You are on page 1of 11

PENGENALAN

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan generasi muda terpengaruh dengan

budaya barat.

2. Menganalisis langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pengaruh

globalisasi terhadap budaya asal masyarakat kita.

KAEDAH KAJIAN

Soal Selidik

Menurut Bryman (2008), kaedah kajian merujuk kepada suatu pendekatan yang digunakan untuk

mencari sumber atau maklumat mengenai sesuatu perkara yang hendak dikaji. Selain itu, tujuan

menyediakan kaedah kajian ini adalah menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.

Salah satu kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik, soal selidik merupakan kaedah

yang paling sesuai untuk mengumpul data dan mengikut pandangan. Miles dan Huberman

(1984) yang mengatakan bahawa data yang diperoleh daripada soal selidik dengan responden

kajian yang dijalankan dalam suasana semula jadi memberikan data berbentuk deskriptif yang

tepat. Untuk menjalankan kaedah ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik yang

digital kepada 30 orang responden iaitu dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan

Kampar,Perak.Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja kajian pengkaji dan mengkaji

jawapan yang dinyatakan berkaitan dengan tajuk kajian.

Perpustakaan
Kaedah kepustakaan ini merupakan kaedah yang berkaitan dengan pencarian maklumat-

maklumat umum dengan kata kunci bagi sesuatu kajian. Informasi yang relevant dengan tajuk

dapat diperolehi daripada Internet ataupun bahan-bahan bacaan. Bagi mendapatkan sebanyak

mungkin maklumat-maklumat yang berkaitan kajian ini, pengkaji telah merujuk beberapa

penulisan yang berkisar dengan kajian yang hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh

pengkaji. Rujukan asas ini penting agar penulisan pengkaji tidak terpesong dari landasan yang

sebenar. Kajian kepustakaan juga dilakukan oleh pengkaji dengan membuat pencarian di

Internet. Pengkaji telah berkunjung kepada beberapa website yang mengenai dengan tajuk.

Antara bahan yang diperoleh melalui pencarian di Internet ialah jurnal-jurnal antarabangsa di

samping jurnal-jurnal di dalam negara. Walaupun pelbagai maklumat senang diakses, namun

pengkaji hanya memilih maklumat yang berkaitan dengan kajian bagi dijadikan sebagai sumber

rujukan dalam kajian ini. Kaedah kepustakaan ini penting untuk dilakukan bagi menambahkan

pengetahuan pengkaji berkaitan tajuk kajian dengan lebih mendalam

ANALISIS KAJIAN

1.0 Adakah anda bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan ialah unsur yang penting

dalam mengukuhkan perpaduan antara kaum?

2.0 Pada peranan anda, apakah peranan Perlembagaan Persekutuan yang paling penting

bagi pengukuhan peradaban dalam kalangan masyarakat?

3.0 Adakah anda bersetuju bahawa Perlembagaan Persekutuan menjamin hak-hak

kebebasan beragama dan memberikan perlindungan terhadap disriminasi berdasarkan

agama?
4.0 Agama dan Perlembagaan Persekutuan dikatakan memainkan peranan yang begitu

penting dalam mengasaskan pembentukan masyarakat. Mengapakah peranan

Perlemagaan Persekutuan penting dalam pembentukan sedemikian?

5.0 Pada pendapat anda,apakah cabaran yang dihadapi dalam proses pengukuhan etika

dan peradaban dalam kalangan masyarakat sekarang?

6.0 Apakah langkah utama sebagai warganegara Malaysia dalam mengukuhkan

pembangunan etika dan peradaban masyarakat dalam agama?

7.0 Pada pendapat anda, apakah aktiviti yang boleh mengukuhkan kesedaran rakyat ini

terhadap Perlembagaan Persekutuan?

Berdasarkan soalan dan rajah di atas, sejumlah 30 orang responden telah mengambil

bahagian dalam soal-selidik berkenaan mengikut pandangan mereka yang tersendiri. Secara

majoritinya, sebanyak 22 orang responden yang bersamaan dengan 73.3% telah memilih

bahawa aktiviti terbaik yang boleh mengukuhkan kesedaran rakyat kini terhadap

Perlembagaan Persekutuan adalah dengan mempromosikan kepentingannya di media sosial.

