You are on page 1of 2

70

PUSAT LATIHAN AMALI TAIPING


PERSIARAN KEMUNTING 1, JALAN AZIZUL
RAHMAN, 34600 TAIPING PERAK.
70

____________________________________________________________________________

Ruj. Tuan :
Ruj. kami : Bil ( ) dlm. PLA TP/KSKB/2017
Tarikh : OGOS 2017

Pegawai Kesihatan Daerah,


Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang Dan Selama,
43700 Taiping,
Perak Darul Ridzuan.

Puan,

PERMOHONAN UNTUK MEMINJAM PERALATAN PERSAMPELAN AIR BAGI


MENJALANKAN KAJIAN PENYELIDIKAN DI AIR TERJUN BURMESE POOL,
PERAK.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya Mohd Ashraf Mukhlis Bin Che Hussin ( No.
Matrik : BPPKP 2015-1387) merupakan pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
dari Pusat Latihan Amali Taiping. Saya merupakan pelatih tahun akhir dan akan menjalankan
kajian bertajuk “Kajian Kualiti Air Bagi Parameter Fizikal ( pH, Suhu, dan Kekeruhan ) Dan
Escherichia coli Di Kawasan Air Terjun Burmese Pool, Perak”.

3. Bagi melengkapkan kajian ini, saya perlu menggunakan peralatan persampelan untuk
mengukur Parameter Fizikal dan E.coli serta mengumpul data untuk dianalisis. Justeru itu,
saya dengan rendah hati ingin meminjam peralatan persampelan air daripada pihak puan bagi
melengkapkan kajian tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik pihak puan untuk membuat
pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan ini. Sebarang maklumat lanjut dan
maklumbalas boleh berhubung terus dengan pelatih di talian 013-5846020.

5. Kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………
(Mohd Ashraf Mukhlis Bin Che Hussin)
Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
Pusat Latihan Amali Taiping,
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

You might also like