You are on page 1of 17

TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  53

Topi  Kaedah
k Menyediakan
4 Projek (Amali)
HASIL
PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mentakrifkan lukisan kerja amali;
2. Menerangkan lima tujuan utama lukisan kerja.
3. Menghuraikan tiga jenis lukisan kerja;
4. Menyenaraikan bahan-bahan (Bill of Material) untuk kerja
amali berdasarkan lukisan kerja;
5. Menyediakan projek amali berdasarkan lukisan kerja; dan
6. Memilih bahan kemasan yang sesuai dengan projek yang
dihasilkan.

 PENGENALAN
Setelah anda mempelajari tentang kayu-kayan, jenis-jenis tanggam
serta bahan-bahan pemasangan dan kemasan dalam kerja kayu, kini
kita beralih pula kepada projek amali dalam kerja kayu. Kerja amali ini
sangat penting bagi memastikan anda boleh menggunakan alatan
tangan, bahan-bahan pemasangan dan kemasan dengan betul dan
tepat bersesuaian dengan proses dan kemasan yang anda telah
pelajari. Sebelum anda menjalankan kerja amali, cuba anda perhatikan
kabinet dan projek yang berasaskan kayu di sekeliling anda. Apakah
langkah utama yang perlu diambil sebelum sesuatu projek itu
dimulakan?
54  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

AKTIVITI 4.1
Dalam satu kumpulan yang kecil (dua hingga tiga orang), cuba anda
bincangkan apakah langkah pertama yang harus diambil sebelum
sesuatu rumah atau bangunan dibina.

4.1 MEMAHAMI LUKISAN KERJA


Lukisan Kerja (working drawings) perlu disediakan terlebih dahulu
sebelum sesuatu projek atau kerja amali dimulakan. Lukisan kerja adalah
merupakan proses awal penyediaan lukisan selepas proses reka bentuk
produk. Lukisan ini menerangkan rupa bentuk produk yang lengkap
dengan dimensi melalui pelan, pandangan sisi, pandangan hadapan serta
keratan dan lukisan butiran atau tercerai. Ia akan disediakan di dalam skala
yang tertentu dan kadangkala mempunyai spesifikasi tersendiri.

Tiga jenis lukisan yang terkandung dalam lukisan kerja ialah:


(a) Lukisan Ortografik
(b) Lukisan Isometri
(c) Lukisan Terperinci atau Lukisan Butiran

Tujuan Lukisan Kerja disediakan adalah untuk:


(i) Menggambarkan projek yang sebenar yang akan disiapkan
(ii) Mengetahui dimensi atau ukuran bahagian-bahagian projek amali
(iii) Menyenaraikan bahan-bahan, alatan serta bahan kemasan yang akan
digunakan
(iv) Menyenaraikan langkah-langkah dalam menyiapkan projek amali
(v) Mengenal pasti bahan kemasan yang sesuai digunakan

AKTIVITI 4.2
1. Anda dikehendaki mendapatkan satu contoh lukisan kerja yang
berkaitan dengan penghasilan satu projek amali. Teliti dan
kumpulkan maklumat yang terkandung di dalam lukisan
tersebut.
2. Secara berpasangan, dapatkan skala yang sesuai dalam
menghasilkan lukisan yang terperinci.
TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  55

4.1.1 Lukisan Ortografik


Lukisan ortografik seperti dalam Rajah 4.1 merupakan lukisan dua
dimensi (2D) yang memaparkan lebih daripada dua pandangan bagi
sesuatu objek.

Unjuran ortografik biasanya dilihat dari tiga sudut pandangan iaitu:


(a) Pandangan hadapan
(b) Pandangan atas atau pelan
(c) Pandangan sisi

Pandangan ini dilihat tepat dan tegak 90° dari arah yang dinyatakan.
Pandangan atas (pelan) biasanya dilukis di sebelah atas. Manakala,
pandangan hadapan dan pandangan sisi pula dilukis di sebelah kanan
atau kiri. Pandangan hadapan bergantung kepada arah yang dilihat.

Rajah 4.1: Lukisan ortografik


56  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

4.1.2 Lukisan Isometri


Lukisan isometri seperti dalam Rajah 4.2 ialah sejenis lukisan
piktorial. Lukisan ini menunjukkan gambaran yang jelas tentang
sesuatu objek atau struktur. Lukisan isometri mudah difahami kerana
bentuk objek dapat dilihat dari ketiga-tiga tepinya, iaitu permukaan
hadapan, permukaan atas dan permukaan sisi. Lukisan isometri
mempunyai tiga paksi iaitu paksi condong kiri, paksi tegak dan paksi
condong kanan. Paksi condong lukisan isometrik bersudut 30.

