You are on page 1of 15

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM)

HBSC 1103 TEACHING AND LEARNING OF SCIENCE

TUGASAN:

PENGGUNAAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM SUBJEK SAINS

DISEDIAKAN OLEH: SITI MARINI BTE TAHIR 780212045404001

PENSYARAH: EN. MOHD MOHSHEN BIN JAAMAT


PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SAINS) (KAMPUS MELAKA) 2012

ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN

2.0 MEMAHAMI TEORI PEMBELAJARAN

2.1 DEFINISI PEMBELAJARAN

2.2 DEFINISI TEORI PEMBELAJARAN

3.0 PERBANDINGAN ANTARA TEORI-TEORI PEMBELAJARAN UTAMA

4.0 KOGNITIF DALAM TEORI DAN APLIKASI

4.1 KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN

4.2 APLIKASI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN SAINS

5.0 KESIMPULAN 6.0 BIBLIOGRAFI

1.0

PENGENALAN

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam: pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Secara umum, apa yang kita ketahui sebagai belajar itu boleh terbahagi kepada 3 proses yang berlainan, iaitu pengukuhan tindakbalas, pemperolehan pengetahuan dan pengukuhan pengetahuan. Sehingga kini ramai ahli akademik menegaskan proses ketiga adalah lebih efektif dan berkesan dalam pembelajaran. Piaget membuat kesimpulan ini dari pemerhatiannya yang menyatakan pengetahuan dibina dalam minda pelajar dengan menyusun pengalaman-pengalaman yang terdiri daripada apa yang dilihat, dirasa dan difikirkan dalam pengalaman seharian. Pandangan ini terhasil dengan menjadikan manusia sebagai objek penetelitian dalam susunatur yang realistik. Dalam tugasan ini kita cuba melihat kepada 2 objektif asas, iaitu, yang pertama bagaimana perbandingan antara 3 teori pembelajaran utama Behavioris, kognitif dan konstruktif. Dan yang kedua, kita akan cuba melihat bagaimana teori kognitif sesuai digunakan dalam beberapa scenario pembelajaran subjek sains di dalam keadaan bilik darjah yang berbeza.

2.0

MEMAHAMI TEORI PEMBELAJARAN

2.1

DEFINISI PEMBELAJARAN SAINS

Pendidikan sains yang berkesan bukan setakat menyalurkan fakta-fakta sains yang membolehkan murid menyatakan semula fakta itu dalam peperiksaan. Pendidik sains semasa berpendapat bahawa pendekatan kepada pengajaran pembelajaran sains seharusnya selari dengan kaedah dan sikap yang digunakan oleh para saintis semasa mereka menyiasat fenomena alam. (Poh Swee Hiang, 1996). Ahli-ahli psikologi membina model tentang bagaimana minda berfungsi, sementara ahli-ahli sains membina model untuk menerangkan bagaimana alam semesta berfungsi. Kedua-dua aliran pemikiran ini bergabung untuk membentuk pendekatan kostruktivisme yang kini popular dalam pendidikan sains. Menurut pendekatan ini, guru harus mengenalpasti

pemahaman pelajar yang sedia ada dan menyediakan kesempatan untuk pelajar mengubahsuai dan memperkembangkan diri. (Poh Swee Hiang, 1997). Dalam domain kognitif pula misalnya terdapat pemeringkatan pembelajaran yang disenaraikan oleh Bloom iaitu bermula dengan peringkat pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab seseorang guru untuk menentukan pemeringkat penilaian dan pengukuran prestasi murid berdasarkan pemeringkatan pembelajaran yang dirumuskan dalam hasilan pembelajaran mengikut kesesuaian tahap dan topik sesuatu pembelajaran. Dalam proses menentukan pemeringkatan yang terdapat dan taksonomi pembelajaran, guru seharusnya mengambil kira tentang strategi yang harus digunakan untuk menjana pemikiran murid yang lebih kritis dan kreatif ke arah mewujudkan murid yang lebih bersifat global tanpa hanya menumpukan kepada hafalan fakta sahaja. Sama ada penilaian tersebut berbentuk objektif, struktur atau esei bukanlah isunya dalam menentukan ketajaman minda murid, tetapi strategi yang digunakan untuk menguasai ilmu tersebut mengikut domain pembelajaran yang dikemukan oleh Bloom atau Biggs adalah penting bagi guru membuat perancangan dan merangka aktiviti yang sesuai untuk murid melaksanakannya ke arah penjanaan minda kritis, kreatif dan inovatif. Oleh itu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru harus kreatif merancangan pelbagai strategi dengan mengambil kira pelbagai teori dalam pembelajaran.

