You are on page 1of 33

1.

0 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


1.1 PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Guru digubal sebagai panduan dalam pelaksanaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menggariskan jenis guru yang diperlukan
oleh negara dan membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan
kebangsaan.
Pada tahun 1982, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menjalankan
penyelidikan peringkat kebangsaan fasa pertama dan fasa kedua pada tahun 1982
untuk meninjau tanggapan masyarakat terhadap guru. Kaji selidik yang bertajuk
"Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia" dijalankan oleh suatu Jawatankuasa
Penyelidikan

Kementerian

Pendidikan

mengenai

Pendidikan

Guru

dengan

kerjasama Kerajaan Australia. Kaji selidik tersebut adalah sebahagian daripada


projek Pembangunan ASEAN.
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang digunakan sekarang ialah hasil
daripada bengkel peringkat kebangsaan mengenai Falsafah Pendidikan Guru di
Malaysia pada 24 hingga 29 Ogos 1981. Setelah berbengkel, para peserta
berpendapat bahawa FPG di Malaysia seharusnya bermatlamat untuk melahirkan:

Rajah 1.0 : Falsafah Pendidikan Guru

Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia digubal berdasarkan Model


Konseptual Pendidikan Guru yang mempunyai tiga dimensi utama iaitu ketuhanan,
kendiri dan kemasyrakatan. Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan
kemahiran.

Rajah 2: Model Konseptual Pendidikan Guru

Tanggungjawab guru yang termasuk di bawah tiga dimensi iaitu:

Ketuhanan

Dimensi ketuhanan merangkumi aspek peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan


individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan

Melalui dimensi kemasyarakatan, ia memberi penekanan tentang peranan guru


sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

Kendiri

Dimensi kendiri memberi penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan


patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan
berpekerti mulia.
Seterusnya, di bawah ketiga-tiga dimensi itu, Model Konseptual Pendidikan
Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu pengetahuan yang dikaitkan dengan
perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Aspek kemahiran
ikhtisas pula merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan
hasrat untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,
aspek nilai-nilai murni yang merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru
yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.
Berikutnya, ketiga-tiga aspek tersebut digabung jalinkan untuk membentuk
satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada lima elemen
iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, komited
menegakkan aspirasi negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan
pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.
Falsafah Pendidikan Guru yang bersandarkan Model Konseptual Pendidikan
Guru bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti
sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan
berupaya memacu generasi kini untuk mencapai Wawasan Pendidikan dalam abad
ke-21.
Menurut Choong Lean Keow dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di
Malaysia, Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan
bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis
guru diperlukan oleh negara kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah guru
yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi

negara

serta

menyanjung

warisan

budaya

negara,

menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,


demokratik, progresif dan berdisiplin. (Keow, 2008, ms. 127).
Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru
sangatlah penting untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan

untuk melahirkan guru-guru bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

1.2 PERKEMBANGAN

Berpekerti
mulia

memelihara
suatu
masyarakat
yang bersatu
padu,
demokratik,
progresif, dan
berdisiplin.

berpandangan
progresif dan
saintifik

Eleme
neleme
n FPG

menjamin
perkembangan
individu

bersedia
menjunjung
aspirasi negara

serta
menyanjung
warisan
kebudayaan
negara

Rajah 3: Elemen-elemen FPG

Elemen-elemen FPG

Analisis

Berpekerti mulia

Sahsiah guru yang baik- berbudi bahasa,


bersopan,

berdisiplin,

bermoral

dan

sebagainya.
Berpandangan progresif dan

saintifik

Berkembang

mengikut

peredaran

zaman

yang kini memberipenekanan kepada sains

dan teknologi,
Berusaha agar tidak ketinggalan dari segi
profesional

Bersedia menjunjung aspirasi


negara

Menghayati aspirasi negara yang dihasratkan


Berusaha agar dapat menyumbang secara
maksimum ke

arah

pencapaian

aspirasi

negara.
Bersedia menyanjung warisan

Menghayati warisan kebudayaan negara yang

unik,
Memupuk

kepelbagaian budaya dalam kalangan murid,


Menyemai sifat patriotisme dan cintakan

kebudayaan negara

sifat

bangga

terhadap

negara
Menjamin

perkembangan

individu

Peranan guru dari segi perkembangan diri


dan perkembangan murid secara menyeluruh
(aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek)

Memelihara suatu masyarakat


yang

bersatu

demokratik,

progresif

berdisiplin

padu,

Tanggungjawab
masyarakat

dan

yang

guru

sebagai

menyumbang

ahli
kepada

pembangunan negara
Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi
aspirasi dan hasrat negara yang telah
ditetapkan

