You are on page 1of 10

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

UQI11202
SEMESTER 2, SESI 2021/2022

TAJUK : Krisis Ilmu dan Kebenaran pada Zaman Moden

Disediakan oleh :

NAMA NO. MATRIK


NAJZATI BINTI M NOIN CB00000

PENSYARAH : DR. MUHAMMAD MASRURI


SEKSYEN : 10

1
1.0 PENDAHULUAN

Pada 2 Disember 2020, hari Rabu, telah mengadakan satu program Webinar Dialog Sains dan
Agama yang dianjurkan oleh Institut Ahli Sunnah Waljamaah Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM). Program ini dijalankan melalui aplikasi Zoom dan Facebok live yang
dihadiri oleh staf-staf UTHM serta semua pelajar pelajar pelajar yang sedang mengikuti program
ini. Dalam program ini akan membincangkan topik berkaitan Pandemik Covid19: “Isu &
Hakikat”. Sehingga 1 Disember 2020, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa
jumlah bilangan baharu telah mencatatkan sebanyak 1,472 kes. Ini menjadikan keseluruhan kes
di Malaysia telah mencatatkan sebanyak 67,169 kes. Manakala untuk kes aktif dengan
kebolehanjangkitan pula adalah 10,499 kes. Pademik Covid19 boleh dibincangkan daripada
banyak prespektif. Untuk itu hari ini kita akan membincangkan isu ini daripada pandangan 2
perspektif yang pada asasnya dilihat sebagai berbeza iaitu perspektif agama dan sains. Ia akan
dibincangkan dalam satu bentuk dialog. sebanyak Forum ini disertai bersama 2 panel khas telah
dijemput untuk membincangkan isu ini. Panel pertama ialah Dr. Balkis binti Haji A. Talip,
Pengarah Pejabat Persekitaran, Keselamatan, dan Kesihatan Pekerjaan UTHM. Manakala untuk
panel yang kedua ialah YB Dato’ (DR) Haji Nooh Bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam
Negeri Johor selain memerangkap Ahli Lembaga Pengarah UTHM.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk menghuraikan persoalan yang timbul
akan satu pemasalahan globalisasi pada masa kini iaitu permasalahan pandemik Covid 19 yang
semakin menonjolkan dan menjadi kerisauan di sejenak pelusuk dunia .Selain itu,program ini
juga dapat menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang bagaimana kewujudan satu organisma
yang dicipta oleh Allah S.W.T dan cara untuk mengatasi dan mencegah dari penularan penyakit
pandemik Covid 19 tersebut.

Sejak 18 Mac lalu, penularan wabak COVID-19 secara global telah menjakiti lebih
80,262,625 manusia dan mengakibatkan kehilangan 1,758,738 nyawa setakat ini. Selain itu,
penyebaran jangkitan koronavirus juga telah mengubah corak kehidupan serta merencatkan
pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik. Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 untuk mencegah virus Corona. Seterusnya, Perintah

2
Kawalan Pergerakan Pemulihan digantikan dan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
Sempadan negara kita masih ditutup dengan keputusan tidak membenarkan warga asing masuk
ke negara kita sebab setakat ini jangkitan COVID-19 di negara luar masih serius.
Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan
influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. Ia dianggap paling mudah
berjangkit apabila seseorang menerima tanda gejala, walaupun penyebarannya mungkin
walaupun sebelum gejala muncul. Masa antara pendedahan dan permulaan gejala biasanya lima
hari, tetapi mungkin berkisar antara dua hingga empat belas hari. Gejala umum termasuk demam,
batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran
pernafasan akut. Pada masa ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu; Usaha terdiri
daripada pengurangan simtom dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang
disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari
orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama
14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.
Usaha untuk mencegah penyebaran termasuk sekatan perjalanan, kuarantin,
pengurungan, penangguhan acara dan pembatalan, serta penutupan kemudahan.langkah-langkah
pengurungan di China dan Korea Selatan, pelbagai penutupan sempadan atau sekatan
penumpang yang masuk, saringan di lapangan terbang dan stesen kereta api, dan nasihat
perjalanan mengenai kawasan dengan penghantaran komuniti. Pandemik ini telah membawa
kepada gangguan sosioekonomi global, penangguhan dan pembatalan acara kebudayaan,
keagamaan dan kesukanan, dan ketakutan yang meluas dalam kekurangan bekalan yang telah
mendorong pembelian panik.

