You are on page 1of 14

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / BC - 030 - 3 : 2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION
PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER /


L3
LEVEL AND SEMESTER
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
BC - 030 - 3 : 2013 –C01 LAND / SITE PREPARATION
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY LAND / SITE PREPARATION REQUIREMENT


2. PREPARE LAND / SITE PREPARATION TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIALS
NO. DAN PENYATAAN
3. CARRY OUT PEGGING AND SETTING OUT WORK
AKTIVITI KERJA /
4. CARRY OUT HOARDING INSTALLATION
WORK ACTIVITIES NO.
5. PERFORM SITE CLEARING WORK
AND STATEMENT 6. COORDINATE LAND / SITE PREPARATION INSPECTION
7. PERFORM FOUNDATION ACTIVITIES

NO. KOD KSKV / KSKV


CODE NO.
Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 14
NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C01/P(3/7)

TAJUK: MERANCANG TANDA BANGUNAN


TUJUAN:

Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja


MERANCANG TANDA BANGUNAN menepati spesifikasi yang ditetapkan.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 2 Drp:14

1.0 PENGENALAN
Merancang tanda bangunan adalah satu proses menempatkan bangunan yang dirancang pada
kedudukan yang tepat menggunakan pelbagai alat berkaitan menepati kehendak pelan. Perlu
diketahui bahawa bentuk bangunan dan spesifikaksi ukuran bangunan dinyatakan dengan jelas
dalam pelan. Kesemua elemen melibatkan bentuk dan ukuran perlu dipindahkan ke tapak binaan
supaya kedudukan asas ,tembok aras lantai dan lain-lain ditentu dan peparit dapat digali untuk
membinanya.

2.0 DEFINASI
The International Organisation for Standardisation (ISO) mendefinasikan Merancang Tanda atau
Setting Out sebagai Penandaan garisan bangunan yang menjajarkan posisi dan aras elemen
bagi kerja pembinaan supaya kedudukan bahagian-bahagian bangunan dapat dibina dengan
rujukan penandaan yang diperolehi

2.1 Peringkat Rancang Tanda


Dari definasi dapat dirumuskan bahawa rancang tanda bangunan boleh di pecah kepada dua
peringkat iaitu
 Merancang tanda Tapak
 Merancang tanda Aras.
Merancang tanda tapak melibatkan pemindahan tanda ke tanah yang menjadi tapak binaan .
Merancang Tanda Aras melibatkan pemindahan tanda bagi ketebalan elemen dan perataan
tapak binaan

3.0 TUJUAN RANCANG TANDA


Diantara tujuan utama apabila melakukan operasi merancang tanda.
i) Memastikan Elemen-elemen bangunan dalam posisi yang tepat dalam semua tiga
diamensi dimana setiap daripadanya mestilah berukuran tepat, posisi pelan yang
betul dan aras pengurangan yang betul ( aras direndahkan melalui kedalaman tanah
yang digali)
ii) Menentukan kedudukan garisan penggalian kedudukan asas, garisan tengah
tembok dan kedudukan penjuru serta bilik dengan cara memindahkan panjang dan
lebarnya kepada tapak binaan. Kerja-kerja penggalian akan dapat dilakukan
berpandukan pemindahan tersebut.
iii) Kerja-kerja pembinaan dapat dilakukan dengan lancar dan bersistematik. Apabila
rancang tanda bermula, ia perlu dilaku dengan cepat dengan tiada penangguhan
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 3 Drp:14
bagi memastikan kerja pembinaan berjalan mengikut jadual dengan cara ini kos
dapat dikurangkan.

Istilah—istilah dalam Kerja Merancang tanda


a) Aras Datum
Aras yang telah ditetapkan melalui satu titik pada satu sudut bangunan sebagai panduan
untuk menanda aras tanah , aras lantai aras tembok dan lain-lain. Kaedah penentuannya
dengan memacak pacang datum ke tanah pada ketinggian tertentu dari aras bumi. Pacang
datum ini dipagar dan disokong oleh konkrit disekelilingnya pangkalnya.
b) Batu sempadan/Pacang sempadan
Tiang kecil konkrit yang ditanam pada penjuru sempadan lot tanah.
c) Garisan bangunan
 Garisan pada jarak tertentu dari sisi sempadan atau lot tanah dimana tiada sebarang
struktur dibenarkan pembinaanya melebihi garisan tersebut. Ia juga dikenali garisan
setback kerana bangunan mestilah dibina ke belakang dari garisan hartanah.
 Garisan luar tembok atau diamensi luar bangunan yang diplot bagi penempatan
bangunan di atas tapak (garisan luar yang membentuk bangunan )
Tujuan :
i. Bagi mengawal kerja-kerja pembinaan supaya tidak melepasi garisan berkenaan.
ii. Bagi memastikan sebarang bangunan yang dibina berhampiran dengan jalan
awam berada pada jarak yang sesuai dan ditetapkan

