You are on page 1of 28

Demam denggi

Penyakit demam denggi telah mula dilaporkan di Malaysia oleh Skae pada tahun 1902 di Pulau Pinang
apabila berlaku wabak denggi di situ. Ketika itu, wabak denggi berhubung rapat dengan taburan Aedes
Aegypti. Pada tahun 1962 pada wabak pertama bagi demam denggi berdarah telah dikesan di
Georgetown, Pulau Pinang. Semenjak itu, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah
dikesan di seluruh negara. Institusi Penyelidikan Malaysia telah melaporkan bahawa penyakit demam
denggi adalah satu wabak dalam satu kajian darah yang dilaksanakan pada tahun 1953. Pada awal tahun
70-an, penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah telah dikenalpasti oleh Kementerian
Kesihatan sebagai satu masalah utama kesihatan. Sehubungan dengan itu, peningkatan kes telah
dicatatkan seiring dengan pertambahan kawasan bandar, pembangunan dan peningkatan kepadatan
pendulum.
Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi iaitu Genus
Flavivirus yang disebarkan nyamuk betina. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam
Hemoragik Denggi dan Sindrom Kejutan Denggi. Penyakit demam denggi dan demam denggi berdarah
merupakan sejenis penyakit misteri yang lazimnya ditemui di kawasan tropika dengan taburan geografi
yang menyerupai malaria. Oleh sebab satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dengan
genus Flavivirus dan setiap satu virus serotype berbeza menjadikannya tidak mempunyai perlindungan
yang bertindih lantas menyebabkan wabak denggi yang mempunyai pelbagai virus serotype boleh
berlaku. Walaupun denggi lazimnya disebarkan oleh nyamuk Aedes Aegypti, ada juga kes yang
melibatkan nyamuk Aedes Albopictus.
Virus denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari sebelum menunjukkan
tanda-tanda. Pesakit mungkin mengalami demam secara mengejut diikuti dengan pelbagai tanda dan
gejala yang tidak khusus. Tanda-tanda bagi keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang
yang biasanya muncul di bahagian anggota bawah dan berkemungkinan merebak ke seluruh badan.
Tanda bagi kulit tubuh yang cepat alah adalah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan
tompok-tompok kulit warna yang normal. Terdapat juga kemungkinan pesakit mengalami radang perut
dengan gabungan sakit perut, mual, muntah, cirit-birit, radang hati dan bagi kes yang luarbiasa radang
otot jantung.
Sehingga hari ini masih tiada vaksin siap untuk merawat denggi ini. Meskipun teknologi terkini semakin
canggih dan banyak, vaksin ini masih belum dapat duji keberkesanannya ke atas manusia walaupun telah
ada seorang calon Atenovented vaksin di Thailand. Hal ini telah diakui oleh CDC dan juga Pertubuhan
Kesihatan Dunia, WHO. WHO juga mengakui bahawa tiada teknologi baru untuk mengawal pembiakan
nyamuk dan penyebaran virus denggi. Oleh sebab hal yang sedemikian, pencegahan awal dan kawalan
yang efektif perlu dilakukan lantaran peningkatan kes demam denggi yang dicatatkan pada tahun 2004

iaitu sebanyak 33,895 kes yang melibatkan sebanyak 32,418 kes untuk demam denggi dan 1,477 kes lagi
untuk demam denggi berdarah.
Antara langkah kawalan dan pencegahan awal yang dilakukan adalah dengan sistem surveillance atau
pun lebih dikenali sebagai sistem pemantauan. Pemantauan haruslah dilakukan secara teliti dan bukan
sekadar melepaskan batuk di tangga. Pemantauan yang perlu dilakukan adalah pengawasan jentik-jentik
dan nyamuk dewasa. Pengawasan jentik-jentik ini harus dilakukan di setiap premis kediaman dan juga
tapak pembinaan khususnya petempatan yang dikesan mempunyai wabak denggi. Setiap sudut dan ruang
yang mempunyai takungan air perlulah diperiksa agar tidak terlepas dari pandangan. Selain itu,
pengawasan nyamuk dewasa juga perlu lantaran nyamuk ini akan membiak dan menyebarkan virus
denggi ini. Ketika di rumah, nyamuk Aedes Aegypti boleh dihapuskan dengan menggunakan racun
serangga dan perangkap telur nyamuk, ovitrap, juga boleh digunakan untuk mengesan kepadatan nyamuk.
Selain itu, semburan kabus racun serangga juga perlu dilakukan. Semburan kabus ini bertujuan untuk
membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus denggi. Apabila berlaku satu-satu kes demam
denggi yang melibatkan kematian atau tidak, semburan kabus ini perlu dilakukan disekeliling premis
kediaman pesakit seluas 200 meter dengan menggunakan mesin Thermal Fogger. Seluruh petempatan
yang berkenaan juga perlu disembur dengan menggunakan mesin Ultra Low Volume yang diletakkan di
atas kenderaan. Semburan haruslah dijalankan pada waktu pagi dan petang yang merupakan waktu
kemuncak bagi gigitan nyamuk Aedes dewasa dan cuaca yang sesuai untuk aktiviti penyemburan.
Semburan perlu dibuat apabila ada kes demam denggi yang dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan.
Semburan kabus pertama dilakukan dalam masa 24 jam selepas pemberitahuan dan diikuti dengan
semburan kedua pada hari ke 7 hingga hari ke 10 berikutnya.
Sementelahan itu, kawalan jangka panjang juga perlu. Kawalan jangka panjang yang dimaksudkan adalah
kawalan biologi. Kawalan biologi merupakan kawalan nyamuk melalui musuh semula jadi seperti
haiwan pemangsa, parasite dan juga pathogen. Haiwan pemangsa biasanya lebih besar daripada mangsa
yang sering dimakan. Pemangsa seperti ikan Gambusia, Claris fuscus, Macropodus dan Tilapia nilotica
telah digunakan untuk memakan jentik-jentik nyamuk Aedes. Jentik-jentik daripada sepsis nyamuk
Toxorhynchites boleh juga digunakan untuk mengawal jentik-jentik nyamuk Aedes di dalam bekas-bekas
takungan air. Nyamuk Toxorhynchites merupakan nyamuk yang berukuran besar tetapi tidak pernah
menggigit dan menghisap darah manusia. Bakteria seperti Bacillus thuringiensis, Bacillius israelensis dan
Bacillus sphaericus boleh juga digunakan untuk mengawal nyamuk Aedes. Kaedah pencegahan yang
melibatkan kawalan biologi terbukti bersifat mesra alam.
Pendididkan kesihatan kepada masyarakat juga merupakan satu elemen yang penting dalam mencegah
demam denggi. Pendidikan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam pencegahan penyakit
demam denggi kerana kaitannya dengan kehidupan seharian manusia. Pendidikan kesihatan ini boleh

