You are on page 1of 20

960229

125054001
MPU3112

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

SEMESTER SEPTEMBER 2019

MPU3112

HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI : 960229125054001


NO. KAD PENGNEALAN : 960229-12-5054
NO. TELEFON : 0178383986
E-MEL : uzierahayu96@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : TAWAU

0
960229
125054001
MPU3112
Tugasan 1

Isi kandungan Muka surat

Tugasan 1

1.0 Pengenalan………………………………………………………………… 2 - 3
1.1 Objektif……………………………………………………………… 4
2.0 Akiviti atau program yang memupuk integrasi kaum…………………... 5
2.1 Aktiviti menyambut perayaan bersama atau kongsi raya………….. 5 - 6
2.2 Mengadakan aktiviti gotong royong………………………………… 7
2.3 Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)…………... 8
2.4 Mengadakan aktiviti sukan dan permainan………………………….. 9
3.0 Impak aktiviti yang bercorak integrasi kaum…………………………… 10
3.1 Saling menerima dan memahami budaya kaum lain………………... 10
3.2 Mengeratkan hubungan sesama kaum………………………………. 10
3.3 Integrasi kaum dapat diperkukuhkan………………………………... 11
3.4 Semangat kekitaan dapat diwujudkan……………………………….. 11
4.0 Faktor yang menghalang aktiviti bercorak integrasi kaum……………. 12
4.1 Parti-parti politik yang berbeza mengikut kaum…………………….. 12
4.2 Kurang kesedaran daripada generasi muda………………………….. 12
4.3 Faktor sosial…………………………………………………………. 13
4.4 Faktor ekonomi yang berbeza-beza………………………………….. 13
5.0 Kesimpulan…………………………………………………………………...14

Tugasan 2
Reflektif jurnal……………………………………………………………….. 15 - 16

1
960229
125054001
MPU3112

1.0 Pengenalan

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang


berbilang kaum, warna kulit, agama dan bahasa kebudayaan yang tersendiri. Oleh itu,
kewujudan integrasi dalam masyarakat adalah sangat penting dalam membina negara
Malaysia yang berbilang kaum dan etnik. Dengan wujudnya integrasi kaum, Malaysia
mampu menjadi sebuah negara yang paling berjaya di alaf baru ini dengan masyarakat
plural yang mampu mengekalkan keamanan dan perpaduan negara. Integrasi kaum
bermaksud gabungan daripada dua atau beberapa kaum dalam menjadi kesatuan yang
utuh. Pelbagai usaha dilaksanakan agar Malaysia mampu mewujudkan kaum kearah
masyarakat yang beridentiti.

Integrasi kaum di Malaysia mampu diperkukuhkan jika rakyat di negara ini


terus bersatu dalam kepelbagaian etnik. Kemajmukan rakyat merupakan suatu
perpaduan yang telah dikecapi dan juga merupakan manifestasi wawasan dan visi
kepimpinan awal negara untuk memastikan pembangunan ekonomi, politik dan social
berjalan dengan baik. (Kurup, 2015)

Terdapat beberapa proses yang harus dilalui untuk mewujudkan integrasi kaum
dalam masyarakat di Malaysia iaitu akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
Akomodasi merupakan satu proses kesedaran untuk menghormati norma dan nilai
kumpulan atau kaum lain dan seterusnya tetap mempertahankan kebudayaan masing-
masing. Hormat menghormati dan hidup secara harmonis merupakan konsep yang di
amalkan oleh pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Malaysia. (su, 2013)

Manakala proses menerima kebudayaan lain yang berbeza dari kalangan


individu atau kelompok pula dikenali sebagai akulturasi. Dengan ini berlakunya
proses pinjam meminjam kebudayaan dari kelompok lain seterusnya kebudayaan itu
diolah lalu dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Sesungguhnya tidak mudah mencapai
tahap akulturasi dalam membentuk sebuah masyarakat, melainkan ianya melibatkan
budaya yang bersifat kebendaan lalu mendatangkan manfaat kepada individu atau
kelompok itu sendiri. Manakala budaya yang berbentuk pemikiran dan ideologi

2
960229
125054001
MPU3112
adalah agak sukar untuk di terima oleh masyarakat yang berbeza kebudayaan. (su,
2013)

