You are on page 1of 35

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Malaysia merupakan negara yang unik kerana Malaysia merupakan negara yang
berbilang kaum. Hal ini merupakan kenyataan benar sejak dahulu kerana rakyat
Malaysia telah lama berhidup harmoni antara satu sama lain. Setiap warganegara
Malaysia patut cinta akan negara kerana kemerdekaan negara Malaysia bukan senang
diperolehi. Semenanjung Malaysia yang mana dulu dikenali sebagai Tanah Melayu
telah melalui penjajahan Empayar British selama lebih daripada 100 tahun. Pada
tahun 1957, semenanjung Malaysia telah berjaya mendapatkan kemerdekaan
daripada pihak British. Kemerdekaan Malaysia tidak akan wujud jika tiada semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat. Menurut Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia
(n.d.), patriotisme merupakan sesuatu perasaan yang sangat kuat dalam mencintai
negara dan mempertahankan negara.

Definisi patriotisme ialah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air
[CITATION Kamus \l 17417 ]. Patriotisme juga bermaksud sikap positif dan menyokong
tanah air. Secara lebih mendalam, maksud patriotisme ialah cinta akan tanah air
dengan kesanggupan untuk menumpahkan hati budi kepadanya. Menurut Bill Totten
(1998, seperti yang dipetik dalam Muslim, N. & Alias, J., 2004), tidak ada bangsa,
keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk boleh berfungsi dengan baik
melainkan semua ahli cintakan negara. Oleh sebab itu, semangat patriotisme
memainkan peranan yang penting dalam memperkukuhkan negara.
Semangat patriotisme perlulah sentiasa dipupuk dan diserap dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Dengan adanya semangat patriotisme, masyarakat akan selalu
bersyukur terhadap pengorbanan pemimpin-peminpin untuk mendapatkan
kemerdekaan daripada tangan penjajah. Rakyat Malaysia adalah terdiri daripada tiga
kaum yang utama, iaitu Melayu, Cina dan India. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus
mempunyai kesedaran tentang kepentingan semangat patriotisme. Semangat
patriotisme mampu menjadi pendorong kepada setiap rakyat negara ini untuk sama-
sama membangunkan Malaysia sebagai salah sebuah negara terulung di rantau ini.
Tanpa semangat patriotisme, negara Malaysia tidak akan sejahtera dan maju kerana
penduduk akan melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap negara.

1.2 Penyataan Masalah

Kebelangkangan ini, semangat patriotisme semakin luntur dalam kalangan rakyat


Malaysia khususnya dalam kalangan generasi muda. Semangat patriotisme semakin
luntur kerana pemikiran generasi muda pada hari ini mudah dipengaruhi oleh budaya
asing disebabkan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Budaya barat
seperti gaya pemakaian dan pergaulan bebas dapat disebar dengan cepat dalam media
sosial. Maklumat ini senang diakses melalui internet. Generasi muda yang kurang
pendirian akan terikut pada budaya tersebut sehingga menjadi kebiasaan dalam
kehidupan mereka. Secara tidak langsung, mereka melupakan identiti Malaysia yang
begitu unik dan adat resam yang dibawa oleh bangsa mereka.
Sikap mementingkan diri sendiri sehingga tidak mahu berkorban demi negara
juga adalah salah satu perkara yang menunjukkan generasi muda tidak mencintai
tanah air. Mereka sibuk untuk mengejar kemewahan, bersikap materialisme dan
mencari kekayaan hanya untuk keselesaan sendiri sahaja. Jika kita berbanding
generasi muda dengan generasi tua, generasi tua mempunyai semangat patriotisme
yang lebih kuat daripada generasi muda. Menurut Tan Sri Khalid Abu Bakar, mantan
Ketua Polis Negara, beliau berkata “generasi muda tidak pernah melalui pahit getir
zaman darurat, mereka lahir dan hidup dalam era diwarisi daripada generasi
sebelumnya yang terpaksa mempertaruhkan nyawa mempertahankan maruah
bangsa dan kedaulatan negara”[CITATION BH \l 17417 ]. Jelaslah bahawa generasi
muda kurang semangat patriotisme yang jitu terhadap negara.
Kesedaran yang rendah turut menjadi punca semangat patriotisme yang tidak
jitu dalam kalangan generasi muda. Mereka kurang pengetahuan tentang kedaulatan
dan kesetiaan terhadap negara. Mereka kurang minat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang menjurus terhadap kesetiaan dan kedaulatan negara. Misalnya,
aktiviti seperti sambutan hari kebangsaan tidak mendapat sambutan yang hangat
dalam kalangan generasi muda kerana mereka hanya berfikir tentang cuti sahaja.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk:


a) Mengenal pasti kesedaran terhadap semangat patriotisme dalam kalangan belia
dan dewasa.
b) Mengkaji cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan belia dan dewasa.

