You are on page 1of 10

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 2 DTP SESI 2020

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI AWAM

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN / DTP

KOD/KURSUS DCA 2033 - COMPUTER AIDED DRAWING (CAD) II

1.0 AutoCAD Application In Architectural Drawing


2.0 Auto CAD Application In Structural Drawing
3.0 Auto CAD Application In Infrastructure Drawing
KOMPETENSI
4.0 Auto CAD Application In M&E Drawing
5.0 Sketch Up Application In Building Drawing (3D printing)
6.0 Building Information Modelling (BIM)

3.1 Introduction detail standards and symbols for infrastructure


engineering materials.
3.2 Draw layout and cross section drawing of road and drainage, water
KANDUNGAN reticulation, earthwork and sewerage system.
3.3 Draw detailing.
3.4 Introduction to superimpose technique in ACAD to create shop
drawing.

CLO1
Illustrate civil engineering drawing using auto CAD software (C3, PLO1)

HASIL CLO2
PEMBELAJARAN Manipulate knowledge of technical drawing, mathematics, engineering
(COURSE fundamental and current technologies in produce drawing using Auto CAD (P4,
LEARNING PLO2)
OUTCOME)
CLO3
Explain in technical skills in produce drawing using Sketch up or Auto CAD
software (A4, PLO6)

MUKA :
NO KOD DCA 2033 / K 03 / NK 03-06
01 / 10
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 2 drp : 10

PENGENALAN

Infrastruktur ialah satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu
rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Misalnya, infrastruktur pengangkutan
merangkumi landasan kereta api, jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan elemen-elemen
lain yang bersangkutan dengan pengangkutan. Infrastruktur merujuk kepada kemudahan asas
dan sistem yang digunakan bagi sesebuah negara, bandar, atau kawasan, termasuk
perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan untuk ekonomi berfungsi. Ia biasanya bercirikan
struktur teknikal seperti jalan, jambatan, terowong, pembentung, grid elektrik, telekomunikasi,
dan sebagainya, dan boleh ditakrifkan sebagai "komponen fizikal sistem saling berkaitan yang
menyediakan komoditi dan perkhidmatan yang diperlukan untuk membolehkan, mengekalkan,
atau meningkatkan kualiti hidup masyarakat."

Jurutera menghadkan istilah "infrastruktur" untuk menggambarkan aset tetap yang berupa


rangkaian besar, dengan infrastruktur fizikal. Usaha untuk merangka definisi infrastruktur generik
yang lebih umum biasanya merujuk pada aspek rangkaian sebahagian besar struktur, dan nilai
pelaburan terkumpul dalam rangkaian sebagai asset. Salah satu definisi 1998 mentakrifkan
infrastruktur sebagai rangkaian aset "di mana sistem secara keseluruhannya bertujuan untuk
mengekalkan selama-lamanya pada standard perkhidmatan yang ditentukan melalui
penggantian dan pembaikan komponennya yang berterusan".

Dalam modul ini pelajar akan diperkenalkan jenis kemudahan infrastruktur seperti :
i. Jalan dan longkang
ii. Sistem bekalan air
iii. Kerja tanah
iv. Sistem pembentungan

JALAN DAN LONGKANG

Setiap jalan yang dibuat kebanyakannya mengikut kaedah pembinaan MacAdam dimana dilapisi
dengan beberapa lapisan. Di bawah adalah lapisan paling biasa dibuat.

Lapisan paling bawah adalah lapisan subgrade iaitu lapisan tanah asal. Lapisan tanah yang diuji
mestilah mempunyai CBR biasanya melebihi 3% atau 5%. Soil Investigation (biasanya akan
dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah),
untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah. Kaedah pembinaan jalan
MacAdam mempunyai kecerunan ke tepi jalan untuk mengalirkan air hujan. Selepas tanah dah
digradekan mengikut kecerunan, jalan tu akan dilapisi dengan subbase. Subbase ini biasanya
terdiri dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dipanggil crusher run.

Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hampir sama dengan kaedah subbase, cuma roadbase
punya spesifikasi lebih detail dari subbase. Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana,
beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 3 drp : 10

tanah. Ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban
tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah.

Kita pindah ke proses seterusnya. Proses seterusnya dipanggil priming coat. Satu proses spray
minyak ke atas permukaan batuan roadbase di atas supaya permukaan tersebut kalis air,
sebelum apa2 lapisan berbitumen dihamparkan diatasnya. Proses premix atau menurap jalan.
Biasanya, proses penurapan jalan akan menggunakan mesin penurap (paver machine)

Gradian Kecerunan Jalan


Bagi kerja pembinaan jalan, terdapat juga gradian pada nisbah-nisbah yang tertentu yang akan
menentukan ketinggian antara tengah jalan dengan tepi jalan. Gradian pada jalan adalah bagi
tujuan pengaliran air hujan masuk ke longkang dan juga bagi tujuan keselamatan dan kestabilan
kenderaan apabila melalui selekoh jalan yang panjang.

Biasanya terdapat 2 jenis permukaan jalan yang dibina. Bagi jalan yang tinggi di tengah tetapi
rendah di kiri dan kanannya digelar sebagai 'camber'. Manakala bagi jalan yang tinggi di sebelah
kiri atau kanan tetapi rendah di tepi jalan yang sebelah lain digelar pula sebagai 'super
elevation'. 

GRADIAN ATAU KECERUNAN BAGI SLOPE BUKIT DAN JALAN

Di dalam kerja Ukur Kejuruteraan bagi kerja tanah /earthwork iaitu kerja-kerja penyediaan tapak
pembinaan samada dalam projek pembinaan bangunan, taman-taman perumahan, empangan
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 4 drp : 10

dan juga jalan atau lebuhraya, pasti akan ada tempat-tempat tertentu yang perlu dibuat cerun
atau lebih mudah disebut sebagai 'slope'.

Jika kawasan tapak pembinaan itu merupakan kawasan berbukit, apabila melakukan kerja
pemotongan tanah bukit, slope-slope yang perlu dibuat mungkin akan bertingkat tingkat
tingginya. Setiap slope itu akan mempunyai 'gradian' atau 'kecerunan' tersendiri yang telah
ditandakan di dalam pelan oleh jurutera rekabentuk bertujuan menjamin kestabilan tanah bukit itu
selepas kerja pemotongan tanah dilakukan.

Gradian atau kecerunan slope ini akan ditandakan dengan kadar nisbah antara
'ketinggian' dan 'jarak' dari kepala slope ( top ) dengan kaki slope ( toe ).

Dengan merujuk kepada angka gradian nisbah yang telah diberikan seperti contoh di atas,
seorang jurukur perlu mengira dan kemudiannya menandakan dengan tepat dimana letaknya
kepala dan juga kaki slope tersebut.

Bagi slope yang ditandakan dengan gradian nisbah 1 : 1, ini bermaksud bahawa pada setiap
ketinggian 1 meter jaraknya juga adalah 1 meter. Begitu juga jika ditandakan dengan gradian
nisbah 1 : 2, maka pada setiap ketinggian 1 meter jaraknya pula adalah 2 meter.

CONTOH PENGIRAAN

Apabila ketinggian 2 tapak tanah itu terdapat perbezaan setinggi 3 meter

Jika ditandakan dengan gradian nisbah 1 : 1


Maka jarak antara top dan toe slope tersebut adalah 3 meter.

Jika ditandakan dengan gradian nisbah 1 : 2


Maka jarak antara top dan toe slope tersebut adalah 6 meter.

GRADIAN KECERUNAN JALAN

Bagi kerja pembinaan jalan, terdapat juga gradian pada nisbah-nisbah yang tertentu yang akan
menentukan ketinggian antara tengah jalan dengan tepi jalan. Gradian pada jalan adalah bagi
tujuan pengaliran air hujan masuk ke longkang dan juga bagi tujuan keselamatan dan kestabilan
kenderaan apabila melalui selekoh jalan yang panjang.