dilakukan melalui kempen kesedaran, pameran dan ceramah yang melibatkan pelbagai lapisan usia dan
masyarakat seperti Program Bebas Denggi dan Communication for Behavioural Impact (COMBI).
Pendidikan kesihatan ini bermatlamat untuk mendidik masyarakat Malaysia supaya faham tabiat nyamuk
Aedes sekaligus mengajar mereka untuk mencegah pembiakan nyamuk rumah di sekitar premis kediaman
mereka amnya. Pendidikan kesihatan perlu dimulakan dari peringkat sekolah supaya anak-anak kita sedar
akan tabiat hidup nyamuk dan mempraktikkan pengetahuan yang ditimba kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya.
Di Malaysia, satu akta telah dipinda dalam usaha mengawal dan mencegah penyakit demam denggi ini.
Pada tahun 1975, Akta Pemusnah Serangga Pembawa Penyakit telah disahkan oleh Perlembagaan
Malaysia. Akta ini memberi kuasa kepada Pegawai Kesihatan dan Inspektor Kesihatan untuk memasuki
premis kediaman dan memeriksa premis terbabit sama ada terdapat pembiakan nyamuk. Jika pembiakan
nyamuk ditemui, satu amaran dan arahan diberikan kepada pemilik kediaman untuk menghapuskan
tempat pembiakan nyamuk. Sekiranya arahan tidak dipatuhi, tindakan undang-undang iaitu denda akan
diambil. Pemeriksaan kediaman akan diulangi dalam satu tempoh waktu sebelum tindakan undangundang diambil andai arahan masih tidak dipatuhi. Denda maksimum pada kali pertama adalah RM100.
Jika mahkamah mendapati pemilik bersalah pada kali pertama, denda maksimum RM1000 atau penjara
maksimum 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Pada kesalahan kedua, denda maksimum sebanyak
RM2000 atau hukum penjara maksimum 1 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebagai kesimpulannya, penyakit demam denggi ini perlu dikawal dan dicegah sebelum penemuan vaksin
siap untuk denggi supaya tidak menjadi masalah kesihatan utama. Pencegahan yang efektif bukan saja
mampu melemahkan malah menghapuskan penyakit demam denggi ini sekiranya dilakukan dengan
berdedikasi. Harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat sifat penyakit demam denggi diharapkan
dapat menjadi realiti. Negara sifar denggi, kesihatan rakyat menjadi pasti. Tiada Aedes, tiada denggi.

FAKTOR PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA


Pada abad ke-21 ini , Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat
membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini.
Kini, Malaysia begitu terkenal di mata dunia . Namun begitu,di sebalik
kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial
yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah
pembuangan bayi .Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini
boleh dianggap sebagai satu wabak atau bencana kepada negara .
Pembuangan bayi , semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada-dada
akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang
tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak
dapat dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit
sosial ini. Namun begitu , apakah punca kepada kegagalan tersebut?
Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa
ini adalah kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja.Kekurangan
didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah
menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan terlibat dalam gejalagejala negatif seperti pergaulan bebas .Remaja yang melibatkan diri dalam
gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubungan
bertentangan dengan hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan
mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut , remaja yang
lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang atau
membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu
bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunjukkan peranan agama
dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang
teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran,
surah Sad,ayat 26 juga menyatakan bahawa ,janganlah kamu menurut hawa
nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan
Allah.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi
benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam
kehidupan.
Di samping itu, sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada
masalah ini.Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang
baharu . Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud dalam diri
remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh
mereka.Remaja beranggapan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat
dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Lebih-lebih
lagi perlakuan seks rambang .Hakikatnya remaja yang matang seharusnya
berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan dan bukannya
dengan cara yang ditegah oleh agama .Persis kata peribahasa Melayu,sesal
dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna, menjelaskan kepada kita
betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak

menyesal di kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh


dikatakan lebih rapat dan banyak menghabiskan masa bersama rakan
berbanding dengan ibu bapa mereka. Maka,boleh dikatakan pengaruh rakan
sebaya yang negatif juga menjadi antara punca kepada masalah ini.

Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan


impak yang begitu besar dalam kalangan masyarakat,negara mahupun diri
remaja sendiri.Antara kesan permasalahan ini kepada remaja pada masa kini
adalah masa depan remaja musnah begitu sahaja akibat kelalaian mereka
menuruti hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini akan turut memberi
impak kepada negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula adalah
Perkembangan ekonomi negara akan merosot dan seterusnya menjejaskan
pendapatan negara. Hal ini demikian kerana, remaja merupakan aset penting
negara pada masa hadapan dan memainkan peranan yang amat penting
dalam pembangunan negara.Masa depan negara terletak ditangan generasi
muda yakni remaja itu sendiri .Hal ini kerana , pemuda harapan bangsa ,
pemudi tiang negara.Namun begitu , jika perilaku negatif remaja
berterusan.Siapakah yang akan membela nasib negara kita pada masa akan
datang?
Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang
mendalam..Zuriat merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Namun,kepada
mereka yang terlanjur, zuriat yang dilahirkan dianggap beban atau masalah
dan bukti keterlanjuran atau kesalahan yang mereka lakukan.Hal ini
mendorong mereka untuk membunuh atau membuang zuriat tersebut .Namun,
wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang
dilakukan oleh ibu bapanya?.Lebih menyedihkan lagi bayi yang ditinggalkan
bukan sahaja dibunuh malah kadang-kala menjadi habuan binatang buas.Bagi
bayi yang masih bernyawa pula kesannya lebih mendalam kerana mereka
terpaksa menjalani kehidupan dengan memegang gelaran anak luar nikah
.Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih
sayang ibu bapa kandung mereka. Masa depan mereka akan turut terjejas.
Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah yang
boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian
dan didikan agama yang cukup kepada remaja sejak kecil lagi .Hal ini
kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya .Memberi didikan dan perhatian
kepada anak-anak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu
bapa.Jika ibu bapa sendiri lalai daripada melaksanakan tugas mereka akibat
rakus mengejar kemewahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anak-anak
mereka yang kurang didikan dan kasih sayang?.Lebih-lebih lagi, pada usia
yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan dan kasih sayang
daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab

mereka.Dalam situasi ini, sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih
jalan yang negatif bagi mereka berkongsi kasih dan mendapatkan perhatian
akibat kurangnya didikan agama.Oleh itu,masalah ini dapat diatasi jika ibu
bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Selain itu, Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras
pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat
terutama golongan remaja. Pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan
hukuman yang setimpal dan lebih berat iaitu penjara seumur hidup kepada
mereka yang didapati bersalah. Hal Ini harus dilakukan agar remaja berasa takut
dan serik untuk melakukan atau terlibat dengan gejala pembuangan bayi yang
kian berleluasa ini. Mereka juga akan berhati-hati semasa bergaul dan
mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Penekanan pendidikan
juga amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja supaya
mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini.
Kesimpulanya ,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara kita
sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu
yang bergelar rakyat Malaysia.Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa
mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan
membanteras penyakit sosial ini agar tidak menular dengan lebih serius dan
menjejaskan pembangunan dan matlamat negara kita untuk mencapai
wawasan 2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin
negara kita yakni remaja.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu
membanteras gejala ini.Bak kata pepatah hendak seribu dalih , tak hendak
seribu daya.

