You are on page 1of 5

Liputan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Majikan perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja


yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah
Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Caruman ini
terbahagi kepada dua (2) jenis:

Caruman Jenis Pertama

Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 60 tahun,


caruman kena dibayar oleh majikan dan pekerja adalah
untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Kadar
caruman di bawah jenis ini adalah terdiri daripada 1.75%
syer majikan dan 0.5% syer pekerja berdasarkan gaji
bulanan pekerja itu, mengikut kadar jadual caruman yang
telah ditetapkan.

Nota: Semua pekerja yang belum mencapai umur 60 tahun


perlu dicarumkan di bawah Jenis Pertama kecuali bagi
pekerja yang telah mencapai umur 55 tahun dan tiada
caruman telah dibayar sebelum 55 tahun kerana tidak
layak di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969.
Caruman Jenis Kedua

Kadar caruman di bawah jenis ini adalah daripada syer


majikan sahaja, iaitu sebanyak 1.25% daripada gaji bulanan
pekerja itu, mengikut jadual caruman yang telah ditetapkan.
Semua pekerja yang telah mencapai umur 60 tahun perlu
dicarumkan di bawah Jenis Kedua bagi perlindungan Skim
Bencana Pekerjaan sahaja.

Nota: Bagi pekerja baharu yang mulai umur 55 tahun, mereka


hendaklah dicarumkan di bawah Jenis Kedua.

Liputan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017

Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 telah diperkenalkan dan


mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018.

Takrif Liputan

Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman


bulanan bagi setiap pekerja (Dikecualikan kepada penjawat
awam dan yang bekerja sendiri). Pekerja adalah orang yang
diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak
perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau
perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara
lisan, nyata atau tersirat. Semua pekerja yang berumur dari
18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan kecuali bagi
pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada
caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling
gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00.

Kadar Caruman

Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah


daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada
gaji bulanan pekerja. Kadar caruman adalah tertakluk
kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans
Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor swasta perlu
membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja.
(Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik
dan yang bekerja sendiri).
Kelayakan Pekerja Yang Diinsurankan Untuk
Tuntutan

 Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan


sebagai orang berinsurans) yang kehilangan
pekerjaan kecuali:

 Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang


berinsurans;

 Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang


berinsurans;
 Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan
bersama majikan dan orang berinsurans tanpa
terma dan syarat;
 Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
 Persaraan orang berinsurans ; atau
 Penamatan kontrak perkhidmatan orang
berinsurans disebabkan oleh salah laku.

Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh


penerima faedah adalah mereka mesti mampu bekerja,
bersedia untuk bekerja dan mencari pekerjaan secara
aktif.

You might also like