You are on page 1of 24

PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

PENYELENGGARAAN
BANGUNAN
PERPAIPAN DOMESTIK

UNIT 1: BEKALAN AIR TERUS DAN BEKALAN AIR TIDAK TERUS (5 JAM)
UNIT 2: PEMASANGAN TANGKI SIMPANAN AIR SEJUK (5 JAM)
UNIT 3: PEMASANGAN PAIP PVC DAN UPVC (5 JAM)
UNIT 4: PEMASANGAN PAIP HDPE (POLYPIPE) (5 JAM)
UNIT 5: PEMASANGAN PAIP BESI GALVANI (5 JAM)
UNIT 6: PEMASANGAN PAIP TEMBAGA (5 JAM)

MODUL PESERTA
1 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Modul 1 : Perpaipan Domestik


Objektif Modul:
Supaya di akhir kursus perserta akan dapat:

i. Mengetahui sistem bekalan air dalam rumah.


ii. Melakukan pemasangan dan penyelenggaraan tangki simpanan air.
iii. Melakukan pemasangan dan penyelenggaraan paip PVC, HDPE, besi galvani, dan
kuprum.
iv. Melakukan penyambungan paip berlainan jenis.
v. Melakukan pemasangan dan penyelenggaraan tandas duduk dan tandas cangkung.
vi. Menyelenggar tangki simbah.
vii. Melakukan pemasangan pemanas air domestik.

Unit 1. Bekalan Air Terus Dan Bekalan Air Tidak Terus


Hasil Pembelajaran:
Diakhir modul ini, peserta akan dapat:

i. Membezakan sistem bekalan air terus dengan sistem bekalan air tidak terus
ii. Mengetahui kebaikan dan keburukan kedua-dua sistem tersebut.
iii. Mengetahui prinsip asas dalam pemasagan perpaipan domestik

2 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

1.1 Pengenalan
Sistem perpaipan air domestik bermula dari selepas titik meter air. Sistem perpaipan
dalam rumah terbahagi kepada sistem bekalan air terus dan sistem bekalan air tidak terus. Juga
dikenali sebagai sistem bekalan air sejuk. Ia merujuk kepada air yang tidak melalui sistem
pemanasan air dan disalurkan pada suhu bilik/suhu persekitaran.

Perpaipan air sebelum titik meter air hanya boleh diselenggara oleh tukang paip Lesen
A2. Kesalahan menyelenggara dan mengubahsuai perpaipan air dari saluran paip utama (syarikat
air) ke meter air oleh mereka tanpa lesen tukang paip A2 boleh didakwa di makamah.

1.2 Sistem Bekalan Air Terus

Sistem bekalan air terus biasanya disalurkan melalui paip perkhidmatan dari meter ke
ruang dapur dan tangki simpanan air di atas bumbung. Air sistem bekalan air terus kebiasaanya
mempunyai tekanan yang kuat. Tekanan air dalam paip boleh dikawal melalui kunci air di meter
dan injap-injap air di sepanjang perpaipan.

Bekalan air di ruang dapur mestilah menggunakan bekalan air terus supaya pengguna
boleh mendapatkan air bersih terus. Bekalan air tidak terus dari tangki air dikhuatiri boleh
dicemari oleh kotoran dan haiwan kerana kedudukan di atas bumbung jarang diperiksa dan dicuci
oleh penghuni rumah.

Bahan paip digunakan untuk paip perkhidmatan hendaklah jenis tahan tekanan tinggi,
iaitu jenis besi galvani, polypipe/HDPE, dan besi tahan karat (stainless steel). Ciri-ciri utama
seperti ketebalan paip, tahan tekanan dan mempunyai sambungan jenis skru penting supaya
mampu menahan tekanan tinggi air bekalan terus. Paip besi galvani gred C (tebal) digunakan
untuk paip perkhidmatan yang terdedah kepada cuaca atau di bawah laluan jalan. Bahan paip
PVC dan ABS tidak sesuai digunakan untuk paip perkhidmatan kerana menggunakan sambungan

3 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

bergam simen pelarut paip (solvent cement pipe) yang tidak dapat menahan tekanan tinggi dan
cepat rosak apabila terdedah kepada cuaca.