1.4 Lokasi Kajian

1.4.1 Peta 1

Peta 1: Kawasan Parit Raja, Johor

Sumber: Google Maps


Peta 1 menunjukkan kawasan Parit Raja yang terletak di Johor. Parit Raja merupakan
sebuah kampung kecil. Kampung ini dikenali sebagai Padang kerana ia meliputi
kawasan Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di Jalan Junid
pinggir Kuala Sungai Muar. Walaupun Parit Raja adalah sebuah kampung kecil,
tetapi tempat ini mempunyai sebuah universiti yang terunggul di Malaysia iaitu
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pasaraya besar Tesco dan
McDonald’s juga ada di kawasan Parit Raja.

1.4.2 Peta 2

Peta 2: Kawasan UTHM, Parit Raja, Johor.

Sumber: Google Maps

Peta 2 di atas menunjukkan kawasan lokasi kajian. Dalam membuat kajian, kawasan
kajian adalah satu unsur yang sangat penting. Kawasan kajian adalah terletak di
UTHM, Parit Raja, Johor. UTHM dikelilingi oleh kawasan perindustrian dan pokok-
pokok. Kawasan kajian ini berhampiran dengan pasaraya besar Tesco dan
McDonald’s. Jarak antara UTHM dengan Tesco dan McDonald’s hanya 5.0 km
sahaja.
1.4.3 Gambar

Gambar 1: UTHM, Parit Raja, Johor.

Sumber: Kajian Lapangan 2018

Gambar 1 di atas merupakan pintu masuk utama UTHM, Parit Raja, Johor. UTHM
mempunyai lebih kurang 16,000 orang pelajar. Kawasan tersebut juga mempunyai
professor-profesor yang professional.

1.5 Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian penting dan perlu menghubungkan objektif kajian dengan hasil
kajian. Kajian tentang persepsi terhadap semangat patriotisme dalam kalangan belia
dan dewasa melibatkan pengumpulan data daripada sumber primer dan sumber
sekunder.
1.5.1 Sumber Primer

Sumber primer melibatkan kaedah soal selidik atas talian melalui “Google Form”.
Sasaran soal selidik ini adalah golongan belia dan dewasa di UTHM, Parit Raja,
Johor.

1.5.2 Sumber Sekunder

Sumber sekunder pula merujuk kepada pengumpulan maklumat daripada sumber-


sumber yang telah sedia ada. Pengkaji juga menjalankan rujukan seperti tesis, jurnal,
dan laman web di internet. Data adalah diperolehi daripada laman web, peta pula
dicari daripada Google Maps manakala gambar lokasi kajian pula diambil oleh
pengkaji sendiri.

1.5.3 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang
terlebih daripada satu populasi yang hendak dikaji [CITATION Mar05 \l 17417 ]. Kajian
ini bertujuan untuk mengkaji cara pemupukan semangat patriotisme yang jitu dalam
kalangan generasi muda di UTHM, Parit Raja, Johor.

1.5.4 Persampelan

Dalam menentukan sampel, kaedah persampelan bertujuan telah digunakan. Kaedah


persampelan bertujuan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan
populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Hal ini bermakna
pengkaji mengambil sebahagian kecil populasi untuk soal selidik dan temu bual serta
membuat generalisasi berkenaan populasi yang diwakili oleh sampel tersebut
[CITATION Ano11 \t \l 17417 ].
Seramai 30 sampel telah dipilih secara persampelan bertujuan dalam kajian
ini.

1.5.5 Instrumen Kajian


Kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik dan rujukan.

1.5.5.1 Borang Soal Selidik

Kajian ini dilakukan dengan kaedah soal selidik secara atas talian melalui “Google
Form”. “Google Form” ini merupakan salah sesuatu cara yang mudah untuk orang
ramai meninjau pandangan mahupun membuat survei tentang sesuatu kajian. Kaedah
ini dapat menjimatkan kos dan masa secara efektif. Cara ini juga dapat menyusun
maklumat dan mengumpul sebarang data dengan selamat.
Skop kajian merangkumi persepsi terhadap semangat patriotik dalam
kalangan belia dan dewasa. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk
menjawab borang soal selidik ini. Kajian ini menumpu kepada golongan belia
mahupun dewasa. Untuk menjamin kajian ini berjalan dengan lancar, bilangan belia
dan dewasa telah ditentukan, iaitu 15 orang belia serta 15 orang dewasa. Dengan data
yang telah dikumpul, pengkaji akan memproseskan data dan mendapatkan hasilnya
yang di mana sehubung dengan kajian ini.
Pengkaji telah menyediakan soal selidik dalam Bahasa Malaysia supaya
mudah difahami oleh responden. Soal selidik yang dihasilkan mengandungi 3
bahagian iaitu, Bahagian A: maklumat demografi responden yang mengandungi
jantina, umur, bangsa dan agama. Bahagian B adalah mengenai kesedaran terhadap
semangat patriotisme dalam kalangan belia dan dewasa. Terdapat 10 soalan yang
berbentuk sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju.
Pengkaji menggunakan skala likert untuk mengukur maklum balas responden. Skala
likert ini merupakan skala yang dapat digunakan untuk mengukur sikap, pendapat,
dan persepsi seseorang atau sekelompok orang mengenai suatu gejala atau fenomena.
Tujuan skala likert ini digunakan adalah untuk menilai keberhasilan suatu kebijakan
atau program dan manfaat pelaksanaan suatu kebijakan atau program [CITATION
Riz15 \l 17417 ].

