You are on page 1of 27

i

MOHO RIOZAL BIN ABO RAZAK



KARBON TERAKTIF OARI TEMPURUNG KELAP A UNTUK PENAPIS AIR

Laporan ini diserahkan kepada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Termal-Bendalir)

November 2005

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia

iv

ABSTRAK

Tempurung kelapa menjadi bahan buangan kerana tiada nilai baginya.

Tempurung kelapa selalu menjadi bahan bakar untuk tujuan tertentu. Dalam kajian ini tempurung kelapa menjadi bahan untuk dijadikan karbon teraktif untuk digunakan dalam sistem penapisan air.

Sifat-sifat utama karbon teraktif amat bergantung pada bahan mentah yang digunakan. Tempurung kelapa dihancurkan bagi pembakaran untuk mengaktifkan karbon terhadapnya. Tempurung kelapa yang telah diaktifkan karbon ke atasnya mempunyai sifat penyerapan. Karbon teraktif dihasilkan dengan suhu pembakaran yang berbeza bagi membuat perbandingan suhu yang Iebih sesuai dalam sistem penyerapan. Karbon teraktif yang dihasilkan diuji dengan menjadikan karbon teraktif sebagai bahan penapisan.

Satu sistem penapisan air direka untuk menguji karbon teraktif. Air yang digunakan untuk ujian adalah air penjernihan dari loji Perbadanan Air Melaka (PAM). Air yang telah ditapis dengan karbon teraktif dan pasir dibandingkan dan dianalisis dengan air bertapis dari loji Perbadanan Air Melaka (PAM) yang hanya menggunakan pasir sebagai bahan penapisan. Analisis air dilakukan bagi mengetahui suhu pembakaran karbon teraktif yang sesuai untuk digunakan dalam proses penyerapan bahan organik dan kimia dalam air.

v

ABSTRACT

The coconut became a waste material because there is no value in it. The coconut shell became always the fuel for the certain aim. In this study the coconut shell became the material to be made active carbon that used in the system water filtration.

The main characteristics of active carbon very depended on the raw material that was used. The coconut shell was destroyed for the burning to activate carbon towards it. The coconut shell that was activated carbon had the characteristics of the absorption. The active carbon was produced with the difference temperature of the burning for making the temperature comparison that more appropriate in the absorption system. The active carbon that was produced was tested to become carbon as the filtration material

One system water filtration is designed for testing the active carbon. The water that was used for testing is purification water from Perbandanan Air Melaka (PAM). Water that was filtered with active carbon and sand is compared and analyzed with filtered water from Perbadanan Air Melaka (PAM) that only used the sand as the filtration material. The water analysis is done to know the burning temperature of active carbon that suitable used in processabsorption of the organic material and chemistry in water

1

BAB1

1.1 PENGENALAN

Tempurung kelapa merupakan bahan buangan yang dilihat tidak memberi apa nilai selain menjadi bahan bakar. Banyak bahan buangan seperti tempurung kelapa sawit, arang batu, koko, tempurung kelapa yang belum diketahui tentang kelebihan yang terdapat pada bahan tersebut.

Projek ini mengkaji ciri-ciri dan sifat yang terdapat pada tempurung kelapa serta struktur dan kelebihannya, Tempurung kelapa mempunyai sifat menyerap apabila diaktitkan karbon ke atasnya. Tempurung kelapa dibakar atau disteamkan untuk menghasilkan karbon teraktif bagi dijadikan penapis air. Proses menghasilkan karbon teraktif memerlukan gas nitrogen dan gas karbon dioksida bagi pembakaran tempurung kelapa.

Tempurung kelapa yang telah diaktitkan karbon akan diuji dengan dijadikan penapis air. Dalam projek ini, air yang akan diujiadalah air dari Perbadanan Air Melaka (PAM). Perbadanan Air Melaka menggunakan bahan semula jadi seperti pasir dalam sistem penapisan di loji rawatanair. Loji Perbadanan Air Melaka mempunyai lima peringkat dalam proses rawatan air. Proses penapisan adalah peringkat ketiga dalam loji tersebut. Peringkat pertamaadalah air mentah dari empangan disalurkan ke loji tersebut bagi rawatan air. Air mentah ini akan diberikan pengudaraan di mana ia di pam ke udara seperti air pancut. Peringkat kedua adalah proses penjernihan air. Dalam proses ini bahan yang dicampurkan ialah alum dan polimer.

2

Peringkat ketiga adalah proses penapisan air dengan menggunakan pasir.

