You are on page 1of 3

BAB 6: ASID DAN ALKALI

6.1 SIFAT ASID DAN ALKALI

ASID ALKALI

Asid Hidrklorik Larutan natrium hidroksida

Cuka Air sabun

Sifat-sifat Asid dan Alkali

ASID ALKALI

Nila pH: <7 Nilai pH: >7

Masam Pahit

Mengakis Mengakis

Kertas litmus biru —> kertas litmus merah Kertas litmus merah —> kertas litmus merah

Bertindak balas dengan logam untuk Tidak bertindak balas dengan logam
menghasilkan gas hidrogen

Peranan Air untuk Menunjukkan Sifat-Sifat Asid dan Alkali

Bahan Berasid dan Beralkali


1. Berasid
a. Cuka
b. Jus lemon
2. Beralkali
a. Sabun
b. Ubat gigi
Penunjuk ialah sejenis pewarna atau campuran beberapa jenis pewarna yang berubah
warna berdasarkan bahan yang diuji. Perubahan warna yang diperhatikan dapat
menentukan sama ada suatu bahan adalah neutral, berasid atau beralkali.

Penunjuk Asid Neutral Alkali

Fenolftalein Tidak berwarna Tidak berwarna Merah jambu

Penunjuk semesta Merah Hijau Biru

Metil jingga Merah Kuning Kuning

Kertas litmus biru Merah Biru Biru

Kertas litmus merah Merah Merah Biru

Kekuatan Asid dan Alkali


Skala pH digunakan untuk menunjukkan kekuatan suatu asid atau alkali.
Julat nilai pH : antara 0 hingga 14

Kesimpulan:
1. Semakin rendah nilai pH, semakin tinggi kekuatan asid.
2. Semakin tinggi nilai pH, semakin tinggi kekuatan alkali.

Kegunaan Asid dan Alkali dalam Kehidupan Harian


1. Dalam kehidupan harian:
a. Cuka yang berasid dalam masakan
b. Detergen yang beralkali dalam pencucian pakaian
2. Sektor pertanian, perindustrian dan perubatan.
a. Baja yang digunakan dalam sektor pertanian diperbuat daripada tindak
balas asid dengan alkali.

ASID ALKALI

● Asid tartarik : Asid tartarik ● Kalium hidroksida : Sabun mandi


● Asid karbonik : Minuman bergas ● Ammonia : Baja
● Asid sulfurik : Bateri kereta ● Magnesium hidroksida : Pil antasid
6.2 PENEUTRALAN
Peneutralan: Tindak balas antara asid dengan alkali akan menghasilkan garam dan air.
Semasa peneutalan, asid hilang sifat asidnya dan alkali hilang sifat alkalinya.
Kaedah yang digunakan untuk menjalankan tidak balas : pentitratan

Aplikasi Peneutralan dalam Kehidupan Seharian


1. Ubat gigi yang mengandungi bahan beralkali yang meneutralkan asid yang
dihasilkan oleh bakteria.
2. Pembersih muka yang beralkali akan menjadikan kulit muka kering. Penyegar
berasid digunakan untuk meneutralkan semula kulit muka.
3. Rambut yang sihat adalah apabila dalam keadaan sedikit berasid, tetapi syampu
rambut sedikit beralkali. Oleh itu, perapi rambut yang sedikit berasid dapat
meneutralkan sisa syampu pada rambut dan menjadikan rambut lembut dan sihat.
4. Tanah yang berasid dapat dirawat dengan menabur kapur mati yang bersifat
alkali supaya tanaman dapat tumbuh dengan subur.
5. Pelembut fabrik mempunyai sifat asid. Oleh itu ia mengurangkan nilai pH fabrik
yang menjadi beralkali disebabkan oleh penggunaan serbuk pencuci.
6. Bahan buangan berasid daripada kilang dirawat dengan alkali sebelum
dibebaskan.

You might also like