2.2

DEFINISI TEORI PEMBELAJARAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya. Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Inilah masanya bagai guru-guru menyemak semula teori-teori pembelajaran yang banyak memberi panduan dan bimbingan ke arah merancang aktiviti pembelajaran yang mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.

3.0

PERBANDINGAN ANTARA TEORI-TEORI PEMBELAJARAN UTAMA

TEORI

PRINSIP UTAMA Pembelajaran akan berlaku apabila tindakbalas yang betul

PAKAR UTAMA

BEHAVIORIST

dicapai apabila ditunjukkan suatu perangsang persekitaran khusus - Sumber motivasi ialah Ekstrinsik. Lebih mementingkan pengukuhan, ganjaran, insentif dan konsep dendaan. - Rangsangan, Gerak balas, Peneguhan dan Hukuman. * Thorndike Hukum kesedihan Hukum Latihan Hukum Kesan * Pavlov Pembelajaran semula Generalisasi rangsangan yang sama menghasilkan tindak balas yang sama Diskriminasi tindak balas dengan rangsangan tertentu sahaja 9/8/1949) - ahli psikologi Amerika. - eksperimen dijalankan dikenali sebagai kotak ajaib Thorndike. . -Edward Lee Thorndike (31/8/ 1874 -Ivan Pavlov (14/9/1849 27/2/1936) - ahli fisiologi, psikologi dan fizik Rusia. - pemenang Hadiah Nobel, 1904 - terkenal dengan pelaziman klasik

Penghapusan

rangsangan 1904 -18 Ogos 1990) Amerika - terkenal dengan pelaziman operan.

terlazim tidak disertai dengan -Burhuss Frederic Skinner (20 Mac rangsangan tidak terlazim

Pembelajaran dilihat sebagai satu proses aktif yang berlaku dalam diri KOGNITIF pelajar yang ia boleh

dipengaruhi oleh pelajar. - Sumber motivasi intrinsik. Mementingkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan. - Pelajar menerima, memproses, menyimpan, mencari maklumat dalam memori. - Menumpukan kepada apa yang pelajar tahu dan bagaimana mereka mengetahuinya * Ausubel Resepsi maklumat penghafalan - penemuan, pemikiran analisis, asimilasi. * Bruner Enaktif ( manipulasi -Jerome S. Bruner (1 Okt 1915 - kini) - ahli psikologi Amerika - terkenal dengan pembelajaran penemuan -David Ausebel (25 Okt 1918 - 9 Julai 2008) - ahli psikologi Amerika - terkenal dengan pembelajaran bermakna

objek langsung ) Ikonik (representasi gambar ) Simbolik (manipulasi Simbol) -Wolgang Kohler (21/1/188711/6/1967) - ahli psikologi Jerman dan pengasas Psikologi Gestalt. - terkenal dengan jenis pembelajaran Celik Akal.

KONSTRUKTIF

Pelajar peribadi

membina

interpretasi dunia dan

mengenai pengalaman

berasaskan interaksi.