Seterusnya untuk proses asimilasi pula membawa maksud kumpulan etnik


yang berlainan budaya bercantum dan menyatu sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut seorang ahli sosiologi iaitu
Varden Zanden, asimilasi membawa maksud satu proses berfikir dan berperasaan
yang dilalui oleh sesebuah kelompok lalu bertindak secara berlainan dalam
membentuk kesatuan sosial dengan budaya yang sama. Asimilasi yang sepenuhnya
atau mutlak mampu menghilangkan budaya dan identiti budaya lain yang tidak
minoriti. Budaya dari etnik yang dominan mampu mempengaruhi budaya dari etnik
minoriti sehingga meenyebabkan etnik minoriti telah bersatu dengan cara hidup dan
budaya dari etnik yang dominan. Antara contoh etnik yang telah mengalami proses
asimilasi di Malaysia ialah masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba Nyonya dan
banyak lagi. Hubungan dan interaksi yang erat dalam tempoh masa yang lama adalah
punca berlakunya proses asimilasi antara etnik-etnik yang berbeza budaya. Hal ini
hanya berlaku bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti untuk menghilangkan
identiti mereka lalu menerima etnik majoriti sebagai identiti mereka, sebaliknya juga
berlaku kepada etnik majoriti samaada sanggup untuk menerima etnik minoriti
bersatu dengan mereka. (su, 2013)

Membentuk satu budaya dan ras baru pula dikenali sebagai proses amalgamasi.
Proses ini berlaku apabila terdapat budaya atau ras yang bercampur lalu membentuk
satu budaya dan ras yang baru. Perkahwinan campur antara kumpulan etnik yang
berbeza merupakan cara utama yang menyebabkan berlakunya proses amalgamasi.
Hal ini berlaku apabila etnik-etnik yang berbeza telah mengamalkan kahwin campur
lalu mereka tidak menuruti budaya asal mereka lalu wujudlah satu generasi baru
dengan budaya baru. (su, 2013)

3
960229
125054001
MPU3112

1.1 Objektif

 Mengkaji dan menilai kemampuan pelajar dalam menganalisis jenis-jenis


aktiviti atau program yang dapat memupuk integrasi kaum dalam masyarakat.

 Membina tahap kesedaran terhadap integrasi perkauman dan mengenalpasti


bentuk aktiviti atau program yang dapat dijalankan untuk memupuk integrasi
kaum dalam masyarakat di Malaysia.

 Mengenalpasti kesan-kesan atau impak aktiviti yang bercorak integrasi kaum


yang dijalankan dalam masyarakat.

 Menganalisis faktor-faktor yang menghalang individu atau pertubuhan


syarikat untuk tidak aktif dalam program atau aktiviti yang bercorak integrasi
kaum dalam Malaysia

4
960229
125054001
MPU3112

2.0 Aktiviti atau program yang memupuk integrasi kaum

2.1 Aktiviti menyambut perayaan bersama-sama atau ‘kongsi raya’

Hal ini dapat dilihat dengan adanya kewujudan Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan yang telah ditubuhkan bagi melestarikan idea-idea dan program yang dapat
dilaksanakan bagi memupuk integrasi dan perpaduan kaum dalam masyarakat.
Program-proram yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian sesungguhnya lebih
berpengaruh dan mudah untuk diikuti oleh semua lapis masyarakat tidak kira etnik
dan budaya. Dengan wujudnya program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tersebut sudah pasti menggalakkan
berlakunya interaksi sesama individu atau kelompok masyarakat yang berbilang
kaum.

Rajah 2.1: Contoh gambar dengan konsep ‘kongsi raya’

5
960229
125054001
MPU3112

Rajah 2.2: Contoh gambar dengan konsep ‘kongsi raya’

Hal ini dapat di buktikan dengan kewujudan konsep ‘kongsi raya’ yang telah
dilaksanakan di negara kita Malaysia. Kewujudan konsep ini jelas sekali adalah
bertujuan untuk merapatkan silaturahim sesama masyarakat yang berbilang kaum,
agama dan budaya. Disamping itu, konsep ‘kongsi raya’ menggalakkan kita untuk
saling mengenali budaya, latar belakang, juadah dan adat resam kaum lain.
Contohnya, perayaan Tahun Baru China yang juga turut di kongsi oleh bangsa-bangsa
lain yang juga turut merayakannya sambil berziarah ke rumah-rumah sahabat handai
yang berbangsa cina dan juga sebaliknya untuk perayaan lainnya.

