You are on page 1of 11

CARA MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Konsep falsafah pendidikan adalah suatu konsep penjelasan pemikiran dan


prinsip-prinsip yang memberi panduan serta masalah penjelasan halangan
terhadapnya. Falsafah pendidikan menggabungkan matlamat-matlamat pendidikan,
dasar-dasar dan amalan-amalan supaya menjadi sesuatu yang logis, tekal dan jelas. 
Falsafah pendidikan di Malaysia telah dipengaruhi unsur-unsur daripada falsafah lain
dari pelbagai bidang.  Antara falsafah yang mempunyai hubung kait dengan falsafah
pendidikan di Malaysia adalah falsafah pendidikan Timur, Islam dan Barat.
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan di mana
pernyataan diambil ini daripada pendapat  tokoh Barat iaitu John Jacques Rousseau
(1712-1778) yang menyatakan bahawa pendidikan merupakan satu proses berterusan
yang bermula semasa kecil.  Pendidikan di Malaysia yang mengutamakan aspek JERI
merupakan implikasi daripada pendidikan barat.  Malaysia pernah dijajah oleh kuasa
Barat iaitu British dan telah memperkenalkan sisstem pendidikan Barat suatu masa
dahulu.  Tenaga pengajarnya terdiri daripada pegawai British.  Mereka telah membawa
masuk unsur-unsur yang terdapat dalam pendidikan Barat seperti perenialisme,
essensialisme, progresivisme dan rekonstruktivisme.  Unsur perenialisme dapat dilihat
melalui mata pelajaran kesusasteraan Melayu di mana pelajar mengkaji karya-karya
yang dihasilkan oleh sasterawan negara. 
Oleh sebab falsafah pendidikan rekonstruktivisme adalah berasaskan falsafah
progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri
progresivisme dan pragmatisme. Ciri-ciri ini boleh dihayati daripada kurikulum
bersepadu sekolah rendah dan menengah yang menitikberatkan penggunaan kaedah
praktik dan kaedah inkuiri-penemuan serta strategi pemusatan pelajar untuk
membolehkan pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran
secara individu. Di dalam tempat belajar, sekolah merupakan masyarakat kecil yang
bercorak demokratik, membolehkan pelajar berinteraksi, bekerja dan hidup secara
berkumpul. Selain daripada pengajian bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum
sekolah pula merangkumi pendidikan teknik dan vokasionaI, iaitu mata pelajaran yang
pula dititikberatkan mengikut tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme.
Oleh sebab sistem pendidikan pula menitikberatkan pembelajaran 3M dan
dikehendaki mematuhi kewibawaan dan autoriti guru, falsafah pendidikan di Malaysia
boleh dikatakan pula mengandungi unsur essensialisme yang bercorak tradisional.
Penerapan ini menjadikan falsafah pendidikan Islam sebagai satu panduan asas
kepada pendidikan di Malaysia.  Ini dapat dilihat sebahagian besar falsafah pendidikan
kebangsaan menggunakan isi utama dalam falsafah pendidikan Islam.  Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis di
samping mempunyai kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan bukan sekadar duniawi
tetapi turut berlandaskan kepercayaan kepada Tuhan. Pendidikan di Malaysia
mencakupi aspek jasmani, emosi, intelek, rohani dan akhlak. Hal ini merupakan
impikasi pendidikan Islam terhadap pendidikan di Malaysia. Pendidikan turut
menyelitkan unsur kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Manusia harus
menyedari bahawa mereka diwujudkan untuk memajukan alam dan dan mengikuti
ajaran agama. Oleh sebab itu, mata pelajaran pendidikan Islam diwujudkan bagi
mendedahkan kepda pelajar Islam tentang kewujudan Tuhan. Pelajar yang tidak
beragama Islam juga didedahkan dengan kewujudan Tuhan. Hal ini menunjukkan
pendidikan di Malaysia tidak mementingkan duniawi sahaja tetapi turut menyelitkan ilmu
akhirat yang diambil daripada Falsafah Pendidikan  Islam.