- Proses aktif, konstruktif yang terjadi di lingkungan luar kelas - Menguatkan pengetahuan baru dengan pengalaman lama (asimilasi ) - Penyesuaian skemata (akomodasi ) Proses kognitif untuk memecahkan masalah dunia nyata, menggunakan alat yang tersedia dalam situasi pemecahan masalah -Lev Vygotsky (17 Nov 1896 11 Proses peribadi berterusan untuk Jun 1934) - ahli psikologi Rusia mengetahui kemajuan kemahiran -terkenal dengan teori konstuktivis bersifat perspektif, konvensional sosial tentatif dan evolusioner Terdapat juga beberapa teori pembelajaran khas menerapkan model konstruktif bagi - Jean Piaget (9/8/1896 16/9/1980) - ahli psikologi Switzerland. - teori konstruktivis kognitif.

pembelajaran sains. Iaitu: 5-E learning cycle model Pengajaran dibahagikan kepada 5 fasa yang dikenali sebagai

kitaran pembelajaran: Fasa 1: Engage (Melibatkan) Fasa 2: Explore (Mendalami) Fasa 3: Explain (Menjelaskan) Fasa 4: Elaborate (Menerangkan) Fasa 5: Evaluate (Menilai) Predict-observe-explain (POE)

model P.O.E ini sering juga disebut suatu strategi pembelajaran di mana guru menggali pemahaman pelajar dengan cara meminta mereka untuk pelaksanakan tiga tugas utama, iaitu dan meramal, memberi

memerhati,

penjelasan (explain) Needhams five phase model Model ini mempunyai lima fasa, iaitu: orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea,

aplikasi idea dan refleksi. RUMUSAN perbandingan yang dibuat ini adalah asas kepada pemikiran teori-teori ini pada peringkat awal. Sejak itu setiap daripada teori-teori ini telah berevolusi dan saling bergabung dan bersilang membentuk lebih banyak teori dan aliran. Oleh itu, adalah sukar untuk kita menentukan yang mana satu teori yang terbaik, kerana setiap seorang anak didik kita yang belajar sains adalah unik dan memerlukan perhatian yang berlainan.

4.0

KOGNITIF DALAM TEORI DAN APLIKASI

4.1

KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN

Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini juga menekankan faktor pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia sekali gus memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid ialah merangsang ingatan kanak-kanak semula.

Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah, murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka.

Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain ialah isi-isi pelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapat Jean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor (sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi (2 hingga 7 tahun), operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) dan operasi formal (11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya, di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

4.2

APLIKASI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN SAINS

KAEDAH APLIKASI 1 Kegunaan teori Kognitif ini dilihat kurang sesuai dipraktikkan bagi pendidikan awal kanak-kanak kerana teori ini menekankan penggunaan pengalaman sedia ada dan menggunakannya untuk merangsang darjah keterlibatan pelajar didalam kelas. Masalahnya, pada peringkat pra-sekolah, pengalaman yang ada pada pelajar adalah amat terhad pada persekitaran keluarga terhampir. Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar pada peringkat ini lebih bersikap introvert kerana kurang bergaul dan kurang terdedah kepada dunia luar. Jadi cabarannya, bagaimana kita ingin menerapkan teori kognitif dalam pembelajaran sains prasekolah. Dan apa cabaran-cabaran yang ada? Jawapannya adalah bergantung kepada guru-guru, bagaimana mereka

mengasimilasikan proses pembelajaran agar kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka mengikut teori kognitif. Contohnya, kanak-kanak tadika yang belajar mengenai benda hidup dan benda bukan hidup akan mendapati agak sukar untuk memahami bab ini jika contoh-contoh yang diberi oleh guru tidak pernah dilihat oleh mereka. Jadi guru perlu memainkan peranan dalam mengaitkan apa sahaja contoh yang digunakan dalam menerangkan kandungan pembelajaran bab itu dengan kehidupan seharian masyarakat disekeliling kanak-kanak itu. Agar mereka tidak rasa terasing dengan kandungan subjek tersebut. Dan ini secara langsung akan mempertingkatkan kadar perhatian dan partisipatif murid dalam kelas. Kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apa yang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.