d) Garisan asas dan tembok


Garisan yang mewakili posisi dan lebar
asas serta tembok. Tujuannya bagi
membentuk garisan penggalian peparit

e) Garisan dasar
Garisan hadapan yang menjadi garisan rujukan untuk semua garisan
Garisan dasar biasanya akan menjadi garisan bangunan. Jaraknya ditentukan oleh pihak
berkuasa. Bagaimana pun ia adalah dua garisan yang berbeza. Maknanya Garisan dasar
boleh berada di atas garisan bangunan, boleh juga berada dibelakangnya tetapi bukan di
hadapan garisan bangunan.
Garisan ini akan menjadi garisan rujukan yang menghubungkan semua garisan.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 4 Drp:14

Prinsip-Pinsip Merancang tanda


Proses merancang tanda dilakukan berdasarkan pinsip “Whole to part”. Berdasarkan prinsip
ini, persegi bangunan paling besar iaitu luas keseluruhan bangunan dirancang tanda terlebih
dahulu. Ia diikuti dengan pembahagian kepada bahagian-bahagian kecil didalam bangunan
ersebut.

4.0 KAEDAH RANCANG TANDA TAPAK


Pada peringkat ini kaedah merancang tanda dibahagi kepada dua iaitu:
i) Kaedah survey - menggunakan theodolite dan dumpy level
ii) Kaedah Garisan tengah- Menjajar menggunakan sesiku keluli bangunan
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 5 Drp:14

4.1 Kaedah survey


 Kaedah survey digunakan bagi merancang tanda posisi tepat struktur dalam sempadan
sah mengikut undang-undang. Ia amat penting dan berguna apabila menyediakan
sebarang kerja-kerja pembinaan.
 Secara asasnya merancang tanda survey melibatkan pemindahan bangunan yang
direkabentuk kepada tapak bina.
 Diguna bagi projek bersekala besar seperti pembinaan bangunan tinggi
i) Kepentingan Kaedah Survey
 Membolehkan pembinaan dilakukan dalam sempadan yang sah. Ia penting bagi
memastikan tiada berlaku pertikaian dikemudian hari.
 Membolehkan pasukan pembinaan membina dengan tepat mengikut pelan
ii) Bila Rancang tanda Survey diperlukan?
 Apabila membina sebarang bangunan dari kecil ke bangunan komersial yang besar atau
pencakar langit

 Apabila membina jalan,jambatan,terowong dan sebagainya


 Melakukan pembesaran kepada bangunan sedia ada

4.2 Kaedah Garisan tengah


Kaedah ini menggunakan pacang ukur tapak ,pacang dan tali yang diguna bagi merancang
tanda garisan tengah untuk membahagi ruang-ruang. . Tali diguna bagi merentang antara
pacang tanda ke pacang tanda yang lain untuk bertindak sebagai garisan tengah bangunan.
Tali yang direntang dilaras dengan menempatkan pada tengah ketebalan tembok
 Daripada gambarajah dibawah, Tentukan ukuran bangunan tesebut. Guna pita pengukur
dan pacang tanda untuk penandaan.
 Rentang tali antara dua poin, misalnya BG
 Rentang tali pada penjuru pertama GF
 Tentukan kepersegian dengan kaedah 3:4:5
 Lengkapkan rentangi tali bagi membentuk petak garisan tengah A,B,C,D,E,F dan G. Poin-
poin penjuru di tanda dengan memaku di atasnya hujung pacang.
 Poin-poin penjuru sekali lagi diuji kepersegiannya secara menyerong/ diagonal AC,BD, CF
dan EG
 Sebelum kerja penggalian dimulakan, poin-poin A,B,C,D,E,F dan G di pindahkan. Ke
pacang ukur tapak yang dirikan pada jarak 2m. Oleh itu garisan tengah diperbesarkan dan
titik tengah ditanda kira-kira 2 meter daripada sisi luar parit.
 Tandakan tebal tembok dan lebar asas pada pacang ukur tapak berpandukan garisan
tengah
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 6 Drp:14
 Dengan ini poin-poin A1,A2, B1,B2 dan seterusnya ditanda diluar peparit. Garisan tengah
ditunjuk dengan rentangan tali pada pacang ukur tapak berjarak 2m .

