You are on page 1of 22

BIL.

TAJUK MUKA
SURAT
1 PENGHARGAAN 2
2 PENGENALAN 3
1.1 Latas Belakang Aktiviti
1.2 Kepentingannya
3 OBJEKTIF 4
2.1 Objektif Am
2.2 Objektif Spesifik
4 PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES 5-12
3.1 Data Pentadbiran (tarikh, masa, tempat kajian)
3.2 Bahan dan Peralatan
3.3 Kaedah dan Prosedur Pemeriksaan
3.4 Kaedah dan Prosedur Mengenalpasti
3.5 Penemuan Kajian ( AI dan BI), Keputusan Analisa
3.6 Dairi Siasatan
5 MASALAH DAN CADANGAN 12-14
4.1 Lima (5) Masalah yang Dikenalpasti
4.2 Lima (5) Cadangan yang Dikenalpasti
6 KESIMPULAN 15-17
5.1 Kawasan Keutamaan
5.2 Keberkesanan Aktiviti Kepada Kesihatan Awam
5.3 Tindakan Susulan Yang Perlu Diambil
7 LAMPIRAN 18-22
6.1 Peta Lokasi
6.2 Borang Yang Digunakan
6.3 Gambar Aktiviti
KANDUNGAN

1
PENGHARGAAN

Saya , Fhariesyam Bin Abdul Halim, CTPH 1/2022(06)-0012 selaku pelatih


Pembantu Kesihatan Awam U19 ambilan Januari 2022 yang kini sedang
menjalankan latihan klinikal sepanjang berada di Tahun 2 Semester 1 yang
bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Serdang Kedah.

Di sini saya ingin menzahirkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana atas limpah
dan kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan laporan Pemeriksaan Pembiakan Aedes
dengan jayanya. Dalam kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Unit Vektor di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bandar Baharu, Encik
Abdol Hafiz Bin Abdol Wahab selaku Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
(PPKP) U32, Encik Muhammad Naim Abhar Bin Hashim selaku PPKP U29
Bahagian Denggi serta Encik Muhammad Ramdzan Bin Ishak PPKP U29 Bahagian
Malaria, Encik Muhammad Faizal Bin Roslan Pembantu Kesihatan Awam Kanan
(PKAK) U24, dan juga seluruh anggota Malaria dan Denggi dibawah Unit Vektor
kerana memberikan tunjuk ajar selama saya berusaha menyiapkan laporan ini

Di kesempaan yang sama, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada PKD Bandar Baharu kerana membenarkan saya dan pelatih-pelatih yang
lain menyertai pelbagai program anjuran Unit Vektor. Adanya peluang ini sedikit
sebanyak dapat memberikan kami pengalaman yang amat berguna sebelum kami
melangkah masuk ke alam pekerjaan kelak.

Tidak lupa juga untuk saya berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua
penduduk sekitara Bandar Baharu dan Serdang Kedah kerana berjaya
membenarkan kami menjalankan segala aktiviti dengan jayanya.

Penutup kata, ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung semasa saya menjalankan latihan klinikal
sepanjang Tahun 1 Semester 2 di PKD Bandar Baharu ini kerana secara tidak
langsung telah mencurah ilmu pengetahuan dan menambah pengalaman yang akan
saya guna semasa berkerja kelak

SEKIAN TERIMA KASIH.

2
1. PENGENALAN
1.1. Latar Belakang Aktiviti
- Pemeriksaan pembiakan aedes telah dilakukan oleh Unit Vektor
Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu Serdang, Kedah. Aktiviti ini
dilakukan secara rutin atau sekiranya dilaporkan terdapat sebarang
kes positif denggi. Pemeriksaan pembiakan aedes ini dilakukan oleh
beberapa subteam dimana terdiri daripada seorang Pembantu
Kesihatan Awam (PKA) dan seorang Pembantu Awam (PA) setiap
satu subteam. Setiap subteam akan bergerak mengikut kawasan
masing-masing yang telah ditentukan.

1.2. Kepentingan
- Kepentingan aktiviti pemeriksaan pembiakan aedes adalah semestinya
untuk mengawal pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, pemeriksaan ini
juga bertujuan untuk menghapus tempat pembiakan jentik-jentik
(Search and Destroy). Dalam pada masa yang sama, pihak kesihatan
juga akan memberi pendidikan kesihatan berkaitan dengan bahaya
nyamuk Aedes kepada penduduk yang ditemui semasa proses
pemeriksaan.

