You are on page 1of 4

TEORI EKOLOGI GAMBAR URIE BRONFENBRENNER

Teori ekologi telah diperkenal oleh Urie Bronfenbrenner. Beliau dilahirkan pada 29/4/1917 dan dilahirkan di Moscow Rusia. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas Head Start. Pada tahun 1938, beliau telah menyelesaikan 2 bidang psikologi dan muzik. Selain itu, menyambung pelajaran dalam psikologi perkembangan dan memperoleh gelaran MA di Howard Universiti dan diikuti oleh P.H.D di universiti Of Michigan pada tahun 1942. 24 jam selepas menerima gelaran doktor beliau dilantik sebagai tentera darat amerika syarikat, dimana beliau berkhidmat sebagai ahli psikologi. Kemudian beliau bertugas di kor perubatan angkatan darat amerika syarikat. Pada tahun 1948, beliau menerima jawatan guru besar dalam pembangunan manusia, pembelajaran keluarga dan psikologi di Corner Universiti. Pada saat kematiannya, beliau mendapat gelaran Jacob Gould Schuran oleh Corner Universiti College Of Human Ecology. Teori sistem ekologi merupakan sumbangan utama beliau dalam psikologi, dimana sistem ekologi digambarkan mempunyai empat jenis sistem besar yang dipanggil mikrosistem, mesosistem, eksosistem,dan mikrosistem. Kemudian beliau menambahkan sistem yang kelima yang disebut kronosistem. Menurut Bronfenbrenner, persekitaran kanak-kanak terdiri daripada satu set sistem sosial sebagai struktur berlapis bermula dengan mereka yang terdekat dengan kehidupan kanak-kanak seperti ibu-bapa serta keluarga dan beransur kepada mereka yang akan terlibat dalam kehidupan kanakkanak ini secara langsung atau tidak langsung. Menurut Bronfenbrenner, perkembangan terjadi melalui proses interaksi yang regular, aktif, dua aras antara individu dan lingkungan sehari-hari. Interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran dipercayai dapat mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak merupakan hasil daripada interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau lagi, persekitaran individu terdiri daripada lima lapisan sistem iaitu: y Mikrosistem y Mesosistem y Eksosistem

y Makrosistem y Kronosistem

GAMBAR LAPISAN SISTEM EKOLOGI

Mikrosistem Mikrosistem merujuk kepada persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak tersebut. Ia adalah lapisan dalam yang pertama dan mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan ibubapa. Ia merupakan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung yang menghabiskan paling banyak masa. Ibubapa yang menunjukkan kasih sayang dan penjagaan yang baik akan memberi kesan berbeza jika dibanding dengan ibubapa yang tidak kisah atau garang. Dalam masa yang sama tingkah laku atau respon kanak-kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak tersebut. Misalnya, kanak-kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka berkemungkinan akan memberi respon positif terhadap kanak-kanak ini dan sebaliknya. Di samping itu, hubungan antara ibubapa juga memberi kesan kepada pengalaman kanak-kanak. Ibubapa yang sentiasa memberi sokongan sesama sendiri adalah lebih berkesan dalam hal asuhan dan penjagaan kanak-kanak (Berk, Laura E, ms27).

Mesosistem

Mesosistem merupakan lapisan kedua dalam teori sistem ekologi. Ia melibatkan interaksi antara ibubapa dengan pengasuh, ibubapa dengan jiran, ibubapa dengan sekolah serta sekolah dengan jiran dan bagaimana ia mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Contohnya, penglibatan ibubapa dalam aktiviti kanak-kanak di sekolah boleh memberi sokongan yang dapat membantu kemajuan akademik kanak-kanak. Selain itu, keadaan di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Contohnya, jika terdapat seorang kanak-kanak yang bersikap murung ketika berada dirumah, maka tidak mustahil kanak-kanak tersebut akan berkeadaan sedemikian di sekolah. Dan ini akan meninggalkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Jesteru pada lapisan ini penglibatan orang sekeliling yang turut memberi kesan kepada perkembanagan kanak-kanak diharap dapat menunjukkan interaksi yang positif kepada kanakkanak pada lapisan ini, jika interaksi yang negatif ditunjukkan kepada kanak-kanak makan hal ini akan menyebabkan emosi mereka terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.

Ekosistem Ekosistem merupakan lapisan ketiga. Lapisan ini mewakili organisasi yang tidak melibatkan kanak-kanak tetapi mempunyai pengaruh secara langsung ke atas kanak-kanak tersebut. Misalnya, peraturan-peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti cuti atau waktu kerja fleksi. Contohnya ibu bapa membuat keputusan untuk berpindah rumah, tanpa meminta persetujuan daripada kanak-kanak. Apabila hal ini berlaku, maka persekitaran kanak-kanak akan berubah apabila perpindahan berlaku. Hal ini terjadi kerana kanak-kanak tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada peringkat awal. Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak tidak terlibar dalam keputusan ibu bapa, tetapi keputusan tersebut turut memberi kesan ke atas kanak-kanak tersebut. Ekosistem juga merangkumi saudara mara dan rakan ibu bapa yang dapat membantu keluarga. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung. Maksudnya di sini pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.

Makrosistem Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih focus kepada permainan-permainan computer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Makrosistem juga merupakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat. Sebagai contoh, di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Di Negaranegara barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang sama. Ini memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat.

Kronosistem Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, kehadiran anak baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan anak baru dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam keluarga tersebut.
http://teorikonteks.blogspot.com/

You might also like