Garisan tengah antara bilik

i) Bila Rancang tanda Garisan tengah diperlukan?


 Lazimnya kaedah ini lebih praktikal dan sesuai apabila membina bangunan bersaiz kecil
dan sederhana
4.3 Proses Merancang tanda Tapak
a) langkah pertama merancang tanda bermula dengan mengenalpasti garisan bangunan dan
tandakan posisinya. Jarak posisinya dengan sempadan rujukan ditentukan melalui 3 cara
iaitu
 Garis tengah jalan raya
 garisan bendul jalan
 Bangunan sedia ada
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 7 Drp:14

Bendul Jalan
Garisan bangunan

Jarak garisan dasar/garisan


bangunan dengan sempadan
Rujukan ditentukan oleh pihak
berkuasa

b) Disusuli dengan membuat jajaran garisan dasar (base line) yang diplot pada garisan
bangunan. Jajaran garisan dibina menggunakan tali yang direntang dengan bantuan pacang-
pacang tanda.

Pacang tanda kedua di Pacang tanda pertama di


tempatkan pada jarak tempatkan pada jarak “D”
mengikut lebar bangunan bagi daripada sempadan
membentuk garisan hadapan

c) Urutan proses dinyatakan seperti berikut :


i) menanda garisan bangunan
ii) Menanda garisan garisan dasar/ garisan tengah ( garisan hadapan)
iii) Menanda garisan bersudut tepat dengan garisan dasar
iv) Menanda garisan belakang
v) Uji kepersegian
vi) Bina pacang ukur tapak dan tanda posisi garisan
Perincian lanjut berkaitan kaedah penandaan dijelaskan dalam kertas kerja amali.

4.4 Perkakasan Merancang tanda Tapak


Perkakasan yang digunakan berdasarkan kaedah yang digunakan. Kaedah Survey akan
menggunakan peralatan Theodolite atau dumpy level ,tripod dan staff . Kaedah Gaisan
tengah akan menggunakan alat-alat seperti alat aras spirit sesiku bangunan dan batu ladung.
Samada Kaedah survey atau Kaedah Garisan tengah , keduanya akan menggunakan
Pancang ukur Tapak dan pacang-pacang Tanda
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 8 Drp:14
i) Pancang ukur Tapak
 Ialah kerangka sementara yang terdiri daripada kayu. Terdiri daripada dua bahagian iaitu
kayu tegak dan kayu lintang. Pacang-pacang ini dipacak ke dalam tanah disetiap penjuru
dan sisi bangunan yang dicadangkan pembinaannya.
 Dibina dalam dua cara iaitu berasingan dan berterusan. mengikut bentuk bangunan.
Pacang ukur berasingan dibina secara putus-putus dimana pacang ukur pembahagi dan
pepenjuru didiri berasingan pada jarak tertentu antara satu sama lain. Pacang Ukur
Berterusan dibina dengan kayu lintang dipaku pada kayu tegak secara berterusan
menggabungkan pacang ukur pembahagi dan pacang ukur pepenjuru.

HURDLE

SADDLE

Pacang Ukur Pepenjuru Pacang Ukur Pembahagi

 Binaannya dibuat dalam dua bentuk iaitu kayu lintang dipaku pada bahagian atas hujung
kayu tegak dipanggil “Saddle” dan hujung sisi kayu tegak dipanggil “Hurdle”

ii) Tujuan
pacang-pacang ini diguna untuk menanda kedudukan tapak bahagian-bahagian bangunan
melibatkan lebar asas,penapak dan tembok.Tandaan dilakukan dengan paku atau
mengergaji (3mm dalam) pada kayu lintang.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 9 Drp:14