Biasanya terdapat 2 jenis permukaan jalan yang dibina. Bagi jalan yang tinggi di tengah tetapi
rendah di kiri dan kanannya digelar sebagai 'camber'. Manakala bagi jalan yang tinggi di sebelah
kiri atau kanan tetapi rendah di tepi jalan yang sebelah lain digelar pula sebagai 'super
elevation'. 
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 5 drp : 10

Biasanya jalan dari jenis camber adalah pada jalan lurus manakala jalan jenis super elevation
(atau sering disebut sebagai 'super E' sahaja) pula apabila jalan itu berselekoh panjang samada
ke kiri atau ke kanan.

Gradian untuk pembinaan jalan adalah sama juga dengan gradian bagi pembinaan slope bukit.
Cuma bagi pembinaan jalan kadang-kadang nilai gradian ini tidak ditulis dengan kadar nisbah
antara ketinggian dan jaraknya tetapi ditulis dalam nilai peratusan kecerunan.

Berpandukan gambarajah contoh di atas, gradian kecerunan bagi jalan tersebut telah ditanda
dengan kadar nisbah 1 : 40. Ini bermaksud bagi setiap 1 meter ketinggiannya maka jaraknya
adalah 40 meter. Nisbah 1 : 40 ini juga boleh dituliskan dalam nilai 2.5%. 

SISTEM BEKALAN AIR DI RUMAH 

a. Sistem terus : membekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.
b. Sistem tidak terus : membekalkan air ke tangki simpanan air yang akan
menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.                     

Paip Bekalan Air

Paip Perhubungan - menghubungkan paip utama dengan meter air.


Paip Perkhidmatan - menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur.
- mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan
Paip Agihan di rumah.
- Menggunakan paip jenis BG atau PVC
- Dipasang di dasar tangki
Paip Cuci - Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki
dijalankan
- Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air
Paip Limpah - Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan
- Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak.
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 6 drp : 10

Sistem Bekalan Air di Rumah

Terdapat dua cara sistem bekalan air di rumah


1. Sistem terus – bekalan air dibekalkan dari paip perkhidmatan terus ke
seluruh kelengkapan paip di rumah.
2. Sistem tak terus – bekalan air dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan
ke tangki simpanan dan pili   dapur.

Tangki Simpanan Air


 Kegunaan : menakung air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan di dalam rumah
 Diperbuat daripada : kepingan besi galvani, gentian kaca atau plastik poli (HDPE).
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 7 drp : 10

KERJA TANAH

Air Bumi/Air Bawah Tanah


Air bumi boleh mendatangkan masalah kepada kerja-kerja pembinaan dan asas bangunan.
Dapatkan nasihat professional dan perhatikan arahan dan spesifikasi tentang kerja-kerja
pengeringan dan kerja-kerja pengawasan.

Kecerunan (Slopes)
Kecerunan ditakrifkan dalam kerjatanah ditakrifkan sebagai perubahan ketinggian tanah
dibandingkan dengan jarak datar terlibat. Biasanya dinyatakan dalam bentuk nisbah atau peratus

Cut And Fill


Cut - tanah perlu dibuang, Fill - tanah perlu ditambah. Dalam plan nampak mencerun keatas dari
aras tapak bagi cut, dan nampak mencerun kebawah dari tapak bangunan/jalan bagi fill.
Excavation/Embankment – similar

Elevations (Aras Bumi)


Jarak menegak dari paras laut. Semak BM atau TBM. TBM merujuk kepada objek atau lokasi
tertentu

UNDANG-UNDANG

 Gangguan Kepada Jiran, Bangunan Bersebelahan, Atau Kawasan Awam


 Utiliti Dan Pihak Berkuasa Berkenaan
 Akta 133 - Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974
 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah
 Tebing
 Perendahan Aras Mata Air
 Pokok
 Saliran
 Hakisan
 Kawalan Mendapan
 Struktur Penahan
 Habuk
 Keselamatan
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 8 drp : 10