Projek ini menjadikan karbon teraktif sebagai penapis air dalam proses tersebut. Karbon teraktif menjadi penapis pertama sebelum pasir dan menjadikan ia mempunyai dua penapis air. Air yang ditapis dengan karbon teraktif dan pasir akan diuji serta dianalisis dan dibandingkan dengan air yang menggunakan pasir sahaja. Peringkat ini membanding kualiti air yang terhasil dan dapat digunakan pada masa akan datang serta menj imatkan koso

1.2 OBJEKTIF

1. Mengkaji ciri dan sifat-sifat yang terdapat pada tempurung kelapa

11. Menghasilkan karbon teraktif dari tempurung kelapa.

111. Menggunakan karbon teraktif untuk penapisan air.

iv. Menghasilkan sistem penapisan air.

V. Analisis air mengikut piawaian Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organization (WHO).

1.3 SKOP PROJEK

Skop projek ini menjadi garis panduan untuk mencapai objektif projek:

1. Mengetahui ciri dan sifat-sifat karbon teraktif

11. Menghasilkan karbon teraktif mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

iii. Menghasilkan satu sistem penapis air dengan menggunakan karbon teraktif sebagai bahan penapis.

lV. Analisis air yang telah ditapis dengan karbon teraktif mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

3

4 KENY AT AAN MASALAH

1.

Dari projek ini, karbon teraktif boleh dihasilkan dari pelbagai bahan buangan seperti tempurung kelapa sawit, arang, koko dan banyak lagi. Karbon teraktif boleh digunakan dalam proses penyerapan gas dan penapis air. Tempurung kelapa menjadi kajian dalam menghasilkan karbon teraktif untuk penapis air. Ciri dan sifat-sifat karbon teraktif dari tempurung kelapa dikaji bagi menghasilkan penapis air. Mengkaji karbon teraktif yang sesuai untuk digunakan dalam penapis air. Menguji air dari Perbadanan Air Melaka (PAM) dengan menggunakan karbon teraktif. Penapisan air di Perbadanan Air Melaka (PAM) hanya menggunakan pasir sebagai bahan penapisan. Air yang diuji ialah air mentah dan air penjernihan dari Perbadanan Air Melaka (PAM).

1.5 ANALISIS MASALAH

Dari masalah yang dinyatakan berikut ialah analisis bagi masalah tersebut:

1. Mengetahui segala ciri dan sifat pada karbon teraktif.

ii. Mengenal pasti segala masalah yang pada karbon teraktif dan menyelesaikannya.

lll. Memahami tentang teori, konsep dan masalah pada karbon teraktif.

IV. Menghasilkan karbon teraktif dari tempurung kelapa,

v. Menghasilkan satu sistem penapis air bagi karbon teraktif.

VI. Menguji karbon teraktif dalam penapis air dan mengambil segala data.

Vll. Analisis air yang telah ditapis dengan karbon teraktif.

viii. Membandingkanair yang telah diuji dengan air mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

4

BAB2

KAJlAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Penggunaan karbon telah bennula sejak zaman dahulu dan tidak dapat lagi untuk mengkaji asalnya. Arang telah digunakan dalam proses penurasan air minuman semasa tamadun Hindus di India dan karbon daripada kayu telah digunakan sebagai bahan penyerap dalam perubatan dan agen penapisan oleh orang Mesir sejak tahun 1500 sebelum Masihi (Cheremisinoff, et al. 1980).

Karbon teraktif mula dihasilkan secara industri untuk proses penapisan gula pada awal abad ke-20. Serbuk karbon teraktif mula dihasilkan secara komersial di Eropah pada awal abad ke-19 dengan menggunakan kayu sebagai bahan mentah dan digunakan dalam industri penghasilan gula (Bansal, et al. 1988). Di Amerika Syarikat, karbon teraktif mula dihasilkan dengan menggunakan abu sebagai bahan mentah apabila didapati ia sungguh berkesan dalam penjerapan warna dalam larutan (Mantell dan Charles L., 1968). Karbon teraktif telah digunakan secara meluas dalam pelbagai industri dan ia biasanya digunakan untuk penjerapan warna dalamair sisa tekstil.

5

Penggunaan karbon teraktif dalam rawatan air yang pertama kali dicatatkan adalah pada abad ke-19 di England iaitu karbon teraktif digunakan untuk penyerapan bau dan rasa dalam air minuman (Cheremisinoff, et al. 1980). Cara ini juga digunakan di Amerika Syarikat dan pada tahun-tahun seterusnya, karbon teraktif telah digunakan secara meluas terutamanya dalam proses penyerapan bahan-bahan pencemar organik.

