You are on page 1of 21

SEMESTER SEMESTER 1 SVM SESI 2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM TEKNOLOGI PEMBINAAN/SVM

KOD KURSUS WTP 3043 BUILDING CONSTRUCTION SUPERVISION 1

KOMPETENSI 3.0 CARRY OUT BUILDING CONSTRUCTION RESOURCES


PREPARATION

KOMPETENSI 3.1 Confirm building construction scope of work


UNIT 3.2 Confirm manpower requirement
3.3 Confirm subcontractor scope of work
3.4 Confirm materials requirement
3.5 Confirm tools, equipment and machineries requirement
3.6 Arrange building construction resources

TUJUAN Training must be able to :


1. Confirm residential building construction drawing
2. Prepare residential building construction daily work schedule
3. Carry out building construction resources preparation
4. Complete request inspection form

WTP 3043/K03/NK01-04
NO KOD
EDISI 2018
MUKA : 01 DARIPADA 20

NO KOD JPK
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 2 Drp:20

PENERANGAN
1.0 Building Construction Scope of Work (Skop Kerja Pembinaan Bangunan)
Scope of Work dikenali juga dengan nama singkatannya SOW. SOW merupakan maklumat
skop kerja projek atau hal-hal berkaitan aktiviti kerja projek yang dilaksanakan.

1.1 Kerja-Kerja Awalan (Preliminaries)

1.1.1 Pendahuluan
Kerja-kerja awalan adalah kerja yang dibuat selepas kerja pembersihan tapak. Kerja
awalan adalah bermula daripada selesai kerja pembersihan tana/tapak (site clearing)
dan bermulanya untuk membuat ukuran 1 titik mati atau TBM. Kerja awalan yang
paling penting adalah laluan sama ada sementara atau tetap untuk kemudahan semua
urusan di tapak bina.

1.1.2 Perkara Yang Perlu Untuk Kerja Awalan (Preliminaries)


Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kerja-kerja Awalan atau
Preliminaries dalam sesuatu pelaksanaan kerja. Walaubagaimanapun, ia tertakluk
mengikut kesesuaian skop kerja:-
- Bon Pelaksanaan
- Insuran Kerja
- Insuran Tanggungan Awam
- Bon Untuk Bayaran Pendahuluan
- Papan Tanda Projek
- Levi CIDB untuk projek RM 500,000.00 ke atas
- Hoarding
- Site Office
- Work Programme
- Site Security
- Penjilidan Dokumen Kontrak
- Kenderaan Untuk Pegawai Penguasa (SO)
- Bekalan Air dan Elektrik
- Kemudahan Untuk Pejabat Tapak seperti mesin fax, mesin fotokopi, komputer,
kamera dan lain-lain lagi.
- Design Guarantee Bond
- Kebersihan Di Tapak Projek

1.1.3 Pelan Binaan


Sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan terlebih dahulu hendaklah dikenal pasti
pelan pembinaan. Ini adalah supaya kerja-kerja pembinaan sesebuah bangunan atau
pun rumah betul-betul dilakukan di dalam pelan tapak yang di cadangkan dan tidak
memasuki ke dalam lot tanah yang lain. Disamping itu, satu set pelan lengkap yang
menunjukkan butiran pada lantai. Dan bumbung serta pelan keratan bahagian-
bahagian yang tertentu. Tujuannya antara lain ialah untuk mengemas dan melincinkan
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 3 Drp:20

proses pembangunan sesuatu kawasan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam


pelan induk sesuatu kawasan.

1.1.4 Ukur Dalam Pembinaan


Dalam kerja ukur biasa, pengukuran dan pengumpulan segala maklumat dibuat
dilapangan. kemudian pemprosesan dan persembahan dibuat. Sebaliknya dalam ukur
memancang tanda, contohnya kerja pemancangan piket-piket tengah lengkung,
kedudukan piket-piket dikira dan di pindahkan ke tempat cadangan atau pembinaan.
Kerja memancang tanda mempunyai kaitan dengan ukur kawalan (ufuk dan pugak)
selain itu kerja-kerja menentukan sempadan ini di mulakan dengan mencari batu –
batu sempadan yang ditanam berpandukan kepada pelan-pelan tanah/ tapak yang telah
disahkan. Kerja menyukat tanah perlu dilakukan ke atas batu-batu sempadan untuk
memastikan keluasan sebenar sesebuah lot tanah itu sama seperti yang terdapat di
dalam pelan.

1.1.5 Binaan Sementara


Kerja permulaan ialah kerja-kerja awalan yang dilakukan untuk memberikan segala
bentuk kemudahan keselamatan di tapak bina sebelum kerja-kerja pembinaan sebenar
dilakukan termasuklah menyediakan :-
a) pejabat dan tempat tinggal sementara
b) bekalan air untuk kerja
c) bekalan kuasa elektrik untuk kerja
d) jalan-jalan sementara(access road)
e) kemudahan telefon
f) papan-papan tanda
g) lindungan sementara (hoarding atau pagar)

1.1.6 Laluan Sementara


Untuk memudahkan kerja-kerja penghantaran bahan-bahan peralatan dan sebagainya
ke tapak bina, jalan-jalan sementara hendaklah dibina. Laluan ini dibina di atas tapak
yang telah dikenal pasti sebagai jalan utama menuju ke bangunan tersebut. Jalan
sementara diperlukan utk membawa masuk/keluar bahan-bahan, menghubungkan
antara laluan masuk, kawasan sempadan dan tempat aktiviti pembinaan.
Keperluannya sama seperti laluan masuk yang mempunyai keupayaan menggalas
beban kenderaan yang berat.

1.1.7 Pejabat Tapak


Projek yang besar memerlukan pejabat tapak bagi maksud pengurusan pembinaan.
Pejabat tapak digunakan oleh kakitangan pengurusan konktraktor dan perundingan.
Setiap perbincangan adalah dilakukan disitu.

1.1.8 Stor Simpanan


Dibina berdekatan dengan laluan masuk supaya mudah untuk membuat tempat
penyimpanan barang dan menyimpan bahan serta peralatan yang perlu di beri
perlindungan cuaca. Contohnya simen, cat, kerja besi, untuk tingkap dan pintu ,papan
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 4 Drp:20

lembut dan lain-lain. Kedudukan stor ini perlu lebih hampir kepada tempat kerja dan
mempunyai ciri-ciri keselamatan.