2.0 KANDUNGAN SYARAHAN DAN KEPENTINGAN WEBINAR ILMIAH

Penceramah Dr. Balkis memberikan penjelasan latar belakang Pademik Covid yang sedang
melanda dunia pada masa kini, yang mana dikatakan ia adalah satu virus yang dinamakan
sebagai Corona. Pandemik Covid19 ini pertama sekali dilaporkan di Wuhan,China sehingga ke
hari ini kes yang dilaporkan sudah ke 2 juta kes dilaporkan. Kes pertama dilaporkan berasal dari
China. Covid ini dikenali sebagai virus. Virus ini merupakan satu benda yang kita tidak akan
nampak dengan mata kasar tetapi ia sangat berbahaya jika benda itu terkena kepada kita.
Covid19 ini disebabkan satu virus yang dinamakan SAS CoV-2. ia dinama SAS2 adalah kerana

3
sebelum ini pada tahun 2003, di seluruh dunia pernah terkena satu wabak juga dikenali sebagai
SAS1. virus ini adalah satu kelompok yang sama tetapi berlainan genetik. Saiz untuk Covid19 ini
adalah 60-140nm(nanometer) dan ia berjangkit melalui saluran penafasan. Persamaan kedua dua
virus ini, ialah asalnya datang daripada haiwan.

Pada masa dahulu, telah berlaku satu peristiwa di sekitar tahun 17 dan 18 Hijrah yang
dinamakan dalam kamus dunia yang dinamakan wabak taun umwas yang pernah menyerang
umat islam ketika itu iaitu penyakit. Dari padangan perspektif, mungkin ada panduan yag boleh
kita belajar dari peristiwa penyakit ini. Penyakit taun muas ini amalah dasyat ketika ia terjadi
pada masa itu kepada umat islam. Ia kerana telah dianggarkan sebanyak 20,000-50,000 ribu
mati syahid akibat penyakit ini. Muas ini adalah satu tempat di Palestin, Ramelah dan Jurusalem.
Diantara orang orang isimewa yang terkena penyakit ini adalah para sahabat Nabi Muhammad
S.A.W iaitu Abu Ubaidah Ibn Al- Jarrah, Muaz Bin Jabbar serta lain lain lagi. Mereka ini adalah
barisan hadapan yang menghadapi peperangan ini. Perjuang perjuang umat islam ketika itu telah
diberi ujian oleh Allah S.W.T untuk diuji pada masa. Penyakit ini berlaku di Syam, iaitu satu
bahagian di kawasan utama Syan dan terus merebak dengan laju keseluruh daerah Syam sebelum
berjangkit ke seluruh Mesir dan lain lain lagi. Lebih menyedihkan ketika itu, digambarkan tiada
penawar yang dapat untuk merawat penyakit tersebut. Ketika itu, berlaku juga musim kemarau
yang amat dasyat dan ketika itu jugalah terdapat manusia yang tamak, mereka menyorokkan
semua barang keperluan seperti gandum dan akhirnya bekalan makanan mereka telah dimakan
oleh tikus tikus di situ. Akhirnya terjadilah satu penyakit yang dibawa oleh tikus pula
kemudiaanya. Wabak ini berlaku ketika pemerintahan Saidina Ummar Bin Al Khattab, insan
yang cukup tegas, berani tetapi dalam keadaan seperti ini ketua ini melayani rakyatnya dengan
sangat baik. Kita apa yang dilakukan oleh Saidina Ummar ini serba sedikit telah dilakukan oleh
Pihak KKM serta Majlis Keselamatan Negeri. Perkara yang Saidina Ummar telah lakukan
sangatlah luar biasa pada ummahnya yang tidak kira apa sahaja bangsa dan agama berbanding
dirinya. Maka Ummar telah merujukkan satu hadis itu yang telah diriwayatkan oleh Iman Al
Buqahri yang bermaksud “apabila kamu dengar berita satu negeri, satu tempat, satu kawasan
berlaku wabak, penyakit berjangkit serta sebagainya, jangan kamu sesekali datang ke tempat
itu, kalau kamu datang seperti membunuh diri dan kalau takdir kamu berada di tempat wabak
itu, maka tidak dibenarkan sekali sekali merentas sempadan. Kemudian dia mengarahkan untuk
berkuarintin kepada rakyatnya agar tidak keluar rumah. Taat pada perintah Allah, taat perintah

