You are on page 1of 12

BACHELOR OF ISLAMIC STUDIES (ISLAMIC MANAGEMENT)

WITH HONOURS (BIS)

______________________________________________________________________________

ABSB3103

FIQH IBADAH

SEMESTER SEPTEMBER 2020

______________________________________________________________________________
TUGASAN

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FARID BIN ZAINAL ABIDIN

NO. MATRIKULASI : 85071915817

NO. KAD PENGENALAN : 850719-10-5817

NO. TELEFON : 019-3446762

EMAIL : farid.zainal@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : KUALA SELANGOR LEARNING CENTRE


ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 2–3

Pengurusan Jenazah 3

Persamaan Pengurusan Jenazah Pesakit Biasa Dan Pesakit Covid-19 3–4

Perbezaan Pengurusan Jenazah Pesakit Biasa Dan Pesakit Covid-19 5–6

Hikmah Disebalik Ujian Pandemik Covid-19 6–7

Rumusan Dalam Persediaan Menghadapi Jenazah Bagi Pesakit Berjangkit 7-8

Refleksi Kendiri 8–9

Kesimpulan 9 – 10

Rujukan 11

1
PENGENALAN

Tahun 2020 ini merupakan tahun yang sangat mencabar bagi semua penduduk khususnya
di negara kita Malaysia. Musibah yang melanda ini merupakan satu ujian yang perlu kita hadapi
dengan cara pengurusan emosi yang baik, bagus dan kuat. Virus Covid-19 yang mula menyerang
di negara China seterusnya merebak ke pelusuk dunia. Bagi negara kita Malaysia, ia merupakan
satu tamparan yang hebat. Kerana ia, bukan sahaja menjejaskan kesihatan seseorang, malah ia
juga menjejaskan ekonomi negara.Sektor-sektor ekonomi terpaksa ditutup selama 3 bulan yang
lalu banyak menjejaskan sebilangan rakyat marhaen. Sehingga 16 November 2020, sebanyak
1103 kes baharu telah dilaporkan dan menjadikan jumlah kes potof Covid-19 sebanyak 48,502
kes. Dan kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 313 kes. Ini antara perkara yang
membimbangkan bagi rakyat Malaysia juga frontliner yang bertugas.

Di dalam tugasan ini, akan membincangkan berkaitan dengan pengurusan jenazah bagi
pesakit Covid-19. Bagaimanakah cara menguruskannya mengikut hukum syarak dan panduan
daripada doktor agar individu yang menguruskan pesakit Covid-19 ini tidak terkena jangkitan.
Dan juga, di dalam tugasan ini akan membincangkan perbezaan dan persamaan menguruskan
jenazah biasa dengan jenazah pesakit Covid-19. Selain itu, saya akan menganalisis hikmah
hukum-hukum yang berkenaan dengan ibadah dalam pengurusan jenazah Covid-19 ini dan
seterusnya langkah-langkah persediaan yang perlu kita persiapkan bagi menghadapi
menguruskan jenazah bagi pesakit Covid-19 ini. Dengan tugasan ini dapatlah kita mempelajari
berkaitan pengurusan jenazah dengan baik kerana ia patut dipelajari oleh seseorang Muslim.
Walaupun hukum mempelajari pengurusan jenazah ini fardhu kifayah, ia menjadikan
tanggungjawab kepada semua muslim menguruskannya dengan baik. Selain itu, dengan
mempelajari pengurusan jenazah ini dapatlah menambahkan pengetahuan seseorang dan dapat
meningkatkan lagi keimanan seseorang. Lebih-lebih lagi apabila menguruskan jenazah pesakit
Covid-19. Ia merupakan satu pengalaman dan ujian yang perlu kita lalui bersama. Selain itu,
diakhir tugasan ini apa yang kita perolehi ialah proses kesadaran manusia terhadap menjaga
nyawa. Menjaga nyawa seorang mulim itu adalah lebih baik daripada mendedahkan diri daripada
wabak ini. Ini terkandung di dalam maqasid syariah. Oleh itu, apa yang telah ditetapkan oleh
Jabatan Agama, Mufti, Ulamak dan golongan yang berautoriti bidang agama dan kementerian

2
kesihatan mengenai pematuhan dalam menjaga nyawa daripada terdedah wabak Covid-19 ini
haruslah dipatuhi oleh masyarakat setempat supaya dapat mengurangkan lagi jangkitan.

