You are on page 1of 53

UNIT 1 :

PENGENALAN ASAS LUKISAN


KEJURUTERAAN
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

1.0 Objektif

Di akhir pembelajaran unit ini, pelajar akan dapat:-

1) Mengetahui ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang baik.


2) Mempelajari kaedah untuk melakukan penghurufan dan angka dengan betul.
3) Mengenalpasti peralatan-peralatan yang terlibat di dalam lukisan kejuruteraan.
4) Membezakan jenis-jenis pensil dan kegunaannya.
5) Memahami jenis-jenis garisan dan kegunaannya.
6) Menguasai kemahiran mendimensi dalam lukisan kejuruteraan.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


1
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

1.1 Pendahuluan

Lukisan kejuruteraan merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada pensel


ataupun dakwat. Garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan lukisan kejuruteraan.
Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek dengan lebih terperinci
yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua arah pandangan. Lukisan kejuruteraan
juga boleh digunakan untuk menyimpan atau merakam rupa bentuk secara terperinci bagi
alat-alat kegunaan, mesin, perabut, rumah dan lain-lain lagi.
Lukisan kejuruteraan ataupun lukisan teknik yang terperinci juga akan menjadi
kegunaan dan panduan jurutera, jurubina dan tukang untuk membuat sesuatu alat bagi
kegunaan tertentu ataupun untuk proses pengeluaran di kilang-kilang. Proses pembuatan
barang mahupun sesuatu produk yang lebih kompleks akan menjadi sukar sekiranya lukisan
kejuruteraan tiada untuk dijadikan rujukan.

Lukisan kejuruteraan mengandungi ciri-ciri tertentu dengan gaya tersendiri dan


dilukis mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Lukisannya terdiri daripada susunan
berbagai jenis garisan serta simbol tertentu dan lazimnya boleh difahami oleh mereka
daripada kejuruteraan yang sama. Contohnya, pelan rumah hanya boleh dibaca dan difahami
oleh kontraktor serta mereka di bidang pembinaan bangunan sahaja. Ia secara tidak langsung
menjadi bahasa perhubungan di kalangan jurutera, juruteknik, jurubina dan mereka dalam
bidang yang sama. Lukisan kejuruteraan yang baik hendaklah mempunyai ciri kebolehhasilan
semula yang baik, serta memenuhi spesifikasi lukisan dan piawaian lukisan kejuruteraan yang
telah dtetapkan.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


2
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Ketepatan

Setiap lukisan kejuruteraan hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini
termasuk ketepatan ukuran saiz dan menggunakan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel
ataupun sepertimana yang ditentukan.

Teknik Melukis

Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik
membina garisan , cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah
difahami.

Kebersihan Lukisan

Setiap pelukisan haruslah menyemai dan menanam perasaan untuk menghargai lukisan yang
dihasilkannya. Dengan itu, pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan
mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan dalam
memastikan kebersihan dan kekemasan lukisannya.

Kepantasan Menyiapkan Lukisan

Amalan melukis dengan pantas dan dalam jangka waktu yang tertentu akan menghasilkan
seorang pelukis yang produktif dan berkeupayaan tinggi. Namun aspek ini tidak seharusnya
mengenepikan ciri-ciri lukisan kejuruteraan yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


3
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

1.2 Penghurufan dan Angka


Terdapat beberapa cara membuat penghurufan dan menulis angka yang telah diperkenalkan
dalam lukisan kejuruteraan. Sebagai pengetahuan asas bagi pelajar kejuruteraan, hanya satu
jenis penghurufan dan angka sahaja yang akan ditunjukkan. Jenis ini adalah yang lazim
digunakan dan mudah ditulis.

Rajah 1.1 – Contoh penghurufan dan menulis angka.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


4
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Kaedah Penghurufan dan Menulis Angka


Huruf dan angka hendaklah ditulis bersudut tepat dengan garisan datar. Jenis huruf dan angka
condong boleh juga digunakan tetapi mestilah sentiasa seragam dan tidak dicampuradukkan.
Kaedah menulis juga penting demi menjaga keseragaman dan kekemasan huruf dan angka
yang ditulis. Pembahagian ruang hendaklah sesuai dengan kandungan huruf dan angka yang
hendak ditulis. Sebagai panduan untuk menjarakkan huruf dengan seragam, bayangkan huruf
“I” diletakkan di antara dua huruf.

Rajah 1.2 – Format penghurufan dan menulis angka.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


5
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Penggunaan Penghurufan dan Angka

Penggunaan huruf dan angka mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan
yang telah ditetapkan oleh BS 308 seperti jadual berikut :-

Ketebalan Penggunaan
5 mm atau 6mm Tajuk lukisan atau penerangan penting
3mm Dimensi atau nota penting
2mm Nota-nota tambahan

Jadual 1.1 – Jenis ketebalan huruf dan penggunaannya.