Pasaran terbesar untuk karbon teraktif masa kini ialah industri penulenan air di mana arang digunakan untuk tujuan penurasan secara fizikal dan proses penyerapan. Penuras karbon teraktif telah digunakan secara meluas dalam rawatan air minuman. Untuk rawatan air sisa, karbon teraktif biasanya dijadikan medium penurasan yang ketiga dalam proses rawatan supaya karbon teraktif lebih berkesan terhadap bahan penyerap organik dan bukan organik dalam kepekatan yang rendah. Selain daripada penggunaan dalam proses rawatan air minuman dan air sisa, karbon teraktif telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti penurasan gula, penyerapan gas, penyingkiran minyak dan lemak, electroplating, penghasilan minuman beralkohol dan sebagainya (Mantell dan Charles L.,1968).

6

2 TEORI PENYERAPAN

2.

Penyerapan adalah penumpuan molekul-molekul daripada gas atau cecair pada permukaan pepejal yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tekanan permukaan. Dalam proses ini, molekul-molekul yang dikumpulkan pada permukaan bahan penyerap dinamakan bahan terserap. Untuk proses rawatan air, biasanya karbon teraktif dipilih sebagai bahan penyerap dan molekul-molekul bendasing dalam air yang dikumpulkan pada permukaan karbon dinamakan bahan terjerap.

Jumlah penyerapan yang berlaku pada permukaan pepejal biasanya sangat sedikit tetapi bahan-bahan yang dijadikan bahan penyerap seperti karbon teraktif, alumina teraktif dan silica gel telah diproses untuk menyerap molekul-molekul gas atau cecair. Bahan-bahan penyerap ini mempunyai permukaan yang penuh dengan liang-liang kecil yang boleh dilalui oleh gas atau cecair. Struktur keliangan bahan penyerap ini menyediakan permukaan yang luas untuk bertindak balas dengan molekul-molekul bahan terserap.

Bahan terserap yang berkumpul pada permukaan bahan penyerap adalah disebabkan oleh tenaga van der Waals dan tenaga ikatan hydrogen. Proses penyerapan akan berhenti apabila keseimbangan tindak balas tercapai. Proses penyerapan yang sempurna dan berkesan dipengaruhi oleh masa sentuhan dan kuantiti bahan teryerap yang dapat diserap oleh bahan penyerapan. Pada suhu yang tetap, keseimbangan perhubungan di antara kuantiti bahan terserap per unit berat bahan penyerap dan keseimbangan kepekatan bahan terserap dalam sesuatu larutan dinamakan penyerapan isoterma. Implikasi teori peryerapan ini adalah berdasarkan tiga teori utama iaitu :

1. persamaan Freundlich

11. persamaan garis suhu lelurus

111. persamaan Langmuir.

7

2.2.1 Persamaan Freundlich

Persamaan Freundlich adalah persamaan yang umum dan kerap digunakan untuk kepekatan bahan terserap yang tidak terlalu tinggi.

Persamaan Freundlich adalah seperti berikut:

XI M = KCfl/O

Dengan

X = jumlah jisim bahan yang diserap (mg) = (C; - Cf) x V

V = isipadu larutan ujikaji (L)
Cj == kepekatan awallarutan ujikaji (mgIL)
Cf = kepekatan akhir larutan ujikaji (mg/L)
M = jisim karbon (mg)
K = pemalar
n = pemalar Persamaan Freundlich boleh ditulis dalam bentuk logaritma supaya persamaan linear dapat diplotkan seperti rajah di bawah.

log X I M = log K + lIn log C

8

PersamaaD di atas merupakan persamaan garis lurus dengan kecerunan lin.