1.1.9 Kantin
Dibina berhampiran dengan tempat kerja bagi menjimatkan masa perjalanan untuk
mencari tempat makan dan minum. Kemudahan asas juga mestilah disediakan agar
senang untuk membeli.

2.0 Manpower Requirement (Keperluan Tenaga Kerja)

Tenaga kerja merupakan salah satu aset yang terpenting di dalam industri pembinaan
selain daripada modal, mesin, bahan dan kepakaran. Tenaga kerja di sektor pembinaan
boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu tenaga kerja am, tenaga keja
separuh mahir dan tenaga keja mahir. Proses pembinaan memerlukan empat sumber
utama yang terdiri daripada modal, buruh, loji dan bahan. Sumber-sumber ini perlu
diuruskan dengan efisyen agar peningkatan kos akibat pembaziran sumber tidak berlaku.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 5 Drp:20

Tenaga kerja merupakan sumber yang penting kerana tanpanya pembinaan tidak dapat
dilaksanakan. Sumber tenaga kerja ini boleh dikategorikan kepada tiga jenis tenaga kerja
iaitu tenaga kerja mahir, tenaga kerja separa mahir dan tenaga kerja tidak mahir.
Mengikut Bathurst (1978), tenaga kerja akan mengambil 44% daripada kos pembinaan
bangunan sementara 56% lagi diambil oleh bahan binaan yang digunakan.
Antara aset yang paling penting dalam menghasilkan mutu pembinaan yang dihasilkan
ialah pekerja atau buruh. Pekerja mesti diurus dan dipimpin dengan baik supaya matlamat
organisasi dapat dicapai (Hashim Fauzy, 2000).
2.1 Pembahagian Tenaga Kerja Dalam Industri Pembinaan

Menurut Firuz (1992), pembahagian tenaga kerja dalam industri pembinaan boleh
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:
i. Pembahagian secara menegak
ii. Pembahagian secara mendatar

a. Pembahagian Tenaga Kerja Secara Menegak


Kumpulan tenaga yang besar perlu dibahagikan ke dalam suatu bentuk sistem hiraki yang
dapat membezakan di antara satu sama lain. Cara pembahagian seperti ini mengikut
pembahagian buruh yang menggunakan otak (fikiran dan ilmu) dan tangan (tenaga). Oleh
itu, kumpulan buruh dibahagikan mengikut organisasi ini yang mana setiap hiraki darjah
keperluan adalah berbeza-beza ke atas dua aspek tersebut.

Rajah 3 menunjukkan organisasi pentadbiran di tapak bina, di mana tempat yang paling
atas diisi oleh pengurus projek. Pengurus projek ini ditempatkan di atas kerana
kebanyakan tugas dan peranannya melibatkan soal-soal pentadbiran di tapak bina. Tugas
pengurus projek ini lebih menekankan penggunaan kemahiran otak (berfikir dan ilmu).
Sementara itu, tenaga kerja binaan pula diletakkan di tempat yang paling bawah di dalam
carta organisasi tersebut. Tenaga binaan ini hanya melakukan kerja-kerja yang
menggunakan kemahiran 'tangan' (tenaga) di dalam melaksanakan tugasnya.

b. Pembahagian Tenaga Kerja Secara Mendatar


Cara pembahagian tenaga kerja jenis ini menekankan pengkhususan kerja di mana
kumpulan tenaga kerja ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai
kemahiran yang tertentu terhadap satu-satu kerja yang spesifik sahaja. Selalunya
pembahagian buruh jenis ini dihubungkaitkan dengan bahan. Contohnya, bata dikaitkan
dengan tukang bata, kayu dikaitkan dengan tukang kayu dan sebagainya.

Pembahagian tenaga kerja jenis ini telah mula dipraktikkan pada zaman feudalisma di
England lagi. Pada zaman tersebut, tenaga kerja seperti tukang kayu dibezakan dengan
petani yang mana tukang kayu berkemahiran di dalam membina rumah, perabut dan
sebagainya. Manakala petani pula dikaitkan dengan penyediaan bahan-bahan makanan.
Pertukaran keperluan di antara kedua-dua golongan ini pula berlaku di dalam
pembahagian keperluan penginapan dan makanan dan ia dikawal oleh tuan tanah.

Cara pembahagian kumpulan tenaga kerja secara mendatar ini ditunjukkan dalam Rajah
3. Pembahagian tenaga kerja mahir ini dipecahkan kepada beberpa kumpulan tenaga
kerja seperti tukang konkrit, tukang bata, tukang kayu, tukang besi dan sebagainya.
Setiap kumpulan ini mempunyai kemahiran masing-masing dan tidak berupaya untuk
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 6 Drp:20

melakukan kerja dari kumpulan lain.

2.2 Kategori Tenaga Kerja

Secara amnya, tenaga di dalam industri binaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori
iaitu tenaga kerja am, tenaga kerja separa mahir dan tenaga kerja mahir.

a. Tenaga Kerja Am

Tenaga kerja am ini tidak mempunyai sebarang kemahiran dan kepakaran di dalam
melakukan kerja-kerja binaan (Rojiah, 1995). Selalunya, tenaga kerja diperingkat ini
adalah dikalangan mereka yang baru mula bekerja dan ia biasanya menjadi pembantu
kepada tenaga kerja mahir dan tenaga kerja separa mahir di dalam melakukan kerja-kerja
binaan. Oleh itu, bekalan tenaga kerja untuk tenaga kerja ini lebih mudah diperolehi
daripada tenaga kerja mahir dan tenaga kerja separa mahir. Upah yang diterima adalah
lebih rendah. Tenaga kerja ini masih mempunyai peluang untuk meningkatkan status
mereka dengan memperolehi taraf kemahiran mereka untuk menjadi tenaga kerja separa
mahir dan tenaga kerja mahir (Norlinda,1999). Ini diperolehi dengan pengalaman bekerja
yang lama.