Teknik Menghuruf Condong

Bagi huruf condong hendaklah mengikut teknik menghuruf yang telah dicadangkan. Segala
teknik membentuk huruf adalah sama dengan teknik menghuruf tegak, Cuma berlainan
sedikit iaitu huruf dibentuk dalam keadaan condong. Kecondongan arah ke kanan dengan
membuka sudut 68.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


6
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.3 – Teknik penghurufan condong.


(sumber: Technical Drawing with Engineering Graphics, 14/e, Giesecke, Hill, Spencer,
Dygdon, Novak, Lockhart,Goodman)

Membentuk Angka dan Pecahan


Teknik membentuknya adalah serupa bagi angka condong dan tegak. Bagi angka 3 dan huruf
S kedua-duanya berdasarkan kepada bentuk angka 8, yang mana pembentukannya
berpandukan kepada dua bentuk elips yang berlainan saiz di dalam satu petak angka. Angka 9
dan 6 adalah serupa tetapi dalam keadaan terbalik. Pembentukan angka 9 dan 6 ini
berpandukan kepada angka 0 berbentuk elips.
Bagi keseluruhan angka pecahan pula saiz ketinggiannya hendaklah dua kali ganda

3
ketinggian angka biasa dan angka dalam pecahan dari ketinggian angka. Jika ketinggian
4
angka 3mm maka ketinggian keseluruhan angka pecahan adalah 6mm dan setiap angka
pecahan pula berukuran 2mm. Angka memangnya kerap digunakan untuk mendimensi
lukisan. Membentuk hendaklah berhati-hati dengan mengikut teknik yang betul supaya ia
jelas dibaca.

Rajah 1.4 – Membentuk angka dan pecahan.

Semasa membentuk angka pecahan pastikan ruang yang mencukupi untuk angka dan
pecahan.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


7
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.5 – Ruang yang mencukupi untuk angka pecahan.

1.3 Penggunaan Pelbagai Alat Lukisan

Lukisan kejuruteraan memerlukan beberapa peralatan melukis bagi menyiapkan


sesuatu lukisan. Alat-alat keperluan asas ini harus dimiliki oleh setiap pelajar bagi kegunaan
latihan melukis. Alat keperluan yang dimaksudkan ialah sesiku T, sesiku segitiga, set lukisan,
pembaris, pensil, pemadam, perisai pemadam dan lengkung perancis, Dalam Gambar 1.1
ditunjukkan peralatan melukis yang telah disenaraikan bagi kegunaan kerja-kerja lukisan
teknik.

Gambar 1.1 – Peralatan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


8
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Papan Lukisan

Papan lukisan memang tidak asing lagi untuk mereka yang melakukan kerja-kerja
lukisan teknik. Ia boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz mengikut kegunaan. Biasanya
papan lukisan yang disediakan di sekolah-sekolah berukuran 60cm x 80cm, diperbuat
daripada papan jenis lembut. Permukaan yang rata adalah penting di samping bucu sebelah
kanan dan kirinya juga dalam keadaan rata dan kemas. Kertas lukisan boleh diletakkan di atas
permukaan papan dengan menggunakan pita atau pin klip.

Langkah-langkah Penjagaan Papan Lukisan


Perkara yang berikut adalah langkah-langkah penjagaan untuk memastikan keadaan
permukaan papan lukisan yang rata.

1. Sebelum dan selepas menggunakan papan, hendaklah dibersihkan dengan


menggunakan kain kering supaya tiada habuk yang melekat.
2. Elakkan dari menebuk lubang, mengasah pensil atau memotong kertas dengan
menggunakan pisau di atas permukaan papan lukis.
3. Elakkan dari melukis atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan papan
lukisan.
4. Pastikan bahagian bucu tepi papan lukisan dalam keadaan rata dan lurus.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


9
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Gambar 1.2 – Papan lukisan.

Sesiku T

Alat sesiku T merupakan salah satu peralatan lukisan yang tertua dan masih lagi digunakan
walaupun terdapat penggunaan alat gantian cara baru. Ia boleh didapati dalam perbagai saiz
iaitu 60, 90, 120 dan 150cm. Sesiku T diperbuat daripada jenis kayu dan juga daripada plastik
tebal. Ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah.
Kedua-dua bahagian ini mestilah dilekat dengan kuat supaya tidak boleh digerakkan dan
mestilah bersudut tepat di antara satu sama lain.

Gambar 1.3 – Sesiku T.

Jangan gunakan bahagian tepi bilah sebagai panduan untuk memotong kertas dengan
menggunakan pisau, kerana dengan cara ini akan mengguris bahagian tepi sesiku T dan
menyebabkan ia tidak lurus.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


10
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Langkah-langkah Untuk Menguji Kelurusan Bahagian Tepi Bilah Sesiku T


1. Bentuk satu garis mengufuk di atas kertas lukisan dengan menggunakan sesiku T,
berpandukan kepada bahagian tepi bilah.

2. Setelah garisan dibentuk, pusingkan kertas arah menyongsang sehingga garisan yang
dibentuk tadi bertemu semula dengan bahagian tepi sesiku T.