Jadual 1: Elemen-elemen FPG

Berpekerti mulia
Elemen yang pertama iaitu berpekerti mulia. Pekerti yang mulia merujuk

kepada sahsiah seseorang guru. Guru yang bertindak sebagai agen perubahan

pelajar perlu terlebih dahulu menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat
mencontohi keperibadian guru. Antara sahsiah yang boleh ditonjolkan ialah seperti
berbudi bahasa, bersopan, berdisiplin dan bermoral. Sekiranya seorang guru tidak
menunjukkan disiplin yang mantap misalnya merokok dalam kawasan sekolah,
sudah semestinya menjadi teladan yang tidak baik untuk pelajar-pelajar. Pelajarpelajar yang baru meningkat dewasa mudah terpengaruh dengan keadaan
sekeliling.
Jadi sekiranya guru merokok di kawasan sekolah, pelajar akan turut sama
melanggar disiplin sekolah dengan menghisap rokok. Mungkin budaya merokok
dianggap mudah tetapi budaya inilah yang akan mendorong pelajar-pelajar untuk
melakukan lebih banyak masalah di sekolah seperti gengsterisme dan vandalisme.
Kebelakangan ini banyak terjadi kes-kes yang melibatkan guru, contohnya guru
mencabul pelajar di sekolah. Hal-hal sebegini tidak seharusnya berlaku sekiranya
guru mempunyai pekerti yang baik. Guru berperanan menjadi contoh teladan
kepada pelajar tetapi dalam masa yang sama telah memusnahkan kepercayaan
pelajar itu terhadap guru. Justeru, bagaimanakah aspirasi yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Guru mampu tercapai. Maka, elemen pekerti yang mulia dalam
kalangan guru diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Guru supaya aspirasi negara
dapat dicapai.

Berpandangan progresif dan saintifik


Elemen kedua iaitu berpandangan progresif dan saintifik. Progresif dalam

Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud sentiasa bergerak maju dan bertujuan untuk
mencapai kemajuan, manakala saintifik pula bermaksud suatu kaedah yang teratur
atau bersistem. Selaras dengan matlamat wawasan 2020 yang dihuraikan oleh Tun
Dr Mahathir Mohamad, iaitu bagi mewujudkan masyarakat saintifik yang progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan,
yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa depan. Seorang guru mestilah bergerak maju
dan bersistem atau dengan kata lain seorang guru perlu berkembang mengikut
peredaran zaman yang kini memberi penekanan kepada sains dan teknologi.

Dunia tanpa sempadan memaksa guru-guru bersifat progresif terutama


untuk mendidik pelajar-pelajar di sekolah. Contohnya, jika zaman dahulu, pelajar
hanya mengharapkan bimbingan dari guru dalam pelajaran tetapi dengan kemajuan
teknologi masa kini, pelajar boleh belajar walaupun tidak ada guru untuk memantau.
Guru juga mudah untuk mencari maklumat dengan menggunakan teknologi.
Sebaliknya jika seorang guru itu tidak progresif selaras dengan kemajuan negara,
sudah pasti guru tersebut akan ketinggalan dalam bidang perguruan itu sendiri.
Seorang guru yang progresif dan saintifik mestilah bergerak seiring dengan
kemajuan dan berusaha agar tidak ketinggalan terutamanya dari segi profession
keguruan. Ini bermakna guru perlu berusaha untuk berfikiran maju dan berani
mencipta satu inovasi dalam pendidikan.

Bersedia menjunjung aspirasi negara


Elemen yang ketiga iaitu bersedia menjunjung aspirasi negara. Aspirasi

dalam kamus pelajar edisi kedua bermaksud keinginan atau kehendak yang kuat
untuk mencapai sesuatu. Dalam konteks menjunjung aspirasi negara, guru sebagai
agen yang bertindak untuk menjayakan aspirasi negara ini. Guru berperanan untuk
mendidik generasi muda supaya dapat menyumbang kepada pembangunan dan
kemajuan negara. Guru perlulah benar-benar menghayati aspirasi negara yang
dihasratkan supaya pembentukan modal insan kelas pertama dapat dilahirkan.
Sebagai pendidik, guru perlu menerapkan kesemua aspek yang ditekankan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang
dan harmonis.
Sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak berkualiti, jadi aspirasi negara
sudah pasti tidak dapat dicapai. Generasi muda yang akan dilahirkan oleh para guru
inilah yang akan menjadi penggerak dan bersama-sama guru untuk menjunjung
aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, guru perlu berusaha agar dapat
menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Contohnya,
guru perlu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan seperti mendidik pelajar
dengan jujur, ikhlas dan amanah. Ada beberapa kes yang tidak sihat melibatkan
guru, misalnya kes guru yang ponteng kelas, tidak berada di kelas yang sepatutnya

tanpa alasan, dan ada juga guru yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Jika
kes-kes sebegini berterusan, di mana kredibiliti seorang guru yang sepatutnya
menjunjung hasrat negara? Maka, melalui Falsafah Pendidikan Guru inilah yang
bertindak untuk menjadi garis panduan dan pegangan untuk di setiap guru di
Malaysia.

Bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara


Elemen seterusnya ialah bersedia menyanjung warisan kebudayaan negara.

Negara kita, Malaysia kaya dengan pelbagai kebudayaan yang unik. Sebagai guru,
kita perlulah menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini. Bukan sahaja
dari segi adat resam, malah dari aspek kesenian, pakaian, peralatan tradisional,
permainan tradisional, perubatan, sastera, seni bina dan juga seni halus. Kesemua
aspek ini perlu dipelihara supaya warisan kebudayaan ini dapat dinikmati oleh
generasi akan datang. Seorang guru berperanan untuk memupuk sifat bangga
terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar. Mereka perlu menghargai
keunikan kebudayaan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman.
Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru
boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan
dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan malam kebudayaan dan warisan di
mana pada malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di
Malaysia. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya
kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam
memelihara warisan kebudayaan negara.
Guru juga perlu menyemai sifat patriotisme dan cintakan negara dalam
kalangan pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan
dalam diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu
masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak
mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula
negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah
kita kecapi selama 54 tahun ini.