6
960229
125054001
MPU3112

2.2 Mengadakan aktiviti gotong-royong

Aktiviti gotong-royong sesungguhnya sudah tidak asing di telinga kita sebagai rakyat
Malaysia. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif yang telah
diusahakan oleh pihak kerajaan bagi memperkasakan komuniti masyarakat agar lebih
giat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Rajah 2.3: Contoh gambar gotong-royong

Program gotong-royong dilihat sebagai langkah terbaik dalam menyatu padukan


perpaduan kaum, hal ini kerana ianya disertai oleh penduduk pelbagai bangsa. (bakar,
2018) Program gotong-royong semakin subur dalam kalangan masyarakat kampung,
hal ini sekali gus mampu mengeratkan hubungan sesama masyarakat walau berbeza
kaum dan budaya. Antara contoh gotong-royong yang dapat diamalkan ialah
membersihkan kawasan perumahan tempat tinggal masing-masing lalu
berkesempatan untuk saling berkomunikasi sesama jiran yang berhampiran.

7
960229
125054001
MPU3112

2.3 Mewujudkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Pada umumnya kebanyakan daripada kita mungkin tidak menyadari bahawa program
Khidmat Masyarakat (PLKN) bukan sahaja membangun para remaja untuk menjadi
lebih patriotik, namun ia juga secara langsung dapat mengharmonikan pergaulan
sesama etnik. Hal ini berlaku kerana pada umumnya para pelajar di Malaysia datang
daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik. Kita sedia maklum bahawa para
pelajar dan belia adalah pelapis kepada pembinaan dan pembangunan negara.

Rajah 2.4: Contoh gambar berbilangkan kaum Program Latihan Khidmat Negara

Oleh itu, golongan inilah yang akan meneruskan dan menerapkan lagi hubungan etnik
dan integrasi kaum pada masa hadapan. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
adalah bertujuan untuk membangunkan rasa patriotik dan cinta kepada negara di
dalam diri para remaja yang berbilang kaum dengan aktiviti yang melibatkan
pembinaan karakter, kenegaraan dan kemasyarakatan. Sebagai contoh penyata yang
dapat diutarakan di sini ialah, “selama PLKN dilaksanakan, peserta akan menjadi
sangat akrab antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa”. (ibrahim,
2018)

8
960229
125054001
MPU3112

2.4 Mengadakan aktiviti sukan dan permainan

Perpaduan kaum di Malaysia juga mampu dikecapi dengan usaha melaksanakan


pelbagai aktiviti sukan dan permainan yang dimonopoli oleh setiap kaum. Sukan dan
permainan ini dapat diibaratkan sebagai tali penghubung atau gelanggang kepada
penyatuan pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini berlaku apabila setiap permainan yang
dimonopoli oleh setiap kaum dapat dipecahkan dan permainan tersebut dimainkan
oleh pelbagai kaum lain seperti sepak takraw yang terkenal di zaman Kesultanan
Melayu Melaka, catur, kriket yang terkenal dari kaum india, bola keranjang yang
dimonopoli oleh bangsa cina dan banyak lagi permainan yang berasal dari pelbagai
kaum.

Rajah 2.5: Contoh gambar permainan yang melibatkan pelbagai kaum

Dengan itu kita berharap suatu hari nanti Malaysia mampu menghantar wakil pasukan
sepak takwaw misalnya, yang diwakili oleh pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia
dan bukan sahaja bangsa Melayu yang terkenal sebagai kaum yang memonopoli
permainan sepak takraw. (nadarajan)

9
960229
125054001
MPU3112

3.0 Impak aktiviti yang bercorak integrasi kaum

3.1 Saling menerima dan memahami budaya kaum lain

Menyambut perayaan bersama atau dikenali sebagai kongsi raya secara tidak langsung
akan memberikan keharmonian dan perpaduan kaum dalam masyarakat Malaysia.
(sepiaal, 2017) Saling menerima dan memahami budaya kaum lain adalah merupakan
impak yang mampu kita budayakan dalam negara kita disebabkan amalan kongsi raya.
Hal ini demikian kerana setiap kaum berkesempatan untuk saling mengenali adat resam,
budaya dan cara perayaan kaum-kaum lain. Selain itu, melahirkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang unik di mata dunia adalah juga merupakan impak atau kesan aktiviti
menyambut perayaan bersama atau konsep kongsi raya yang di amalkan di Malaysia.
Malaysia akhirnya menjadi suatu tarikan pelancongan dari dalam atau luar negara yang
datang untuk menyaksikan sendiri perayaan-perayaan yang mempunyai keunikan masing-
masing.

