You are on page 1of 3

6.

0 KENYATAAN MASALAH

6.1 MASALAH KAWASAN KAJIAN

i. Pasar Awam Telok Kemang

Semasa menjalankan kajian ini di pasar Telok Kemang, terdapat beberapa faktor yang
dikenalpasti mendorong kehadiran lalat di tempat tersebut. Keadaan kebersihan
premis tersebut juga kurang baik dan memerlukan kawalan vektor.

Stesen pertama tempat persampelan dilakukan ialah rumah sampah, masalah besar
yang dihadapi ialah masyarakat yang tidak membuang sampah di tempat yang
disediakan. Bahan organik yang di biarkan menjadi tumpuan lalat lalu menjadi tempat
urungan lalat. Rumah sampah juga tidak diselenggara dengan sebaik mungkin.

Seterusnya, stesen kedua tempat persampelan dilakukan ialah di hadapan tandas


awam yang berada di dalam kawasan pasar awam telok kemang. Masalah yang dapat
dikenalpasti ialah tiada jadual pembersihan tandas. Tandas mengeluarkan bau yang
busuk sekaligus menjadi punca urungan lalat di kawasan pasar awam telok kemang.
.
Stesen ketiga ialah di kawasan tempat menjual ayam segar di mana masalah yang
dikenalpasti ialah longkang yang tidak dibersihkan dan terdapat sisa-sisa organ
dalaman ayam yang merangsang kehadiran lalat di kawasan tersebut.

Akhir sekali, di stesen keempat iaitu di dalam premis makanan. Masalah yang dapat
dikenalpasti ialah makanan yang dihidang tidak ditutup sempurna. Selain itu, didapati
juga tong sampah yang disediakan tidak berpenutup menjadi faktor urungan lalat di
kawasan premis makanan.
ii. Pantai Telok Kemang

Lokasi kedua kajian indeks lalat ini ialah di Pantai Telok Kemang di mana terdapat
beberapa masalah yang kenalpasti dan perlu diatasi dengan segera.

Setesen pertama kajian dilakukan ialah di kawasan rumah sampah pantai telok
kemang. Masalah yang dikenalpasti ialah sampah dan sisa-sisa yang dibuang di dalam
tong sampah di ganggu oleh monyet lalu sampah tersebut berselerak di kawasan
rumah sampah tersebut. Hal ini jelas sekali mengundang kedatangan vektor terutama
sekali lalat.

Stesen kedua ialah di hadapan tandas awam pantai telok kemang. Kebersihan tandas
sekali lagi menjadi faktor urungan lalat di kawasan ini dimana tandas tidak
dibersihkan secara berjadual. Saluran longkang yang tersumbat oleh pasir pantai juga
tidak diselenggara mengundang lagi kedatangan lalat kerana sisa kekotoran tidak
dapat di salurkan ke tempat yang sepatutnya.

Stesen ketiga ialah di atas meja wakaf yang terdapat di tepi pantai dimana faktor yang
menjadi punca urungan lalat ialah sisa makanan di atas meja tidak dibersihkan dengan
baik pengunjung pantai tersebut tidak membuang sisa makanan di atas meja selepas
makan.

Stesen keempat ialah di meja makan premis makanan dimana faktor yang menjadi
urungan lalat ialah sisa makanan di atas meja tidak dicuci dengan baik selepas
pelanggan menjamu selera.
6.2 LANGKAH KAWALAN DAN PENCEGAHAN

Berdasarkan kajian indeks lalat yang dijalankan, terdapat beberapa langkah kawalan
dan tindakan yang dapat diambil oleh pihak kesihatan dan premis-premis yang terlibat bagi
memastikan kawasan pasar Telok Kemang dan Pantai Telok Kemang bersih dan selesa untuk
pelanggan dan pelancong yang berkunjung.

i. Memberikan pendidikan kesihatan kepada pemilik premis, pengunjung serta


pelancong tentang penjagaan kawasan rekreasi dan premis.
ii. Memberitahu pemilik premis supaya memastikan pembuangan sampah dilakukan
dengan sempurna.
iii. Memastikan sisa-sisa makanan atau sisa-sisa mentah diuruskan dengan baik.
iv. Memberi cadangan kepada pemilik premis supaya menggunakan fly trap untuk
mengurangkan kehadiran lalat.
v. Memastikan pemilik premis menguruskan sistem pengurusan air limbah dengan
baik.

7.0 KESIMPULAN

Matlamat utama kajian indeks lalat ialah untuk mengetahui kepadatan lalat di sesuatu
kawasan. Kajian indeks lalat dapat menjadi panduan untuk melakukan aktiviti kawalan dan
pencegahan vektor lalat. Lalat merupakan mahluk perosak yang mampu menyebabkan kacau
ganggu dan membawa penyakit berjangkit contohnya keracunan makanan, tifoid dan lain-
lain. Sifat lalat ialah antropogenik iaitu hidup bersama manusia menjadikan vektor ini mampu
memberi kesan kesihatan kepada manusia. Habitat lalat yang suka berada di pasar basah,
ladang ternakan dan juga tempat pembuangan sampah meningkatkan lagi potensi untuk
menyebabkan penyakit. Aktiviti kawalan yang dapat dilakukan ialah membersihkan kawasan
premis, penyemburan aerosol atau semburan residu dan juga pendidikan kesihatan.

Kesimpulannya, objektif yang ditetapkan di awal kajian telah tercapai di mana kami
dapat mengenalpasti spesis lalat yang terlibat dalam kajian. Selain itu, habitat lalat dan
tempat pembiakkan lalat juga turut dapat dikenalpasti. Seterusnya pengiraan indeks lalat
dengan menggunakan alat seperti fly grill dan borang untuk mengambil bacaan juga dapat
dipelajari. Akhir sekali, masalah-masalah yang dihadapi di premis yang terlibat dapat dikesan
sekaligus mengetahui cara untuk melakukan kawalan lalat tersebut.

You might also like