You are on page 1of 2

HAFIZI BIN OMAR (CIAL 19057111)

PENSYARAH: AB. AZIZ BIN SULAIMAN

SUBJEK : DWP 10804 : KAEDAH MENGAJAR

Bagaimanakah seseorang guru boleh memanafaatkan teori  teori pembelajaran


kognitif dan teori pembelajaran humanis dalam usaha melaksanakan  pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Jelaskan jawapan anda dengan memberi contoh-
contoh yang berkaitan.

Teori kognitif ialah suatu teori yang berasaskan kepada berasaskan proses
pemikiran, iaitu proses mental dalaman yang membolehkan manusia memperoleh
pengetahuan, mengesan, menyimpan, mencapai dan mengingat semula segala
pengetahuan yang tersimpan dan sedia ada untuk digunakan semula pada masa
mendatang.

Teori humanistik pula berasaskan kepada mementingkan kesediaan moral


dan potensi pelajar. Di samping itu, Teori Humanistik ini juga memfokuskan kepada
perkara-perkara yang berkaitan secara langsung dengan individu, keunikan diri
sendiri bagi seseorang individu dan juga kepentingan kemanusiaan terhadap
individu. Antara andaian humanistik ini adalah berkaitan keperluan dan keperluan
asas manusia.

Sebagai seorang guru perlulah mengetahui dan menguasai teori-teori


pembelajaran untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
keran, terdapat pelbagai lapisan latar belakang pelajar yanbg perlu diketahui oleh
setiap guru. Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku, mestilah
terdapat beberapa kategori dan kepelbagaian pelajar. Oleh itu, guru perlu
menggunakan teori-teori pembelajaran untuk mengatasi kepelbagaian pelajar dalam
kelas.

Antara contoh yang boleh dikaitkan disini adalah teori kognitif. Setiap apa
yang diterima oleh pelajar keberhasilannya dilihat daripada perubahan tingkah laku
pelajar tersebut. Ini memerlukan kepada suatu amalan yang terus menerus dan
ulangan dalam memahamkan pelajar. Contohnya, guru perlu terus menerus
mengulangi pelajaran yang diajar sehingga tercapai matlamat dan objektif
pembelajaran. Dalam satu pelajaran, guru sering mengulang pelajaran tersebut
sehingga pelajar dapat memahami pelajaran tersebut. Guru juga boleh menjadikan
aktiviti pengukuhan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar dengan apa yang
diterimanya sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Guru memberi
aktiviti dan latihan pengukuhan untuk meneguhkan lagi pemahaman pelajar dalam
pelajaran tersebut.
Manakala menurut pendekatan kepada teori-teori humanistik pula ialah suatu
pendekatan bahaw amanusia adalah individu bebas dan mempunyai sasaran untuk
dicapai serta mempunya potensi untuk berkembang. Manusia terdorong untuk
melakukan sesuatu kemahuan atau keperluan dan aktif serta tidak menunggu untuk
dirancang oleh orang lain. seperti contoh, pelajar bebas untuk membantu guru dalam
apa jua perkara tanpa disuruh oleh orang lain. seorang pelajar memilih aliran sains
kerana meminati aliran tersebut. Dalam masa yang sapa pelajar tersebut mempunya
pengetahuan tentang aliran agama. Oleh itu, pelajar ini berada dalam teori
humanistik kerana bebas memlih aliran pelajaran dan mempunya potensi untuk
berkembang dalam sesuatu kemahuan dan keperluan untuk dicapai. Seperti hierarki
keperluan maslow, pelajar merasa selesa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta keselamatan terjamin. Itu menjadikan persekitaran dan
semangat pelajar untuk memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Ini terjadi sehingga pelajar mencapai aras yang teratas
iaitu kendiri setelah mempunyai dan melalui semua fasa tersebut.

Rumusannya, tiada satu kaedah pun yang terbaik. Namun begitu, guru perlu
mengetahui teori-teori pembelajaran kerana mempunya manfaat dan kekuatan
tersendiri dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran terhadap
kepelbagaian pelajar. Seandainya, teori yang digunakan dapat memahamkan pelajar
serta mencapai objektif pada waktu itu, maka ia adalah teori yang terbaik.

You might also like