You are on page 1of 24

1.

0 – PENGENALAN
Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang

bergerak pantas pada zaman pasca kemerdekaan, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia

di seantero dunia tentang rahsia kesepaduan sosial dan keprihatinan rakyat Malaysia. Hal ini

dikatakan demikian kerana tanah air kita yang tercinta, Malaysia terdiri daripada pelbagai jenis

kaum yang hidup bersama dalam keadaan yang harmoni. Namun, hakikatnya, sejak penularan

wabak Covid-19, ia telah menyebabkan perubahan dalam corak kehidupan manusia seperti

perlaksanaan Tatacara Pengendalian Piawai “Standard Operating Procedures” (SOP) bagi

mencegah wabak Covid-19. Salah satu tatacara yang wajib diikuti oleh rakyat Malaysia adalah

pemakaian topeng muka semasa berada di tempat awam untuk mengurangkan jangkitan wabak

Covid-19. Selain daripada perubahan dalam kehidupan manusia, pertubuhan ekonomi sedunia

juga telah direncatkan dengan begitu drastik. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan

penutupan industri perniagaan, pembinaan, perkilangan, pertanian, pelancongan dan sebagainya

bagi memastikan penularan wabak Covid-19 tidak diluar kawalan. Ini telah menyebabkan kadar

pengganguran di Malaysia makin hari makin naik akibat keramaian perkerja terpaksa

diberhentikan kerja disebabkan oleh majikan yang tidak mampu lagi untuk meneruskan

perniagaan masing-masing.

Kemunculan wabak Covid-19 sejak tahun 2020 juga telah memberi impak signifikan

dalam aspek sosial. Aktiviti-aktiviti sosial seperti majlis perkahwinan, majlis hari jadi, aktiviti

sukan, majlis rasmi kerajaan dan banyak lagi telah disekat oleh kerajaan Malaysia disebabkan

oleh peningkatan kes wabak Covid-19 di dalam negara. Sekatan ini dilaksanakan bagi

mengelakkan penularan wabak Covid-19 sewaktu majlis sedang dijalankan. Akibatnya,

kebanyakan aktiviti yang telah dirancang sejak awal lagi terpaksalah ditunda bagi mematuhi
arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Oleh hal yang sedemikian, sesuatu isu

telah terbangkit dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya rakyat Semenanjung

Malaysia, iaitu semangat perpaduan dan keprihatinan dalam jiwa-jiwa rakyat Malaysia sepanjang

tempoh penyebaran wabak Covid-19. Dari aspek konsepnya semangat perpaduan boleh

ditakrifkan sebagai satu cara yang berupaya untuk menyatupadukan masyarakat di seantero

negara. Ia mampu mengaitkan manusia bagi membentuk satu identiti yang berkongsi nilai-nilai

bersama. Berdasarkan Kamus Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti, semangat

perpaduan juga membawa maksud permupukan semangat kecintaan dan kebanggaan terhadap

tanah air kita yang tercinta. Bagi keprihatinan pula, ia didefinisikan sebagai rasa kesungguhan

dalam menumpukan perhatian terhadap masyarakat. Masyarakat yang mempunyai semangat

keprihatinan berupaya untuk menerapkan hubungan silaturahim dan kasih sayang dalam sanubari

diri sendiri.

Namun begitu, isu semangat perpaduan dan keprihatinan telah menjadi polemik dalam

kalangan masyarakat di Semenanjung Malaysia sejak penularan wabak Covid-19 pada tahun

2020. Ada yang berkata bahawa penyebaran wabak Covid-19 telah menjejaskan hubungan

silaturahim antara rakyat Semenanjung Malaysia, membuahkan rakyat yang mementingkan diri

sendiri dan membudayakan hidup bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Walakin begitu, terdapat juga masyarakat Semenanjung Malaysia yang mendapati bahawa

penyebaran Covid-19 telah menyerlahkan semangat-semangat yang positif tersebut dalam

kalangan warga Semenanjung Malaysia. Sebenarnya, semangat perpaduan dan keprihatinan amat

mustahak kerana ia mampu mengetatkan tali perpaduan antara kaum serta membentuk semangat

kekitaan dan melahirkan masyarakat Semenanjung Malaysia yang bersatupadu. Mengimbas

kembali peristiwa 13 Mei 1969 yang tercetus di negara Malaysia. Insiden ini merupakan sejarah
hitam tanah air kita dan telah menunjukkan bahawa sekiranya masyarakat tidak bersatupadu

tetapi berpecah-belah, negara yang tercinta kita akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat

tidak akan lagi selesa dan aman kerana peribahasa Melayu ada mengatakan, “bersatu kita teguh,

bercerai kita roboh”. Kembali kepada penularan wabak Covid-19 yang telah melanda dunia

selama dua tahun, kita tidak mampu berulang kesalahan peristiwa 13 Mei 1969 yang telah

memusnahkan hidup warga Malaysia serta memutuskan tali perpaduan antara kaum. Bagi

mengkaji kenyataan-kenyataan yang dinyatakan di atas, kami sekumpulan 10 orang pelajar dari

