You are on page 1of 16

DIPLOMA PERAKAUNAN

JAC1102A

LAPORAN KERTAS KERJA

PERPADUAN ASAS DAN CABARAN


PERPADUAN DI MASYARAKAT

AHLI KUMPULAN :
NO. NAME STUDENT ID GROUP CONTACT
1. Nurul Izza Eliyana Binti Mohd Ali 2021611178 JAC1102A 01111277580
2. Nur Adilah Damia Binti Abdullah 2022770237 JAC1102A 01126569699

3. Ainin Sofiya Wadhihah Binti Mohd 2022762281 JAC1102A 0189120959


Parizam
4. Aleeya Antasha Abdullah 2022744843 JAC1102A 0147184020

NAMA PENSYARAH:
ENCIK MOHAMMAD ZAINODIN BIN MUSTAFFA

SEMESTER 2
SESI 2021/2022
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Halaman
1) Pengenalan 3
2) Dasar Perpaduan 4-6
2.1 Konsep Perpaduan
2.2 Definisi Perpaduan
2.3 Sejarah Perpaduan
3) 3.0 Punca Perpaduan Asas Dan Cabaran Perpaduan Di 7-10
Masyarakat
4) 4.0 Punca Perpaduan Asas Dalam Kalangan Masyarakat 11-13
5) 5.0 Kesimpulan 14
6) 6.0 Rujukan 15
1.0 PENGENALAN
Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua
perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam
bidang Sosiologi ataupun sains kemasyarakatan. Perpaduan juga dapat dapat
dikatakan sebagai hubungan erat atau bersifat. Toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
Bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain, perpaduan adalah proses
menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu ersama dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan negara. ( https://anyflip.com )
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat adalah berbeza. Ianya dikatakan
berbeza kerana dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan
hubungan kekeluargaan, nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat
yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan bersama yang
menyumbang kepada perpaduan bersama atau masyarakat. Malaysia adalah sebuah
negara yang terdiri daripada lebih 200 etnik dan merupakan salah satu contoh negara
yang mengamalkan konsep perpaduan dengan ramainya penduduk berbilang kaum
seperti kaum Melayu, India, Cina dan lain lain. Dengan adanya penduduk yang pelbagai
budaya ini, perpaduan etnik atau sebaliknya sentiasa menjadi agenda dalam
pengurusan masyarakat dan pemerintahan negara ini. Oleh kerana wujudnya
kepelbagaian budaya, agama dan ersam dalam kalangan rakyat di negara ini, maka
tercetuslah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. ( https://anyflip.com )

Boleh dikatakan bahawa perkauman akan sentiasa menjadi batas batas pemisah
antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini seterusnya boleh melahirkan ketegangan dan
konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya pertumpahan
darah. Perpaduan tidak akan pernah tercapai sekiranya kita selalu menekankan isu
perkauman yang berada di Malaysia. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir
dan bertindak bersama mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang

suasana negara yang lebih aman, selamat dan damai. Secara tidak langsung, dapat
meningkatkan kemajuan Tanah Air yang tercinta. ( https://anyflip.com )

2.0 Dasar Perpaduan

2.1 Konsep Perpaduan

Kesepaduan sosial (social cohesion) ialah ungkapan dan konsep yang digunakan
oleh pakar akademik untuk menerangkan pengalaman Malaysia dalam aspek
hubungan etnik sejak 13 Mei 1969. Sehingga kini, secara purata masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan etnik telah hidup aman damai,
stabil dan harmoni kerana wujudnya kesepakatan sosial (social bonding) yang telah
dibina sejak dahulu. ( https://anyflip.com )

Wujudnya kesepaduan sosial tidak bererti tiada perbezaan dan konflik dalam
sesebuah masyarakat. Perbezaan dan konflik tetap wujud kerana melibatkan hubungan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan. Hakikatnya,
kesepaduan sosial dan integrasi nasional menjadi prasyarat dalam merintis jalan
puncak ke matlamat akhir, iaitu perpaduan. ( https://anyflip.com )

2.2 Definisi Perpaduan

Perpaduan secara umumnya ditakrifkan sebagai kesamaan dan kesatuan dalam


membentuk identity nasional seperti satu bangsa dan satu bahasa. Mengambil kira
konteks negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, bahasa, agama dan budaya
maka konsep perpaduan yang ditekankan ialah “Perpaduan dalam Kepelbagaian”. (
https://anyflip.com )

