You are on page 1of 3

Aktiviti Makmal 4.5.

1: Menentukan
sifat-sifat oksida unsur-unsur dalam
Kala 3.
Tujuan: Untuk mengkaji perubahan sifat-sifat oksida
bagi unsur-unsur dalam Kala 3.
Pernyataan masalah: Bagaimana sifat-sifat unsur
oksida berubah apabila merentasi Kala 3?
Hipotesis: Sifat-sifat oksida bagi unsur-unsur Kala 3
berubah dari bes kepada asid apabila merentai kala
tersebut.
Pembolehubah:
» Pembolehubah dimalarkan: Oksigen dan air
» Pembolehubah dimanipulasikan: Jenis unsur oksida
» Pembolehubah bergerakbalas: Perubahan dalam sifat-sifat unsur

Bahan: Apparatus:
»Natrium oksida » Bunsen burner
»Magnesium oksida » Glass rod
»Aluminium oksida » Rubber stopper
»Silikon (IV) oksida » Test tube
»Fosforus oksida » Test tube holder
»Sulfur dioksida
»Dichlorine heptoksida
»Penunjuk Universal
»Air
Prosedur:
► (A) Dengan air
1. 10ml air ditambah masuk ke dalam tabung uji yang mengandungi setengah spatula
natrium oksida dan kandungannya digoncang.
2. 2 titis penunjuk universal ditambah kepada campuran dan pH larutan diperhatikan.
3. Langkah 1 dan 2 diulangi dengan oksida-oksida unsur lain. Semua pemerhatian
direkodkan.
► (B) Dengan natrium hidroksida dan asid nitrik
1. Setengah spatula serbuk natrium oksida dimasukkan ke dalam dua tabung uji yang
berasingan.
2. 10ml natrium hidroksida ditambahkan kepada tabung uji pertama.
3. 10ml asid nitrik ditambahkan kepada tabung uji yang satu lagi.
4. Kandungan dalam setiap tabung uji dipanaskan perlahan-lahan sambil dikacau
dengan rod kaca.
5. Keterlarutan oksida dalam kedua-dua larutan diperhatikan dan direkodkan.
6. Langkah 1- 5 diulangi dengan oksida-oksida yang lain.
Keputusan:
► Pemerhatian
Oksida Dengan air Nilai Dengan NaOH Dengan HNO3
pH
Na2O Larut. 13 - Tidak larut Larut.
Membentuk larutan 14 Membentuk larutan
tidak berwarna. tidak berwarna.
MgO Sedikit terlarut. 8-9 Tidak larut Larut.
Membentuk larutan Membentuk larutan
tidak berwarna. tidak berwarna.
Al2O3 Tidak larut 7 Larut. Larut.
Membentuk larutan Membentuk larutan
tidak berwarna. tidak berwarna.
SiO2 Tidak larut 7 Larut. Tidak larut
Membentuk larutan
tidak berwarna.
P4O10 Larut. 2-3 Larut. Tidak larut
Membentuk larutan Membentuk larutan
tidak berwarna. tidak berwarna.
SO2 Larut. 2-3 - -
Membentuk larutan
tidak berwarna.
Cl2O7 Larut. 1 - -
Membentuk larutan
tidak berwarna.
Perbincangan:
► Inferen
Oksida Inferen
Na2O Bes kuat. Membentuk alkali yang kuat. Menunjukkan sifat kelogaman.
Bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.
Na2O(p) + 2HNO3(aq) → 2NaNO3(aq) + H2O(l)
MgO Oksida bes. Membentuk alkali yang kuat. Menunjukkan sifat kelogaman.
Bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.
MgO(p) + 2HNO3(aq) → Mg(NO3)2(aq) + H2O(l)
Al2O3 Oksida amfoterik. Menunjukkan sifat separa logam.
Bertindak balas dengan kedua-dua asid dan alkali untuk membentuk garam dan
air.
Al2O3(s) + 6HNO3(aq) → 2Al(NO3)3(aq) + 3H2O(l)
Al2O3(s) + 2NaOH(aq) → 2NaAlO2(aq) + 3H2O(l)
SiO2 Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.
SiO2(s) + 2NaOH(aq) → Na2SiO3(aq) + H2O(l)
P4O10 Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.
P4O10(s) + 12NaOH(aq) → 4Na3PO4(aq) + 6H2O(l)
SO2 Membentuk asid. Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.
Cl2O7 Asid kuat terbentuk. Oksida berasid.
Menunjukkan sifat bukan logam.
► Keterlarutan dalam air berkurangan dari Kumpulan 1 hingga 13 untuk logam.
► Keterlarutan dalam air bertambah dari Kumpulan 14 hingga 17 untuk bukan logam.
Kesimpulan:
► Oksida-oksida unsur Kala 3 dalam berubah dari bes ke amfoterik, dan kemudian kepada
sifat berasid apabila merentasi Kala 3 dari kiri ke kanan

You might also like