(sumber: chinerwin.blogspot.com,29/5/2013)

1.3 Sistem Bekalan Air Tidak Terus

Sistem bekalan air tidak terus bermula dari tangki simpanan air di atas bumbung ke
perkakas sanitari melalui paip agihan. Perkakas sanitari merupakan radas kebersihan meliputi
besen cuci tangan, pancuran mandian, tub mandian, tandas duduk/cangkung, dan pili air.

4 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Kebiasaanya paip agihan menggunakan paip PVC dan paip ABS. Ini kerana paip tersebut
mudah dikerjakan, kos murah, tidak berkarat dan sambungan mudah dilakukan. Tekanan air
dalam paip agihan kurang tinggi berbanding paip perkhidmatan, ini membolehkan paip tersebut
digunakan. Paip PVC kurang tahan apabila terdedah kepada cuaca. Oleh demikian, adalah lebih
sesuai sekiranya bahagian paip agihan yang dipasang di luar bangunan digantikan dengan paip
jenis lain yang lebih tahan cuaca seperti paip HDPE dan besi galvani.

1.4 Prinsip asas pemasangan perpaipan domestik


i. Kunci paip (stop cock) pada dinding dipasang pada ketinggian 1.8 meter supaya mudah
dicapai oleh pengguna dan tukang paip. Ia tidak dipasang terlalu rendah bagi
mengelakkan kekeliruan pengguna dengan kunci pili air. Kedudukan tinggi juga boleh
mengelakkan kunci paip dicapai oleh kanak-kanak.
ii. Setiap tandas hendaklah mempunyai satu kunci paip (stop cock) supaya kerja
penyelenggaraan boleh dilakukan dalam tandas tersebut tanpa perlu mengganggu sistem
bekalan air dalam bahagian rumah lain.
iii. Paip agihan dalam bilik air ditanam dalam dinding bata dengan ketinggian 40cm dari aras
lantai. Kedudukan ini dapat menjimatkan penggunaan paip dan memudahkan
sambungan paip agihan ke perkakas-perkakas sanitari dalam sesebuah bilik tandas.
iv. Saiz paip agihan yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan kadar penggunaan air. Aliran
air akan menjadi lambat dan lemah sekiranya saiz paip kecil digunakan untuk mengalirkan
air ke banyak keluaran(outlet).
Bilangan kepala paip (penggunaan air) Saiz paip (diameter, mm)
1 15mm
2,3 20mm
4,5,6 25mm
7,8,9,10 32mm
11,12,13,14,15,16 40mm
17,18,19,20 50mm

5 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Paip perkhidmatan dari meter ke


tangki dipasang injap berkunci pada
ketinggian 1.8m sebelum naik ke
tangki. Ini memudahkan pengguna
menutup air ke tangki apabila tangki
melimpah.

Setiap bilik tandas dipasang injap


berpintu pada ketinggian 1.8m,
supaya apabila kerja
penyelenggaraan dilakukan, ia tidak
mengganggu aliran air di tempat lain.

Paip agihan dipasang pada


ketinggian 40 cm dari paras lantai.

Rajah 1: Perpaipan dalam tandas.

Rajah 2: Paip agihan UPVC ditanam dalam dinding bata dengan ketinggian 40cm dari paras
lantai. (Sumber: binarumahsendiri2.blogspot.com, 29/5/2013.)
6 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

