You are on page 1of 18

FAKTOR-FAKTOR YANG

MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN
KEROHANIAN DAN MORAL
KANAK-KANAK
FAKTOR PERSEKITARAN 

• pengalaman sebelum dan selepas lahir. 


• Keadaan sebelum lahir yang merujuk kepada corak pemakanan, gaya
hidup dan kesihatan si ibu.
• Selepas lahir - keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak
• Sistem Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 
• Menurut Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. Iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem,
makrosistem dan kronosistem. 
a) Mikrosistem 
• mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat yang mana kanak-
kanak mempunyaiinteraksi berlaku dalam persekitaran yang kecil. Contoh
interaksi kanak-kanak dalam keluargaseperti interaksi antara ibu dan anak.
Interaksi antara rakan sebaya, jiran tetangga. Dalamkeluarga, ibu bapa
merupakan agen sosialisasi terpenting dalam kehidupan kanak-kanak.
Faktor  persekiran dalam keluarga merupakan faktor yang paling besar me
mpengaruhi perkembangankanak-kanak
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 
a) Mikrosistem 
• mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat yang mana kanak-kanak mempunyai interaksi
berlaku dalam persekitaran yang kecil.
• Contoh interaksi kanak-kanak dalam keluarga seperti interaksi antara ibu dan anak.
• Interaksi antara rakan sebaya, jiran tetangga.
• Dalam keluarga, ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam kehidupan kanak-kanak.
• Faktor  persekiran dalam keluarga merupakan faktor yang paling besar mempengaruhi perkemb-
ngan kanak-kanak
• Individu yang terlibat dalam pembentukan sosialisasi peringkat awal di sekeliling kanak-kanak
sangat penting dalam perkembangan minda, fizikal dan emosi. Disini , kanak-kanak mula
meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada ahli di sekekeliling mereka.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 
b)Mesosistem 
 
• Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.
• Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain.
• Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku
dan personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. 
• Individu yang mempunyai masalah dirumah akan membawa masalah tersebut ke
sekolah.
• Hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah
tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 
c)Eksosistem 
•  Eksosistem mempunyai kaitan rapat di antara pengalaman dengan persekitaran yang
tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebutmemberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang
terlibat dengan murid itu
• Keadaan ini bererti bahawa pengalaman seseorang individu akan turut
mempengaruhi orang disekelilingnya. Misalnya, keputusan untuk berpindah rumah
dilakukan tanpa meminta persetujuan daripada anak-anak. Apabila hal seumpama ini
berlaku, maka persekitaran kanak-kanak akan berubah kerana kanak-kanak tersebut
tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada peringkat awal
• Keadaan ini membuktikan bahawa kanak-kanak tidak terlibat dalam keputusan yang
dibuat olehibu bapa, namun keputusan itu turut memberi kesan ke atas diri mereka
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 
d)Makrosistem 
•  Aspek persekitaran makrosistem menyatakan bahawa perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma
dan amalan masyarakat.
• Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada
murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara.
• Sebagaimana contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab
terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka.
• Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbandingdengan anak perempuan.
Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang
besar.
• Mereka menganggap bahawa walaupun anak  perempuan mereka berpelajaran tinggi
sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga.
• Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu
kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawataraf perempuan adalah sama dengan
lelaki dalam mendapat pendidikan.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 
e)kronosistem 
•  Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa.
• Misalnya, kanak-kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan
arus perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun
maklumat melalui internet dan sebagainya.
• Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka hanya bermain permainan yang
bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan sebagainya.
• Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang besar kepada
perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek.
• Kanak-kanak akan menjadi lebih maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap
benda terdapat juga kesan negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana
hidupnya adalah bersama komputer.
• Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya pembangunan sesebuah negara
semakin maju.
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) 

