You are on page 1of 10

JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01

JL PROJECTS SDN. BHD.


“ENVIRONMENTAL CHECKLIST FORM (ECF)”

TEMPAT :
TARIKH :
MASA :

SYARAT- KEPERLUAN KEPATUHAN TINDAKAN/CADANGAN SEMAKAN & NOTA


SYARAT EIA YA TIDAK N.A
AM
Laporan 1.Satu salinan syarat-syarat kelulusan laporan EIA dan EMP ini,
EIA,EMP dan bersama-sama dengan setiap salinan dokumen yang menjadi
EMR sebahagian daripada syarat-syarat kelulusan hendaklah dipamerkan
di suatu tempat yang sesuai dan boleh dilihat dengan jelas di pejabat
pengurusan
2.Segala syor-syor jururunding EIA dalam Laporan EMR perlu dipatuhi
dan dilaksanakan sepenuhnya di tapak projek
(Rujuk Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
Pegawai Alam 1.Segala syor-syor pegawai alam sekitar Johor Land hendaklah
Sekitar dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya di tapak projek
2.Segala isu-isu ketidakpatuahan syarat-syarat EIA dan keperluan
sepertimana dalam senarai semak ini yang tidak dilaksanakan di
tapak boleh membawa kepada tindakan denda terhadap kontraktor
sebagaimana yang disenaraikan dalam “List of Fines in Appendix of
the Tender Document”
KUALITI AIR
Sistem 1.Membina perparitan berserta ‘check dam’ dengan segera sebelum
Perparitan kerja tanah seperti dalam pelan ‘Erosion and Sediment Control Plan
(ESCP)’bagi mengelakkan hakisan tanah dan pembentukan galur
(gullies)
(Rujuk Lampiran no.1)
2.Menyalurkan air larian permukaan di tapak kerja ke dalam perparitan
dan akhirnya ke dalam perangkap mendap/kolam mendapan
sebelum dilepaskan ke dalam kolam tadahan atau alur air
3.Melaksanakan pemeriksaan/penyelenggaraan perparitan terutama
selepas hujan lebat
Cerun 1.Pembinaan cerun bertingkat hendaklah dilaksanakan di kawasan
cerun-cerun tanah potong (cut slope) dan tanah tambun (fill
slope).
2.Cerun tanah tambun (fill slope) perlu dipadatkan mengikut spesifikasi
reka bentuk lukisan ESCP.
3.Cerun yang telah siap dipotong dan dipadatkan hendaklah ditutup
dengan sebarang tanaman tutup bumi atau lapisan geotextile atau
geomat dengan serta merta.
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.
Perangkap 1. Sebarang pelepasan air larian permukaan dari tapak projek ke luar
Mendap/ sempadan tapak projek hendaklah tidak boleh mengandungi
Kolam parameter:
Mendapan/ i. Kekeruhan melebihi 250 Nephelometric Turbidity Unit (NTU)
Kolam ii. Jumlah pepejal terampai, TSS melebihi 50mg/l
Tadahan (Rujuk Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
2.Memastikan pengawasan kualiti air di takat akhir pelepasan
perangkap mendap/kolam mendapan/kolam tadahan bagi parameter
Pepejal Terampai (Suspended Solid, SS) dijalankan setiap bulan dan
selepas hujan melebihi 12.5mm atau satu jam selepas waktu hujan
dengan pembuktian bacaan tolok hujan bermula dari kerja tanah
sehingga selesai kerja-kerja pembinaan
3. Sebarang aktiviti kerja tanah hendaklah dihentikan apabila parameter
kekeruhan (Turbidity) pada takat pelepasan akhir perangkap
mendap/kolam mendapan/kolam tadahan didapati melebihi 250 NTU.
Aktiviti-aktiviti kerja tanah hanya dibenarkan untuk dijalankan semula
setelah perangkap mendap/kolam mendapan/kolam tadahan atau
apa-apa sistem kawalan hakisan yang berkaitan tersebut sempurna
dibaikpulih. Rekod baikpulih dan penyelenggaraan perangkap
mendap/kolam mendapan/kolam tadahan hendaklah disimpan untuk
semakan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
4.Perangkap mendap/kolam mendapan/kolam tadahan hendaklah
dibina mengikut spesifikasi reka bentuk lukisan ESCP
5.Perangkap mendap/kolam mendapan/kolam tadahan bersaiz
secukupnya untuk memaksimumkan masa tahanan dan
membenarkan pelepasan air yang akan diarahkan melalui paip
limpahan berlubang dan ke dalam gabion rock
(Rujuk Lampiran no.2)
6.Memasang lapisan geotekstil pada salur keluar perangkap
mendap/kolam mendapan/kolam tadahan seperti yang dikehendaki
