You are on page 1of 5

KERJA-KERJA PERMULAAN DI TAPAK

PENERANGAN :

Kerja permulaan ialah kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala
bentuk kemudahan dan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan
sebenar dilakukan. Ianya dijalankan selepas kerja-kerja penyediaan tapak selesai.
Kerja-kerja permulaan termasuklah menyediakan :

a. Pejabat dan tempat tinggal sementara

b. Bekalan air untuk kerja

c. Bekalan kuasa elektrik untuk kerja

d. Jalan-jalan sementara (access road)

e. Kemudahan telefon

f. Papan-papan tanda

g. Lindungan sementara, hoarding, pagar dawai dan sebagainya.

Laluan sementara

Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan, peralatan dan


sebagainya ke tapak bina. Jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Pada
kebiasaannya, laluan sementara ini dibina di atas tapak yang telah dikenalpasti
sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut apabila siap nanti.

Pada peringkat permulaan kerja, laluan yang telah dikenalpasti biasanya ditabur
batu sebagai asas jalan dan apabila kerja-kerja telah selesai barulah jalan itu
disempurnakan.

Walaupun jalan-jalan sementara ini hanya digunakan untuk urusan keluar masuk ke
tapak pembinaan sahaja namun ianya hendaklah dijaga dengan elok supaya urusan
keluar masuk ke tapak binaan tidak terganggu.

Selain itu jalan yang becak dan berlumpur hendaklah dibaiki segera supaya tidak
mengganggu keselesaan pengguna jalanraya dan penduduk di sekitarnya.
Pejabat sementara dan tempat tinggal sementara

Bagi projek besar yang memakan masa agak lama untuk menyiapkannya, pejabat
sementara, tempat-tempat tinggal untuk pekerja, kantin, setor untuk menyimpan
bahan-bahan binaan, jentera serta peralatan dan tempat berteduh diperlukan.

Sekiranya sesebuah projek itu memerlukan pejabat, perkara-perkara berikut perlu


dinilai :

a. Kos permulaan pembinaan pejabat; kos melengkapkan pejabat dengan lantai,


dinding, siling dan sebagainya. Kos menghias bahagian dalam pejabat, kos
membekal kelengkapan elektrik, bekalan kuasa elektrik dan kos perabot.

b. Tempoh menggunakan pejabat itu biasanya tujuh tahun. Bagi mendapatkan


kos penggunaan setahun, bahagikan kos permulaan dengan tempoh guna.

c. Kos pengangkutan (dari tapak bina ke tapak bina lain)

d. Kos membuka semula pejabat apabila projek selesai.

Anggaran perbelanjaan penyediaan bilik rehat pekerja, setor dan tempat berteduh
boleh dibuat sama seperti cara di atas.

Lindungan sementara, papan iklan, adangan (hoarding), pagar dawai dan


sebagainya

Kuantiti bahan yang digunakan untuk menyediakan kemudahan ini hendaklah


dianggarkan dan harga bahan ditentukan mengikut cara yang biasa. Peruntukan
hendaklah disediakan untuk membiayai kerja-kerja membuka dan menanggalkan
kemudahan ini setelah projek selesai dengan jangkaan pembaziran yang
berpatutan.

Di tempat-tempat yang tertentu, papan tanda iklan perlu dipasang. Sebelum itu
kontraktor perlu mendapatkan kelulusan bagi meletak dan memasang papan iklan
daripada pihak yang berkuasa lebih-lebih lagi jika kedudukan papan iklan di tempat
orang lalu lalang.

Papan iklan boleh disediakan tanpa sebarang bayaran jika kontraktor berunding
terlebih dahulu dengan syarikat pengiklanan. Sekaligus syarikat itu mengiklankan
perkhidmatan syarikatnya. Walau bagaimanapun sebelum hal tersebut dilakukan,
kontraktor perlu mendapatkan kebenaran pihak pelanggan atau wakilnya dan
kebenaran pihak berkuasa. Di samping itu pihak kontraktor juga perlu
menganggarkan kos lampu keselamatan, notis amaran dan sebagainya.
Bekalan air

Bagi mendapatkan paip sementara, kontraktor perlu memohon kelulusan daripada


Jabatan Bekalan Air dengan menjelaskan bayaran pendahuluan pada kadar yang
ditetapkan sebelum bekalan air disediakan. Kadar bayaran yang tertentu juga
dikenakan bagi kuantiti air yang digunakan berdasarkan kepada meter yang
disediakan. Perbelanjaan lain yang perlu ditanggung oleh kontraktor ialah kos
memasang paip, saluran getah dan tempat takungan air sementara di tapak bina.

