You are on page 1of 21

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU ULU KINTA

31250 TANJONG RAMBUTAN,


PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 3 SEMESTER 1

LAPORAN EPIDEMIOLOGI

PENEMPATAN: PEJABAT KESIHATAN DAERAH KAMPAR

TEMPOH PENEMPATAN: 4 MINGGU (06/02/2017 – 03/03/2017)

TAJUK KES: TUBERCULOSIS


NAMA: MOHAMAD SAIFUL FAHMI BIN ABDUL HADI

NO KAD PENGENALAN: 930708035497

NO MATRIK: BPP2015-2090

1. PENGENALAN

1.1 Penyakit tibi atau tuberkulosis merupakan sejenis penyakit berjangkit


merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang
sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria tubercle bacillus atau
Mycobacterium Tuberculosis iaitu sejenis bakteria oppportunistik. Bakteria ini
boleh dijangkiti di mana-mana bahagian tubuh tetapi ia lebih kerap menjangkiti
paru-paru. Jangkitan kuman tibi di paru-paru akan menyebabkan penyakit
pulmonary tuberculosis.

1.2 Antara bahagian badan yang boleh dijangkiti kuman tibi ini termasuklah
selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang, dan kulit. Jika kuman ini
menjangkiti bahagian selain paru-paru, ia akan menjurus kepada TB ekstra
pulmonari. Kuman tibi disebarkan melalui udara. Pesakit Tibi akan mengeluarkan
kuman TB ke udara apabila batuk atau bersin. Setiap individu yang menyedut
udara yang tercemar ini terdedah kepada jangkitan Tibi.

1.3 Penyakit Tibi berhubungkait rapat dengan penyakit HIV/AIDS di mana


sistem ketahanan badan menjadi kurang dan ini memudahkan jangkitan penyakit
Tibi. Oleh kerana terdapat peningkatan jumlah HIV, dengan itu secara tidak
langsung bilangan pesakit Tibi juga meningkat.

1.4 Micobacterium tuberculosis (TB) telah menginfeksi sepertiga penduduk


dunia, menurut WHO sekitar 8 juta penduduk dunia diserang TB dengan
kematian 3 juta orang per tahun (WHO, 1993). Di negara berkembang kematian
ini merupakan 25% dari kematian penyakit yang sebenarnya dapat diadakan
pencegahan. Di Malaysia, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit
batuk kering di negara ini iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64
kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut laporan oleh Timbalan Menteri
Kesihatan.

1.5 Manakala di Malaysia, sebanyak 15991 kes Tibi dengan kadar insiden
61.2 per 100,000 penduduk telah dilaporkan berbanding 15429 kes dengan
kadar insiden 60.3 per 100,000 penduduk. Kes yang dilaporkan pada tahun 2013
meningkat berbanding pada tahun sebelumnya. Sehingga kini, Tibi masih
menjadi kebimbangan awam dan perlu diberi perhatian.

1.6 Menurut pengiraan hampir 95% penderita TB berada di negara-negara


berkembang Dengan munculnya epidemic penyakit HIV/AIDS di dunia jumlah
penderita TB akan meningkat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga
mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi
perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya
melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk.
Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan
orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
2. EPIDEMIOLOGI

2.1 Penyakit tuberkulosis dipercayai telah wujud sebelum Masihi lagi.


Penyakit ini dianggap antara yang tertua di dunia kerana dilaporkan pertama kali
dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir sekitar tahun 460
Sebelum Masihi.Hippocrates telah mengenal pasti tibi sebagai penyakit yang
paling tersebar luas pada masa itu dan ia selalunya membawa maut.

2.2 Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara
tahun 1945 hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital
dipenuhi oleh pesakit berkenaan

2.3 Menurut WHO, lebih kurang 8 juta penduduk dunia iaitu sepertiga orang
telah diserang Micobacterium tuberculosis (TB) dengan kematian 3 juta orang
per tahun (WHO, 1993). Di negara berkembang, kematian TB merupakan 25%
dari kematian penyakit yang sebenarnya dapat dicegah. Hampir 95% penderita
TB berada di negara-negara berkembang. Penyakit HIV/AIDS yang meningkat
menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah penderita TB.