PENGURUSAN JENAZAH

Di dalam Islam, telah menjadi kewajipan bagi orang hidup menguruskan jenazah bagi
orang yang telah meninggal dunia. Iaitu memandikan jenazah, mengkafankan jenazah,
menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan jenazah. Di dalam tugasan ini, saya akan
membincangkan berkaitan persamaan dan perbezaan bagi menguruskan jenazah pesakit biasa
dan jenazah pesakit Covid-19. Bagi menguruskan jenazah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan
( PKP ) ini, terdapat beberapa SOP ( Standard Operasi Prosuder ) yang perlu dipatuhi dengan
berpandukan carta alir proses menguruskan jenazah pesakit biasa ataupun pesakit Covid-19.
Dalam menguruskan jenazah pesakit biasa dan jenazah pesakit Covid-19 ia melibatkan dengan
pihak hospital atau pengesahan daripada pegawai kesihatan untuk mengesahkan kematian. Pihak
Polis, Jabatan Agama setempat dan pihak masjid kariah juga berperanan dalam proses
menguruskan jenazah.

PERSAMAAN PENGURUSAN JENAZAH PESAKIT BIASA DAN PESAKIT COVID-19

Bagi menguruskan jenazah, empat perkara yang wajib disempurnakan terhadap jenazah
iaitu memandikan jenazah, mengkafankan jenazah, menyembahyangkan jenazah dan
mengebumikan jenazah. Persamaan dalam menguruskan jenazah pesakit biasa dan pesakit
Covid-19 ialah hanya 3 perkara sahaja. Iaitu mengkafankan, menyembahyangkan dan
mengebumikan jenazah. Dalam mengkafankan jenazah bagi pesakit biasa lelaki, dikafan dengan
tiga atau lima helai yang boleh menutupi jenazah dari kepala hingga ke hujung kaki. Bagi
jenazah perempuan menggunakan 5 helai kain putih iaitu sehelai kain yang menutupi dari pusat
hingga ke bawah badannya, sehelai menutup kepala dan sehelai baju menutup badannya yang
atas, manakala bahagian dalam dilebihkan sedikit ke bawah. Ini berdasarkan arahan Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi Wasallam ketika mengkafankan anak perempuannya, Ummul Kalthum
( Riwayat Abu Daud ). Kemudian, disunatkan menggunakan kain yang bewarna putih dan
makruh menggunakan kain yang berwarna. Sepertimana yang telah disebutkan di dalam sebuah
Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Tirmizi bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda :

3
َ َ‫" إِ ْلبِسُوا ِم ْن ثِيَابِ ُك ُم ْالبِي‬
" ‫اض فَإِنَّهَا ِم ْن خَ ي ِْر ثِيَابِ ُك ْم َو َكفِّنُوا فِ ْيهَا َموتَا ُك ْم‬

Maksudnya : “ Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih, kerana ia adalah sebaik-baik
pakaian. Kafankan sesiapa yang mati dikalangan kamu dengan kain putih. “ ( Hadis Riwayat al-
Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, kitab Jenazah : Bab sunat kafan )

Seterusnya, menyembahyangkan jenazah merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam


yang berada di kawasannya. Begitu juga menyembahyangkan jenazah bagi pesakit Covid-19,
hanya beberapa orang sahaja yang terdiri daripada petugas-petugas yang menguruskan jenazah
Covid-19. Walaupun kaedahnya sama namun sedikit berbeza dengan keadaan dan jumlah yang
melaksanakan solat ke atas jenazah tersebut. Kerana terdapat beberapa SOP ( Standard Operasi
Prosuder ) dalam melaksanakan solat ke atas jenazah pesakit Covid-19 bagi mengelakkan
daripada terkena jangkitan.