Peringkat Skor
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
Jadual 1: Skala Likert
Sampel dipilih menggunakan kaedah sampel bertujuan. Sebanyak 30 soal
selidik telah dijawab oleh 30 responden di UTHM melalui telefon pintar. Kajian
lapangan ini dijalankan pada 16, 17 dan 18 October 2018 dengan bertanya kepada
golongan belia dan dewasa secara mesra untuk menjawab soal selidik melalui
“Google Form”.
Bahagian C adalah mengenai pandangan responden berkaitan cara untuk
memupuk semangat patriotisme yang jitu.

1.5.5.2 Rujukan

Bahan bacaan yang pengkaji membuat rujukan ialah laman web, kamus, tesis, jurnal
dan lain-lain lagi.

1.5.6 Prosedur Kajian

Pengkaji hanya memilih responden yang mempunyai telefon pintar untuk menjawab
soalan di “Google Form”. Sebelum responden mula menjawab soal selidik,
penerangan telah diberikan kepada responden supaya mereka memahami tujuan soal
selidik ini. Pengkaji menjamin maklumat mereka hanya akan digunakan bagi tujuan
borang soal selidik sahaja. Responden telah diberikan 15 minit hingga 20 minit untuk
menjawab soal selidik secara atas talian.

1.5.7 Cara Analisis Data

Kajian ini menggunakan analisis data deskriptif untuk menganalis data. Data yang
diperoleh dianalisis menggunakan kekerapan, peratus dan min.

Formula Min:
( 1× F ) + ( 2 × F )+ (3 × F ) + ( 4 × F )+(5 × F)
30

1.6 Rumusan

Semangat patriotisme perlu disemarakkan di kalangan rakyat Malaysia dan bukan


hanya pada masa yang tertentu sahaja. Malaysia merupakan negara berbilang kaum,
segala rakyat Malaysia perlulah mencintai negara Malaysia tanpa mengira kaum,
agama dan bahasa. Semangat patriotisme boleh dikatakan sebagai tulang belakang
kepada negara kita bagi memperkukuhkan pertahanan negara . Oleh itu, kita perlu
suburkan kembali jiwa patriotik yang sebenarnya. Kita seharusnya menghayati jasa
bekas pemimpin-pemimpin negara yang telah banyak berkorban untuk
mempertahankan negara kita. Dengan itu, negara kita akan bergerak ke arah negara
yang maju supaya dapat bertanding dengan negara maju yang lain.
BAB 2

ISU PERBINCANGAN

2.1 Kepentingan Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Rakyat Malaysia


Khususnya Generasi Muda

Semangat patriotisme mengungkap kepada perasaan cinta dan sayang akan negara
yang mendalam dalam diri seseorang. Semangat ini mampu mempengaruhi
masyarakat untuk lebih mengutamakan kepentingan negara berbanding dengan
kepentingan diri-sendiri. Pada era pascamerdeka ini, masyarakat kini khusunya
generasi muda perlu disemaikan semangat patriotisme yang untuk mengekalkan
pembangunan dan kedamaian negara, walaupun negara kita telah mencapai tahap
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara moden yang lain.
Sesungguhnya, terdapat beberapa kepentingan atau kebaikan semangat patriotisme di
kalangan masyarakat Malaysia khususnya generasi muda.

Antara kepentingan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia


khususnya generasi muda ialah membantu dalam pembentukkan generasi yang
berhemah tinggi dan berakhlak mulia.Hal ini demikian, generasi muda yang
mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif
seperti gejala sosial dan vandalisme.Mereka akan menyumbang ke arah
pembentukan masyarakat yang bebas daripada jenaya serta masyarakat yang
memelihara alam sekitar.Dengan ini, kelestarian alam serta keharmonian di negara
kita dapat dikecapi.Masyarakat umum juga dapat hidup dengan aman dan damai di
Malaysia.

Selain itu,semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya


generasi muda dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.Sebabnya,generasi
muda yang memiliki semangat cinta akan negara akan bekerja kuat untuk
memajukan semua sektor yang menyumbang kepada ekoomi negara seperti sektor
perindustrian,perniagaan dan pertanian.Generasi kini adalah generasi yang
berpendidikan.Oleh itu, mereka akan menyumbang ilmu serta mengaplikasikan idea-
idea mereka yang kreatif untuk mencipta pelbagai alatan yang berinovatif agar dapat
membawa pembangunan dalam kesemua sektor ekonomi yang terdapat negara
kita.Dengan ini,kestabilan ekonomi terjamin serta dapat meningkatkan taraf hidup
rakyat.

