You are on page 1of 2

TEORI SISTEM EKOLOGI BROFENBRENNER

 Teori perkembangan sosioemosi yang dikembangkan oleh Urie Brofenbrenner


 Memiliki lima jenis sistem iaitu
- Mikrosistem
- Mesosistem
- Eksosistem
- Makrosistem
- Kronosistem
 Menerangkan tentang pengaruh lingkungan sekitar dengan perkembangan kanak-kanak
 Perkembangan terjadi melalui proses interaksi yang menjadi kebiasaan, aktif serta dua
aras antara individu dan lingkungan sehari-hari

Sistem-sistem yang terdapat dalam teori sistem ekologi Brofenbrenner ialah

1) Mikrosistem

 Merujuk kepada persekitaran yang terdekat dengan dunia kanak-kanak (Masa yang
banyak digunakan)
 Lapisan dalam yang pertama : mewakili hubungan serta interaksi kanak-kanak dengan
ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, jiran

2) Mesosistem

 Perhubungan antara mikrosistem


 Peristiwa yang berlaku dalam satu mikrosistem akan mempengaruhi mikrosistem yang
lain
 Hubungan antara pengalaman dalam keluarga dengan pengalaman di sekolah, antara
keluarga dan teman sebaya
 Contoh : Cara kanak-kanak berinteraksi dengan ibu bapa adalah berdasarkan tingkah
laku yang dipamerkan oleh ibu bapanya

3) Eksosistem

 Lapisan ketiga dalam teori ekologi Brofenbrenner


 Persekitaran yang tidak melibatkan / berperanan aktif secara langsung terhadap
perkembangan kanak-kanak tetapi memiliki pengaruh ke atas mereka
 Tidak menyentuh secara langsung peribadi kanak-kanak, tetapi ada kesannya
 Misalnya, pekerjaan ibu bapa, rakan-rakan, tempat kerja ibu bapa, saudara mara, rakan
ibu bapa
 Pertukaran tempat kerja ibu bapa akan menyebabkan pertukaran sekolah anak-anak
yang akan melahirkan perubahan persekitaran mereka
 Kanak-kanak mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru
4) Makrosistem

 Perubahan persekitaran dalam sesuatu tempoh


 Terdiri daripada ideologi negara, tradisi, agama, undang-undang, budaya
 Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat
 Sekiranya kanak-kanak dibesarkan dalam lingkungan yang baik, maka ianya akan
mempengaruhi perkembangan (dan sebaliknya)
 Contoh : Sesetengah negara memberi peluang yang lebih kepada jantina tertentu dari
segi sistem pendidikan

5) Kronosistem

 Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh sejarah sosial dalam perkembangan


kanak-kanak
 Persekitaran kita akan sentiasa berubah dan tidak kekal
 Contoh : Kehadiran anak baru dalam keluarga akan membawa perubahan dan memberi
kesan kepada perkembangan kanak-kanak (Terasa tersisih dan tidak disayangi oleh
keluarga)

You might also like