iii) Kaedah Penggunaan Pacang ukur


 Pacang –pacang ukur tapak berasingan ditempatkan pada setiap pepenjuru dan sisi .
dipanggil Pacang Ukur Tapak Pepenjuru dan pacang ukur tapak sisi/pembahagi ditempat
pada sisi dan dipanggil Pacang Ukur Tapak Sisi atau Pembahagi.
 Pacang-pacang ini dipacak mengikut bentuk bangunan yang dirancang.
 Lebar semua elemen-elemen ini ditanda pada kayu lintang pacang ukur tapak. Tali diikat
pada setiap tanda dan direntang antara pacang ke pacang bertentangan.
 Pacang-pacang Ukur Tapak dipacak ke dalam tanah (300mm) disepanjang kedudukan
bangunan pada jarak 1.0m-1.2m dari rentangan tali garisan bangunan atau garisan tengah.
Jarak ini adalah sesuai untuk memberi kelegaan semasa kerja-kerja menggali dijalankan.
 Tanda-tanda elemen pada pacang dipindahkan ke tapak bagi membentuk sempadan
penggalian peparit (asas)

Pacang Tanda
Ialah kayu runcing dihujungnya dengan saiz standard 50mm x50mm x 600mm.
Diguna untuk memegang tali yang direntang bagi menanda lokasi atau poin-poin dalam kerja
merancang tanda.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 10 Drp:14

600mm

4.5 Menanda garisan Penggalian


Sebelum kerja-kerja penggalian bermula, garisan penggalian yang menunjukkan garisan luar
posisi asas ditanda sebagai panduan kepada operator jengkaut . Tandaan dilakukan dengan
menggunakan serbuk kapur atau semburan cat untuk membuat garisan pada tanah. Garisan
luar peparit boleh ditanda dengan dua garisan atau tandaan garisan tengah. Pacang ukur tapak
bolehlah ditanggal bagi memudahkan penggalian

5.0 MERANCANG TANDA ARAS


 Bagi melengkapkan kerja-kerja merancang tanda, kerja-kerja mengaras juga perlu
dilakukan setelah peparit digali. Merancang tanda aras adal proses mengaras tapak iaitu
meratakan tanah ditapak binaan dengan menentukan jumlah tanah yang perlu dibuang
atau ditimbus. Ia dilakukan sebelum pacang ukur tapak dipasang dan tanda-tanda
kedudukan bahagian-bahagian bangunan dibuat.
 Beberapa perkakasan tambahan perlu digunakan berdasarkan kaedah yang digunakan
Diantaranya set sesiku,boning rod,templat dan pacang-pacang pengukur.Kesemua
perkakasan ini digunakan dalam proses menentukan kedalaman peparit. Contohnya,
setelah menanda panjang dan lebar peparit yang perlu digali, kerja-kerja menguji
kedalaman dengan pacang pengukur disepanjang garisan perlu dilakukan.Penyempurnaan
kerja-kerja ini diperolehi dengan menggunakann pelbagai guna pacang pada selang yang
rapat dan menghubungkannya dengan tali.
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 11 Drp:14
 Dalam kerja mengaras, pacang-pacang tanda dipacak di sekitar tapak . Ia dipanggil
“Pegging Out” atau memacang tanda. Pengarasan boleh dilakukan melalui kaedah berikut:
a) Alat Aras Automatik
b) Rod Aras
c) Kayu Lurus dan Alat aras spirit
5.1 Prinsip Mengaras tapak
Terdapat dua prinsip dalam kerja-kerja mengaras tidak kira apa kaedah yang digunakan.
a) Dilakukan dengan memindahkan titik aras melalui pacang-pacang tanda yang telah
dipacak ke dalam tanah dan diaras
b) Penentuan aras sesuatu titik yang dipindah berpandukan aras datum
5.3 Kaedah Menggunakan Alat Aras Automatik
Kaedah yang lazim diaplikasi dalam kerja-kerja mengaras tapak binaan ialah dengan
menggunakan alat aras automatik dan staff. Dengan meletak staf pada jarak tertentu dari alat
aras , ukuran dapat dibaca menerusi teropong bagi menentukan tinggi rendah tapak melalui
perbezaan bacaan yang diperolehi.

