You are on page 1of 13

Asid & Alkali

Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa dapat merasakan pelbagai rasa makanan atau minuman.
PELBAGAI RASA MAKANAN


Setiap hari ketika kita makan, kita merasakan pelbagai rasa makanan. Ada yang manis, masin, pahit, pedas dan sebagainya. Pada
pendapat anda, mengapakah terdapat pelbagai rasa makanan ini?
SIFAT KIMIA BAHAN

Mengapakah terdapat pelbagai rasa makanan?
Makanan terdapat pelbagai rasa kerana SIFAT KIMIA yang terkandung di dalamnya.
Lidah adalah organ manusia untuk merasa.
Ia diliputi oleh tunas rasa untuk membolehkannya merasa pelbagai rasa makanan.
Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian yang peka kepada rasanya yang tersendiri.
4 rasa makanan yang utama iaitu masin, manis, pahit dan masam.
Makanan juga boleh berasa pedas atau tawar kerana rasa ini boleh merangsang tunas rasa.

Diambil daripada Forum Mari Belajar (FMB)


ASID, ALKALI & NEUTRAL
Semua makanan boleh dikatakan bersifat berasid, beralkali atau neutral.
Sifat ini boleh ditentukan dengan menggunakan kertas litmus merah ataubiru.


Bahan berasid menukar kertas litmus biru ke m erah.

Bahan beralkali menukar kertas litmus merah ke biru.

Bahan neutral tidak mengubah warna kertas litmus merah atau biru.

Diambil daripada Forum Mari Belajar (FMB)


SIFAT ASID, ALKALI & NEUTRAL

Asid
masam
contoh seperti limau, cuka, mangga, nanas, air bateri kereta dsb.
Alkali
pahit, licin, berlendir
contoh seperti ubat, sabun, peria, kopi, ubat gigi dsb.
Neutral
tawar
contoh seperti tepung, nasi, air masak,dsb.


CARA MENGINGAT

Teknik SAMBAL
Terdapat 1 teknik bagaimana mengingat tentang perubahan kertas litmus apabila didedahkan kepada bahan-bahan yang berlainan.
Perhatikan gambar di atas.

SAMBAL
SA adalah asid (baca terbalik)
AL adalah alkali
M adalah merah
B adalah biru

Apabila kertas litmus merah bertukar ke biru, ia bermakna alkali (perhatikan anak panah).
Apabila kertas litmus biru bertukar ke merah, ia bermakna asid (perhatikan anak panah)
* Bermakna hanya perlu ingat perkataan SAMBAL untuk mengingat perubahan ini.


Bahan beralkali
Bahan berasid
Bahan neutral









REAKSI MUKA

Semua pasti pernah merasa bagaimana masam atau pahitnya sesuatu makanan atau minuman itu. Memekan muka
berikut menunjukkan reaksi kita terhadap makanan/minuman masam dan pahit.





Rancangan Pengajaran Harian


Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Asid dan alkali
Tempoh : 60 minit
Tahun : Lima
Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral
Hasil Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid-murid dapat :
mengenal pasti bahan berasid, beralkali dan neutral menggunakan kertas
litmus.
Pendekatan / Kaedah / Strategi : Inkuiri-penemuan, Eksperimen


Fasa (Masa) Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 Minit)
1.. Murid meneka objek yang terdapat dalam kotak
misteri.
2. Murid diberikan beberapa klu sebagai bantuan.
Contoh objek:
Sebotol air mineral, buah limau, setin air berkarbonat, syampu dan sepapan
pil panadol.
3. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran







BBB: Sebotol air mineral,buah limau,
setin air berkarbonat, syampu dan sepapan pil
panadol.

KPS: Meramal


Pencetus Idea
(10 minit)
1. Murid diminta mengelaskan rasa bahan-bahan kepada masam, pahit dan tawar dalam
carta yang dilekatkan di papan tulis.
2. Murid dan guru berbincang carta yang telah dilengkapkan.
3. Murid ditunjukkan kertas litmus dan kegunaannya oleh guru

BBB: Carta
KPS : Mengelas
Penstrukturan semula idea
(30 minit)
1.Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan bahan-bahan untuk diuji dengan menggunakan kertas
litmus.Contoh bahan:
J us limau, asam jawa, air sabun, syampu,air

mineral, larutan garam, ubat gigi danlarutan gula.
3. Murid menjalankan eksperimen dengan bimbingan guru.
4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberikan

BBB:
J us limau, asam jawa, air sabun,
syampu,air mineral, larutan garam,ubat gigi,
larutan gulakertas litmus merah danbiru dan
borang pemerhatian.
KPS: Mengeksperimen,Memerhati

Pengaplikasian idea
(10 minit)
Setiap kumpulan membentang hasil eksperimen masing-masing.2. Murid dibimbing
oleh guru mengelaskan bahan kepada bahan berasid, beralkali dan neutral hasil daripada
keputusan eksperimen.
- Kertas litmus biru menjadi merah ialahasid.
- Kertas litmus merah menjadi biru ialahalkali.
- Kedua-dua kertas litmus tidak bertukar warna ialah
neutral.

KPS : Mengelas
Refleksi (5 minit)



1. Murid melengkapkan lembaran kerja yang diedarkan. BBB : Lembaran kerja

You might also like