Seterusnya, mengebumikan jenazah bagi pesakit biasa dan jenazah pesakit Covid-19
adalah sama. Iaitu dengan kadar minimum di dalam satu lubang yang kedalamannya boleh
menghalang bau busuk dan tidak boleh digali oleh haiwan. Jenazah juga hendaklah dihadapkan
ke arah kiblat. Dalam pada itu, jenazah bagi pesakit Covid-19 juga mempunyai persamaan dari
segi penyediaan liang lahad. Namun dari segi pengurusan bilangan petugas sahaja dibezakan.
Hanya petugas sahaja yang dibenarkan sepertimana garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Agama Islam Selangor yang bertarikh 15 Jun 2020. Jabatan Unit Forensik Hospital telah
menubuhkan satu unit pengurusan jenazah bagi pesakit Covid-19 dengan kerjasama dengan
Jabatan Agama Islam di negeri-negeri untuk mengendalikan jenazah. Hanya 5 orang sahaja yang
dibenarkan untuk menguruskan jenazah bagi pesakit Covid-19 dan waris hanya boleh melihat
dari jarak yang dibenarkan. Namun, persamaan penyediaan pengebumian adalah sama, tetapi
kaedah pengebumian agak sedikit berbeza. Walaubagaimanapun, sebagai muslim cukup sekadar
selesaikan perkara yang wajib bagi melunaskan tanggungjawab terhadap orang yang telah
meninggal dunia. Antara persamaannya lagi ialah menyegerakan mengebumikan jenazah lebih-
lebih lagi jenazah pesakit Covid-19. Bagi jenazah biasa juga dituntut menyegerakan jenazah.

4
PERBEZAAN PENGURUSAN JENAZAH PESAKIT BIASA DAN PESAKIT COVID-19

Terdapat beberapa perbezaan dalam menguruskan jenazah bagi pesakit biasa dan pesakit
covid-19. Dari segi memandikan jenazah, bagi pesakit biasa adalah diwajibkan memandikan
jenazah dengan cara yang paling sempurna melainkan dalam keadaan darurat atau kurang
kelengkapan kain kafan contohnya kerana kemiskinan atau jenazah yang terlalu ramai
sepertimana yang berlaku kepada mangsa-mangsa tsunami dan peperangan, cukup sekadar
menghilangkan najis yang ada pada tubuh dan meratakan air ke seluruh badan. Manakala bagi
menguruskan jenazah bagi pesakit Covid-19, adalah sungguh berbeza. Tak perlu dimandikan
hanya sekadar digantikan dengan tayammum. Ini juga telah disebutkan di dalam kitab Idaman
Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut karangan oleh Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya.
Jenazah bagi pesakit Covid-19 ini termasuk di dalam kategori mayat yang uzur kerana tidak
boleh dimandikan untuk mengurang atau menghindarkan daripada wabak penyakit. Selaras
dengan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 17 Mac 2020,
yang memutuskan bahawa pengurursan jenazah akibat Covid-19 hendaklah diuruskan dan
dilaksanakan sepertimana pengurusan jenazah orang Islam yang disyaki atau disahkan dijangkiti
virus Ebola di Malaysia. Jenazah hendaklah diuruskan mengikut prosuder tayammum iaitu
dengan hanya melakukan tayammum di atas permukaan beg jenazah atau pembalut plastik yang
membalut jenazah tersebut.

Seterusnya, dalam menguruskan kafan jenazah terdapat perbezaan antara jenazah pesakit
biasa dan pesakit Covid-19. Bagi jenazah biasa kebiasaan tiga hingga lima lapisan kain kafan.
Bagi jenzah pesakit Covid-19, lapisan pertama dengan tiga hingga lima lapisan kain kafan
kemudian dimasukkan ke dalam dua lapisan body beg yang disediakan pihak hospital. Kemudian
dilapisan luar body beg tersebut hendaklah dinyahkuman dengan larutan Sodium Hypochlorite
0.5% bagi menghindarkan petugas-petugas jenazah terkena jangkitan. Namun, potensi jangkitan
terhadap petugas jenazah Covid-19 tetap ada hasil daripada pemeriksaan ke atas permukaan
badan jenazah dan juga cecair yang keluar daripada rongga badan. Rukhsah ini adalah
merupakan pengecualian dan kelonggaran sekiranya terdapat perkara yang memudaratkan
kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah Covid-19 ini. Hukum ini digunapakai melalui
keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam ( MKI ) kali yang ke-

5
107 pada 10-15 Februari 2015. Prosuder tayammum ini adalah adalah yang paling ringan
berisiko dalam menyempurnakan jenazah bagi pesakit Covid-19.