Apabila log XIM diplotkan melawan log C, satu garis lurus yang akan bersilang dengan paksi-y pada nilai log K akan diperolehi. Jumlah karbon yang diperlukan boleh diperolehi dengan menggantikan nilai-nilai yang diperolehi daripada graf ke dalam persamaan di atas.

logx..M

logK

Graf2.1: Hubungan lelurus proses penjerapan dari persamaan Freundlich

9

2.2.2

Persamaan Langmuir

Persamaan Langmuir diterbitkan berdasarkan konsep keseimbangan lapisan permukaan mono molekul dalam teori penyerapan. Persamaan Langmuir adalah

seperti berikut:

dengan

qe = jumlah bahan terserap per unit bahan penyerap

Ce == jisim bahan penyerap dalam kepekatan keseimbangan

QO mol bahan terjerap per unit jisim bahan penyerap dalam bentuk lapisan mono molekul

b = pemalar

2.2.3 Persamaan garis suhu Ielurus

Persamaan garis suhu lelurus digunakan untuk kepekatan bahan terserap yang rendah dan darjah penyerap yang rendah. Persamaan garis suhu lelurus adalah seperti berikut:

X/M=KC

Dengan

X = jisim bahan yang diserap M = jisim bahan penyerap

K = angkatap

C = kepekatan bahan terserap dalam pelarut

10

2.3

PROSESPENYERAPAN

Proses penyerapan boleh berlaku dalam pelbagai fasa seperti pepejal ke pepejal, gas ke pepejal, gas ke cecair, cecair ke cecair dan cecair ke pepejal. Proses penyerapan untuk rawatan air melibatkan penyerapan fasa cecair ke pepejal. Proses penyerapan terbahagi kepada penyerapan secara kimia dan fizikal. Kedua-dua proses ini berlaku apabila molekul-molekul cecair tertumpu atau terkumpul pada pennukaan pepejal disebabkan daya tarikan pada pennukaan bahan penyerap melebihi daya tarikan kinetik antara molekul-molekul bahan terserap.

Penyerapan secara fizikal berlaku apabila terdapat perbezaan daya tarikan atau daya-daya van der waals yang lemah antara molekul-molekul bahan terserap dan permukaan bahan penyerap. Molekul-molekul bahan terserap akan terkumpul pada permukaan bahan penyerap apabila daya tarikan pada pennukaan bahan penyerap melebihi daya tarikan antara molekul-molekul bahan terserap. Fenomena ini dinamakan sebagai penyerapan fizikal.

:!

"

J

Penyerapan kimia berlaku apabila sebatian kimia terhasil daripada tindak balas antara bahan terserap dan bahan penyerap. Dalam proses ini, tenaga diperlukan untuk menghasilkan sebatian kimia pada pennukaan bahan penyerap dan tenaga diperlukan juga untuk proses yang sebaliknya (penguraian). lni berbeza dengan penyerapan secara fizikal kerana penyerapan fizikal bergantung kepada daya tarikan antara molekul-molekul bahan penyerap dan bahan terserap. Jika daya tarikan ini lemah, proses penguraian akan berlaku.

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses penyerapan

1. Sifat-sifat kimia dan fizikal bahan penyerap seperti luas pennukaan, saiz 11. keliangan, komposisi kimia dan sebagainya.

iii. Sifat-sifat kirnia dan fizikal bahan terserap seperti saiz molekul, cas molekul, IV. komposisi kimia dan kepekatan larutan bahan terserap.

v. Sifat-sifat cecair seperti nilai pH dan suhu.

vi. Masa sentuhan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KADAR

2.4 PENYERAPAN

Faktor-faktor berikut mempengaruhi kadar penyerapan dan memberi kesan kepada keputusan ujikaji:

1. Luas permukaan

ll. Nilai pH

iii. Suhu

2.4.1 Luas permukaan

Luas permukaan memainkan peranan yang penting dalam kadar penyerapan.

Darjah penyerapan adalah berkadar terns dengan luas permukaan iaitu darjah penyerapan akan semakin tinggi jika luas permukaan bahan penyerap yang disediakan semakin besar. Kapasiti bahan penyerap dipengaruhi oleh struktur keliangan dan saiz partikel bahan penyerap. Bahan penyerap seperti karbon teraktif dipecahkan kepada partikel-partikel yang lebih halus untuk menyediakan luas permukaan per unit berat yang lebih besar untuk kadar proses penyerapan yang tinggi. Proses pengaktifan pula mengubah struktur keliangan karbon menjadi semakin poros untuk menyediakan luas permukaan yang lebih besar. Semakin banyak liang-liang halus yang wujud pada permukaan bahan penyerap bermakna semakin banyak bahan terserap yang akan diserap dan kadar penyerapan akan semakin tinggi (Jason Philip Pope, 1996).

