You are on page 1of 2

PROJEK MENAIKTARAF SISTEM KUMBAHAN 5 TAMAN PERUMAHAN DI AL MUKTAFI

BILLAH SHAH, DUNGUN TERENGGANU DARUL IMAN.

METHOD OF STATEMENT LOW PRESSURE WATER LEAKING TEST SEWERAGE


MANHOLE AND PIPE LINE.

1. Proses pengujian ini akan di buat mengikut arahan dari pihak konsultan yang
bertanggungjawab selepas siap kerja pemasangan manhole (Termasuk Concrete
Surround) dan pipeline seweragesebelum kerja backfill tanah sepenuhnya di
buat.Backfill tanah yang dimaksudkan adalah pada bahagian tengah VCP PIPE sahaja
tidak termasuk pada bahagian penyambungan paip.

2. Penyedian perlatan seperti tangki air, pam air , staff pengukur aras, dan bebola atau
kaedah lain sebagai alternatif untuk menahan air keluar mengalir keluar ke hujung paip.

3. Pengujian boleh di buat kepada 2 bahagian atau 2 kali bagi laluan pipe terlalu panjang.
Contohnya 80 meter panjang laluan pipe akan dibuat pengujian pertama bagi 40 meter
dan 40 meter berikutnya . Ini adalah sebahagian langkah menjaga keselamatan dan
membolehkan pengguna jalan raya menggunakan sebahagian jalan yang telah ditimbus
semula sebagai akses untuk masuk ke rumah.

4. Berikut adalah proses pengujian kebocoran yang akan di jalankan:

i. Membersihkan kekotoran di dalam paip dan manhole.


ii. Memastikan semua sambungan paip sempurna.
iii. Menutup hujung paip saliran dengan kemas bagi memastikan tidak bocor.
iv. Mengisi air kedalam manhole memenuhi ruang paip dan manhole
sehingga ke aras tidak melebihi 0.5 meter didalam manhole.
v. Selepas pengisian air pertama dibuat, pengisian air kali kedua akan di
buat selepas 30 minit sebagai Top-up semula sehingga mencapai aras
yang dipelukan. (Penyerapan air ke konkrit dan paip menyebabkan
pengurangan kuntiti isipadu air di peringkat awalan).

1
vi. Bacaan perubahan atau pengurangan aras air didalam manhole akan di
ambil setiap 5 minit bagi tempoh 30 minit keseluruhan tempoh pengujian.
Borang keputusan ujian hendaklah diisi oleh pihak atau wakil konsultan di
tapak atau bersama pihak JKR.
vii. Borang pengujian EN1610 (Allowable limit for Water Leakage: 0.15
litre/m2) yang di cadangkan dari pihak konsultan akan digunakan
sepanjang pengujian bagi projek ini dan ditandatangani oleh pihak
konsultan yang bertanggung jawab.
viii. Air takungan ujian akan dikeluarkan semula selepas selesai kerja
pengujian tersebut.

5. Kerja menimbus tanah semula pada bahagian yang telah melepasi atau lulus pengujian
akan di buat segera.

PENGUKUR ARAS
WATER STOPPER

0.5M

You might also like