Universiti Tunku Abdul Rahman telah menjalani satu kajian ringkas mengenai kesan pandemik

Covid-19 terhadap semangat perpaduan dan keprihatinan dalam kalangan rakyat Semenanjung

Malaysia. Penyerlahan semangat perpaduan dan keprihatinan akan diberikan fokus utama dalam

kajian ringkas kita. Dalam kajian ini kami juga meliputi dua objektif, iaitu:

1. Mengenal pasti pandemik Covid-19 sebagai tali perpaduan dan keprihatinan antara

masyarakat Semenanjung Malaysia.

2. Meneliti dan mengkaji perhubungan antara pandemik Covid-19 dengan isu semangat

perpaduan dan keprihatinan antara gologan Semenanjung Malaysia.


2.0 – KAEDAH / METODOLOGI PENYELIDIKAN

Bagi mencapai objektif – objektif kajian yang dinyatakan di atas, kami telah

memanfaatkan kaedah kuantitatif dalam pengumpulan data serta pandangan daripada masyarakat

Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik terhadap tajuk kajian kami iaitu

“Kesan pandemik Covid-19 terhadap semangat perpaduan dan keprihatinan dalam kalangan

rakyat Semenanjung Malaysia”. Kami telah menyediakan satu borang soal selidik secara atas

talian yang dikenali sebagai “Google Survey Form” bagi mengumpul dan mengutip maklumat

serta data yang memainkan peranan mustahak dan signfikan dalam kajian yang dijalani ini.

“Google Survey Form” merupakan satu aplikasi atas talian yang membolehkan penyedia untuk

menyediakan soalan-soalan lalu menjanakan satu pautan kepada responden untuk mendapatkan

akses ke borang soal selidik atas talian tersebut. Aplikasi ini dapat memanfaatkan kami dari

aspek kos, kemudahan dan skalabiliti. Soalan – soalan yang telah kami ajukan dalam borang soal

selidik atas talian disediakan dengan teliti dan juga disahkan oleh pensyarah kami.

Borang soal selidik atas talian kami telah dibahagikan kepada dua bahagian, Bahagian A

serta Bahagian B. Dalam Bahagian A, tiga soalan demografi telah disediakan bagi mengenali dan

mengumpul data responden-responden yang telah menyumbang dalam borang soal selidik atas

talian kajian kami. Diikuti dengan Bahagian B, sepuluh soalan yang berkaitan dengan kajian

kami telah dipersiapkan untuk lebih memahami pendapat-pendapat responden kami. Sebanyak

33 orang responden telah mengambil bahagian dalam borang soal selidik atas talian kami.

Tempoh pengutipan dan pengumpulan data menerusi “Google Survey Form” adalah sepanjang

seminggu dari 27 Februari 2022 (Ahad) sehingga 6 Mac 2022 (Ahad). Disebabakan sasaran kami
dalam penyelidikan ini merupakan rakyat Semenanjung Malaysia, oleh itu responden-responden

borang soal selidik atas talian kami berasal dari negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

3.0 – ANALISIS PENYELIDIKAN

BAHAGIAN A

SOALAN 1: Anda dari negeri…(Semenanjung Malaysia sahaja)

Carta pai 3.1: Data Negeri Asal 33 orang responden.

Soalan 1 merupakan soalan demografi untuk mengetahui tempat asal responden-

responden borang soal selidik atas talian kami. Carta pai 3.1 menunjukkan negeri – negeri

Semenanjung Malaysia asal 33 orang responden. Berdasarkan carta pai 2.0, responden dari

negeri Johor mencatatkan jumlah tertinggi dalam penyertaan borang soal selidik atas talian ini

iaitu 11 orang (33.3%). Selepas negeri Johor diikuti pula oleh negeri Selangor yang mempunyai

7 orang responden (21.2%). Seterusnya, negeri Pulau Pinang serta Kuala Lumpur mempunyai

jumlah responden yang sama rata iaitu 4 orang (12.1%). Responden dari negeri Pahang pula

mencatatkan jumlah 3 orang (9.1%). Akhir sekali, negeri Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka

masing-masing mempunyai seorang responden (3%). Jumlah keseluruhan untuk borang soal
selidik atas talian kami mencatatkan 33 orang responden dari 8 negeri – negeri Semenanjung

Malaysia.

SOALAN 2: Apakah kaum anda?

Carta pai 3.2: Data kaum 33 orang responden.

