You are on page 1of 36

BAB 7

ASID DAN BES


ASID

1. Asid adalah sebatian kimia yang mengion (bercerai) untuk


menghasilkan ion H⁺ apabila terlarut dalam air.
2. Contoh: asid hidroklorik, HCl, asid sulfurik, H₂SO₄, asid nitrik,
HNO₃
3. Pengionan asid dalam air:
• HCl -> H⁺ + Cl¯
• H₂SO -> 2H⁺ + SO₄²¯
• HNO₃ -> H⁺ + NO³¯
4. Ion – ion hidrogen yang bergerak bebas di dalam air membolehkan
sifat asid menunjukkan sifat-sifatnya
ASID

5. Asid adalah penderma proton ( H⁺)


6. Kebesan asid aalah bilangan ion hidrogen yang apat dihasilkan
oleh satu molekul asid itu.
7. Asid monobes adalah asid yang bercerai dan hanya
menghasilkan 1 ion hidrogen, H⁺
8. Asid dwibes adalah asid yang becerai dan menghasilkan 2 ion
hidrogen, 2H⁺
BES DAN ALKALI

1. Bes ialah sebatian kimia yang dapat bertindak balas dengan asid untuk
membentuk garam dan air sahaja.
2. Semua oksida dan logam hidroksida merupakan bes.
3. Contoh:
• NaOH + HCl -> NaCl + H₂O
• ZnO + H₂SO₄ -> ZnSO₄ + H₂O
4. Contoh bes:
• Pepejal natrium oksida
• Hablur natrium hidroksida
• Larutan kalium hidroksia
• Larutan natrium hiroksida
BES DAN ALKALI
5. Bukan semua bes larut dalam air. Bes yang larut dalam air dipanggil alkali.
6. Contoh bes yang tidak larut dalam air:
• Pepejal plumbum oksida
• Pepejal plumbum hidroksida
7. Bes ialah sebatian yang menghasilkan ion-ion hidroksida, OH¯ apabila
larur dalam air.
8. Contoh:
• NaOH -> Na⁺ + OH¯
• KOH -> K⁺ + OH¯
• Li -> Li⁺ + OH¯
BES DAN ALKALI

9. Ion-ion hidroksida yang bergerak bebas di dalam air membolehkan alkali


menunjukkan sifatnya.
10. Alkali adalah penerima proton.
PENGGUNAAN ASID DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Asid karbonik digunakan untuk membuat minuman


ringan
2. Cuka mengandungi asid etanoik yang digunakan
untuk mengawet makanan
3. Asid sulfurik digunakan sebagai elektrolit dalam
bateri kereta
4. Asid metanoik membekukan getah
5. Asid hiroklorik menanggalkan karat.
6. Dadih mengandungi asid laktik.
PENGGUNAAN ALKALI ALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Sabun dan detergan mengandungi natrium hiroksida


2. Ubat gigi menganungi megnesium hidroksida
3. Pil gastrik mengandungi aluminium hidroksida
4. Kapur mati (kalsium hidroksida) mengurangkan
keasidan tanah
EKSPERIMEN

Tujuan :
Mengkaji peranan air dalam menunjukkan sifat-sifat asid/ alkali
Pernyataan masalah:
Apakah peranan air dalam
Hipotesis:
Air perlu hadir untuk membolehkan asid/alkali menunjukkan sifatnya.
Pembolehubah ;
Dimanipulasikan :
Dimalarkan :
Bergerak balas :
Bahan :
Asid etanoik glasial (kering), CH₃COOH, /kalsium hidroksida kering,
Ca(OH)₂ kertas litmus biru/merah , elektrod kuprum, elektrod zink
Radas :
Mangkuk pijar, bikar, dawai penyambung dan klip buaya. Voltmeter.
Prosedur :
1. Beberapa titik asid etanoik glasial /kalsium hidroksida kering dititiskan
pada sekeping kertas litmus di dalam mangkuk pijar.
2. Perubahan warna dicatatkan.
3. Kemudian, beberapa titik air dititiskan di dalam mangkuk pijar dan
pemerhatian dicatatkan.
4. Asid etanoik glasial /kalsium hidroksida kering diisikan ke dalam bikar
dan pemesongan voltmeter diperhatikan dan dicatatkan
5. Kemudian titikkan air dan lihat perubahan
Pemerhatian :

Bahan Pemerhatian ke atas Pemerhatian ke atas


kertas litmus biru jarum voltmeter
Asid etanoik glasial Tiada perubahan Tiada perubahan
Asid etanoik dalam air Kertas litmus biru Jarum voltmeter terpesong
bertukar merah

Bahan Pemerhatian ke atas Pemerhatian ke atas


kertas litmus merah jarum voltmeter
Kalsium klorida kontang Tiada perubahan Tiada perubahan
Kalsium klorida dalam air Kertas litmus merah Jarum voltmeter terpesong
bertukar biru