b. Tenaga Kerja Separa Mahir

Tenaga kerja separa mahir ini lazimnya akan bekerja bersama-sama dengan tenaga kerja
mahir di tapak bina. Walaupun begitu tahap kemahiran tenaga kerja ini tidak semahir dan
secekap tenaga kerja mahir yang banyak membuat keputusan dalam menentukan cara
kerjanya. Kebiasaanya tenaga kerja separa mahir ini adalah terdiri daripada pelatih-
pelatih lepasan-lepasan institusi kemahiran seperti IKBN, ABM, IKM, Kolej Vokasional
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 7 Drp:20

dan sebagainya yang baru menamatkan tempoh perintis. Pengalaman bekerja mereka
dalam bidang yang mereka ceburi itu kurang daripada 3 tahun.

c. Tenaga Kerja Mahir

Tenaga kerja mahir bolehlah ditakrifkan sebagai seorang pekerja yang telah diiktiraf
kebolehan dan kepakarannya serta cekap dalam bidang yang diceburinya serta
mempunyai mutu kerja yang berkualiti, (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan "Tenaga
Mahir Membina Negara"). Menurut Fairuz (1992), tenaga kerja mahir ini didefinasikan
sebagai seseorang yang mempunyai latar belakang kemahiran dari institusi-institusi
kemahiran tertentu dan dibuktikan dengan pensijilan. Selain itu, seseorang yang telah
menjadi perintis dalam sesuatu bidang dalam tred kerja yang diceburi dalam bidang
pembinaan untuk beberapa tahun dan membuatkannya mahir dalam bidang tersebut
sungguh pun tidak menjalani latihan formal.

Tenaga kerja mahir ini biasanya melakukan kerja-kerja seperti tukang bata, tukang
pembengkok besi, tukang kayu, jurugegas dan sebagainya. Kepakaran yang dimiliki oleh
tenaga kerja mahir ini biasanya diperolehi daripada pengalaman, pengetahuan dan bakat
individu tersebut (Shafinaz, 2001). Seseorang buruh itu dianggap sebagai tenaga kerja
mahir jika ia mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun dan lebih
selepas tempoh perintisnya. Biasanya upah yang diterima ini lebih tinggi daripada tenaga
kerja am dan separa mahir. Proses untuk menjadi tenaga kerja mahir memerlukan masa
yang lama dan panjang. Ini memberi implikasi terhadap penghasilan tenaga kerja mahir
berjalan dengan perlahan dan tidak mampu memenuhi permintaan semasa. Pembayaran
perkhidmatan terhadap tenaga kerja mahir ini adalah paling tinggi berbanding dengan
kategori tenaga kerja lain mengikut kepakaran mereka.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 8 Drp:20

2.3 Sumber Tenaga Kerja

Pengambilan tenaga kerja di dalam industri pembinaan di Malaysia melibatkan dua


sumber utama. Pengambilan tenaga kerja daripada dalam negara dan luar negara.

a. Pengambilan Tenaga Kerja Dalam Negara

Sumber tenaga kerja dalam negara merupakan satu sumber yang terpenting kepada
industri pembinaan kerana ia melibatkan pengolahan sumber manusia di Malaysia.
Biasanya tenaga kerja tempatan ini datang daripada negeri yang kurang maju (Rojiah,
1995). Dalam tahun 1970an berlaku jumlah penghijrahan yang tinggi di dalam negeri.
Pola pergerakan penghijrah-penghijrah (tenaga kerja tempatan) meliputi sebahagian
besarnya mereka berhijrah ke negeri-negeri yang maju seperti Selangor dan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Mereka yang berhijrah ke dua negeri tersebut datang
daripada negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perak, Pulau
Pinang Negeri Sembilan dan Johor. Bagi penghijrah-prnghijrah yang berasal Negeri
Pantai Timur Semenanjung Malaysia destinssi mereka adalah tertumpu ke Negeri
Pahang. Pengambilan tenaga kerja tempatan terutamanya tenaga kerja mahir dan separa
mahir ini diambil daripada institusi-institusi kemahiran awam seperti Institut Kemahiran
Mara (IKM), Akademi Binaan Malaysia (ABM), Institut Latihan Perindustrian (ILP),
Kolej Vokasional dan sebagainya.

b. Pengambilan Tenaga Kerja Asing

Peningkatan dalam penghijrah untuk mencari pekerjaan yang berlaku semenjak


pertengahan tahun 1970 an di Malaysia telah menimbulkan pelbagai isu yang besar.
Perkara ini dapat dilihat sebagai satu proses yang membawa faedah ekonomi bersama dan
perubahan sosial kepada kedua-dua negara pengirim dan penerima (Rojiah, 1995). Tidak
dapat dinafikan pengambilan buruh daripada luar negara telah menyumbang
membangunkan industri pembinaan di negara ini. Kekurangan tenaga kerja yang dihadapi
oleh pihak kontraktor-kontraktor menyebabkan permintaan terhadap tenaga kerja itu
meningkat. Ini menyebabkan kadar upah meningkat secara mendadak.
Peningkatan kadar upah ini menggalakkan kemasukan tenaga kerja asing terutamanya
dari negara Indonesia, Bangladesh, Thailand dan sebagainya.

2.4 Trend Pekerja Asing Yang datang Ke Malaysia

Menurut Rojiah (1995), salah satu tempat yang menarik untuk mencari peluang pekerjaan
di Asia Tenggara adalah Malaysia. Antara destinasi-destinasi utama penghijrahan pekerja
asing ini ke Malaysia adalah seperti berikut:
i. Pekerja asing dari Negara Filipina ke destinasinya ke Sabah dan Sarawak
ii. Pekerja asing dari Kalimantan, Indonesia ke Negeri Sabah dan Sarawak
iii. Pekerja asing dari Sumatera dan pulau-pulau yang berdekatan ke Semenanjung
Malaysia
iv. Pekerja asing dari Thailand destinasinya adalah negeri-negeri di utara Semenanjung
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 9 Drp:20

Malaysia

2.5 Tenaga Kerja Mengikut Tred

Berikut adalah senarai kategori dan tred kerja-kerja Bangunan yang telah ditetapkan oleh
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Construction Industry Skill
Standards (1999).