Anasir-anasir luar sentiasa menantikan peluang untuk menjajah semula


sekiranya kita lalai dan leka. Generasi muda yang bakal dilahirkan oleh warga
pendidik inilah yang akan beruang untuk mempertahankan kemerdekaan dan
keamanan negara pada masa akan datang. Jadi, guru perlu peka dalam
menerapkan unsur patriotisme dalam diri pelajar. Pelajar yang hanya pintar dari
sudut intelek tetapi tidak punyai semangat patriotisme hanya akan merosakkan
negara. Contohnya, pelajar yang mahir dalam bidang ekonomi, seharusnya dapat
menyumbang kepada kemajuan negara tetapi sekiranya mereka tidak mempunyai
semangat cintakan negara, berkemungkinan besar individu-individu yang cerdik
pandai inilah akan merosakkan negara misalnya dengan berkomplot dengan negara
luar dalam usaha untuk menjatuhkan negara. Jadi, di sini amat jelas peranan guru
yang sangat penting untuk menerapkan semangat patriotisme supaya keadaan
seperti itu tidak akan berlaku pada negara yang tercinta ini.

Menjamin perkembangan individu


Elemen yang kelima iaitu menjamin perkembangan individu. Guru

bertanggungjawab untuk melahirkan individu yang seimbang dan harmonis seperti


yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Golemen
(1995), kecerdasan intelek semata-mata tidak menjamin kebahagiaan hidup
seseorang individu. Malah, dengan hanya kecerdasan intelektual yang diberi
penumpuan tidak mampu untuk melahirkan insan yang matang, tabah, berani, kuat,
teguh dan rendah diri. (Muhamad Mahyudin Nafis, 2007).
Individu yang seimbang merangkumi empat aspek utama iaitu jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Guru berperanan untuk membentuk perkembangan murid
secara menyeluruh iaitu merangkumi kesemua aspek yang telah dinyatakan. Bukan
sahaja perkembangan murid perlu dititik beratkan, sebaliknya guru itu sendiri perlu
mempunyai kesemua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Perkara utama yang
perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah lengkapkan
diri dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

Keperluan intelek yang perlu dimiliki terbahagi kepada beberapa aspek iaitu
berilmu pengetahuan, mahir IT, menguasai Bahasa Inggeris dan mempunyai daya
kreativiti dan inovatif. Cabaran pada hari ini memerlukan guru untuk memiliki
pelbagai ilmu pengetahuan dan kepakaran. Begitu juga dengan kemahiran dalam
teknologi maklumat yang perlu dikuasai sebagai pemangkin ke arah menghasilkan
pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Guru juga perlu menguasai Bahasa
Inggeris dengan baik kerana perkembangan sistem pendidikan negara masa kini
memerlukan para guru untuk menguasai bahasa bahasa Inggeris dengan baik.
Seterusnya mempunyai daya kreativiti dan inovatif iaitu kebolehan untuk mencipta
dan menghasilkan sesuatu idea baru, serta kebolehan mengubahsuai sesuatu idea
menjadi lebih menarik.
Guru yang berkualiti kerohaniannya terdiri daripada mereka yang memiliki
sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Antara ciri-ciri seorang guru
bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas tepat pada masanya, ikhlas dalam
menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, rajin dan lain-lain. Nilai
tara sahsiah atau tingkah laku yang baik ini adalah terkandung di dalam Etika dan
Tatasusila Profesion Keguruan .guru juga perlu memiliki pegangan agama yang
kukuh. Dalam pembentukan FPK, agama diletakkan di tempat yang tertinggi.
Pegangan

agama

yang

kuat akan

menyebabkan

seseorang

guru

itu

bertanggungjawab terhadap tugasnya, berilmu, berprinsip serta amanah.


Seorang guru yang mempunyai jasmani yang berkualiti ialah mempunyai
penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur
kata. Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas
dengan

berkesan.

Guru

yang

berkualiti

juga

harus

memiliki

kemahiran

berkomunikasi iaitu semasa berhubung dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan
pihak pengurusan sekolah. Guru juga perlu mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan
mana-mana unit beruniform. Ini bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam
kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri pelajar.
Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi
ialah sentiasa menghayati nilai-nilai murni, norma dan Etika Perkhidmatan. Guru
juga perlu mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya

iaitu

menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar

sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan. Di samping itu, seorang guru juga
hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang
tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan.

Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan


berdisiplin
Elemen yang terakhir ialah memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mempunyai tanggungjawab
sebagai ahli masyarakat yang menyumbang kepada pembangunan negara. Guru
mestilah berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara
yang telah ditetapkan. Untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Guru ini, guru perlu
menjadikan diri mereka sebagai rol model kepada masyarakat kerana gurulah yang
membentuk masyarakat itu. Guru yang berkualiti dan baik akan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin selaras dengan
hasrat dan aspirasi negara kita, Malaysia.
Falsafah Pendidikan Guru menghuraikan ciri-ciri guru yang diperlukan untuk
memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020. Justeru, guru mempunyai
akauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi
memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah yang baik. Umpama
pepatah Melayu, bapak borek, anak rintik. Jikalau anak meniru tingkah laku
ayahnya di rumah, murid akan meniru tingkah laku guru mereka di sekolah. Tingkah
laku seorang guru yang baik akan mempengaruhi tingkah laku murid yang diajar.