12

2.4.2 Nilai pH

Kadar penyerapan boleh dipengaruhi oleh nilai pH larutan. Nilai pH larutan perlu ditentukan semasa proses penyerapan. Perubahan nilai pH larutan boleh menyebabkan perubahan kimia partikel-partikel bahan terserap atau bahan penyerap dan ini akan mengganggu keputusan proses penyerapan. Penggunaan jenis bahan penyerap juga perlu disesuaikan dengan nilai pH larutan untuk menjamin keberkesanan proses penyerapan sebab ada bahagian bahan penyerap yang boleh terlarut jika nilai pH larutan terlalu rendah (Jason Philip Pope, 1996).

2.4.3 Suhu

Suhu akan mempengaruhi kadar proses penyerapan. Suhu semasa proses penyerapan untuk rawatan air perlu ditetapkan supaya sarna dengan suhu ujikaji di makmal untuk mendapatkan kadar penyerapan yang diingini. Suhu penyerapan dikekalkan jika kadar penyerapan yang diingini dapat dicapai dan jika sebaliknya, suhu penyerapan perlu dinaikkan atau direndahkan untuk mendapatkan kadar penyerapan yang optimum (Jason Philip Pope, 1996).

Penentuan suhu semasa penyerapan bergantung kepada perkara-perkara di bawah:

1. Keliatan.

ii. Kestabilan ciri-ciri larutan terhadap haba.

iii. Kemungkinan perubahan suhu semasa proses penyerapan.

2.5

PENGHASILAN KARBON TERAKTIF

Karbon teraktif boleh dihasilkan dengan bahan karbon seperti tulang, arang batu, tempurung, kayu, lignin, tar bitumen dan sisa-sisa petroleum. Kandungan karbon dan hidrokarbon tidak aktif dalam bahan-bahan mentah ini akan diaktifkan melalui proses pengaktifan karbon dan struktur keliangannya turut diperbaiki. Cara pengaktifan komersial yang lazim digunakan ialah cam pengaktifan kimia dan cara

pengaktifan steam.

Cara pengaktifan kimia merangkumi proses pencampuran bahan mentah yang telah dihancurkan dengan agen penyingkiran kandungan air, proses pengeringan campuran tersebut dan dipanaskan dalam ketuhar untuk menyempurnakan proses pengaktifan. Bahan kimia yang lazim digunakan dalam proses ini ialah zink klorida dan asid fosforik.

Bahan mentah untuk pengaktifan steam biasanya didapatkan daripada kayu dan arang batu. Steam merupakan agen pengaktifan dan disalurkan kepada arang yang dipanaskan pada suhu yang" tinggi untuk menghasilkan struktur keliangan yang diperlukan.

Kualiti dan ciri-ciri karbon teraktif bergantung kepada sifat fizikal dan sifat kimia bahan mentah dan cara pengaktifan yang digunakan. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis bahan mentah dan cara pengaktifan yang berbeza untuk menghasilkan karbon teraktif yang berbeza dari segi sifat fizikal dan sifat kimia, penyelidikan diperlukan untuk menyesuaikan karbon teraktif dengan aplikasinya.

14

2.6

PENGAKTIFAN KARBON

Pengaktifan karbon dilakukan dengan proses-proses berikut:

I.

Proses penyingkiran kandungan air dalam karbon.

Proses pembakaran bahan-bahan organik kepada unsur-unsur karbon dan penyingkiran bahagian unsur-unsur bukan karbon.

Proses penyingkiran tar (pembakaran) dan memperbaiki sifat keliangan.

11.

Ill.

Proses pengaktifan dimulakan dengan proses pemanasan sehingga 170°C untuk penyingkiran kandungan air. Kemudian suhu dinaikkan melebihi 170°C untuk penyingkiran wap C02, CO dan asid asitik. Pada suhu 275°C, penguraian karbon berlaku dan menghasilkan tar, methanol dan lain-lain hasil sampingan. Lebih kurang 80% unsur karbon akan terhasil dengan menaikkan suhu sehingga 400°C-600°C. Karbon dioksida digunakan sebagai agen pengaktifan untuk proses ini dan pemanasan pada suhu 750°C- 950°C akan memperbaiki sifat keliangan karbon.

2.7

CIRI-CIRI KARBON TERAKTIF

Karbon teraktif merupakan pembahagian karbon kepada liang-liang halus dengan nisbah luas permukaan terhadap saiz karbon yang sangat besar. Saiz liang karbon ini boleh dibahagikan kepada liang malao dan liang milao. Liang malao berfungsi untuk memberi laluan kepada partikel-partikel bahan terserap sampai ke liang mikro yang menyediakan luas permukaan untuk proses penyerapan yang utama. Luas permukaan liang mikro merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kadar penyerapan.

