You are on page 1of 6

Tema bagi sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan adalah “Ke Arah Malaysia Bebas

Tibi dan
Kusta: Kesan Awal dan Pastikan Sembuh”. Tema ini membawa maksud pengesanan dan rawatan awal penyakit Tibi
dan Kusta adalah sangat penting bagi mengawal penularan penyakit Tibi dan Kusta di kalangan masyarakat.

Pesakit yang telah dimulakan rawatan perlu menghabiskan rawatan selama sekurang-kurangnya 6 bulan bagi penyakit
Tibi dan 6 - 18 bulan bagi penyakit Kusta bergantung kepada jenis penyakit kusta.

Kegagalan pesakit mengikut jadual rawatan yang telah ditetapkan boleh menyebabkan pesakit dijangkiti semula
penyakit ini. Analisa kohort pesakit Tibi tahun 2016 mendapati, terdapat 1,226 kes (4.7%) pesakit Tibi telah terhenti
rawatan dan pesakit ini boleh merebakkan semula kuman Tibi kepada masyarakat.

Untuk makluman semua, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan bahawa terdapat 10.4 juta kes
Tibi di seluruh dunia pada tahun 2016 dengan 1.3 juta kematian yang disebabkan oleh penyakit tersebut.

Senario di Malaysia pula menunjukkan jumlah kes Tibi yang dilaporkan pada tahun 2017 adalah 26,168 kes iaitu
peningkatan sebanyak 8% berbanding 24,220 kes pada tahun 2015. Peningkatan kes ini adalah ekoran daripada aktiviti
pengesanan dan saringan kes yang telah dilakukan. Pada tahun 2017, sejumlah 418,897 golongan berisiko tinggi Tibi
telah menjalani saringan x-ray dada dan sejumlah 3,631 kes baharu Tibi telah dikesan dan dirawat.

Kadar kematian Tibi di Malaysia telah menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2015 kadar kematian Tibi adalah 5.5
setiap 100,000 penduduk dan meningkat kepada 6.8 setiap 100,000 penduduk pada tahun 2017.

Malaysia dalam National Strategic Plan for TB Control (2016-2020) menyasarkan penurunan 25% kematian Tibi
menjelang tahun 2020. Justeru itu, peningkatan data kematian ini amat membimbangkan dan perlu diberi perhatian
oleh semua pihak yang terlibat dalam program kawalan Tibi.

Aktiviti pencegahan dan pengesanan awal penyakit Tibi perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan morbiditi dan
mortaliti akibat penyakit Tibi.

Sebelum menghadiri kursus saya berpendapat bahawa penyakit tibi ini dibawa oleh warga asing masuk ke negara kita.
Setelah menghadiri kursus barulah saya sedar bahawa penyakit ini memang ada di negara kita malah seluruh dunia dan
statistik di Malaysia terutama di Negeri Terengganu (saya bertugas di Terengganu, jadi saya hanya tahu statistik di
Terengganu secara khususnya) menunjukkan bahawa 98% pesakit datangnya dari penduduk tempatan dan yang
selebihnya dari warga asing kecuali Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur kerana di negeri-negeri berkenaan terdapat
ramai warga asing. Statistik ini agak mengejutkan kerana menyangkakan bahawa kita tidak akan terkena penyakit ini
sekiranya tiada kontek dengan pesakit tibi yang disangkakan datangnya dari warga asing. Ternyata apa saya fikirkan
adakah salah!

Oleh itu, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang saya dapat tentang penyakit tibi ini dengan para
pembaca sekalian.

Apa itu penyakit Tibi?


lebih dikenali dengan penyakit batuk kering. Merupakan sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman
Tubercle Bacili. Kuman Tibi ini boleh mengjangkiti paru-paru, otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang. Penyakit
ini merebak melalui udara bila pesakit Tibi Paru-paru batuk, bersin atau bercakap.

Tanda dan Gejala Tibi

 batuk berterusan lebih dari 2 minggu


 kahak yang mengandungi darah
 demam dan berpeluh lazimnya di sebalah petang dan malam
 susut berat badan dan hilang selera makan
 sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
 bengkak pada kelenjar terutama pada bahagian leher
 mudah letih

Cara Mengesan Tibi


Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas anda haruslah menjalani pemeriksaan atau ujian seperti berikut
 ujian kahak
 x-ray dada
 ujian tuberkulin (suntikan pada kulit)
 ujian darah/tisu badan

Cara Merawat Tibi


1. Rawatan DOTS ( Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus) yang disarankan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO)
 pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan tanpa henti
 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan
yang terlatih
 pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan
seseorang yang dilantik
2. Sekiranya pesakit menghentikan rawatan ini sebelum tempoh 6 bulan, pesakit perlu membuat rawatan ulangan
dan rawatan ini memakan masa yang lebih lama iaitu 2 TAHUN. Sama juga bagi kes yang berulang.
3. Rawatan awal menyelamatkan nyawa. Penyakit Tibi boleh membawa MAUT sekiranya tidak dirawat