Falsafah pendidikan Timur bertujuan untuk mencapai kebijaksanaan,
mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi
kehendak sosial dan ekonomi.  Mata pelajaran yang memfokuskan pendidikan  moral,l
politik, ekonomi, kebudayaan, muzik, kesusasteraan dan sejarah ada terdapat di dalam
pendidikan di Malaysia di mana mata pelajaran seperti ini merupakan kurikulum
pendidikan di China. Pendidikan di China menyatakan bahawa guru merupakan
fasilitator dan penyampai ilmu yang mahir. Kerajaan telah mewujudkan Falsafah
Pendidikan Guru untuk menghasilkan guru yang berkualiti dan berupaya mencapai
kecemerlangan pendidikan. Pendidikan di India juga menekankan peranan guru
sebagai fasilitator dan pemangkin bagi menggerakkan perbincangan murid serta
menjadi penjana idea yang kreatif dan bernas dalam kalangan pelajar. Oleh sebab itu,
pendidikan sekarang bukan sekadar berpusatkan guru sebaliknya boleh berpusatkan
pelajar. Guru bertindak sebagai rujukan pelajar sekiranya mempunyai masalah. Proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan proses komunikasi dua hala dan berkesan.
Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia sememangnya merupakan suatu
pendidikan yang berkesan dalam melahirkan banyak insan yang Berjaya walaupun
kebanyakannya berpandukan daripada falsafah Barat, Timur dan Islam. Implikasi
daripada falsafah tersebut masih kekal dalam sistem pendidikan di Malaysia
Kepentingan FPK adalah untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan di Malaysia adalah suatu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Hal ini kerana, FalsafahPendidikan Kebangsaan sentiasa berusaha mencari,
membaiki, meningkat, mengamal dan menyebarkan ilmu. Selain itu juga sempurna
kemahiran asas iaitu membaca dan mengira serta sentiasa berfikir kreatif dan kritis dan
meyakinkan pemikiran mereka untuk menghasilkan idea-idea bernas dan menjawab
pemasalahan masyarakat. Yang terakhir adalah berupaya memanfaatkan ilmu untuk
kemajuan diri dan orang lain.
Melihat kepada tugas penting ini, maka terdetik di fikiran kita siapa yang perlu
memainkan peranan penting bagi merealisasikan segala yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Jawapannya sudah tentulah guru. Guru
bertanggungjawab memikul amanah yang cukup besar ini bagi memastikan generasi
kita mampu memnjadi generasi yang cemerlang bukan sahaja dari sudut intelektual
bahkan akhlak mereka juga cemerlang.
Peranan guru yang pertama ialah guru bukan sahaja berperanan sebagai
pengajar, mereka juga adalah seorang pendakwah. Guru di samping mengajarkan ilmu
pengetahuan mereka juga perlu memastikan bahawa anak didik mereka nanti menjadi
insan yang berakhlak mulia. Guru juga sebagai pendidik dan mendidik merupakan
tugas hakiki seorang guru. Guru perlu memastikan anak didik mereka menjadi insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang dinyatakan
dalam FPK. Walau bagaimanapun, menurut Dr Abdullah Sudin, tugas mendidik ini
adalah tugas semua pihak, bukan sahaja kepada guru.
Selain daripada itu, guru juga adalah pemimpin. Mereka adalah pemimpin
kepada anak murid mereka. Jika guru memegang jawatan sebagai Guru Besar atau
Pengetua, maka mereka adalah pemimpin kepada kakitangan sekolah dan pelajar di
sekolah tersebut. Sebagai seorang pemimpin, guru perlu bertanggungjawab terhadap
orang yang dipimpinnya. Nabi SAW berpesan ‘setiap daripada kamu adalah pemimpin,
dan kamu akan bertanggungjawab di atas apa yang dipimpinnya’.
Peranan guru yang seterusnya ialah guru seorang pekerja yang terikat dengan
peraturan dan amanah yang telah ditetapkan oleh majikan mereka. Tidak patut bagi
seorang pekerja melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik diri dan
majikannya. Anggaplah tugas ini merupakan amanah yang perlu dijaga dengan baik.
Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Untuk menjadi pengusaha
yang terbaik, mereka perlu memiliki kemahiran, berinovatif dan kreatif bagi memastikan
produk yang terhasil nanti memiliki nilai yang berkualiti tinggi. Produk bagi seorang guru
ialah anak didik mereka. Guru perlu memiliki sikap professional. Sikap ini boleh
ditonjolkan melalui cara mereka bekerja. Seorang yang professional selalu menjaga
disiplin, menepati waktu, berketerampilan menarik dan lain-lain lagi. Dengan melakukan
kerja secara professional, ia mampu memartabatkan kembali kerjaya ini agar terus
dipercayai dan dipandang mulia oleh masyarakat.
Menurut Dr Abdullah Sudin, setiap guru perlu menjadi pengikut yang baik. Untuk
menjadi pemimpin, seseorang itu perlu menjadi pengikut terlebih dahulu. Kerana
dengan menjadi pengikut, seseorang itu akan lebih mengetahui perasaan dan bebanan
tugas orang yang di bawahnya. Seorang pengikut perlu patuh kepada arahan daripada
ketua mereka. Jika anda seorang guru, ketua anda adalah guru besar dan pengetua.
Manakala ketua bagi mereka pula adalah pengarah jabatan negeri. Sebagai seorang
guru, guru perlu menggunakan segala sumber tenaga dan masa dengan bekesan sama
ada di sekolah dan selepas waktu persekolahan. Tugas guru bukan hanya tertakluk
kepada waktu sesi persekolahan. Mereka sebenarnya menjadu guru sepanjang masa.
Seorang guru akan tetap dipanggil guru walau di mana mereka berada hatta walaupun
mereka sudah bersara.
Pekerti yang mulia merujuk kepada sahsiah seseorang guru. Guru yang
bertindak sebagai agen perubahan pelajar perlu terlebih dahulu menunjukkan sahsiah
yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru. Antara sahsiah  yang
boleh ditonjolkan ialah seperti berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral.
Sekiranya seorang guru tidak menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok
dalam kawasan sekolah, sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk
pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh
dengan keadaan sekeliling.
Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar akan turut sama
melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya merokok
dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan mendorong pelajar-pelajar untuk
melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gangsterisme dan vanderlisme.
Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru
mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya guru
mempunyai pekerti yang baik. Guru berperanan menjadi contoh teladan kepada pelajar
tetapi dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan pelajar itu terhadap
guru. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Guru mampu tercapai. Maka, elemen pekerti yang mulia dalam kalangan guru
diterapkan dalam Falasafah Pendidikan Guru supaya aspirasi negara dapat dicapai.
Selain itu juga, guru perlu berpandangan progresif dan saintifik. Progresif dalam
Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk
mencapai kemajuan, manakala saintifik pula bermaksud suatu kaedah yang teratur atau
bersistem. Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang dihuraikan oleh Tun Dr
Mahathir Mohamad, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa depan. Seorang guru mestilah bergerak maju dan
bersistem atau dengan kata lain seorang guru perlu berkembang mengikut peredaran
zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.
Dunia tanpa sempadan memaksa guru-guru bersifat progesif tetutama untuk
mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Contohnya, jika zaman dahulu, pelajar hanya
mengharapkan bimbingan dari guru dalam pelajaran tetapi dengan kemajuan teknologi
masa kini, pelajar boleh belajar walaupun tidak ada guru untu memantau. Guru juga
mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan teknologi. Sebaliknya jika
seorang guru itu tidak progresif selaras dengan kemajuan negara, sudah pasti guru
tersebut akan ketinggalan dalam bidang perguruan itu sendiri. Seorang guru yang
progresif dan saintifik mestilah bergerak seiring dengan kamajuan dan berusaha agar
tidak ketinggalan terutamanya dari segi profession keguruan. Ini bermakna guru perlu
berusaha untuk berfikiran maju dan berani mencipta satu inovasi dalam pendidikan.
Guru juga perlu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi dalam kamus
pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai
sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai agen yang bertindak
untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk mendidik generasi muda
supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Guru
perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang dihasratkan supaya
pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan. Sebagai pendidik, guru perlu
menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis.
Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara sudah
pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru inilah
yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung aspirasi
negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat menyumbang
secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya, guru perlu
menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik pelajar dengan jujur,
ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan guru, misalnya kes
guru yang ponteng kelas, tidak berada di kelas yang sepatutnya tanpa alasan, dan ada
juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika kes-kes sebegini
berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya menjunjung hasrat
negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang bertindak untuk menjadi
garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di Malaysia.
            Guru perlu bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara. Negara kita,
Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru, kita perlulah
menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja dari segi adat
resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional, permainan
tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua aspek ini perlu
dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya
dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai keunikan kebudayaan yang telah
diwarisi sejak zaman berzaman.
Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru
boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan dengan
kebudayaan. Misalnya, mewujudkan malam kebudayaan dan warisan di mana pada
malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di Malaysia. Secara
tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya kaum-kaum lain. Di sini,
gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam memelihara warisan
kebudayaan negara.
Guru juga perlu menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan
pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam diri
pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu masa nanti.
Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak mustahil penjajah akan
kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula negara. Guru tidak
seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 54
tahun ini.
Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula
sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga pendidik
inilah yang akan beruang untuk mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara
pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam menerapkan unsur patriotisme
dalam diri pelajar. Pelajar yang hanya pintar dari sudut intelek tetapi tidak punyai
semangat patriotisme hanya akan merosakkan negara.
Contohnya, pelajar yang mahir dalam bidang ekonomi, seharusnya dapat
menyumbang kepada kemajuan negara tetapi sekiranya mereka tidak mempunyai
semangat cintakan negara, berkemungkinan besar individu-individu yang cerdik pandai
inilah akan menrosakkan negara misalnya dengan berkomplot dengan negara luar
dalam usaha untuk menjatuhkan negara. Jadi, di sini amat jelas peranan guru yang
sangat penting untuk menerapkan semangat patriotisme supaya keadaan seperti itu
tidak akan berlaku pada negara yang tercinta ini.
Guru juga boleh memainkan peranan lain seperti menjamin perkembangan
individu. Guru bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang seimbang dan
harmonis seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut
Golemen (1995), kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagaian hidup
seseorang individu. Malah, dengan hanya kecerdasan intelektual yang diberi
penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah, berani, kuat,
teguh dan rendah diri. (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007). Individu yang seimbang
merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek.           
Gurulah yang berperanan untuk membentuk perkembangan murid secara
menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Bukan sahaja
perkembangan murid perlu dtitik beratkan, sebaliknya guru itu sendiri perlu mempunyai
kesemua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkara utama yang perlu
diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati  Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah lengkapkan diri dengan
keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
iaitu dari segi  Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu
berilmu pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya
kreativiti dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan guru untuk  memiliki pelbagai
ilmu pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam teknologi
maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan
yang cemerlang dan berkualiti. Guru juga perlu menguasai  Bahasa Inggeris  dengan
baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini memerlukan para guru 
untuk menguasai bahasa  bahasa inggeris dengan baik. Seterusnya mempunyai daya
kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu idea
baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea menjadi lebih menarik.
Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki
sahsiah atau  tingkah laku yang baik dan terpuji. Di antara ciri-ciri seorang guru
bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya,  ikhlas dalam
menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta  pelajar,  rajin dan lain-lain.  Nilaitara
sahsiah atau tingkahlaku yang baik ini adalah terkandung di dalam  Etika dan
Tatasusila Profesion Keguruan .guru juga perlu memiliki pegangan agama yang kukuh.
Dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, agama diletakkan di tempat
yang tertinggi. Pegangan agama yang kuat  akan menyebabkan seseorang guru itu
bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.
Elemen yang terakhir dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mempunyai
tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan
negara. Guru mestilah berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat
negara yang telah ditetapkan. Untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Guru ini, guru
perlu menjadikan diri mereka sebagai rol model kepada masyarakat kerana gurulah
yang membentuk masyarakat itu. Guru yang berkualiti dan baik akan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin selaras dengan
hasrat dan aspirasi negara kita, Malaysia.
Falsafah Pendidikan Guru menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk
memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai akauntibiliti
yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem
penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan. Sehubungan dengan itu, guru
hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama pepatah Melayu, “bapak borek,
anak rintik”. Jikalau anak meniru tingkah laku ayahnya di rumah, murid akan meniru
tingkah laku guru mereka di sekolah. Tingkah laku seorang guru yang baik akan
mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar.
