guru yang efektif ialah seorang guru yang bertanggungjawab bukan sahaja terhadap
diri sendiri, kerja, keluarga dan sebagainya, tetapi juga terhadap murid-murid yang ingin
dididik sehingga menjadi insan yang sempurna. Untuk menjalankan tanggungjawab ini
bukanlah perkara yang mudah, tetapi memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi
dalam menguruskan sesuatu dengan jayanya. Sebagai seorang guru, tanggungjawab guru
bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi juga membentuk sahsiah murid melalui masalah-
masalah disiplin yang saban hari berlaku bukan sahaja di dalam sekolah tetapi juga berlaku
di dalam kelas semasa waktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Selain itu, menurut Mok Soon Sang (2011) dalam buku beliau yang bertajuk
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku ada mengatakan bahawa sikap bertanggungjawab
merupakan sifat seseorang guru itu yang mana guru tersebut akan lebih peka serta
mengutamakan tugas-tugas yang telah diberikan dengan penuh amanah dan dedikasi.
Apabila guru tersebut mempunyai sikap yang bertanggungjawab tidak mustahil guru tersebut
melakukan sesuatu tugas dengan sambil lewa serta lalai tetapi sentiasa mempunyai
komitmen yang tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugas terutamanya tugas dalam
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan agar murid-murid di

2
dalam kelasnya dapat mempelajari serta memahami terhadap apa yang telah diajar oleh guru
tersebut.

Guru yang bertanggungjawab juga seharusnya melibatkan murid secara holistik iaitu
dalam aktiviti kelas, serta pembelajaran di dalam kelas serta mengambil kira keputusan
daripada murid-murid di dalam kelas tersebut. Keputusan yang dilakukan secara bersama
dengan murid-murid ini adalah sebenarnya telah menjalinkan hubungan yang positif terhadap
guru dan murid di dalam kelas. Hal ini dapat dijelaskan lagi dalam model Disiplin Asertif Canter
iaitu guru melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab untuk mengajar dengan menggunakan
pendekatan iaitu menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah serta menggunakan
ganjaran serta dendaan terhadap sesuatu kesalahan yang telah dilakukan oleh murid-murid
di dalam kelasnya serta bersikap autentik bukan sahaja murid tetapi juga guru itu sendiri untuk
jujur terhadap kesilapan yang salah. Dengan ini murid juga akan jujur serta berani mengakui
kesilapan dan bersama-sama guru untuk membaikinya. Contoh peraturan yang boleh
ditetapkan oleh guru di dalam kelas ialah jadual tugasan iaitu murid haruslah bertugas
mengikut giliran mereka bertugas dalam seminggu. Tujuan pendekatan ini dilakukan ialah
untuk membentuk disiplin murid-murid agar mempunyai sahsiah yang baik yang dapat
dijadikan amalan dalam kehidupan serta mengelakkan suasana pembelajaran daripada
gangguan-gangguan yang tidak diingini. Hal ini menjadi tanggungjawab guru untuk
memastikan semua murid-murid tersebut dapat belajar dalam keadaan yang seronok dan
selesa bersama murid-murid lain di dalam kelas dan murid juga memikul tanggungjawab yang
diberikan oleh guru dengan baik dan murid-murid dapat terhindar daripada masalah-masalah
disiplin di dalam kelas.

3.2 MEMPUNYAI UNSUR KECINDAN


Ciri-ciri guru efektif yang seterusnya ialah guru yang mempunyai unsur-unsur kecindan
dalam diri. Menurut Mok Soon Sang (2011) mengatakan bahawa guru yang mempunyai sifat-
sifat jenaka atau kecindan ini adalah seorang guru yang boleh membentuk suasana
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi riang gembira dan menyebabkan ramai
murid untuk suka datang ke sekolah dengan bersemangatnya hanya kerana hendak belajar
dengan guru yang mempunyai unsur kecindan ini. Mengapa murid lebih tertarik kepada guru
yang mempunyai unsur kecindan? Hal ini adalah kerana guru yang mempunyai unsur
kecindan ini mudah didekati serta bersikap peramah terhadap murid-muridnya. Secara tidak
langsung dapat menjalinkan hubungan yang positif antara guru dan murid dan ini adalah
sesuatu yang kondusif dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-
murid lebih bersikap terbuka untuk berkongsi cerita mahupun masalah-masalah yang
dihadapi oleh murid itu sendiri terutamanya masalah terhadap pembelajaran mereka. Melalui