Liang makro mempunyai saiz liang melebihi 1,000 A manakala liang milao mempunyai saiz liang 10-1,000 A. Saiz keliangan ini mempengaruhi saiz molekul bahan terserap yang masuk ke partikel karbon semasa penyerapan. Molekul bahan teryerap yang bersaiz besar boleh tersumbat pada liang milao dan mengurangkan luas permukaan untuk proses penyerapan tetapi biasanya molekul yang lebih kecil akan masuk ke dalam liang yang lebih kecil disebabkan bentuk permukaan yang berbeza-beza dan pergerakan molekul yang berterusan.

Ciri-ciri fizikal karbon teraktif dan saiz molekul-molekul bahan terserap merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar penyerapan kerana proses penyerapan hanya berlaku dalam liang-liang yang dapat dimasuki molekul-molekul bahan terserap. Dengan ini, penggunaan karbon teraktif perlu mengambil kira tentang ciri-ciri bahan terserap dan pemilihan jenis karbon yang sesuai untuk memberikan keputusan yang optimum.

Karbon teraktif yang dipasarkan biasanya terbahagi kepada karbon jenis berbutir (PAC) dan jenis serbuk (GAC) bergantung kepada saiznya. Saiz partikel serbuk karbon teraktif biasanya kurang daripada 0.075mm dan mempunyai nisbah luas permukaan lawan isipadu yang sangat tinggi.

16

2.8

PENYERAPAN SEBATIAN BUKAN ORGANIK DENGAN KARBON TERAKTIF

Karbon teraktif yang terkenal dengan keberkesanannya dalam penyerapan sebatian-sebatian organik didapati memberikan kesan yang memuaskan dalam proses penyerapan sebahagian sebatian-sebatian bukan organik. Karbon teraktif adalah berkesan dalam proses penyerapan sebatian-sebatian bukan organik pada kepekatan yang rendah terutamanya dengan proses penyerapan secara fizikal. Proses ini telah digunakan dalam kejuruteraan air dan air sisa, metalurgi serta analitikal kimia (Jason Philip Pope, 1996).

Kedua-dua ion kation dan anion sebatian bukan organik dalam air boleh diserap dengan karbon teraktif. Kereaktifan ion kation dan anion terhadap karbon teraktif semasa proses penyerapan telah ditentukan seperti berikut.

Kation: Ir > AL+3 > Ca +2 > Li+ > Na+ > IC Anion: NO}- > cr

Salah satu faktor penting yang mempengaruhi keputusan proses penyerapan ion-ion ini adalah nilai pll. Nilai pH yang rendah akan menyurnbangkan lebih banyak ion-ion W yang lebih reaktif terhadap karbon teraktif dan merebut tempat ion-ion kation yang lain semasa proses penyerapan. Kehadiran sebatian-sebatian organik juga mempengaruhi keputusan proses penyerapan sebatian bukan organik kerana karbon teraktif lebih reaktif terhadap sebatian organik berbanding dengan sebatian bukan organik.

Secara amnya, telah dibuktikan bahawa penyerapan karbon teraktif adalah kurang berkesan terhadap logam dan sebatian bukan organik berbanding dengan sebatian organik. lni disebabkan oleh kehadiran logam-logam dalam air biasanya wujud dalam bentuk ion atau ionic kompleks yang kurang reaktif terhadap karbon

teraktif.

Logam-logam yang biasa diserap dengan karbon teraktif daripada air sisa industri adalah seperti kadmium, kromium, zink, plumbum, merkuri dan kuprum. Kebanyakan logam-logam ini memberikan kesan toksik pada kepekatan yang rendah.

2.9

KELEBIHAN DAN PEMBATASAN PENGGUNAAN KARBON TERAKTIF DALAM RA WATAN AIR SISA

Kelebihan karbon teraktif :

Sangat berkesan terhadap penyerapan bahan kimia organik dalam air Sesuai digunakan untuk penyerapan pelbagai jenis sebatian organik Sungguh berkesan dalam penyerapan warna air sisa

Berkesan untuk penyerapan bahan-bahan pencemar bukan organik yang berkepekatan rendah.

Penjanaan semula karbon teraktif secara terma boleh memusnahkan bahanbahan yang terserap

Sistem penyerapan yang dibangunkan adalah fleksibel dengan kekerapan penggunaannya.

vii. Sistem penyerapan boleh direka bentuk supaya mudah alih untuk menyenangkan kerja yang dijalankan.

Pembatasan karbon teraktif :

1.

ii.

iii.

iv.

v.