1.4 Rumusan
Perbandingan Sistem Bekalan Air Terus dan Bekalan Air Tidak Terus
Sistem Bekalan Air Terus Sistem Bekalan Air Tidak Terus
Bekalan air dari meter air/saluran utama. Bekalan air dari tangki simpanan air.
Tekanan air kuat. Tekanan air bergantung kepada ketinggian dan
saiz tangki simpanan air.
Membekalkan air bersih ke ruang dapur dan Membekalkan air ke paip agihan dan perkakas
tangki simpanan air. sanitari seperti, besen basuh tanggan, pancuran
mandian, tub mandian, pili, dan tandas
duduk/cangkung.
Bekalan air akan terputus apabila bekalan air Bertujuan membekalkan simpanan air kepada
utama terputus. pengguna apabila terdapat gangguan pada
bekalan air utama.
Rumah teres 4 bilik menggunakan tangki 1500
liter, bertujuan menampung 5-6 pengguna untuk
tempoh 1 hari.
Air bersih terus dari bekalan utama tanpa Tangki simpanan air jarang diperiksa dan
dicemari. diselenggara oleh pengguna menyebabkan
bekalan air dikhuatiri boleh dicemari oleh
kotoran dan haiwan seperti lipas, cicak dan tikus.
Dapat mengesan gangguan pada bekalan air Sukar mengesan gangguan pada bekalan air
utama dengan segera. utama. Apabila air kotor dari paip perkhidmatan
Gangguan seperti bekalan terputus atau memasuki tangki simpanan tanpa dikesani
bekalan air tidak bersih dapat dikenalpasti menyebabkan simpanan air yang banyak
dengan segera. dicemari.
Menjimatkan ruang. Tidak memerlukan Memerlukan ruang dan penyokong yang kuat
ruang meletak tangki simpanan air. untuk ruang simpanan tangki air di atas
bumbung. 450 liter bersamaan 450 kg berat air
di atas bumbung.

7 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Bahan paip sesuai untuk paip perkhidmatan: Bahan paip sesuai untuk paip agihan: paip PVC,
besi galvani, polypipe/HDPE, dan besi tahan paip ABS, besi galvani, polypipe/HDPE, dan besi
karat. tahan karat.

1.5 Latihan
Warnakan paip perkhidmatan yang membekalkan bekalan air terus dengan warna biru dan
warnakan paip agihan yang membekalkan air tidak terus dengan warna oren.

8 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Unit 2. PEMASANGAN TANGKI SIMPANAN AIR SEJUK


Hasil Pembelajaran:
Diakhir modul ini, peserta akan dapat:

i. Mengetahui jenis tangki simpanan air yang umum digunakan.


ii. Menamakan komponen-komponen utama dalam tangki simpanan air.
iii. Mengetahui fungsi setiap komponen dalam tangki simpanan air.
iv. Memasang dan menyelenggara kerosakan pada tangki simpanan air.

2.1 Pengenalan

Secara umumnya, tangki air bagi kegunaan domestik satu isi rumah adalah jenis tangki
poly atau plastik, tangki stainless steel, dan tangki fiber. Pemilihan tangki air hendaklah jenis
sesuai untuk mengisi air minuman manusia (potable).

Tangki air di pasaran dijual untuk pelbagai kegunaan antaranya kegunaan kilang
(manufacturing), agrikultural (pertanian dan penternakan), komersial, dan domestik (kegunaan
rumah). Tangki air terbahagi kepada 2 jenis iaitu potable or non-potable. Potable bermaksud
sesuai digunakan untuk air minuman manusia. Manakala non-potable adalah tidak sesuai
digunakan untuk air minuman manusia.

Rajah 3: Tangki stainless steel dan tangki poly.


9 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013
PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

2.2 Pemilihan saiz tangki simpanan air

Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655), menetapkan tangki simpanan air
kegunaan bangunan domestik dan komersial harus mempunyai bekalan air kecemasan sekurang-
kurangnya 24jam sekiranya berlaku gangguan bekalan air.

Jenis bangunan Liter


1 Rumah Kos Rendah/ Pangsapuri 680
2 Pangsapuri kos sederhana 1000
3 Rumah teres/ Banglo (jika melebihi 4 bilik, tambahan 450 liter/bilik) 1500
4 Kondominium 1500
5 Kedai setingkat 2000
6 Kedai bertingkat – setiap tingkat 1500
7 Pejabat – setiap 100 meter persegi 800
8 Stesen minyak (mempunyai ruang mencuci) 50000
9 Stesen minyak (tanpa ruang mencuci) 10000
10 Hotel – setiap bilik 1500
11 Kompleks membeli belah – setiap 100 meter persegi 1000
* 1 gelen imperial, hampir sama dengan 4.56 liter sukatan metrik.