3
2. Objektif

2.1. Objektif Umum


- Untuk mengawasi dan mengurangkan kes pembiakan jentik-jentik.
- Untuk mengurangkan kes demam dengki.

2.2. Objektif Spesifik


- Menjalankan aktiviti penghapusan tempat pembiakan Aedes dan
semburan kabus.
- Mencatatkan data-data aktiviti servay pembiakan Aedes yang
dijalankan seperti:
 Bilangan premis diperiksa
 Bilangan premis tutup / enggan.
 Bilangan bekas diperiksa
 Bilangan premis positif tempat pembiakan
 Bilangan positif pembiakan dan jenis bekas
 Mengambil specimen jejentik untuk tindakan selanjutnya.
 Melukis peta lakar tempat pembiakan yang ditemui
 Maklumat-maklumat teperinci mengenai pembiakan
aedes yang ditemui.
 Bilangan premis yang dibubuh bahan pembunuh jejentik
 Amaun bahan pembunuh jejentik digunakan.

4
3. PEMERIKSAAN PEMBIAKAN AEDES
3.1. Data Pentadbiran
- Tarikh: 3 Januari 2023
- Masa: 10:50 am
- Tempat kajian: Kg Bagan Samak
3.2. Bahan dan Peralatan
- Kamera digital
- Botol specimen (botol universal)
- Pipet
- Label
- Lak
- Borang Perakuan Pungutan Serangga Pembawa Penyakit
- Lampu picit
- Abate SG 1%

3.3. Kaedah dan prosedur pemeriksaan.

Kaedah dan prosedur yang pertama, setelah tempat pembiakan telah


dikenalpasti, PKA hendaklah mengambil gambar forensic menggunakan kamera
digital yang telah dibekalkan oleh pihak PKD. Bermula daripada gambar pertama
iaitu gambar pembiakam jentik-jentik. Gambar forensik diteruskan dengan
mengambil gambar kedua iaitu gambar lokasi dimana bekas pembiakan di temui.
Seterusnya, ambil gambar bekas pembiakan dan keadaan sekitar bekas tersebut
supaya senang dikenalpasti kedudukan bekas tersebut. Selain itu, gambar
persekitaran premis juga perlu diambil. Terakhir, ambil gambar dihadapan premis
tersebut.

Tindakan seterusnya adalah, PKA dikehendaki menunjukkan peralatan


kepada pemunya/penduduk. Peralatan yang dimaksudkan adalah seperti botol
specimen yang kosong dan juga pipet yang kosong. Hal ini perlu dilakukan adalah
untuk mengelakkan pemunya/penduduk membuat spekulasi terhadap kehadiran
jentik-jentik tersebut dan Pihak Perwakilan Kuasa dapat membuktikan bahawa
jentik-jentik tersebut merupakan milik pemunya/penduduk.

5
Prosedur ketiga adalah, PKA dikehendaki mengambil spesimen serangga
pembawa penyakit iaitu jentik-jentik dengan menggunakan pipet yang kosong.
Spesimen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam botol spesimen yang kosong.
Gunakan pipet dan botol spesimen kosong yang telah ditunjukkan kepada pemunya/
penduduk sebentar tadi. Jumlah spesimen yang perlu diambil adalah lebih kurang
lima (5) ke tujuh (7) ekor. Prosedur ini dikehendaki dilakukan sambil disaksikan oleh
pemunya/penduduk untuk mengelakkan terjadinya sebarang spekulasi.

Prosedur keempat dilakukan setelah selesai mengambil spesimen adalah


dengan menunjukkan spesimen serangga pembawa penyakit kepada
pemunya/penduduk.

Setelah menunjukkan spesimen tersebut kepada pemunya/penduduk, sila


tutup botol spesimen dengan ketat. Lengkapkan label dengan menulis No Spesimen,
Tarikh dan Masa serta Alamat pemunya/penduduk. Lekatkan label pada botol
spesimen. Kemudian lakkan botol spesimen bagi mengelakkan sebarang kerosakan
pada spesimen.

Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan yang


tidak dapat dimusnahkan serta berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan jentik-
jentik seperti kolah air, sistem tandas dan sebagainya. Bahan pemusnah jentik-jentik
yang digunakan adalah Abate SG 1%.

Setelah selesai mengambil spesimen, isi dan lengkapkan Borang Perakuan


Pungutan Serangga Pembawa Penyakit dengan mengisi maklumat peribadi
pemunya/penduduk seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan serta no telefon
pemunya/penduduk. Selain itu, borang Senarai Barang Yang Disita juga perlu diisi
sekiranya pihak PKA dan PA ada menyita barang-barang milik pemunya/penduduk
untuk dibawa ke pejabat.