Soalan 2 merupakan soalan mengenai jenis kaum responden-repsonden. Carta pai 3.2
menunjukkan jenis kaum 33 orang responden. Berdasarkan carta pai 2.1, responden beragama
Cina mencatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 28 orang responden (84.8%). Manakala bagi kaum
Melayu pula, tercatat 3 orang responden (9.1%). Kami mempunyai seorang responden yang
beragama India (3%) serta seorang responden yang memilih pilihan lain-lain (3%).

SOALAN 3: Apakah umur anda?


Carta pai 3.3: Data umur 33 orang responden.

Soalan 3 adalah soalah mengenai umur responden kami. Merujuk kepada Carta pai 3.3, golongan

berumur antara 18-29 tahun mencatatkan responden tertinggi dengan 31 orang responden

(93.9%), diikuti oleh golongan berumur antara 50-59 tahun dengan 2 orang responden(6.1%).

BAHAGIAN B

SOALAN 4: Dalam pandangan anda, adakah pandemik Covid 19 telah menjejaskan

kehidupan anda?

Carta pai 3.4: Carta pai tentang penjejasan kehidupan responden semasa pandemik Covid-19.

Soalan 3 merupakan soalan pandangan daripada 33 orang responden. Dalam carta pai 3.4,

responden diberi pilihan “Ada” , “Tiada” ataupun “Tidak Pasti” dengan penularan wabak Covid-

19 menjejaskan kehidupan mereka. Carta pai di atas menunjukkan bahawa sebanyak 25 orang

responden (75.8%) yang menjawab ada terhadap pandemik Covid-19 memang telah menjejaskan

kehidupan mereka. Walaupun lebih daripada separuh bersetuju terhadap soalan ini, terdapat juga

3 orang responden (9.1%) yang memilih tiada, diikuti dengan 5 orang responden yang

menjawab tidak pasti terhadap penularan wabak Covid-19 mendatangkan penjejasan terhadap

kehidupan mereka.
Seperti yang dinyatakan dalam pengenalan kajian ini, penyebaran wabak Covid-19 telah

mengakibatkan kehilangan nyawa serta perubahan dalam corak kehidupan manusia. Memang

tidak dapat dinafikan bahawa sejak kedatangan wabak Covid-19, kehidupan manusia tidak lagi

sama seperti dahulu. Ada yang perlu mengalami kehilangan orang yang tercinta akibat dijangkiti

oleh wabak yang membunuh ni, ada juga yang telah dibuang kerja disebabkan kemerosotan yang

dialami oleh pelbagai sektor ekonomi. Jadi tidak hairanlah kebanyakan responden bersetuju

bahawa penularan wabak Covid-19 telah menjejaskan kehidupan mereka. Pada saat yang sama,

kita diserankan untuk mengutamakan penjagaan kesihatan serta kebersihan terutamanya dalam

tempoh khas ini. Kini, praktik sering cuci tangan, penggunaan hand sanitizer, pemakaian topeng

muka, dan praktik penjarakan sosial telah mulai menjadi gaya hidup baru kita.

Berbanding dengan kehidupan sebelum penyebaran wabak Covid-19, pekerja kini

dinasihatkan untuk meneruskan dasar berkerja dari rumah bagi mnegurangkan kadar

penjangkitan wabak Covid-19. Bagi sudut pelajar pula, konsep e-pembelajaran telah

diperkenalkan bagi menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Tegasnya, kita hanya dapat

menyesuaikan diri dan menerima perubahan yang diperlukan buat masa khas ini.

SOALAN 5: Pernahkan anda memperolehi bantuan daripada pertubuhan “Food Bank”?


Carta Pai 3.5: Carta pai mengenai bantuan daripada pertubuhan “Food Bank”

Soalan 5 merupakan soalan mengenai pertubuhan “Food Bank” yang dianjurkan di

Malaysia. Berdasarkan carta pai yang ditunjukkan di atas, kadar peratus responden yang memilih

“Tiada” adalah lebih tinggi daripada kadar peratus responden yang memilih “Ada”. Sebanyak 31

orang responden (93.9%) tidak pernah menerima bantuan daripada pertubuhan “Food Bank”

manakala hanya terdapat 2 responden (6.1%) menyatakan bahawa mereka pernah memperolehi

bantuan daripada “Food Bank” sewaktu penyebaran wabak Covid-19 ini.

“Food bank” adalah satu badan kebajikan yang ditubuhkan oleh badan kerajaan dan juga

badan bukan kerajaan bagi mengagihkan keperluan asas harian seperti makanan, pemakaian,

peralatan mandian dan sebagainya kepada orang yang amat memerlukan. Sejak penularan wabak

Covid-19 melanda, kita dapat menyaksikan bahawa penambahan stesen “food bank” di

Semenanjung Malaysia ditempatkan di lokasi-lokasi yang strategik seperti stesen minyak kereta,

kedai runcit, restoran, masjid, pasar dan lain-lain. Dengan ini, rakyat Semenanjung Malaysia

yang sedang mengalami kesusahan dan penderitaan dalam kehidupan berupaya untuk

mendapatkan bantuan keperluan asas daripada pertubuhan stesen-stesen “food bank” tersebut.