Seni kraftangan
Industri kraf tangan bukanlah antara kegiatan ekonomi gergasi di Malaysia. Hal ini menyebabkan industri
kraf tangan negara kian lenyap ditelan zaman. Mengapakah keadaan ini berlaku? Sesetengah berpendapat
bahawa kurangnya perhatian kerajaan terhadap industri ini menjadikan masalah ini berlarutan. Kurangnya
pengusaha-pengusaha muda juga menyumbang kepada isu ini. Oleh itu, orang ramai seharusnya sedar
akan kepentingan industri ini meskipun industri ini berskala kecil.
Mari kita fokuskan minda kita kepada perkara yang pertama iaitu industri kraf tangan dapat menjadi
sumber kewangan kepada penduduk luar bandar. Seperti mana yang kita sudah sedia maklum, terdapat
jurang ekonomi yang besar antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Kegiatan industri kraf
tangan pula sering dijalankan oleh penduduk luar bandar. Apabila penduduk luar bandar mula menceburi
bidang ini, maka penduduk luar bandar dapat menjual produk ini dan mendapat keuntungan yang
berlipat-ganda.
Mari kita lensakan skop pemikiran kita kepada perkara yang seterusnya iaitu kehadiran industri kraf
tangan dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara. Industri kraf tangan
bukanlah industri yang setanding dengan industri pertanian atau pelancongan. Namun, jika hasil industri
kraf tangan dieksport ke luar negara, hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pendapatan negara,
malah dapat menjadi suatu keunikan di Malaysia.
Sementelahan itu, industri kraf tangan juga dapat membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif dan
mempunyai daya semangat yang tinggi. Hal ini kerana persaingan dalam industri kraf tangan amat sengit.
Sesebuah hasil kraf tangan hendaklah mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang mampu menarik
perhatian pembeli. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, maka pengusaha tersebut haruslah mempunyai
kualiti seperti kreatif dan mampu berdaya saing.

Mari kita luaskan takrifan minda kita kepada perkara yang seterusnya iaitu industri kraf tangan dapat
memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat desa. Tenaga kerja
sememangnya diperlukan bagi menghasilkan kraf tangan yang diperlukan bagi meningkatkan kadar
pengeluarannya. Kraf tangan membuka peluang kepada para remaja serta belia untuk mengenali kraf
tangan secara lebih mendalam melalui berbagai-bagai peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang
ini. Selain itu, tenaga kerja yang terlatih juga diperlukan bagi berkongsi ilmu tentang penghasilan sesuatu
produk kraf tangan. Hal ini dapat mewujudkan peluang bagi mereka yang hanya berkemahiran dalam
bidang tersebut khususnya penduduk desa yang kebanyakannya hanya memperoleh kemahiran yang
diturunkan oleh generasi terdahulu.
Ayuh kita maju ke hadapan dengan perkara yang terakhir iaitu industri kraf tangan dapat mengekalkan
warisan dan budaya Melayu serta menyemai perasaan cinta akan budaya Melayu dalam kalangan
masyarakat. Arus pemodenan telah menenggelamkan budaya tradisional masyarakat Melayu dalam diri
remaja pada masa kini. Oleh itu, peluang haruslah diberi kepada setiap lapisan masyarakat untuk
mengenali warisan dan budaya tersebut melalui konsep rekaan sesuatu kraf tangan yang menggunakan
bahan tempatan sebagai ramuan utama. Budaya masyarakat Melayu juga dapat dipromosikan kepada
negara-negara luar kerana kraf tangan itu sendiri sudah melambangkan identiti negara yang masih
mengekalkan warisan unik secara turun-temurun.
Konklusinya, suatu jaringan kolaborasi haruslah diwujudkan untuk memajukan industri kraf tangan
negara.

Langkah-langkah menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia


Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri apakah yang
dimaksudkan dengan dadah? Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara kita sejak sekian
lama dan isu penyalahgunaan dadah masih kekal menjadi musuh utama negara. Dadah secara
rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku
apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan
pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan
sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan
dan manfaatnya yang boleh didapati. Jika diteliti, dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri
seperti mengelakkan rasa sakit, mendapatkan rasa segar, mengelakkan tekanan hidup, melarikan
daripada kesengsaraan dan sebagainya.
Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah rantau yang
dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia turut
mengalami pelbagai gejala sosial. Penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan remaja amat
membimbangkan dan ia berkait rapat dengan bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan
perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama
ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan lain perkataan,
kemajuan serta pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya
masalah dadah tidak dapat diatasi segera.
Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk memerangi ancaman

dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat ini, ibu bapa memainkan peranan
yang cukup penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak turut terjebak dalam masalah ini.
Mereka perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Sikap ambil berat dan
bertanggungjawab serta penyayang ini mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam maslah
penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal
mahupun yang tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap
penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi
setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah
remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Pendidikan pencegahan pnyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal untuk membendung
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Seandainya tidak dibendung, masalah ini akan terus
mengancam dan menggugat kesejahteraan negara. Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujuan
untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya
penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat. Sudah tentu kita tidak ingin melihat remaja
terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan pihak sekolah dalam membenteras masalah ini
amatlah penting. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani
(PINTAR). Program ini diatur untuk memberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko
penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis dadah. Oleh
yang demikian, peranan pihak sekolah amat penting dalam menerapkan budaya remaja benci dadah
dan seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia menjadi parah.
Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan dalam
usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem
motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kemkem ini para remaja dapat memenuhi masa senggang mereka dengan aktiviti lebih berfaedah. Pihak
kerajaan juga boleh mengadakan kempen anti-dahad dan menyiarkannya melalui media massa.
Undang-undang dan hukuman bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah
diketatkan lagi bagi mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi
Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar
mereka tidak kembali menagih dadah kembali.
Selain itu, kesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri ini penting
untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional.
Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan.
Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan
mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat
penting. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk
kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang berkualiti juga adalah tunggak dalam
membantu diri remaja menjadi berkualiti juga.
Konklusinya, semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu berganding
bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha
memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negra dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian
dan kesejahteraan negara. Sebagai pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara, biarlah kita
hidup bahagia tanpa dadah. Janganlah disebabkan 'nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana negara kita

adalah contoh dalam kalangan negara Islam. Kita tidak mahu masalah penyalahjgunaan dadah ini
mencemarkan nama baik bangsa amnya dan negara khususnya.

Masalah kedatangan pendatang asing di negara kita.