3. Bentuk satu garisan mengufuk yang kedua. Jika garisan yang kedua ini tidak di atas
garisan yang pertama tadi, ini bermakna bahagian tepi bilah tidak lurus.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


11
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Sesiku Segitiga

Sesiku segitiga ini diperbuat daripada bahan yang lutsinar. Lazimnya boleh didapati dalam
dua sesiku iaitu sesiku bersudut 45 dan bersudut 30. Sesiku ini digunakan bagi membentuk
garisan-garisan condong. Selain digunakan untuk menghasilkan garisan condong, sesiku ini
juga boleh membentuk garisan tegak. Alat sesiku segitiga ini dibuat dengan sudut 45 dan 30
kerana mengikut sudut-sudut lazim yang terdapat dalam lukisan kejuruteraan. Pada bahagian
tepi sesiku segitiga lazimnya terdapat ukuran yang ditanda dengan ukuran metrik, dimana ia
boleh digunakan juga sebagai pembaris.

Gambar 1.4 – Sesiku segitiga.

Melukis Sudut 45

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


12
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Melukis sudut 90

Melukis sudut 60

Melukis sudut 30

Melukis sudut 75

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


13
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Melukis sudut 15

Getah Pemadam

Terdapat pelbagai bentuk, saiz dan jenis getah pemadam. Bagi tujuan memadam garisan yang
dibentuk dengan pensil, lazimnya menggunakan getah pemadam untuk pensil. Untuk

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


14
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

memadam garisan yang dibentuk dengan dakwat pula, gunakan pemadam jenis untuk dakwat.
Getah pemadam yang berkualiti tinggi dapat memadam garisan tanpa memberi kesan kepada
permukaan kertas. Sebaliknya jika menggunakan getah pemadam berkualiti rendah akan
meninggalkan kesan kasar dan kotor pada permukaan kertas lukisan.

Gambar 1.5 – Getah pemadam bagi pen dan pensil.

Perisai Pemadam

Perisai pemadam merupakan alat yang digunakan untuk membantu memadam garisan. Alat
ini diperbuat daripada logam nipis atau bahan plastik yang mempunyai banyak lubang.
Lubang-lubang disediakan di dalam pelbagai bentuk, ada yang bulat, panjang melengkung,
lengkok dan sebagainya. Perisai ini digunakan sebagai panduan memadam sesuatu garisan
dalam lukisan tanpa menganggu atau terpadam garisan lain yang berhampiran. Cara
menggunakan perisai pemadam ini adalah dengan meletakkan perisai di atas permukaan
kertas lukisan dengan garisan yang hendak dipadam dinampakkan melalui bentuk lubang
sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini
dapat memadam garisan pada lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang
berhampiran.

Gambar 1.6 – Perisai pemadam.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


15
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Set Lukisan

Dalam satu set alat lukisan biasanya mengandungi alat keperluan melukis seperti jangka
lukis, alat pembahagi, alat mendakwat dan lain-lain lagi. Set ini boleh didapati dalam
pelbagai jenis mengikut kelengkapan yang disediakan.

Jangka Lukis

Alat ini digunakan untuk membentuk garis bulatan dan lengkuk. Ia boleh didapati dalam
pelbagai bentuk dan saiz. Dalam kerja-kerja lukisan kejuruteraan, alat ini perlu digunakan
dengan betul bagi menghasilkan garisan lengkuk dan bulatan yang dikehendaki mengikut
peraturan lukisan. Bagi membentuk garisan bulatan yang besar, boleh menggunakan alat
jangka lukis yang ditunjukkan dalam gambar 1.7. Ia terdiri daripada dua batang yang satu
hujungnya bertemu dan boleh dilaras.

Gambar 1.7 – Jangka lukis untuk bulatan besar.

Bagi pembinaan bulatan atau lengkuk yang kecil pula perlu menggunakan jangka
lukis seperti gambar 1.8 di bawah. Jangka lukis ini boleh digunakan membentuk bulatan dan
lengkuk yang mempunyai jejari sekecil 10mm.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


16
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Gambar 1.8 – Jangka lukis untuk bulatan dan lengkuk kecil.

Pembahagi

Bentuk alat pembahagi ini hampir sama dengan alat jangka lukis. Perbezaan yang nyata di
antara kedua-duanya ialah di bahagian hujung kedua-dua kakinya terdapat jarum yang tajam.
Alat pembahagi tidak digunakan untuk melukis bulatan atau lengkuk, tetapi ia digunakan
untuk memindahkan ukuran dari pembaris kepada kertas lukisan. Untuk lukisan yang tepat,
ukuran-ukurannya diambil terus dari alat pembaris lukisan. Ketepatan ini dapat dilakukan
hanya dengan menggunakan alat pembahagi.

Gambar 1.9 – Pembahagi.

Lengkung Perancis

Alat jangka lukis boleh digunakan untuk melukis lengkuk, separuh bulatan dan bulatan
penuh. Lengkuk yang tidak bulat seperti lengkuk elips dan pilin boleh dibentuk dengan

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


17
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

menggunakan alat lengkung perancis. Alat ini diperbuat dengan bahan lutsinar dan boleh
didapati dalam pelbagai bentuk yang berlainan saiz mengikut keperluan penggunaannya.