Selesai mengisi kedua-dua borang, PKA dikehendaki untuk mengisi dan


melukis pelan lantai. Terdapat dua pelan yang perlu disediakan iaitu Pelan Lantai
Tempat Pembiakan dan dan Pelan Lokasi Premis Positif. Pelan Lantai Tempat
Pembiakan hendaklah dilukis dengan lebih spesifik iaitu dari segi tempat Bekas
Positif Pembiakan Jentik-Jentik ditemui dan kawasan sekitarnya. Lantas, lukisan
Pelan Lokasi Premis Positif perlu merangkumi beberapa aspek seperti lokasi premis

6
positif, jalan raya sekitar premis positif dan sebarang kemudahan fasiliti yang
terdapat di sekitar premis positif.

Selesai mengisi kesemua borang, sila dapatkan tandatangan daripada


pemunya/penduduk di setiap borang yang mengandungi maklumat daripada pihak
pemunya/penduduk sebagai tanda persetujuan atau bukti bahawa pemeriksaan dan
pungutan daripada PKA telah dijalankan. Seterusnya, , serahkan salinan pendua
kepada pemunya/penduduk sebagai simpanan pihak pemunya/penduduk bagi
tindakan selanjutnya.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh PKA yang seterusnya setelah selesai
melakukan pemeriksaan di lapangan adalah dengan mengisi buku diari harian.
Perkara yang perlu diisi di dalam buku dairi harian adalah seperti maklumat-
maklumat pergerakan, masa dan perkara. Hal ini membolehkan kita untuk membuat
rujukan kembali pada bila-bila masa sekiranya perlu.

Setelah tiba di pejabat. serahkan spesimen kepada Pemeriksa Larva untuk


pemeriksaan spesies larva. Seterusnya serahkan eksibit kepada Pegawai
Penyimpan Eksibit untuk disimpan di stor eksibit untuk tindakan selanjutnya.

Teruskan dengan mengemaskini maklumat dan ID seperti maklumat Rutin


Pemeriksaan Tempat Pembiakan di laman e-Dengue. Kemaskini maklupat seperti
bilangan rumah yang telah dilawati, diperiksa, berapa jumlah rumah yang berkunci,
berapa jumlah rumah yang kosong, biangan bekas yang diperiksa, berapa jumlah
bekas positif pembiakan.

7
(Carta Alir)

ambil gambar premis dan tunjukkan peralatan kepada


tempat pembiakan pemunya/penduduk

ambil spesimen serangga tunjukkan spesimen serangga


pembawa penyakit disaksikan pembawa penyakit kepada
oleh pemunya/penduduk pemunya/penduduk

masukkan Abate SG 1% ke
tutup botol spesimen, label dan
dalam bekas takungan air yang
lak
tidak dapat dimusnahkan

isi borang Perakuan Pungutan


Serangga Pembawa Penyakit
sediakan pelan lantai dan pelan
dan borang Senarai Barang
lokasi tempat pembiakan
Yang Disita untuk diserahkan
kepada pemunya/penduduk

dapatkan tandatangan
catat maklumat serta masa di
pemunya/penduduk dan
dalam diari siasatan
berikan salinan pendua

serahkan :
i) Spesimen kepada Pemeriksa
Larva kemaskini maklumat dan ID
ii) Eksibit kepada Pegawai
Penyimpan Eksibit

8
3.4. Kaedah dan prosedur mengenal pasti dan mengawet larva.

Pastiakan semua peralatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan.


Tuangkan spesimen ke dalam bikar
Matikan larva dengan menggunakan alkohol 70% bagi memudahkan proses
pengecaman larva dibawah makroskop.
Bersihkan slaid kaca daripada habuk dengan menggunakan tisu
Letakkan spesimen diatas slaid kaca dengan menggunakan pipet plastik dan
pastikan spesimen berada dalam keadaan sesuai bagi memudahkan proses
pengecaman
Gunakan tisu untuk menyerap lebihan air yang terdapat diatas slaid kaca
Letakkan slaid kaca diatas pelantar mikroskop
Hidupkan suis mikroskop
Laraskan kanta mengikut kesesuaian samada 40x, 50x atau 100x
Kenalpasti larva melalui:-
- Bulu palmat
- Gigi sesikat
- Siphon
- Bulu spine
Rujuk kekunci bergambar untuk pengesahan larva
Setelah selesai, matikan suis mikroskop

9
3.5. Penemuan kajian (AI dan BI) dan keputusan analisa.