Setiap tahun negara kita menerima kedatangan pekerja asing yang
bertali arus sama ada secara sah atau tidak sah kerana ekonomi negara ini
yang bertambah pesat, bak kata pepatah "ada gula, adalah semut". Mereka
bekerja dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian dan juga
pembinaan. Kebanyakan pendatang asing datang dari Indonesia, Myanmar,
Filipina, Bangladesh, Nepal dan terdapat juga sebahagiannya yang datang
dari negara Afrika. Kebanjiran mereka di negara ini telah mendatangkan
pelbagai impak negatif.
Dari sudut ekonomi, telah berlakunya masalah pengangguran dalam
kalangan rakyat tempatan. Hal ini disebabkan oleh sikap sesetengah majikan
yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan
kerana pekerja asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding
rakyat tempatan. Namun, pekerja tempatan sebenarnya bukanlah memilih
sangat kerja atau terlalu mementingkan upah yang tinggi tetapi disebabkan
kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi menyebabkan pekerja
tempatan meminta upah yang lebih tinggi supaya mereka turut dapat

merasa nikmat kemajuan yang ada di negara ini. Namun sikap sesetengah
majikan yang lebih mengutamakan keuntungan mereka sahaja tanpa rasa
tanggungjawab sosial terhadap rakyat tempatan menyebabkan mereka lebih
menutamakan pekerja asing dan menganaktirikan pekerja tempatan. Sikap
majikan seperti ini adalah seperti "anak diriba diletakkan, kera di hutan
disusukan" dan akhirnya majoriti pekerja dalam sesuatu sektor itu telah
dikuasai pekerja asing terutamanya sektor pembinaan.
Implikasi dari sudut sosial pula boleh dilihat dengan bertambahnya
kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing. Ramai dari kalangan
pendatang asing ini yang terlibat dengan kegiatan ragut, pecah rumah,
samun terutamanya di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan rumah
kongsi. Pada tahun 2007, sebanyak 2019 kes jenayah dilaporkan yang
melibatkan pendatang asing. Selain itu, kehadiran mereka ke negara ini
secara tidak langsung membawa masuk budaya mereka yang
sebahagiannya bertentangan dengan norma hidup masyarakat tempatan.
Contohnya mereka mengamalkan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan malah ada yang tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang
sah. Ada pula yang tanpa segan silu meneguk arak di kawasan perumahan
yang sebahagian besar penduduknya penduduk tempatan. Di bandar-bandar
besar pula kebanjiran pendatang asing ini juga telah menimbulkan masalah
setinggan disebabkan sewa rumah yang tinggi menyebabkan mereka
menceroboh tanah-tanah kerajaan dan mendirikan rumah setinggan.
Kehadiran pendatang asing ini juga menyebabkan merebaknya
beberapa kes penyakit berjangkit. Mereka membawa sekali penyakit ke
negara seperti kala azar atau demam hitam yang dipercayai dibawa oleh
pendatang dari India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan
Perubatan Malaysia (MMU), penyakit berjangkit seperti batuk kering, malaria
dan H1N1 adalah disebabkan interaksi rakyat tempatan dengan pendatang
asing. Hal ini akan menyebabkan turunnya taraf kesihatan rakyat Malaysia.
Hal ini baru masalah penyakit berjangkit, belum lagi masalah
"penyakit hati". Berapa banyakkah anak gadis Melayu yang jatuh hati
dengan ketampanan dan keromantikan 'Mat Bangla' hingga ada isteri yang
meminta cerai dari suami kerana terpikat dengan mereka. Walaupun
berkomunikasi seperti itik dengan ayam, tetapi apabila hati dah tertawan
yang pahit pun manis rasanya bila ditelan. Anak gadis Melayu pula ramai
yang hilang akal warasnya apabila sanggup berkorban apa sahaja asalkan
dapat bersama orang yang disayang walaupun umur baru setahun jagung

dan keperluan hidup pun masih ditanggung ibu bapa tetapi itulah penangan
pendatang asing ini.
Natijahnya, kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal ke negara
ini lebih banyak mendatangkan impak negatif dari yang positif. Oleh yang
demikian, semua pihak mestilah ikhlas dan berganding bahu dalam
menangani masalah kebanjiran pendatang asing ke negara ini. Kerajaan
hendaklah berusaha untuk menghadkan kemasukan pekerja dari luar dan
perlu mengutamakan pekerja tempatan. Sudah tiba masanya
Malaysia mengalihkan tumpuan pelaburannya kepada teknologi yang lebih
tinggi dan berkaitan industri berintensifkan modal supaya pergantungan
kepada pekerja asing dapat dikurangkan.

Langkah-Langkah Menangani Jenayah Ragut di Malaysia

Marcapada, pidana ragut semakin membimbangkan kerana acap kali berakhir dengan
kematian. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran jasmani, emosi, rohani dan intelek

dalam diri peragut. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah drastik perlu
diimplementasikan bagi membejat pertambahan kes tersebut.
Inisiatif yang boleh dilakukan adalah dengan memberi maklumat kepada umum
terutamanya kaum hawa agar mereka bersedia dan berwaspada. Kehausan wang
merupakan punca utama peragut sanggup menindas kaum yang lemah ini. Ironinya,
wanita dewasa ini sering memperaga barang kemas sebagai simbol kemewahan tetapi
mereka kurang arif bahawa obsesi itu berkemungkinan memakan diri mereka. Oleh itu,
keprihatinan masyarakat amat penting agar masalah ragut dapat dikurangkan.
Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus melakukan anjakan paradigma
dengan memperkasakan hukuman terhadap pesalah ragut. Jika PBT terus berpeluk
tubuh, sampai bilakah orang ramai akan terus alpa dengan persepsi bahawa hukuman
jenayah ragut adalah ringan? Maka, apabila hukuman tersebut wujud dengan izhar, secara
tidak langsung hal tersebut berjaya menimbulkan kegusaran di hati orang ramai yang cuba
meragut.
Di samping itu, pihak yang dominan seperti kerajaan dan badan-badan bukan
kerajaan juga perlu menggerakkan kewujudan kempen-kempen memerangi pidana ragut.
Perkara ini berikutan, masyarakat lokal masih mengerling enteng tentang impak negatif
jenayah ragut terhadap mangsanya. Penjanaan kempan-kempen kesedaran di sekolahsekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan mangkin yang efektif demi
mengurangkan jumlah kes ragut di peringkat tempatan secara holistik.
Konklusinya, semua golongan harus mengamalkan usaha yang pragmatik agar imej
negara tidak tercalar di mata dunia. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa dan hanya
akan sedar sekiranya berlaku kematian dalam kalangan mangsa ragut seperti kata
peribahasa Melayu, "sudah terhantuk baru terngadah".