Paksi lukisan isometrik boleh disusun pada beberapa sudut iaitu:


(a) Paksi lazim
(b) Paksi terbalik
(c) Paksi mengufuk

Rajah 4.2: Lukisan isometri

4.1.3 Lukisan Terperinci


Lukisan terperinci ataupun dikenali sebagai lukisan butiran (Rajah 4.3)
merupakan satu lukisan yang menggambarkan secara terperinci
sesuatu bahagian yang akan dibuat dalam sesuatu projek amali. Setiap
bahagian yang tercerai akan diberikan dimensi lengkap seperti
panjang, lebar dan tebal sesuatu bahan yang akan digunakan. Selain
itu juga ia akan memberi panduan kepada pelajar apakah kaedah
sambungan serta bahan sambungan yang paling sesuai digunakan.
TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  57

Rajah 4.3: Lukisan terperinci

SEMAK KENDIRI 4.1

1. Namakan pandangan-pandangan yang terdapat dalam lukisan


ortografik.
2. Apakah tujuan Lukisan Kerja dalam penghasilan sesuatu projek
atau amali kerja kayu?

4.2 KAEDAH MENYEDIAKAN BAHAN


(BILL OF MATERIAL)
Tajuk-tajuk kecil yang berikutnya akan menerangkan maksud (Bill of
Material) dan kepentingannya.

4.2.1 Apakah “Bill of Material”?


“Bill of Material” adalah senarai bahan-bahan atau barang-barang yang
digunakan di dalam melaksanakan atau menyiapkan sesuatu produk
atau kerja amali atau khususnya untuk proses pengeluaran atau
pembuatan. Bahan-bahan yang terlibat adalah dikategorikan kepada
beberapa bahagian:
58  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

(a) Bahan-bahan Mentah Utama


Contohnya kayu, papan gentian khas (MDF), papan lapis, venier
dan sebagainya.
(b) “Hardware and Fitting” serta aksesori
Contohnya paku, skru, bolt dan nat, engsel, runner, pemegang
dan sebagainya.
(c) Perekat atau “Glu”
Contohnya resin, polivinil asetat (PVAc), urea formaldehid, perekat
poliurethan (polyutherane, PU), hardener dan sebagainya.
(d) Bahan Kemasan
Contohnya stain, laker (lacquer), thinner, syelek dan sebagainya.
(e) Bahan-bahan Bungkusan
Contohnya kotak, plastik, polistirena dan sebagainya.

4.2.2 Kepentingan “Bill of Material”


Antara kebaikan sistem penyediaan “Bill of Material” adalah seperti
berikut:
(a) Dapat membuat perancangan awal tentang segala bahan yang
akan digunakan sebelum sesuatu projek amali itu dijalankan.
(b) Dapat membuat perancangan pembelian dan sentiasa
memastikan stok yang ada mencukupi untuk setiap projek yang
akan dilaksanakan.
(c) Dapat membuat pengawalan bahan-bahan (penjimatan) semasa
projek sedang dijalankan.
(d) Dapat membuat pengiraan/anggaran kos yang terlibat di dalam
penghasilan projek amali.
(e) Dapat memastikan proses penghasilan projek amali sentiasa
berjalan lancar, bersistematik dan seterusnya menghasilkan
produk yang berkualiti.

Contoh borang “Bill of Material” adalah seperti pada Jadual 4.1.


TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  59

Jadual 4.1: Contoh “Bill of Material”

4.3 KAEDAH MENYEDIAKAN BAHAN


KERJA AMALI
Selepas Bill of Material disediakan, langkah seterusnya adalah:
(a) Kenali bahan kayu dengan melihat struktur ira kayu dan jenis kayu
yang digunakan.
(b) Membezakan kayu yang baik dan bebas dari kecacatan seperti
menggeleding, retak, berlubang, berbuku, urat berpintal, berpiuh
dan sebagainya.
(c) Menyediakan kayu. Pilih muka lebar dan ketam hingga rata serta
tandakan ( l ) dan pilih muka tebal, ketam hingga rata serta
tandakan ( ∧ ).
(d) Membuat tanda dengan menolok lebar yang dikehendaki pada
kedua-dua tepi daripada muka tepi. Ketam hingga ke garisan
tolok. Uji dengan tolok lurus dan sesiku L.
(e) Membuat tanda dengan menolok tebal yang dikehendaki, ketam
hingga ke garisan tolok. Uji tolok lurus dan tolok rata.
(f) Gergaji satu hujung kayu dan uji dengan sesiku L.
(g) Ukur dan tanda panjang yang dikehendaki dari hujung yang
dipotong. Kerat dengan gergaji hingga ke tepi garisan tanda
panjang.
60  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

4.3.1 Modul Tempat Letak Pasu


Modul ini membimbing pelajar menghasilkan tempat letak pasu (Rajah
4.4) yang kukuh dan kemas.

Rajah 4.4: Tempat letak pasu

Rajah 4.5 menunjukkan pandangan ortografik bagi tempat letak pasu.


TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  61

Rajah 4.5: Pandangan ortografik


62  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

(a) Objektif
Setelah mengikuti modul ini pelajar boleh:
(i) Menyediakan bahan mengikut spesifikasi;
(ii) Mengenal pasti lukisan kerja;
(iii) Menganggar keperluan bahan dan kos projek;
(iv) Membina tanggam lubang dan puting mengikut lukisan;
(v) Memasang bahagian projek mengikut kaedah pembinaan;
(vi) Menyediakan kerja permukaan untuk kemasan akhir; dan
(vii) Membuat kerja kemasan warna.

(b) Bahan (Cutting List)


Jadual 4.2 menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan bagi
membuat tempat letak pasu.

Jadual 4.2: Bahan-bahan Bagi Membuat Tempat Letak Pasu


Bahagi Nama
Bahan Dimensi Jumlah
an Bahagian
A Tepi Kotak Papan 18mm �200mm � 4 keping
MDF 204mm
B Kaki Kayu 20mm �50mm � 8 keping
meranti 750mm
C Tapak Atas Papan 18mm �290mm � 1 keping
MDF 290mm
D Penahan Papan 18mm �182 mm 1 keping
Tapak Atas MDF �182 mm
E Rak Tengah Papan 18mm �175mm � 1 keping
MDF 175 mm
F Kumai Kayu 10mm �20mm � 4 keping
Meranti 310mm
G Kumai Kayu 18mm �20mm � 4 keping
Meranti 220mm
– – Skru G6 �35mm Secukupny
Philips panjang a
kepala
benam
– – Glu PVA – Secukupny
dan paku a
– – Penutup – Secukupny
Skru a
TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  63

(c) Peralatan
Alat-alat yang diperlukan ialah pita ukur, sesiku L, pembaris keluli,
apit G, tolok penanda, tolok serong, ketam perata, ketam pelicin,
tukul kuku kambing, tukul Warrington, gandin kayu, pemutar skru,
gergaji kerat, gergaji puting, gergaji mitre, mesin mudah alih
gerudi, mesin gergaji lengan, ragum kakak tua dan pembenam
paku.

(d) Langkah Kerja


(i) Mentafsir lukisan projek
• Kenal pasti Pelan Projek Tempat Letak Pasu dalam Maklumat
Rujukan
• Senaraikan bahan yang diperlukan untuk membina projek
ini
• Tentukan kedudukan tanggam dan jenis tanggam yang
sesuai
(ii) Menyediakan kayu mengikut senarai yang diperlukan
• Ukur, tanda dan potong mengikut senarai yang ditentukan
• Uji kerataan dan kepersegian kayu
• Ketam kayu jika perlu
(iii) Tanggam Temu (Rajah 4.6)
• Rancang tanda pada kayu
• Glu pada tepi kayu dan temukan
• Pakukan dengan paku benam untuk menguatkan
sambungan tanggam
• Apitkan kayu dengan menggunakan apit panjang (biarkan
hingga kering)
• Uji kepersegian sudut tanggam
64  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

Rajah 4.6: Tanggam temu


(iv) Membina Tapak Atas Tempat Letak Pasu (Rajah 4.7)
• Ukur, tanda dan potong kayu mengikut senarai yang
ditentukan
• Uji kerataan dan kepersegian kayu
• Ketam kayu jika perlu
• Sediakan bahagian kayu kumai dan potong mengikut saiz
• Potong kayu kumai pada sudut 45º pada kedua-dua
hujungnya
• Glu pada tepi dan hujung kayu kumai serta temukan pada
tepi muka tapak
• Paku bahagian kayu kumai dengan paku panel
TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  65

Rajah 4.7: Lukisan tercerai


(v) Membina Rak Tengah Tempat Letak Pasu (Rajah 4.8)
• Ukur, tanda dan potong kayu mengikut senarai yang
ditentukan
• Uji kerataan dan kepersegian kayu
• Ketam kayu jika perlu
• Sediakan bahagian kayu kumai dan potong mengikut saiz
• Potong kayu kumai pada sudut 45º pada kedua-dua
hujungnya
• Glu pada tepi dan hujung kayu kumai serta temukan pada
tepi muka rak
• Paku bahagian kayu kumai dengan paku panel
66  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

Rajah 4.8: Membina rak tengah tempat letak pasu

(vi) Memasang Projek


• Rancang tanda kedudukan semua kaki projek
• Sapukan glu pada bahagian yang bertemu antara
bahagian kaki dan tepi kotak
• Skrukan bahagian kaki dan tepi kotak dengan skru benam
kepala Philips
• Uji kedudukan tegak bahagian kaki dengan sesiku L
• Rancang tanda kedudukan rak tengah
• Skrukan bahagian kaki dan rak tengah dengan skru
benam kepala Philips
• Uji kedudukan tegak bahagian kaki
• Tutupkan kepala skru Philips dengan penutup kepala skru