3.2 Mengeratkan hubungan sesama kaum

Manakala gotong-royong pula dapat mengeratkan hubungan sesama kaum yang terdapat
di Malaysia. Saling berbincang dan bertukar pandangan untuk melaksanakan aktiviti
gotong-royong sudah pasti dapat mewujudkan toleransi yang baik sesama kaum. Dengan
adanya aktiviti gotong-royong, komunikasi dapat dikuatkan dan perpaduan dapat
dieratkan sesama masyarakat yang berbilang kaum. (burhan, 2017)

10
960229
125054001
MPU3112

3.3 Integrasi kaum dapat diperkukuhkan

Impak seterusnya yang dapat dilihat daripada kewujudan Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) ialah integrasi kaum dapat diperkukuhkan kerana ianya melibatkan
pelbagai kaum. Para remaja yang hadir daripada pelbagai kaum, budaya dan agama akan
dikumpulkan di dalam satu kelompok walau mereka berbeza kaum dan budaya.
Perpaduan kaum dapat dikecapi di dalam program ini kerana semasa menjalani aktiviti
program mereka akan tinggal bersama-sama di dalam satu kawasan. Para remaja juga
akan didedahkan oleh jurulatih PLKN untuk memahami sistem pentadbiran tanah air,
rakyat dan kedaulatan negara kita Malaysia. (net, 2012)

3.4 Semangat kekitaan dapat diwujudkan

Wujudnya semangat kekitaan dalam masyarakat merupakan kesan yang dapat kita lihat di
dalam aktiviti sukan dan permainan. Hal ini berlaku kerana semangat kekitaan lahir
daripada sikap bersatu padu pasukan yang ingin meraih kemenangan tanpa mengira kaum
dan etnik. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat adalah
merupakan peribahasa yang dapat digambarkan di dalam situasi berpasukan dalam sukan
dan permaianan walau berbeza latar belakang budaya kaum dan etnik. Maka dengan ini
integrasi kaum mampu dikecapi kerana lahirnya sikap bekerjasama, bertoleransi dan
meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri sendiri. Dengan
itu, jelaslah kegiatan sukan dan permainan mampu mendidik masyarakat untuk hidup
bersatu padu serta saling mengeratkan hubungan dalam beraktiviti. (study, 2013)

11
960229
125054001
MPU3112

4.0 Faktor yang menghalang aktiviti bercorak integrasi kaum

4.1 Parti-parti politik yang berbeza mengikut kaum

Faktor yang jelas sekali terlihat sebagai penghalang integrasi kaum dalam negara
Malaysia ialah parti-parti politik yang berbeza mengikut kaum, contohnya UMNO
untuk orang Melayu, DAP untuk orang Cina dan MIC untuk orang India. Hal ini telah
menimbulkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli
politik bahkan juga rakyat biasa. Meskipun terdapat segelintir parti yang memiliki
pelbagai kaum, namun semangat mereka yang berbaur perkauman tidak dapat dapat di
hilangkan. Sikap perkauman yang dibawa oleh parti-parti politik sudah pasti akan
mempengaruhi institusi keluarga dan pendidikan, maka dengan itu wujudlah sikap
ingin memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Sedangkan negara kita
Malaysia yang sedang berjuang untuk mencapai integrasi perkauman adalah sangat
memerlukan perpaduan yang utuh daripada semua rakyat yang berbilang kaum bagi
memperjuangkan matlamat negara. (akin, 2012)