4
Nabi Muhammad S.W.T serta pemerintah kerajaan. Saidina Ummar juga menyediakan telah
menyediakan keperluan apa yang mereka perlu lakukan serta melakukan peraturan dari segi
ilmunya, rawatanya dan sebagainya. Selain itu juga, Saidina Ummar juga mengunakan ilmu
Fiqah .keadaan yang darurat maka benda yang dilarang boleh dilakukan, manakala benda yang
wajib serta boleh ditingggalkan. Sebagai contoh ketika pada awal waktu kita dikuarintin dahulu,
kerajaan tidak membenarkan kita untuk solat jemaah di surau atau ketika hendak solat jumaat
masjid masjid dan ditutup sementara waktu kerana untuk menyelamatkan ummah. Jadi sebagai
rakyat cubalah untuk sentiasa menyokong segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia dan jangalah kita menjadi batu api dalam segala usaha yang
telah dilakukan oleh mereka.

Berdasarkan kepada media media massa serta tulisan tulisan yang dapat kita simpulkan
terdapat beberapa spekulasi seperti sebab sebab kemunculan penyakit corona ini. Diantaranya
ada yang berkata kemunculan virus ini kerana memakan haiwan ekzotik yang diamalkan di
Wuhan,China dan ada juga berpendapat bahawa virus corona ini merupakan virus yang dicipta
oleh manusia dengan maksud maksud serta tujuan tujuan yang tertentu. Jadi pada pandangan Dr,
bagaimana sains melihat kesahihan perkara ini di atas data data ini. Berita ini juga banyak
diperkatakan di setiap media massa serta berita berita di tv kerana ada yang menjadikan ia seperti
senjata untuk diri mereka. Spekulasi tentang memakan haiwan ezotik ini. Setiap sainstis di
seluruh dunia telah mengkaji perkara ini adakah ia benar perkara yang ini terjadi di Wuhan.
Benda yang patut kita tahu adalah virus ini bersifat obliglotori dalam iaitu ia akan masuk ke
dalam hos kerana tidak ia tidak akan aktif sebagai virus. Kemudianya, benar atau tidak virus ini
boleh dicipta. Dari sinilah kita kena lihat virus ini stabil atau tidak kerana dalam sains virus ni
adalah dikategerikan sebagai mikronisma yang paling lemah. Para-para saintis juga masih lagi
berdebat sama ada virus ini sebenarnya benda hidup atau pun benda yang mati atau ia adalah
kimia sampai ke hari ini. Namun begitu, sifirnya yang diambil kebanyakkan ahli sains adalah
virus ini bersifat wajib mesti ada perumahnya atau dikenali sebagai obligate intracellular
parasite. Disebabkan ia adalah dalam golongan parasite maka ia boleh menyebabkan
kemusnahan kepada sel. Melihat dari ini, khabar tentang manusia yang buat virus telah hilang
hampir 50%. Jadi tidak akan mungkin manusia dapat mencipta satu virus. Namun apa yang
manusia boleh buat ialah mereka mengubahsuai genetik supaya virus ini menjadi lebih lemah
atau menjadi lebih stabil. Daripada satu kajian pada bulan mac 2020, mereka telah membuat