oleh MBJB
7.Melaksanakan penyelenggaraan bagi memastikan keberkesanan
fungsi perangkap mendap/kolam mendapan/kolam tadahan mengikut
keperluan seperti mendapan telah melebihi 2/3 daripada kedalaman
perangkap mendap/kolam mendapan/kolam tadahan
8.Bahan ‘desilting’ perangkap mendap/kolam mendapan/kolam tadahan
perlu dialihkan segera ke tapak pelupusan yang telah ditetapkan
Pagar Kelodak 1.Pemasangan pagar kelodak hendaklah dibina dan dipasang mengikut
spesifikasi reka bentuk lukisan ESCP
2.Melaksanakan penyelenggaraan bagi memastikan keberkesanan
fungsi pagar kelodak yang telah rosak
Pelan 1.Pelan Kawalan Hakisan dan Sedimen (Erosion and Sediment Control
Kawalan Plan-ESCP) hendaklah disediakan sebagaimana yang telah
ditetapkan dalam Guideline for Erosion and Sediment Control
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.
Hakisan dan in Malaysia – Oktober 2010 yang diterbitkan oleh Jabatan Pengairan
Sedimen dan Saliran, Kementerian Sumber Asli
2.Semua langkah kawalan hakisan tanah dan sedimen hendaklah
dilaksanakan sebelum kerja tanah dimulakan, seperti didalam lukisan
ESCP yang telah disahkan oleh Jurutera Bertauliah (Professional
Engineer) dan diperakui (endorsed) oleh Jabatan Pengairan dan
Saliran dan Jabatan Alam Sekitar dengan cop CPESC.
3.BMPs hendaklah dibina sebelum kerja tanah dimulakan mengikut
lukisan ESCP dan selaras dengan peringkat kerja tanah
Sungai 1.Memastikan pengawasan kualiti air sungai di hulu dan hilir tapak
projek dari peringkat kerja tanah sehingga operasi di sepanjang usia
projek dijalankan setiap bulan (mengikut syarat kelulusan EIA/EMP).
(Rujuk Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
Air Larian 1. Bagi kawalan air larian permukaan (surface run-off) yang
Permukaan berkesan, perkara-perkara berikut hendaklah dilaksanakan:-
i. Kawalan sempadan kawasan kerja (perimeter control) dan
peparitan sempadan kawasan (perimeter drain) berserta ‘check
dam’ hendaklah disediakan di tapak projek sebelum sebarang
kerja tanah dijalankan.
ii. Sebarang pelepasan air larian permukaan dari tapak projek di
mana kerja tanah dijalankan tidak dibenarkan dilepaskan terus ke
mana-mana alur air melainkan hendaklah melalui perangkap
mendap atau kolam mendapan terlebih dahulu.
Tolok Hujan 1.Tolok hujan (rain gauge) hendaklah dipasang disatu kawasan yang
terbuka didalam tapak projek
2.Mengambil dan merekod bacaan Rekod Tolok Hujan setiap hari
3.Pemeriksaan terhadap semua komponen BMPs hendaklah dijalankan
dan direkod dalam tempoh 24 jam selepas catatan hujan adalah
bersamaan atau melebihi 12.5mm dari tolok hujan sebagaimana yang
disenaraikan dalam “Checklist BMP’s Maintenance Record JLand in
Appendix of the Tender Document”
4.Memastikan pengawasan kualiti air di takat akhir pelepasan kolam
perangkap mendap bagi parameter Pepejal Terampai (Suspended
Solid, SS) dijalankan setiap bulan dan selepas hujan melebihi
12.5mm atau satu jam selepas waktu hujan dengan pembuktian
bacaan tolok hujan bermula dari kerja tanah sehingga selesai kerja-
kerja pembinaan.
(Rujuk Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
Longgokan 1.Sebarang tanah-tanih berlebihan (over burden) hendaklah ditentukan
Tanah/Bahan lokasi pelupusannya, dan dikawal dengan pemampatan, penutupan,
Binaan tanaman penutup bumi dan dibina benteng (bund) disekelilingnya
bagi mengelakkan tanah-tanih tersebut masuk ke dalam mana-mana
alur air.
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.
2.Pelupusan tanah-tanih berlebihan (over burden) di luar tapak projek
hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Berkuasa Tempatan.
3.Kawasan untuk tapak longgokan tanah/bahan binaan hendaklah
terletak jauh dari permukaan laluan aliran air larian. Semua
longgokan tanah perlu dipindahkan segera ke dalam lori
Tandas 1.Kemudahan tandas sementara yang memenuhi spesifikasi yang
