You are on page 1of 9

NAMA KURSUS

SKAG1023 RANTAU ASIA PASIFIK

SEMESTER/SESI
SEMESTER 1 / SESI 2023/2024

NAMA PELAJAR
NUR ANIS ARIFAH BINTI MOHD AZHAR

PROGRAM
SARJANA MUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (GEOGRAFI)

PENSYARAH
DR. ROSMIZA BINTI MOHD ZAINOL

TUGASAN
JELASKAN BERKENAAN PERANAN PENGUNDI MUDA DALAM
MEMBENTUK LANDSKAP POLITIK DI MALAYSIA
ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT
1. HALAMAN MUKA HADAPAN

1.1 PENGENALAN 1

1.1.1 LATAR BELAKANG PENGUNDI MUDA 1

1.2 PERANAN PENGUNDI MUDA 2

1.2.1 MENYUARAKAN PENDAPAT 2-3

1.2.2 PENGLIBATAN BELIA DALAM PROTES POLITK DI IPTA 3-4

1.2.3 KESEDARAN POLITIK PENGUNDI MUDA SEMAKIN 5


BERTAMBAH
2. RUMUSAN 6

3. RUJUKAN 7

i
1.1 PENGENALAN
Politik merupakan aktiviti melibatkan rakyat dalam melaksanakan sesuatu usaha dalam
urusan polisi dan pemerintahan dalam sesebuah negara.Menurut Almond dan Powell
penyertaan rakyat dalam politik berbeza mengikut struktur masyarakat,ideologi,kedudukan
geografi,agama,kedudukan di bandar serta di luar bandar(Roslizawati Taib et al.,2016).Hal
ini demikian,penglibatan politik oleh rakyat menjadi faktor penentu bagaimana sistem
pemerintahan dalam sesebuah negara dilaksanakan.Di Malaysia,penglibatan politik dikenali
sebagai pilihan raya yang berlaku selama dalam tempoh 5 tahun bagi memilih pemerintah
negara mengikut parti tertentu.

1.1.1 LATAR BELAKANG PENGUNDI MUDA

Definisi generasi muda ialah individu yang berumur antara 15 hingga 40 tahun mengikut
skop(Nur Ellyanis Mohd Basori et al.,2020).Namun umur generasi muda berbeza mengikut
negara tertentu.Di Malaysia generasi muda yang di kenali sebagai pengundi muda yang
berumur 18 tahun ke atas di benar mengundi dalam pilihan raya yang dilaksanakan.Pengundi
muda juga dikatakan sebagai belia iaitu mud abelia,sangat muda,golongan pemuda yang
secara keseluruhan terdiri daripada pemuda dan pemudi.Belia juga sebagai aset dalam negara
dan pewaris negara yang akan menentukan masa depan negara.Golongan belia yang akan
menentukan corak,gaya hidup,budaya sihat serta memainkan peranan penting dalam
agama.Kerajaan hari ini berusaha menjaga kebajikan dan memberi segala kemudahan kepada
golongan ini dalam perbagai segi seperti Pendidikan,biasiswa,kesihatan yang
mencukupi,jaringan internet,peluang pekerjaan yang mencukupi dan sebagainya supaya
mencapai hasrat bagi melahirkan golongan belia berpotensi tinggi dalam perbagai bidang
seperti ekonomi,teknologi dan berdaya saing antara negara lain(Nur Ellyanis Mohd Basori et
al.,2020).

1
1.2 PERANAN PENGUNDI MUDA

1.2.1 MENYUARAKAN PENDAPAT


Pada masa kini,golongan belia sudah berani melantangkan suara dan pendapat masing-
masing melalui pelbagai saluran terutama dalam platform media sosial.Jika dilihat pada masa
lampau,suara golongan belia sering disia-siakan kerana dianggap tidak penting dan tiada
tempat untuk menyuarakan hasrat.Namun,sejak kebelakangan ini golongan belia dapat
menyuarakan pendapat tentang isu-isu politik yang bagi mereka tiada langsung kepentingan
kepada diri mereka di media sosial seperti tiktok,Instagram,twiter,fecbook dan lain-
lain.Dengan adanya kemudahan seperti ini,golongan belia dapat menghasilkan gambar atau
video yang berunsurkan politik bagi menentang parti politik yang dianggap tidak memberi
langsung manfaat kepada hak-hak golongan muda pada masa kini.Antara isu yang sering
diketengahkan oleh generasi muda pada masa kini dari pelbagai segi seperti
ekonomi.sosial,Pendidikan dan politik.