Memandangkan kebanyakannya responden dalam tinjauan ini terdiri daripada kumpulan

umur 18 hingga 29 tahun, kumpulan ini biasanya merupakan golongan pelajar ataupun orang

dewasa muda yang sedang bekerja. Oleh itu, golongan yang tersebut tidak berapa memerlukan

pertolongan dari segi keperluan asas harian. Sebaliknya, mereka yang memerlukan bantuan

menerusi pertubuhan stesen “food bank” kebanyakannya berasal daripada golongan warga tua

atau keluarga B40 yang berpendapatan rendah dan tidak stabil


SOALAN 6: Pernahkan anda menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan

pertolongan makanan / keperluan asas semasa pandemik Covid 19?

Carta Pai 3.6: Carta pai tentang menghulurkan bantuan kepada golongan yang

memerlukan pertolongan makanan/keperluan asas semasa pandemik Covid 19

Soalan 6 adalah untuk mengetahui penghuluran bantuan sewaktu pandemik Covid-19

daripada responden borang soal selidik atas talian kami. Merujuk kepada carta pai 3.6 di atas,

terdapat 13 responden (39.4%) yang menjawab “ada” , maknanya mereka memang pernah

menghulurkan bantuan kepada golongan yang mengalami kesusahan semasa pandemik Covid-

19. Selain daripada responden yang pernah menghulurkan bantuan, antara 20 responden (60.6%)

yang menunjukkan mereka tidak menghulurkan bantuan sewaktu penyebaran wabak Covid-19.

Menyedari pandemik Covid-19 ini, kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah

menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama termasuk Community Transformation

Initiative Berhad (Uzma,N, 2020). Salah satu projek yang dianjurkan oleh mereka adalah

“Children Without” untuk memenuhi keperluan makanan bayi dan ibu mengandung sebanyak

1000 hari sewaktu pendemik ini. NGO ini merupakan organisasi yang mempunyai hampir
kesemuanya ahli-ahli berumur atas 30. Dengan maklumat ini, kami dapat mengetahui lebih lanjut

tentang sebab kekurangan responden yang menjawab “ada” untuk soalan ini.

SOALAN 7: Pernahkan anda menyertai sebagai sukarelawan semasa pandemik Covid 19?

Carta Pai 3.7: Carta pai tentang penyertaan sebagai sukarelawan semasa pandemik Covid 19.

Tujuan soalan 7 adalah untuk mengetahui adakan responden kami pernah melibatkan diri

dalam penyertaan aktiviti sukarelawan semasa pandemik Covid-19. Berdasarkan carta pai 3.7,

kami dapat melihat bahawa terdapat 32 orang respoden (97%) yang menyatakan bahawa mereka

tidak pernah menyertai sebagai sukarelawan semasa pandemik Covid 19. Namun, masih terdapat

seorang responden (3%) yang pernah menjadi sukarelawan buat masa penyebaran wabak Covid-

19.

Kami mampu memahami sebab-sebab responden yang memilih ‘Tiada” dalam soalan ini.

Menurut salah satu berita yang diterbitkan oleh Malaysia Kini, pada 28 Disember 2021, 4 orang

sukarelawan dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) telah disahkan menjangkiti

penyakit Covid-19 sewaktu pengajuran aktiviti sukarelawan (2021). Oleh hal yang sedemikian,

ramai yang terpilih untuk tidak melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan disebabkan rasa

ketakutan terhadap penjangkitan wabak Covid-19. Namun begitu, kami ingin menggambarkan

rasa ribuan terima kasih yang mendalam kepada rakyat Semenanjung Malaysia yang telah

menyertai dalam aktiviti sukarelawan meskipun dalam waktu khas ini.


SOALAN 8: Adakah anda memberi perhatian kepada laman web “kitajagakita”?

Carta Pai 3.8: Carta pai tentang laman web “kitajagakita”

Soalan 8 merupakan soalan mengenai laman web “kitajagakita”. Merujuk kepada carta

pai 3.8 di atas, majoriti daripada responden kami tidak memberi perhatian kepada laman web

“kitajagakita”. Sebanyak 23 orang responden (69.7%) menjawab “tiada” bagi soalan ini. Namun

begitu, terdapat juga baki 10 responden (30.3%) yang pernah memberi perhatian kepada laman

web “kitajagakita”.

Kita Jaga Kita merupakan sebuah platform laman web yang bertujuan untuk

membekalkan dan mengumpulkan semua organisasi bagi menghulurkan bantuan kepada orang

ramai buat waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan

Malaysia. Laman web ini dicipta pada 18 Mac 2020 dan dibuka semula pada 1 Jun 2021. Dalam

sehari laman web “kitajagakita” berjaya meperolehi 11,000 pelawat ke halaman web tersebut.