2.4 Di Malaysia, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit


tuberkulosis pulmonari di negara ini iaitu bersamaan dengan kadar insiden
sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut laporan oleh Timbalan
Menteri Kesihatan Datuk. Di Perak separuh daripada penduduk di sekitar Perak
mempunyai sputum positif.
2.5 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG
yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya
terhadap jangkitan kuman tuberkulosis. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-
kanak daripada mendapat penyakit pulmonari tuberkulosis yang teruk. Apabila
kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang
dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

2.6 Kebarangkalian penyakit TB untuk berisiko tinggi adalah mudah apabila di


kawasan yang mempunyai penduduk yang sesak dan padat kerana bakteria
mudah merebak. Pesakit yang dalam terapi steriod, HIV, warga emas adalah
merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti TB.

2.8 Di Pejabat Kesihatan Kinta Daerah Kampar menunjukkan berlakunya


penurunan kes tuberkulosis. Kajian diadakan mengikut etnik,umur dan jantina.
Etnik melayu merupakan golongan yang paling ramai pada jantina perempuan
merupakan golongan yang paling rendah . Bagi yang berusia 65 tahun ke atas,
golongan ini mencatatkan bilangan yang paling ramai . Saringan terhadap
mereka yang berisiko giat dilakukan di pusat jagaan orang tua swasta atau
kerajaan, perkampungan orang asli,kilang, sekolah dan banyak lagi. Di bawah
menunjukkan beberapa graf penyakit tuberkulosis di daerah kinta.
KEJADIAN KES TB DI DAERAH KAMPAR
GRAF 1:BILANGAN KEJADIAN KES TB MENGIKUT JANTINA
DAN KUMPULAN UMUR DAERAH KAMPAR

UMUR

GRAF 2 : KEJADIAN KES TB MENGIKUT JANTINA DAN


KUMPULAN UMUR DAERAH KAMPAR
GRAF : KEJADIAN KES TIBI MENGIKUT ETNIK DAERAH
KAMPAR 2014-2015
Purata kematian mengikut
umur disebabkan tuberculosis
per 100,000 penduduk.

no data 250–500

≤ 10 500–750

10–25 750–1000

25–50 1000–2000

50–75 2000–3000

75–100 ≥ 3000

100–250

3. DEFINISI
3.1 Penyakit tibi atau tuberkulosis merupakan sejenis penyakit berjangkit
merbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang
sempurna. Penyakit ini disebabkan oleh bakteria tubercle bacillus atau
Mycobacterium Tuberculosis iaitu sejenis bakteria oppportunistik. Bakteria ini
boleh dijangkiti di mana-mana bahagian tubuh tetapi ia lebih kerap menjangkiti
paru-paru. Jangkitan kuman tibi di paru-paru akan menyebabkan penyakit
pulmonary tuberculosis. Antara bahagian badan yang boleh dijangkiti kuman tibi
ini termasuklah selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang, dan kulit. Jika
kuman ini menjangkiti bahagian selain paru-paru, ia akan menjurus kepada TB
ekstra pulmonari.

4. CARA JANGKITAN DAN TRANSMISI

4.1 Cara jangkitan yang paling utama ialah dari manusia sendiri. Selain itu,
binatang juga seperti lembu, boleh dijangkiti penyakit ini jika lembu ini sudah
berpenyakit. Jangkitan adalah melalui “Air droplets” iaitu“ direct contact” atau
secara langsung seperti melalui ciuman atau udara. Contohnya pesakit batuk
atau bersin dan orang lain yang berada berdekatan terhidu atau tersedut
percikan atau mikroorganisma yang berterbangan di udara.Selain itu,
tuberculosis ini juga boleh berjangkit melalui makanan atau minuman yang telah
tercemar.

5. TANDA-TANDA DAN GEJALA


 Batuk yang berterusan lebih dari dua minggu
 Kahak yang mungkin mengandungi darah

 Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam

 Susut berat badan dan hilang selera makan

 Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang

 Mudah menjadi letih dan lemah badan.

 Suara mungkin serak akibat batuk yang berpanjangan

 Pesakit pucat dan sembelit kerap berlaku.