Karangan Bangunan Bersejarah


Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai kemajuan, Malaysia masih mampu
mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul. Di kota
raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan Sultan Abdul Samad yang menjadi

mercu tanda kebanggaan penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk mengekalkan
bangunan-bangunan bersejarah ini bagi memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai
bangunan yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada masa yang sama,
bangunan bersejarah yang memiliki seni bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada
para pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan
bagi memelihara dan memulihara keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah mengorak langkah
bagi mewartakan bangunan bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu
dipelihara. Dengan pewartaan ini, bangunan-bangunan yang kebanyakannya dibina pada era
penjajah dan berusia ratusan tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada
sebarang usaha pemusnahan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur umpamanya, telah meletakkan
Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu dipertahankan dalam
Pelan Induk Pembangunan Kuala Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal,
usaha mengindahkan semula bangunan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi.
Kesannya, bangunan kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti kunjungan
pelancong sama ada dari dalam atau dari luar negara.
Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat bangunan bersejarah
di negara kita terus kekal, kerajaan juga telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di seluruh negara. Kerajaan
memperuntukkan sejumlah wang yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha
membaik pulih bangunan-bangunan lama tetapi mempunyai nilai sejarah yang tinggi. Sebagai
contohnya, usaha membaik pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007 yang
diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi
kerja-kerja menambah kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik struktur
bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa segala kerja baik pulih tersebut hanya
melibatkan bahagian dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk bahagian luar
bangunan tersebut masih dikekalkan dengan ciri-ciri lamanya. Maka, dengan usaha yang
bersungguh-sungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan bersejarah di negara kita
terus kekal akan dapat dicapai.
Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi mengindahkan kawasan
persekitaran bangunan bersejarah yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik.
Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman bunga daripada pelbagai jenis flora

yang terdapat di negara kita. Hal ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa
mendapat kunjungan daripada orang ramai. Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di
bahagian dalam mahupun di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai. Sebagai
contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut dilengkapi dengan kemudahan lift, alat
keselamatan serta tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. Dengan usaha yang
bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan bersejarah tersebut mampu menggamit
kehadiran pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada masyarakat luar negara.
Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha pemuliharaan
bangunan bersejarah di negara kita adalah keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan
kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia dan Jabatan Kerja Raya
sebagai contohnya sentiasa memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan bangunanbangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini adalah bagi tujuan memastikan agar semua
bangunan yang telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa terpelihara dan selamat
dikunjungi. Tida cukup dengan usaha tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering
kali menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan reka bentuk bangunan ini
menepati ciri-ciri yang diharapkan oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam
jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah di mana mereka turut
menjalankan kajian tentang bangunan-bangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang
berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan budaya kita sesuai dengan
matlamat kerajaan membangunkan nilai patriotism dalam jiwa remaja kita hari ini.
...Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan bangunan-bangunan
bersejarah di negara kita, kerajaan turut bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut
kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh Kementerian Pelancongan dan
juga Lembaga Penggalak Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi
memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui usaha ini, bangunan-bangunan
bersejarah dijadikan sebagai tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej
anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah memperkenalkan bangunan bersejarah seperti
Bangunan Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan sebagainya mampu
merealisasikan hasrat kita bagi mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal di
persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan bangunan bersejarah ini dapat
mengekalkan fakta-fakta yang lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan
berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.

Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita yang wujud sejak abad ke
dua puluh lagi, mengambarkan kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru,
usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan generasi akan datang adalah amat
perlu dilaksanakan demi kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam adalah
cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab
kita adalah perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit agar usaha memelihara
dan memulihara bangunan bersejarah tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan.

Keburukan Makanan Segera

Makanan segera ialah makanan yang paling disukai oleh golongan muda.
Kanak-kanak juga menggemarinya. Terdapat banyak makanan ringan yang
dijual di restoran dan gerai. Contoh makanan segera ialah burger, kentang
goreng, pizza dan ayam goreng. Ada banyak keburukan makanan segera.
Salah satu keburukan makanan segera ialah makanan itu menjadi penyebab
penyakit. Sebagai contoh, penyakit kencing manis. Hal ini kerana makanan
segera banyak mengandungi gula. Contohnya ialah donut dan kek. Oleh itu,
makanan segera dapat menjadi penyebab penyakit berbahaya.
Selain itu, makanan segera juga dapat menyebabkan kegemukan / obesiti /
kegendutan. Hal ini kerana, makanan segera banyak mengandungi lemak.
Sebagai contoh, ayam goreng, pizza dan burger. Kandungan lemak dalam
ayam goreng sangat tinggi. Oleh hal yang demikian, makanan segera dapat
menyebabkan berat badan seseorang itu mudah menjadi gemuk.
Di samping itu, makanan segera juga menyebabkan perubahan gaya hidup.
Kanak-kanak dan golongan muda akan hilang nilai ketimuran. Hal ini kerana
kebanyakan makanan segera berasal dari Barat. Kanak-kanak dan golongan
muda akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada
makanan tempatan. Oleh itu, makanan segera akan menyebabkan
perubahan gaya hidup.
Tambahan pula, makanan segera dapat mengganggu emosi. Ahli-ahli sains
mendapati ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan ganas.

Makanan manis seperti kek dan donut akan menyebabkan


ketidakseimbangan bahan kimia berbahaya di dalam badan. Makanan manis
akan menaikkan paras gula darah. Kenaikan paras gula menyebabkan
seseorang itu mudah letih dan mudah marah. Oleh itu, makanan segera
dapat menyebabkan gangguan emosi. Dengan itu janganlah suka makan
makanan segera.
Akhir sekali, makanan segera menyebabkan tumbesaran seseorang
terencat/terganggu. Makanan segera bukan makanan seimbang. Makanan
segera banyak mengandungi lemak dan garam. Contohnya, ayam goreng,
pizza dan burger. Apabila makan makanan yang tidak seimbang, tumbesaran
tubuh/badan akan terganggu.Berat badan tidak sepadan dengan umur.
Badan akan menjadi tidak sihat dengan perut yang buncit. Oleh itu,
makanan segera akan menyebabkan kerencatan tumbesaran tubuh
seseorang.
Kesimpulannya, terdapat banyak keburukan / akibat / kesan makan makanan
segera. Ibu bapa hendaklah pastikan anak-anak tidak mengambil terlalu
banyak makanan segera. Pihak sekolah pula hendaklah menjelaskan
keburukan makanan segera kepada murid-murid. Oleh itu, kita akan dapat
melahirkan anak-anak yang sihat tubuh badan. Rakyat sihat negara maju.
Gejala Merokok