Kajian AI (Aedes Index) dan (Breatau Index) perlu dikira bagi setiap
penemuan. Berdasarkan pemeriksaan tempat pembiakan dilakukan di lokaliti Kg
Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah terdapat 10 buah rumah yang dilawati, 8
buah rumah yang dapat diperiksa, sebuah rumah yang berkunci dan sebuah rumah
yang kosong.

Berdasarkan 10 buah rumah yang dilawati, terdapat 2 buah rumah yang


positif pembiakan dan 2 kompaun telah dikeluarkan. Salah satu rumah yang di
kompaun adalah di rumah beralamat NO F-79, KG BAGAN SAMAK 34950 BANDAR
BAHARU, KEDAH.

Untuk mendapatkan nilai AI, formula yang digunakan ialah

(Bilangan Premis Positif / Bilangan Premis Diperiksa) X 100.

Maka bilangan premis positif (2) dibahagikan kepada bilangan premis


diperiksa (8) ialah 0.25 lalu didarab dengan 100%. Maka nilai AI ialah 25%.

Untuk mendapatkan nilai BI pula, formula yang digunakan ialah

(Bilangan Bekas Positif / Bilangan Premis Diperiksa) X 100.

Maka bilangan bekas positif (2) dibahagikan kepada bilangan premis


diperiksa (8) ialah 0.25 lalu didarabkan dengan 100%. Maka nilai BI ialah 25%

10
3.6. Diari Siasatan

Nama : Fhariesyam bin Abdul Halim


No Kad Pengenalan : 030519-13-0467
Jawatan : Pembantu Kesihatan Awam U19
Pejabat : Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu

TARIKH DAN NO BUTIR BUTIR-BUTIR SIASATAN


MASA SIASATAN
3 Januari 2023 1 Mesyuarat Unit Vektor di Bilik Gerakan telah di
0830 am
adakan. Mesyuarat ini diketuai oleh Encik Abdol Hafiz
Bin Abdol Wahab selaku Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran U32 di Pejabat Kesihatan
Daerah Bandar Baharu. Intipati mesyuarat pada pagi
tersebut antaranya ialah terdapat satu kes denggi
telah didaftarkan di Kuarters Klinik Kesihatan Bandar
Baharu.

0930 am 2 Semua anggota Unit Denggi telah bergerak ke lokaliti


dengan menggunakan kenderaan jabatan untuk
melakukan Pemeriksaan Tempat Pembiakan (PTP) di
lokaliti tersebut. Setiap anggota telah dipecahkan
kepada beberapa tim kecil dimana terdiri daripada
seorang Pembantu Kesihatan Awam (PKA) dan
seorang Pembantu Am (PA).
1015 am 3 Semua anggota Unit Denggi telah tiba di lokaliti dan
setiap pasukan telah berpecah kepada beberapa
kawasan seperti yang telah dirancang semasa dalam
mesyuarat pagi. Tanpa melengahkan masa, kesemua
pasukan telah menjalankan pemeriksaan secara teliti
di setiap kawasan persekitaran rumah kes.
1050 am 4 Pasukan PKA Mohammad Safuan Bin Hussin dan PA

11
Muhamad Zamri Bin Ahmad Farip telah menemukan
sebuah bekas berpotensi pembiakan dan didapati
terdapat pembiakan jentik-jentik di dalam bekas
tersebut. Pembiakan ditemui di dalam sebuah bekas
tong cat. Prosedur pungutan larva dilakukan oleh PKA
Mohammad Safuan secara langsung disaksikan oleh
pemunya/penduduk tersebut dan berjaya memungut
sebanyak 5 ekor larva.

5 Sebuah kompaun bernombor BIL.K(4)BB/P5 telah


dikeluarkan dan salinan pendua telah diserahkan
kepada pemunya/penduduk untuk simpanannya.

1110am 6 Proses Pemeriksaan Pembiakan Aedes tamat dan semua


pasukan telah bergerak pulang ke pejabat.
1145am 7 Kesemua pasukan telah tiba di pejabat.
8 Spesimen yang telah diambil tadi kini diawet untuk
tujuan pemeriksaan spesies larva oleh Pemeriksa
Larva.
9 Hasil daripada pemeriksaan didapati larva tersebut
merupakan larva jenis Aedes Albopictus dan diahkan
oleh Pemeriksa Larva yang dipertanggungjawabkan
di PKD tersebut.