KAEDAH APLIKASI 2 Model yang memberi fokus kepada keadaan internal pemikiran seseorang dinamakan model kognitif. Ini berlawanan dengan model behavioris yang berfokuskan kepada keadaan eksternal seseorang. Manusia akan sentiasa cuba memahami persekitaran dan tidak hanya bertindak pasif dalam persekitaran tersebut. Teori kognitif cuba menerangkan bagaimana otak memproses maklumat dan menjadikannya bermakna. Setiap satu proses kognitif tersebut dikenali dengan nama yang khusus sesuai dengan kefungsian masing-masing. Proses-proses tersebut ialah perhatian, pengamatan, ingatan, mengkonsepsi, pemahaman, penaakulan, penyelesaian masalah, dan membuat keputusan.

Proses pembelajaran sains juga sukar diasimilasikan dengan teori kognitif jika ia membabitkan proses sains, kerana proses tindakbalas sains sukar berlaku secara semulajadi dihadapan mata murid. Jika adapun, ia mengambil masa yang lama dan tidak ramai yang dapat melihatnya. Sebagai contoh, jika kita melihat kandungan subjek sains darjah 3, bab mengenai keperluan asas manusia makanan, tempat tinggal, kita akan dapati sukar untuk membantu pelajar melihat kandungan pelajaran ini dari sudut pembelajaran semasa bagi pelajar berumur 9 tahun kerana mereka kurang berpengalaman melihaat pelbagai contoh tempat tinggal manusia di tempat-tempat yang berlainan. Terdapat pendekatan kognitif yang sesuai digunakan dalam mengatasi masalah ini. Terdapat banyak teori kognitif yang berbeza dalam menerangkan proses sains seperti contoh di atas. Salah satu teori yang popular ialah teori pemprosesan maklumat. Teori ini cuba menerangkan bagaimana input sensori diberi pengamatan, ditransformasi, dikecilkan, dibesarkan, disimpan, dicari dan diguna semula. Pemprosesan kognitif dikatakan sangat interaktif dan dikawal oleh kefungsian eksekutif yang bertanggungjawab melakukannya. Bagi pelajar yang mudah lupa, mereka hanya ingat apa yang baru dipelajari sebaliknya mereka lupa apa yang telah lama di pelajari. Dalam pada itu ada pula pelajar yang sangat baik ingatannya. Ia seperti kamera mengambil gambar semua maklumat dapat diserap dengan tepat. Adakah anda yakin bahawa latihan yang diperolehi dalam permainan berstrategi seperti catur dan seumpamanya akan membuatkan seseorang itu lebih baik dalam pembelajarannya? Perancangan, koordinasi, pemantauan dan penilaian keatas sebarang perancangan tindakan adalah penting dalam pembelajaran sains. Menurut teori ini individu yang bermasalah dalam pembelajaran adalah disebabkan oleh kekurangan dalam pemprosesan-pemprosesan tersebut. Model kognitif mengambil pendekatan pengajaran secara latihan kognitif dan meta kognitif. Latihan kognitif memberi perhatian terhadap kemahiran berfikir. Kaedah-kaedah pengajaran dalam model ini mempunyai matlamat untuk merubah kefungsian kognitif dan kemahiran berfikir kanak-kanak khas bagi memberi peluang kepada mereka memproses maklumat dengan lebih berkesan. Model ini juga mempengaruhi kaedah latihan kemahiran proses. Pendekatan yang diambil oleh model ini ialah memulihkan proses kognitif pelajar dan bukan memulihkan pelajar secara biologikal. Kritik terhadap model ini menyatakan bahawa hanya sedikit sahaja kajian yang menyokong ketepatan teori yang dikemukakan. Tidak banyak boleh dibuktikan tentang keajaiban latihan kognitif yang mampu memperbaiki keadaan kanak-kanak khas. Namun dalam pada itu terdapat usaha-usaha yang cuba menggabungkan pendekatan kognitif dalam model mereka. Contohnya model behaviorisma telah menggabungkan pendekatannya dengan pendekatan model kognitif dalam kaedah modifikasi tingkahlaku kognitif. Walaupun kaedah ini berfokuskan kepada perubahan tingkahlaku namun ia menggunakan latihan mental untuk menjayakan perubahan tersebut.