1.3 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, untuk menjadi seorang guru yang professional,


seseorang itu haruslah berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan
kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan
pedagogi pelajar. Di samping itu, seorang guru yang baik sentiasa mengamalkan
nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan.
Seorang guru yang baik juga haruslah mempunyai sikap terbuka dan sedia
berubah demi untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat, sanggup menerima
kritikan dan tidak mudah naik angin jika ditegur oleh sesiapa sahaja walaupun murid
sendiri. seorang guru yang baik tidak akan mudah melenting dan sedia untuk
berbahasa jika mendapat kritikan yang berlawanan dengan fahaman dan
pengalaman diri. Seorang guru yang baik dapat mengubah dan mengawal situasi
dalam masa yang terpantas. Di dalam kelas, guru yang baik dapat menguasai
kemahiran momunikasi dan interpersonal. Selain itu, seseorang itu harus cekap
melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Maka,
seseorang itu mempunyai ciri-ciri guru yang professional.
Sebagai kesimpulan, guru memainkan peranan yang proaktif bagi mendidik
generasi yang akan datang agar generasi muda dapat menerajui kepimpinan negara
pada masa yang akan datang. Oleh hal yang demikian, guru ibarat lilin yang
membakar diri dan menerangkan orang lain. Guru mencorakkan generasi yang
berkain putih dengan pelbagai nilai murni. Jadi, dengan adanya benteng moral yang
ampuh, maka, mereka dapat menjauhi diri daripada melibatkan diri dalam gejala
sosial yang semakin berleluasa di dalam negara kita.

2.0 - Standard Guru Malaysia

2.1 - Pengenalan

Dalam mengorak langkah menempuh kehidupan yang penuh dengan


kokurensi sengit ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,
liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK).

Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan

yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia
adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan
kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha
dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan
Sudah terang lagikan bersuluh, Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap
pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan
utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah
harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta
diperbanyakkan modal budayanya.
Abad ke-21 menjelaskan bahawa pembangunan modal insan berkualiti
bergantung kepada pendidikan berkualiti yang dapat menghasilkan individu yang
mempunyai

jati

diri

yang

kukuh,

berketerampilan,

berkeperibadian

mulia,

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju.


Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan
kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang
baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran global yang sering berubah.
Mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,
Standard Guru Malaysia dicetuskan bagi memastikan semua latihan keguruan yang

dijalankan oleh institusi pendidikan dalam dan luar negara memenuhi piawaian bagi
melahirkan guru-guru untuk sistem pendidikan Malaysia.
Beliau turut menjelaskan bahawa sistem pendidikan negara sememangnya
memerlukan satu penanda aras kepada standard latihan keguruan bagi melihat
pencapaian dalam bidang latihan dan pendidikan guru. Bagi sekolah kluster dan
sekolah bestari, standard SGM guru dijangka lebih tinggi kerana mereka mengajar di
sekolah yang memiliki akses meluas terhadap teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) serta menguasai komputer. Manakala, bagi sekolah sukan pula, SGM yang
perlu ada pada guru ialah keseimbangan dalam penguasaan akademik dan sukan,
katanya selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pendidikan Guru di Kuala
Lumpur.
Justeru itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) sebagai usaha berterusan
untuk meletakkan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan
melahirkan modal insan berminda kelas pertama dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau turut meminta semua institusi latihan perguruan di negara ini supaya terus
menggembeleng tenaga untuk menyediakan program latihan perguruan berkualiti di
samping sentiasa menambah baik baik infrastruktur dan infostruktur sedia ada
secara berterusan.

2.2 - Definisi
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang
patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang
ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru,
pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan
dan melestarikan guru berkualiti.
Standard Guru Malaysia (SGM) ini merupakan agenda utama Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia
dengan mengikut acuan Malaysia iaitu acuan anak buah tempatan. Hal ini bagi
menunjukkan bahawa hasil tangan anak tempatan mampu membangunkan sistem

pendidikan bertaraf dunia yang mana mampu untuk memberi saingan kepada
negara - negara lain. Guru yang merupakan penggerak dalam bidang pendidikan
perlu mencapai kompetensi profesional dalam aspek amalan nilai profesionalisme
guru, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu juga, SGM digubal bagi mengenal pasti penyediaan dan
pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi atau institut latihan perguruan bagi
menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan ini tercapai dan selaras dengan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang memartabatkan profesion
keguruan. Dengan tergubalnya SGM ini, diharapkan agar kita dapat mengenal pasti
dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar
dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan yang penuh dengan
onak dan liku.
Rajah 4:
amalan
profesionalisme

