You are on page 1of 7

LOJI RAWATAN AIR SUNGAI TERIP

1. Elson
2. Cliford
3. Ruburn
4. Dominic
5. Donovan
6. Faiq

PENDAHULUAN
 Terletak di KM 10, Jalan Jelebu 71770 Seremban, Negeri Sembilan Darul
Khusus.
 Merupakan loji rawatan air terbesar di Negeri Sembilan.
 Membekalkan air terawat ke seluruh Daerah Seremban dan kawasan sekitar
bagi tujuan air minum dan kegunaan domestik.
 Menerima bekalan air mentah dari Empangan Sungai Terip dan juga Sungai
Batang Penar.
 Empangan Sg Terip meliputi Kawasan seluas 240 Hektar dan berkeupayaan
menampung 45,408 Juta Liter air.
 Bekalan air ke Empangan Sungai Terip diperolehi daripada Empangan Talang
dan Empangan Kelinchi yang disalurkan melalui terowong sejauh lebih
kurang 7km.
 Merawat air dalam 3 fasa yang berkeluasan 37 ekar.
GAMBAR RAJAH SKEMATIK PROSES RAWATAN AIR

PROSES RAWATAN AIR


 Fasa pertama iaitu Pengenapan Konvensional. Fasa kedua ialah
Pengenapan dengan ‘Pulsator’. Fasa ketiga ialah Pengapungan (DAF).
 Air mentah dari muka sauk dipam ke loji dan dirawat secara berperingkat iaitu
pengudaraan, pengentalan, pengenapan, penapisan, penambahan bahan
kimia dan pengepaman air bersih.

1. PENGUDARAAN
Prinsip pengudaraan adalah untuk memperolehi permukaan sentuh
(interface) air/udara yang luas bagi membolehkan oksigen bertindak. Air
didedahkan kepada atmosfera untuk meningkatkan kandungan oksigen dan
juga akan menyingkirkan bau dan rasa pada air melalui proses pengoksidaan.
Proses ini adalah bertujuan untuk mengoksida besi (ferum) dan menaganese
terlarut kepada keadaan tidak terlarut dan mendak.
2. PENGENTALAN
Bahan kimia iaitu cecair liquid aluminium sulphate didos/ALUM dimasukkan
ke dalam air mentah. Tindakbalas kimia akan menyebabkan zarah-zarah
halus bercantum membentuk kentalan (floc) yang lebih besar dan berat.
3. PENGENAPAN
Air yang mengandungi kentalan (floc) akan mengalir ke dalam tangki
pengenapan. Di sini kentalan kentalan yang telah bercantum menjadi besar
dan berat akan mendap ke bawah tangki pemendapan (sedimentation tank)
dan menghasilkan air yang jernih.
4. PENAPISAN
Air akan melalui pasir penapis dimana kentalan yang halus akan
terperangkap pada pasir penapis tersebut.
5. PENAMBAHAN BAHAN KIMIA
Antara bahan kimia yang digunakan ialah Klorin (untuk membasmi kuman),
Fluorida (melindungi gigi) dan Kapur (menstabilkan nilai pH).
6. PENGEPAMAN AIR BERSIH
Air di dalam tangki air bersih dipam ke tangki imbangan Sungai Terip sebelum
diagihkan kepada pengguna.
FASA 1

Air dari muka sauk akan melalui Aerator dan mengalami proses pengudaraan
seterusnya masuk ke mixing chamber dan akan berlakunya proses pencantuman
kentalan-kentalan. Selepas itu air bersama floc yang bercantum akan ke
sedimentation tank (floc yang menjadi besar dan berat akan mendap ke bawah
tangki ini dan menghasilkan air jernih yang seterusnya disalurkan ke filter

Fasa 2

Air akan masuk ke mixing chamber dan berlaku proses pencantuman kentalan.
Selepas itu air bersama floc yang telah bercantum akan disalur ke pulsator. Pulsator
berfungsi untuk menghalang floc dari terapung di permukaan air. Pulsator akan
menghasilkan udara dari ‘air blower’ setiap 2 minit. Seterusnya air akan disalurkan
ke penapis dan disalurkan ke ‘Treated Water Pump’. Pam digunakan untuk
mencampurkan bahan kimia seperti alum dan seterusnya memindahkan air terawat
ke ‘balancing resevoirs’.
Fasa 3