Pada 17 Mac 2020, Hanna Alkaf, pengasas laman web “kitajagakita” mengutarakan ideanya di

Twitter yang mana kini pasukan tersebut terdiri daripada 12 ahli termasuk dirinya. Kini, Hanna

Alkaf telah pun memasukkan organisasi bukan kerajaan seperti Mercy Malaysia, Pertubuhan

Bantuan Wanita (WAO) dan Befrienders KL ke dalam senarai organisasinya.


SOALAN 9: Dalam pandangan anda, adakah pandemik Covid 19 telah menyatupadukan

dan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum-kaum di Malaysia?

Carta Pai 3.9: Carta pai tentang keadaan pandemik Covid-19 telah menyatupadukan dan
mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum-kaum di Malaysia

Soalan 9 merupakan soalan pandangan daripada responden borang soal selidik atas talian

kami. Berdasarkan carta pai 3.9, terdapat 16 orang responden (48.5 %) bersetuju dengan soalan

tersebut. Kebanyakan responden bersetuju bahawa semua kaum memang mempunyai semangat

perpaduan dan bersatupadu dalam penularan wabak Covid-19 ini. Sementara itu, selebih 11

orang responden (33.3%) memilih “tidak pasti” dan 6 orang responden (18.2%) tidak bersetuju

dalam kajian ini.

Menurut Raja dan Yusmizal (2021), Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

berkata pandemik Covid-19 telah menyaksikan semua rakyat Malaysia bersatu padu tanpa

mengira bangsa dan agama. Beliau juga menjelaskan bahawa sifat empati terhadap satu sama

lain yang ditunjukkan oleh semua rakyat dalam pandemik ini harus dikukuh dalam kalangan

masyarakat (Raja & Yusmizal, 2021). Berdasarkan Pasukan Malaysiakini (2021), kecuali

Melayu, Cina dan India, kaum lain dikategarikan sebagai “lain-lain”. Perkataan “lain-lain’ ini
akan mewujudkan perasaan tidak gembira and rasa ditinggalkan oleh kaum besar seperti kaum

Melayu dan kaum Cina di Malaysia. Hal ini akan menjejaskan hubungan silaturahim antara

kaum di Malaysia.

SOALAN 10: Dalam pandangan anda, adakah aktiviti-aktiviti yang dianjurkan secara

dalam talian dapat mengeratkan hubungan etnik antara kaum-kaum di Semenanjung

Malaysia?

Carta Pai 3.10: Carta pai mengenai pengajuran akitiviti atas talian dapat mengeratkan
hubungan etnik antara kaum-kaum di Semenanjung Malaysia?

Soalan 10 juga merupakan soalan pandangan daripada responden boring soal selidik atas

talian kami. Berdasarkan carta pai 3.8 di atas, majoriti responden tidak pasti bahawa akitiviti-

aktiviti yang dianjurkan secara atas talian dapat mengeratkan hubungan etnik antara kaum-kaum

di Malaysia. Sebanyak 16 orang respondan (48.5%) tidak pasti sama ada menghadiri aktiviti-

aktiviti yang dianjurkan secara atas talian berupaya untuk mengeratkan tali perpaduan antara

rakyat Semenanjung Malaysia. Antara 6 (18.2%) responden menafi dan menolak kenyataan

tersebut. Namun, masih terdapat 11 respoden (33.3%) yang berfikiran positif bahawa pengajuran

akitiviti secara atas talian mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum.
Bertitik tolak daripada analisis di atas, kadar penjangkitan wabak Covid-19 makin hari

makin naik, ini merupakan fenomena yang amat bahaya. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah

mengarahkan penutupan semua aktiviti secara fizikal, dan bertukar ke atas talian. Namun begitu,

aktiviti yang dianjurkan secara atas talian tidak menerima sambutan yang hangat berbanding

dengan aktiviti yang diadakan secara fizikal. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat

Semenanjung Malaysia tidak mempunyai minat terhadap aktiviti atas talian disebabkan

ketidakselesaan menyertai aktiviti menerusi gajet dan peranti. Secara ghalibnya, pengajuran

aktiviti secara atas talian mampu melindungi manusia daripada wabak Covid-19 dan

mengurangkan kes penjangkitan serta kematian.

SOALAN 11: Jika tanpa pandemik Covid-19, adakah anda rasa rakyat Semenanjung
Malaysia akan hidup dalam keadaan harmoni dan prihatin?

Carta Pai 3.11: Carta pai tentang keadaan kehidupan rakyat Semenanjung Malaysia jika
tanpanya pandemic Covid-19.