12
4. MASALAH DAN CADANGAN

4.1. Masalah
i. Kekangan masa dan sumber daya tenaga. Proses pemeriksaan tempat
pembiakan Aedes memerlukan masa dan sumber daya tenaga yang cukup
besar terutamanya jika kawasan yang harus dipeeriksa agak luas
ii. Kesulitan dalam mencapai tempat yang sukar diakses. Terdapat beberapa
tempat pembiakan Aedes yang agak sukar dicapai seperti kolam air, bawah
jambatan dan seumpanya. Hal ini menyebabkan proses pemeriksaan menjadi
sukar dan memerlukan tenaga kerja yang lebih
iii. Kesulitan dalam mengenalpasti larva. Ukuran saiz larva yang kecil dan
kelihatan seperti lut sinar menyebabkan kesukaran untuk mengenalpasti
dengan mudah.
iv. Kekangan kenderaan. Bilangan kenderaan yang agak menghadkan dapat
menyekat pergerakan petugas dalam menjalankan pemeriksaan tempat
pembiakan.
v. Tiada kerjasama daripada pihak tuan rumah. Terdapat sesetengah tuan
rumah tidak membenarkan petugas untuk masuk ke kawasan rumahnya
untuk di periksa seperti kebun, halaman belakang dan dalam rumah.

13
4.2. Cadangan.
i. Meningkatkan penglibatan masyarakat. Dalam proses pemeriksaan tempat
pembiakan aedes, penglibatan masyarakat sangat diperlukan untuk
mencepatkan dan memudahkan proses pemeriksaan.
ii. Peggunaan teknologi tinggi. Penggunaan teknologi tinggi seperti drone dan
kamera terkait rapat dalam membantu memeriksa kawasan yang sukar
dijangkau dengan mudah
iii. Pengkhususan petugas. Petugas perlu melibatkan diri dalam khusus
pengecaman larva dan cara memeriksa tempat pembiakan secara efektif
dapat meningkatkan skill dalam proses pemeriksaan supaya pemeriksaan
dapat dilakukan secara optimum.
iv. Menambah beberapa bilangan kenderaan. Memohan daripada JKN untuk
menambah kendenderaan atau membaiki kenderaan yang rosak bagi
memudahkan pergerakan petugas dalam memastikan pemeriksaan tempat
pembiakan dapat dilakukan secara menyeluruh.
v. Menghubungi pihak polis. Berdasarkan Seksyen 108 , Menghalang penjawat
awam menjalankan tugas-tugas jawatannya. Berdasarkan seksyen diatas,
jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tudak melebihi lima
ratus ringgit atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya

14
5. KESIMPULAN

5.1. Kawasan keutamaan.


Menumpukan perhatian yang lebih pada kawasan keutamaan semasa
menjalankan pemeriksaan tempat pembiakan mampu mengurangkan lagi
peratusan jangkitan penyakit demam denggi. Kawasan keutamaan yang
dimaksudkan adalah seperti kawasan yang mempunyai ramai orang, tempat
yang kurang menjadi tumpuan perhatian atau kawasan yang menjadi
tumpuan manusia. Hal ini dikatakan kerana kehadiran manusia merupakan
salah satu faktor penyebaran virus denggi. Tidak kurang juga dengan
kawasan yang kurang menjadi tumpuan manusia seperti rumah yang kosong
atau rumah yang telah lama terbiar mampu menyebabkan nyamuk aedes
senang untuk membiak kerana terdapat tiada aktiviti pembersihan yang
dijalankan.
Antara contoh kawasan keutamaan ialah:
Rumah kedai
Tapak pembinaan
Kilang
Sekolah
Tempat pembuangan sampah
Tanah kosong
Taman rekreasi
Tempat ibadah
Fasiliti kesihatan
Rumah terbengkalai
Pejabat kerajaan
Tanah perkuburan

Berdasarkan kawasan keutamaan di atas, kawasan-kawasan seperti


tanah lapang, rumah kosong dapat membuktikan bahawa terdapat banyak
pembiakan yang didapati semasa menjalankan pemeriksaan tempat
pembiakan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana di kawasan tersebut kurang
dijalankan aktiviti pembersihan seperti yang disarankan.