Budaya IPG

keguruan
Tonggak 12
Pengerusi
Majlis

Prinsip utama
Etika Kerja
Pemuafakatan
KPM
PersatuanPersatuan

Guru

Standard 1: Amalan
professionalisme
keguruan

Malaysia, Jemale

Nilai utama
dalam
perkhidmatan
awam

Paiman
menjelaskan

Nilai murni
bahawa
gurudalam kurikulum
sekolah
guru di Malaysia
sudah

ada

standard, namun

Tatasusila
profesion
keguruan

piawaian itu perlu


dimantapkan lagi
supaya

sesuai

dengan keadaan semasa selain menepati standard global serta perlu diguna pakai

oleh institut pendidikan perguruan (IPG) untuk melahirkan warga pendidik yang lebih
berkualiti.
Tidak dapat dinafikan, dalam setiap dasar yang digubal perlu ada elemenelemen penting yang merupakan tunjang kepada kewujudan sesuatu dasar, malah
bertindak sebagai nadi dan penggerak kepada sesuatu dasar. Terdapat beberapa
elemen-elemen penting yang perlu dipandang serius dalam SGM dalam usaha
membentuk jati diri para pelajar disamping membantu untuk menambah baikkan
dasar sedia ada dalam membentuk profesionalisme guru.
Elemen atau lebih dikenali sebagai standard mempunyai beberapa peringkat,
iaitu bagi setiap peringkat yang wujud ini tidak sama dengan peringkat-peringkat
lain. Standard dieertikan sebagai pernyataan kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru. Dalam SGM ini terdapat tiga standard yang perlu dirujuk oleh
para guru. Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme keguruan, standard
kedua ialah pengetahuan dan kefahaman manakala standard ketiga ialah kemahiran
P&P.

Rajah 5: Komponen Standard Guru Malaysia

Rajah 6: Model Standard Guru Malaysia

i.

Standard
pertama

Amalan nilai professional


Ketuhanan

Sosial
Profesion

Kemasyarakatan

Kenegaraan

Diri

Rajah 7:Kerangka Konsep Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Ayuh kita sulusuri satu demi satu standard yang terkandung dalam SGM.
Standard pertama ialah amalan nilai profesionalisme keguruan.

Amalan Nilai

Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru


(IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai
utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak
Dua Belas.

Standard ini terbahagi kepada tiga pecahan atau dikenali sebagai

domain, merujuk kepada domain diri, domain profesion dan domain sosial.

Domain diri

Rajah 8: Domain diri


Domain diri merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan
patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan
kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Hal
ini bermaksud penerapan nilai guru ini akan mempengaruhi ciri-ciri standard serta
keberkesanan guru tersebut dalam menyampaikan perkara yang diajar. Misalnya,
penerapan nilai ini dalam diri guru akan mendorong untuk guru menunjukkan ciri-ciri
tersebut lantas memberikan contoh teladan kepada para pelajar bagaimana acuan
begitulah kuihnya, serta kemana tumphnya kuah kalau tidak ke nasi. Domain ini
juga memfokuskan nilai-nilai, antaranya ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah,
ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan,
daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan
intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.
Nilai kepercayaan kepada Tuhan merupakan tunjang utama kepada
pembentukan jiwa seseorang. Pengamalan dan penghayatan nilai ini membantu
para guru untuk membentuk jati diri serta membersihkan jiwa daripada sikap

mazmumah yang mampu menconteng arang seterusnya menjatuhkan martabat


profesioan perguruan. Selain itu, nilai amanah dan ikhlas akan timbul dalam diri
sekiranya hati kita bersih daripada tercemar oleh perkara-perkara negatif dan
natijahnya ilmu yang disampaikan dapat diserap dan diterima oleh pelajar dengan
mudah.
Seterusnya, jika para guru mempraktikkan serta mementingkan nilai daya
tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, sudah tentu hidup
mereka lebih peka serta dalam pada masa yang sama juga mampu membentuk
sahsiah guru. Jika para guru sihat dan aktif, sudah tentu mereka mampu bergerak
aktif dan berkolaborasi dengan para pelajar dan bergerak dengan lebih cergas.
Sebagai contoh, guru yang aktif untuk melaksanakan kegiatan yang mengeluarkan
peluh. Hal ini sudah tentu akan mendorong diri mereka untuk melaksanakan P&P
dengan berkesan, bukan sahaja dapat membantu para pelajar malah dapat
memperbaiki diri sendiri.
Nilai kemahiran interpersonal dan intrapersonal akan diguna pakai apabila
membuat refleksi kendiri, rumusan mahupun muhasabah diri. Nilai ini mampu
memandu seseorang agar guru mampu untuk menilai diri seseorang itu dalam
menangani hal-hal kendiri yang akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu.
Dalam pada itu, bagi menunjukkan semangat berpasukan, semangat sukarela ini
amat ditekankan.

Kolaborasi yang terjalin mampu membentuk nilai kendiri bagi

setiap guru agar lebih efektif dalam bekerjasama ibarat yang berat sama dipikul,
yang ringan sama dijinjing.

Domain profesion

Rajah 9: domain profesion


Selain itu, domain yang kedua ialah domain profesion. Domain ini merujuk
kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam
menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Kecintaan terhadap
profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan,
proaktif, kreatif dan inovatif merupakan nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini.
Sebagai seorang pendidik, para guru perlu melahirkan rasa cinta terhadap profesion
perguruan agar dapat menjadi seorang guru yang berkaliber serta kemenjadian
seorang guru dapat ditonjolkan, seterusnya dapat merealiasasikan transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Nilai berketerampilan pula merujuk kepada imej guru yang mempamerkan
imej seorang guru yang berkaliber, bukannya mempamerkan imej seorang
pramugari mahupun kontraktor. Nilai integriti pula merujuk kepada amanah, telus
dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja yang diberikan. Sesungguhnya,

nilai ini amat penting bagi mewujudkan satu suasana atau tempat kerja selesa dan
kondusif dan hasilnya, dapat melaksanakan kerja dengan berkesan.
Domain profesion ini turut menyemai semangat kerja sepasukan, iaitu guru
perlu mewujudkan kolaborasi antara satu sama lain supaya budaya kerja dapat
diterapkan dalam diri dan bekerja secara efektif dan efisian.