Soalan 11 adalah untuk mengetahui pandangan responden terhadap kehidupan rakyat

Semenanjung Malaysia jika tiada kewujudan pandemik Covid-19 ini. Berdasarkan keputusan

soal selidik yang diperolehi daripada carta pai 3.11, kami mendapati 17 responden (51.5%) yang

bersetuju bahawa rakyat Semenanjung Malaysia akan bersatupadu dan hidup dalam keadaan
yang harmoni dan prihatin sekiranya tidak wujudnya pandemik Covid-19. Akan tetapi, terdapat

juga 3 responden (9.1%) yang menjawab jika pandemik Covid-19 tidak wujud rakyat Malaysia

juga tidak akan hidup dalam keadaan yang harmoni dan prihatin. Manakala, keputusan yang

terdapat dalam soal selidik mengandungi 13 orang (39.4%) yang mengamalkan sikap tidak berat

sebelah dengan memilih “tidak pasti” terhadap kehidupan rakyat Malaysia sama akan menjadi

harmoni atau tidak jika pandemik Covid-19 tidak melanda.

Malaysia merupakan sebuah negara multietnik. Kita mempunyai cara kehidupan dan adat

resam yang berbeza. Walaubagaimanapun, kita tetap mengamalkan sikap hormat-menghormati

dan bertimbang rasa terhadap adat kaum lain. Oleh itu, jika pandemik Covid-19 tidak wujud,

rakyat Malaysia juga tetap akan mempraktikkan semangat 1 Malaysia dengan memahami cara

kehidupan kaum lain. Kita tidak ingin mengulangi kesilapan insiden 13 Mei 1969 yang telah

memusnahkan kehidupan rakyat serta memutuskan tali perpaduan antara rakyat Malaysia.

Insiden ini tidak mampu berulang kali terutamanya dalam masa khas ini yang amat memerlukan

semangat perpaduan antara kaum bagi melawan wabak Covid-19. Ingatlah bahawa bermulanya

daripada semangat perpaduan inilah terjalinnya hubungan silaturahim yang kukuh.

SOALAN 12: Sejak Covid-19 menjadi perhatian dunia, adakah anda setuju bahawa
kerajaan memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum?
Carta Pai 3.12: Carta pai tentang kerajaan memainkan peranan penting dalam memupuk
perpaduan kaum dalam pandemik Covid-19

Soalan 12 merupakan soalan mengenai peranan kerajaan Malaysia dalam pandemik

Covid-19. Merujuk kepada carta pai 3.12, terdapat 22 orang (66.7%) daripada 33 orang

responden yang bersetuju dengan pihak kerajaan memainkan watak penting dalam penggalakkan

perpaduan kaum semasa pandemik Covid-19. Antaranya, terdapat 8 orang (24.2%) yang tidak

bersetuju dengan kenyataan yang tersebut manakala 3 orang responden (9.1%) berpendapat

neutral dan memilih “tidak pasti” dalam kajian ini.

Bagi majoriti responden yang bersetuju, hal ini bersangkut-paut dengan kejayaan

kerajaan dalam melaksanakan program untuk mengelakkan penyebaran virus pada asasnya.

Menurut laporan daripada Rohman (2020) menyaksikan pihak kerajaan telah mengambil

pendekatan yang berkesan pada asasnya dalam membendung penularan wabak Covid-19 di

Malaysia (para. 1). Pihak kerajaan melancarkan langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

yang menggembleng tenaga polis, tentera dan pasukan keselamatan lain untuk mengawal

pergerakan semua rakyat dan mencegah virus merebak (Rohman, 2020, para. 8).

Selain itu, minoriti responden memilih tidak setuju dan tidak pasti dengan hal yang

tersebut. Punca kenyataan ini dapat dibuktikan oleh emosi rakyat terhadap wabak di Masjid Petal

Abdullah Kuala Lumpur. Menurut “Doakan saya negatif” (2020), wabak besar pertama tersebut
telah mempengaruhi emosi Rakyat Malaysia dengan risau bimbang (para. 7). Oleh hal yang

sedemikian, sikap peserta perhimpunan menyebabkan minoriti responden tersebut mempunyai

pandangan yang bertentangan.

SOALAN 13: Dalam perspektif anda, adakah anda rasa bahawa Rukun Negara Malaysia
mempunyai kesan dalam menyatupadukan rakyat Semenanjung Malaysia terutamanya
dalam pandemik covid-19?

Carta Pai 3.13: Carta pai tentang kesan Rukun Negara dalam menyatupadukan rakyat
Semenanjung Malaysia dalam pandemik Covid-19

Soalan 13 merupakan soalan yang terakhir dalam borang soal selidik atas talian kajian

kami. Soalan ini merangkumi kesan Rukun Negara dalam menyatupadukan rakyat Semenanjung

Malaysia dalam pandemik Covid-19. Dari tinjauan carta pai 3.13, seramai 13 orang responden

(39.4%) daripada 33 orang responden berpendapat bahawa Rukun Negara Malaysia memang

berkesan dalam menyatupadukan rakyat Semenanjung Malaysia terutamanya dalam tempoh khas

ini. Selain daripada responden yang berpendapat positif, terdapat juga antara 14 orang respoden

(42.4%) pula yang menunjukkan ketidaksetujuan terhadap kesan Rukun Negara dalam
mengetatkan tali perpaduan antara kaum di golongan rakyat Semenanjung Malaysia. Malah,

kami mempunyai 6 orang respoden (18.2%) yang bersikap neutral terhadap kenyataan tersebut.