Kesimpulan : asid dan alkali menunjukkan sifatnya dengan kehadiran air


SIFAT- SIFAT ASID SIFAT – SIFAT ALKALI
Rasa masam Rasa pahit dan licin pada sentuhan
Bersifat menghakis Bersifat menghakis
Menukarkan kertas litmus biru kepada Menukarkan kertas litmus merah kepada
merah biru
Nilai pH kurang daripada 7 Nilai pH lebih daripada 7
Bertindak balas dengan logam reaktif (Mg, Bertindak balas dengan garam ammonia
Al, Zn, Fe) apabila dipanaskan
Bertindak balas dengan karbonat logam.
Bertindak balas dengan bes untuk Meneutralkan larutan asid untuk
membentuk garam dan air membentuk garam dan air
KEKUATAN ASID DAN ALKALI

PENGGUNAAN SKALA PH
1. Menentukan keasidan dan kealkalian suatu larutan akues.
2. Asid: nilai pH kurang daripada 7. semakin kecil nilai pH, semakin tinggi
keasidannya.
3. Alkali: nilai pH lebih daripada 7. semakin besar nilai pH, semakin tinggi
kealkaliannyak
ASID KUAT DAN ASID LEMAH

ASID KUAT ASID LEMAH


Asid kuat mengion keseluruhannya dalam Asid lemah mengion separa dalam air untuk
air untuk menghasilkan ion-ion hidrogen menghasilkan ion-ion hidrogen yang
yang berkepekatan tinggi berkepekatan rendah
Darjah penceraian adalah tinggi Darjah penceraian adalah rendah

Mengandungi banyak ion-ion hidrogen yang Mengandungi sedikit ion-ion hidrogen yang
bebas bergerak bebas bergerak

Cth: asid hidroklorik, asid nitrik, asid Cth: asid etanoik, asid edatanoik, asid
sulfurik, asid fosforik sulfurus, asid karbonik
ALKALI KUAT DAN ALKALI LEMAH

ALKALI KUAT ALKALI LEMAH


Alkali kuat mengion keseluruhanyya dalam Alkali lemah bercerai separa dalam air untuk
air untuk menghasilkan ion-ion hidroksida menghasilkan ion-ion hidroksida yang
yang berkepekatan tinggi. berkepekatan rendah
Darjah penceraian tinggi Darjah penceraian rendah

Contoh: natrium hidroksida, litium Contoh: ammonia, metilamina


hidroksida, kalium hiroksida, barium
hidroksida
PERSAMAAN

ASID KUAT & ASID LEMAH ALKALI KUAT & ALKALI LEMAH

Nilai pH kurang daripada 7 Nilai pH lebih daripada 7

Sifat kimia yang sama Sifat kimia yang sama


KEPEKATAN ASID DAN ALKALI

1. Kepekatan larutan ialah ukuran yang menunjukkan kuantiti bahan terlarut


dalam 1dm³ larutan itu.
1dm³ = 1000cm³
2. Unit : gram (gdm¯³) atau mol (moldm¯³)

3. Kepekatan larutan disebut kemolaran.


4. Kemolaran ialah unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol bahan
terlarut dalam 1dm³ larutan.
5. Semakin tinggi nilai kemolaran suatu larutan asid, semakin kecil nilai pH asid
itu.
6. Semakin tinggi kemolaran suatu alkali, semakin besar nilai pH alkali itu.
n = bilangan mol
M = kemolaran larutan (moldm¯³)
V = isipadu larutan (cm³)
CONTOH SOALAN

1. hitung kemolaran larutan yang terhasil apabila 2.8g KOH dilarutkan


dalam 100cm³ air. [JAR; H,1; O,16; K,39]
Jawapan : 0.5moldm¯³

2. Apakah jisim NaOH dalam 50cm³ daripada 0.2moldm¯³ larutan natrium


hidroksida? [ JAR; H,1; O,16; Na,23]
Jawapan : 0.4g

3. Hitungkan isi padu larutan MgCl₂ yang boleh disediakan dengan melarutkan
4.75g MgCl₂ di dalam air untuk menghasilkan 0.5moldm¯³ larutan itu.
Jawapan : 100cm³
LARUTAN PIAWAI

1. Larutan piawai ialah larutan yang telah diketahui kepekatannya.


2. Kaedah pencairan digunakan untuk menyediakan larutan piawai.
3. Air dicampurkan kepada suatu larutan piawai pekat yang disebut larutan
stok
EKSPERIMAN MENYEDIAKAN
LARUTAN PIAWAI

Tujuan:
Menyediakan 250cm larutan piawai natrium karbonat, Na₂CO₃, 0.5moldm¯³

Pernyataan masalah:

Bahan:
Natrium karbonat pepejal, air suling

Radas:
Kelalang volumetrik 250cm, bikar 50cm, botol penimbang, neraca elektronik,
corong turas
Prosedur:
1. Jisim natrium karbonat yang diperlukan ditimbang
2. Bikar kosong ditimbang
3. jisim natrium karbonat yang diperlukan ditimbang.
4. Air suling dimasukkan ke dalam kelalang volumetrik sehingga 1/3 penuh.
Serbuk natrium karbonat dimasukkan ke dalam kelalang volumetrik. Bikar
dibilas dengan air suling. Proses diulang sehingga semua natrium karbonat
larut.
5. Kelalang volumetrik dipenuhkan dengan air suling sehingga mencapai
senggatan
6. Kelalang digoncangkan beberapa kali bagi memastikan semua larutan
bercampur.
Kesimpulan :
FORMULA HUBUNGAN
KEMOLARAN

1. Bilangan mol bahan terlarut dalam larutan sebelum pencairan = Bilangan


mol bahan terlarut dalam larutan selepas pencairan.