Seterusnya,semangat patriotisme juga akan mendorong generasi muda untuk


mengharumkan nama negara di persada dunia.Hal ini demikian, kini terdapat
pelbagai bidang yang dapat diceburi oleh generasi muda.Antara bidang tersebut ialah
bidang sukan,bidang sains dan bidang matematik.Tambahan pula, terdapat banyak
peluang untuk meningkatkan serta menunjukkan bakat yang ada pada mereka kepada
mata dunia.Para remaja yang mempunyai bakat dalam sesebuah bidang dapat
menyertai pelbagai pertandingan yang berasaskan bidang tersebut sehinnga peringkat
antarabangsa.Dengan ini mereka bukansahaja dapat mengharumkan nama keluarga
serta diri tetapi juga mengharumkan nama negara di perinkat antarabangsa kerana
mereka akan membawa identiti mereka sebagai warganegara Malaysia.Sekiranya
nama negara kita dikenali oleh orang ramai terutamanya pemimpin-pemimpin luar
negara maka hal tersebut akan memudahkan kita untuk mengadakan hubungan
diplomatik serta meminta bantuan jika ditimpa musibah.

Selanjutnya,semangat patriotisme yang ada pada rakyat Malaysia khusunya


generasi muda akan melahirkan pemimpin yang berkaliber.Pada masa ini,penglibatan
generasi muda dalam kerja sukarelawan semakin hari semakin meningkat.Belia kini
tidak lagi hanya mahu berdiri memegang bendera bagi menunjukkan rasa cinta
sebaliknya menterjemahkan rasa cinta itu dengan memberi khidmat bakti melalui
kerja-kerja kesukarelawan. Jika seseorang mempunyai sifat sukarelawan yang tinggi
nescaya dia akan menjadi pemimpin yang baik kerana seseorang itu tidak layak
digelar sebagai pemimpin jika tidak memiliki sifat suka menolong orang.Lebih- lebih
lagi,sekiranya generasi berpatriotik menjadi ahli politik mereka dapat memimpin
negara lebih dengan cara yang bersistematik sebabnya mereka mengutamakan negara
dan rakyat daripada diri sendiri.Amalan rasuah dalam perkhidmatan awam pula dapat
dibasmikan.
Di samping itu,semangat patriostisme juga amat penting dalam kalangan
rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk mengekalkan perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang bangsa.Hal ini demikian,generasi yang berpatriotik akan
bersikap toleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain semasa berlaku
perselisihan faham untuk mengelakkan pergaduhan.Hal ini akan mengekalkan
keharmonian negara serta tidak akan membuka peluang kepada kuasa asing untuk
menguasai negara kita sekali lagi.Lebih-lebih lagi rakyat yang bersatu padu
mengekalkan keharmonian negara akan menarik lebih ramai pelabur dari luar negara
untuk datang melabur di negara kita dengan selesa dan berani.Dengan ini
,pendapatan negara turut meningkat.

Konklusinya,Menurut pepatah “ Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah


negara, lihatlah remajanya pada hari ini” proses pemupukan semangat patriostisme
haruslah disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia khususnya generasi muda bagi
mencapai visi kudsi Wawasan 2050. Oleh yang demikian, semua pihak perlulah
berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik
disuburkan serta setiap rakyat mengetahui betapa pentingnya, patriostisme.
2.2 Senario Patriotisme di Malaysia Khususnya Generasi Muda

Terdapat pelbagai senario patriotisme di Malaysia. Bagi generasi muda


khususnya,antara senario patriotisme yang ditonjolkan ialah menghormati lagu dan
bendera kebangsaan Malaysia iaitu lagu Negaraku dan Jalur Gemilang. Hal ini
kerana, lagu dan bendera kebangsaan merupakan lambang kedaulatan dan
kebanggaan sesebuah negara. Ketika lagu Negaraku di nyanyikan , mereka akan
berdiri tegak menunjukkan kehormatan kepada lagu kebangsaan , juga apabila
tibanya bulan kebangsaan , bendera dikibarkan khususnya di rumah-rumah dan pada
kenderaan mereka.Akan tetapi terdapat segelintir generasi muda kini yang seakan
akan tidak mengendahkan langsung tentang perkara ini. Ada diantara mereka yang
langsung tidak menghormati lagu dan bendera kebangsaan. Contohnya , mereka
langsung tidak berdiri ketika lagu Negaraku dinyanyikan. Senario ini seiring dengan
kata mantan presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy iaitu, “ Usahlah disoal
apakah yang boleh dilakukan oleh negara untuk kamu, sebaliknya tanya apakah
sumbangan kamu kepada negara?”. Tegasnya, sebagai rakyat yang telah banyak
termakan budi kepada negara, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme
harus mempunyai ciri menghormati lagu dan bendera kebangsaan Malaysia.

Selain itu, mengamalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang


berbilang kaum. Hal ini supaya, kestabilan negara yang aman ini tidak terjejas kerana
rusuhan antara kaum. Sebagai contoh, generasi muda bersikap toleransi dan bertolak
ansurantara satu sama lain bagi mengelakkan pergaduhan dan perselisihan faham.
Seiring dengan itu, keamanan negara akan menjadi keutamaan generasi muda
tersebut walaupun mengorbankan kepentingan diri sendiri.