(vii) Kerja Kemasan


Kemasan adalah merupakan satu proses yang terakhir
sebelum sesuatu projek itu boleh digunakan. Tujuan kemasan
dilakukan adalah untuk menjadikan projek itu kemas dan
cantik, tahan lama, mudah dibersihkan dan mempunyai nilai
sebelum dipasarkan. Pelbagai jenis bahan kemasan boleh
digunakan seperti syelek, cat, varnis, kemasan marmar,
perekat (pembalut) dan sebagainya. Sebelum kerja menyapu
atau menyembur bahan kemasan dilakukan, projek haruslah
dirawat dan dilicinkan terlebih dahulu.

• Merawat Permukaan Kayu


Proses merawat adalah dengan menyumbat lubang-
lubang atau kecacatan yang ada pada permukaan kayu. Ia
TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  67

boleh menggunakan tepung penyumbat ataupun wood


filler bersama-sama dengan scraper (pengikis). Rajah 4.9
menunjukkan proses merawat permukaan kayu.

Rajah 4.9: Proses merawat permukaan kayu

• Melicinkan Permukaan Kayu


Proses melicinkan permukaan kayu adalah dengan
menggunakan kertas las yang mempunyai pelbagai gred.
Ianya boleh lakukan dengan menggunakan tangan iaitu
bersama bongkah kayu ataupun mesin khas yang
dipanggil mesin pelelas mudah alih atau berkuasa.

• Kaedah Kemasan
Benamkan kepala paku yang terdapat pada projek dengan
pembenam paku. Kemudian, sumbatkan lubang yang
terdapat pada projek dengan tepung penyumbat atau
penyumbat plastik. Lelaskan projek dengan kertas las.
Warnakan projek dengan kemasan warna dan lutsinar.

SEMAK KENDIRI 4.2

(a) Mengapakah kerja kemasan dilakukan ke atas sesuatu projek


kerja kayu yang telah disiapkan?
(b) Nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum sesuatu
kerja kemasan dijalankan.
(c) Apakah aspek-aspek penting dalam kerja memasang dan
melakukan kemasan terhadap projek kerja kayu anda?
68  TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)

• Lukisan kerja bertujuan menerangkan rupa bentuk produk atau


kerja yang akan disiapkan.

• Tiga jenis lukisan kerja adalah lukisan ortografik, lukisan isometri


dan lukisan terperinci atau lukisan tercerai.

• BOM adalah singkatan Bill of Material yang bermaksud senarai


bahan-bahan atau barang-barang yang akan digunakan dalam
penghasilan sesuatu produk ataupun kerja amali.

• Sebelum sesuatu kerja amali dimulakan; senarai bahan, peralatan


dan kelengkapan dalam bengkel haruslah dipastikan cukup.

• Sebelum sesuatu kerja amali dimulakan, kerja mentafsirkan lukisan


kerja atau lukisan projek haruslah dilakukan terlebih dahulu bagi
mengenal pasti dimensi, langkah-langkah dalam menyiapkan projek
amali serta bahan kemasan yang bakal digunakan.

• Kemasan projek adalah proses terakhir sebelum sesuatu projek itu


boleh diguna atau dipasarkan. Ia bertujuan menjadikan projek itu
kemas, cantik, tahan lama, mudah dibersihkan dan mempunyai nilai
pasaran.

• Proses merawat permukaan kayu dijalankan dengan menyumbat


permukaan kayu yang berlubang atau mempunyai kecacatan
dengan tepung penyumbat (wood filler).

• Melicinkan permukaan kayu boleh dilakukan dengan menggunakan


kertas las ataupun mesin pelelas. Ini bertujuan menghasilkan
permukaan yang licin pada projek dan memberi kemasan yang
bermutu.

Bill of Material Lukisan terperinci


Kemasan Pengikis
Lukisan isometri Skru Philips
Lukisan Kerja Tepung penyumbat
TOPIK 4 KAEDAH MENYEDIAKAN PROJEK (AMALI)  69

Lukisan ortografik Wood filler

Sasper Lewis, & Floyd Vogt. (2000). Carpentry (3rd ed.). USA: Doug
Holman, Contributor.
Tan Boon Tong. (1992). Teknologi binaan bangunan. Kuala Lumpur:
DewannBahasa dan Pustaka.
Wagner, W. H. (1980). Modern woodworking. USA: The Soodheart-
Wilcox Company, Inc.
Feirer, J. L. (1994). Wood: Technology and processes (4th ed.). USA:
Glencoe Div. of Macmillan/McGraw-Hill School Publishing Com.
Reader’s Digest Complete do-it-yourself Manual. (1979). London: The
Reader’s Digest Association Limited.

You might also like