Hal ini berlaku demikian kerana berdasarkan sejarah, rakyat Malaysia telah
menerima fakta bahawa masyarakatnya ialah masyarakat majmuk. Perubahan
demografi dari segi jumlah populasi rakyat mengikut pecahan etnik telah banyak
berubah sejak tahun 1970-an sehingga kini. Pada masa yang sama, wujud pelbagai
sistem persekolahan, iaitu sekolah arus perdana, sekolah vernakular, sekolah agama
dan sekolah antarabangsa. Semua individu kekal dengan pegangan agama,
pengenalan etnik dan budaya masing-masing. Oleh sebab perbezaan ini, maka usaha
ke arah mewujudkan perpaduan di Malaysia perlu dilengkapi dan dilandasi dengan
usaha integrasi secara berterusan. ( https://anyflip.com )

2.3 Sejarah Perpaduan

Dasar pecah dan perintah oleh penjajah British menyebabkan wujudnya jurang
antara etnik di Malaysia yang terpisah dari aspek demografi, ekonomi, politik, bahasa,
pendidikan dan pergaulan harian yang memberi kesan kepada perpaduan negara. (
https://anyflip.com )
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan pencetus kepada beberapa usaha serta
komitmen Kerajaan dalam menangani isu perpaduan sehingga Rukun Negara
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Pada peringkat awal, langkah yang telah diambil
berupa tindakan segera yang bertujuan untuk mengekalkan kestabilan politik,
keselamatan dan keharmonian negara. Pelbagai langkah dan tindakan dibuat pada
ketika itu untuk mewujudkan perpaduan rakyat antaranya menggalakkan interaksi sosial
yang lebih tertumpu pada penyertaan masyarakat berbilang etnik dalam majlis dan
perayaan yang dianjurkan. ( https://anyflip.com )

Tumpuan awal telah diberikan kepada usaha merapatkan jurang ekonomi yang
wujud antara etnik melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan secara
langsung DEB telah menjadi kerangka untuk memperkukuh perpaduan di Malaysia.
Bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (RMKe-2) hinggalah Rancangan Malaysia
seterusnya, Kerajaan telah menerapkan elemen pengukuhan dan kesepaduan sosial
dalam setiap dasar yang diperkenalkannya. ( https://anyflip.com )

Sebelum ini, Kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan kesepaduan sosial melalui
dasar-dasar negara yang berbeza antaranya termasuklah Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Dasar Sosial Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar
Keselamatan Negara, dan Dasar Komuniti Negara. Dasar-dasar ini telah memberikan
impak positif untuk mewujudkan keamanan dan kemakmuran, namun jurang keyakinan
antara etnik masih ada. ( https://anyflip.com )

Menerusi penggubalan Dasar Perpaduan Negara, dasar ini berperanan sebagai


dasar payungbagi semua usaha dan komitmen Kerajaan dalam mengukuhkan
perpaduan dan integrasinasional. Kini, wujud pelbagai cabaran baharu yang memberi
kesan kepada perpaduan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan etnik dan
penganut agama yang berbeza. Situasi ini semakin mencabar lag dengan fenomena
globalisasi, kemajuan teknologi dan komunikasi tanpa sempadan, pergerakan manusia
yang kian meningkat serta persuxitaran politik berasaskan perkauman.(
https://anyflip.com )

Melalui Dasar Perpaduan Negara, isu dan cabaran yang telah dikenal pasti akan
dikaji dan diperhalus dari pelbagai aspek bagi mencari formula penyelesaian terbaik.
Dasar ini menetapkan hala tuju bag memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan
melalui strategi-strategi khusus agar perpaduan menjadi budaya dan amalan hidup
yang diperakui, dihargai dan diimpikan oleh setiap warga Malaysia.( https://anyflip.com )

3.O PUNCA PERPADUAN ASAS DAN CABARAN PERPADUAN DI MASYARAKAT

Di Malaysia, risiko untuk berlakunya ketegangan antara kaum adalah besar


memandangkan kewujudan pelbagai kaum, budaya dan agama. Umumnya terdapat
tiga faktor penting yang menghalang kepada integrasi nasional yang memberi impak
yang negatif khususnya kepada pembangunan negara. Faktor-faktor tersebut secara
keseluruhannya menyangkut soal nilai dan sikap masyarakat iaitu prasangka,
perkauman dan etnosentrisme. Walau bagaimanapun terdapat juga penyebab dan
pengukuh penghalang integrasi seperti kejahilan tentang kumpulan-kumpulan etnik lain,
proses pemasyarakatan yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri, politik perkauman,
perbezaan sosio-ekonomi, perbezaan kebudayaan dan segragasi atau pemisahan
fizikal. Faktor-faktor ini sebenarnya berpunca dari era penjajahan British yang
menjalankan ‘Dasar Pecah dan Perintah’. Keadaan ini berterusan pada zaman
penjajahan Jepun antara kaum Melayu dan kaum Cina yang terbabit dalam bidang
perniagaan. Sikap Jepun yang anti dengan kaum Cina dan amat berat sebelah
terhadap kaum tersebut telah menimbulkan keadaan tidak puas hati dalam kalangan
kaum Cina. kesan daripada perasaan itu tercetusnya konflik hubungan etnik di
Malaysia. ( https://www.ipendidikan.my )

