You are on page 1of 1

7.

0 RUMUSAN
Kajian yang dibuat di Taman Putera Indah bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti yang
dilakukan oleh penduduk Taman Putera Indah sempena Tahun Baru Cina dan mengkaji kesan
aktiviti yang dilakukan terhadap penduduk Taman Putera Indah.Dalam kajian ini, seramai 30
orang responden dari Taman Putera Indah telah dipilih. Latar belakang responden telah dianalisis
mengikut bangsa, umur, jantina dan pendapatan. Responden yang paling banyak di Taman Putera
Indah adalah perempuan dan juga berada dalam kategori umur 31 hingga 40 tahun, dalam
lingkungan pendapatan RM 2001 hingga RM 3000 dan berbangsa Cina. Kaedah yang digunakan
dalam kajian ialah soal selidik.
Daripada dapatan kajian, pengkaji dapat mengenal pasti aktiviti yang dilakukan oleh
penduduk Taman Putera Indah sempena Tahun Baru Cina oleh responden di sana. Paling ramai
responden setuju dengan aktiviti fotografi iaitu seramai 10 orang atau bersamaan 40% manakala
paling sedikit responden setuju dengan upacara keagamaan iaitu 8 orang atau sebanyak 26.67%.
Tarian singa mendapat responden yang banyak kerana mempunyai keunikan , melambang
kebudayaan dan membabitkan pelbagai kaum.
Dapatan kajian dari segi persepsi responden terhadap kesan aktiviti yang dilakukan terhadap
penduduk Taman Putera Indah, pengkaji mendapati bahawa mengeratkan hubungan sesama jiran
dan memupuk semangat perpaduan membawa kesan efektif. Min tahap setuju kedua-dua punca ini
adalah paling tinggi iaitu 3.23 dan 3.50.Hal ini demikian kerana responden dapat mempunyai
semangat perpaduan yang kuat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesan mewujudkan
persekitaran kejiranan lebih harmoni terendah iaitu 3.07 sahaja.
Secara kesimpulannya, integrasi dan perpaduan adalah sangat penting dalam memajukan
negara kita.Perayaan yang terdapat di negara kita bukanlah sesuatu kekangan tetapi satu rahmat
yang harus digunakan dengan baik.Kita harus menjadikan perayaan itu sebagai peluang untuk
merapatkan hubungan dan mengurangkan perbezaan antara kaum.Sememangnya Malaysia sebuah
negara yang istimewa kerana mempunyai pelbagai keturunan dan perayaan.Perpaduan adalah amat
penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita
haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.

You might also like