3
sifat kecindan guru ini, guru dapat melaksanakan serta menyampaikan pengajarannya
dengan lebih mantap dan menarik.

Apabila hubungan guru dengan murid sudah terjalin dengan eratnya, guru bukan
sahaja dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan tetapi juga dapat mengurangkan masalah
disiplin seperti ponteng kelas, malas membuat kerja serta melawan guru. Guru haruslah bijak
dalam menangani masalah disiplin murid dan haruslah sedar sebab dan akibat murid tersebut
melakukan masalah disiplin di sekolah mahupun di dalam kelas itu sendiri. Guru tidak
seharusnya terus menghukum tetapi mendekati murid dengan cara yang berkesan iaitu salah
satunya ialah mesti bersifat kecindan serta sentiasa senyum dan bukannya mendekati murid
dengan mimik muka yang marah dan serius Apabila guru pun mendekati murid dengan cara
yang tidak sesuai maka murid tersebut akan semakin takut untuk datang ke sekolah dan
meningkatkan lagi masalah disiplin di sekolah.

3.3 BERMOTIVASI
Menurut Bryan Coombs (2010) yang diterjemahkan oleh Siti Aishah Mohd Elias dalam
buku yang bertajuk Mengajar secara efektif mengatakan bahawa guru yang efektif haruslah
guru yang bermotivasi. Guru yang bermotivasi ini bukan sahaja sentiasa memotivasikan diri
sendiri tetapi juga fokus kepada murid yang langsung tidak bermotivasi dalam dirinya
mahupun murid yang bermotivasi tetapi semakin hari semakin hilang dalam diri murid
disebabkan oleh masalah tertentu. Dalam hal seperti ini, guru haruslah terlebih dahulu
mengetahui punca-punca murid itu malas belajar, tidak suka datang ke sekolah, ponteng kelas
dan bergaduh. Dengan mengetahui punca-punca tersebut, guru haruslah melakukan inovasi-
inovasi yang baru yang bersifat penyayang untuk menarik minat ramai murid untuk rajin
datang ke sekolah dan tidak melakukan masalah-masalah disiplin di sekolah. Contoh inovasi
yang boleh dilakukan oleh guru yang bermotivasi ini ialah menyambut kedatangan murid-
murid di pagar sekolah dengan senyuman dengan bertanya khabar murid. Melalui inovasi
seperti ini murid akan lebih rasa dihargai di sekolah tersebut serta merangsang proses
dalaman murid untuk menyingkirkan sifat-sifat kemalasan dan bertindak dengan sendirinya
untuk mengubah tingkah laku kepada tingkah laku yang positif.

Bukan itu sahaja, guru yang bermotivasi ini juga sentiasa memberikan motivasi kepada
semua murid-murid sebelum murid memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila
motivasi ini terus-menerus diberikan kepada murid, secara tidak langsung mereka menyimpan
azam untuk belajar bersungguh-sungguh serta melakukan yang terbaik dalam segala aktiviti
yang dirancang oleh guru. Motivasi murid ini dapat dikekalkan secara berterusan sekiranya
minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran tersebut tidak berkurangan atau dalam erti
kata lain merosot. Guru juga haruslah mempunyai matlamat yang jelas dalam mengubah

4
tingkah laku murid ini dengan mengenal pasti potensi murid dalam sesuatu bidang dan
sentiasa menasihati dan membimbing murid dari semasa ke semasa agar murid tersebut
tidak terus menyalahkan diri sendiri terhadap setiap kegagalan yang sering kali diterimanya
tetapi tetap berusaha memperbaiki diri sendiri untuk mengecapi kecermerlangan dalam
pelajaran. Dengan ini, murid yang bermasalah ataupun sering kali melakukan kes disiplin di
sekolah akan mula berubah sedikit demi sedikit hanya disebabkan motivasi yang sangat
mempengaruhi proses kognitif dan dalaman murid yang sentiasa memberikannya semangat
yang berkobar-kobar untuk tidak lagi terlibat dalam melakukan masalah disiplin di kelas
mahupun di luar kelas tetapi terus menetapkan matlamat untuk berjaya.