PENSTABILAN CERUN

STRUKTUR PENAHAN

 Kebenaran Mula Kerja


 Notis Siap Kerja
 Permit Dan Royalti
 Lokasi Pembuangan Sisa Tumbuhan, Akar, Sampah Sarap Dan Permit
 Kebenaran Bakar

PEMBETUNGAN 

Kawalan kualiti sistem kumbahan hendaklah dijalankan pada semua peringkat pembinaannya.
Pertama sekali, pematuhan bahan dengan norma dan keperluan diperiksa. Selanjutnya, proses
pemasangan sistem akan dipantau. Akhir sekali, ujian pembetungan dijalankan dalam keadaan
yang dipasang sepenuhnya.
Memeriksa kecekapan sistem pembetungan termasuklah:
 menguji sistem pembetungan dalaman;
 memeriksa kesesakan talian paip;
 penentuan keupayaan kerja telaga;
 ujian saliran ribut.

Apa yang berkaitan dengan sistem kumbahan dalaman


Rangkaian pembetungan dalaman termasuk:
 perkakas kebersihan, termasuk perkakas rumah, yang menghasilkan pembuangan air;
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 9 drp : 10

 talian paip dalaman disambungkan kepada riser pembetung biasa;


 paip riser pusat, dilengkapi dengan paip peminat.

Apa yang berkaitan dengan sistem kumbahan luar


Bahagian luaran rangkaian pembetungan termasuk:
 pipeline yang menjalankan air sisa dari rumah ke tapak pelupusan;
 wells, yang perlu dipasang di tempat sambungan, cawangan paip atau perbezaan
ketinggian rangkaian;
 kemudahan rawatan;
 kumbahan ribut dan air hujan.

Siapa yang bertanggungjawab untuk kecekapan pembetungan


Suruhanjaya yang menjalankan pemeriksaan rangkaian pembetungan termasuk wakil-wakil:
 syarikat yang terdiri. Organisasi ini bertanggungjawab untuk mengesahkan pengiraan dan
merangka rangkaian kumbahan;
 organisasi yang menjalankan penyelidikan di kawasan di mana pemasangan pembetungan
telah dirancang. Syarikat ini bertanggungjawab untuk ketepatan data mengenai keadaan
iklim dan keadaan alam sekitar yang berdasarkannya reka bentuk sistem telah
dibangunkan;
 syarikat-syarikat yang terlibat dalam meletakkan rangkaian pembetungan
bertanggungjawab terhadap kualiti kerja dan mematuhi piawaian sedia ada;
 pihak berkuasa kontrak. Mengawasi semua peringkat pembinaan. Ia bertanggungjawab
untuk ketepatan pemeriksaan apabila meletakkan rangkaian pembetungan beroperasi.
DCA 2033 BUILDING CONSTRUCTION II Muka : 10 drp : 10

Setiap organisasi mempunyai tanggungjawab sendiri, sempadannya jelas ditakrifkan.


Selepas pemeriksaan semua anggota suruhanjaya menandatangani satu tindakan menguji
sistem kumbahan.
Sekiranya terdapat kesilapan atau kekurangan, setiap syarikat mungkin tertakluk kepada
liabiliti jenayah, disiplin atau pentadbiran.

Ujian rangkaian pembetungan dalaman


Apabila menjalankan kerja ujian, adalah perlu untuk mengikuti SNiP "Pembetungan. Rangkaian
dan kemudahan luaran ". Menurut dokumen ini, ia diperiksa:
 pematuhan dengan projek yang dibangunkan;
 ujian saluran paip kumbahan untuk kekuatan dan kebolehpercayaan bergabung dengan
sendi;
 ketepatan dan kebolehpercayaan peralatan terpasang dan elemen pembilasan;
 vertikal pemasangan yang dipasang.

Menguji nod
Pematuhan dengan projek diperiksa secara visual. Setiap elemen sistem harus terletak betul-
betul di tempat di mana ia ditunjukkan pada pelan atau lukisan.

You might also like