3.0 Subcontractor Scope of Work (Skop Kerja Subkontraktor)

Kontraktor merupakan orang perseorangan atau syarikat yang bertanggungjawab


dalam pembinaan bangunan. Mereka bertanggungjawab terhadap kerja-kerja di tapak
bina. Ini bermakna kontraktor akan merialisasikan / menganalisa apa yang direka
bentuk oleh arkitek pada pelan. Mereka perlu memahami segala peraturan yang
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 10 Drp:20

terkandung dalam surat perjanjian pembinaan yang dibuat oleh pihak berkuasa
tempatan. Mereka juga hendaklah melakukan kerja-kerja dengan teratur dan cekap
untuk memudahkan kerja yang telah diarahkan oleh pihak yang terlibat mengikut
tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya kontraktor tidak mengikut arahan daripada
pihak berkuasa, maka kontraktor akan menerima hukuman yang setimpal dengan
kesalahannya. Kontraktor perlu merujuk kepada arkitek sekiranya ingin melakukan
sesuatu perubahan pada bangunan. Jika berlaku kekeliruan dalam mentafsir pelan,
hendaklah dirujuk kepada arkitek bagi mendapat maklumat yang tepat dan baik.

Perbezaan antara kontraktor utama dan subkontraktor:

(a) Kontraktor Utama merupakan kontraktor yang mempunyai para pekerja sendiri
dan mempunyai kemudahan serta bahan-bahan sendiri. Mereka memiliki satu
syarikat yang mempunyai klien melalui pemindahan tender. Kontraktor ini
bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja binaan dari mula hingga bangunan siap.
Mereka ini biasanya dipilih oleh pelanggan / pemilik atas nasihat perunding melalui
tawaran.

(b) Subkontraktor

Subkontraktor ialah kontraktor kecil yang dilantik terus oleh kontraktor atau
pemborong utama bagi melaksanakan kerja-kerja mengikut tred atau kepakaran
masing-masing. Pelantikan subkontraktor adalah berkemungkinan, kontraktor utama
tidak mempunyai kepakaran atau kemahiran untuk bidang-bidang tertentu. Mengikut
kebiasaan, subkontraktor dilantik melalui penerimaan sebutharga yang terbaik dan
mempunyai pengalaman kerja sebelum sesuatu kerja dalam kontrak utama itu
dilaksanakan. Setelah sebutharga itu diterima, satu surat setuju terima akan
dikeluarkan sendiri oleh kontraktor utama kepada sub kontraktor. Terma pembayaran
untuk sub kontraktor adalah bergantung kepada peratus kerja yang dilaksanakan
atau workdone di tapak atau berdasarkan konsep 'back to back' iaitu sub kontraktor
akan menerima pembayaran setelah kontraktor utama menerima pembayaran daripada
pihak klien.

Subkontraktor terbahagi kepada dua jenis iaitu:

i. Subkontraktor Dinamakan ( Nominated sub Contractor )


Dipilih dan dilantik oleh klien melalui ikatan kontrak. Menerusi ikatan ini, klien
mengharapkan supaya kerja-kerja tertentu dilaksanakan oleh mereka yang benar-
benar berkelayakan dan berkeupayaan melaksanakannya menurut kehendak
penentuan. Mereka diperlukan bagi memudahkan segala urusan pembinaan.
Kehadiran mereka dapat memberi hasil kerja yang berkualiti. Mereka terdiri dari
pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mengikut pengkhususan
dan kemahiran tersendiri. Kerja-kerja yang biasa diberikan ialah :-
- Kerja cerucuk
- Pemasangan elektrik
- Sistem penyaman udara
- Tangga gerak dan lif
- Sistem pencegah kebakaran
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 11 Drp:20

ii. Subkontraktor Domestik / Biasa ( No-nominated Sub Contractor )


Dipilih sendiri oleh kontraktor. Mereka ini tiada ikatan kontraktor secara rasmi.
Mereka membantu mempercepatkan hasil kerja dan membuat kerja-kerja
sampingan.Seseorang kontraktor memerlukan subkontraktor domestik tertentu
supaya bilangan pekerja tetap dapat dikurangkan di samping menjimatkan kos bagi
kerja tersebut. Antara kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah :-
- Memasang jubin lantai dan dinding
- Melepa dinding dan siling
- Kerja-kerja luar ( membuat jalan raya, pagar dan perpaipan )

Subkontraktor Domestik adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang


melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan
masing-masing.

Subkontraktor Domestik dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :-

i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan


membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja
subkontrak.

ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk


tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan
ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.

iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor yang membekalkan buruh untuk


melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa
mahir dan kurang mahir.

Sub-kontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah


diberikan seperti mana yang telah dijanjikan. Di bawah ini dinyatakan beberapa
tanggungjawab yang biasa wujud di dalam subkontrak iaitu seperti berikut:-

* Pematuhan nilai kualiti


* Menjaga kepentingan awam
* Menjaga kebersihan tapak bina

a) Pematuhan nilai kualiti

Kualiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan kontrak.
Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada sub-kontraktor mendapatkan bahan
dan melaksanakan kerja subkontrak dengan baik. Namun demikian, sub-kontraktor
kurang mengemari untuk mengikut arahan kontraktor utama kerana menjaga keuntungan
dalam projek yang dijalankan.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 12 Drp:20

b) Menjaga kepentingan awam

Secara munasabah, sub-kontraktor sentiasa perlu memastikan kepentingan awam tidak


terjejas akibat daripada kerja subkontrak yang dilaksanakannya. Secara langsung ia
menjaga kepentingan kontraktor utama di dalam projek berkaitan. Kepentingan ini
merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan dan seumpamanya.
Peruntukan dan syarat undang-undang yang berkaitan kepentingan awam perlu diikuti,
contohnya peruntukkan oleh kerajaan tempatan.

c) Menjaga Kebersihan Tapak Bina

Apa-apa lebihan atau buangan daripada sesuatu subkontrak yang dijalankan perlu
dibersihkan semula oleh sub-kontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini
dilakukan di akhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain di tapak bina. Jika
tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan
obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut perbelanjaan yang
ditanggung. Walaupun demikian, subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan
tapak akibat dari kerja pihak lain, contohnya subkontraktor lain.
4.0 Materials Requirement (Keperluan Bahan-Bahan Binaan)

Sumber binaan yang juga penting ialah sumber bahan dan kompenan binaan. Aspek yang
diperlukan untuk pengeluaran pembinaan yang cekap ialah item-item bahan dan
kompenan binaan, kualiti, pembaziran dan program bekalan.