 Amenorrhoea kerap berlaku kepada perempuan .

 Dalam peringkat yang teruk, mungkin terdapat ‘Cachexia clubbing of


fingers’.

6. KAEDAH MENGESAN TB

 Latar belakang aduan dari pesakit, latar belakang yang kronik iaitu batuk
lebih dari 2/52 dan batuk pada waktu petang dan berat badan menurun.
 melakukan pemeriksaan kahak AFB(ASIB FAST BACILI) x3 (stat,
morning, over night spesimen) untuk mengenalpasti bakteria TIBI

 menjalani pemeriksaan x-ray dada di klinik kesihatan atau hospital


terdekat.

 Ujian Mantoux. (ujian tuberkulin berdasarkan pada kenyataan bahawa


tisu seseorang ada kontak dengan basilli tuberkules yang akan
menunjukkkan sentiviti terhadap tuberkulin.
7. RAWATAN TB DAN DOTS

7.1 Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly


Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization.
Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam
tempoh. Prinsip-prinsip DOTS adalah pesakit perlu mengambil ubat selama 6
bulan. 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat dengan
disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih. Pada peringkat sambungan
selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah
penyeliaan seseorang yang dilantik.

7.2 Cara rawatan adalah dengan memberikan antibiotik kepada pesakit. Ini
adalah untuk mengelakkan kuman tuberculosis ini menjadi kebal kepada ubat
(multidrug resistance tuberkulosis). Ubat yang biasa diberi adalah isoniazid,
rifampicin, pyrazinamide, streptomycin dan ethambutol. Pesakit perlu mengambil
ubat-ubat ini setiap hari bagi dua bulan pertama, sehinggalah pemeriksaan
doktor dijalankan.

7.3 Sekiranya pemeriksaan doktor menunjukkan kemajuan dari segi


simptom, imej imbasan sinar-X dan pemeriksaan kahak, cara pengambilan ubat
akan diubah kepada dua kali seminggu untuk empat bulan seterusnya. Imbasan
sinar-X dan ujian kahak perlulah dijalankan setiap dua bulan sepanjang tempoh
rawatan, sehinggalah pesakit didapati sembuh sepenuhnya (selalunya hanya
dalam tempoh enam bulan).

7.4 Seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga mempunyai kesan
sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan letih. Adalah sangat
penting pesakit memaklumkan doktor atau jururawat jika terjadi sebarang kesan
sampingan yang teruk.
8. PERBINCANGAN

8.1 KAWALAN

Kes-kes mesti dilaporkan kepada pihak Jabatan Kesihatan Daerah. Bagi


pesakit yang kering, mereka akan diberikan ubatan. Bagi yang “highly infection”,
pengasingan atau isolasi akan dilakukan. Selain itu pesakit digalakkan banyak
berehat, terutama jika pesakit itu demam dan keadaanya teruk.

Bilik pesakit mestilah dapat cukup cahaya matahari serta gantian udara
yang baik. Jika insomia menjadi masalah, doktor akan mengesyorkan sedatif
seperti luminal atau activan untuk menggalakkan rehat. Strategi rawatan
penyakit tibi Pengawasan Rawatan Jangka Pendek SecaraTerus(DOTS).

Tiga peraturan yang termaktub dalam DOTS ialah:

 Pesakit perlu mengambil ubat sekurang-kurangnya selama enam bulan.

 Dua bulan pertama, pesakit perlu mengambil empat jenis ubat setiap hari
disaksikan anggota kesihatan terlatih (peringkat intensif).

 Empat bulan berikutnya, pesakit -ambil ubat dua kali seminggu di bawah
penyeliaan kakitangan perubatan
8.2 PENCEGAHAN

Terdapat beberapa cara pencegahan:

 Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia


diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan.

 Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2


minggu atau lebih.

 Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan


mendapat pemeriksaan lanjut.

 Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia


dapat membunuh bakteria di udara.

 Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik

 Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.