3.4 MENJADI TELADAN


Guru yang efektif adalah guru yang menjadi teladan kepada murid-muridnya. Teladan
guru dapat dinilai berdasarkan sikap guru itu sendiri. Dengan ini, guru haruslah mempunyai
sahsiah yang terpuji yang boleh dijadikan contoh oleh murid-muridnya. Contoh-contoh teladan
guru yang boleh diteladani oleh murid-murid ialah guru yang berpakaian kemas, pertuturan
yang sopan seperti seorang guru, menepati masa, bertanggungjawab serta bersikap positif
dalam diri sendiri. Hal ini sangat penting kerana murid-murid sentiasa memperhatikan setiap
guru-guru di sekolah terutama guru yang mesra dan peramah terhadapnya secara diam serta
mengikuti cara guru bercakap, berpakaian bahkan sikap guru tersebut seperti suka menolong
orang, menghormati semua orang dan sentiasa bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan
diaplikasikan di rumah atau di mana sahaja murid itu berada. Bak kata pepatah, “guru kencing
berdiri, murid kencing berlari iaitu membawa maksud apabila guru menunjukkan teladan yang
baik, murid-murid juga akan meniru teladan yang ditunjukkan dan begitulah juga sebaliknya.
Hal seperti ini haruslah tidak dipandang enteng oleh semua guru tetapi tetap menunjukkan
teladan yang baik pada setiap masa bukan sahaja dalam kehidupan seharian tetapi juga
semasa hendak melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Menurut Halizah Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009) ada mengatakan bahawa
teladan guru yang harus ditunjukkan untuk dijadikan contoh adalah berdasarkan penghayatan
dan amalan nilai yang mana bertujuan untuk meningkatkan mutu serta kualiti profesion
keguruan yang tertakluk kepada Kod Etika Keguruan tersebut. Melalui kod etika tersebut,
semua guru haruslah patuh kepada etika profesion keguruan iaitu sentiasa mengamalkan
nilai-nilai murni serta menghayatinya seperti yang telah dituntut dalam profesion keguruan
bahawa guru haruslah menjadi teladan yang baik bukan sahaja kepada masyarakat, keluarga
tetapi juga kepada murid-muridnya sendiri. Hal ini kerana, ada antara ibu bapa murid yang
sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mengambil berat tentang hal anak-anak
mereka serta adakalanya ibu bapa itu sendiri tidak menjadi teladan yang baik kepada anak-
anak menyebabkan anak-anak mereka bersikap agresif serta bersikap negatif. Oleh itu,

5
melalui peranan guru iaitu dengan sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada murid-
murid melalui penyerapan nilai-nilai murni dalam membentuk sikap yang positif murid serta
memberi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sekaligus
dapat mengurangkan kadar masalah disiplin daripada murid yang bermasalah.

6
4.0 PENUTUP

Kesimpulannya, guru yang efektif akan sentiasa peka terhadap apa yang berlaku
terhadap murid-muridnya bukan sahaja dari segi pembelajaran mereka tetapi juga tingkah
laku mereka sendiri. Oleh itu, pentingnya guru memainkan peranan serta bertindak dengan
segera dalam membendung masalah tingkah laku murid ini. Hal ini kerana, hanya guru yang
efektif sahaja mampu membentuk peribadi tingkah laku murid untuk memupuk disiplin dan
berupaya membentuk suasana kelas yang kondusif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bermakna serta berkesan.

You might also like