You are on page 1of 4

Sistem Saliran - Pembetung Sistem Saliran - Pembetung Sistem Saliran - Pembetung Langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam kerja-kerja

ja mengambus balik paip pembetung yang berada di kawasan tambakan benteng (embakment fill) jalan :- Kambus balik hendaklah menggunakan bahan sesuai yang diluluskan dan diletakkan dengan lapisan yang sekata tidak melebihi 150 mm tebal setelah dimampat. - Kawalan kualiti hendaklah mematuhi Spesifikasi Kerja-kerja Tanah. - Bahan kambus balik hendaklah diletakkan lebih kurang sama tinggi atau seimbang di sepanjang kedua-dua belah paip pembentung. - Perhatian hendaklah diberi supaya tiada tekanan tinggi wujud dari tanah ke atas pembetung semasa kerja-kerja kambus balik dibuat. - Kerja-kerja memampat hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan kedudukan pembetung, menjejaskan struktur dan juga merosakkan sambungan. - Peralatan memampat yang ringan boleh digunakan di atas pembetung dengan kebenaran P.P selepas ketinggian kambus balik yang telah dimampat

mempunyai sekurang-kurangnya cover 300 mm di atas pembetung. - Pastikan loji atau peralatan yang berat tidak beroperasi dalam lingkungan 1.5 m dari pembetung sehingga kerja-kerja kambus balik telah disempurnakan dengan sekurang-kurangnya mempunyai cover 600 mm di atas pembetung.

Pengenalan

Satu sistem pembetungan yang baik dan effisen ialah di mana ianya mampu mengangkut air kumbahan dengan berkesan. Perkara ini adalah sangat penting kerana keberkesanan sesuatu sistem pembetungan berkadar terus dengan taraf kesihatan penduduk serta kebersihan alam sekitar. Secara amnya, proses pengurusan air kumbahan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengumpulan air sisa (collection works) dan operasi merawat air sisa (disposal work). Untuk memastikan kesihatan penduduk dan kebersihan alam sekitar terjamin kedua-dua bahagian tersebut mestilah berfungsi dengan baik.

Sistem pembetungan di Malaysia telah mengalami penswastaan pada tahun 1993. Kini Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) bertanggungjawab ke atas segala urusan yang berkaitan dengan sistem pembetungan dalam negara. Dalam proses merekabentuk sistem pembetungan, perkara yang perlu dititik berat ialah sistem tersebut dapat berfungsi dengan efektif serta ekonomi daripada segi kosnya. Sistem pembetungan yang direka juga harus merangkumi faktor keselamatan yang ditetapkan. Selain dari itu pihak IWK juga dipertanggungjawabkan bagi memastikan perkhidmatan yang dijalankannya sentiasa berada pada tahap yang dikehendakki oleh pihak berkuasa tempatan. Terutamanya ianya perlu sentiasa peka terhadap kemungkinan berlakunya kebocoran rangkain paip pembentungan

selain dari stesen rawatan yang canggih dan berfungsi di mana ianya akan memberi kesan kepada masyarakat tempatan.

2.2

Definasi Istilah

Untuk memudahkan kefahaman pembaca, berikut ialah definasi istilah-istilah yang banyak digunakan dalam kajian ini.
a.

Penyusupan (infiltration) ialah air yang menyusup masuk ke dalam sistem pembetungan

melalui rekahan paip, sambungan paip yang tidak sempurna, penutup lurang yang tidak ketat, kecacatan paip dan sebagainya.
b.

Lurang (manhole) ialah satu ruang yang dibina antara sepanjang saluran sistem pembetungan. Biasanya jarak antara lurang ialah kurang daripada 100 meter. Tujuan lurang dibina ialah memudahkan kerja penyenggaraan, pemeriksaan dan sebagainya.kadar kedalam yang minima ialah 2.0 meter.

c.

Kecerunan (slope) ialah kecerunan yang dipakai semasa kerja pemasangan paip pembetung.

d.

Halaju bersih diri (self cleansing velocities) ialah halaju aliran di mana bahan tidak dibenarkan termendap dalam sistem pembetungan. Biasanya ia berkait dengan kecerunan yang digunakan semasa kerja pembinaan sistem pembetungan. Halaju bersih diri yang dibenarkan ialah antara 0.8m/s-2.4m/s.

e.

Pembetung (sewer) ialah paip yang digunakan untuk mengangkut air kumbahan ke loji rawatan. Ia terdiri daripada perbagai jenis bahan buatan dan saiznya.

f.

Pembetungan (sewerage) ialah satu sistem pembetungan yang dirancang dan direkabentuk untuk mengangkut air kumbahan daripada puncanya ke loji rawatan untuk merawatnya sebelum ia dilepaskan ke alam sekitar.

g.

Kumbahan (sewage) ialah air kumbahan yang mengalir dalam sistem pembetungan. Ia mengandungi sisa domestik atau bahan buangan daripada kilang, ladang, kawasan perumahan dan sebagainya.

h.

Aliran masuk (inflow) ialah segala air kumbahan yang memasuki sistem pembetungan melalui pelbagai punca seperti dapur, tandas dan sebagainya. Namun demikian air daripada penyusupan tidak termasuk dalam air aliran masuk.

i.

Enap cemar (sludge) ialah sebarang mendapan kumbahan dalam paip atau tangki yang dalam bentuk separa cecair.

j.

Populasi sepadan (population equivalent) ialah anggapan penduduk yang setara dengan sesuatu populasi yang sering berubah-ubah pada sesuatu tempat. Ia bergantung kepada aktiviti manusia. Ia biasa digunakan sebagai anggaran jumlah penduduk untuk kerja rekabentuk sistem pembetungan.

You might also like