Rukun Negara Malaysia diisytiharkan pada 3 Ogos 1970 oleh Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal

Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV (MyGovernment, 2017). Selepas insiden 13 Mei 1969,

Rukun Negara telah diperkenalkan di Malaysia bagi mengukuhkan semula tali perpaduan antara

kaum-kaum. Lima prinsip dalam Rukun Negara jelas menjadi kunci mustahak dalam

pembentukan semangat perpaduan yang utuh. Antara lima prinsip Rukun Negara ialah:

1. Kepercayaan Kepada Tuhan

2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan

4. Kedaulatan Undang-undang

5. Kesopanan dan Kesusilaan

Majoriti responden berpendapat bahawa Rukun Negara memang mempunyai kesan yang

ketara dalam menyatupadukan rakyat Semenanjung Malaysia terutamanya waktu penyebaran

wabak Covid-19. Hal ini dikatakan demikian kerana masyarakat Semenanjung Malaysia mampu

meningati dan mengikuti kelima-lima prinsip Rukun Negara sebagai garis panduan hidup supaya

mempercayai ajaran daripada Tuhan, mentaati dan menghormati raja serta tanah air, menyanjung

perlembagaan, membaptiskan undang-undang negara, dan akhirya memupuk dan menjamin

rakyat Malaysia yang penyayang, semangat kekitaan dan kesepaduan.


4.0 – CADANGAN

Proses penyelidikan ini bersama dengan 10 orang ahli kumpulan telah dijalankan dengan

lancar dan berjaya. Kesemua 10 ahli kumpulan telah memberi segala masing-masing dalam

menyempurnakan kajian ini. Namun, pepatah bijak ada mengatakan bahawa, “lebih baik

melakukan sesuatu dengan tidak sempurna daripada tidak melakukan apa pun dengan

sempurna." Melihat dari aspek yang berbeza, kami mendapati bahawa terdapatnya beberapa

sudut yang boleh ditambahbaikan bagi mengukuhkan setiap analisis dan isi yang telah disiap-

sediakan dalam kajian ini.

Salah satu cadangan daripada pihak kami ialah penambahbaikan dari segi tatabahasa

Bahasa Melayu. Akibat kekurangan penggunaan Bahasa Melayu sejak penamatan pembelajaran

dari sekolah menengah, tahap tatabahasa kami tidak lagi sebaik seperti dahulu. Kebanyakan

perkataan, frasa kata, penanda wacana telah lama kami lupakan. Terdapat ahli kumpulan yang

mengalami kesusahan dalam pembinaan ayat serta isi akibat penggunaan Bahasa Melayu yang

kurang. Kami sedar akan kepentingan penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan harian

lantaran Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan tanah air kita. Oleh hal demikian, kami
akan berusaha untuk meningkatkan tahap Bahasa Melayu menerusi penulisan serta pembacaan

berita dalam Bahasa Melayu supaya kami tidak melupai bahasa kebangsaan yang tersayang kita.

Selain daripada peningkatan tahap Bahasa Melayu, kami juga mendapati bahawa borang

soal selidik atas talian melalui “Google Survey Form” mempunyai ruang untuk penambahbaikan.

Dalam penyelidikan yang kami jalankan, subjek yang kami fokus merupakan golongan

masyarakat Semenanjung Malaysia. Merujuk kepada borang soal selidik atas talian yang

disediakan, soalan 1 merupakan soalan demografi yang bertanya negeri asal respondan kami.

Sedihnya, kami tidak berjaya menperolehi respon dari penduduk negeri Kelantan, Perlis serta

Terengganu. Kami bercadang untuk menyiarkan borang soal selidik atas talian di media sosial

seperti aplikasi Facebook dan Instagram bagi meningkatkan kadar penerimaan borang tersebut

dalam media sosial. Cadangan ini berupaya untuk memperolehi lebih banyak respons daripada

responden di seantero negara Malaysia.