Sementara ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan atau Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hendaklah disediakan di kem
pekerja disepanjang tempoh pembinaan. Kumbahan domestik dari
rumah pekerja atau pejabat hendaklah diolah terlebih dahulu dan
mematuhi Standard B, Jadual Kedua (peraturan 7), dibawah
peraturan-peraturan kualiti Alam Sekeliling (kumbahan) 2009, P.U.(A)
432 sebelum dilepaskan ke mana-mana alur air.
2.Penyelenggaan tandas sementara di kem pekerja perlu dilaksanakan
dan direkod bagi mengelakkan sebarang limpahan tangki septic
Penahan 1.Kawasan pengendalian untuk pemindahan produk petroleum & tangki
Tangki Minyak diesel dan mengisi semula jentera hendaklah berdiri keras dan
dilindungi oleh benteng yang rendah atau parit cetek diarahkan ke
dalam lubang pengumplan kecil
(Rujuk Lampiran no.3)
KUALITI UDARA
Laluan Jalan 1.Jalan masuk (access road) dan jalan sementara (construction road)
Tapak hendaklah dibina mengikut jajaran dalam lukisan ESCP. Pembinaan
jalan masuk hendaklah mengikut spesifikasi reka bentuk dalam ESCP.
2.Pembinaan jalan kekal atau jalan sementara (construction road) yang
merentasi sungai/alur air hendaklah menggunakan jambatan atau
culvert.
3.Permukaan-permukaan jalan terutamanya di kawasan laluan jentera
pembinaan hendaklah dibasahkan bagi mengelakan masalah habuk di
sepanjang masa kerja-kerja tanah dan pembinaan dijalankan.
4.Laluan kenderaan pengangkut bahan-bahan binaan serta tanah
hendaklah dirancang dengan baik bagi mengurangkan kacau ganggu
kepada kawasan perumahan/perkampungan dan mengelakan
penggunaan jalan di dalam kawasan perumahan/perkampungan.
Laluan kenderaan hendaklah mendapat kelulusan Pihak berkuasa
tempatan terlebih dahulu
5.Laluan jalan tapak ditutupi batu aggregate bagi mengelakkan
jalan yang becak dan ditakungi air
Laluan Basah 1.“Washing Bay” hendaklah disediakan untuk membersihkan roda- roda
(“Washing kenderaan pengangkut dan jentera kerja tanah sebelum dibenarkan
Bay”) bergerak di atas jalan raya awam yang dibina mengikut dalam lukisan
ESCP
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.
Jet Air 1.“Water Jet” hendaklah disediakan untuk membersihkan roda-roda
kenderaan pengangkut dan jentera kerja tanah sebelum dibenarkan
bergerak di atas jalan raya awam
Kawasan 1.Penanaman kawasan penampan di antara tepi jalan dan premis
Penampan dengan pokok-pokok atau pagar (“hoarding wall”)
Pembakaran 1.Pembakaran terbuka sisa-sisa tumbuhan atau buangan bahan binan
Terbuka atau apa-apa buangan dari kawasan projek adalah dilarang sama
sekali.
2.Pembakaran terbuka biojisim dan sisa pepejal seperti sisa pembinaan
adalah dilarang sama sekali di tapak. Satu tanda "PEMBAKARAN
TERBUKA TIDAK DIBENARKAN" hendaklah diletakkan dalam
kawasan projek
Kenderaan 1.Lori yang membawa bahan binaan hendaklah disimpan bebas
Tapak daripada kotoran semasa dalam perjalanan di atas jalan awam
2.Semua kenderaan pembinaan hendaklah diselenggarakan dalam
keadaan baik dan dikendalikan dengan betul
3.Kenderaan mengangkut hasil bumi hendaklah ditutup dengan
kepingan kanvas dan terjamin dengan betul
4.Kelajuan kenderaan dalam tapak pembinaan hendaklah dipandu
terhad kepada 30 km / jam
5.Pengangkutan kenderaan berat perlu langkah-langkah keselamatan
yang perlu dengan mengikuti had laju lalu lintas, tidak melebihi had
beban dan menggunakan jalan alternatif yang mengelakkan
kesesakan lalu lintas pada waktu puncak
Pemantauan 1.Memastikan pengawasan kualiti udara ambien ketika peringkat kerja
Kualiti Udara tanah dan pembinaan hendaklah dilaksanakan bagi parameter-
parameter dan had-had yang ditetapkan dalam Recommended
Malaysian Air Quality Guidelines, terbitanJabatan Alam Sekitar.
(Rujuk Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
2.Memastikan pengawasan kualiti udara ambien bagi parameter
particulate matter (PM10) tidak melebihi 150 pg/m3(mengikut syarat