Air akan masuk ke Aerator jenis ‘free fall/graviti’ dan masuk ke Flocculation tank.
Flokulan bersama polimer membentuk rantai panjang dengan cas rendah untuk
menghasilkan belitan, daya van der Waal yang dipertingkatkan, dan ikatan hidrogen
antara zarah. Apabila flok ini mencapai saiz dan kekuatan optimum, air sedia untuk
pengasingan antara pepejal -cecair. Seterusnya, air disalurkan ke DAF tank yang
befungsi untuk mengeluarkan total suspended solids (TSS), biochemical oxygen
demand (BOD), minyak dan gris (O&G) daripada aliran air sisa. Akhir sekali, air
disalurkan ke Treated water pump untuk dirawat setersunya disalurkan ke reservoir

PROSES UJIAN BALANG

 Dapat didefinisikan sebagai suatu metode untuk mendapatkan proses yang


optimal dengan penambahan sejumlah bahan kimia (koagulan dan flokulan)
pada dos tertentu dan kondisi tertentu.
 Digunakan untuk menentukan dos kimia yang paling tepat dan juga
menentukan jenis bahan kimia yang paling tepat untuk proses koagulasi pada
air.
 Proses Jar Test:
i. Menggunakan 6 biji balang dengan 1 liter air yang ditentukan
kekeruhan, pH dan kealkalian
ii. 1 jar sebagai control dan 5 jar lagi dimasukkan amaun koagulan dan
pH berbeza sehingga baki kekeruhan diperolehi
iii. Kemudian dikacau 15-20 minit membantu pembentukan flok
iv. Air dibiar mendap 30 min sehingga penjernihan berlaku
v. Bahagian air yang mendak dikeluarkan dan dianalisis bagi menentukan
kekeruhan yang tinggal
vi. Akhir sekali, hasil ujian digunakan untuk mengira kuantiti bahan
koagulan

 Hasil Jar Test dikatakan bagus apabila:


i. Flok yang terbentuk ukurannya besar dan mudah termendap.
ii. Waktu yang diperlukan untuk pembentukan flok dan terjadinya
pengendapan cepat (hanya beberapa saat).
iii. Endapan yang terbentuk rapat, berat dan tidak mudah pecah.
iv. Dos bahan kimia yang digunakan kecil.
v. Air hasil proses Jar Test jernih

KAWALAN KUALITI AIR


 Air mentah akan dirawat untuk menghasilkan air terawat yang mematuhi
standard air minum negara.
 Kekerapan ujian kualiti di Loji Rawatan Air Sungai Terip adalah: - Setiap 2 jam
oleh operator loji - Seminggu sekali oleh Unit Kualiti Air Sains dan KKM.
 Penetapan spesifikasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu
*Ujian untuk mengukur parameter akan dijalankan ke atas air yang dirawat agar
sentiasa mematuhi spesifikasi di atas.

Kawalan kualiti yang dijalankan di loji tersebut ialah:


1. Ujian Balang

2. Pembasmian kuman dan pelarasan pH


Proses pembasmian kuman iaitu penggunaan gas klorin sebagai agen untuk
membunuh kuman patogenik dalam air. Klorin yang digunakan biasanya iaitu
berbentu gas dalam silinder yang dilepas terus yang ditempat yang ada hydraulic
jump untuk memudahkan resapan terus dalam air. Masa yang diambil ialah antara
10 hingga 15minit. Kepekatan klorin bergantung pada nilai Ph dimana Ph rendah
sesuai.

3. Backwash
Proses ini memisahkan mendapan dari air bersih. Air yang bersih kemudiannya akan
memasuki tangka air jernih. Penapis akan dicuci melalui kaedah backwash ini
dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran
proses.

KESIMPULAN
Rawatan air minum adalah sangat penting untuk memelihara kesejahteraan dan
kesihatan semua masyarakat. Air yang diperoleh dari muka sauk akan memasuki loji
untuk dirawat melalui 3 fasa dan beberapa proses sebelum diagihkan untuk semua
pengguna. Kualiti air minum ini sentiasa dijaga dengan beberapa ujian untuk
memastikan air adalah bersih dan juga selamat.

You might also like