4.2 Kurang kesedaran daripada generasi muda

Faktor halangan seterusnya ialah kurangnya kesedaran daripada generasi muda pada
masa kini. Generasi selepas merdeka merupakan generasi yang kurang penghayatan
terhadap perit jerih rakyat Malaysia yang terdahulu dengan pelbagai kaum untuk
menuntut kemerdekaan. Generasi muda tidak merasakan kemerdekaan sebagai satu
perkara yang berharga bahkan menganggap keharmonian hubungan etnik adalah tidak
penting dan tidak perlu dipertahankan. Tanpa melihat sejarah penubuhan Malaysia
yang dulunya diusahakan oleh pelbagai kaum, generasi muda lebih memilih untuk
berfikir dan menyuarakan pendapat menggunakan logik akal dalam mentafsir sesuatu
perkara. Dengan itu, jelaslah jurang generasi (generation gap) adalah salah satu faktor
yang sukar untuk di atasi bagi mewujudkan integrasi kaum pada masa kini. (abdullah,
2017)

12
960229
125054001
MPU3112

4.3 Faktor sosial

Faktor sosial antara kaum juga merupakan salah satu penghalang terhadap perpaduan
dan integrasi kaum dalam Malaysia. Setiap etnik mempunyai budaya dan agama yang
berbeza-beza. Sebagai contoh orang Melayu terkenal beragama Islam, Cina umumnya
beragama Buddha manakala India pula beragama Hindu. Setiap kelompok etnik
kurang terdedah dengan kebudayaan dan adat resam kelompok etnik yang lain.
Masing-masing diantara kelompok etnik ini merasa bahawa budaya mereka adalah
yang terbaik. Dengan itu perkahwinan campur agak terkawal dan tidak meluas
disebabkan kepercayaan dan budaya yang berbeza. Tanggapan yang negatif dan sikap
yang terlihat prejudis terhadap kaum lain akan meluaskan lagi jurang hubungan antara
kaum dan menyebabkan interaksi sesama mereka menjadi terhad. (abdullah, 2017)

4.4 Faktor ekonomi yang berbeza-beza

Faktor ekonomi juga adalah salah satu faktor yang menjadi penghalang terhadap
integrasi kaum. Pada masa kini orang Melayu kebanyakannya bekerja sebagai
nelayan, penoreh getah, bertani dan buruh. Orang Cina pula majoritinya menjalankan
perniagaan dan perlombongan, manakala India lebih kepada menjadi tenaga buruh di
estet-estet. Dengan itu, perbezaan pendapatan sesama kaum yang tidak seimbang akan
menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap kaum cina yang jelasnya mendapatkan
pendapatan lebih berbanding kaum melayu dan india yang mengalami taraf ekonomi
yang rendah. Wujudnya perasaan tidak puas hati membuatkan sebahagian kaum
berasa terpinggir di arus pembangunan negara yang semakin memoden dan interaksi
sesama kaum terhalang untuk memahami etnik kaum lain. (Tang, 2015)

13
960229
125054001
MPU3112

5.0 Kesimpulan

Pada umumnya kita semua menyadari bahawa keamanan dan perpaduan yang kita
miliki pada masa kini adalah disebabkan wujudnya perpaduan kaum sesama kita
dalam negara Malaysia. Hal ini kerana tanpa perpaduan, rakyat akan saling bergaduh
sesama sendiri sehingga keamanan yang dimiliki akan musnah dan hancur. Kerjasama
daripada semua pihak adalah sangat penting dalam menjayakan usaha kerajaan untuk
meyatu padukan integrasi kaum dalam masyarakat Malaysia. Seandainya negara kita
mampu mengecapi integrasi kaum dalam masyarakat, maka dengan itu kita mampu
menjadi sebuah negara yang maju dan paling aman di mata dunia. Setiap masyarakat
perlu bekerjasama dalam membuka minda untuk menjayakan proses perpaduan dan
integrasi kaum di negara kita agar dapat terus dikekalkan.

Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang sudah terdedah dengan pengetahuan
hubungan etnik hendaklah berusaha dalam menjayakan segala aktiviti yang di
usahakan oleh kerajaan dan turut serta dalam menjayakan aktiviti yang bercorak
perkauman. Sekaligus berusaha untuk mempengaruhi orang-orang sekitar yang
mungkin masih belum menyadari kepentingan beraktiviti untuk mengeratkan
silaturahim sesama kaum agar integrasi kaum dapat di kecapi.