kelulusan EMP) hendaklah dijalankan setiap bulan, mulai dari tarikh
kerja tanah sehingga selesai kerja pembinaan.
(Rujuk Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
BUNYI DAN GETARAN
Aktiviti 1.Tahap bunyi bising semasa pembinaan boleh dikurangkan dengan
Pembinaan mengurus sesuatu aktiviti dengan baik dan dilaksanakan
dan pembersihan tapak dan kerja tanah secara berfasa
Pemasangan 2.Aktiviti pembinaan perlu dikurangkan pada hujung minggu terutama
Cerucuk berhampiran kawasan kediaman dan awam
3.Cerucuk dan aktiviti pembinaan yang menghasilkan tahap kebisingan
yang tinggi dan getaran hendaklah dikawal untuk mengelakkan
gangguan pada kawasan perumahan dan hendaklah terhad pada
waktu 7.00am kepada 7.00pm
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.
4.Tanda amaran perlu dipasang di kawasan bunyi peringkat tinggi
untuk memberi amaran kepada pekerja bagi bahaya bunyi terutama
apabila kerja cerucuk dijalankan
5.Bagi pekerja tapak, pelindung telinga hendaklah disediakan jika perlu.
Pemantauan 1.Memastikan paras bunyi bising dikawal supaya tidak melebihi paras
Kualiti Bunyi 60 dB(A) pada waktu siang (7.00 pagi – 10.00 malam) dan tidak
melebihi 50 dB(A) pada waktu malam (10.00 malam – 7.00 pagi)
disempadan kawasan projek semasa peringkat pembinaan dan
operasi.
(Rujuk Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
2.Memastikan pengukuran dan penilaian pelepasan bunyi bising
dijalankan setiap bulan (mengikut syarat kelulusan EMP), mulai dari
tarikh kerja tanah sehingga selesai kerja-kerja pembinaan. (Rujuk
Laporan Pemantauan Alam Sekitar,EMR)
KESIHATAN,KESELAMATAN DAN LAIN-LAIN
Pengurusan 1.Sebarang buangan terjadual sepertimana yang tersenarai di Jadual
Buangan Pertama (peraturan 2), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
Terjadual (Buangan Terjadual) 2005, P.U. (A)158 hendaklah diurus dengan
sempurna mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan didalam
peraturan tersebut. Buangan-buangan terjadual hendaklah
dilupuskan, diolah atau diperoleh kembali di premis yang dilesenkan
oleh Jabatan Alam Sekitar.
2.Buangan terjadual hendaklah disimpan dan dilabel dengan betul di
dalam benteng konkrit dalam kawasan berbumbung.
(Rujuk Lampiran no.4)
3.Buangan terjadual pemberitahuan(notification), inventori dan
‘consignment note’ hendaklah disediakan dan hendaklah dipantau
secara bulanan
4.Pengangkutan buangan terjadual perlu diuruskan dengan betul
bermula dari sisa generator, sisa pengangkut dan ke kawasan
pelupusan dengan mengikuti semua peraturan, amalan pengendalian
buangan terjadual dan direkod dalam sistem ‘Electronic Scheduled
Waste Information System (eSWIS)’
5.Menyediakan drip pan disetiap mesin yang berkeupayaan
menghasilkan tumpahan minyak ke tanah
(Rujuk Lampiran no.5)
Pengurusan 1.Sistem pengurusan sisa-sisa pepejal yang baik hendaklah disediakan
Sisa Pepejal dan sisa-sisa pepejal ini hendaklah dilupuskan di tapak pelupusan
yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pelupusan sisa
pepejal
kedalam mana-mana alur air tidak dibenarkan.
2.Sampah hendaklah disimpan di dalam bekas yang betul dan kerap
dikutip
3.Sisa pepejal hendaklah dipungut sekurang-kurangnya dua (2) kali
seminggu. Ia hendaklah dibuat melalui selaras dengan kehendak
Pihak Berkuasa Tempatan
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.
Pegawai 1.Kontraktor hendaklah melantik pegawai alam sekitar di tapak yang
Alam Sekitar bertanggungjawab sepenuhnya perkara-perkara berkaitan
pengurusan alam sekitar dan perlaksanaan semua langkah kawalan
alam sekitar. Pegawai tersebut perlu memastikan tapak projek
mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat kelulusannya
yang ditetapkan Jabatan Alam Sekitar
Pelan 1.Pelan tindakan kecemasan hendaklah disediakan dan diperiksa untuk
Tindakan keberkesanan semasa keseluruhan pembangunan dalam kes
Kecemasan kecemasan
(ERP)