5
jujukan iaitu mereka menyusun genetik virus ini untuk melihat sama ada benar atau tidak virus
ini telah dimanipulasi atau dicipta oleh manusia. Daripada hasil kajian mereka, kenapa covid19
ni sangat mudah berjangkit. Ia kerana dia ada struktur virus yang cara dia bekerja dia seperti
kunci dan mangga di mana semua sel yang ada pada diri manusia yang kita ada enzime tersebut
yang mana mereka sangat suka dengan anzime tersebut dimana apa bila virus ini menyerang diri
manusia, virus ini mudah meresap pada sel setiap manusia. Disebabkan itu jugalah, virus ini
dikatakan lebih mudah tersebar beerbanding dengan SAS atau MESCOF kerana ia ada satu
struktur ini sangat sesuai untuk Covid19 ni bergitu mudah memasuki sel manusia. Seperti virus
lain, sifat mereka yang seperti kunci apabila dimasukkan pada magga ia tidak dapat dibuka
bergitu mudah. Namun covid19 ini pula seperti kunci yang dapat membuka mangga ini dengan
sangat mudah. Dalam istilah sains, virus bukan satu unit yang boleh melompat kepada kita tetapi
ia telah membuat satu tapak rumah mereka di sel kita dan dari situlah mereka akan bertapak di
situ serta membawa segala maklumat genetik virus itu ke dalam sel manusia itu. Dari situlah
virus ini akan tumpang pada sel nukles, dan mula menyebarkan segala yang ada dalam unit virus
tersebut pada seluruh sel badan kita dan mula memusnahkan sel sel badan kita. Dalam badan
manusia terdapat 2 sel iaitu imune system berperanan untuk mengesan benda asing yang mula
memasuki sel badan kita. Kemudian satu lagi sel iaitu T-sel akan radang sedikit sel dalam badan
kita untuk makan virus ini. Namun disebabkan banyak bilangan virus yang masuk didalam badan
manusia tersebut menyebabkan ia menjadi terlebih radang dan akibatnya dia termakan sekali sel
sel yang baik dia dalam badan manusia. Untuk menjawab persoalan bahawa virus ini dicipta oleh
manusia, tidak boleh seratus peratus ia betul kerana virus tersebut telah berubah mengikut
keadaan. Ia kerana, jika kita melihat kes di Wuhan, perkara pertama yang kerajaan telah lakukan
adalah menutup semua pasar pasar yang berada disitu kerana mereka percaya kes yang
dicatatkan di hopital ada kaitan dengan dari pasar makanan laut. Apabila mereka pergi ke situ,
mereka juga telah menjumpai haiwan haiwan ekzotik. Antara haiwan yang selalu dibeli di pasara
tersebut adalah kelawar dan juga tengiling terutama pada musim tahun baru. Pada kajian sains,
kelawar ini adalah satu haiwan yang dimana ia telah diciptakan oleh Allah dia sejenis haiwan
yang tahan sakit. Ia boleh menyimpan banyak virus dalam badan dia tetapi dia paling jarang
terkena sakit terutama kanser. Tetapi jika manusia ini ada yang pernah masak kelawar ini,
mereka percaya bahawa virus yang ada dalam ini telah mati. Namun bergitu kenapa ia dikaitkan
haiwan ekzotik ini ada kaitan dengan covid19 ini adalah apabila manusia tinggal bersama dengan