Dasawarsa ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, lantaran terlalu
dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun
disebalik itu, beberapa kali juga tersentak oleh pelbagai permasalahan perkauman yang
dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Negara Malaysia mengecapi kemerdekaan hasil
usaha kesemua rakyat pada ketika itu, tanpa mengira bangsa dan agama untuk hidup
harmoni bersama-sama. Namun, hari ini kita sering melihat siaran berita di televisyen
dan video-video perkongsian di laman sosial menggugat perpaduan kaum yang telah
terbina sejak dahulu lagi. Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku di
mana kekurangan sifat toleransi merupakan nilai yang penting bagi mencari
kemajmukan dalam kalangan masyarakat hari ini. ( https://www.ipendidikan.my )

Punca pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik di Malaysia
yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik
sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang
mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. ( https://www.ipendidikan.my )

Punca kedua adalah dominisasi sesebuah kaum dalam sesuatu bidang ekonomi
juga telah mewujudkan jurang ekonomi antara perkauman. Kesan ini telah pun timbul
sejak dari zaman penjajahan British lagi, iaitu dimana kaum Melayu menjadi petani dan
nelayan, kaum India pula diletakkan di ladang getah serta kaum Cina pula bekerja
sebagai pedagang dan melakukan perlombongan. Setelah kemerdekaan dicapai,
berlaku perubahan di mana setiap kaum mendapat peluang pendidikan dan mampu
berjaya sekiranya berusaha dengan betul. ( https://www.ipendidikan.my )

Punca seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem
pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang
kurang baik. Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadi
hubungan masyarakat semakin renggang kerana tidak dapat mengeratkan hubungan
antara kaum yang berbeza. Mutakhir ini masih ramai rakyat yang merupakan
warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu.Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu
sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita
berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika
masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan
berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan
toleransi antara satu sama lain. ( https://www.ipendidikan.my )

Punca berikutnya, ledakan teknologi hari ini juga merupakan kesan dalam
mengekalkan perpaduan kaum. Kemudahan media massa dan sosial yang semakin
pantas dalam menyampaikan sesuatu teks atau video telah menunjukkan sisi
negatifnya. Penyebaran fitnah dan berita palsu semakin menular terutamanya apabila
isu tersebut menyentuh sensitiviti perkauman atau agama. Setiap individu sewajarnya
bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan atau berkongsi sesuatu perkara
yang sensitif dan mungkin tidak sahih. ( https://www.ipendidikan.my )

Mengenai konsep ini, sudah jelas akan intipati dan matlamat penubuhannya namun
jika konsep ini tidak diberi perhatian dan tidak ada niat untuk mengetahui, semestinya
konsep ini sia-sia belaka. Oleh yang demikian, masalah yang perlu dikaji dan diberi
perhatian di sini ialah dengan melihat bagaimana untuk menghadapi dan mengatasi
cabaran-cabaran yang timbul dalam usaha untuk memperkasakan pelaksanaan
konsep. Kesan ini adalah untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama
dan budaya serta tidak mengenal umur, jantina, taraf kehidupan. (
https://www.ipendidikan.my )

Pihak kerajaan dilihat berusaha untuk menyampaikan informasi dan maklumat


berkaitan dengan negara. Kerajaan juga telah membelanjakan jutaan wang Ringgit
Malaysia dalam penyediaan hadiah kepada pemenang, iklan di televisyen, surat
khabar,di papan iklan, kempen dan juga seminar. Namun begitu ianya belum tentu
mencapai matlamat untuk menarik perhatian masyarakat keseluruhannya. Usaha
kerajaan ini juga tidak jelas dalam mencari golongan sasaran utama dalam
mempromosikan konsep ini agar sasaran utama akan mempengaruhi kelompok-
kelompok masyarakat lain. ( https://www.ipendidikan.my )

Implementasi kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan konsep ini


sememangnya merupakan suatu inisiatif yang baik, namun boleh dikatakan strategi dan
pelan tindakan mereka tidak begitu memuaskan. Mengenai usaha untuk menidik dan
menyamai perasaan kekitaan melalui konsep bukannya mudah. Ia memerlukan
perancangan yang rappi dan memakan masa yang lama. Hal ini kerana bukan mudah
untuk mendidik masyarakat menuju ke arah perpaduan dan mempunyai nilai-nilai
murni. Ini disebabkan golongan masyarakat adalah manusia yang mempunyai akal
fikiran yang berlainan dan juga mempunyai hati dan perasaan. (
https://www.ipendidikan.my )