Item bahan dan kompenan perlulah ditentukan jenis dan kuantitinya untuk digunakan
semasa pembinaan. Di samping itu, penggunaannya tidaklah pada masa yang sama.
Dengan itu, jadual penggunaan setiap item dan juga kuantitinya perlu ditentukan.

Kualiti bahan dan kompenan binaan terbahagi kepada dua iaitu yang pertama ialah kualiti
bahan itu sendiri, sama ada bahan atau kompenan itu daripada kilang atau sumber asli.
Keduanya ialah kualiti bahan dan kompenan itu selepas ia dipasang dan diintegrasikan
dengan kompenan lain. Maka kualiti berkait rapat dengan bahan dan juga pengeluaran
pembinaan itu sendiri. Sistem kawalan kualiti, kaedah dan perancangan kawalan kualiti,
pelarasan sistem, kawalan-kawalan bersangkutan, peningkatan kualiti pengeluaran,
kesedaran kawalan kualiti dan sistem maklum balas kualiti adalah perkara yang
diperlukan untuk pengintegrasikan ke dalam proses pengurusan.

Sistem perolehan bahan juga perlu ditentukan. Pelbagai alternatif wujud seperti
pembelian runcit, pukal, pembelian berkala, kemudahan kredit, pembaziran dan juga
sistem penghantaran perlu diambil kira. Sistem perolehan yang baik akan dapat
memberikan program perolehan, kaedah dan perancangan program pembekalan, prosedur
pembekalan, maklum balas penggunaan dan perolehan, kawalan perolehan optimum,
penggunaan sistem berkesan dan sistem maklum balas perolehan sebagai input kepada
pelbagai proses pengurusan.

Pengurusan bahan dan kompenan binaan amatlah penting untuk memastikan penggunaan
bahan dan kompenan itu ekonomik dan tidak berlaku pembaziran. Sistem yang baik,
berkait rapat dengan cara kerja, penyimpanan dan juga kaedah pemunggahan dan
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 13 Drp:20

penyeliaan. Perkara-perkara ini perlulah ditentukan pada pelbagai tahap proses


pengurusan penetapan had pembaziran, kaedah dari perancangan kawalan pembaziran,
kesedaran pembaziran dan keuntungan dan sisitem maklum balas pembaziran.

5.0 Tools, Equipments and Machineries Requirement (Keperluan Loji Dan Peralatan)

Sumber binaan yang juga penting ialah sumber peralatan dan loji. Bagi pengeluaran
pembinaan yang cekap, tiga perkara perlu ditekankan, iaitu peralatan dan loji yang akan
digunakan, hubungan item-item itu dengan sumber lain dan sistem perolehan item
tersebut. Jadual 2 menunjukkan hubungan proses pengurusan pembinaan dengan sumber
loji dan peralatan.

Penggunaan loji dan peralatan dalam pembinaan adalah satu kemestian. Hampir semua
aktiviti kerja di tapak bina memerlukan perlatan yang akan digunakan oleh tenaga kerja
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 14 Drp:20

dalam menghasilkan pengeluaran. Walaupun begitu, tahap penggunaan loji adalah


berbeza. Loji secara umumnya merujuk kepada alat yang digunakan bagi memudahkan
kerja, mempercepat kerja, membantu meningkatkan produktiviti dan seterusnya dapat
meningkatkan kualiti pengeluaran. Penggunaan loji yang banyak di tapak bina
menunjukkan peningkatan dalam tahap teknologi pembinaan. Proses pengurusan yang
berkesan memerlukan penentuan item dan jenis, jadual waktu keperluan, lokasi dan
pergerakan loji, analisis masa, tindakan dan faktor penggerak dan penghalang, serta
prosedur dan manual loji dan peralatan.

Penggunaan loji ada hubungnya dengan sumber lain, terutama tenaga kerja. Setiap loji
yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran memerlukan operatif yang
mengendalikannya. Contohnya, kren tinggi yang digunakan memerlukan operatif yang
mahir dan juga berani untuk berada pada ketinggian. Penawaran tenaga kerja sebegini
memerlukan kos yang tinggi dan tidak dapat dielakkan. Penggunaannya suatu kemestian
dalam pembinaan bangunan yang tinggi. Tenaga kerja asing dalam golongan operatif loji
yang mahir, tidak begitu ramai bilangannya, dan kalaupun ada, kosnya lebih tinggi
daripada penggunaan tenaga kerja tempatan. Hal ini adalah berbeza daripada penggunaan
tenaga kerja asing dalam konteks buruh mahir pertukangan biasa, yang lebih murah
kosnya daripada tenaga kerja tempatan. Dalam proses pengurusan untuk hubungan
dengan sumber lain termasuklah, penentuan hubungan sumber, penggunaan optimum,
pelarasan dengan sumber, kaedah dan pengeluaran, pengawasan integrasi, sengaaraan,
insentif dan kebajikan, dan maklum balas segera apabila berlaku kerosakan.
Sistem perolehan loji juga penting untuk ditentukan. Kebanyakan loji berkos tinggi, dan
kos penyenggaraannya juga tinggi. Firma kontraktor binaan selalunya membeli loji atau
jentera yang selalu digunakan seperti lori, jentolak dan kren biasa. Hal ini membabitkab
penggajian operatif sepenuh masa oleh firma binaan. Alternatif lain adalah dengan
menyewa, memajak atau menggunakan cara ‘factoring’. Penentuannya mestilah
dilakukan lebih awal dan jenis loji yang akan disewa atau dipajak dan sebagainya harus
ditentukan. Perkara seperti penentuan sistem, sistem yang ekonomik, perolehan
sewa/beli/pajak/factoring, maklum balas penggunaan, perolehan optimum, kekurangan
perbezaan intrapak, etnik dan kewarganegaraan, komunikasi luaran dan dalaman
diperlukan dalam integrasi proses pengurusan dan sistem perolehan.