Sekiranya perkara ini diabaikan, kemungkinan peristiwa hitam yang


bersejarah pada 13 Mei 1969 yang berlaku di tanah melayu akan berulang, dimana
dalam peristiwa itu berlaku satu rusuhan kaum antara melayu dan cina. Oleh itu,
bersatu padulah sesama kita rakyat Malaysia agar dapat mengecapi perpaduan yang
berbilang kaum dan mampu menjadi contoh terbaik di mata dunia suatu masa nanti.
(dem1b, 2016)

14
960229
125054001
MPU3112
Tugasan 2

Reflektif Jurnal

Sebelum memulakan reflektif jurnal saya, terlebih dahulu saya ingin menyatakan rasa
kesyukuran saya kerana akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dan menghantarnya
pada waktu yang telah ditetapkan. Dalam reflektif jurnal ini saya akan menghuraikan
pengalaman saya sebelum dan selepas mempelajari dan memahami kursus hubungan etnik.

Sepanjang mempelajari kursus ini saya memperolehi pengalaman dan mempelajari


banyak perkara baru yang sebelum ini tidak saya ketahui. Kursus ini juga memberikan saya
kesedaran untuk menghargai dan lebih memahami etnik-etnik dan budaya yang berbilang
kaum di dalam Malaysia.

Apa yang saya faham sebelum ini, hubungan etnik hanyalah sekadar hubungan sesama
etnik yang berbilang kaum dan tidak lebih dari sekadar pengetahuan nama etnik-etnik yang
wujud. Namun pemahaman saya berubah setelah saya mempelajari kursus ini. Ternyata
hubungan sesama etnik adalah sangat penting untuk di harmonikan kerana dengan wujudnya
perpaduan sesama etnik negara kita mampu untuk mencapai politik dan ekonomi yang stabil.
Saya kini menyadari bahawa hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan
kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan sesama etnik ternyata
memperlihatkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat.

Saya selaku pelajar dan juga seorang pekerja akhirnya kini mula menghargai setiap
suku kaum yang ada di persekitaran saya. Secara jujurnya sebelum saya memahami kursus
ini, saya sedikit bersikap prejudis terhadap sesetangah etnik yang terdapat di persekitaran
saya. Ternyata selama ini saya salah dalam menilai dan memahami suku kaum lain yang
mungkin bagi saya agak antagonis terhadap kaum lain. Kini tidak lagi, kerana sebagai rakyat
Malaysia kita semua adalah satu bangsa walau hanya berbeza etnik dan setiap kaum
keunikannya yang tersendiri.

Seterusnya dalam jurnal ini, saya akan menjelaskan betapa saya mendapat banyak
pengalaman menarik sepanjang mempelajari kursus ini. Pensyarah saya telah memberikan

15
960229
125054001
MPU3112
pengetahuan baru tentang teknik pembelajaran berkesan yang dapat saya aplikasikan
sepanjang saya menuntut ilmu di Open Universiti Malaysia. Yang mana pensyarah telah
mengajarkan kepada kami bagaimana cara terbaik untuk mudah memahami topik yang
dibincangkan. Sepanjang berada dalam pembelajaran, saya dapat mengeratkan hubungan
silaturahim sesama rakan sekelas saya. Kami saling bertoleransi dan bertukar pendapat dalam
memahami sesuatu topik.

Di akhir jurnal ini saya akan akan menyatakan bahawa setiap pengetahun yang telah
saya perolehi dalam kursus ini akan saya aplikasikan dalam kehidupan seharian saya bagi
mengekalkan keharmonian dan keamanan sesama hubungan etnik yang berbeza-beza. Oleh
itu saya ingin mencadangkan agar pendedahan tentang hubugan etnik ini dapat dijadikan
sukatan pembelajaran diperingkat sekolah rendah lagi agar mereka menghargai dan bergaul
sesama kaum tanpa bersikap rasis terhadap kaum lain.