HIKMAH DISEBALIK UJIAN PANDEMIK COVID-19

Disebalik musibah dan tragedi Covid-19 yang melanda negara, ia memberi impak yang
besar bukan sahaja dari segi kesihatan, ekonomi dan sosial, malah aktiviti keagamaan dan
kerohanian juga terjejas disebabkan penularan ini. Apa yang boleh kita pelajari hikmah yang
berlaku, seiring dengan mengaitkan video “dari ICU ke liang lahad” dapatlah kita merasakan
kesedaran Islamisasi dan umat Islam dalam menerapkan beberapa pendekatan norma baharu dan
fasa kembali kepada fitrah hasil daripada pengalaman ini. Antaranya ia dapat mendidik diri
untuk menjadi lebih positif. Kerana percaya akan qada’ dan qadar Allah merupakan satu
kepercayaan yang wajib diimani oleh seseorang muslim. Dengan itu, tabiat murni dengan norma-
norma baharu menjadi seseorang itu sentiasa terdidik di dalam kehidupan sehariannya.
Contohnya seperti menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kerana ia merupakan satu langkah
bagi menghindarkan wabak penyakit dan menjaga nyawa manusia. Sepertimana yang kita lihat
petugas-petugas yang bertungkus-lumus dalam menangani pesakit Covid-19, betapa sukarnya
bagi mereka berhadapan dengan nyawa manusia. Sepertimana menurut Syeikh Ahmad al-
Raisouni dalam konsep fardhu kifayah dan kerjasama dalam perkara taqwa, konsep ini diasaskan
diatas prinsip “al-Ta’awun ‘ala Al-Birr waal-Taqwa’ iaitu bekerjasama dalam perkara kebaikan
dan taqwa. Firman Allah SWT ;

         


Maksudnya : …”hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,


dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”.

Di dalam konteks semasa, kerjasama yang bersepadu secara kolektif adalah amat penting
di dalam menangani wabak Covid-19 sepertimana yang dilakukan oleh petugas hospital dan
frontliner yang bertungkus-lumus menyelesaikan isu ini. Antara hikmah yang boleh kita lihat

6
ialah sifat ihsan oleh mereka terhadap pesakit-pesakit. Dengan ini, masyarakat secara tidak
langsung mula sedar menjaga kesihatan kendiri seperti menjaga pemakanan dengan
mendisiplinkan diri untuk menjaga pemakanan yang seimbang kerana penyakit itu datangnya
daripada perut. Di dalam konsep beragama, tragedi yang melanda ini mempunyai hikmah yang
tersembunyi yang akhirnya kita ketahui betapa agama Islam adalah agama yang suci dan mudah.
Pelbagai rukhsah yang boleh dipraktikkan dalam melaksanakan ibadah berhadapan dengan
wabak ini seperti solat, menguruskan jenazah, bersedekah dan banyak lagi ibadah yang umum
dan khusus. Oleh itu, taqwa dan tawakkal antara perkara yang paling banyak kita dapati didalam
menangani situasi yang sukar ini.