Dari segi ekonomi mereka memerlukan peluang pekerjaan diwujudkan sesuai dengan
keadaan ekonomi semasa,selaras dengan kelulusan mereka dan memberi latihan berkaitan
keusahawanan yang efektif agar dapat menjamin masa hadapan mereka(Mohd Fuad Mat Jali
et al.,2012).Selain itu,mereka juga menuntut kadar upah atau gaji yang sesuai mengikut
kelulusan Pendidikan mereka.Tidak ketinggalan juga,mereka juga menyuarkan suara tentang
harga minyak petrol dan barangan makanan yang sesuai agar perbelanjaan mereka tidak
terbeban dengan harga yang ditetapkan oleh kerajaan teutama kepada pelajar-pelajar di ipta.

Selain itu,dari aspek sosial,mereka ingin kerajaan meluaskan jaringan jalur lebar atau
internet ke seluruh kawasan agar mereka dapat berinterasksi dan komunikasi antara satu sama
lain dengan luas dan mudah(Mohd Fuad Mat Jali et al.,2012).Mereka juga menyarankan agar
pihak keselamatan mempertingkatkan tahap keselamatan terutama di Kawasan bandar kerana
gejala sosial pada masa kini amat berleluasa dan juga jenayah agar dapat mewujudakan
keadaan yang harmoni.Begitu juga,mereka memberi pendapat agar memperbanyakan aktiviti
berfaedah seperi sukan,riadah,keagamaaan dan lain-lain(Mohd Fuad Mat Jali et al.,2012).

Begitu juga,dari aspek pendidikan,mereka menyuarakan pandangan agar memudahkan


peluang untuk melanjutkan pelajaran dan memberi bantuan biasiswa yang mencukupi agar
pelajar berminat untuk melanjutkan pelajaran,tidak dipinggirkan dan mengelak melakukan

2
aktiviti yang tidak berfaedah.Selain itu,mereka juga mencadangkan pendidikan motivasi dan
keagamaan diperluaskan agar golongan muda dapat membezakan perkara buruk dengan baik.

Akhir sekali,dari aspek politik pula,mereka sangat berharap agar segala isi hati mereka
didengari dan di ambil kira oleh kerajaan dan kepentingan mereka dapat diwujudkan dalam
dasar negara.Mereka juga memilih yang berwibawa,jujur,adil,bertanggungjawab,berkarisma
dan prihatin(Mohd Fuad Mat Jali et al.,2012).Bagi mereka,pemimpin yang bersikap
sedemikian dapat memimpin negara dengan berkesan dan akan mementingkan kepentingan
rakyat berbanding diri sendiri.

1.2.2 PENGLIBATAN BELIA DALAM PROTES POLITK DI IPTA

Sejarah juga membuktikan bahawa anak muda yang terdiri daripada kelompok pelajar di
universiti mula melahirkan kekecewaan dalam politik memalui protes dalam perbagai cara
sama ada secara fizikal mahupun di sosial media.Istilah sinonim begitu dekat dengan
golongan ini kerana mereka terlihat menarik untuk mentranformasikan politik di
negara(Roslizawati Taib et al.,2016).Dengan usaha yang mereka lakukan ini telah memberi
perubahan dalam landskap politik di negara baru-baru ini.Perbincangan ini dipilih untuk
melihat faktor golongan muda di IPTA terlibat dalam protes politik walaupun mereka
mendapat tentangan yang hebat daripada pihak kerajaan dan sekatan daripada pihak
pentadbiran di universiti mereka sendiri.

Antara faktor yang menyebabkan golongan muda mahasiswa di ipta terlibat dalam protes
politik terbahagi kepada iaitu faktor internal dan faktor eksternal.Antara faktor internal yang
paling popular ialah tentang isu kebajikan mahasiswa seperti kekurangan bekalan air,internet
atau kemudahan wifi yang lemah,harga makanan yang mahal dan yuran pengajian yang
mahal(Roslizawati Taib et al.,2016).Kegunaan air sangat penting untuk menjalankan aktiviti
seharian terutama untuk hadir ke kelas.Ketiadaan air ini akan menganggu emosi mereka
yang menyebabkan mereka berani melakukan protes politik kepada pihak tertentu.Selain
itu,kemudahan internet atau wifi juga penting terutama pada masa kini yang kebanyakkan
maklumat pembelajaran perlu dicari dengan hujung jari.Kegagalan internet menyebabkan
para pelajar tidak dapat mencari maklumat dengan baik dan ketinggalan dalam
pembelajaran.Di samping itu,harga makanan yang di jual di kantin agak mahal juga menjadi
isu protes para pelajar di university.Hal ini kerana,kebanyakkan penuntut ilmu di universiti