Masalah yang menyebabkan FPK susah mencapai misinya kerana beberapa
kekangan yang terdiri daripada guru, sekolah, faktor persekitaran, sosial dan ekonomi.
Masalah dari segi guru ialah, sikap guru itu sendiri yang kurang mempunyai keyakinan,
malas, berkelakuan tidak sopan, merokok dan kurang bertanggungjawab terhadap
bidang kerjanya sebgai seorang pendidik.
Masalah yang kedua ialah faktor sesebuah sekolah itu ditadbir. Contohnya setiap
sekolah mempunyai organisasi pentadbiran yang terdiri daripada guru besar, guru
penolong kanan, guru pentadbiran, guru kanan dan sebagainya yang berperanan
sebagai penggerak sesebuah sekolah bagi mengamalkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mencapai matlamatnya. Sikap sekolah yang kurang menitikberatkan
tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah akan meyebabkan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak tercapai.
Faktor yang seterusnya ialah masalah persekitaran disekeliling sekolah atau
kedudukan sesebuah sekolah dengan kawasan penempatan juga menjadi satu sebab
masalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak mencapai matlamatnya. Apabila
sesebuah sekolah itu jauh dari kawasan penempatan ia menyebabkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan secara sambil lewa dan tidak serius dalam
melaksanakan misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Langkah bagi mengatasi masalah dalam mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ialah yang pertama, Ibu bapa perlu menyedari pentingnya
pendidikan pada masa kini.  Ini kerana sekiranya anak mereka tidak mendapat
pendidikan yang secukupnya, mereka akan ketinggalan zaman dan mengganggur
kemudian hari.  Ini juga menyebabkan kadar penggangguran di negara akan bertambah
kerana tiada sesiapa yang mahu mengupah mereka sekiranyan mereka tidak
mempunyai sebarang apa-apa pengetahuan dalam diri mereka.  Malahan banyak
sekolah telah didirikan bagi menampung bilangan murid yang bersekolah.  Banyak
sekolah didirikan di luar-luar bandar.  Pengajaran dan pembelajaran di luar bandar
dengan di dalam bandar diseragamkan.
Selain itu, sekolah juga berperanan sebagai institusi penting untuk
merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan
sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat
setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada
khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid
perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.
Sekolah berperanan dalam menyedia, menyelenggara dan mengurus prasarana
supaya pelajar-pelajar dapat memperolehi pengajaran dan pembelajaran secara licin,
optimum dan selamat. Penyediaan papan tulis, kapur dan pemadam papan tulis adalah
contoh prasarana yanh disediakan oleh sekolah. Selain itu sekolah juga perlu
menyelenggara kemudahan yang telah disediakan seperti perpustakaan dan bilik media
agar sentiasa berkeadaan baik. Pentadbiran yang sempurna dapat mengawal keadaan
sekolah agar lebih terkawal dan berdisiplin
Pengukuhan Interaksi guru dan pelajar di bilik darjah juga boleh dijadikan
langkah menggalakkan semua guru menggabungjalinkan permasalah dan gejala
disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah. Langkah ini penting
kerana tidak semua guru melihat gejala-gejala diatas secara serius. Pelajar pula tidak
memahami situasi yang menimpa mereka secara langsung, umpamanya tidak semua
pelajar tahu bahawa mereka sedang di buli. Pandangan yang dilontarkan oleh Izzy
Kalman, seorang ahli psikologi dan psikoterapis sekolah di New York, Amerika,
mungkin boleh mengukuhkan pelan tindakan ini. Beliau menyatakan “ …. Guru-guru
sepatutnya mengajar murid-murid belajar bagaimana cara terbaik untuk tidak memberi
peluang kepada pembuli menyakiti kita sama ada secara fizikal, mental atau emosi.
Murid-murid perlu diajar bagaimana untuk melayan pembuli sebagai kawan supaya
mereka benar-benar menjadi kawan dan tidak lagi membuli” ( Pendidik, 2006; 60)
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.

You might also like