6
haiwan tersebut. Mereka akan simpan kelawar dan tenggiling ini di rumah mereka. Tenggiling
ini pula mereka sejenis haiwan yang memakan anai anai serta haiwan yang kecil. Jadi dia seperti
akan memakan virus yang berada di tanah. Tengiling ini dikatakan haiwan yang kotor kerana
mereka tinggal di kawasan dalam longkang, lubang tanah dan ia sangat susah ditemui namun
manusia tetap mencari haiwan ini untuk makan. Disebabkan itu jugalah, islam amatlah melarang
kita untuk makan 2 jenis haiwan ini kerana ia kotor dan apabila saintis ini membuat jujukan virus
ini, mereka menemui ada persamaan virus dari dua haiwan ini dengan virus yang ada pada
covid19 ini. Kemudian mereka melihat semula di pasar di negera Wuhan ini, mereka mendapati
2 jenis mamalia ini ada dijual di pasar tersebut dan selepas itu mereka membuat pemeriksaan,
mereka mendapati penjual penjual ini makan, tidur berehat di kawasan itu juga bersama sama
dengan mamalia ini. Mamalia ini asalanya di hutan, jadi apabila manusia telah memindahkan
mereka ke dalam habitat manusia seperti di dalam rumah atau bangunan yang digunakan oleh
manusia, dari situlah virus yang ada pada haiwan ini akan bertukar dan membiasakan diri mereka
dengan suasana baru yang ada sekitar manusia. Satu perkara yang kita perlu faham mengenai
covid19 ini datang dari haiwan ke manusia dan manusia ke manusia. Jadi di sini, kita dapat
melihat bahawa manusia yang beragama islam tidak akan mencuba untuk makan makanan ini
kerana mereka telah diajar bahawa haiwan haiwan ini haram dimakan kerana ia memberikan
kemudaratan kepada diri mereka. Namun untuk sesetengah manusia ada yang percaya apabila
mereka makan kelawar ini, mereka akan dapat imune tahan sakit yang ada dalam kelawar itu dan
boleh menjadi ubat dalam diri mereka. Manakala tenggiling pula mereka percaya kulit tenggiling
tersebut ada perubatan yang dapat membantu diri mereka. Kesimpulanya, untuk membuktikan
bahawa kes ini dicipta oleh manusia masih lagi 50/50 untuk ia terjadi kerana manusia tidak
mampu mencipta virus.

Covid19 ini ada yang menganggap ia sebagai satu ujian yang diberikan untuk manusia
hadapi pada masa kini. Tetapi ada juga menganggap ia sebagai musibah atau bala apabila
berlakunya covid19 ini. Jadi persoalanya bagaimana kita hendak membezakan diantara ujian,
musibah, kafarah, dan juga hikmah dan juga persoalan bahawasanya wabak corona virus ini ada
kaitan dengan kedatangan hari kiamat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Iman Al
Bukhari ialah salah satu tanda besarnya adalah berlakunya wabak yang akan membunuh
manusia itu seperti kambing yang mati.

7
Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba hambanya tetapi hambanya sendiri
yang menzalimi diri mereka sendiri. Melihat daripada persoalan ini, ia bergantun serta tertakluk
pada keadaan , sifat peribadi, akhlak serta disiplin manusia itu sendiri. Ini kerana ada pada
sesetengah manusia menganggap apa yang berlaku ini adalah satu ujian dan ada pula yang
menganggap sebagai musibah serta sebagai sebagai peringatan terakhir pada diri mereka. Ada
juga jenis manusia yang menganggap ia sebagai satu kafarah untuk dirinya atas dosa dosa
lampau mereka daripada Allah S.W.T. Ujian adalah satu perkara yang sentiasa akan datang pada
bila bila jadi manusia mestilah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapinya. Yang
kedua, ingatan dan peringatan dari-Nya itu bermaksud Allah S.W.T sayang kepada kita. Sebagai
contoh, semasa covid19 melanda, ibu bapa dapat cuti selama sebulan semasa waktu ramadhan
tidak seperti sebelum berlaku covid. Ada pula yang yang pernah khatam dalam masa 2 minggu
kalau biasanya tidak akan dapat nikmat seperti ini. Ini pula sudah mengubah menjadi hikmah
yang besar kepada manusia. Apa yang Allah takdirkan untuk kita akan ada hikmahnya sama ada
tersurat dan tersirat tanpa disedari oleh manusia. Allah juga sentiasa bersama dengan orang
orang sabar. Selain itu juga, mungkin juga boleh dikatakan ini salah satu tanda tanda kiamat.
Namun jangalah kita terlalu fokuskan kiamat sehingga kita tidak fokus pada kerja kita kerana
kiamat itu adalah rahsia yang Allah sahaja yang tahu. Orang yang kena terkena wabak ini
dikatakan akan mati syahid walaupun dia masih hidup tetapi dengan syaratnya dia bersabar dan
menerima qad’a dan qa’dar yang telah diberikan oleh Allah S.W.T, serta mengharapkan
keredaan dan keampunan kepada Allah dan tidak menunding jari kepada orang lain. Dalam surah
Al Baqarah ayat 155,156,157 dimana ayat ini mengingatkan musibah yang berlaku keatas
seseorang manusia diterimanya dengan penuh sabar dan mengucap inna lillahi wa inna ilayhi
raji’un dijanjikan oleh Allah dalam ayat ini akan turunkan kasih sayang, rahmat, berbagai bagai
kebaikan dan sebagai penghapusan doa. Kemudian juga dijanjikan olehNya mendapat pertunjuk
daripada Allah. Dari sebab inilah, jangalah kita menyalahkan Allah tentang apa yang berlaku.
Jadi dari ini jangalah kita sia siakan ruang dan peluang ini. Kita bertuah menjadi umat Nabi
Muhammad di muka bumi ini. Teruskanlah beristiqamah. Kesimpulan dari ini ialah tidak apa
yang Allah jadikan sesuatu itu kerana ia sia sia. Mungkin itu adalah salah satu cara Allah ingin
menarik kita kembali rapat ke jalanNya

