You are on page 1of 4

MEMORANDUM

PERTUBUHAN AKTIVIS RAKYAT MALAYSIA (PRORAKYAT)


BERSAMA
PERTUBUHAN PERKASA EKONOMI RAKYAT MALAYSIA
(MALAYSIAN PERSPECTIVE)

RESOLUSI RAYUAN PENCARUM KWSP


_______________________________________________________

RAYUAN PENGELUARAN KHAS 2.0 KWSP UNTUK SEMUA


(AKAUN 1 & 2) SEBANYAK RM10,000 SEHINGGA RM30,000
SECARA ONE OFF DENGAN KADAR SEGERA DAN JUMLAH
YANG RASIONAL BAGI YG BERBAKI KURANG RM10,000
__________________________________________________

KEPADA
YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN MALAYSIA,
ADUN SELURUH NEGERI.
MEMORANDUM

KEPADA : YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN MALAYSIA,


ADUN SELURUH NEGERI

DARIPADA : KHAIRUL ANUAR BIN OTHMAN


PRESIDEN
PERTUBUHAN AKTIVIS RAKYAT MALAYSIA
(PRORAKYAT)

TARIKH : 3 FEBUARI 2023

PERKARA : USUL 6 (ENAM) RAYUAN PENCARUM KWSP

____________________________________________________

RAYUAN PENGELUARAN KHAS 2.0 KWSP UNTUK SEMUA


(AKAUN 1 & 2) SEBANYAK RM10,000 SEHINGGA RM30,000
SECARA ONE OFF DENGAN KADAR SEGERA DAN JUMLAH
YANG RASIONAL BAGI YG BERBAKI KURANG RM10,000
6 (enam) Rayuan ini adalah berdasarkan kepada perkara
perkara yang berikut:-
1. Pencarum kehilangan/pengurangan pendapatan sejak
Covid 19 melanda Malaysia pada tahun 2020.
2. Pencarum belum dan masih dalam proses mendapatkan
pekerjaan stabil dan dikalangan pencarum juga terdapat
mereka-mereka yang sudah berada dalam peringkat umur
40 dan 50 an yang melepasi permintaan dalam industri dan
lapangan masing-masing.

3. Pencarum sudah mendapat pekerjaan tetapi kadar gaji


yang
ditawarkan dan diterima tidak seperti gaji sebelum
pandemik Covid 19 sedangkan komitmen-komitmen adalah
terlalu tinggi dengan harga barangan dan kelangsungan
hidup yang terkesan.

4. Untuk memperbaiki dan memulihkan perniagaan kecil yang


baru bermula dan yang terjejas selepas PKP2021 - 2022.

5. Untuk melunaskan tunggakan-tunggakan hutang, pinjaman


perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi,
pinjaman perniagaan, sewa rumah, bil-bil utility serta
lain-lain yang berkenaan yang gagal dibayar.
6. Untuk menjelaskan baki-baki hutang selepas moratorium
dan sebagai modal bagi menyusun semula perancangan dan
strategi kewangan baru bermula tahun 2023.

Memorandum ini juga adalah sebagai satu penjelasan yang


sebenar-benarnya, bahawa Rayuan ini datang dari
pencarum-pencarum sendiri, bukan didalangi mana-mana
pertubuhan, orang-orang berkepentingan mahu pun ahli-ahli
politik dari mana-mana parti politik yang ada di negara ini. Dan
bukan disebabkan hasutan-hasutan atau demi kepentingan
politik seperti yang didakwa pihak-pihak tertentu.

You might also like