Aspek kreatif dan

inovatif turut ditekankan dalam domain ini, iaitu guru perlu lebih berfikiran dengan
lebih kreatif, kritis dan inovatif agar dapat membimbing para pelajar bagi melahirkan
permata negara yang mempunyai minda kelas pertama.

Domain sosial
Rajah 10: domain sosial

Domain yang terakhir ialah domain sosial yang merujuk kepada medium
sosial. Dalam domain ini, guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana
modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru
adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan
kecintaan terhadap alam sekitar.

Sesungguhnya, nilai keharmonian dan kemahiran sosial amat penting kerana


nilai tersebut melambangkan serta mempamerkan imej seseorang guru seterusnya
dapat melahirkan suasana ceria dan selesa apabali proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) berlangsung. Sekiranya para guru mampu menyemai nilai
keharmonian

dan

kemahiran

sosial

dalam

kehidupan,

maka

semangat

bermasyarakat dapat dituai dalam diri lantas dapat membantu para guru untuk
bersikap lebih terbuka kepada masyarakat. Hal ini sudah tentu memudahkan para
pelajar untuk mengakses dan merapatkan diri kepada guru mereka disebabkan
keramahan dan sifat keterbukaan guru tersebut.
Nilai kecintaan terhadap alam sekitar merupakan nilai utaman dan dan tidak
harus dipandang enteng oleh setiap guru. Nilai ini semestinya diterapkan dalam diri
oleh setiap rakyat Malaysia, terutamanya insan yang bergelar pendidik kerana guru
ibarat suri teladan kepada para pelajar. Guru juga bertanggungjawab untuk mendidik
dan menanamkan sifat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar. Jika para guru
tidak menyemai nilai tersebut adalam diri mereka, maka sudah tentu amat sukar
bagi mereka untuk menyemai nilai kecintaan terhadap alam sekitar dalam diri
pelajar. Selain itu, apabila guru ini mencintai alam sekitar, maka sudah jelas nilai
kasih sayang dapat dipupuk.

ii.

Standard kedua - Pengetahuan dan Kefahaman

Sementelahan itu, standard kedua yang terkandung dalam SGM ialah


pengetahuan dan kefahaman. Standard ini juga menjelaskan bahawa guru yang
memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Dalam hal ini terdapat lapan bidang pengetahuan yang patut
dikuasai oleh guru, antaranya ialah falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang
menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

Bidang pertama Pengetahuan dan Kefahaman Falsafah, Matlamat dan


Objektif Pendidikan
Dalam mengkaji standard yang pertama ini, guru patut memahami dan

menghayati FPK, serta matlamat dan objektif pendidikan dalam melaksanakan tugas
dan tanggungjawab agar gru dapat menterjemahkan pengetahuan ini sebagai teras
dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan.
Dalam bidang kokurikulum, guru patut memahami dan menghayati konsep
4K, iaitu Kemahiran Asas, Kepegawaian, Kejurulatihan dan Kepengelolaan. Konsep
ini perlu diterjemahkan dalam pelaksanaan dan pengurusan kokurikulum berasaskan
FPK, matlamat dan objektif pendidikan.
Antara faktor yang membawa kepada keberhasilan standard ini ialah,
standard ini akan tercapai sekiranya guru mengetahui, memahami dan menghayati
FPK dan menterjemahkannya dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran
serta para guru mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Bidang kedua - Pengetahuan dan Kefahaman Falsafah, Matlamat,


Objektif

Kurikulum

dan

Kokurikulum,

Hasil

Pembelajaran,

dan

Keperluan Pengajaran dan Pembelajaran


Bidang kedua yang terkandung dalam standard pengetahuan dan kefahaman
ialah falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. Bidang

ini menjelaskan bahawa standard kedua ini akan dicapai apabila guru mengetahui,
memahami serta menterjemahkan falsafah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR), Kurikulum Bresepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam pengajaran dan
pembelajaran,

seterusnya

mengetahui

dan

memahami

penggunaan

hasil

pembelajaran dalam perancangan pembelajaran dan pengajaran (P&P). Dalam hal


ini juga, aspek yang diberi penekanan ialah dalam bidang kokurikulum dimana kini
merupakan salah satu perkara yang dititik beratkan samada guru mahupun pelajar.

Bidang ketiga - Pengetahuan dan Kefahaman Mata Pelajaran


Seterusnya, bidang ketiga yang terkandung dalam standard pengetahuan dan

kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman mata pelajaran. Membincangkan soal


ini, standard kandungan mata pelajaran yang diajarkan di sekolah telah ditetapkan
serta mempunyai silibus diselaraskan, sebagai rujukan kepada para guru agar tidak
terpesong daripada apa yang sepatutnya diajar. Kandungan mata pelajaran ini juga
mempunyai standard yang merangkumi tahap pemikiran kreatif dan inovatif yang
mana ia mampu untuk melahirkan para pelajar yang lebih maju kehadapan dan
mempunyai tahap pemikiran aras tinggi.
Kita semua sedia maklum bahawa standard ini akan tercapai sekiranya guru
memahami dan mengetahui penggunaan sukatan pelajaran dalam perancangan
pembelajaran dan pengetahuan. Selain itu, para guru juga perlu memahami dan
mengetahui strategi penyerapan dan penggabungjalinan unsur daripada mata
pelajaran lain dalam mata pelajaran yang diajarkan.