8
3.0 PERKARA YANG DAPAT DIPELAJARI

Falsafah sebagai ilmu yang sangat diperlukan dalam kehidupan masa kini. Kepentingan falsafah
dalam kehidupan harian……… Dapat melakukan aktiviti yang berfaedah dirumah bersama
keluarga sama ada aktiviti fizikal atau spiritual. Dapat melakukan ibadah yang mencukupi dan
dapat membuat yang lebih oleh kerana mempunyai masa yang banyak. Seperti membaca Al-
Quran, melakukan solat-solat sunat dan sebagainya.
Epistimologi pada masa sekarang sangat diperlukan dalam menghadapi cabaran dunia
yang menggunakan teknologi dan media massa yang sangat dominan. Setiap berita perlu dicari
kebenaran dan sumbernya agar setiap individu tidak tersilap jalan.Daripada penjelasan
penceramah, maka dapat dipelajari beberapaKepentingan & keperluan aktiviti dan kandungan
ceramah yang diamalkan dalam kehidupan seseorang:
Dapat juga membeli barang dengan cermat dan tidak terlalu mengikut nafsu untuk
membazir. Beristiqamah dalam ibadah dan keyakinan kita sebagai manusia. Pentingnya kita
sebagai manusia banyakkan berdoa, berzikir kepada Allah. Mengikut SOP yang telah
ditetapkanoleh pihak Kerajaan dan KKM.
Kesan melakukan perkara / amalan ini :Mengikut SOP yang ditetapkan seperti :Menjaga
penjarakkan 1 meter.Memakai mask.Membasuh tangan atau memakai sanitizer.Jika SOP ini
diamalkan dengan baik, ianya dapat mencegah dari terkenanya penyakit virus pandemic ini.
Menjalanka n ibadah. Ujian atau musibah dinyatakan sebagai amalan yang dapat menghapuskan
dosa-dosa kecil. Kesannya beribadah ini dapat memperbaiki sikap seseorang itu. Sektor ekonomi
sebagai sumber pendapatan hampir seluruh manusia merupakan antara sector yang paling
terkesan kerana perjalanan perniagaan memerlukan pergerakan walaupun pada masa kini lebih
mengdepankan penggunaan teknologi dan media social. Oleh itu hampir semua pekerjaan
dilakukan dari rumah.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan keseluruhan ini kita seharusnya sentiasa percaya dalam setiap apa yang terjadi
daripada wabak ini ada sebabnya terjadi dan ambilah dari sudut pandangan positif untuk menjadi
diri kita semakin bertakwa dan mendekatkan diri kepada Allah. Janganlah kita selalu berfikir
negetif kenapa Allah memberi bala ini kepada kita. Namun bergitu setiasa kita terus

9
berpandangan ke hadapan dan meneruskan hidup kita dengan norma baru ini kerana kita tidak
mengetahui dari apa yang Allah ketahui kerana itu semua rahsia yang Allah sahaja yang tahu.
Walaupun bergitu marilah kita bersama sama bergading bahu membantu kerajaan untuk
menangani wabak ini. Ini kerana itu sahaja yang boleh kita lakukan pada waktu ini sebelum para
saintis dapat menjumpai penawar atau vaksin untk wabak ini.

10

You might also like