You are on page 1of 2

LAPORAN REFLEKTIF

Melalui kursus Hubungan Etnik ini, perkara yang saya dapat pelajari di dalam kesemua 10 bab
ialah tentang hubungan etnik dan pembinaan sesebuah negara dari segi konsep etnik ,tahap
pembinaan negara, sejarah atau peristiwa, kejayaan sesebuah negara, ekonomi,politik,
perlembagaan, pembentukan masyarakat, hubungan asas, kepelbagaian budaya, agama,
bahasa, sentimen dan psikologi yang telah dirumuskan secara umum. Selain itu juga
penerangan tentang cabaran di dalam usaha integrasi nasional seperti tinjauan kaedah
perpaduan di beberapa buah negara yang menggunakan teori melting pot dan salad bow yang
dipraktikkan oleh sesebuah negara seperti Amerika syarikat dan lain-lain lagi.

Di dalam kursus ini juga menerangkan tentang cabaran untuk memperkasakan pendidikan ke
arah kesepaduan sosial seperti penyatuan sistem pendidikan, dan bab ke 10 juga menerangkan
hubungan etnik dalam realiti masyarakat Malaysia dalam usaha ke arah kesepaduan sosial
dalam masyarakat serta kejayaan negara yang dilakukan dalam menguruskan hubungan etnik.
Selain itu juga implikasi dari pembelajaran dalam kursus ini akan memudahkan saya di masa
hadapan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dan masyarakat dari kaum lain serta
memahami budaya,kelakuan,menjaga dan menghormati sensitiviti sesuatu kaum.

Dengan ini pembelajaran kursus ini, saya dapat satu pengalaman yang bermakna untuk
menyemat kesefahaman sesama manusia dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan
masyarakat dan rakan-rakan yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya
di dalam negara kita. Melalui pembelajaran kursus ini juga, saya juga dapat mengambil iktibar
daripada sejarah masa silam di dalam usaha membentuk sesebuah negara yang merdeka serta
cabaran-cabaran yang dilalui untuk membina kemakmuran,kesepakatan dan perpaduan
kesemua kaum di dalam Malaysia.

Hubungan etnik ini merupakan subjek pembelajaran yang penting bagi mencorakkan sistem
sosial di dalam Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur namun
negara luar melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya mewujudkan hubungan etnik
yang harmoni. Walaupun mempunyai pelbagai etnik, kita dapat memupuk semangat
kesepaduan yang kuat di antara kaum yang terdapat di negara kita. Di samping itu ia juga
melahirkan seseorang pelajar yang berfikiran lebih luas serta berpandangan jauh serta
memelihara kepentingan kemakmuran dan kesejahteraan hidup bersama dengan kaum lain
demi masa hadapan. (332 patah perkataan)

You might also like