VI.

i. Hanya sesuai untuk air sisa yang mengandungi kepekatan sebatian organik yang rendah «5%)

11. Hanya sesuai untuk air sisa yang mengandungi kepekatan sebatian bukan organik yang sangat rendah «I%)

iii. Tidak dapat menyerap sebatian organik yang mudah terlarut atau sebatian yang mempunyai berat molekul yang rendah

iv. Sistem penyerapan tidak sesuai dengan aliran influent yang mengandungi pepejal terampai kerana akan tersumbat

v. Memerlukan kos operasi yang tinggi

vi. Pembuangan karbon yang tercemar akan menimbulkan masalah jika karbon tersebut tidak dijana semula.

19

2.10

KEHADIRAN LOGAM-LOGAM DALAM AIR

Biasanya logam-Iogam wujud dalam air dalam kuantiti yang tertentu.

Kehadiran logam-Iogam tertentu seperti kalsium, magnesium, potassium dan sodium adalah penting untuk kesihatan manusia kerana diperlukan oleh badan manusia untuk berfungsi secara normal. Kolbalt, kuprum, ferum, manganese, molybdenum, selenium dan zink pula diperlukan dalam kepekatan yang rendah untuk bertindak sebagai mangkin aktiviti enzim. Jika logam-logam ini wujud dalam kepekatan yang tinggi atau kehadiran logam-logam yang toksik seperti aluminium, arsenic, barium, kadmium, kromium, plumbum, merkuri dan argentum dalam air minuman, ini akan menjejaskan kesihatan badan (Gregory, et al. 1996). Logam-logam yang biasanya wujud dalam air serta kesan-kesannya adalah seperti di bawah:

2.10.1 Kadmium

Kadmium adalah sangat toksik. Kepekatan sebanyak 13 hingga 15 mg/l dalam makanan akan menyebabkan penyakit. Kepekatan kadmium dalam air yang boleh diterima oleh badan manusia untuk jangka masa panjang tanpa sebarang kesan negatif ialah 0.047 mg/I. Biasanya kadmium yang wujud dalam air berpunca daripada sisa industri electroplating atau operasi penyalutan yang melibatkan kadmium.

!I

"

'~

:i

I" 'if

"

'~

~

~

.,'

2.10.2 Plumbum

Plumbum yang masuk ke badan manusia secara pemafasan atau pendedahan dalam jangka masa yang panjang akan membahayakan kesihatan atau membawa maut. Biasanya sumber plumbum datang dari makanan, udara, air dan asap tembakau. Pengambilan plumbum yang berlebihan ke dalam badan akan membawa maut. Seseorang yang menggunakan air yang mengandungi plumbum pada kepekatan 2 hingga 4 mg/I selama tiga minggu akan menerima kesan-kesannya, Penggunaan pada kepekatan 8 hingga 10 mg/I selama beberapa minggu akan mendatangkan kesan toksik. Penggunaan pada kepekatan 15 mg/I selama beberapa

20

minggu akan membawa maut. Piawai keselamatan penggunaan air menentukan kepekatan plumbum dalam air yang dibenarkan ialah 0.05 mg/I. Kehadiran plumbum dalam air yang berkeliatan rendah adalah sangat toksik terhadap ikan-ikan kecil walaupun kepekatannya hanya 0.10 mg/I.

2.10.3 Selenium

Selenium adalah sangat toksik terhadap banyak haiwan dan ikan. Selenium memberikan kesan untuk jangka masa yang panjang dan berpotensi untuk menyebabkan barah.

2.10.4 Argentum

Kehadiran argentum sebanyak I g dalam badan akan menyebabkan perubahan warna kepada biru-kelabu yang kekal pada kulit dan mata dan akan membawa maut pada kepekatan yang tinggi.

Jl

"~ 'l

I ~,

"

2.10.5 Zink

Kehadiran zink dalam air tidak memberikan kesan yang serius terhadap kesihatan tetapi dengan kepekatan yang melebihi 5 mg/I akan menyebabkan air mempunyai rasa yang tidak enak.

2.1 0.6 Barium

Barium akan menyebabkan kesan toksik yang serius pada jantung, saluran darah dan saraf. Pengambilan sebanyak 550 hingga 600 mg akan membawa maut. Kehadiran barium dalam pembekalan air awam dihadkan pada kepekatan 1.55 mg/l manakala kepekatan yang dibenarkan dalam air minuman ialah 1.0 mg/l ,

2.10.7 Merkuri

Merkuri akan mendatangkan kesan-kesan seperti keadaan lemah, hilang selera makan, kesukaran untuk lena, sakit perut kerana makanan tidak hadam, cirit birit, gusi bengkak, gigi rongga, kebengkengan, hilang daya ingatan, getaran otot dan kerosakan otak pada kepekatan yang tinggi.