Seterusnya, generasi muda bergiat aktif dalam agenda kerajaan untuk


membangunkan negara. Hal ini demikian kerana peranan generasi muda dalam
sesuatu aktiviti peringkat kebangsaan adalah sangat penting sehingga boleh
menentukan kejayaan sesebuah negara. Contohnya, generasi muda yang menyahut
inisiatif Dasar Belia Negara akan menghindarkan diri daripada pelbagai jenis gejala
sosial seperti merokok, menghisap dadah dan vandalisme. Sebaliknya, mereka akan
belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang individu yang berjaya agar dapat
menyumbangkan bakti kepada negara. Akan tetapi masih terdapat segelintir generasi
muda yang langsung tidak berminat untuk bergiat aktif dalam agenda kerajaan ini,
kerana bagi mereka perkara ini hanyalah membuang masa dan tidak mendatangkan
faedah.

Selain itu, senario patriotisme yang ditonjolkan ialah menyambut hari


kebangsaan pada setiap tahun. Hal ini membuatkan mereka sentiasa mengingati
usaha-usaha pemimpin negara pada zaman dahulu yang berjuang untuk mendapatkan
kemerdekaan negara. Sikap bertanggungjawab mempertahankan kemerdekaan
negara akan disemarakkan dalam diri mereka. Contohnya, generasi muda akan
mengambil bahagian dalam perbarisan semasa sambutan Hari Kemerdekaan di
Dataran Merdeka pada setiap tahun. Mereka sanggup mengorbankan masa dan
tenaga untuk mempamerkan semangat kekitaan yang masih kekal di negara kita sejak
hari pertama negara merdeka. Akan tetapi terdapat juga generasi muda yang tidak
menyambut hari kebangsaan dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, mereka
menghabiskan masa mereka di hari tersebut dengan tidur dirumah. Tindakan ini
boleh dikaitkan dengan peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Natijahnya, generasi muda yang mempunyai semangat patriotism akan menyambut
hari kemerdekaan negara pada setiap tahun.
2.3 Perbandingan Semangat Patriotisme di Kalangan Generasi Tua Dan Muda

ANALISIS KAJIAN

2.3.1 PENGENALAN

Bab ini mengemukakan hasil kajian yang telah diperoleh melalui penganalisisan data
yang dilakukan oleh penyelidik. Perbincangan dalam bab ini dibahagikan kepada dua
iaitu analisis statistik deskriptif digunakan bagi ciri-ciri demografi dalam bentuk
peratus.

BAHAGIAN A

2.3.2 ANALISIS TABURAN RESPONDEN

Bahagian ini akan menghuraikan mengenai latar belakang responden atau ciri
demografi yang dipilih berdasarkan jantina, umur, bangsa, dan agama. Struktur
taburan responden adalah seperti berikut:

2.3.2.1 Jantina Responden

Jumlah responden keseluruhan adalah seramai 20 orang yang terdiri daripada 45


peratus responden lelaki manakala responden perempuan pula sebanyak 55 peratus.
Taburan responden mengikut jantina ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di bawah.
Rajah 2.1

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Jantina

TABURAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

2.3.2.2 Umur
Responden

Bagi kategori umur pula, seramai 20 orang responden atau 100 peratus adalah
berusia 15 tahun hingga 30 tahun. Ini kerana, kajian ini dibuat kepada orang yang
berusia 15 tahun hingga 30 tahun. Taburan responden mengikut umur ditunjukkan
dalam Rajah 2.2 di bawah.

Rajah 2.2

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Umur

TABURAN RESPONDEN MENGIKUT UMUR


2.3.2.3 Bangsa Responden

Bagi kategori bangsa responden, terdapat 4 kategori yang dipilih oleh penyelidik
iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Responden berbangsa Melayu ialah sebanyak
55 peratus manakala, bangsa Cina mewakili sebanyak 25 peratus, bangsa India
mewakili 20 peratus. Rajah 2.3 di bawah menunjukkan kategori bangsa responden.

Rajah 2.3

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Bangsa

TABURAN RESPONDEN MENGIKUT BANGSA

2.3.2.4 Agama Responden

Bagi kategori agama responden, terdapat 3 kategori yang dipilih oleh penyelidik iaitu
Islam, Buddha, dan Hindu. Responden yang beragama Islam ialah sebanyak 55
peratus manakala, yang beragama Buddha 25 peratus dan responden kategori Hindu
sebanyak 20 peratus. Rajah 2.4 di bawah menunjukkan kategori agama responden.
Rajah 2.4

Carta Pai Taburan Responden Mengikut Agama

TABURAN RESPONDEN MENGIKUT AGAMA


2.3.3 HASIL SOAL SELIDIK

Soal selidik ini dibuat untuk mengetahui persepsi belia terhadap semangat patriotik
dalam kalangan belia di uthm, parit raja, johor. Borang soal selidik ini mengandungi
sepuluh soalan dan dengan lima pilihan jawapan iaitu setuju, sangat setuju, kurang
setuju ,tidak setuju dan sangat tidak setuju.