Langkah Pencegahan
1. Suntikan BCG untuk bayi baru lahir
2. Mendapatkan pemeriksaan segera jika batuk berterusan selama 2 minggu dan lebih
3. Kontek, iaitu ahli keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit Tibi perlu membuat pemeriksaan
bagi memastikan mereka bebas dari jangkitan dan juga rawtan segera sekiranya mereka dijangkiti.
4. Pemeriksaan kahak dan rawatan penyakit Tibi boleh diperolehi secara percuma di klinik dan hospital
kerajaan.
Antara nasihat yang diberikan oleh doktor bagi mengelak daripada penyakit ini adalah dengan memastikan cahaya
matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi. Di samping itu kita juga perlu
memastikan rumah kita mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka tingkap dan pintu. Selain itu, kita juga
dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup yang sihat serta makan makanan yang seimbang. HIDUP SIHAT,
MASYARAKAT SEJAHTERA.

KEPENTINGAN RAWATAN TIBI KEPADA KESIHATAN


Penyakit Tuberkulosis (TB) merupakan penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia dan
berdasarkan data survelan TB 20 tahun kebelakangan ini, penyakit TB semakin banyak dilaporkan. Tuberkulosis adalah
penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, walau bagaimanapun, jangkitan boleh berulang semula sekiranya
pesakit tidak mematuhi rejim rawatan TB dan menyebabkan rintangan kuman TB terhadap pelbagai ubat TB akibat
ketidak-patuhan menerima rawatan TB. Dalam keadaan yang paling teruk, penyakit TB boleh menyebabkan kematian
apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan TB yang telah
ditetapkan. Agen Penyakit TB dan cara jangkitan Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis.
Jangkitan kuman TB berlaku apabila seseorang tersedut udara yang mengandungi kuman TB apabila seseorang pesakit
TB batuk atau bersin dan menghembus keluar titisan air yang mengandungi kuman TB. Masa pengeraman selepas
pendedahan kepada kuman TB sehingga menunjukkan tanda dan gejala penyakit TB adalah dari 2 minggu sehingga 10
minggu.

Tanda Dan Gejala Penyakit TB2


Tanda dan gejala penyakit TB adalah:
 Batuk melebihi 2 minggu·
 Demam
 Kahak berdarah
 Sakit dada apabila batuk atau tarik nafas panjang
 Berpeluh waktu malam
 Cepat letih atau lemah badan
 Hilang selera makan
 Turun berat badan
Rajah 1: Menunjukkan Tanda Dan Gejala Penyakit TB Yang Berlaku Kepada Seseorang

Rajah 1 Tanda dan Gejala Penyakit TIBI²


Rawatan Penyakit TIBI

Fakta telah menunjukkan, kadar ingkar untuk rawatan dan kematian akibat penyakit TB untuk tempoh tahun 2010-2013
kekal pada 4% dan 9% masing-masing (Rajah 2) dan pencapaian pesakit menerima rawatan yang lengkap adalah masih
di bawah daripada 3% 3, ini menunjukkan kadar pencapaian adalah masih lagi rendah.
Rajah 2 Hasil rawatan bagi kes kes positif sapuan kahak positif baru (Kohort 2006 – 2013)
Tempoh minimum bagi rawatan TB adalah 6 bulan di mana pada 2 bulan pertama adalah fasa intensif dan 4 bulan
berikutnya adalah fasa sambungan. Kedua-dua fasa rawatan ini menggunakan strategi Directly Observed
Treatment (DOTS) yang merupakan mekanisme pengambilan ubat TB di bawah penyeliaan dan perlu direkodkan.
Sekiranya pesakit menjalani rawatan TB dengan sempurna, pesakit boleh sembuh dari penyakit berkenaan. Manakala
sekiranya pesakit TB mengingkari rawatan atau tidak mengikuti rejim rawatan yang telah ditetapkan, risiko yang
berkemungkinan adalah kuman TB akan menghasilkan daya rintangan / daya tahan terhadap ubat TB yang digunakan
dan menyebabkan ubat itu kurang / tidak berkesan terhadap kuman TB itu. Ini mengakibatkan pesakit perlu
menggunakan ubat yang lebih kuat untuk rawatan dan tempoh rawatan mungkin dipanjangkan. Dalam kes pesakit yang
ingkar / gagal ikuti rejim rawatan yang teruk, pesakit mungkin akan mati akibat penyakit TB. Pesakit TB yang tidak
mengikuti / tinggalkan rawatan akan kekal menjadi sumber jangkitan kuman TB kepada ahli keluarga atau sesiapa yang
rapat dengan pesakit itu.