DIPERIKSA OLEH: DISAHKAN OLEH

Nama : Nama :

Tandatangan: Tandatangan:

Rujukan:

-Buku Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974


-Rujukan Syarat-Syarat Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Pelan Pengurusan alam Sekitar (EMP) Bagi Projek "Pembangunan Perumahan dan Perdagangan di atas Lot PTD 153884
- PTD 153889 dan PTD 153892 Mukim Tebrau, Daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim" (Bandar TIram Fasa 3)
- Rujukan Syarat-Syarat Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Pelan Pengurusan alam Sekitar (EMP) Bagi Projek " Cadangan Pembangunan Bercampur di atas Lot PTD 50466 & PTD
50467, Mukim Simpang Kanan, Daerah Batu Pahat, Johor Darul Takzim” (Taman Mutiara Gading)
- Rujukan Syarat-Syarat Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Pelan Pengurusan alam Sekitar (EMP) Bagi Projek “Cadangan Pembangunan di atas Lot PTD 84134, di Mukim Tebrau
dalam Daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim” (Bandar Dato’ Onn)
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.

Lampiran:
No Keterangan
1. Pembinaan ‘check dam’ pada laluan ‘perimeter drain’

2. Rekabentuk perangkap mendap berserta ‘riser’ dan ‘baffle’

1)
JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.

2)

3. Tangki diesel dilindungi oleh benteng rendah atau parit cetek


JLPRO/QSHE/2023/IMS/ENV01
JL PROJECTS SDN. BHD.
4 Kawasan tempat pengumpulan sisa terjadual

Oil Sump
Concrete Collection
Slab

Label-label pada tong-tong bahan buangan berjadual yang perlu dilekatkan


Rekabentuk tempat simpanan sisa terjadual yang ringkas

5. Guni kain berserta penadah minyak digunakan sebagai alternatif penggunaan drip pan

You might also like