Gambar 1.10 – Lengkung perancis.

Pencontoh

Untuk memudahkan kerja-kerja melukis, terdapat beberapa alat tambahan yang boleh
digunakan bagi membantu menyiapkan lukisan dengan cepat. Di antaranya ialah pencontoh
bulatan yang boleh digunakan untuk melukis bulatan atau lengkuk tanpa menggunakan alat
jangka lukis. Bulatan pada pencontoh disediakan dalam ukuran garis pusat yang berlainan
dan boleh didapati dalam ukuran metrik. Selain daripada pencontoh bulatan, terdapat juga
pencontoh elips, segiempat dan bentuk-bentuk simbol lain mengikut bidang khusus
kejuruteraan seperti elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


18
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Gambar 1.11 – Pencontoh.

Alat Pembaris

Pembaris merupakan satu alat untuk mengukur. Alat ini tidak digunakan sebagai panduan
melukis garisan lurus tetapi ianya digunakan untuk mendapatkan ukuran. Terdapat dua jenis
pembaris yang boleh diguna dalam kerja-kerja melukis. Pertama pembaris jenis pipih dan
keduanya pembaris jenis segitiga. Pada bahagian tepi pembaris terdapat tanda-tanda ukuran
dalam bentuk garis pendek dan panjang. Ukuran yang terdapat pada pembaris adalah ukuran
metrik. Setiap bahagian ukuran yang ditanda dengan angka adalah satu sentimeter. Dalam
satu sentimeter pula dibahagikan kepada sepuluh bahagian kecil dan tiap-tiap bahagian kecil

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


19
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

ada satu milimeter. Panjang satu alat pembaris lazimnya terdapat ukuran sehingga 30
sentimeter atau 300 milimeter.

Gambar 1.12 – Pembaris pipih.

Pembaris segitiga pula digunakan untuk persediaan lukisan teknik skala penuh,
mengecil atau membesarkan saiz. Pada setiap bahagian ukuran mempunyai tanda-tanda yang
berlainan mengikut kegunaannya.

Gambar 1.13 – Pembaris segitiga (pembaris skala).

Kertas Lukisan

Terdapat banyak jenis kertas lukisan yang boleh digunakan dalam lukisan teknik. Ada jenis
yang tebal dan jenis yang nipis. Pembuatan kertasnya juga boleh didapati daripada pelbagai
jenis bahan. Dalam lukisan, lazimnya menggunakan kertas berwarna putih atau krim
sederhana. Pilih jenis kertas yang sesuai, yang permukaannya keras serta licin dan tebal
sedikit. Ketebalan kertas diukur mengikut ukuran berat seperti 40 gsm, 80 gsm dan
seterusnya. Bagi kegunaan melukis gunakan kertas lukisan dengan ketebalan 110 gsm.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


20
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Saiz Ukuran mm
A4 210 x 297
A3 297 x 420
A2 420 x 594
A1 594 x 841
A0 841 x 1189

Jadual 1.2 – Jadual ukuran metrik bagi kertas.

Selain daripada ukuran metrik, terdapat juga saiz dalam ukuran imperial. Dalam
jadual 1.3 di bawah, diberikan saiz-saiz kertas dalam ukuran imperial.

Saiz Ukuran inci


A 8.5 x 11.0
B 11.0 x 17.0
C 17.0 x 22.0
D 22.0 x 34.0
E 34.0 x 44.0

Jadual 1.3 – Jadual ukuran imperial bagi kertas.

1.4 Jenis Ketebalan dan Kegunaan Mata Pensil

Dalam lukisan kejuruteraan, jenis pensil perlu


diambil kira untuk menentukan mutu lukisan.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


21
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Oleh itu, penggunaan mata pensil dari jenis yang betul perlu untuk menentukan mutu
lukisan tersebut. Terdapat pelbagai jenis kelembutan mata pensil dibuat khusus untuk
membentuk garisan-garisan tertentu. Rajah 1.1 menunjukkan tahap kelembutan mata
pensil mengikut gred.

Rajah 1.6 – Tahap kelembutan mata pensil.

Untuk menentukan jenis kelembutan mata pensil boleh dirujuk kepada angka dan
huruf yang terdapat pada pensil tersebut. Jadual 1.4 menunjukkan jenis-jenis
kelembutan mata pensil mengikut angka dan huruf serta kegunaannya.

Jenis Kelembutan Mata Label Kegunaan


Pensil
1 Mata Keras 4H, 5H, 6H, Membentuk garisan
7H, 8H dan ringan.
9H.
2 Mata Sederhana Lembut 3H, 2H, H, Membentuk garisan
F dan HB am, objek, lakaran
atau menghuruf.
3 Mata Lembut B dan 2B Kerja seni melukis,
kerja lukisan seni
bina.