6.0 Building Construction Resources (Sumber Pembinaan Bangunan)

Cost (Kos/Kewangan)

Aspek kewangan di dalam industri binaan juga tidak kurang pentingnya lebih-lebih lagi
di negara-negara membangun disebabkan oleh kemudahan kewangan yang terhad dan
sukar diperolehi. Di dalam sektor tradisional, projek-projek adalah kecil dan mudah, kos
juga rendah dan biasanya datang dari klien/pengguna itu sendiri. Kemudahan-
kemudahan pinjaman jarang-jarang sekali wujud. Kerja binaan dimulakan setelah
simpanan mencukupi, kadangkala dibantu oleh pinjaman jangka pendek dari institusi
kewangan tertentu.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 15 Drp:20

Di dalam sektor moden, jumlah modal yang terlibat adalah tinggi. Bagi projek-projek
yang besar dan kompleks khususnya di sektor awam dan biasanya dikawal oleh Kerajaan
Pusat yang mungkin memperolehi kewangan dari sumber-sumber antarabangsa.

Di sektor swasta, sumber-sumber pinjaman kebanyakannya dari bank-bank dan institusi-


institusi kewangan yang lain. Apa yang menjadi isu ialah berkenaan dengan kewangan
untuk kontraktor-kontraktor kecil tempatan. Walaupun konktraktor-kontraktor ini boleh
memohon pinjaman dari bank dan institusi kewangan yang lain, tetapi jumlahnya adalah
terhad dan mempunyai banyak konstrain. Kedudukan mereka adalah sukar disebabkan
pinjaman jangka pendek sukar diperolehi, kemudahan kredit untuk membeli bahan-bahan
binaan juga sukar, bayaran ke atas tuntutan biasanya lambat, loji-loji adalah mahal dan
kadar kerosakan adalah tinggi, buruh tidak boleh diharap, aliran tunai sukar diramal dan
teknik-teknik pengurusan binaan tidak wujud bagi mereka.

Materials (Bahan-Bahan binaan)

Bahan-bahan dan komponen-komponen binaan adalah salah satu daripada sumber-


sumber input binaan yang penting. Bahan-bahan utama seperti simen, keluli, kayu dan
bata amatlah diperlukan di dalam kebanyakan kerja-kerja binaan. Lebih kurang 50%
daripada bahan-bahan binaan yang digunakan adalah terdiri daripada bahan-bahan
tersebut. Bahan-bahan ini tidak boleh ditukar ganti dan sebarang kekurangan akan
mempengaruhi tahap pengeluaran serta memerlukan alternatif bekalan yang tertentu.
Pada amnya, negara-negara membangun mampu mengeluarkan bahan-bahan binaan
utama untuk permintaan dalam negeri. Walau bagaimanapun kuantiti bekalan masih tidak
dapat menampung semua permintaan daripada kesemua sektor industri binaan.

Permintaan bahan-bahan binaan di dalam sektor tradisional dapat dipenuhi di dalam


negeri disebabkan kerja-kerja binaan di dalam sektor ini adalah mudah yang memerlukan
input bahan-bahan binaan yang tradisional dan asas. Pengaruh sektor moden ke atas
sektor tradisional ini adalah rendah dan sukar untuk menembusi pasaran sektor
tradisional, kerana kemudahan jalan dan pengangkutan yang kurang berkesan, ketiadaan
bekalan elektrik, kekurangan pekerja-pekerja yang mahir, ketiadaan kemudahan
kewangan, struktur sosio-ekonomi yang rendah dan sebagainya.

Di dalam sektor moden pula penggunaan bahan-bahan tempatan yang tinggi


menyebabkan keupayaan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan dan ini ditampung
oleh bahan-bahan yang diimport lebih-lebih lagi jika sesebuah negara membangun itu
berada ditahap permulaan pembangunan. Pada tahap ini keupayaan industri buatan
bahan-bahan binaan berkembang pada kadar yang perlahan.

Machinery (Mesin)

Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu


perkembangan dalam kemajuan teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh
dibahagikan kepada peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera. Pembelian
peralatan jentera memerlukan modal permulaan yang agak besar di samping perancangan
penggunaan yang berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan dengan
terperinci boleh menyumbang dalam mempercepatkan proses binaan dan menjimatkan
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 16 Drp:20

masa serta mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu pembelian peralatan jentera adalah
lebih berkesan sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan penggunaan jentera
yang berterusan. Sekiranya pembelian peralatan jentera membebankan kedudukan
kewangan pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian peralatan terpakai boleh
diusahakan melalui syarikat yang member sewa peralatan jentera binaan secara kontrak,
penyewaan harian atau satu jangkamasa yang dipersetujui.

Manpower (Gunatenaga/Tenaga kerja)

Antara 6% ke 10% daripada jumlah yang bekerja ialah dari sektor binaan di negara-
negara membangun berbanding antara 2% ke 6% di negara-negara maju. Kebanyakan
daripada negara-negara membangun mempunyai pekerja-pekerja tidak mahir yang
banyak bertaburan di merata-rata daerah. Walau bagaimanapun pekerja tidak mahir ini
bergantung kepada kadar upah, faktor perpindahan serta persaingan dengan sektor
ekonomi yang lain.

Di negara-negara membangun kebanyakan daripada hasil binaan masih berasaskan


teknik-teknik yang mudah yang menggunakan kemahiran tradisional dan pekerja-kekerja
tidak mahir, lebih-lebih lagi di kawasan luar dan di pinggir bandar. Proses perbandaran
yang cepat menyebabkan permintaan untuk binaan meningkat dengan mendadak dan ini
seterusnya mempengaruhi kedapatan pekerja-pekerja mahir untuk menampung kenaikan
permintaan tersebut. Masalah ini menjadi lebih buruk lagi dengan latihan-latihan
vokasional yang tidak mencukupi (di dalam segi jumlah dan jenis kemahiran yang
dikeluarkan).