2.11

KEHADIRAN KUPRUM DAN FERUM DALAM AIR DAN KESANKESANNYA

2.11.1 Kuprum

Kuprum merupakan satu unsur semula jadi dalam kerak bumi yang wujud dalam batu, tanah, mendakan dan sumber air tertentu. Walaupun kuprum wujud secara semula jadi dan merupakan satu nutrien yang mustahak, tetapi ia boleh menjadi toksik kepada manusia dan alam sekitar apabila wujud dalam kepekatan yang tinggi. Kebanyakan kewujudan kuprum yang bukan semula jadi berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti industri saluran logam, penghakisan paip kuprum, proses pengawetan kayu, sistem penyejukan air, penghakisan peralatan penyejukan udara, kemudahan perkhidmatan kenderaan, lapik brek kenderaan dan sistem pengolahan air sisa (Moran, 1999). Kuprum dalam kepekatan yang tinggi akan mendatangkan masalah kesihatan kepada manusia, tetapi kekurangan nutrien ini akan menyebabkan anenia (kekurangan hemoglobin dalam darah), pertumbuhan terbantut dan masalah pengedaran darah (Gregory, et al. 1996).

2.11.2 Ferum

Ferum merupakan unsur bukan toksik yang wujud dalam kerak bumi dalam bentuk ferum oksida, mineral tanah liat dan garam ferik (Fe 3+) dan furus (Fe 2). Kebanyakan ferum tidak memberikan masalah rasa dan bau dalam air kerana ia wujud dalam bentuk yang tidak larut dalam air. Ferum yang larut dalam air dengan kepekatan yang tinggi akan mendatangkan masalah yang menjejaskan kualiti air iaitu warna yang kotor, rasa yang tidak enak, permukaan air yang kelihatan seperti berminyak dan pengaratan yang menyebabkan paip air, penapis, injap dan pam air tersumbat. Ferum yang wujud dalam air tidak mendatangkan masalah kesihatan tetapi ia akan menyebabkan pertumbuhan organisma yang boleh membawa penyakit kerana kebanyakan organisma ini memerlukan ferum untuk tumbesaran. Kepekatan ferum yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dalam air minuman ialah O.3mg/L.

23

BAB3

METADOLOGI

Metadologi ialah proses atau kaedah yang digunakan dalam menjalankan projek sarjana muda. Bagi menjalankan projek ini proses yang digunakan adalah seperti berikut:

1) Proses menghancurkan tempurung kelapa.

2) Proses mengisar tempurung kelapa.

3) Proses pembakaran mengaktifkan karbon.

4) Proses menggunakan karbon teraktif sebagai penapis air

5) Proses menjalankan ujian dan analisis air.

3.1 PROSES MEMECAHKAN TEMPURUNG KELAP A

Tempurung kelapa akan dikeringkan dahulu sebelum di hancur dan dipecahkan. Tempurung kelapa dibersihkan dengan membuang segala sabut kelapa yang terdapat pada tempurung. Peralatan yang digunakan untuk memecahkan tempurung adalah batu lesung.

1. Pecahkan dan hancurkan tempurung ke1apa dengan menggunakan batu lesung.

11. Saiz tempurung yang kecil diperlukan sebelum dimasukkan dalam mesin kisar

24

Rajah 3.1: Tempurung kelapa yang dipecahkan

3.2 PROSES MENGISAR TEMPURUNG KELAPA

Tempurung kelapa yang telah dihancurkan dan dipecahkan akan dimasukkan dalam mesin kisar. Berikut adalah proses mengisar:

1. Masukkan tempurung dalam mesin kisar.

n. Gunakan penapis yang paling kecil dalam mesin kisar.

iii. Hasil tempurung kelapa yang telah dikisar akan ditapis sekali lagi.

iv. Saiz penapis yang digunakan ialah 250 J.l dan 425 u.

v. Bagi penapis air, tempurung kelapa bersaiz 425 J.l digunakan kerana saiznya lebih besar.

!1 J

Rajah 3.2: Mesin kisar

Rajah 3.3: Penapis tempurung kelapa saiz 250 f.1 dan 450 f.1

You might also like