( 2720 patah perkataan )

16
960229
125054001
MPU3112
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

abdullah, m. s. (2017). mpu3112 hubungan etnik. malaysia: open university malaysia.


akin, n. (2012). pemangkin dan penghalang kepada perpaduan kaum dan integrasi nasional.
scribd.com. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/85203504/PEMANGKIN-
DAN-PENGHALANG-KEPADA-PERPADUAN-KAUM-DAN-INTEGRASI-
NASIONAL-1957-1969

bakar, n. a. (2018). budaya gotong-royong subur terserlah. melaka: berita harian online.

burhan, l. (2017). kelebihan gotong-royong dalam masyarakat. Retrieved from


http://gotongroyongpenyiaranislampkt.blogspot.com/2017/02/kelebihan-amalan-
gotong-royong-dalam.html

dem1b, p. (2016). integrasi kaum di malaysia. blogspot.com. Retrieved from


http://integrasikaumdimalysia.blogspot.com/2016/08/integrasi-kaum-di-malaysia.html

ibrahim, d. s. (2018). olkn jawapan terbaik tangani isu perkauman. mstar online. Retrieved
from https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/11/28/plkn

kelebihan amalan gotong-royong dalam masyarakat. (2017). Retrieved from


http://gotongroyongpenyiaranislampkt.blogspot.com/2017/02/kelebihan-amalan-
gotong-royong-dalam.html

Kurup, P. M. (2015). perkukuh integrasi kaum dalam kesatuan pelbagai etnik. kuala lumpur:
universiti sains malaysia.

nadarajan, y. (n.d.). usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. academia.


Retrieved from https://www.academia.edu/8085185/Usaha-
usaha_mewujudkan_perpaduan_kaum_di_Malaysia

net, k. (2012). kebaikan menyertai PLKN. Retrieved from


https://karangan.net/2012/02/kebaikan-menyertai-plkn/

17
960229
125054001
MPU3112
sepiaal, m. b. (2017). perayaan-perayaan agama di malaysia mewujudkan semangat
perpaduan dalam masyarakat. politeknik sultan azlan shah. Retrieved from
http://semangatdtk5a.blogspot.com/2017/03/

study, s. (2013). faedah-faedah bersukan kepada masyarakat. stpm sudy. Retrieved from
http://stpm-study.blogspot.com/2013/10/faedah-faedah-bersukan-kepada-
masyarakat.html

su, s. (2013). konsep akomodasi. Retrieved from


http://int.search.myway.com/search/GGmain.jhtml?ct=ARS&n=78589c57&p2=
%5ECGW%5Exdm221%5ETTAB02%5Emy&pg=GGmain&pn=1&ptb=221A604C-
7232-45AF-B8A5-
75D3D0704774&qs=&si=adwords&ss=sub&st=hp&trs=wtt&searchfor=KONSEP+A
KOMODASI&feedurl=ars%252Ffeedback%253Foriginal

Tang, P. (2015). integrasi nasional - Halangan. EDU3093. Retrieved from http://pltang-


edu3093.blogspot.com/2015/02/integrasi-nasional-halangan.html

http://myanbarassi97.blogspot.com/2016/09/konsep-kongsi-raya-dalam-memupuk.html
(gambar rajah 3.1)

HTTPS://WWW.GOOGLE.COM/URL?
SA=I&SOURCE=IMAGES&CD=&VED=2AHUKEWIIT4YV6TNLAHWBQY8KHEC
PDJQQJRX6BAGBEAQ&URL=HTTPS%3A%2F%2FWWW.HMETRO.COM.MY
%2FMUTAKHIR%2F2017%2F09%2F262234%2FPELATIH-PLKN-BERMINAT-
CEBURI-BIDANG-KEMAHIRAN&PSIG=AOVVAW2NDOXR5UQO1-V2QB-
BJRJU&UST=1573275356899971 (gambar rajah 3.2)

http://www.jbsn.gov.my/en/jbs-perak/item/4973-aktiviti-kemasyarakatan-sebagai-medium-
memupuk-semangat-perpaduan-sesama-rakyat.html (gambar rajah 3.3)

https://pppsr.weebly.com/sejarah--perkembangan-permainan.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sepak_takraw

HTTPS://WWW.GOOGLE.COM/URL?
SA=I&SOURCE=IMAGES&CD=&VED=2AHUKEWJDGCVIHDRLAHVJUO8KHX
T8DCSQJRX6BAGBEAQ&URL=HTTPS%3A%2F%2FWWW.HMETRO.COM.MY
%2FNODE%2F82165&PSIG=AOVVAW1ZJMHO-
YUPEGAIXCZAASAV&UST=1573282859323158 (gambar rajah 3.4)

18
960
229125054001
MPU3112

19

You might also like