9. LITERATURE REVIEW

9.1 Menurut sumber, A.D.A.M. Medical Encyclopedia(Disember,2012)


penyakit ini telah dikenalpasti oleh doktor dari Jerman iaitu Robert Koch pada
tahun 1882 yang telah memenangi 1882 anugerah ‘Nobel Prize’ kerana
penemuan beliau. Penyakit yang dianggap antara yang tertua di dunia ini
dilaporkan pertama kali dijumpai di dalam serpihan tulang belakang mumia Mesir
sekitar tahun 460 Sebelum Masihi.Hippocrates telah mengenal pasti tibi sebagai
penyakit yang paling tersebar luas pada masa itu dan ia selalunya membawa
maut.

9.2 Penyakit tibi muncul sebagai pembunuh nombor satu di Malaya di antara
tahun 1945 hingga 1957. Pada waktu itu, sebahagian besar katil-katil di hospital
dipenuhi oleh pesakit berkenaan.Program kebangsaan Pencegahan Penyakit
Tibi yang dilancarkan pada tahun 1961 telah berjaya mengurangkan kes-kes tibi.
Penyakit yang berbahaya ini telah dianggap terkawal dan Malaysia dikategorikan
sebagai sebuah negara dengan beban penyakit tibi sederhana.Bagaimanapun,
sejak tahun 1995, kes-kes baru tibi meningkat dari setahun ke setahun.
Kemuncaknya sebanyak 15,051 kes pada tahun 2000 berbanding 10,873 kes
dalam tempoh sedekad.Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit,
Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Dr. Mohamed Naim Abdul
Kadir,(2013) berkata, penyakit tibi masih menjadi satu masalah kesihatan awam
yang besar kepada negara."la merupakan sejenis penyakit berjangkit utama
malah mendahului denggi yang lebih ditakuti oleh masyarakat," katanya yang
juga Setiausaha Jawatankuasa Induk Pelancaran Hari Tibi Sedunia 2004
peringkat kebangsaan.Tanggal 24 Mac pada setiap tahun diisytiharkan sebagai
Hari Tibi Sedunia. Bagi tahun ini, Setiap Nafas Adalah Bernilai - Hentikan Tibi
Sekarang! dipilih sebagai tema sambutan.
9.3 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO, 1993) melaporkan, umumnya,
satu pertiga daripada penduduk dunia dijangkiti oleh kuman tibi. Ini bermakna,
satu daripada setiap tiga orang rakyat Malaysia atau ahli keluarga atau rakan
sekerja anda sedia mempunyai kuman penyakit ini di dalam badan mereka.Dr.
Roonie Chong (2014) berkata, kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan
mendapat penyakit tibi kerana kuman-kuman tibi akan terpendam dan tidak aktif
di dalam badan seseorang, mungkin sehingga ke akhir hayat."Kuman-kuman tibi
menjadi aktif apabila sistem imunisasi gagal menghalang mereka daripada
membiak di dalam badan."Sesetengah orang yang dijangkiti akan mendapat
penyakit tibi sebaik sahaja dijangkiti iaitu sebelum sistem pertahanan badan
mereka sempat melawan kuman-kuman tibi," katanya.Bagi sesetengah individu
lain pula, hanya akan jatuh sakit beberapa tahun kemudian apabila kuman yang
dahulunya diam di dalam badan menerima isyarat daripada daya tahan badan
yang lemah dan bertindak balas semula masih boleh disembuhkan tetapi
rawatan bagi kes kekebalan ubat tibi mungkin mengambil masa yang lebih
panjang.

9.4 Berdasarkan keratan akhbar Berita Harian(2014),penduduk di Kuala


Pilah supaya menghantar anak mereka bagi mendapatkan pelalian vaksin BCG.
Kerajaan telah membelanjakan RM 1 juta setiap tahun bagi menyediakan
kemudahan pelalian BCG kepada hampir setengah juta bayi baru lahir di seluruh
negeri.

9.5 Menurut sumber laman web ensiklopedia bebas Wikipedia(2003),


berpendapat bakteria tuberkulosis boleh merebak melalui udara. Pesakit yang
bersin atau batuk akan mengeluarkan bakteria di udara. Orang sekeliling akan
menyedut udara tersebut yang menyebabkan bakteria memasuki paru-paru dan
membiak serta memasuki darah akhirnya ke buah pinggang,tulang belakang dan
otak.