Merokok merupakan isu global yang sering dibincangkan di mana-mana sahaja


baik di barat atau di timur. Walaupun telah banyak artikel yang disiarkan mengenai
kesan-kesan merokok namun remaja masih lagi meneruskan tabiat buruk mereka ini.
Pihak kerajaan juga telah mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah ini
tetapi semuanya tidak menunjukkan kesan positif ibarat mencurah air kedaun keladi.
Jika dikaji dengan teliti terdapat banyak punca yang menyebabkan remaja merokok.
Antara punca yang menyebabkan remaja merokok ialah naluri ingin mencuba
sesuatu yang baru tanpa mengira kesannya. Mereka merasakan tak kenal maka tak
cinta. Dengan yang demikian mereka akan mula berjinak-jinak dengan rokok dari
sebatang menjadi dua, tiga dan seterusnya menjadi satu kotak dan akhirnya menjadi
amalan akibat ketagih. Mereka juga melakukan perkara itu untuk kelihatan lebih matang
di mata kumpulan mereka dan teman wanita mereka. Mereka juga berbuat demikian
untuk terus bertahan dalam sesebuah kumpulan dan tidak tersisih daripada rakan
sebayanya.
Pengaruh rakan sebaya juga dikatakan sebagai punca remaja merokok. Mereka
akan sedaya upaya mendapat perhatian daripada rakan-rakan sebaya mereka atau
ahli-ahli dalam kumpulan mereka. Untuk tetap bertahan, maka mereka terpaksa

melakukan sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kumpulan itu. Merokok sebagai satu
kelaziman menjadi tabiat bagi mereka setelah sekian lama melakukannya seperti kata
pepatah alah bisa tegal biasa. Dengan berbuat demikian mereka akan tetap dianggap
sebagai ahli kumpulan yang setia.
Sementara itu faktor keluarga juga merupakan punca remaja terlibat dalam
gejala ini. Faktor ini jarang disedari namun ia meresap dalam jiwa remaja secara
perlahan yang mana akhirnya membawa kepada kelaziman. Ramai penjaga atau ibu
bapa yang merokok di khalayak anak-anak mereka, tanpa menyedari bahawa
perbuatan mereka itu menjadi perhatian dan tumpuan anak-anak yang masih remaja.
Perbuatan ibu bapa yang menjadi ketua dan kepala keluarga sering menjadi ikutan dan
teladan kerana mereka adalah 'role model' atau contoh bagi anak-anak. Keadaan ini
sesuai digambarkan dengan peribahasa bapa borek anak rintik. Dengan yang
demikian tabiat merokok sudah pasti lambat laun akan menjadi ikutan mereka.
Iklan juga tidak kurang besar pengaruhnya terhadap golongan remaja. Setiap iklan
rokok yang ditayangkan lengkap dengan tarikannya seperti memasukkan bintang atau
pelakon yang popular, di samping menggunakan model-model wanita yang cantik
sambil menggoda lelaki. Perkara seumpama ini walaupun kecil sifatnya tetapi kesannya
amat mendalam dalam jiwa remaja.

Punca stress dan cara mengatasi stress


Anda sedang mengulangkaji pelajaran Bahasa Melayu tapi anda tidak dapat memberi
tumpuan sepenuhnya. Mungkinkah anda sedang mengalami stress atau tekanan
perasaan! Stress atau tekanan perasaan adalah salah satu penyakit moden yang
banyak membelengu masyarakat hari ini. Apa itu stress dan adakah stress itu
membahayakan diri kita?
Dr. Hans Selye, pengasas teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya
sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu
bebanan yang menimpanya. (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and
Psychotherapist) ; Stress) Bebanan ini boleh wujud dalam bentuk ancaman, cabaran
ataupun apa-apa perubahan dalam hidup seseorang yang memerlukan
pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif
yang dinamakan eustress dan ada pula negatif dan dinamakan sebagai distress.
Tekanan yang positif boleh menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan
lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan.
Banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis berlaku di saat mereka tertekan
dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang

berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang


pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem
telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

KESAN PEMANASAN GLOBAL


Pemanasan global telah menyebabkan bumi mengalami demam panas yang turut menjadi
penyebab utama iklim dunia menjadi semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan orang, perubahan
iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu sistem ekonomi berbanding dengan
kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan
meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang
melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas
sebagai nasib malang semata-mata.
Namun, bagi yang terselamat, mereka sebenarnya terdedah kepada ancaman kesihatan
selepas terselamat daripada lemas, mati kesejukan atau dehidrasi. Percaya atau tidak,
peningkatan suhu bumi telah membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun
2000 sama ada secara langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang
mengeluarkan perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku
di Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum
ditambah dengan ribuan mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun ibarat
sudah jatuh ditimpa tangga.
Pemanasan global yang berpunca daripada pencemaran udara akan menyumbang kepada
peningkatan jumlah gas karbon iaitu gas rumah hijau di ruang atmosfera bumi. Haba matahari

yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas
kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di
kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan
sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar.
Selain itu, suhu tinggi turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada
pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk daripada biasa.
Contoh terbaik dapat dilihat berdasarkan kepada gelombang haba di Eropah yang
menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang kepanasan ini telah
menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk kini jauh lebih tinggi. Malah, ada
negara seperti Amerika Syarikat telah dilanda ribut salji dan ribut taufan yang teruk seperti
Taufan Katrina pada tahun 2005.
Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin serius jika terus diabaikan atau
gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung kesan penuh
kerakusan generasi kini dalam mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan
kemajuan ekonomi kerana sifat tamak haloba. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti
akan memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak, dan warga emas yang
merupakan golongan paling mudah terdedah menjadi mangsa pertama bencana alam.
Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik
memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat
menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba
akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku
kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit radang paru-paru yang berpunca
daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan
lembap serta beberapa faktor lain.
Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang ramai kepada air
yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar
digunakan sebagai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes
cirit-birit , taun dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak ketika
musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan penyakit bawaan nyamuk akibat
pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan
air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana mendapat bekalan
makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.
Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan
beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini
semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai
bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau
beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon
monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung.
Pemuliharaan alam sekitar perlu dipikul bersama dan bukannya bergantung kepada kerajaan
atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata kata pepatah, ringan sama dijinjing,
berat sama dipikul. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan
kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira
akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana sememangnya orang yang tamak selalu

rugi. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka
dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidaktidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita
demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.

