You are on page 1of 2

Tajuk pekeliling PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2019

(BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2019)


Tujuan pekeliling Melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bantuan
Khas Kewangan Tahun 2019 kepada:
 Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
 Kumpulan Pengurusan
 Profesional
 Kumpulan Pelaksana
Isu-isu penting  Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 dibayar kepada
pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56
dan ke bawah sebanyak RM500.00.
 Turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang
menerima pencen, pesara Skim Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja yang bersara paksa dan veteran
tidak berpencen sebanyak RM250.00.
 Bantuan Khas Kewangan Tahun 2019 sebanyak
RM500.00 diberi dengan syarat bahawa pegawai
masih berkhidmat sehingga 18 Disember 2019 dan
berada dalam perkhidmatan sekurang-kurangnya 30
hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019
hingga 18 Disember 2019.
 Pegawai yang layak:
 Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract
of service.
 Pegawai yang bercuti bergaji penuh.
 Pegawai yang bercuti separuh gaji.
 Pegawai yang bercuti tanpa gaji.
 Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi
yang diasingkan pengurusan saraannya.
(Bantuan Khas Kewangan akan dibayar oleh
agensi yang menerima peminjaman pegawai.)
 Guru interim.
 Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai
Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred
Khas A.
 Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota
Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya
Kehakiman.
 Pekerja sambilan harian yang masih berkhidmat
pada 18 Disember 2019 dengan syarat tempoh
kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-
kurangnya 30 hari berturut-turut.
 Veteran tidak berpencen yang dilantik semula
secara tetap, sementara atau contract of
service dan masih berkhidmat pada 18
Disember 2019 layak diberi Bantuan Khas
Kewangan Tahun 2019 sebanyak RM500.00.
(Pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat
oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dan bakinya
sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan
di mana pegawai sedang berkhidmat)
 Pesara perkhidmatan awam bayaran terhad
kepada RM250.00 sahaja.
 Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan
yang meninggal dunia pada 18 Disember 2019
layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun
2019 sebanyak RM500.00 dengan syarat
pegawai telah berada dalam perkhidmatan
sekurangkurangnya 30 hari berturut-turut dalam
tempoh 1 Januari 2019 hingga 18 Disember
2019..
 Pegawai yang tidak layak:
 Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan
Tertinggi.
 Pegawai yang berkhidmat kurang daripada 30
hari berturut-turut dalam tempoh 1 Januari 2019
hingga 18 Disember 2019.
 Pegawai yang bercuti separuh gaji/ tanpa gaji
sepanjang tempoh 1 Januari 2019 hingga 18
Disember 2019.
 Pegawai yang dipinjamkan ke agensi yang
diasingkan pengurusan saraannya.
 Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib.
 Pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi
kepentingan awam.
 Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1
Januari 2019 hingga 18 Disember 2019.
 Pegawai yang ditangguhkan bantuan khas
kewangan:
 Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja
atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh
Pihak Berkuasa Tatatertib.

Tarikh dikuatkuasakan Berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan


(13 November 2019)
Dikeluarkan oleh DATUK MOHD KHAIRUL ADIB BIN ABD RAHMAN
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia,
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

You might also like