2.3.3.1 SOALAN PERTAMA :

Saya patut meletakkan kepentingan negara


melebihi kepentingan diri sendiri
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

SOALAN PERTAMA : Saya patut meletakkan kepentingan negara


melebihi kepentingan diri sendiri

9 daripada responden setuju dengan soalan. Manakala 9 sangat setuju dengan soalan
ini. Di samping itu, seoang responden tidak setuju dan seorang daripada responden
sangat tidak setuju dengan soalan ini.
2.3.3.2 SOALAN KEDUA:

Saya berasa gembira , jika dipilih untuk


menyertai PLKN
10
8
6
4
2
0
Sangat Tidak kurang Setuju Sangat
tidak setuju setuju setuju
setuju

Saya berasa gembira , jika dipilih untuk menyertai PLKN

9 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 6 responden setuju


dengan soalan ini. Di samping itu, 3 responden kurang setuju dan seorang daripada
responden sangat tidak setuju dengan soalan ini.

2.3.3.3 SOALAN KETIGA :


Saya patut berterima kasih terhadap
pahlawan yang telah berkorban nyawa
untuk mempertahankan negara
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Setuju Sangat setuju

Saya patut berterima kasih terhadap pahlawan yang telah


berkorban nyawa untuk memperthankan negara

17 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 3 responden setuju


dengan soalan ini.
2.3.3.4 SOALAN KEEMPAT :

Saya tidak akan berpindah ke negara lain


14
12
10
8
6
4
2
0
Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Saya tidak akan berpindah ke negara lain

12 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 7 responden setuju


dengan soalan ini. Di samping itu, seorang responden kurang setuju dengan soalan
ini.

2.3.3.5 SOALAN KELIMA :


Saya rasa selamat tinggal di Malaysia
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Setuju Sangat setuju

Saya rasa selamat tinggal di Malaysia

16 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 4 responden setuju


dengan soalan ini.

2.3.3.6 SOALAN KEENAM :


Saya berasa amat bangga semasa
menyambut Hari kemerdekaan
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Saya berasa amat bangga semasa menyambut Hari


kemerdekaan

15 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 4 responden setuju


dengan soalan ini. Di samping itu, seorang responden kurang setuju dengan soalan
ini.

2.3.3.7 SOALAN KETUJUH :


Kita patut meletakkan bendera 'Jalur Gemilang'
di rumah bagi menunjukkan kasih sayang
terhadap negara
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
Sangat tidak Tidak setuju Kurang Setuju Sangat
setuju setuju setuju

Kita patut meletakkan bendera 'Jalur Gemilang' di rumah bagi


menunjukkan kasih sayang terhadap negara

9 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 8 responden setuju


dengan soalan ini. Di samping itu, 1 responden kurang setuju , tidak setuju dan
sangat tidak setuju dengan soalan ini.

2.3.3.8 SOALAN KELAPAN:


Saya dapat menjelaskan perinsip rukun / perlembagaan
negara dengan baik
12

10

0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju

Saya dapat menjelaskan perinsip rukun / perlembagaan negara dengan baik

8 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 10 responden setuju


dengan soalan ini. Di samping itu, 1 responden kurang setuju dan tidak setuju dengan
soalan ini.

2.3.3.9 SOALAN KESEMBILAN :

Saya terlibat secara aktif dalam program-program


kemerdekaan yang diadakan
12
10
8

6
4
2
0
Kuruang setuju Setuj u Sangat s etuju
Saya terlibat secara aktif dal am prog ram -program kem erdekaa n yang diadakan
7 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 11 responden setuju
dengan soalan ini. Di samping itu, 2 responden kurang setuju dengan soalan ini.

2.3.3.10 SOALAN KESEPULUH :

Saya tahu maksud warna dan bentuk pada 'Jalur


Gemilang'
16
14
12
10
8
6
4
2
0
Setuju Sangat setuju

Saya tahu maksud warna dan bentu pada 'Jalur Gemilang'

14 daripada responden sangat setuju dengan soalan. Manakala 6 responden setuju


dengan soalan ini.
BAHAGIAN C

2.3.4 CADANGAN

Bab ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai mengemukakan


cadangan kajian yang dapat membantu beberapa pihak yang terlibat dalam
meningkatkan semangat dan kesedaran patriotisme dalam kalangan belia di
Malaysia. Kajian ini juga merupakan cadangan daripada responden.

Antara cadangan yang dikemukan oleh responden ialah menyambut


kemerdekaan bersama keluarga, melibatkan diri di aktiviti kenegaraan, menonton
siaran sambutan kemerdekaan bersama keluarga, menyanyikan lagu Negaraku
dengan penuh semangat, mewakili serta bergiat aktif dalam badan beruniform dari
sekolah rendah sehingga universiti,, memberi sumbangan positif kepada negara dari
masa ke semasa. pergi ke muzium, menggantung bendera diluar rumah, menyertai
ataupun mengambil bahagian dalam aktiviti atau persatuan untuk mempertahankan
negara seperti askar wataniah palapes dan sebagainya, sentiasa mengingati
perjuangan pahlawan terdahulu, menonton filem seperti paskal dan olabola, melawat
tempat bersejarah, mengadakan kempen kesedaran, kita perlulah membeli barangan
buatan Malaysia, dan perlu di didik sejak kecil supaya semangat patriotisme dapat
ditanam dalam diri.
2.4 Punca Kemorosotan Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Genarasi
Muda.

Patriotisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat
yang merujuk terhadap kesetiaan atau pengabadian terhadap bangsa dan negara.
Semangat patriotisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat,
terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana remaja merupakan golongan yang
mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era
pascamodenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan. Kita perlu
sedar segala apa yang kita nikmati sekarang ini adalah daripada pengorbanan dan
jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demi mencapai
kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat patriotisme semakin kurang
penghayatan khususnya golongan remaja. Beberapa factor yang mendorong kepada
lunturnya semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Generasi muda sekarang kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk


dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan
perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk
menambahkan pendapatan dan mencari kekayaan semata-mata. Hal lain kurang
diberi perhatian, semangat dan penghayatan nasionalisme kian pudar dalam kalangan
masyarakat. Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat nasionalisme &
aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan
kurang mendapat sambutan.

Di samping itu, generasi muda kini khususnya golongan remaja tidak disemai
dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat patriotisme. Mereka kurang
mendapat pendedahan tentang perjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan
terdahulu yang telah bersusah payah menuntut kemerdekaan.Generasi muda kini
tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita seharusnya
bersyukur kerana dapat hidup aman damai atas pengorbanan dan jasa golongan
terdahulu. Semangat nasionalisme, cintaakan negara perlu ada dalam segenap
masyarakat kerana siapa lagi yanga kan mempertahan dan memperjuang nasib
bangsa, negara jika bukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana
kita semua adalah rakyat Malaysia.
Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka, tidak lagi dijajah oleh kuasa barat,
dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita.Mereka tidak lagi
menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahan darah,
sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke negara kita. Budaya barat
banyak mempengaruhi generasi muda dan pemikiran mereka. Mereka terikut-ikut
dengan pergaulan bebas, dan bermacam aktiviti yang lain yang mendorong kepada
gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat patriotisme terhadap negara tidak
lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya dan pengaruh daripada
barat kerana menganggap mereka perlu berubah seiring dengan peredaran zaman. Isu
ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat.
Semangat nasionalisme kian pudar dan lebih memburukkan keadaan mereka lebih
mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri.

Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media


cetak, media massa, dan juga internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana,
masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca bahkan melalui media
cetak, media massa mahupun blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman
teknologi yang berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah
disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi memburukkan
martabat negara, dan memecahbelahkan kaum. Mereka membuat sedemikian
sewenang-wenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa akan dapat mengambil
tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan
undang-undang dan mengahal-hal ini supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini
dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka. Media massa dan media
cetak juga seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai
rakyat, kita berhak mendapatkan informasi yang benar. Media cetak dan media
massa juga seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan sejarah negara
kita, bukan hanya setakat memberi liputan berkenaan haldan isu semasa sahaja.
Pembacaan secara tidak langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan
membangkit semangat nasionalisme dalam segenap masyarakat di Malaysia.

Di era serba moden dan canggih ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan
yang menyeronokkan. Berhibur tidak menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga
batas-batas dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan banyak
mempengaruhi masyarakat khususnya generasi muda terbabit dengan pelbagai
aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat
patriotisme semakin luntur dalam diri mereka. Generasi muda sewajarnya lebih
banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara pihak, kerajaan,
dan juga swasta seharusnya berkerjasama antara satu sama lain untuk menganjurkan
program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, seperti kuiz kenegaraan,
syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini sedikit
sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih
menghayati dan memahami semangat nasionalisme. Sebagai pendukung masa depan
negara, generasi muda yang terdiri daripada golongan remaja seharusnya menanam
semangat patrotisme dalam diri dan lebih memahami erti agar dapat mendukung dan
menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia.

Kesimpulan, patriotisme adalah nilai kenegaraan yang penting. Ia bukan


sekadar retorika atau slogan muluk semata-mata tetapi ia perlu dihayati sepanjang
masa. Ia menuntut persiapan dan kesiapsiagaan generasi muda menghadapi segala
cabaran demi mempertahankan kemerdekaan, kebebasan, kedaulatan, maruah dan
kelangsungan tanah air.
2.5 Cara-Cara Untuk Memupuk Semangat Patriotisme Dalam Kalangan
Generasi Muda.