• mikrosistem,
• mesosistem,
• eksosistem,
• Makrosistem
• kronosistem. 
FAKTOR KELUARGA 
• Calhoun, (1990) menganggap keluarga sebagai satu institusi sosial yang
mengandungi undang-undang dan peraturan yang ditunjukkan ke atas manusia.
• Manakala Hurlock (1973) pula mengambarkan keluarga sebagai asas permulaan
dalam pembentukan masyarakat.
• Keluarga sering dikaitkan dengan ibu dan bapa yang bertindak sebagai pengawal
kepada anak-anak.
• Ikatan pertalian darah antara ibu bapa dan anak-anak merupakan ikatan yang sangat
rapat di mana anak-anak mendapatkan kasih sayang, perlindungan dan pembelaan.
• Anak-anak pula terikat dengan norma-norma yang telah ditetapkan oleh ibu bapa
sehingga secara langsung peraturan-peraturan ini akan dapat mempengaruhi tingkah
laku anak-anak apabila mereka meningkat dewasa.
FAKTOR KELUARGA 
• Kanak-kanak yang kurang mendapat kasih sayang dan tidak mempunyai hubungan
yang rapat dengan ibu bapa akan merencatkan perkembangan bahasanya dan
seterusnya akan mengakibatkan rendah pencapaian akademik mereka sekaligus
menjadikan anak-anak ini anak yang terbiar.
• Ibu bapa – perlu memberikan sepenuhnya bimbingan dan ajaran agama kenapa kanak
– kanak
• Ibu bapa perlu menerapkan sifat – sifat rohani dan nilai nilai murni kepada anak – anak
• Keluarga perlulah menjadi suatu institusi yang kukuh seperti sebuah industri
yang mengeluarkan produk yang bermutu tinggi kepada pengguna. Begitulah juga
dengan ahli-ahli keluarga, mereka adalah merupakan produk yang sentiasa
bergantung kepada ibu bapa sebagai pengurus untuk membentuk anak-anaknya
supaya menjadi rakyat yang berguna kepada bangsa.
FAKTOR KELUARGA 
• Unsur – unsur keluarga melibatkan corak kehidupan kanak – kanak di
rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi
• Faktor ini akan mempengaruhi perbezaan perkembangan
setiapindividu
• Contohnya, kanak – kanak yang lahir dalam sebuah keluarga yang
mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami
perkembangan emosi yang sihat
• Kanak – kanak yang diasuh dengan baik akan mengalami
perkembangan emosi, tingkah laku dan potensi yang sempurna.
FAKTOR GLOBAL
• Sosio-ekomoni - keluarga yang mempunyai sosio-ekonomi baik atau
tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak
ke tahap optimum, contohnya ibubapa yang berupaya memberikan
makanan berzat serta seimbang dan juga kemudahan Pendidikan
kepada anak – anak
• Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat - Masyarakat merupakan
alam kehidupan manusia, mempengaruhi proses perkembangan
kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan
mental. Contohnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan
corak hidup dan perlakuan
FAKTOR GLOBAL
• Sumber teknologi – pendedahan kepada sumber teknologi yang sihat
akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan moral
kanak – kanak. Sebaliknya, kanak – kanak yang terdedah dengan
sumber teknologi yang berunsur keganasan,lucah dan kezaliman akan
membentuk sikap dan personaliti yang negatif
• Pusat Ibadat – merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
perkembangan kanak – kanak. Sebagai contoh, anak- anak yang
tinggal berhampiran pusat ibadat akan sering mengunjungi pusat
ibadat secara tidak lansung ia mampu membentuk sahsiah dan
perkembangan jasmani dan rohani yang positif.
FAKTOR RAKAN SEBAYA
• Faktor rakan sebaya merangukumi perkembangan intelek, emosi,
sahsiah dan sosial kanak – kanak
• Misalnya, kanak – kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin
belajar akan mendorong mereka dalam perkembangan intelek dan
potensi diri ke tahap optimum
• Kanak – kanak yang bergaul dengan rakan yang bersopan santun
secara tidak lansung akan menyerap nilai – nilai murni dari rakan
mereka.
FAKTOR SEKOLAH
• Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang
berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab
• Iklim sekolah yang kondusif yang dilengkapi dengan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor kanak - kanak
FAKTOR PENGARUH MEDIA MASSA
• Media berfungsi untuk memberikan informasi mengenai segala aspek di dunia
• Ibu bapa yang terdesah dengan informasi mengenai kesihatan, kehidupan dan budaya
contohnya akan mementingkan dan mengutamakan factor pemakanan, pendidikan
kepada anak – anak mereka
• Sebagai contoh, ibu bapa yang berpendidikan tinggi sering menggunakan media
seperti majalah, bahan bacaan ilmiah dan internet sebagai sumber rujukkan bagi
pemakanan dan pendidikan anak secara sihat
• Ini dapat membantu anak – anak dalam mencapai pertumbuhan dan perkembangan
yang baik
• Berbeza pula dengan ibu bapa yang kurang mengambil berat tentang factor ini, gaya
kehidupan yang kurang sihat dapat membantut pertumbuhan dan perkembangan
anak – anak.
Refleksi
BERDASARKAN TOPIK INI, SILA RUMUSKAN
KEFAHAMAN ANDA.

You might also like