Tools and Equipment (Loji dan Alat Binaan)

Loji binaan memainkan peranan yang penting di dalam mempercepatkan masa


pengeluaran, melakukan kerja yang tidak dapat dilakukan oleh tangan, menggantikan
buruh sekiranya buruh tidak boleh diperolehi dan lain-lain, lebih-lebih lagi di dalam
sektor moden.

Di dalam sektor tradisional, alat-alat tradisional yang mudah dan ringan biasanya
digunakan dengan meluas. Di kawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan elektrik,
alat-alat berkuasa elektrik yang ringan tetap digunakan.

Di dalam sektor moden banyak alat-alat dan loji-loji binaan yang berat digunakan. Alat-
alat dan loji-loji seperti ini diimport keseluruhannya. Masalah alat ganti, pembaikan dan
penjagaan menjadikan situasi lebih buruk kerana kebanyakan negara-negara membangun
tidak dapat menghasilkan sendiri perkara-perkara tersebut. Keadaan ini meningkatkan
lagi kos dan masa yang terlibat jika berlaku sebarang kerosakan.

Bagi kontraktor-kontraktor memberi loji-loji dan alat-alat binaan yang berat adalah paling
membebankan daripada segi kewangan. Tidak banyak kontraktor yang mampu dan
sanggup membeli peralatan tersebut walaupun terdapat kemudahan pinjaman. Risiko-
risiko seperti kerja binaan yang tidak menentu, kadar penggunaan yang tidak dapat
dimaksimumkan, beban pembaikan, penjagaan dan alat ganti dan lain-lain lagi, membuat
para kontraktor berwaspada untuk memiliki loji-loji binaan tersebut. Dalam hal ini
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 17 Drp:20

kewujudan perkhidmatan sewa/pajak loji binaan amat penting di dalam industri binaan.
Walau bagaimanapun perkhidmatan ini masih lagi terhad kepada loji-loji tertentu sahaja.

Di dalam kerja-kerja binaan bertaraf antarabangsa, kontraktor-kontraktor “gergasi” asing


memainkan peranan yang penting. Biasanya kontraktor-kontraktor ini membawa masuk
loji-loji sendiri untuk menjalankan sesuatu kerja kontrak.

7.0 Building Construction Resources Management


(Pengurusan Sumber Pembinaan Bangunan)

Pengurusan sumber binaan sebahagian kos projek adalah dikuasai oleh nilai harga bagi
bahan binaan. Pengurusan sumber merupakan peringkat yang agak rumit kerana ia
banyak melibatkan aktiviti seperti perancangan, pembelian, penyimpanan,
penggunaan, pengagihan, perlindungan dan pengawalan. Pengurus bahan adalah
individu yang menguruskan tentang pembelian dan pemesan bahan.

Merancang Pembelian Pembelian bahan binaan perlu dirancang pada masa ia


diperlukan dan menepati beberapa ciri berikut (Selva, 1997):
i. Kuantiti
ii. KualitI
iii. Harga yang berpatutan
iv. Masa penghantaran yang tepat
v. Jenis bahan yang betul
vi. Tempat penghantaran yang betul
vii. Jenis pengangkutan yang sesuai.
Teknik perancangan yang lazim digunakan adalah carta bar dan kaedah lalui kritikal.
Hubungan yang rapat antara pengurus bahan binaan dengan pembekal perlu bagi
memudahkan kerja pemesanan dan tempahan. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada
pembekal ialah (Ng Khooi Leong, 1988):
i. Berupaya membekalkan bahan pada kualiti, kuantiti dan masa yang betul.
ii. Reputasi pembekal di pasaran.
iii. Harga bahan yang ditawarkan
iv. Kedudukan kewangannya

Beberapa perkara perlu difikirkan sebelum pemesanan bahan seperti:


i. Banyaknya bahan yang ada di tapak bina
Pemesanan hendaklah bergantung kepada jumlah yang sedia ada di tapak bina bagi
mengelakkan pembaziran.

ii. Bila bahan tersebut diperlukan


Apabila bahan benar-benar diperlukan, pemesanan hendaklah dilakukan dalam masa
terdekat di mana ia dikehendaki.

iii. Tempat di mana bahan diperlukan


Tempat bahan diperlukan harus diperjelaskan untuk menghidarkan kesilapan
penghantaran.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 18 Drp:20

iv. Penyimpanan, perlindungan dan keselamatan bahan di tapak


Kesesuaian kawasan dan tempat penyimpan, menyumbang kepada perlindungan dan
keselamatan bahan.

Penerimaan, Pemeriksaan dan Merekod Bahan yang diterima darapada pembekal perlu
diperiksa dan direkodkan. Pemeriksaan yang lebih rapi perlu dilakukan terhadap:
i. Jenis bahan
ii. Kuantiti bahan.
iii. Kuantiti bahan Cara dan bagaimana ia diperiksa adalah bergantung pada jenis,
harga dan cara pembungkusan. Jika pembungkusan menyukarkan pemeriksaan di resit
penghantaran pembekal pengurus bahan perlu mencatatkan bahawa penerimaan adalah
tanpa pemeriksaan sebelum ditandatanganinya. Terdapat beberapa pengelasan bahan
sama ada secara pukal, bag, diikat, tidak diikat atu dibungkus (Ian E. Chandler, 1978).
Sekiranya terdapat kerosakan, bahan perlu dipulangkan bersama surat bantahan.
Pemeriksaan selalu dilakukan bergantung kepada bahan, kualiti dan kesesuaian sama
ada dengan cara (Ian Chadler,1978):
i. Penglihatan
Pada amnya dilakukan pada bahan yang tida berbungkus atau di mana kualitinya dapat
dilihat dengan sekilas pandang seperti kayu (timbercarcassing). Dari segi kawalan
kualiti, melalui pemeriksaan secara ‘visual’ kerosakan bahan dapat diketahui dengan
mudah.
ii. Sentuhan
Walaupun bahan yang ada kelihatan rosak atau kualitinya rendah tetapi melalui
sentuhan barulah keadaan tersebut dapat dipastikan. Kaedah pemeriksaan ini adalah
terhad dan terbatas kepada beberapa bahan seperti pasir, simen, ‘plaster’dan perabot
kayu.