10 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

2.3 Komponen-komponen utama dalam tangki simpanan air

Komponen Fungsi
1 Paip air masuk (Inlet pipe)/ Mengalirkan air masuk ke dalam tangki.
paip perkhidmatan
2 Paip air keluar / paip agihan Mengalirkan air ke perkakas sanitari dan pili air. Saiz paip
(Outlet pipe) agihan hendaklah bersesuaian dengan kadar penggunaan air.
Saiz yang terlalu kecil akan menyebabkan aliran air lambat
atau lemah.
3 Paip limpah Apabila injap bebola rosak, air akan mengalir masuk ke dalam
(over flow pipe) tangki tanpa henti. Paip limpah berfungsi mengalirkan

11 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

lebihan air keluar dari tangki mengelakkan air melimpah dari


penutup tangki. Saiz paip limpah hendaklah lebih besar dari
paip air masuk.
Jarak paip limpah dari penutup tangki mesti sekurang-
kurangnya 10cm.
4 Paip cuci Mengalirkan air keluar dari tangki untuk tujuan
(Scour pipe) mengosongkan tangki atau mencuci tangki. Saiz paip cuci
paling besar dan kebiasaan terletak di bahagian tengah
bawah tangki.
5 Paip udara Melepaskan udara terperangkap (air lock) dalam paip agihan.
(Vent pipe) Ketinggian paip pengudaraan mesti melebihi ketinggian
tangki.
6 Injap bebola tekanan tinggi Mengawal paras air dalam tangki.
(High pressure ball valve)
7 Penutup tangki Mengelakkan kotoran dan habuk memasuki tangki.

Peraturan bagi tangki simpanan air bermuatan tidak melebihi 4500 liter (1000 gelen):
i. paip limpah mesti bergaris pusat lebih besar dari paip air masuk. Sekurang-kurang satu saiz
lebih besar dari paip air masuk.
ii. paip limpah dipasang 10cm dari paras atas tangki.
iii. paip air masuk dipasang tidak melebihi 10cm dari paras atas tangki. Mesti dipasang dengan
injap bebola tekanan tinggi dan dikawal oleh injab berkunci (stop cock).
iv. paip air keluar dipasang 50mm dari lantai tangki, saiz paip keluar bergantung kepada jumlah
penggunaan dan dikawal oleh injap berpintu (gate valve).
v. paip udara perlu dipasang pada paip air keluar dan ketinggiannya mestilah melepasi paras
maksimum tangki air. Ia bertujuan mengelakkan udara terperangkap (air lock).
vi. paip amaran (warning pipe) 25mm diameter perlu dipasang pada paras 50mm dibawah paip
air limpah.
vii. paip air cuci di takat yang paling bawah sekali dengan satu injab penahan (gate valve).

12 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Antara bahan sambungan tangki simpanan air:

tank connector Injap bebola tekanan tinggi

2.4 Masalah/penyelenggaraan umum di tangki simpanan air

Masalah umum pada tangki simpanan air adalah:


1. Injap bebola tekanan tinggi rosak dan perlu diganti.
2. Bebola pelampung pada injap rosak. Hanya perlu mengantikan pelampung sahaja.
3. Tangki air jenis besi bergalvani boleh berkarat dan mencemarkan air.
4. Penutup tangki jenis plastik, poly dan fiber boleh melendut apabila menua. Pada hari hujan,
takungan air menekan penutup dan bebola ke bawah menyebabkan air mengalir masuk
tanpa henti. Cara mengatasi adalah mengikat skru dan penyokong bagi mengurangkan
lendutan penutup.
5. Retakan pada tangki air menyebabkan kebocoran tangki. Kebiasaanya berlaku di tempat
tebukan paip agihan dan paip cuci. Sekiranya retakan tidak dapat ditampal, perlu menukar
tangki simpanan baru.

13 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Rajah 4: Tangki air berkarat.