RUMUSAN DALAM PERSEDIAAN MENGHADAPI JENAZAH BAGI PESAKIT


BERJANGKIT

Pandemik Covid-19 ini kita telah banyak menyaksikan perkara-perkara yang berlaku
diluar jangkaan kita. Lebih-lebih lagi apabila pesakit Covid-19 ini dipisahkan daripada keluarga,
sehinggakan ada yang membawa kepada kematian. Dan virus ini juga telah menjadikan ramai
manusia terjejas kehidupannya kerana tidak dapat m,eneruskan kehidupan seperti biasa. Malah,
ada juga yang kehilangan pekerjaan, emosi terganggu dan pelbagai perkara negatif yang berlaku.
Hikmah disebalik musibah ini, ia sebenarnya telah menjadi umat Islam khususnya mempelajari
maslahat yang berlaku kepada pesakit Covid-19. Lebih-lebih lagi apabila menguruskan jenazah
yang menimpa virus Covid-19 ini. Walaupun telah difatwakan oleh Jabatan Mufti prosuder
menguruskan jenazah Covid-19 ini seperti menguruskan jenazah pesakit yang menghidap virus
Ebola, namun disini saya akan merumuskan beberapa perkara yang perlu kita beri perhatian bagi
membuat persediaan sekiranya dimasa akan datang berlaku lagi penularan virus-virus seperti ini.

Yang pertamanya, persiapkan diri dalam menimba ilmu pengetahuan mengenai


pengurusan jenazah. Dengan cara mendalaminya secara terperinci supaya dimasa hadapan
negara kita ini akan melahirkan umat Islam yang bijak dan faqih dalam menguruskan maslahat-
maslahat awam yang berkaitan dengan hukum hakam agama. Sepertimana yang disebutkan
dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Baginda Nabi Sallallahu ‘alaihi
Wasallam bersabda yang bermaksud, “menuntut ilmu itu adalah wajib bagi kaum muslimin dan
muslimat. Manakala di dalam kitab Hidayah Al-Salikin disebutkan oleh Syeikh Abdul Somad

7
Al-Falembani, menuntut ilmu itu adalah lebih afdhal daripada solat sunat 100 rakaat. Disinilah
buktinya menuntut sesuatu ilmu itu adalah satu kewajipan bagi orang Islam. Walaupun seseuatu
ilmu itu sekadar fardhu kifayah sahaja mempelajarinya, namun tiadalah kerugian bagi mereka
yang mempelajarinya.

Yang kedua, persediaan yang perlu diperkemaskan ialah dari segi fizikal, mental dan
rohani. Kerana menghadapi situasi yang sukar ini memerlukan kekuatan dalam dan luaran.
Kerana, sehingga 31 Oktober 2020 telah mencatatkan seramai 266 kes bunuh diri di negara kita
disebabkan pandemik Covid-19 ini. Bukanlah disebabkan jangkitan, tetapi kelemahan dari segi
fizikal, mental, rohani dan jasmani. Inilah yang perlu kita perkemaskan lagi kerana situasi yang
berlaku ini ia melibatkan banyak nyawa. Sebagai seorang muslim yang kuat perlulah kita
berwaspada dan berganding bahu di dalam menghadapi situasi sukar ini supaya tiada lagi
kehilangan nyawa di masa akan datang. Dengan ini, perlulah kita sentiasa bertaqwa kepada Allah
kerana orang yang tinggi taqwanya ialah orang yang paling hampir dengan Allah dan sentiasa
mendapat bantuan dari Allah. Sepertimana dalam firman Allah SWT :

          
 

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan
sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam.

REFLEKSI KENDIRI

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Tuhan kerana telah memberi peluang
menyediakan tugasan ini. Dan apa yang dipelajari didalam tugasan ini ialah selepas menonton
video tugasan ini menjadikan diri saya semakin meningkat motivasi diri lebih-lebih lagi dalam
menghadapi pandemik Covid-19. Kesedaran yang mendalam terhadap penularan virus ini, dan
sentiasa meletakkan diri saya ini sebagai insan yang kerdil yang tidak punyai apa-apa. Kerana
nikmat kesihatan yang diuji sekiranya seseorang itu dijangkiti virus ini.

Saya merasakan pertambahan ilmu pada diri saya selepas mengikuti pembelajaran ini.
Disamping mencari bahan saya juga banyak membaca jurnal, artikel, buku dan bahan-bahan

8
bacaan di atas talian bagi menyempurnakan tugasan ini. Saya juga semakin selesa dan seronok
mengikuti forum, tugasan, kuiz dilaman sesawang myINSPIRE disamping boleh berhubung
diatas talian bersama tutor, sahabat dan rakan-rakan seperjuangan. Saya akan gunakan segala
ilmu yang diberikan dimasa hadapan untuk menjadi seorang usahawan yang terbaik. Lebih-lebih
lagi apabila menyempurnakan tugasan ini yang benar-benar berlaku kepada persekitaran kita dan
saya telah melalui dengan penuh emosi sehingga terhasilnya tugasan ini dengan sempurna.