Jadual 1.4 – Jenis-jenis kelembutan mata pensil dan kegunaannya.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


22
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

1.5 Jenis-jenis Garisan dalam Lukisan Kejuruteraan


1.5.1 Jenis-jenis Garisan.
Dalam pembinaan lukisan kejuruteraan, terdapat berbagai-bagai jenis garisan yang
perlu digunakan. Garisan-garisan tersebut dibina mengikut fungsi yang telah
ditetapkan. Berdasarkan kepada BS 308, terdapat enam atau tujuh jenis garisan yang
digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Ketebalannya pula adalah dari 0.3 mm
sehinggalah 0.7 mm bergantung kepada penggunaaannya. Jadual 1.2 menunjukkan
jenis garisan piawai, ketebalan dan contoh penggunaannya.

Contoh Garisan Jenis Penggunaan


Garisan
1 Garisan Garisan susur dan bucu
Berterusan yang dapat dilihat.
Tebal.
2 Garisan Bucu khayalan,
Berterusan Garisan Dimensi,
Nipis. Garisan Unjuran,
Garisan Penunjuk,
Garisan Lorek,
Garisan Tengah bagi
bulatan kecil,
Garisan Susur bagi
anggota mesin yang
bergerak.
3 Garisan Had Pandangan
Berterusan sebahagian objek,
tidak Lurus Garisan Keratan Bahagian.
Nipis.
4 Garisan Garisan Susur dan Bucu
------------------------------------- Putus-putus yang tersembunyi.
Nipis.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


23
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

5 Garisan Garisan Pusat ,


Berantai Garisan Tetengah,
___ _ ___ _ ___ _ ___ _ ___ _ Nipis. Garisan Garisan Paksi,
Penunjuk Gerakan sesuatu
bahagian.
6 ___ _ ___ _ ___ Garisan Satah Keratan.
Berantai
Nipis,
_ ___ _ ___ _ Hujung dan
Bahagian
pertukaran
arah tebal.
7 Garisan Garisan pada permukaan
___ _ ___ _ ___ _ ___ _ ___ _ Berantai yang perlukan rawatan
Tebal. khas.
8 _____ _____ ______ Garisan Had pandangan sesuatu
Berterusan objek.
bersiku-siku
nipis.

Jadual 1.5 : Jenis garisan dan penggunaannya.

1.5.2 Kaedah Penggunaan Garisan.

Ketepatan dan kekemasan sesuatu lukisan kejuruteraan bergantung kepada garisan-


garisan yang baik, maka adalah amat perlu bagi setiap pelajar mengetahui tentang
kaedah melukis garisan dengan betul. Berikut adalah panduan melukis garisan dengan
baik yang perlu diikuti oleh pelajar.

1. Pensel hendaklah tajam. Jika menggunakan pensel kejuruteraan,


ketebalan mata hendaklah sesuai dengan ketebalan garisan yang
dikehendaki (biasanya jenis 0.3 mm, 0.5 mm dan 0.7 mm).
2. Mata pensel hendaklah sentiasa rapat dan tekanan yang diberikan
ketika melukis hendaklah sekata.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


24
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

3. Untuk menambah kehitaman sesuatu garisan, putarkan pensel ketika


mengerakkannya. Ini akan menghasilkan garisan yang seragam
kehitaman dan ketebalannya.

1.6 Dimensi.

Dimensi merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan ukuran sesuatu
objek yang dilukis. Lukisan hendaklah mengikut dimensi yang diberi atau mengikut
sesuatu skala yang ditentukan. Garisan yang digunakan untuk mendimensi adalah
garisan unjuran, garisan dimensi dan garisan pandu. Kesemua garisan dilukis dengan
hitam serta halus dengan menggunakan pensil gred 2H.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


25
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.7 – Garisan unjuran dan dimensi.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


26
MENYERAH DALAM BELAJAR “
MENYERAH DALAM BELAJAR “
27
“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN
digunakan untuk menunjukkan sesuatu dimensi, keterangan Garisan
atau catatan.
jenis garisan halus serta ringan. Pandu
bahagian hujung yang terdapat tanda anak panah hendaklah
menyentuh kepada garisan yang dimaksudkan tetapi untuk
tanda titik pula biasanya di antara garisan objek.
ditempatkan di luar garisan penuh dalam keadaan selari
dengan jaraknya lebih kurang 10mm. Garisan
di bahagian hujung setiap garisan dimensi dilukis anak panah
dan hendaklah menyentuh garisan unjuran. Dimensi
anak panah dilukis tidak lebih daripada 3mm panjang dan 2mm
lebar.
bahagian hujung anak panah hendaklah dilukis tajam dan tepat
menyentuh garisan unjuran.
dilukis secara terus dari bahagian yang terunjur dari titik,
Garisan
garisan atau permukaan bagi membolehkan dimensi Unjuran
ditempatkan di luar garisan penuh.
merupakan garisan tambahan bagi garisan penuh yang dilukis
dalam jarak 2mm darinya.
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.8 – Penggunaan garisan pandu tanda titik dan tanda anak panah sebagai
keterangan atau catatan.