3
berasal daripada keluarga yang kurang senang dan ada yang terpaksa makan sekali sehari
sahaja untuk berjimat.Akhir sekali,yuran pengajian yang ditawarkan sangat tinggi
menyebabkan para pelajar tidak dapat menbayar sepenuhnya yuran pengajian setiap
semester(Roslizawati et al.,2016).Walaupun mereka mendapat pinjaman daripada kerajaan
terutamanya PTPTN,namun jumlah itu sebenarnya tidak mencukupi kerana hidup di
universiti bukan sahaja perlu membayar yuran tetapi juga perlu membayar keperluan asas
yang lain.

Selain itu,faktor eksternal pula ialah pengaruh media sosial,ekonomi teruk,kadar


pengangguran tinggi,memperjuangkan agama dan kaum dan pengaruh politik
luar(Roslizawati Taib et al.,2016).Pengaruh media sosial dilihat memainkan peranan yang
penting kerana pelajar di universiti terdiri merupakan golongan muda dan sering mengunakan
media sosial dalam kehidupan seharian.Mereka mudah terpengaruh dengan sesetengah
pengguna media sosial yang mengulas tentang politik yang tidak adil di negara terutama yang
melibatkan hak-hak sebagai golongan muda tercabar.Selain,itu,mereka juga melihat keadaan
ekonomi dalam negara yang merosot pada masa kini memberikan lagi tekanan kepada
golongan pelajar di universiti kerana bimbang selepas menghabiskan pendidikan di
universiti,ekonomi yang mereka miliki tidak stabil.Di samping itu,kadar pengangguran
tinggi,hal ini juga menimbulkan tekanan kepada para mahasiswa kerana memikirkan bahawa
selapas tamat pengajian kelak,mereka semakin sukar untuk mendapat pekerjaan sama ada
mengikut bidang mereka atau sebaliknya.Mereka menganggap tiada pekerjaan selepas
graduan dan kebanyakkan anak muda masa kini lebih memilih untuk tidak sambung pelajar
kerana isu demikian.Begitu juga,mereka juga mahu memperjuangkan agama dan
kaum.Sekarang isu yang berbangkit tentang agama dan hak kaum yang tidak adil sering
terjadi apabila mengambil kepentingan agama dan kaum masing-masing dalam sistem politik
di negara.Akhir sekali,pengaruh politik dari luar juga menjadi faktor para pelajar terpengaruh
dalam protes politik.Pengaruh politik dari negara luar seperti barat menjadi punca timbulnya
keberanian mereka melakukan demonstrasi kerana hak keistimewaan golongan belia banyak
tercabar dan sering disisihkan oleh pihak kerajaan kerana dianggap tidak penting.

4
1.2.3 KESEDARAN POLITIK PENGUNDI MUDA SEMAKIN BERTAMBAH

Sejak tahun 2019, Malaysia telah melaksanakan pilihan raya melibatkan golongan
muda berumur 18 tahun ke atas yang cukup umur pada tarikh penamaan pengundi.Hal ini
demikian,dengan perlaksanaan ini menyebabkan landskap politik di Malaysia berubah
sepenuhnya pada pilihan raya baru-baru ini.Dengan kelebihan ini juga,golongan muda
semakin semangat mengambil tahu tentang isu-isu politik dalam negara kerana mereka juga
bertanggungjawab melaksanakan cabutan undi nanti.Persoalan yang ingin dibicangkan ialah
apakah faktor timbulnya kesedaran berpolitik generasi muda pada hari ini.

Generasi muda pada hari ini sangat bijak dalam menguruskan internet pada setiap
hari.Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada kalangan yang berpendidikan tinggi,mereka
memainkan peranan yang penting dalam menyebarkan maklumat berkaitan politik dalam
media sosial.Generasi muda hari ini banyak terpengaruh dengan sesetengah parti politik yang
menjanjikan kepentingan buat mereka dalam manifesto pilihan raya(Nur Ellyanis Mohd
Basori et al.,2020).Contohnya,memberi bantuan biasiswa terutama dalam institusi pengajian
tinggi,menambahkan peluang pekerjaan,memberi bantuan peranti siswa kepada pelajar
terutama di peringkat universiti dan sebagainya.Dengan idea ini,parti politik tersebut mampu
memperolehi kemenangan yang besar kerana pengundi akan lebih tertarik dengan janji-janji
yang ditawarkan.Selain itu,jika seorang calon itu berkarisma,bijaksana dan muda pasti dapat
menarik lagi minat generasi muda untuk memilih parti tersebut kerana lebih faham dan
mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka(Nur Ellyanis Mohd Basori et al.,2020).