KAEDAH APLIKASI 3 Bagaimana hendak menggunakan teori kognitif kepada pembelajaran di sekolahsekolah menengah teknik. Subjek teknikal adalah subjek yang banyak dipelajari melalui latihan praktikal dan kurang pembelajaran didalam kelas. Pelajar yang mengambil jurusan ini juga kurang berminat belajar subjek didalam kelas seperti matematik, sains, BM, BI sejarah dan lain-lain. Pelajar pengkhususan kejuruteraan ini pada asasnya bukan merupakan pelajar cemerlang. Berkemungkinan mereka diterima masuk kerana kurangnya jumlah pelajar lelaki berpencapaian cemerlang yang boleh diambil untuk memasuki pengkhususan ini. Jumlah pelajar lelaki juga lebih ramai bersesuaian dengan tanggapan yang bidang ini merupakan satu bidang yang sesuai dengan dan dikuasai oleh kaum lelaki. Ini berkemungkinan dapat menerangkan mengapa pelajar kejuruteraan mempunyai pencapaian terendah dalam semua ujian diberi. Untuk mengatasi masalah ini, penekanan yang lebih harus diberikan oleh guru. Pertama, pengajaran yang bersifat seperti syarahan didalam bengkel atau makmal perlu dikurangkan, sebaliknya pengajaran sekali berjalan dengan praktikal pelajar lebih sesuai untuk pelajar aliran ini. Pengetahuan yang didapati lebih mudah diasimilasikan dengan pengalaman ditempat kerja. Secara tidak langsung ia dapat merangsang naluri pembelajaran intrinsik pelajar itu. Kedua, kelas-kelas teori dan subjek teras perlu diolah supaya pelajar aliran ini tidak mudah bosan dan mengantuk didalam kelas. Untuk subjek sains, fizik, kimia dan matematik tambahan terutamanya, merupakan subjek yang menjadi kelemahan pelajar aliran ini. Satu kaedah pembelajaran baru untuk pelajar kategori ini harus dirangka.

5.0

KESIMPULAN

Setiap teori pembelajaran mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, dan teori-teori seperti ini akan sentiasa berevolusi mengikut peredaran zaman dan persekitaran perkembangan minda manusia. Adalah membuang masa jika kita terus berdebat dalam mencari teori pembelajaran yang terunggul, kerana, sebagai pendidik, kita harus kembali semula kepada fitrah asal kewujudan kita, iaitu memberikan ilmu sebaik mungkin kepada anak didik kita dan dengan itu kita berharap dapat membentuk mereka menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

6.0

BIBLIOGRAFI

Poh Swee Hiang (1996). Pedagogi Sains 1 : Kurikulum Sains (Edisi Ke-2). Kuala Lumpur. Kump. Budiman S/B. Poh Swee Hiang (1997). Pedagogi Sains 2 : Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur. Kump. Budiman S/B. Mat Zain Madrop (2002). Basic Science, Pre School, 5 Years. Puchong, Selangor. Dunia Ilmu Ent. S/B. Azizah Ngah Tasir, Gomathi Naidu (2011). HBSC1103 Teaching and Learning of Science. Kuala Lumpur. Centre for Instructional Design and Technology, Open University Malaysia http://syufaal.blogspot.com http://ms.wikipedia.org/wiki/ http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp http://www.scribd.com/doc/35934406/Perbandingan-Antara-Teori-Pembelajaran

You might also like