Mengenai pengalaman menghadapi norma baharu ini, pada awalnya agak sukar. Namun
kelama-lamaan ia telah menjadi norma baharu dan sewaktu menjalani tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan ( PKP ) yang lalu telah menjalinkan kami sekeluarga dengan aktiviti-aktiviti
kerohanian, sosial dan ihsan walaupun kami berada dirumah. Walaubagaimanapun, ia patut
diteruskan norma baharu ini sehinggalah penularan ini benar-benar hilang.

Hasil dari pemerhatian, kajian yang mendalam dari kandungan video dan tugasan ini,
banyak membantu saya dalam menghasilkan tugasan ini dengan baik. Walaupun sekadar video,
namun itulah realiti yang berlaku di negara kita dan pelusuk negara. Kita kini sedang
menghadapi situasi yang sukar. Dengan video itu banyak membantu saya menganalisis dan
mengkaji lagi isu-isu yang berkaitan dengan hukum-hakam agama dan penyelesaian ataupun
rukhsah bagi petugas-petugas barisan hadapan dalam melaksanakan tugas dan ibadah dalam pada
masa yang sama.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, apa yang diperolehi diakhir tugasan ini jelaslah bahawa pandemik
Covid-19 ini adalah tanggungjawab kita bersama menanganinya dengan cara memutuskan
rangkaian jangkitan kerana ia mudah dijangkiti hanya dengan bersentuhan. Malah lebih
mengejutkan ada beberapa kes yang dijangkiti melalui udara. Jadi, apa yang kita perolehi dari
tugasan ini, betapa Islam itu agama yang mudah dan syumul. Terdapat beberapa kelonggaran
dalam melaksanakan ibadah umum dan khusus bagi melancarkan petugas dibarisan hadapan
menangani situasi yang sukar ini. Oleh itu, bagi menangani dengan lebih efisyen, kerajaan
haruslah memainkan memikirkan langkah-langkah penyembuhan segera dengan menghasilkan
penawar atau vaksin terhadap virus ini. Ini kerana, kita kini terpaksa akur hidup disamping virus
Covid-19 ini. Ini sahajalah jalan yang terbaik bagi mengekang virus ini daripada merebak dengan

9
lebih meluas lagi. Walaupun terdapat perbezaan dan persamaan dalam pengurusan jenazah
pesakit biasa dan pesakit Covid-19, namun kesedaran dikalangan masyarakat kita tetap ada.
Setiap kali ada kematian bagi pesakit Covid-19 kita pastinya akan rasa sedih. Inilah antara
hikmah yang kita perolehi dalam situasi pandemik Covid-19 ini. Ada diantara kita yang semakin
bertambah imannya, ada yang mula menjaga kesihatannya dan ada juga yang sebaliknya. Oleh
itu, sentiasalah kita berwaspada dimasa hadapan sekiranya berlaku lagi penularan virus seperti
ini. Dan sama-samalah kita bertanggungjawab memastikan agar penularan virus ini terhenti
disini dan dapatlah kita menikmati kehiupan seperti sediakala.

RUJUKAN

10
1. Bahrul Mazi, Syeikh Muhammad Idris Abdul Rauf Al-Marbawi
2. Ensiklopedia Solat, Datuk Haji Md. Hashim Yahya
3. Furu’ Al-Masa’il Wa Usul al-Wasa’il, Maulana Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-
Fathani disusun semula oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz
4. Garis Panduan Tatacara Pengurusan Jenazah Orang Islam Covid-19 Edisi 2020
5. Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut, Haji Abdul Ghani Bin Haji Yahya
6. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 455, Hukum Solat Jamak Bagi Petugas Covid-19
7. Jabatan Mufti Negeri Selangor, Kaedah Pengurusan Jenazah Semasa Krisis Wabak
Covid-19

11

You might also like