You are on page 1of 22

BAB 5

AIR DAN LARUTAN

5.1 : Sifat Fizik Air 5.2 : Komposisi Air 5.3 : Penyejatan Air 5.4 : Larutan dan Keterlarutan 5.5 : Asid dan Alkali 5.6 : Kaedah Penulinan air 5.7 : Sistem Bekalan Air 5.8 : Pemeliharaan Kualiti Air

5.1: Sifat Fizikal Air


Cecair tidak berwarna, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa.
Konduktor haba yang lemah

Air

Wujud dalam 3 keadaan jirim iaitu pepejal (ais), cecair (air) dan gas (stim)

Takat didih = 100 oC Takat lebur = 0 0C Takat beku = 0 o C

Ketumpatan = 1 gcm-3

Perhubungan antara takat beku dan takat didih air dengan teori kinetik
Apabila cecair disejukkan, zarah-zarah akan kehilangan tenaga kinetik. Zarah-zarah bergerak dengan perlahan. Zarah-zarah cecair ditarik bersama dengan kuat oleh daya tarikan antara zarah. Hal ini menyebabkan zarah-zarah tidak bebas bergerak takat beku.

Apabila tenaga haba dibekalkan kepada cecair, zarah-zarah cecair memperoleh tenaga kinetik yang banyak dan bergetar dengan lebih cepat. Pada takat didih, tenaga yang diperoleh membolehkan zarah-zarah cecair mengatasi dan memutuskan daya tarikan antara zarah. Zarah-zarah cecair terbebas dan berubah menjadi gas pada takat didih.

Kesan bendasing ke atas sifat fizikal air


Bendasing akan mempengaruhi takat beku, takat lebur dan takat didih air. Bendasing menaikkan takat didih air tetapi menurunkan takat beku atau takat lebur air.
Jenis air Takat didih (oC) Takat lebur/beku (oC) Air tulen 100 0 Air + bendasing >100 <0

5.2: Komposisi air


Air ialah satu sebatian kimia yang terdiri daripada 2 bahagian hidrogen dan 1 bahagian oksigen. Nisbah hidrogen kepada oksigen ialah 2:1

2 atom hidrogen

1 atom oksige

1 molekul air

Air dapat diasingkan kepada oksigen dan hidrogen melalui proses elektrolisis. (gambr rajah elektrolisis)

5.3: Penyejatan air


Penyejatan air merupakan satu proses kehilangan cecair secara perlahan-lahan daripada permukaan cecair itu dalam bentuk wap ke atmosfera. Proses penyejatan air berlaku pada sebarang suhu dan masa.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air


Kelembapan udara udara yang kering mempunyai kurang molekul air. Jadi, sejatan air dipercepatkan. Suhu sekitar suhu tinggi memberi lebih tenaga kepada moleku air untuk terlepas ke udara. ] Luas permukaan luas permukaan yang besar membolehkan lebih banyak moleku air terlepas ke udara. Gerakan udara angin (udara bergerak) mempercepatkan proses sejatan air dengan membawa molekul air yang tersejat ke tempat lain.

Penyejatan dan Pendidihan


Persamaan Pendidihan Haba diserap Cecair berubah menjadi gas Perbezaan Pada takat didih sahaja Berlaku dalam seluruh air Cepat Keadaan berlaku Cara berlaku Kadar proses Pada sebarang suhu dan masa Berlaku di permukaan air sahaja Perlahan Penyejatan

Tidak

Dipengaruhi oleh luas permukaan cecair, suhu sekitar, gerakan udara dan kelembapan udara

Ya

Aplikasi penyejatan air dalam kehidupn harian


Pengeringan pakaian Pengeringan rambut Pengeringan hasil pertanian Pengeringan ikan dan udang Penghasilan garam biasa Penghasilan susu tepung Penyejukan badan

5.4: Larutan dan Keterlarutan Bahan

Pelarut, Zat terlarut, dan Larutan


Pelarut ialah cecair yang digunakan untuk melarutkan suatu bahan (zat terlarut) Zat terlarut ialah bahan yang larut dalam suatu pelarut. Larutan ialah campuran yang dihasilkan daripada pelarut dan zat terlarut. (masuk gmbar m/s 114)

Larutan cair, Larutan pekat, dan Larutan tepu


Larutan cair ialah larutan yang mengandungi sedikit zat terlarut Larutan pekat ialah larutan yang mengandungi banyak zat terlarut Larutan tepu ialah larutan yang mempunyai zat terlarut yang maksimum. Larutan tepu tidak dapat melarutkan lagi zat terlarut yang ditambahkan padanya.

Gambar larutan cair, pekat dan tepu m/s 114

Ampaian
Ampaian ialah cecair yang mempunyai partikel kecil yang tidak larut dalamnya. Partikel kecil ini disebut bahan terampai. Bahan terampai tidak larut dalam air. Apabila dibairkan, bahan terampai akan termendap di dasar bekas dan meninggalkan larutan jernih.

Keterlarutan zat terlarut


Keterlarutan sesuatu zat terlarut di dalam air adalah kuantiti zat terlarut (dalam unit gram) yang larut dalam 100 ml air pada suhu tertentu untuk membentuk larutan tepu. Sebagai contoh, keterlarutan garam kalsium klorida dalam air adalah 120 g per 100 ml air pada suhu 40oC. Ini bermaksud, 120 g garam klasium klorida terlarut dalam 100 ml air pada suhu 40 oC untuk membentuk larutan kalsium klorida tepu.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan bahan.


Faktor Saiz zat terlarut Huraian semakin kecil saiz zat terlarut, semakin cepat keterlarutannya dalam pelarut. Zat terlarut melarut dengan lebih mudah jika pelarut dikacau. Keterlarutan zat terlarut dalam pelarut bertambah jika pelarut ditambahkan

Pengacauan Suhu pelarut

Isi padu pelarut

Zat terlarut melarut dengan lebih mudah dalam isipadu pelarut yang banyak.

Air sebagai pelarut


Air ialah pelarut universal kerana air dapat melarutkan pelbagai jenis bahan
Melarutkan gas oksigen dan gas karbon dioksida untuk kehidupan organisma akautik
Kepentingan air sebagai pelarut Melarutkan gas oksigen dan makanan supaya dapat diangkut ke sel-sel badan. Melarutkan pelbagai jenis garam mineral yang membolehkan akar tumbuhan menyerap garam mineral terlarut ini

Kebanyakan tindak balas kimia di dalam badan memerlukan air sebagai pelarut.

Pelarut organik dan kegunaannya


Air tidak dapat melarutkan bahan-bahan organik seperti minyak dan gris. Bahan organik yang berlainan (zat terlarut) melarut dalam pelarut organik (bukan air) yang berlainan. Pelarut organik digunakan untuk menaggalkan kotoran pada pakaian, badan, lantai dan lainlain.

Pelarut organik Alkohol

Bahan yang dilarutkan Klorofil, iodin, syelek, varnis, dakwat pen mata bulat

Kerosin, turpetin

Cat baru, iodin, gris, minyak, tar

Petrol

Cat baru, lilin, tar, minyak, gris, getah

susu Air limau


Kloroform Eter

Dakwat pen biasa Karat


Plastik Gris, lemak, minyak

You might also like