Bidang keempat - pengetahuan dan kefahaman ilmu pendidikan


Tambahan

lagi,

bidang

keempat

yang

terkandung

dalam

standard

pengetahuan dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman ilmu pendidikan.


Kandungan

pendidikan

mempunyai

nilai-nilai

kependidikan

yang

mana

ia

merangkumi Ilmu Pendidikan Sebagai Ilmu Normatif dan Ilmu Pendidikan sebagai
Ilmu yang Bersifat Teoritis dan Praktis.

Nilai-nilai ilmu yang dijunjung tinggi dijadikan norma dan wadah untuk
menentukan ciri-ciri manusia yang ingin dicapai melalui praktik pendidikan. Nilai-nilai
ini tidak diperoleh hanya dari praktik dan pengalaman mendidik, tetapi secara
normatif bersumber dari norma masyarakat, norma filsafat dan pandangan hidup,
malah dari keyakinan keagamaan yang dianut oleh seseorang. Standard ini juga
telah menekan aspek ini bagi memastikan guru mempunyai nilai-nilai sebegini bagi
memudahkan sistem pembelajaran yang teratur dan mampu untuk melaksanakan
sistem ini dengan lebih baik dan efektif disamping menerapkan ilmu ini dalam diri
tanpa paksaan.

Bidang kelima - Pengetahuan dan Kefahaman Kepenggunaan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi, dan Sumber Pendidikan
Sementelahan

itu,

bidang

kelima

yang

terkandung

dalam

standard

pengetahuan dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman kepenggunaan


teknologi maklumat dan komunikasi,dan sumber pendidikan. Teknologi maklumat
dan komunikasi serta sumber pendidikan merupakan komponen penting dalam
pendidikan hari ini. Guru patut mengetahui dan mengikuti perkembangan TMK yang
sentiasa berubah dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran dan pengajaran.
Menurut Apple Reports Of Education (1989) dalam Yusuf Hashim (1997)
menyatakan pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif menggunakan teknologi
multimedia adalah lebih baik daripada pengajaran tradisional. Sebagai contoh, guru
yang mengajar matematik di sekolah menggunakan papan hitam bagi melukis
bentuk-bentuk geometri yang mana ia mampu untuk menunjukkan sesuatu pada
bentuk 2 dimensi berbanding komputer yang mampu menunjukkan bentuk 3 dimensi
yang mana ia bolehh bergerak dan ini akan mendorong para pelajar untuk berfikir
bagaimana bentuk-bentuk tersebut menjadi sedemikian lantas menggalakkan
mereka berfikir.
Sesungguhnya, standard ini akan tercapai sekiranya guru mengetahui dan
memahami kemahiran pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran
selain memahami dan mengetahui etika TMK.

Bidang

keenam

Pengetahuan

dan

Kefahaman

Strategi

untuk

Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran


Pengetahuan dan kefahaman strategi untuk mewujudkan persekitaran
pembelajaran merupakan bidang keenam yang terkandung dalam standard
pengetahuan dan kefahaman. Hal ini penting bagi memastikan para guru tahu
bagaimana kaedah ataupun cara bagi menghasilkan satu suasana pelajaran yang
akan membantu para pelajar untuk lebih memahami apa yang diajar. Seperti yang
kita ketahui, tempat belajar yang bersih akan mendatangkan pemikiran yang baik
justeru bagi memantapkan lagi apa yang sedia ada, maka penekanan aspek ini
penting dalam usaha kerajaan menjadikan guru sebagai pembimbing dan
perancang.
Standard ini akan berjaya direalisasikan sekiranya para guru mengetahui dan
memahami strategi untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat,
mengetahui dan memahami strategi untuk mewujudkan budaya kerjasama dan
persaingan yang sihat dan tidak dilupakan, para guru juga haruslah mengetahui dan
memahami stategi untuk mewujudkan interpersonal yang positif.

Bidang ketujuh - Pengetahuan dan Kefahaman Pentaksiran dan


Penilaian dan Penyelidikan Tindakan
Pengetahuan dan kefahaman pentaksiran dan penilaian dan penyelidikan

tindakan dijadikan sandaran bagi bidang ketujuh yang terkandung dalam standard
pengetahuan dan kefahaman. Umum mengetahui, penggunaan kaedah ini bukan
sahaja membenarkan sejauh mana tahap pemikiran seseorang guru itu diketahui,
malah membantu para pelajar untuk lebih faham tentang pengisian subjek yang
diajar. Tambahan lagi, terbukti kaedah ini dapat membantu para guru untuk lebih
kreatif serta memudahkan kerja di kemudian hari. Tamsilnya, guru yang
mempraktikkan kaedah ini akan lebih bermotivasi terutamanya dalam P&P kerana
kaedah ini akan membantu guru melalui apa yang perlu ditambah dan dikurangkan
dalam sesi pengajaran ini.
Standard ini pasti akan tercapai sekiranya para guru mengetahui dan
memahami penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran dan penilaian, mengetahui

dan memahami prosedur dan prinsip pembinaan instrumen pentaksiran dan


penilaian yang berkualiti serta guru perlu mengetahui dan memahami penggunaan
maklumat pentaksiran dan penilaian untuk meningkatkan kafahaman guru terhadap
murid.