15
5.2. Keberkesanan Aktiviti Kepada Kesihatan Awam

Antara keberkesanan yang dapat dilihat berdasarkan aktiviti Pemeriksaan


Tempat Pembiakan (PTP) adalah dari segi penurunan jumlah index A.I dan B.I pada
sesuatu tempat kerana adanya aktivit PTP ini. Hal ini secara tidak langsung dapat
mengurangkan mengurangkan pembiakan larva aedes dan dapat mengurangkan
tempat-tempat yang berpotensi pembiakan. Aktiviti ini juga berjaya memupuk minda
masyarakat sekitar untuk mementingkan kebersihan dalam mengurangkan potensi
pembiakan serta memahami akan bahayanya risiko demam denggi dan bahayanya
nyamuk aedes. Disamping itu, aktiviti ini juga mampu mengubah sikap masyarakat
untuk bekerjasama dalam membersihkan kawasan kediaman bagi menghapuskan
tempat pembiakan.

Selain itu, setelah tahap kebersihan yang maksima telah dicapai maka
kuranglah pembiakan nyamuk aedes dan secara tidak sengaja dapat mengurangkan
menularan penyakit demam denggi kepada diri, keluarga dan masyarakat dan dapat
mengurangkan risiko untuk berlakunya wabak denggi di suatu lokaliti. Ssecara
lazimnya, apabila kurangnya pembiakan nyamuk bukan shaja mampu
mengurangkan risiko demam denggi malah mampu uuntuk mengurangkan risiko
penyebaran penyakit bawaan nyamuk yang lain seperti chikungunya dan demam
kuning.

16
5.3 Tindakan susulan yang perlu diambil.

Setelah selesai menjalankan aktiviti PTP (Pemeriksaan Tempat Pembiakan)


terdapat beberapa tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh petugas. Antaranya
ialah membubuh ubat pembunuh jentik-jentik (Mass-Abating) – Abate 1% SG ke
dalam bekas takungan yang sukar dihapuskan dan berpotensi pembiakan jentik-
jentik. Setelah selesai menjalankan akitiviti PTP di sesebuah rumah, maka akhiri
aktiviti tersebut dengan memberikan beberapa pendidikan kesihatan untuk
membuka minda dan menyedarkan tuan rumah dan masyarakat.

Selesai menjalankan aktiviti PTP di suatu lokaliti, pegawai hendaklah


membuat pengiraan A.I dan B.I bagi memastikan lokaliti itu sama ada dispeulasikan
sebagai kawasan wabak atau bukan. Sekiranya didapati kawasan tersebut
merupakan kawasan wabak berdasarkan pengiraan A.I dan B.I maka aktiviti
semburan kabus perlu dijalankan dan diteruskan dengan aktiviti Ovitrap bagi
menentukan populasi Aedes. Aktiviti ini dijalankan bagi tujuan indikator untuk
penilaian kualiti PTP dan evaluasi aktiviti semburan kabus.

Setelah selesai aktiviti tersebut, maka hendaklah merekod kesemuanya ke


dalam e-dengue bagi tujuan rujukan Pejabat Kesihatan Daerah sendiri dan
seterusnya bagi pihak Kementerian Kesihatan.

Sebelum pena melabuhkan tirai, ingin saya tekankan bahawa masyarakat


setempat tidak begitu menekankan aspek kebersihan dan kekemasan kawasan
sekitar rumah mereka. Kebersihan dan kekemasan di sekitar kawasan kediaman
adalah ditahap tidak memuaskan kerana terdapat banyak tempat yang berpotensi
untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Maka, dengan pengedaran risalah-
risalah sebagai platform untuk menyampaikan pendidikan kesihatan dan
penguatkuasaan undang-undang dibawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa
Penyakit (APSPP) 1975 berharap akan kesedaran dalam masyarakat dan dapat
mengubah sikap serta tingkahlaku supaya mementingkan kebersihan persekitaran
sekeliling. Secara tidak langsung mampu mengurangkan potensi pembiakan aedes
dan berjaya mengurangkan penyebaran penyakit bawaan nyamuk.

17
6. LAMPIRAN

PETA LOKASI
( KLINIK KESIHATAN BANDAR BAHARU)

18
BORANG PERAKUAN PUNGUTAN LARVA

BORANG PENGUMPULAN DATA (SERVEY)

19
BORANG LAPORAN PEMERIKSAAN AEDES6

BORANG KUMULATIF

20
BORANG PELAN LANTAI TEMPAT PEMBIAKAN

BORANG PELAN LOKASI PREMIS POSITIF

21
PROSES MENGAMBIL LARVA

AKTIVITI SEMBURAN KABUS

22

You might also like