Rajah 1.9 – Melukis garisan pandu menggunakan sesiku segitiga.

Rajah 1.10 – Penggunaan garisan pandu sebagai mendimensi bulatan.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


28
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.11 – Simbol digunakan untuk mengelakkan garisan pandu yang panjang dan
menyilang.

1.6.1 Kaedah Dimensi.

Beberapa ketetapan telah ditentukan oleh BS 308 tentang cara-cara menulis sesuatu
dimensi. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Dimensi tidak boleh ditulis di dalam objek yang dilukis. Dimensi hendaklah
ditulis diluar objek dengan menggunakan garisan unjuran.
2. Dimensi boleh ditulis sama ada mendatar atau ditulis dari bawah ke atas dan
boleh dibaca dari sebelah kanan.
3. Kepala anak panah hendaklah dilukis mengikut nisbah 3:1 untuk panjang dan
lebar masing-masing.
4. Penggunaan simbol R untuk jejari dan simbol Ø untuk garis pusat.
5. Garis unjuran yang dibuat mestilah sekurang-kurangnya 15 atau 20 mm
jaraknya dari objek dan mempunyai ruang 1 mm dari objek yang dilukis.
6. Dimensi yang terlalu besar ditunjukkan dengan menggunakan dua kepala anak
panah.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


29
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.12 – Cara melukis anak panah.

1.6.2 Dimensi Saiz

Dimensi saiz adalah memperinci ukuran sesuatu bentuk kepada bahagian yang
terkecil setelah bentuk-bentuk asas diasingkan-asingkan. Rajah 1.13 (a) di bawah
menunjukkan bentuk bergambar satu prisma yang didimensi dengan ukuran panjang,
tinggi dan lebar. Pada rajah 1.13 (b) pula menunjukkan lukisan pandangan hadapan,
pandangan sisi dan pelan. Daripada tiga pandangan ini, hanya dua pandangan sahaja
yang perlu diberi dimensi dan penempatannya seperti pada rajah 1.13 (c).

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


30
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.13 (a) – Bentuk bergambar prisma tipis.

Rajah 1.13 (b) – Lukisan tiga pandangan bentuk prisma.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


31
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.13 (c) – Dua pandangan sahaja yang perlu diberi dimensi.

Dimensi 80mm mestilah berada di antara dua pandangan seperti yang


ditunjukkan dan bukannya di atas pandangan pelan atau di bawah pandangan
hadapan. Dimensi 20mm dan 50mm pula hendaklah sejajar di antara satu dengan
yang lain.

Rajah 1.14 – Cara menempatkan dimensi bagi bentuk prisma.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


32
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Susunan garisan dimensi hendaklah disusun mengikut susunan yang betul.


Garisan dimensi yang pendek ditempatkan berhampiran dengan garisan penuh dan
dimensi yang panjang diletakkan di bahagian luar.

Mendimensi Bentuk-bentuk Prisma


Selain daripada mendimensi bentuk-bentuk prisma yang telah ditunjukkan, berikutnya
pula diberikan cara mendimensi bentuk-bentuk prisma yang lain.

(a) (b)

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


33
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

(c) (d)

Mendimensi Bentuk Silinder


Bentuk silinder juga merupakan bentuk yang lazim digunakan dan mudah. Bentuk
silinder biasanya memerlukan dua dimensi iaitu pada bahagian panjang silinder dan
garis pusat. Kedua-dua dimensi ditempatkan pada pandangan hadapan.

Rajah 1.15 – Mendimensi bentuk silinder.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


34
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Dimensi garis pusat boleh menggunakan simbol seperti yang ditunjukkan pada
rajah 1.16. Simbol ini ditempatkan pada sebelah hadapan angka dan saiznya adalah
sama sepertimana saiz angka. Ia dilukis bulat dan direntas oleh garisan condong
melalui pusat bulatan pada sudut 60.

Rajah 1.16 – Penggunaan simbol garis pusat.

Mendimensi Bentuk Kon, Piramid dan Sfera


Mendimensi saiz kon memerlukan dua dimensi, iaitu saiz garis pusat tapak dan
ketinggian kon yang dilihat dalam bentuk segitiga. Rajah 1.17 (a) menunjukkan cara
menempatkan dimensi bentuk kon. Dalam rajah 1,17 (b) pula adalah bentuk kon
terpenggal. Bentuk ini memerlukan sekurang-kurangnya tiga dimensi iaitu saiz garis
pusat tapak, saiz garis pusat bulatan terpenggal yang dilihat dalam bentuk prisma.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


35
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.17 (a) dan (b) – Mendimensi bentuk kon dan kon terpenggal.

Bagi bentuk piramid, ia memerlukan tiga dimensi iaitu dimensi ketinggian


piramid yang dilihat dalam bentuk segitiga, dimensi lebar dan panjang tapak piramid
yang dilihat dari pelan.

Rajah 1.18 – Mendimensi bentuk piramid.