Punca-punca Penyakit AIDS Merebak dan Cara-cara Membasminya


Penyakit AIDS merupakan singkatan perkataan Bahasa Inggeris Acquired Immune Defiency
Syndrome iaitu Sindrom Kurang Daya Melawan Penyakit. Penyakit AIDS adalah disebabkan
oleh HIV iaitu Human Immuneodeficiency Virus. Virus tersebut akan merosakkan sistem imun
badan kita dan menyebabkan kita mudah dijangkiti penyakit lain. Kadar kematian penjangkit
AIDS adalah sangat tinggi kerana belum terdapat penawar yang berupaya mengubati penyakit
tersebut.
Merujuk kepada siasatan World Health Organisation (WHO) pada tahun lalu, terdapat
sekurang-kurangnya 42 juta orang penghidap penjangkit AIDS dan bilangan tersebut sedang
bertambah dengan kadar yang tidak dapat dijangkakan. Persoalannya sekarang, mengapakah
penyakit AIDS semakin menjadi-jadi? Tidak adakah penyelesaian yang harus diambil untuk
mengatasi penyakit AIDS? Tepuk dada tanyalah selera.
Faktor dominan yang menyebabkan penyakit AIDS berleluasa ialah kekurangan kesedaran
tentang bahaya penyakit AIDS dan kurang mengamalkan amalan gaya hidup sihat. Golongan
remaja yang kurang berakhlak mengamalkan pergaulan seks bebas iaitu melakukan hubungan
seks dengan ramai orang tanpa memikirkan kesudahannya. Selain itu, mereka juga melakukan
hubungan seks dengan orang yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Misalnya,
kegiatan pelacuran dan homoseksual telahpun menjadi gejala sosial yang tidak bermoral.
Akibat daripada amalan-amalan tersebut, penyakit AIDS dapat merebak secara meluas kerana

virus HIV akan dijangkiti melalui hubungan seks yang tidak terkawal. Jika seseorang pembawa
HIV, maka sesiapa yang melakukan hubungan seks dengannya akan terdedah kepada bahaya
HIV dan kadar jangkitan terhadap penyakit tersebut adalah tinggi.
Selain itu penyakit HIV boleh merebak melalui perkongsian jarum suntikan yang sudah dicemar
oleh darah pembawa HIV. Kejadian tersebut berlaku terutama dalam kalangan penagih dadah
yang kekurangan wang untuk membeli jarum suntikan baru daripada pembekal dadah. Oleh
yang demikian, mereka terpaksa berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain dan
terdedah kepada risiko dijangkiti HIV. Darah yang mengandungi HIV akan dipindahkan ke tubuh
orang lain melalui perkongsian jarum suntikan. Oleh yang demikian, hampir 60 peratus daripada
jumlah penjangkit AIDS atau pembawa virus HIV terdiri daripada golongan penagih dadah.
Kekurangan pengetahuan tentang penyakit AIDS juga menyumbang kepada peningkatan
bilangan pesakit AIDS. Rakyat seharusnya dibekalkan informasi tentang penyakit AIDS supaya
menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan pemeriksaan darah secepat mungkin untuk
mengetahui sama ada mereka adalah pembawa HIV yang berkemungkinan besar akan
menyebarkan virus tersebut melalui hubungan seks rambang, pemindahan darah, ataupun
melalui penyusuan ibu kepada anak. Jelaslah kepada kita betapa pentingnya bagi rakyat
menyedari tentang bahaya penyakit AIDS yang bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi
boleh juga mengancam nyawa seseorang.
Untuk mengatasi masalah yang kian berleluasa ini, pihak kerajaan seharusnya melakukan
pelbagai langkah yang elektif lagi sesuai. Kempen-kempen yang bertemakan kesedaran AIDS
boleh diadakan sebagai usaha menyedari rakyat terhadap bahaya AIDS. Langkah-langkah
pencegahan seharusnya diambil seperti mengamalkan gaya hidup sihat, di samping
mengelakkan perlakuan seks bebas dan senantiasa membuat pemeriksaan darah bagi
memastikan seseorang itu tidak dijangkiti virus HIV. Selain itu, media massa seperti media
cetak, media elektronik dan internet berperanan dalam memberi pendidikan dan kesedaran
terhadap rakyat yang masih kurang kesedaran terhadap bahaya penyakit AIDS. Dengan
gabungan usaha pelbagai pihak, penyakit AIDS dipercayai dapat dikawal dengan pengawasan
yang secukupnya.
Kementerian Pelajaran Malaysia harus menerapkan dalam sukatan pelajar mengenai bahaya
AIDS serta langkah pencegahannya sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah.
Langkah tersebut dapat memberi kesedaran kepada generasi akan datang sejak dari bangku
sekolah lagi. Dengan itu, di harap penyakit AIDS dapat dikawal dan dibasmi selama-lamanya.
Pendek kata, penyakit AIDS yang lama mengancam ketenteraman kehidupan manusia haruslah
dibasmi demi kesejahteraan manusia sejagat. Kerjasama antara pelbagai pihak adalah sangat
penting bagi menyelesaikan masalah AIDS yang merupakan peragut nyawa sebelum keadaan
ini bertambah serius.

Peranan dan kesan media massa


Sememangnya iklan sudah menjadi sebahagian lumrah kehidupan manusia sejagat pada
era globalisasi ini. Iklan jelas terpampang di mana-mana seperti akhbar, poster, papan iklan
gergasi, dan radio. Situasi ini seolah-olah membuktikan betapa kuatnya pengaruh iklan
dalam kehidupan kita. Jadi, iklan memang membawa pengaruh-pengaruh positif dan negatif
terhadap kehidupan insan di dunia ini.
Pengaruh positif iklan ialah iklan menyebabkan pengguna mempunyai pilihan untuk
membuat pembeliannya. Kewujudan iklan menyebabkan pengguna mengetahui betapa
banyaknya produk yang sama tetapi berlainan jenama dihasilkan pada zaman ini.
Pengguna akan menggunakan semua maklumat yang ada di dalam iklan untuk membuat
pilihan terbaik mereka. Iklan memastikan pengguna membeli produk yang terbaik mengikut
keperluan mereka.
Selain itu, iklan menyebabkan wujudnya persaingan yang sihat antara pengeluar sesuatu
produk itu. Kalau kita kaji, pengeluar sesuatu produk itu akan cuba menghasilkan iklan yang
terbaik mengikut kemampuan mereka untuk menarik minat pembeli. Keadaan ini
menyebabkan semua pihak cuba menonjolkan kelebihan produk mereka berbanding
produk pesaing. Jelaslah, iklan menyebabkan pengeluar memastikan produk mereka
menepati mutu seperti yang tersiar di dalam iklan mereka itu.

Namun begitu, iklan turut memiliki wajah negatifnya. Iklan sering mempergunakan wanita
terutama wanita seksi untuk melariskan jualan produk mereka. Malah, ada produk yang
tidak mempunyai kaitan dengan wanita tetapi menggunakan wajah wanita seksi untuk iklan
tersebut. Penggunaan model lelaki yang tampan dan sasa turut diekploitasikan oleh iklan.
Keadaan ini seolah-olah memberi makna palsu seperti penggunaan produk ini akan
menghasilkan wajah sebegitu atau penggunaan produk ini menyebabkan wanita sebegini
akan tertarik kepada seseorang. Bayangkan pengaruhnya kepada remaja kita?
Tambahan pula, kewujudan iklan menyebabkan harga barangan akan meningkat. Kos
untuk menghasilkan sesuatu iklan amat tinggi kerana penggunaan model, teknologi dan
krew penerbitan yang berpengalaman. Malah, iklan yang disiarkan di media massa
terpaksa membayar kos masa penyiaran yang terlalu mahal. Keadaan ini menyebabkan
pengeluar akan meninggikan harga produk mereka untuk memastikan iklan dapat
dihasilkan.
Malahan, iklan turut menyebabkan pengguna memberi barangan yang tidak mereka
perlukan. Pembelian mereka semata-mata atas dasar melihat iklan yang menarik.
Penayangan iklan telah menyebabkan mereka tertarik dan membeli barangan itu walaupun
barangan itu tidak mereka perlukan untuk satu tempoh yang lama. Sikap ini menjurus ke
arah pembaziran dan pembelian yang boleh menyebabkan pengguna berhutang atau
mengalami masalah kewangan.
Kesimpulannya, iklan mempunyai dua peranan. Satu untuk memberitahu dan satu lagi
untuk memusnahkan. Mungkin pengguna perlu bersikap bijak dengan membuat penilaian
rasional selepas melihat sesuatu iklan. Pengguna tidak harus terburu-buru membeli selepas
melihat iklan. Atau mungkin iklan harus diharamkan.