Definisi/Terminologi

Kes Indek
 Pesakit TB yang baru dijangkiti yang belum pernah menerima rawatan.
 Pesakit TB berulang.
 Pesakit TB kronik.
Kes Kontak
Mereka yang tinggal sebumbung dengan pesakit TB atau menghabiskan masa yang lama bersama pesakit TB.

Objektif Rawatan Penyakit TB

Objektif utama rawatan TB yang lengkap diberikan adalah untuk (Rajah 3):
 Menyembuhkan pesakit dari penyakit TB
 Mengurangkan risiko jangkitan / transmisi kuman TB kepada orang lain
 Mencegah pesakit TB daripada mendapat jangkitan TB yang berulang

Rajah 3 Objektif Rawatan TB


Kumpulan Berisiko Tinggi Untuk Mendapat Jangkitan Penyakit TIBI

Terdapat 4 kumpulan orang yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan TB:
1. Mereka yang mempunyai hubungan rapat yang tinggal bersama atau menghabiskan masa yang lama dengan
individu yang mengidap penyakit TB. Kadar jangkitan TB adalah tinggi apabila pemeriksaan sapuan kahak pesakit
adalah positif.

2. Individu yang mempunyai daya tahan imuniti yang rendah seperti:

 Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus),


 Jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV),
 Kanser,
 Malnutrisi / Kurang zat makanan
 Chronic Obstructive Pulmonary Disease,
 Penyakit buah pinggang di peringkat akhir
3. Individu yang hidup dalam persekitaran penuh sesak seperti:

 Gelandangan
 Penjara
 Institusi penjagaan seperti rumah orang tua dan tempat perlindungan
4. Penyalah-gunaan dadah dan perokok:

 Penyalah-gunaan dadah
 Pengambilan alkohol yang berlebihan
 Perokok

Risiko Jangkitan Penyakit TB Juga Berkaitan dengan:


 Ruang pengudaraan dikongsi bersama pesakit,
 Jarak fizikal dengan pesakit,
 Tempoh pendedahan antara kes indeks (Pesakit TB) dan kontak.
 Individu yang mempunyai sistem daya tahan imuniti yang rendah lebih mudah mendapat jangkitan penyakit TB.

Kepentingan Mendapatkan Rawatan Untuk Penyakit TB:


 Untuk mengurangkan jangkitan TB kepada orang lain;
 Untuk mengubati pesakit TB dan memulihkan kualiti hidup dan produktiviti mereka;
 Untuk mengelakkan kerintangan daya tahan ubat kuman;
 Untuk mengelakkan jangkitan TB yang berulang.

Langkah-Langkah Kawalan Dan Pencegahan:


 Bayi yang baru lahir perlu mendapatkan pelalian BCG untuk mencegah daripada jangkitan TB. Suntikan imunisasi
BCG diberikan di kemudahan kesihatan kerajaan dan swasta. Suntikan BCG diberikan percuma di kesihatan klinik
dan hospital kerajaan di Malaysia untuk semua bayi yang baru lahir.
 Sesiapa yang batuk selama dua minggu atau lebih, perlu SEGERA berjumpa doktor untuk pemeriksaan sapuan kahak
untuk mengesan jangkitan kuman TB.
 Jika disahkan sebagai pesakit TB, dapatkan RAWATAN dengan segera untuk mengubati penyakit TB dan mencegah
penyakit TB daripada menjangkiti ahli keluarga atau mereka yang rapat dengan pesakit.
 Ahli-ahli keluarga atau mereka yang rapat, atau tinggal serumah dengan pesakit TB juga perlu menjalani pemeriksaan
lanjut di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Strategi-strategi yang boleh menyumbang kepada kejayaan rawatan penyakit Tuberculosis:


Melalui pendidikan kesihatan yang berkesan kepada pesakit dan ahli keluarga / rakan sekerja pada masa memulakan
rawatan. Ini termasuklah memberi penerangan tentang:
 Ciri-ciri penyakit TB
 Keperluan disiplin pesakit TB terhadap pematuhan dengan rawatan yang berpanjangan
 Risiko terhadap pesakit yang ingkar / tidak mematuhi aturan/rejim rawatan
 Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan semasa rawatan
 Risiko penyebaran kuman TB dan kepentingan mengamalkan etika semasa batuk atau bersin dengan betul

Amalan kebersihan dan etika semasa batuk atau bersin:

Pakai penutup mulut


Tutup mulut dan hidung Buang kertas tisu yang Selepas batuk atau
dan hidung apabila
dengan kertas tisu telah digunakan dalam bersin, cuci tangan
mengalami batuk atau
semasa batuk atau bersin tong sampah dengan sabun dan air
bersin

You might also like