Lampu dan kuasa untuk kerja

Bekalan kuasa atau elektrik merupakan suatu perkara yang penting perlu diadakan
di tapak bina. Kegunaan kuasa ini adalah untuk tujuan mengendalikan peralatan-
peralatan mesin dan juga memasang lampu pada waktu malam bagi tujuan
keselamatan. Tanpa bekalan elektrik peralatan-peralatan kuasa dan mesin tidak
dapat digunakan yang mana akan menjejaskan proses pelaksanaan kerja.

Untuk menyediakan kemudahan ini, perbelanjaan-perbelanjaan berikut hendaklah


diambil kira:

a. Bayaran yang dikenakan oleh TNB

b. Kos pendawaian dan pelan kuasa di tapak bina.

c. Kos lampu

d. Kos transformer untuk menyalurkan bekalan kuasa yang sesuai.

e. Kos membuka atau menanggalkan kelengkapan elektrik setelah projek siap


dan memindahkan kelengkapan itu ke tempat lain. Sekiranya tidak terdapat bekalan
elektrik di kawasan tapak bina, perbelanjaan menggunakan generator dan
sebagainya perlu diambil kira.

Kemudahan telefon

Kemudahan telefon penting untuk melancarkan kerja-kerja pembinaan. Segala


urusan termasuklan membeli bahan-bahan, peralatan dan sebagainya dapat
diuruskan dengan lebih cepat. Urusan untuk mendapatkan bekalan telefon
sementara boleh dibuat dengan cara berhubung dengan pihak Telekom. Bayaran
pendahuluan dan bayaran pemasangan dikenakan pada kadar yang tertentu.
Susun atur tapak bina

Susun atur tapak harus dibuat untuk menempatkan kedudukan pejabat, rumah
kongsi, tempat letak loji dan lain-lain lagi.

Kedudukan pejabat tapak dan kongsi pekerja

- Kedudukan pejabat harus diatur agar senang dimasuki oleh mereka yang
terlibat.

- Sebaik-baiknya berdekatan jalan masuk

- Saiz dan reka bentuk pejabat tapak bergantung kepada saiz projek.

- Keperluan kongsi bergantung kepada jumlah pekerja-pekerja.

Tempat letak kereta

- Tempat letak kereta diperlukan oleh kakitangan tapak. Biasanya, ia ditempatkan


berdekatan dengan pejabat tapak.

- Selain itu, tempat letak kereta juga perlu untuk pihak-pihak lain yang berurusan
dengan projek tersebut seperti pembekal bahan, pihak berkuasa tempatan dan
agensi-agensi lain.

Setor tapak dan kantin

- Setor-setor harus terkawal dan terletak berdekatan pejabat tapak.

- Lazimnya dibuat daripada bangsal kayu berkunci.

- Kantin dan kemudahan kebajikan juga perlu dibina.

Lokasi sesalur bekalan perkhidmatan tapak bina

- Sambungan sesalur paip air untuk kegunaan pejabat tapak, kongsi, dan stand
pipes untuk membancuh konkrit dan mortar.

- Perkhidmatan telefon sementara untuk kegunaan pejabat dan pekerja.


- Bekalan elektrik sementara untuk kegunaan pejabat, kongsi, setor dan
sebagainya.

Jalan masuk

- Jalan masuk dan jalan keluar sebaiknya satu laluan sahaja.

- Papan tanda petujuk bagi memudahkan pergerakan kenderaan dan logi.

- Pastikan kedudukan kemudahan seperti paip air, peparit dan jarak dengan
binaan tidak menghalang pergerakan loji-loji.

Pagar hoarding

- Untuk melindungi kawasan projek dan keselamatan orang awam.

- Pagar boleh dibuat menggunakan dawai berangkai, papan beserta mesh


reinforcement jenis febrik diantara dua muka, bingkai kayu dengan permukaan
plywood dan sebagainya.

Papan tanda pembinaan

- Kontraktor hendaklah mengadakan, mendirikan, mengecat dan menyenggara


satu papan tanda di dalam Bahasa Melayu seperti yang ditunjukkan dalam pelan-
pelan yang berkenaan atau seperti yang diarahkan oleh Pegawai Penguasa.

- Papan tanda hendaklah didirikan di tempat yang nyata di tapak bina seperti
yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa.

You might also like