M₁ = kemolaran larutan asal


V₁ = isi padu larutan asal
M₂= kemolaran larutan baru
V₂ = isi padu larutan baru
PENYELESAIAN MASALAH

1. Hitung kemolaran larutan kalium hidroksida, KOH yang baru jika 200cm³
larutan KOH 2 moldm¯³ ditambahkan kepada 200cm³ air. Jawapan:1
moldm¯³
2. 60cm³ larutan natrium hidroksida, 0.5moldm¯³ dicairkan dengan 30cm³
air. Hitung kemolaran baru larutan yang terhasil. Jawapan : 0.33moldm¯³
3. 50cm³ HCl 2 moldm¯³ bertindak balas dengan serbuk zink berlebihan.
Hitung isi padu gas hidrogen yang terbebas pada keadaan bilik. [isi padu
molar bilik; 24dm³] Jawapan: 1.2dm³
4. Hitung kemolaran 25cm³ asid sulfurik H₂SO₄ yang bertindak balas
dengan 1.2g magnesium. [JAR; Mg, 24] Jawapan: 2moldm¯³
5. 3.25g zink bertindak balas dengan HCl dengan kemolaran 0.5moldm¯³.
Hitung isi padu asid yang digunakan. [JAR; Zn, 65] Jawapan; 200cm³
PENEUTRALAN

1. Peneutralan ialah tindak balas yang berlaku antara asid dengan bes untuk
menghasilkan garam dan air sahaja.
2. Asid + Bes -> Garam + Air
3. Pembentukan persamaan kimia & persamaan ion:
i. HCl + NaOH ->
ii. H₂SO₄ + KOH ->

4. APLIKASI PENEUTRALAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN!!!


PENTITRATAN ASID DAN BES

1. Kaedah analisis kuantitatif yang melibatkan penambahan asid dengan isi


padu tertentu yang diketahui kepekatannya kepada suatu alkali yang
diketahui isi padunya tetapi tidak diketahui kepeketannya dengan bantuan
penunjuk yang sesuai.
2. Contoh penunjuk berwarna:
Penunjuk Asid Neutral Alkali

Litmus Merah Ungu Biru

Fenolftalein Tidak berwarna Tidak berwarna Merah jambu

Metil jingga Merah Jingga Kuning

Metil merah Merah Jingga Kuning

Penunjuk Kuning Hijau Ungu


universal
EKSPERIMEN PENTITRATAN
Tujuan :
Menentukan kepekatan larutan natrium hiroksida, NaOH melalui kaedah
pentitratan

Pernyataan masalah:

Bahan:
1 moldm¯³ larutan HCl, larutan NaOH, penunjuk fenolftalein, air suling.
Radas:
Pipet, buret, kelalang kon, kaki retort, jubin putih
Prosedur:
1. Pipet dibilas dengan air suling diikuti dengan sedikit larutan NaOH.
2. Pipetkan 25cm³ larutan NaOH ke dalam kelalang kon
3. 3 titik penunjuk fenolftalein dititiskan ke dalam kelalang kon.
4. Kelalang kon digoncangkan dan diletakkan di atas jubin
5. Buret dibilaskan dengan sedikit HCl dan diisikan dengan HCl. Buret
diapitkan secara menegak pada kaki retort.
6. Isi padu awal HCl di dalam buret direkodkan.
7. Asid ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam kelalang kon sementara
kelalang kon digoncangkan perlahan-lahan.
8. Asid ditambahkan sehingga larutan di dalam kelalang kon berubah warna.
9. Isi padu akhir asid di dalam buret direkodkan.
10. Proses pentitratan diulangi sebanyak 3 kali.
Keputusan/pemerhatian:

Pentitratan 1 2 3 Purata
Bacaan awal /cm³
Bacaan akhir /cm³
Isi padu asid yang digunakan /cm³

Pengiraan:
Hitung kemolaran NaOH berdasarkan eksperimen yang anda telah jalankan.

Kesimpulan:
PENYELESAIAN MASALAH

MaVa = a
M bV b b
1. 50cm³ asid sulfurik, 0.5moldm¯³ bertindak balas dengan 25cm³ larutan
natrium hiroksida. Hitung kemolaran larutan natrium hidroksida. Jawapan:
2moldm¯³
2. Jika 25cm³ HCl 0.05moldm¯³ dineutralkan oleh Ca(OH), 0.1moldm¯³,
berapakan isipadu larutan alkali yang digunakan? Jawapan: 6.25cm³
3. Jika 50cm³ HNO₃ bertindak balas dengan 75cm³ larutan KOH
2moldm¯³, hitungkan kemolaran asid nitrik. Jawapan: 3moldm¯³
Yeay!!!
Habis BAB 7

You might also like