You are on page 1of 4

1.1.

1 Kajian dari Hamidah Ab Rahan, Norlin Ahmad, Nor Akmar Nordin, Norashikin
Mahmud Rozianan Shaari dan Shah Rollah Abdul Wahab ini bertajuk ‘Kajian
Tinjauan Hubungan Etnik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Di Kampus Johor
Bahru, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)’ mengkaji mengenai tentang tahap
hubungan sosial dan patriotisme dalam kalangan pelajar tahun satu Kampus Johor
Bahru, UTM. Seramai 521 pelajar yang telah mengikuti kursus Hubungan Etnik
(KHE) menjadi responden. Kajian ini juga menyatakan bahawa Malaysia terdiri
daripada masyarakat majmuk yang unik dan terkenal sebagai sebuah masyarakat
yang telah berjaya serta menjadi model masyarakat majmuk yang hidup aman damai
kepada negara-negara luar. Keunikan ini wujud kerana walaupun penduduknya
terdiri daripada berbilang etnik, namun konflik antara etnik jarang berlaku. Oleh itu,
di Malaysia, masalah perpaduan sering dihubungkaitkan dengan polarisasi. Polarisasi
bermaksud pembahagian golongan tertentu mempunyai amalan atau pendirian yang
berbeza sehingga mewujudkan beberapa kelompok anggota masyarakat yang
bertentangan dengan kelompok yang lain. Dengan kajian ini mereka dapat
mengetahui sejauhmanakah tahap hubungan sosial dalam kalangan pelajar tahun satu
di Kampus Johor Bahru UTM dan sejauhmanakah tahap patriotisme dalam kalangan
pelajar tahun satu di Kampus Johor Bahru UTM.

1.1.2 Halipah Hamzah telah membuat kajian bertajuk ‘Kajian Hubungan Etnik dalam
Kalangan Remaja Muslim’. Ia menyatakan bahawa Malaysia sering dikaitkan dengan
kebijaksanaan dalam pengurusan keharmonian kaum. Ini kerana rakyat Malaysia
hidup secara aman harmoni meskipun masyarakat di negara ini terdiri daripada lebih
70 kumpulan etnik dengan tiga kaum majoriti. Kajian-kajian emperikal berkaitan
hubungan etnik di Malaysia mendapati bahawa masyarakat pelbagai kaum ini lebih
selesa berada dalam kelompok etnik masing-masing. Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti tahap hubungan etnik dalam kalangan remaja Muslim. Metodologi
yang digunakan adalah kajian melalui soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis
dan dibentangkan dalam bentuk peratusan melalui carta pai. Seramai 330 orang
responden terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan responden mempunyai tahap
hubungan etnik yang baik dengan melibatkan hubungan dengan pelbagai kaum dan
bangsa. Namun, masih terdapat segelintir remaja Muslim yang hanya menjalin
hubungan dengan rakan sesama agama sahaja atas alasan saling memahami kerana
persamaan agama. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap hubungan etnik
dalam kalangan remaja Muslim memuaskan namun masih belum sepenuhnya
menepati kehendak syariat Islam yang mengarahkan hubungan etnik antara umat
manusia perlu dijalin tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan. Justeru, semua
pihak memainkan peranan penting sama ada kerajaan, masyarakat, mahupun
individu itu sendiri dalam memastikan hubungan etnik terjalin secara harmonis ke
arah mewujudkan perpaduan kaum.

1.1.3 Kajian daripada Nor Hayati Fatmi Talib, Hasani Ghazali, Nor Wahida
Dzalihu’zzabir ini bertajuk ‘Perpaduan dan Patriotism dalam kalangan Pelajar
Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban’menyatakan bahawa perpaduan dan
patriotism merupakan eleman yang berkait rapat dengan kesejahteraan dan
keharmonian sesebuah negara terutamanya negara yang terdiri daripada masyarakat
berbilang kaum, bangsa dan agama. Usaha pihak kerajaan dalam membina Negara
bangsa akan dapat direalisasikan sekiranya semangat perpaduan dan patriotism
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia teguh dan menghapuskan
sikap berprasangka antara individu yang berbeza kaum dan etnik. Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti tahap perpaduan dan patriotism, melihat perbezaan
persepsi berdasarkan jantina dan hubungan antara perpaduan danpatriotism dalam
kalangan pelajar yang mengambil kursus MPU21032 (Penghayatan Etika dan
Peradaban). Seramai 240 daripada populasi 364 orang pelajar telah dipilih secara
rawak sebagai sampel kajian menggunakan instrumen soal selidik.