Seterusnya, terdapat 5 orang responden, iaitu 16.7%, membuat keputusan bahawa cara yang

terbaik adalah mengadakan pertandingan pidato bertemakan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, berbaki 3 orang responden yang seiring dengan 10.0% bersetuju dengan

mengadakan seminar berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Profesor Dr. Shamrahayu daripada UMP News, beliau mengatakan bahawa masyarakat

kini, terutamanya mahasiswa, patut diberi dorongan untuk mengenali dan memahami

Perlembagaan Persekutan dengan lebih terperinci. Beliau juga berkata bahawa terdapat
kesedaran yang lebih mandalam terhadap Perlembagaan Persekutuan sejak lebih daripada

sepuluh (10) tahun kebelakangan ini. Tambahan pula, beliau bersetuju bahawa pentingnya

seminar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara seperti Seminar Kenegaraan atau

Seminar Etika dan Peradaban. Seminar ini penting untuk memberi pendedahan kepada pelajar-

pelajar universiti tentang kepentingan Perlembagaan Persekutuan terutamanya kepada generasi

baharu negara sebagai generasi pewaris. Maka, salah satu cara untuk mengukuhkan kesedaran

rakyat terhadap Perlembagaan Persekutuan pada masa kini adalah dengan mengadakan seminar

tentang Perlembagaan Persekutuan.

Merujuk kepada Jurnal Komunikasi Borneo 2015 pula, penerbit artikel tersebut menyatakan

bahawa Internet dan media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam era

globalisasi kini. Media sosial mampu berkhidmat untuk khalayak ramai seperti semua

penduduk sesebuah negara tanpa mengira bangsa, umur dan jantina. Zaman kini merupakan

zaman ‘dunia di hujung jari’ kerana berbagai-bagai maklumat dapat diperoleh melalui

kemajuan Internet ini. Bak kata penulis artikel ini, beliau menyatakan bahawa penggunaan

Internet ini diibaratkan seperti makanan ruji untuk hampir semua penduduk muka bumi hari

ini. Justeru, pembangunan dan kewujudan aplikasi-aplikasi semakin berleluasa pada masa

kini seperti Instagram, Twitter, Whatsapp dan Tiktok. Maka, ia wajar bahawa Internet dan

media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penyebaran maklumat,

termasuklah maklumat tentang Perlembagaan Persekutuan. Secara ringkasan, aktiviti utama

yang boleh mengukuhkan kesedaran rakyat kini terhadap Perlembagaan Persekutuan adalah

dengan cara mempromosikan kepentingan Perlembagaan Persekutun di media sosial.


8.0 Pada pendapat anda,apakah manfaat sekiranya penghayatan etika dan peradaban

yang baik diamalkan oleh masyarakat?

Menurut soalan lapan dan rajah yang ditunjukkan, sebanyak 13 responden bersamaan dengan

43.30% bersetuju dengan semua pilihan yang dinyatakan dalan soalan termasuk manfaat

membantu dan menggalakkan ekonomi negara,masyarakat hidup dalam keadaan yang

harmoni dan menjadi teladan baik kepada negara lain. Hal ini demikian kerana penghayatan

etika dan peradaban yang baik merupakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang sudah

berkembang sejak lama di dalam masyarakat. Prinsip-prinsip ini memberikan arahan dan

panduan bagi masyarakat dalam menjalankan kehidupan mereka dan bertindak sebagai

kerangka kerja yang membantu masyarakat memperoleh manfaat. Seterusnya, sebanyak 10

responden bersamaan 33.30% bersetuju dengan manfaat bahawa masyarakat hidup dalam

keadaan yang harmoni sekiranya penghayatan etika dan peradaban yang baik diamalkan oleh

masyarakat. Sebagai contoh, masalah diskriminasi akan dikurangkan, hal ini terjadi kerana

etika dan peradaban yang baik dapat memupuk sikap penghargaan atas perbedaan dan
menghormati adat resam pelbagai agama antara satu sama lain. Tambahan pula, seramai 5

orang responden bersamaan 16.70% telah bersetuju dengan manfaat membantu dan

menggalakkan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana etika dan peradaban yang baik dapat

meningkatkan produktiviti, efisiensi dan kecekapan dalam melakukan tugas dan

tanggungjawab sehingga dapat menghasilkan produk atau jasa yang berkualiti dalam waktu

yang singkat. Dengan ini, daya saing produk dan jasa dalam pasar global akan ditingkatkan.

Akhirnya, seramai 2 responden bersamaan dengan 6.70% telah memilih pilihan iaitu menjadi

teladan baik kepada negara lain sebagai manfaat bagi amalan penghayatan etika dan

peradaban yang baik. Contohnya, negara yang memiliki masyarakat yang menghayati etika

dan peradaban yang baik menunjukkan kualiti kepemimpinan yang baik. Hal ini juga dapat

menjadi inspirasi bagi negara lain untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan mereka serta

mendorong kerjasama internasional.

9.0 Pada pendapat anda,apkah perkara utama yang akan berlaku sekiranya Perlembagaan

Persekutuan tidak menjadi asas pengukuhan etika dan peradaban dalam kalangan

masyarakat?

10.0 Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat kini tidak memberi kepentingan

kepada Perlembagaan Persekutuan?


CADANGAN DAN KESIMPULAN

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
RUJUKAN
LAMPIRAN

You might also like