(Sumber: dkdayat.blogspot.com)

14 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Info:

i. Perbezaan injap berkunci (stop cock) dengan injap berpintu (gate valve) adalah stop cock
membenarkan air mengalir pada satu arah sahaja manakala gate valve membenarkan air
mengalir pada kedua-dua arah. Semasa pemasangan stop cock, pastikan arah anak
panah aliran air di arah yang betul.

ii. Stop cock memberi lebih banyak rintangan kepada aliran air berbanding gate valve. Oleh
itu, pemasangan banyak stop cock di paip agihan akan melambatkan aliran air. Maka,
gate valve adalah lebih sesuai dipasang pada paip agihan.

Rajah 5: Gate valve dan keratan rentas gate valve.

Rajah 6: Stop cock dan keratan rentas stop cock.

15 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

2.5 Latihan
Labelkan bahagian-bahagian utama tangki simpanan air sejuk dan lengkapkan jadual fungsi
setiap bahagian tangki.

A.

C. G.
B. D.

F.
E.

Nama bahagian Fungsi


A
B
C
D
E
F
G

16 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

Unit 3. PEMASANGAN PAIP PVC dan UPVC


Hasil Pembelajaran:
Diakhir modul ini, peserta akan dapat:

i. Mengetahui jenis pengkelasan PVC dan UPVC


ii. Menamakan fittings PVC dan UPVC
iii. Mengetahui kebaikan dan keburukan PVC dan UPVC
iv. Cara pemasangan paip PVC dan UPVC

3.1 Pengenalan paip PVC dan UPVC

Polyvinyl chloride (PVC) dan Unplasticized polyvinyl chloride (uPVC) adalah amat mirip
antara satu sama lain. Perbezaan PVC dan UPVC adalah dari segi kandungan kimia bahan dan
kekuatan bahan. Standard ASTM menghadkan penggunaan PVC bagi suhu tidak melebihi 60oC.
Suhu melebihi 60oC boleh melembutkan bahan paip dan melemahkan tempat sambungan paip.
Oleh itu, PVC dan UPVC tidak sesuai dipasang pada tempat yang terdedah kepada cuaca seperti
sinar matahari.

Terdapat dua piawaian yang diluluskan untuk kegunaan bekalan air, iaitu; British Standard
3505 (BS 3505) dan BS 3506. BS 3505 untuk kegunaan pengaliran air sejuk ke kediaman
manakala BS 3506 untuk kegunaan pengaliran air sejuk ke industri. BS 3505: 1986 juga setara
dengan Malaysia Standard MS 628: 1982. Manakala BS 3506: 1969 juga setara dengan MS 762.

17 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

3.2 Pengkelasan paip PVC dan UPVC

Mengikut BS 3505, pengkelasan dibuat berdasarkan tujuan kegunaan, ketebalan dinding


paip dan keupayaan menahan tekanan.
Kelas Tekanan Kegunaan
(Bar)
Kelas B 6 Dinding paip sederhana tebal.
(PN 6) Biasa digunakan sebagai konduit elektrik kerana mempunyai kekuatan
bahan penebat elektrik yang baik.
Warna pasaran: kelabu, biru, dan merah.
Kelas C 9 Dinding paip sederhana tebal.
Kelas D 12 Dinding paip sederhana tebal.
(PN 12) Paip ini digunakan untuk mengalirkan air sejuk di rumah dan juga untuk
paip kumbahan.
Kebolehtahanan 12 bar membolehkan paip kelas D digunakan sebagai bahan
mekanikal seperti pump dan peralatan mekanikal di industri. Boleh didapati
dalam saiz 80mm hingga 150mm diameter nominal.
Warna pasaran: putih, kelabu, dan biru.
Kelas E 15 Dinding paip nipis.
(PN 15) Mempuyai tujuan penggunaan yang sama seperti Kelas D. Namun paip
kelas E mempunyai saiz lebih kecil iaitu dari 15mm hingga 50mm.
Kebiasaan digunakan untuk tujuan pengaliran paip sprinker (menyiram
tanaman, padang golf dan taman). Paip jenis ini sesuai untuk menyalirkan
air minuman.
Warna pasaran: kelabu, putih, biru dan merah.
Kelas 6 24 Dinding paip tebal. Saiz paip lebih kecil dari Kelas 7.
Dipasarkan saiz 15mm hingga 25 mm diameter.
Kelas 7 22 bar Dinding paip tebal 3.7mm hingga 6.3mm.
hingga Dinding paip yang tebal menyempitkan ruang dalam paip mengurangkan
40 bar kadar aliran air.
Dipasarkan saiz 15mm hingga 50 mm diameter.
*1 Mpa (mega Pascal) = 10 bars
*1 Bar = 14.2 Psi (Pound per square inch)