1.1.4 Kajian dari International Journal of Modern Trends in Social Sciences (IJMTSS)
yang bertajuk ‘Strategi Meningkatkan Tahap Penerapan Nilai Perpaduan dalam
Kalangan Pelajar Ipt’ menyatakan perpaduan dalam masyarakat menjadi tonggak
kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Oleh itu untuk memastikan
negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara kaum
harus terus dipupuk. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menilai apakah strategi
untuk meningkatkan tahap penerapan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar di IPT.
Kajian ini berbentuk kuantitatif, persoalan kajian bagi kajian ini adalah apakah
strategi untuk meningkatkan tahap penerapan nilai perpaduan dalam kalangan pelajar
IPT. Kajian lapangan dilaksanakan dan pengumpulan data adalah daripada kaedah
edaran borang soal selidik. Sebanyak 1000 borang soal selidik telah diedarkan dan
sebanyak 478 borang dikembalikan. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti pelajar
di peringkat IPT mempunyai tahap kefahaman peringkat serdehana terhadap konsep
perpaduan yang diaplikasikan oleh negara untuk mengeratkan hubungan antara
kaum. Di samping itu, pelajar-pelajar ini juga kurang bersedia untuk berasimilasi
bersama kaum lain. Ekoran daripada itu, penekanan yang lebih giat perlu
dilaksanakan seperti memupuk semangat perpaduan yang perlu bermula dari institusi
kekeluargaan dan di peringkat prasekolah lagi. Di samping itu, penekanan juga harus
diperkasakan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa rasmi di
IPT.

1.1.5 Kajian Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial,


Universiti Utara Malaysia dikaji oleh Rushimah Sayuti, Mohd Ainuddin Iskandar
Lee Abdullah, Prof Madya Datin Hajah Salma Ishak, memberitahu bahawa
perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan
dan keharmonian sesuatu negara. Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya termasuklah pelajar di universiti
yang merupakan calon golongan elit yang bakal menjadi pewaris kepada peneraju
negara pada masa akan datang kelas. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk
mengetahui bagaimanakah suasana/iklim interkasi antara kaum di kalangan pelajar
Universiti, bagaimanakah tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum di
kalangan pelajar di dalam kampus dan apakah kecenderungan persepsi pelajar
terhadap hubungan antara kaum dalam persekitaran kampus tempat di mana mereka
menuntut ilmu dan tinggal untuk suatu jangkamasa yang agak panjang, serta adakah
wujud hubungan antara suasana/iklim interaksi, tahap keselesaan dalam menjalin
hubungan dan persepsi pelajar terhadap hubungan antara kaum. Dapatan kajian
menunjukkan suasana/interaksi antara kaum mempunyai hubungan yang positif
dengan tahap keselesaan dalam menjalin hubungan antara kaum dan persepsi
hubungan antara kaum. Dicadangkan supaya programprogram yang boleh
menghangatkan suasana/iklim interaksi antara kaum dapat diperbanyakkan agar
dapat membentuk suatu kehidupan yang harmoni di dalam kampus dan seterusnya
diamalkan dalam kehidupan di luar sana.

1.1.6 Kesedaran Generasi Muda Terhadap Patriotisme dan Perpaduan Nasional di


Malaysia
1.1.7 Pendekatan Hikmah dalam Pembentukan Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum di
Malaysia
1.1.8 Penghayatan Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia
1.1.9 Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif Sejarah, Keluarga Dan
Pendidikan
1.1.10 Peranan institusi pengajian tinggi dalam memupuk perpaduan etnik di Malaysia

You might also like