Selain itu,generasi muda yang di beri kuasa untuk mengundi oleh kerajaan sudah mulai
sedar masalah yang berlaku dalam politik dalam negara mereka sendiri.Generasi muda hari
ini banyak terdedah dengan sikap parti politik yang tidak mengamalkan tanggungjawab
sebagai wakil rakyat dengan baik.Sebagai contoh,anak muda menolak terhadap Barisan
Nasional (BN) di negeri-negeri dan dimenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) kerana kempen BN
hanya fokus kepada Kerajaan pembangunaan BN sahaja.Anak muda mengganggap parti ini
sudah lagi tidak releven pada masa kini kerana mereka menginginkan aspek integriti,hak
asasi,moral dan sikap demokratik Kerajaan dalam memenuhi harapan rakyat.Mereka menolak
pemimpin yang terlibat dalam rasuah,penyelewengan,politik wang dan salah guna
kuasa.Anak muda pada masa kini lebih mengetahui tentang politik dengan hanya hujung jari
dalam telefon pintar berbanding generasi tua(Nur Ellyanis Mohd Basori et al.,2020).

5
2.0 RUMUSAN

Kesimpulannya,generasi muda pada masa kini memainkan peranan yang penting dalam
mengubah landskap politik semasa di Malaysia.Perkara ini telah banyak mengubah cara
untuk pemimpin memimpin negara dengan lebih sesuai pada zaman kini.Selain itu,generasi
muda sering di sisihkan juga menjadi faktor para pemuda bangkit menentang dan
menyuarakan pendapat mereka sebagai rakyat yang akan memimpin negara ini juga pada
suatu hari nanti.Asbab dari pengundi muda ini jugalah berlaku kejatuhan parti terdahulu
kerana tidak berlaku adil dalam memimpin negara dan cara yang digunakan sudah tidak
sesuai digunakan pakai pada masa kini.Oleh itu,peranan yang dilakukan oleh pengundi muda
dianggap berkesan dalam memilih pemimpin dan parti politik yang adil,bertanggungjawab
dan berkarisma pada masa kini.Segala usaha yang dilakukan oleh pengundi muda yang
sanggup melakukan protes dan pulangkan ke tempat masing-masing untuk membuang kertas
undi tidak menjadi sia-sia.Dengan ini negara Malaysia akan lebih aman,maju dan harmoni
sentiasa.

6
3.0 RUJUKAN

Mohd Fuad Mat Jali dan Junaidi Awang. (2023). Pendapat Dan Keperluan Generasi Muda

Di Kawasan Parlimen Muar,Johor.e-BANGI.Jurnal Sains Sosial Dan

Kemanusiaan.Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://eds.p.ebscohost.com/eds/detail/detail?vid=1&sid=8b4206c9-d49f-46ce-8d78-

7248dd80472f%40redis&bdata=JnNpdGU9ZWRzLWxpdmU%3d#AN=ukmjar.2827

&db=ir01235a

Roslizawati Taib dan Mohd Rizal Yaakop. (2017). Penglibatan Mahasiswa Dalam Protes

Politik Di Ipta PRK 2016.e-BANGI.Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan Universiti

Kebangsaan Malaysia.https://eds-p-ebscohost-

com.eresourcesptsl.ukm.remotexs.co/eds/pdfviewer/pdfviewer?vid=2&sid=657268a9

-dcde-423a-9403-83c350cedd53%40redis

Nor Ellyanis Mohd Basori dan Junaidi Awang Besar. (2020). Politik Belia dan Pilihan Raya

Umum Ke-14 Di Malaysia.e-BANGI.Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan Universiti

Kebangsaan Malaysia.https://eds-p-ebscohost-

com.eresourcesptsl.ukm.remotexs.co/eds/pdfviewer/pdfviewer?vid=3&sid=e7acea87-

8466-42a5-8391-f175a7e594f7%40redis

You might also like