Bagi memperhebatkan kualiti penyelidakan ini, cadangan terakhir yang kami cadangkan

ialah mengkaji pandangan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak juga. Dengan melaksanakan

cadangan tersebut, kami mampu memperolehi lebih banyak pandangan mengenai impak

penularan wabak Covid-19 terhadap penduduk Sabah dan Sarawak. Kita harus ingat bahawa

situasi penyebaran wabak Covid-19 di Semenanjung Malaysia adalah berbeza berbanding

dengan penularan penyakit ini di Sabah dan Sarawak. Oleh hal yang sedemikian, kami

mencadangkan untuk menjalankan kajian juga terhadap rakyat di Sabah dan Sarawak Malaysia

bagi mencapai keputusan yang terbaik dan tepat bagi penyelidikan ini.
5.0 - KESIMPULAN

Untuk pemahaman yang lebih jelas, semua soalan bermulai dari Bahagian B yang

disediakan akan diringkaskan dan dirumuskan. Soalan keempat mencatatkan jumlah 75.8%

dalam persetujuan bahawa pandemik Covid-19 memang telah menjejaskan kehidupan rakyat

Semenanjung Malaysia. Meneruskan kepada soalan kelima, kami menerima respon sebanyak

93.9% mengatakan bahawa mereka tidak pernah menerima bantaun daripada pertubuhan “Food

Bank”. Soalan keenam pula merekodkan 60.6% respons negatif terhadap kenyataan “Pernahkan

anda menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan pertolongan makanan /

keperluan asas semasa pandemik Covid 19?”. Seterusnya, kami mendapati bahawa 97% respons

yang tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan buat waktu khas ini dalam

soalan ketujuh. Bagi soalan kelapan pula, laman web “kitajagakita” kurang diberi perhatian oleh

69.7% responden kami menerusi catatan yang diperolehi dalam borang soal selidik atas talian

kami. Selain itu, majoriti respons sebanyak 48.5% berpandangan positif bahawa pandemik

Covid-19 memang telah menyatupadukan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum-
kaum di Malaysia untuk soalan kesembilan. Di samping itu, bagi soalan kesepuluh, 48.5%

responden tidak pasti bahawa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan secara atas talian mampu

mengeratkan hubungan etnik antara kaum-kaum di Semenanjung Malaysia. Bertitik tolak kepada

soalan kesebelas, 51.5% responden kami berpendapat bahawa jika tanpa wujudnya penularan

wabak Covid-19, rakyat Semenanjung Malaysia tetap akan hidup dalam keadaan yang harmoni

dan prihatin. Soalan kedua belas mencatatkan 66.7% respons yang bersetuju dengan pihak

kerajaan Malaysia memainkan peranan yang signifikan dalam pemupukan perpaduan antara

kaum. Akhirnya, soalan ketiga belas menunjukkan bahawa 42.4% respons yang tidak pasti akan

kesan Rukun Negara dalam menyatupadukan rakyat Semenanjung Malaysia terutamanya

sewaktu pandemik Covid-19 ini.

Bagi menggulung setiap perkara yang dibincangkan di atas penyelidikan ini, pandemik

Covid-19 memang telah memainkan peranan sebagai tali yang mengetatkan semangat perpaduan

dan keprihatinan antara rakyat di Semenanjung Malaysia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa

penyebaran wabak Covid-19 banyak mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan manusia.

Akan tetapi, terdapat juga kemaslahatan dalam kemunculan penyakit ini, iaitu penerapan

semangat perpaduan dan keprihatinan yang teguh dan utuh dalam sanubari rakyat Semenanjung

Malaysia. Semangat perpaduan dan keprihatinan yang kukuh seperti Tembok Besar Cina

wajarlah diterapkan dalam sanubari setiap warganegara Malaysia bagi mengutuhkan dan

mengukuhkan perpaduan kaum demi negara yang tercinta. Perpaduan dan keprihatinan yang

cukup teguh ini mampu menjadi dasar pembangunan negara ke arah yang lebih baik dan

mencapai status negara yang maju meskipun pelandaan wabak Covid-19. Keprihatinan dan

semangat perpaduan yang mantap mampu mengelakkan peselisihan kaum tercetus serta

menguatkan ukhuwwah kaum. Ringkasnya, semangat perpaduan dan keprihatinan merupakan


salah satu elemen yang mustahak dan vital lantaran berupaya untuk melahirkan anggota

masyarakat yang harmoni, prihatin, mempunyai jati diri serta semangat kekitaan dan kecintaan

akan negara yang marak. Sikap mementingkan diri dan tidak mempedulikan satu sama lain harus

dibuang daripada jati diri rakyat Malaysia. Jika hal ini dibiarkan, semangat perpaduan dan

keprihatinan di negara kita akan terhakis dan luntur ibarat hidup segan mati tak mahu dan

seterusnya menjejaskan keharmonian dan kesepaduan negara. Dengan pembelajaran Hubungan

Etnik, semoga negara Malaysia mnjadi sebuah negara yang mempunyai semangat perpaduan dan

keprihatinan yang utuh, kukuh dan akrab antara masyarakat tidak kira adanya kemunculan

wabak Covid-19 ataupun tidak! “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

- Tamat -

You might also like