18 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

3.3 Kebaikan UPVC dan PVC adalah:


i. harga yang murah. Bahan paip dan fittings paip adalah lebih murah berbanding jenis HDPE,
PP, GI, kuprum dan stainless steel.
ii. ia ringan dan mudah dikerjakan. Pemotongan paip dapat dilakukan dengan mudah seperti
gunting PVC dan gergaji. Cara sambungan juga mudah iaiut secara bergam, pelarut simen
paip.
iii. dinding luar dan dinding dalam paip yang licin memudahkan pengaliran cecair.
iv. bahan ini tidak berkarat.
v. mampu tahan sehingga suhu 60oC dan tahan tekanan 20 hingga 40 bar (60 hingga 200 psi).
vi. hanya sesuai untuk pengaliran air sejuk sahaja.

3.4 Keburukan paip UPVC dan PVC adalah:


i. sifat menjadi rapuh/ pecah apabila mencapai suhu 0Oc dan ke bawah. Pada suhu 60oC dan
ke atas, paip akan menjadi lembut.
ii. Tidak sesuai dipasang pada tempat terdedah pancaran matahari kerana ia akan menjadi
lembut dan bertukar warna. (PVC dan UPVC kelas 6 dan kelas 7 adalah lebih tahan cuaca)
iii. Tidak sesuai dipasang di tempat laluan awam kerana tidak dapat menahan beban yang
tinggi.
iv. Tidak boleh digunakan untuk air yang berasid kerana asid boleh menghakis bahan paip
PVC dan UPVC.

3.5 Kaedah pemasangan dan penyambungan paip PVC dan UPVC

Kaedah penyambungan dan pemasangan adalah amat mudah. Paip PVC dan UPVC dijual
sepanjang 6m sebatang. Fittings seperti elbow, T sama, dan soket boleh diperolehi dengan
mudah. Berikut merupakan peralatan yang perlu disediakan sebelum memulakan kerja.

Peralatan:
i. Pemotong paip PVC (jika tiada boleh menggunakan gergaji besi juga)

19 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

ii. Simen pelarut PVC


iii. Kertas pasir
iv. Pen penanda (dicadangkan marker permanent mata kecil)
v. Pita pengukur.

Pemotong paip PVC Gergaji Besi Simen Pelarut PVC

Kertas pasir
Langkah kerja:
i. Ukur kepanjangan paip yang diperlukan di tapak dengan pita pengukur.
ii. Kepanjangan paip PVC yang diperlukan di tandakan dengan pita pengukur dan pen
penanda.
iii. Pemotongan dibuat sama ada mengunakan pemotong paip PVC atau gergaji besi.
Pemotongan dibuat kemas, tegak, rata dan tidak condong.
iv. Kedua-dua hujung paip dikasarkan dengan kertas pasir. Bahagian dalam fitting seperti T-
sama dan soket yang hendak dipasang juga perlu dikasarkan dengan kertas pasir. Langkah
mengosok kertas pasir pada bahagian PVC yang hendak digam adalah penting bagi
memastikan sambungan kukuh dan tahan lama.
v. Simen pelarut PVC disapukan pada bahagian yang ingin digam.

20 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

vi. Sambungan dibiarkan kering selama 4 hingga 6 jam sebelum digunakan untuk pengaliran
air. Ini bagi memastikan gam telah kering sepenuhnya dan kekuatan sambungan telah
dicapai.