iii. Pensampelan
Kaedah pensampelan digunakan bagi bahan tertentu yang dihantar secara pukal untuk
diramalkan secara tepat akan kualiti bahan tersebut. Ujian pensampelan biasa
dilakukan bagi kiub konkrit dan teknik tersebut boleh diaplikasiakn bagi batu baur,
bata, kayu dan komponen-komponen lain di mana ia sukar diperiksa secara satu
persatu. Setelah berpuas hati dengan bahan yang dihantar, maka resit penghantaran
perlu ditandatangani. Segala maklumat dan resit tersebut mesti difail dan direkodkan.
Salinan resit diserahkan kepada pengurus tapak dan ibu pejabat. Ini bertujuan untuk
rujukan apabila menyemak ‘invois’ yang diserahkan oleh pembekal sebelum bayaran
diserahkan.

Penyimpanan Bahan
Penyimpanan bahan binaan perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai. Pemilihannya
adalah berdasarkan:

i. Jenis bahan yang disimpan


Iaitu terdiri sama ada simen, batu-bata, kayu atau tetulang adalah berbeza kaedah
penyimpanan dan perlindungannya. Keaadan fizikal tapak bina seperti keluasannya.
Keadaan fizikal tapak menentukan jenis dan jumlah bahan yang benar-benar sesuai
ditempatkan di tapak bina disamping bergantung kepada kekerapan penggunaan
bahan.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 19 Drp:20

ii. Setor digunakan untuk jangka masa panjang atau sebaliknya.


Keadaan setor yang dibina berdasarkan kepada masa penyimpanan dan jenis bahan
yang memerlukan penjagaan yang agak rapi.

iii. Kedudukan setor yang dekat atau jauh memudahkan penyimpanan dan pengagihan
bahan.

Kawalan Dan Keselamatan Terhadap Bahan Binaan


Bahan yang disimpan perlu dijaga dan dilindungi dengan sempurna. Ini adalah untuk
menghindarkan dari berlaku pembaziran, penyalahgunaan dan kehilangan. Ian E.
Chandler (1978) menyatakan bahawa kehilangan biasanya disebabkan oleh tindakan
pekerja tapak semasa atau selepas waktu kerja yang tidak dapat dijangkakan, begitu
juga dengan pemilik bersebalahan yang boleh dianggap pencuri amatur. Individu ini
boleh dianggap ‘vandalism’. Tahap kehilangan dan kecurian bergantung kepada
beberapa perkara seperti lokasi tapak bina Projejk yang berhampiran kawasan
perumahan memungkinkan kerugian besar akibat tindakan ‘vandalism’ sesetengah
remaja dan kanak-kanak yang menggunakan tapak bina sebagai tempat bermain serta
persekitaran tapak.

Pengawalan yang lebih tepat di kawasan tapak yang luas atau besar bertujuan
melindungi tapak bina dari risiko kecurian. Tambahan pula sekiranya terletak di laluan
orang ramai, di pedalaman dan tiada bangunan bersebelahan.

iii. Jenis Bahan.


Bahan atau barang yang kecil, sering digunakan dan senang dibawa adalah jenis-jenis
yang mudah hilang di tapak bina.

iv. Nilai bahan.


Bahan binaan yang mahal dan sukar diperolehi di pasaran biasanya menjadi aspek
utama ia dicuri. Jenis-jenis pencegahan dan pengawalan terhadap keselamatan bahan
ialah:
i. Pemasangan pagar.
Membina pagar sekurang-kurangnya 2 meter di sekeliling tapak akan menghalang
pandangan orang awam seterusnya menganggap ia sebagai Kawasan larangan.

ii. Pemasangan lampu kawalan di waktu malam.


Penggunaan lampu jenis ‘floodlight’ merupakan kaedah paling effektif untuk
mencegah pencerobohan, dengan atau tanpa tujuan mencuri. Ia juga boleh di gunakan
untuk menyambung kerja-kerja pada suasana yang gelap.

iii. Menempatkan pengawal pada waktu malam.


Menempatkan pengawal di tapak selepas waktu bekerja. Pengawal yang sentiasa
memeriksa pada masa tertentu akan dapat menghalang atau mencegah hadirnya
pencuri atau perosak harta awam.
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 20 Drp:20

iv Memasang alat pencegah kebakaran.


Pemasangan alatan ini akan membantu mengurangkan risiko kehilangan dan kecurian
bahan. Ia juga turut berfunfsi mencegah berlakunya kebakaran yang tidak diduga.

v. Merekod bahan
Keluaran dan kemasukan bahan perlu direkodkan sebelum bukti penerimaan
diserahkan. Senarai bahan dan bakinya perlu diperkemaskan untuk mengelakan
penyelewengan atau kehilangan.

Rujukan :-

1) https://ms-my.facebook.com/rizalzake555555/posts/835888423211804

2) https://www.slideshare.net/anisaftha/pembinaan-24751320

3) http://ukurbahan-qs.blogspot.my/2007/08/penglibatan-tenaga-kerja-tempatan-di.html

4) http://borak-qs.blogspot.my/2011/10/sub-kontraktor.html

5) http://jamilgombak.blogspot.my/p/kontraktor.html

6) https://www.slideshare.net/FiQahhAmiNn/pihak-yang-terlibat-dalam-projek-pemi

7) http://ahmadrais.blogspot.my/2013/01/hubungan-yang-wujud-di-antara-sub.html
No. Kod : WTP 3043 WTP 3043 / K03 / NK01-04 Muka: 21 Drp:20

8) https://play.google.com/books/reader?
id=T3cGBAAAQBAJ&printsec=frontcover&output=reader&hl=en&pg=GBS.PT51.w.3.0.13

9) https://play.google.com/books/reader?
id=T3cGBAAAQBAJ&printsec=frontcover&output=reader&hl=en&pg=GBS.PT51.w.3.0.13

10) http://apps.polikk.edu.my/~awam/files/jentera

11) Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-
24).

12) https://www.slideshare.net/biaujelah/azlanmohdnorf-31789740

You might also like