9.6 Oleh itu pengawalan haruslah dilakukan bagi memastikan penyakit ini
tidak berleluasa. Menurut Hasnida Imran,sikap adalah suatu perkara penting
dalam kehidupan kerana ia boleh membantu dalam meningkatkan tahap
kesedaran mengenai sesuatu perbuatan itu. Jadi, bagi pesakit yang menghidap
penyakit TB mesti ke klinik untuk memakan ubat mereka di bawah penyeliaan
seorang pengamal perubatan setiap hari.
10. RUMUSAN

10.1 Menurut laporan epidemiologi yang telah dilakukan di sini dapatlah


dibuktikan bahawa negara Malaysia masih belum bebas daripada wabak
penyakit tuberculosis pulmonari. Namun begitu kerajaan bersama-sama dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melakukan segala cara yang difikirkan
baik dan berkesan yang berupaya untuk mengurangkan peningkatan kes ini.
Terdapat juga peratusan yang menjadi sasaran dan perlu dicapai dalam
memastikan penyakit tuberkulosis ini tidak semakin melarat di negara kita.

10.2 Menurut data yang telah dikumpulkan seperti di atas, dapat dirumuskan
bahawa kes TB yang positif meningkat daripada tahun 2013 hingga tahun 2015
tetap kemudiannya berkurang pada tahun 2016

10.3 Selain daripada itu, kadar kekerapan kejadian penyakit TB ini adalah
lebih menjurus kepada kaum Melayu berbanding kaum-kaum lain di Malaysia.
Hal ini mungkin kerana bangsa Melayu lebih terdedah untuk mendapat penyakit
TB ini atau kaum lain juga mempunyai risiko yang sama tetapi mereka kurang
melakukan pemeriksaan kesihatan dan tidak tahu jika mereka telah dijangkiti.

10.4 Jika dilakukan pemerhatian, kebanyakan pesakit TB adalah penghidap


HIV. Ini adalah kerana HIV adalah virus yang menyerang sistem imunisasi tubuh
badan manusia. Kuman TB pula lebih cenderung untuk menyerang individu yang
mempunyai daya imun yang lemah. Tambahan pula kuman TB itu sendiri adalah
sejenis kuman opportunistik.

10.5 Antara sebab mengapa tibi masih menjadi masalah di negara kita, iaitu
kealpaan pengamal perubatan dalam memastikan tibi adalah kemungkinan
utama dalam mendiagnosis penyakit berkaitan saluran pernafasan. Kurangnya
pengetahuan rakyat terhadap kewujudan dan tanda penyakit ini serta
kekurangan kemahiran anggota keselamatan untuk melakukan pemeriksaan
saringan dan makmal bagi mengesan penyakit tibi.
10.6 Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat
dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang
kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk pendatang asing
secara haram tidak disaring daripada penyakit ini dan pesakit lambat atau tidak
mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

10.7 Akhir sekali, berdasarkan data kebanyakan pesakit TB mati bukan kerana
penyakit ini tetapi adalah disebabkan faktor lain. Setiap pesakit TB yang mati
akan melalui proses bedah mayat untuk mengetahui punca kematian atas tujuan
pembinaan statistik yang lebih tepat. Namun begitu penyakit Tibi baik jika di
kesan awal dan mendapat rawatan lengkap dan sempurna.Kurang baik jika di
kesan lewat di mana terdapat komplikasi penyakit pesakit perlu hidup bersama
dengan komplikasinya.
11. RUJUKAN

1) Connoly, J. et al. (2014). Infections of the Lungs. American Journal of


Respiratory System, p78

2) Waugh A, Grant A. (2013). Ross and Wilson Anatomy and Physiology in


Health and Illness, 10th Edition, Churchill Livingstone, Elsevier

3) Yokoyama, K. (2014). Prevention of Pulmonary Tuberculosis, John Wiley &


Sons Inc, New Jersy

4) www.healthystyle_tuberculosys.com

5) Oxford handbook of clinical medicine, seventh edition.Murray Longmore, Lan


Wilkinson

6) http://id.wikipedia.org/wiki/Tuberkulosis

7) http://www.infeksi.com/articles.php?lng=in&pg=57

You might also like