Semangat patriotisme merupakan, salah satu sebabnya beberapa negara menjadi buah
mulut masayarakat sedunia, hal ini kerana warganegara negara tersebut mungkin
mengharumkan nama negara mereka di kejohanan sukan di pentas dunia atau
mengharumkan nama negara mereka melalui penciptaan inovasi yang berkreatif
seperti negara jepun. Pada konteks yang sama sesebuah negara juga terkenal dengan
perang saudara , seperti Iran, Iraq dan lain-lain. Semua ini berlaku kerana tahap
patriotisme di kalangan mereka ada yang tinggi ada yang rendah. Merujuk perkara
tersebut semangat patriotisme boleh mengharumkan nama negara dan juga boleh
menjatuhkan imej sesebuah negara. Maka prakarsa yang pragmatic perlu diambil
sebelum nasi menjadi bubur, demi memastikan semangat patriotisme dalam kalangan
remaja tidak terpadam dan lenyap begitu sahaja

Antara langkah yang dominan ialah melalui program latihan khidmat negara
(PLKN), dimana peserta-peserta program ini ialah remaja-remaja lepasan SPM
dimana mereka akan mengikuti program ini selama 3 bulan sebelum mereka
sambung pengajian. Sejak kebelakangan ini PLKN telah diberhentikan oleh sebab
masalah kewangan negara. Pada pendapat saya PLKN perlu di mula balik secepat
mungkin hal ini kerana tentative-tentatif PLKN dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti
yang memupuk semangat patriotisme , semangat kerja sama, perpaduan antara rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan jugak membentuk akhlak remaja dengan nilai-
nilai murni. Dalam Konteks ini, ianya boleh memupuk semangat patriotisme dan
perpaduan antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Di samping itu, isu berkenaan semangat patriotisme juga boleh di semarak


pada bulan kemerdekaan melalui aktiviti-aktiviti seperti berpidato, bersyair,
membuat pameran-pameran yang berkaitan dengan kemerdekaan, ataupun dengan
pameran-pameran yang menunjukkan bagaimana tokoh negara kita bersusah payah
mendaptakan kemerdekaan dan juga boleh mempamerkan betapa susahnya
kehidupan semaja zaman penjajahan Jepun. Melalui program-program seperti ini
generasi muda dapat mengetahui kesusahan yang dilalui oleh nenek moyang mereka,
dengan itu secara tidak langsung mereka akan menghargai kemerdekaan yang kita
peroleh ini. Mereka juga dapat mengetahui kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh
nenek moyang mereka dan tidak akan mengulanginya.

Peranan ibubapa dan guru juga tidak boleh diketepikan, hal ini kerana mereka
merupakan insan yang dapat menanam nilai-nilai murni dalam jiwa dan akhlah
seseorang pelajar, hal ini bersangkut paut kerana dengan merekalah seseorang anak
muda@pelajar meluagkan kebanyakan masa semasa mereka membesar. Dengan itu,
sebagai seorang ibubapa, mereka perlu mendidik anak mereka tentang scenario
sebelum kemerdekaan. Sebagai seorang pendidik, guru-guru juga dapat menyemarak
semangat cinta akan negara melalui program-program seperti berpidato, melukis
poster. Guru-guru jugak boleh cuba menerangkan betapa susahnya pemimpin-
pemimpin negara kita membangunkan sebuah negara yang pernah dijajah sehingga
dikenali sebagai “The Asian Tiger” dari segi pembagunan dan pertubuhan ekonomi.

Pada waktu yang sama, kurikulum pembelajaran juga memainkan peranan


yang sangat peting. Hal ini disebabkan oleh, kurikulum pembelajaran ialah sesuatu
yang akan membentuk akhlak mulia seseorang pelajar. Oleh itu, kurikulum
pembelajaran perlu mampu memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
Tamsilnya, kurikulum boleh mewajibkan pelajar membuat kajian mengenai tokoh-
tokoh kemerdekaan, atau megenai senario kemerdekaan. Dengan ini secara tidak
langsung mereka dapat menghayati kemerdekaan lalu semangat perpaduan dan
patriotisme dapat dipupuk.

Dengan berbuat demikian , semangat patriotisme dalam kalangan generasi


muda dapat dipupuk dari kecil lagi bah kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini kerana ianya dapat melahirkan warganegara yang cinta akan
negara dan menjadi individu yang berguna kepada masayrakat dan negara. Semoga
generasi muda mempunyai semangat patriotisme yang jitu dalam membentuk
sesebuah negara yang maju dan makmur.
Rujukan

Anonymous. (25 Oktober, 2011). Persampelan. Diakseskan pada 28 Oktober, 2018,


dari Pomizi Resources.Com:
https://pomiziactionresearch.wordpress.com/persampelan/persampelan/

Anonymous. (n.d.). Patriotisme Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa. Diakseskan


pada 31 Oktober, 2018, dari Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/patriotisme-pemangkin-pembinaan-
negara-bangsa
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diakseskan pada 31 Oktober, 2018

Muslim, N., & Alias, J. (2004). Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaannya di


Malaysia. Diakseskan pada 30 Oktober, 2018

Nor Azizah Mokhtar. (1 Ogos, 2015). Pendidikan Awal Pupuk Semangat Patriotisme
Generasi Muda. Diakseskan pada 31 Oktober, 2018, dari Berita Harian
Online: https://www.bharian.com.my/node/71497

Rizkiyani, A. H. (24 Jun, 2015). Skala Likert Sebagai Teknik Evaluasi. Diakseskan
pada 25 Oktober, 2018, dari Kompasiana:
https://www.kompasiana.com/alifianahr/55283fcdf17e6111318b45a7/skala-
likert-sebagai-teknik-evaluasi

Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Prentice Hall/Pearson


Malaysia. Diakseskan pada 27 Oktober, 2018

You might also like