Bagi bentuk sfera yang mana lazimnya dimensi diberikan untuk garis pusat
sahaja.

Rajah 1.19 – Mendimensi bentuk sfera.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


36
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

1.6.3 Dimensi Lokasi.


Dimensi lokasi diguna bagi menentukan kedudukan bentuk-bentuk asas geometri
yang terdapat pada sesuatu bongkah. Bentuk-bentuk ini meliputi bentuk lubang, bulat,
persegi, segitiga dan sebagainya. Rajah 1.20 (a) menunjukkan pandangan bergambar
satu prisma segiempat kecil terletak di atas satu prisma segiempat besar. Manakala
rajah 1.20 (b) menunjukkan penggunaan dimensi lokasi dalam lukisan pada
pandangan atas bagi menunjukkan kedudukan sebenar prisma kecil di atas prisma
besar mengikut ukurannya. Cara mendimensi seperti ini dapat menentukan kedudukan
sebenar sesuatu bentuk yang terdapat pada sesuatu objek.

Rajah 1.20 (a) – Pandangan bergambar prisma segiempat.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


37
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.20 (b) – Penggunaan dimensi lokasi dalam lukisan pandangan atas prisma segiempat.

Contoh-contoh lain dimensi lokasi

Rajah 1.21 – Contoh dimensi lokasi.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


38
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.22 – Contoh dimensi lokasi.

Rajah 1.23 – Dimensi lokasi bagi menentukan lokasi sebenar dua lubang pada permukaan
prisma.
Bagi rajah 1.24 di bawah, diberikan satu contoh yang menempatkan dimensi
saiz dan dimensi lokasi pada satu objek. Dalam rajah tersebut, dimensi yang ditanda
dengan S adalah dimensi saiz manakala dimensi yang ditanda dengan L adalah
dimensi lokasi.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


39
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.24 – Menentukan dimensi saiz dan dimensi lokasi.

1.6.4 Susunan Angka Dimensi


Terdapat dua sistem bagi menentukan susunan angka dalam dimensi lukisan iaitu
sistem berjajar dan sistem ekaarah.

Sistem Berjajar

• angka dan huruf ditempatkan pada sebelah atas garisan dimensi dan
kedudukannya di bahagian tengah garisan.
• juga digunakan pada garisan dimensi menegak dan dibaca dari arah sebelah
kanan.
• juga digunakan pada garisan dimensi mengufuk dan dibaca dari arah sebelah
bawah.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


40
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.25 – Mendimensi sistem berjajar.

Sistem Ekaarah

• kesemua angka dalam dimensi ditulis dalam keadaan tegak, sama ada pada garisan
dimensi tegak ataupun pada garisan dimensi mengufuk.

• Kesemua dimensi dibaca dari arah sebelah bawah lukisan dan cara begini lebih
mudah untuk membaca dimensi sesuatu lukisan.

Rajah 1.26 – Mendimensi sistem ekaarah.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


41
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Mendimensi Ruang Terhad


Jika ruang untuk mendimensi agak terhad maka mendimensi boleh dilakukan
mengikut kaedah pilihan lain seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.27 dibawah.

Rajah 1.27 – Kaedah mendimensi bagi ruang yang terhad.

Mendimensi Sudut

Bukaan sesuatu sudut biasanya dilukis dengan bentuk segitiga mengikut saiz yang
berbeza-beza. Bukaan sudut sesuatu bentuk lazimnya ditanda dengan angka yang
disusuli dengan simbol darjah (°). Garisan dimensi dilukis secara lengkuk dengan
menggunakan alat jangka lukis berpusatkan titik persilangan mercu bukaan sudut
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.28 (a).

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


42
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.28 (a) – Garisan dimensi yang dilukis secara lengkuk.

Dalam rajah 1.28 (b) pula menunjukkan cara mendimensi bukaan sudut pada
satu bongkah. Penentuan ruang yang mencukupi bagi menempatkan garisan dimensi
pada bukaan sesuatu sudut memainkan peranan. Jika ada ruang yang mencukupi,
garisan dimensi boleh ditempatkan seperti pada rajah 1.28 (b). Sebaliknya jika ruang
mendimensi terhad maka pilihan mendimensi seperti rajah 1.28 (c) boleh dilakukan.
Ketika menempatkan dimensi cuba elakkan dari meletakkan garisan dimensi pada
bucu atau penjuru bahagian bukaan sudut seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.28
(d).

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


43
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.28 (b) Rajah 1.28 (c)

Rajah 1.28 (d)

Kedudukan bukaan sudut dan cara menempatkan angka dimensi ditunjukkan


seperti dalam rajah 1.29.

Rajah 1.29 – Kedudukan angka dimensi untuk bukaan sudut.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


44
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Mendimensi Bulatan
Saiz sesuatu bulatan ditentukan dengan dimensi garis pusat. Garisan dimensi boleh
ditempatkan merentas bulatan melalui titik pusat dan pada bahagian hujungnya
ditanda anak panah yang menyentuh bulatan. Jika bulatan yang hendak di dimensi itu
terhad ruangnya, maka penggunaan garisan pandu akan diaplikasikan. Kecondongan
garisan pandu bagi mendimensi bulatan biasanya dalam bukaan sudut 30°, 60° dan 45
°.

