You are on page 1of 8

CJ Technical Updates Cawangan

Jalan

Bulletin on: Issue No.


LESSON LEARNED DALAM Theme of the month:
REKABENTUK SISTEM SALIRAN
SISTEM SALIRAN
3
3/2017

JKR 20400-0204-17 Website: http://www.jkr.gov.my ISSN 2231-7988

LESSON LEARNED DALAM REKABENTUK SISTEM SALIRAN

1. PENGENALAN
Purata hujan di Malaysia yang melebihi 2500mm setahun, merupakan antara faktor
yang menyebabkan rekabentuk sIstem saliran tidak boleh dipandang ringan dalam
melaksanakan sesuatu projek samada projek Jalan atau pun Infrastruktur yang lain.
SIstem saliran yang cekap dan sempurna dapat mengelakkan berlakunya banjir kilat,
kemalangan jalanraya dan lain-lain lagi.
Sistem saliran yang tidak cekap atau tidak mencukupi dalam projek jalan boleh
menyebabkan air bertakung di permukaan jalan dan seterusnya boleh mengakibatkan
kemalangan Jalan raya, di sebabkan permukaan jalan menjadi licin dan yang paling
ditakuti ianya boleh mengakibatkan kegagalan kepada tambakan jalan dan kehilangan
nyawa.
Satu kajian oleh ROADEX iaitu satu kerjasama antara Organisasi Jalan di Eropah Utara
mendapati bahawa terdapat kaitan antara keadaan sistem saliran dengan Roughness
Index(IRI) dan kedalaman rutting. Kedalaman rutting didapati dua kali lebih tinggi di
bahagian jalan yang mempunyai saliran yang teruk dibandingkan dengan jalan yang
mempunyai saliran yang baik. Kajian oleh ROADEX juga mendapati sistem saliran yang
diselenggara dengan baik merupakan factor yang utama dalam mengurangkan kadar
kerosakan jalan. Kajian juga mendapati pembaikan dan penyelengaraan sistem saliran
dapat memanjangkan jangkahayat pavemen sebanyak 1.5 - 2 kali lebih lama
dibandingkan dengan jalan yang sistem saliran tidak diselenggara dengan baik(Annele
Matintupa & Seppo Tuisku,2013).

2. LESSON LEARNT

Kertas ini bertujuan berkongsi beberapa kelemahan dalam rekabentuk dan pembinaan
sistem saliran terutama di dalam rekabentuk yang melibatkan culvert. Disamping itu,
tindakan pembaikan yang dilaksanakan juga dikongsi bagi memberikan idea kepada
pihak yang terlibat sekiranya menghadapi masalah yang sama .Tindakan pembaikan
perlu dilakukan bagi membaikpulih keadaan di tapak supaya sistem saliran boleh
berfungsi dengan sempurna. Ianya juga perlu dilaksanakan bagi membolehkan jalan
digunapakai dengan selamatnya.

Page 1 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)


i) Tiada Culvert disediakan
Semasa rekabentuk Projek A dilaksanakan, perekabentuk tidak mengenalpasti
sebarang aliran air@sungai di kawasan kejadian. Oleh sebab itu, tiada culvert
disediakan di lokasi tersebut. Walaubagaimanapun disebabkan lokasi tersebut
merupakan kawasan yang paling rendah yang terletak antara dua
bukit@kawasan tinggi, aliran air hujan akan mengalir dan berkumpul di lokasi
tersebut. Disebabkan aras jalan yang direkabentuk adalah lebih tinggi daripada
aras asal, ianya menyebabkan terjadinya takungan air di tepi jalan. Takungan air
yang berlanjutan dalam tempoh yang panjang menyebabkan struktur jalan
menjadi lemah dan akhirnya kegagalan tambakan telah berlaku. .

Rajah 1a: Takungan air di tepi jalan

Rajah 1b: Takungan air di tepi jalan

Page 2 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)


Rajah 2a: Kegagalan tambakan jalan

Rajah 2b: Kegagalan tambakan jalan

Sebagai tindakan pembaikan, culvert dibina supaya air boleh mengalir keluar.
Kaedah pemasangan culvert boleh dilaksanakan secara :-
i. Pipe Jacking
ii. Open Cut

Page 3 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)


Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku semasa peringkat rekabentuk
perekabentuk perlu mengkaji keadaan topografi kawasan projek secara
menyeluruh bagi mengenalpasti lokasi-lokasi yang rendah yang kemungkinan
akan menjadi lokasi takungan air. Selain daripada itu, semasa pembinaan
dinasihatkan perekabentuk kerap turun ke tapak bagi menyemak pembinaan di
tapak dan mengkaji keadaan aliran air di kawasan-kawasan yang sebegini
selepas tapak dibersihkan (site clearance). Kebiasaannya selepas tapak
dibersihkan, aliran air lebih jelas dan lokasi air bertakung dapat dikenalpasti
sebelum tambakan tanah dilakukan. Sekiranya dikenalpasti sebelum tambakan
dilakukan, culvert boleh dipasang secara open cut. Perekabentuk juga
dicadangkan memperuntukkan beberapa bilangan culvert yang melebihi daripada
yang diperlukan di tapak untuk kegunaan kes-kes seperti ini.

ii) Tiada discaj point disediakan

Terdapat 5 culvert didalam Projek B yang dibina dengan tiada aliran keluar(discaj
point). Semakan di dalam lukisan pembinaan mendapati discaj point telah
dikenalpasti semasa rekabentuk. Walaubagaimanapun semasa pembinaan,
didapati invert level discaj point adalah lebih tinggi daripada invert level culvert,
dan ini mengakibatkan air tidak dapat dialirkan keluar. Bagi membolehkan air
dialirkan, tindakan pembaikan seperti berikut diambil:-

Tindakan pembaikan:-
(i) Membersihkan kelodak takungan air pada inlet culvert.
(ii) Membuang kelodak dibahagian outlet. Discaj point telah dibersihkan bagi
membolehkan air mengalir ke parit yang berhampiran.
(iii) Longkang dibina bagi membolehkan air dialirkan keluar

Page 4 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)


SEBELUM SELEPAS

Rajah 3: Keadaan culvert sebelum dan selepas pembaikkan

Page 5 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)


Daripada semakan rekabentuk terdapat satu culvert yang direkabentuk dengan
mengalirkan air ke toe drain dan dialirkan keluar ke discaj poin yang berdekatan.
Walaubagaimanapun disebabkan pembinaan gradien toe drain tidak seperti yang
direkabentuk, aliran air dari toe drain yang sepatutnya dialirkan keluar, mengalir ke
masuk ke culvert yang menyebabkan air bertakung di dalam culvert(rujuk rajah 4).

Rajah 4: Rekabentuk asal aliran air keluar daripada culvert ke toe drain

Page 6 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)


Rajah 5: Kerja-kerja pembersihan dan pembinaan longkang

Tindakan pembaikan:-
(i) Membersihkan kelodak takungan air pada inlet culvert.
(ii) Longkang dibina bagi membolehkan air dialirkan keluar

Page 7 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)


3. KESIMPULAN

Rekabentuk saliran yang sempurna amat kritikal dalam pelaksanaan projek-


projek jalan kerana rekabentuk yang tidak sempurna boleh mengurangkan tahap
keselamatan dan keselesaan pemandu jalan raya. Rekabentuk sistem saliran
perlu disemak semasa pembinaan bagi memastikan pembinaan yang
dilaksanakan bertepatan dengan rekabentuk dan keadaan semasa di tapak.
Penyelengaraan berkala sistem saliran perlu dilaksanakan secara berjadual bagi
memastikan system saliran dapat berfungsi dengan baik.

Rekabentuk sistem saliran jalan agak terkebelakang dari segi kemajuan teknologi
jika dibandingkan dengan rekabentuk sistem saliran infrastruktur yang lain.
Rekabentuk sistem saliran jalan yang lebih lestari seperti pengunaan Grassed
Swale yang boleh meningkatkan kualiti air larian dan lebih ekonomik (M.M
Muhammad et.al,2016) atau ‘catch basin’ perlu diketengahkan sebagai alternatif
kepada sistem saliran yang biasa digunakan .

RUJUKAN:
1. M.E. Toriman and M.Mokhtar(2012).Irrigation:Types,sources and Problems in
Malaysia.UKM Bangi.
2. M.M Muhammad, K.W. Yusof& M.R Mustafa(2016).Hydraulic assessment of
grassed swale as bioengineered channel.
3. Annele Matintupa and Seppo Tuisku(2013).Summary of Drainage Analysis in
Ireland, Roads N56 and N59..

Disediakan oleh:
Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Selatan
Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan
Cawangan Jalan

Page 8 of 8 CJ Technical Updates Issue No. 3 (3/2017)

You might also like