Info terkini:
iii. Kini, pemasangan pum air dalam bangunan menyebabkan sambungan paip PVC dan UPVC
mudah bocor. Walaupun paip PVC mempunyai ketahanan tekanan yang tinggi namun tempat
sambungan yang digam adalah titik kelemahan perpaipan PVC. Oleh itu, langkah berjaga-jaga
hendaklah diambil ketika membuat sambungan. Gam yang digunakan hendaklah jenis berkualiti
tinggi (mahal). Permukaan PVC dikasarkan dan dibersihkan dengan pelarut seperti thinner
sebelum disapu simen pelarut PVC. Simen pelarut PVC juga disapu pada hujung paip, bukan
hanya sekadar sekeliling bahagian yang ingin digamkan.

iv. Masalah kebocoran sambungan PVC tidak dapat dikenalpasti dalam tempoh terdekat. Masalah
hanya timbul selepas beberapa bulan atau beberapa tahun penggunaan. Kerumitan berlaku
apabila terdapat keperluan untuk memecahkan jubin dan bata untuk mengantikan paip baru.
Terutama pada bilik tandas dimana dinding telah tile.

v. Paip PVC mendapat persaingan dengan paip ABS dimana paip ABS lebih tahan haba, lebih tahan
beban dan tekanan. Namun ABS adalah mudah rosak/hancur apabila terdedah pada sinar UV
matahari. Paip ABS mudah dihakis asid. Punca asid di kediaman termasuklah cecair kawalan
anai-anai/serangga perosak. Tindakan menuang cecair kawalan anai-anai ke dalam tanah
dibawah lantai rumah seterusnya boleh mengakibatkan kebocoran paip ABS yang berdekatan.
Kerja pengantian paip baru yang melibatkan kerja memecahkan lantai dan jubin amatlah
merumitkan. Paip ABS juga lebih mahal dari PVC dan kerja menggam lebih lama iaitu perlu 12jam
untuk ABS melekat bersama.

vi. Anda dinasihatkan untuk memasang perpaipan di kawasan yang mudah diselenggara seperti di
bawah tanah sepanjang pagar. Elakkan pemasangan paip dibawah lantai ruang tamu, bilik dan
lain-lain. Ini kerana kerja menukar paip dan membaiki kebocoran adalah lebih sukar.

21 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

3.6 Fittings paip PVC dan UPVC yang umum digunakan

90° Elbow PVC 45° Elbow PVC 45° PVC Socket Elbows 90° Elbow PVC
Threaded Pipe Threaded Pipe Socket Fitting
Fittings Fittings

Cap PVC Socket Cap PVC Threaded Plug PVC Threaded Pipe PVC Male Adapter
Fitting Pipe Fittings Fittings Thread x Socket

Coupling PVC Coupling PVC Female Adaptor Threaded PVC Sch 40 Socket
Socket Fitting Threaded Pipe x Socket PVC Threaded Cross
Fittings Pipe Fittings

PVC 90° Street PVC 90° Sweep PVC Socket Reducing PVC Socket
Elbows Socket x Elbow Bushings Reducing Coupling
Spigot

22 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

PVC SPIG x FIPT PVC Threaded PVC Threaded Reducing Tee PVC Socket
Reducing Bushings Reducing Bushings Couplings Fitting

Tee PVC Threaded Threaded Pipe Union PVC Socket Fitting Union PVC
Pipe Fittings Nipples Threaded Pipe
Fittings

Rajah di sebelah menunjukkan label pada soket pengecil,


jenis UPVC.
i. BBBTM (jenama syarikat)
ii. 25mm x 20 mm, (saiz soket pengecil, 25mm dan
20mm di kedua-dua hujung.)
iii. R/socket, (nama fitting ialah reducing socket.)
iv. B.S. 4346/1, (dikilangkan mengikut piawaian
British Standard 4346-1: 1969 bagi sambungan
fitting UPVC).

23 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013


PENYELENGGARAAN BANGUNAN [MODUL 1 : PERPAIPAN DOMESTIK]

3.7 Latihan
1. Lengkapkan jadual berikut.

Jadual kebaikan dan kelemahan paip PVC


Kebaikan Kelemahan
1
2
3
4
5

2. Namakan pepasang PVC berikut:


No Gambar Pepasang Nama pepasang
1

24 PERPAIPAN DOMESTIK | Kolej Komuniti Segamat/ Chu Mei Yea/ 2013

You might also like