Rajah 1.30 – Cara mendimensi bulatan.

Mendimensi garis pusat bulatan hendaklah ditempatkan pada bahagian


pandangan yang sesuai supaya ia jelas dan mudah difaham. Terutamanya bagi
pandangan sisi yang tidak menampakkan bulatan hendaklah mendimensi seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 1.31. Dalam rajah tersebut terdapat beberapa bilangan
bulatan sama pusat yang berlainan saiz garis pusatnya. Dengan yang demikian
dimensi garis pusatnya hendaklah ditunjukkan mengikut bilangan bulatan yang
berlainan saiz, dan hendaklah ditempatkan pada bahagian yang sesuai.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


45
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.31 – Mendimensi bulatan bagi pandangan yang dilihat dari sisi.

Rajah 1.32 – Pilihan cara lain mendimensi garis pusat bulatan mengikut kesesuaian bentuk
objek.

Mendimensi Lengkuk

Garisan lengkuk mestilah didimensi dengan menggunakan garisan dimensi yang


merentas atau menyentuh titik pusat lengkuk tersebut. Garisan dimensinya
mempunyai hanya satu sahaja anak panah dan kedudukannya adalah pada bahagian
hujung garisan yang menyentuh garisan lengkuk. Huruf J lazimnya diletakkan
sebelum angka dimensi, huruf ini adalah singkatan perkataan jejari. Bagi lengkuk
yang mempunyai ruang yang mencukupi untuk dimensi, kedudukan angka dan anak
panah hendaklah ditempatkan pada bahagian dalam lengkuk.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


46
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.33 (a)

Jika keadaan ruang mendimensi lengkuk terhad, maka garisan dimensi


bolehlah diunjur terus dari titik pusat keluar melepasi garisan lengkuk.

Rajah 1.33 (b)

Bagi lengkuk yang tidak mempunyai lokasi tanda pusat bolehlah didimensi
dengan salah satu cara daripada kaedah yang ditunjukkan dalam rajah 1.34.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


47
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.34 – Mendimensi jejari lengkuk yang tidak mempunyai lokasi pusat.

Rajah 1.35 – Mendimensi jejari sfera.

1.7 Latihan Pengukuhan

1. Jelaskan spesifikasi piawai yang telah ditetapkan dalam lukisan kejuruteraan.


2. Terangkan dengan jelas perbezaan kelembutan mata pensil berserta dengan
penggunaannya.
3. Lengkapkan jadual dibawah berdasarkan jenis peralatan lukisan kejuruteraan serta
kegunaannya.

Peralatan Kegunaan

Jangka Lukis i.

ii. Membina lengkuk elips dan pilin.

Set Segitiga iii.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


48
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

iv. Digunakan untuk melukis bulatan atau lengkuk


tanpa menggunakan alat jangka lukis.

4. Dimensi merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menentukan ukuran


sesuatu objek yang dilukis.

Nyatakan dan jelaskan dengan terperinci garisan-garisan yang terlibat dalam


mendimensi lukisan kejuruteraan.

5. Dengan menggunakan kertas lukisan, lukiskan dua corak dalam bulatan seperti
pada rajah 1.36 dengan menggunakan alatan jangka lukis, sesiku T, sesiku segitiga
dan pensil HB serta 2H.

Rajah 1.36

6. Lukiskan corak yang diberi dalam rajah 1.37 dengan menggunakan alatan jangka
lukis, sesiku T, sesiku segitiga dan pensil HB serta 2H.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


49
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.37

7. Diberi ialah corak-corak dalam dua bulatan. Lukiskan semula coraknya di atas
kertas A3 mengikut ukuran dengan menggunakan jangka lukis, sesiku T, sesiku
segitiga dan pensi HB serta 2H.

Rajah 1.38

8. Lukiskan semula bentuk gambar dalam rajah 1.39 dengan skala penuh di atas
kertas A3. Sertakan dimensi lukisan.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


50
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 1.39

9. Dalam rajah 1.40 adalah satu bentuk gasket. Lukiskan semula bentuk ini di atas
kertas 297 x 420 mm mengikut skala penuh.

Rajah 1.40

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN


51
MENYERAH DALAM BELAJAR “
UNIT 1 – PENGENALAN ASAS LUKISAN KEJURUTERAAN

10. Lukis semula gambar bongkah dalam rajah 1.41 mengikut skala penuh di atas
kertas 297 x 420 mm.

“TUNTUTLAH
ILMU. DI SAAT
KAMU MISKIN, Rajah 1.41

IA AKAN
MENJADI
HARTAMU. DI
SAAT KAMU
KAYA, IA AKAN
MENJADI
PERHIASAN MU.

“ LELAH DALAM BELAJAR ITU BIASA TETAPI JANGAN
MENYERAH DALAM BELAJAR “
52

You might also like