5.4 Kaedah Rod Aras


Kaedah ini sesuai bagi mengaras dasar peparit bagi binaan asas. Ia menggunakan tiga unit
rod berbentuk T dimana dua daripadanya diguna sebagai panduan dan satu unit lagi sebagai
pengaras. Rod pengaras diletak diatas pacang datum dan rod panduan diletak di atas pacang-
pacang tanda yang akan diaras. Perhati dan teliti jajaran ketiga-tiga rod aras dari arah rod
pengaras atau menggunakan rentangan tali melalui ketiga tiga rod aras. Dasar tapak akan
berada dalam kedudukan aras apabila ketiga-tiga rod aras berada dalam satu jajaran
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 12 Drp:14

6.0 MEMINDAH ARAS


i) Menggunakan Kayu Lurus dan Alat aras spirit
Kaedah ini memerlukan kayu lurus dan alat aras spirit. Kaedah aplikasinya dinyatakan
sebagaiman berikut :
a) Set pacang datum. Letakkan salah satu hujung kayu lurus di atas pacang datum
b) Hujung kayu lurus yang satu lagi diletak diatas pacing yang tanda yang hendak diaras.
Jarak antara pacing-pacang tanda adalah cukup untuk meletak hujung kayu lurus.
c) Letakkan alat aras spirit di atas kayu lurus dan tentukan arasnya dengan melaras tinggi
rendah pacang tanda sama ada perlu dinaikkan atau dibenamkan.
d) Ulangi langkah ini untuk menguji pacang-pacang tanda yang lain.

ii) Menggunakan Hos Air


Menggunakan Hos air bergaris pusat antara 5mm hingga 20mm. Cara menggunakannya
dijelaskan sebagaimana berikut:
 Isikan air ke dalam hos dari satu hujung hos sahaja.
 Isian air jangan terlalu penuh, tinggalkan ruang kosong sekurang-kurangnya 200mm pada
kedua-dua hujung hos.
 Letakkan salah satu hujung hos pada pacang datum (ketinggian yang ditetapkan).
 Hujung yang satu lagi diletak pada lokasi yang hendak dilaras , katakan titik B
 Tetntukan aras pada titik B dengan memastikan aras air hos pada titik datum tidak bergerak
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 13 Drp:14

7.0 MEMINDAH UKURAN/TANDA-TANDA BAHAGIAN BANGUNAN KE TAPAK (TANAH)


Biasanya kerja pemindahan tanda-tanda dilakukan setelah peparit siap digali dan diaras
supaya posisi asas dan tembok yang sepatut dibina di dalam peparit dibina mengikut
spesifikasi. Bagaimana pun kerja-kerja juga dilakukan semasa menentukan garisan
penggalian (jika diperlukan)
Terdapat 2 cara memindahkan tanda-tanda bahagian bangunan dari pacang ke tanah
.
i. Menggunakan pelambab
Pelambab digantung sama ada secara bebas atau diikat pada kayu penggantung.
Pelambab digantung dari tali yang menanda posisi pada pacang ukur tapak ke
tanah.

ii. Menggunakan alat aras spirit


Alat aras spirit ditempatkan secara menegak pada setiap rentangan tali. Kedudukan
tanda yang ditentukan oleh tali dipindah ke tanah apabila alataras berada dalam
keadaan pugak
No. Kod : BC-030-3: 2013-C01/P(3/7) Muka: 14 Drp:14

Rujukan

1. Joey Pitovao CCA1: 2011-05-01


joeycca1.blogspot.com

2. Carport Project page 3


www.buildeazy.com

3. Paving Expert - AJ McCormack and Son - Setting Out - Boning Rods


www.pavingexpert.com

4. Making lumber Profiles


www.buildeazy.com

5. Marking Out Wooden Setting Out Peg Various Lengths


www.mad4tools.com
6. Topic 7: Setting out
www.tcd.ie/civileng/.../3A1%20Lecture%2011.p

7. Setting Out a Building | Ujenzi Today


ujenzitoday.info/construction/setting-out-a-building/

8. What is a Set-Out Survey? Why Do Builders Need Them?


www.jurovichsurveying.com.au/commercial/set-out-surveys.php

9. setting out right angles and perpendicular lines


www.fao.org/docrep/.../r7021e05.ht...
10. Setting out — and getting it right | BRANZ Build
www.buildmagazine.org.nz

You might also like