Bidang kelapan - Pengetahuan dan Kefahaman Perkembangan Potensi


Murid
Seterusnya, bidang kelapan yang terkandung dalam standard pengetahuan

dan kefahaman ialah pengetahuan dan kefahaman perkembangan potensi murid.


Dalam konteks ini nilai pengetahuan dan kefahaman perkembangan potensi murid
amat ditekan bagi melahirkan guru yang bermotivasi serta sentiasa tahu apa yang
kurang dalam pendidikan. Guru turut akan dapat mengenali potensi murid itu sendiri
terutamanya dalam menangani isu pelajar zaman kini yang cenderung untuk
bermain permainan video. Standard ini juga membolehkan guru tahu tentang
kelebihan dan kekurangan pelajar mereka dan seterusnya membantu para pelajar
untuk mengembangkan bakat mereka ini secara menyeluruh.
Para guru hendaklah memahami dan mengetahui pengenalpastian perbezaan
murid daripada segi kecerdasan, kecergasan, persepsi, gaya pembelajaran dan
tahap pencapaian merupakan antara faktor yang akan merealisasikan standard ini
sekiranya dipraktikkan. Selain itu, para guru juga hendaklah memahami dan
mengetahui cara mengembangkan potensi murid menyeluruh dan bersepadu dalam
usaha merealisasikan standard ini.

iii. Standard ketiga - Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Kemahiran pertama - Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran


dan Pembelajaran
Di

samping

itu,

standard

ketiga

ialah

kemahiran

pengajaran

dan

pembelajaran. Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat


perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik
dan kokurikulum.
terdapat empat kemahiran yang patut ada pada semua guru, antaranya
kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan,
pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

Kemahiran ini

membolehkan para guru untuk lebih berfikiran terbuka serta membantu untuk
memanfaatkan masa yang ada dan menghasilkan impak yang besar dalam
pendidikan masa kini yang mementingkan penjimatan iaitu modal kecil tetapi hasil
besar.

Kemahiran

kedua

Kemahiran

melaksanakan

pengajaran

dan

pembelajaran
Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai merupakan
kemahiran kedua yang tekandung dalam standard ketiga. Aspek ini membantu
guru supaya dilengkapi dengan pelbagai jenis kemahiran kerana kemahirankemahiran inilah yang akan membantu perkembangan diri iaitu guru dan para
pelajar dalam merealisasikan wawasan 2020.
Dalam usaha merealisasikan standard ini, para guru hendaklah mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang, melaksanakan

penggunaaan bahasa, penyerapan dan penerapan nilai murni dan semangat


patriotisme merentasi kurikulum.

Kemahiran ketiga - Kemahiran Memantau, Mentaksir dan Menilai


Kemahiran yang seterusnya ialah kemahiran memantau, mentaksir dan

menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik


pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. Guru yang mempunyai
standard ini mampu untuk mengesan kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri
dan mampu untuk memperbaikinya dengan segera. Misalnya, guru akan membuat
refleksi kendiri bersama pelajar itu sendiri mengenai pemahaman pelajar terhadap
subjek yang diajar di akhir kelas. Hal ini sudah tentu akan memudahkan guru untuk
melakukan penambahbaikkan terhadap kaedah pengajaran mereka ini.
Para guru hendaklah menggunakan pelbagai kaedah untuk menilai
perkembangan pelajaran murid serta membimbing murid untuk membuat penilaian
kendiri. Jika hal ini terlaksana, maka sudah tentu standard ketiga mampu
direalisasikan dalam bidang pendidikan negara kita.

Kemahiran keempat - Kemahiran Mengurus Bilik Darjah


Kemahiran yang terakhir yang terkandung dalam standard ketiga ialah

kemahiran

mengurus

bilik

darjah

yang

melibatkan

pengurusan

hubungan

kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang


bermakna dan berkesan. Berbicara mengenai hal ini, kemahiran ini merujuk kepada
faktor-faktor yang mendorong diri guru ini dalam melaksanakan tugas dengan baik
dan berkesan terutamanya dalam mengesan faktor yang boleh menganggu
pemahaman seseorang pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, kemahiran mengurus
bilik darjah ini dapat dicungkilkan semasa melakukan pembelajaran yang berkesan.
Faktor kelas sendiri memainkan peranan yang utama kerana kelas yang tidak ceria
akan menyebabkan para pelajar terdorong untuk berasa mengantuk ketika proses
pembelajaran dan pengajaran berlangsung.

2.3 - Kesimpulan
Tidak dapat dinafikan, penggubalan Standard Guru Malaysia mempunyai
rasional yang tersendiri dalam usaha meletakkan bidang pendidikan negara
Malaysia

pada

menggariskan

kelas
kriteria

pertama.
dan

Sesungguhnya,

standard

am

guru

Standard
selaras

Guru

dengan

Malaysia
Malaysian

Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am


pendidikan tinggi. KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi
pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard
bagi institusi latihan perguruan diwujudkan.
Selain itu, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga
pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk
membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu
tinggi.

Tuntasnya,

profesionalisme

para

keguruan,

guru

seharusnya

pengetahuan

mempunyai

dan

tahap

kefahaman,

amalan

serta

nilai

kemahiran

pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi


sebagai guru profesional dengan berkesan.

You might also like