BULI DI SEKOLAH
Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara. Di sinilah generasi
pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan, dididik dan dibentuk. Begitu juga, institusi sekolah
merupakan tempat memupuk dan membentuk jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa, di samping
berfungsi
sebagai
tempat
pendidikan
akademik
dan
kemahiran.
Namun begitu laporan-laporan akhbar menunjukkan kes jenayah juvana dalam kalangan pelajar
sekolah semakin menjadi-jadi, yang sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk
jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara.
Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Buli merupakan satu
bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk
menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut,
menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejekmengejek, mengusik dan menghina. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam
kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan.
Namun begitu perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan, malah ia
semakin meningkat. Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, yang mengalami kecederaan parah
di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima orang pelajar seniornya di asrama sebuah
sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Baru-baru ini, kes buli di Kuching yang melibatkan lima pelajar
perempuan sekolah menengah yang melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai telah
melahirkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya para ibu bapa. Keadaan ini
menimbulkan
suasana
yang
tidak
aman
dan
selamat
di
sekolah.
Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia
memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi
memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng.
Perbuatan membuli, sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, tidak
sewajarnya
menjadi
budaya
yang
menunjangi
institusi
sekolah.
Pelbagai faktor mempengaruhi seorang pelajar terlibat dalam gejala buli. Antaranya, latar belakang
keluarga, rakan sebaya, kurang didikan agama, persekitaran dan budaya sekolah serta media massa.
Maka, jelaslah bahawa latar belakang sesebuah keluarga dan persekitaran serta budaya sekolah amat
mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Ibu bapa perlulah meluangkan masa dan
mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlulah senantiasa peka terhadap
pemilihan rakan sebaya oleh anak-anak mereka, mengambil tahu akan setiap aktiviti yang anak-anak
mereka
terlibat.
Selain itu, pelajar meluangkan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Guru merupakan
ibu dan bapa kepada pelajar di sekolah. Sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada pelajar di sekolah,
para guru haruslah arif dengan dapat mengesan sebarang tanda-tanda negatif atau perubahan dalam diri
seseorang itu. Seumpamanya, melihat gelagat pelajar yang sentiasa periang di sekolah telah berubah
identitinya dengan mendiamkan diri dan mengasingkan diri. Ia mungkin memaparkan tanda-tanda
seseorang pelajar itu mungkin dibuli atau terlibat dalam sebarang masalah. Justeru, ibu bapa dan guru
memainkan peranan yang setanding dalam pembentukkan seseorang individu. Dengan ini, ia dapat
membanteras anak-anak muda pada hari ini daripada terjebak dalam kancah gejala seperti ini.
Walaupun, semua faktor ini mempengaruhi emosi dan pembentukan seorang individu, namun
individu itu sendiri seharusnya menyedari kesan yang akan wujud pada masa akan datang akibat
daripada tindak-tanduknya pada hari ini. Mereka juga hendaklah menilai dengan rasional bahawa
penglibatan dalam gejala-gejala sosial seperti ini bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah di Malaysia
tetapi akan menghancurkan segala impian dan kerjaya seorang pelajar. Ini secara tidak langsung
memalapkan masa depan pelajar itu sendiri dan mangsa buli.

Sakit jantung
Serangan jantung adalah merupakan punca utama yang menyebabkan kematian terutamanya
kepada lelaki. Kita perlu mengetahui apakah faktor yang mendorong seseorang menghidapi
penyakit jantung. Ia mungkin dapat mengurangkan risiko daripada anda terdedah kepadanya.
Mungkin selama ini apa yang kita amalkan di dalam kehidupan seharian tanpa disedari adalah
punca untuk menghidap penyakit ini.
Antara faktor yang menjadi punca penyakit jantung adalah kesesakan. Mungkin sebelum
ini kita tidak tahu bahawa kesesakan adalah punca untuk seseorang menghidapi penyakit
jantung. Ia menyumbang sebanyak 8% daripada orang yang menghidap penyakit ini. Sekiranya
kita selalu terdedah kepada kesesakan, cuba mencari jalan untuk mengelakkannya dengan
cara menghirup udara segar selepas waktu bekerja.
Selain itu, faktor penyakit jantung ialah senaman dilakukan secara mendadak. Senaman
sememangnya adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan. Tetapi, sekiranya ia dilakukan
secara mendadak, ia akan meningkatkan risiko untuk kita menghidap penyakit jantung. Hasil
daripada kajian juga menunjukkan bahawa senaman yang dilakukan secara mendadak
menyumbang sebanyak 6% terhadap punca penyakit ini. Mungkin ia disebabkan ramai yang
masih tidak tahu mengenainya. Lakukan senaman secara berperingkat dan teratur.
Seterusnya pencemaran udara turut menyumbang kepada faktor penyakit jantung. Udara
yang tercemar juga mampu menjadi punca untuk seseorang menghidap penyakit jantung.
Walaupun ia adalah suatu perkara yang sukar untuk dikawal, tetapi kita boleh mencuba untuk
mengelakkannya dengan mengurangkan aktiviti ke tempat-tempat yang pencemarannya agak
tinggi seperti dibandar-bandar dan sebagainya.
Akhir sekali punca penyakit jantung ialah emosi yang kerap terganggu. Ketidakstabilan
emosi seseorang juga boleh menjadi punca terhadap penyakit jantung. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa orang yang keadaan emosinya negatif menyumbang sebanyak lebih
daripada 7% terhadap penyakit ini. Emosi yang tidak stabil akan meningkatkan kadar
pengeluaran hormon adrenalin, kadar degupan jantung, dan kelekitan sel darah merah dan jika
kesemunya digabungkan, ia akan menjadi punca penyakit jantung.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang dapat menyumbang kepada penyakit


jantung. Oleh itu, semua masyarakat seharusnya lebih berhati-hati dalam kehidupan seharian
mereka untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penyakit jantung.

You might also like