Perancangan jangka pendek dan dibuat secara tergesa-gesa akan membawa


kepada hasil yang tidak akan mencapai matlamatnya, sebaliknya ia akan membawa
kepada signifikan yang negatif kepada kerajaan, khususnya yang menjadi batu asas.
Imej kerajaan akan tercalar jika konsep ini tidak memberi sebarang perubahan kepada
masyarakat dan negara dan kerajaan akan menerima kritikan daripada rakyatnya
sendiri serta daripada negara dan masyarakat luar akibat sambutan yang kurang
memuaskan dan idea yang tidak begitu baik serta banyak wang RM (Ringgit Malaysia)
yang diguna-pakai bagi menjayakannya. ( https://www.ipendidikan.my )
4.0 KEPENTINGAN PERPADUAN ASAS DALAM KALANGAN MASYARAKAT

Seperti mana kita tahu, Malaysia mempunyai pelbagai kaum, agama dan
bahasa. Hal-hal ini telah membawa kepada kunci pembentukan perpaduan. Definisi
perpaduan secara umumnya ialah suatu proses menyatukan masyarakat. Perpaduan
asas dalam kalangan masyarakat kita amat penting agar sesuatu yang tidak dingini
tidak berlaku. Secara umumnya, isu yang sering berlaku apabila kurangnya perpaduan
adalah berlakunya perkauman dan kurang sifat toleransi antara satu sama lain.
Perpaduan ini patut dipupukkan dari kita peringkat awal usia seperti pepatah melayu
pernah berkata melentur buluh biarlah dari rebungnya kerana kanak kanak lebih mudah
dibentuk dan mendengar kata. Kita sepatutnya bersyukur kita dilahirkan di Malaysia
kerana kita dibiasakan dengan kepelbagaian kaum yang dapat melahirkan sifat
perpaduan dalam diri dan ditambahkan lagi dengan kebijaksaan para pemimpin yang
sering mengutamakan perpaduan bagi membina negara bangsa yang maju kehadapan.

Banyak kepentingan perpaduan yang dapat diperolehi jika perpaduan sentiasa


dikukuhkan oleh masyarakat sejagat. Seperti mana yang kita, jika kita memupuk
perpaduan dalam masyarakat, keharmonian antara masyarakat dapat dilahirkan dan
keamanan negara sentiasa terjamin. Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi penyumbang
kesedaran kepada masyarakat kita bahawa perkauman dan ketidaksefahaman antara
satu sama lain tidak membawa kebaikan dan memberikan kesan buruk terhadap
individu, masyarakat dan negara. Namun kini, kita telah menjadi masyarakat yang lebih
baik kerana setiap manusia belajar dari sejarah maka masyarakat kini lebih bertolak
ansur antara satu sama lain, saling hormat- menghormati dan sering bekerjasama
dalam suatu aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong dan rumah terbuka. Hal-hal
inilah yang menyumbang keharmonian dan keamanan negara kerana sifat prejudis
kepada masyarakat lain itu tidak wujud. ( https://youtu.be/JWYOooYY14A )

Selain daripada keharmonian dan keamanan masyarakat dapat diwujudkan,


perpaduan masyarakat juga dapat menarik perhatian para pelancong luar negara
kerana Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dari setiap kaum, variasi makanan
yang berbeza dan kepelbagaian rumah ibadat dari agama yang berbeza yang terdapat
di Malaysia yang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Keunikan dan kepelbagaian
inilah yang menarik perhatian para pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan Asia
Timur datang ke Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga mampu menjadi contoh kepada
mata dunia kerana perpaduan kita dapat dilihat jelas dari salah seorang pelancong
daripada Perancis yang popular di laman TikTok iaitu Alwin GC. Beliau telah melawat
Malaysia selama tiga bulan dan terdapat satu video beliau mengatakan bahawa beliau
amat suka masyarakat Malaysia kerana mereka baik hati, sentiasa senyum apabila
melihat orang lain dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain. Dari sini kita
boleh lihat terdapat mata mata yang melihat dan meneliti perpaduan kita. Maka, kita
sebagai masyarakat mestilah memantapkan lagi perpaduan kita agar kita dapat menjadi
antara contoh negara yang sentiasa bersatu padu. ( https://youtu.be/JWYOooYY14A ,
https://vt.tiktok.com/ZSRKaWpyt/ )

Seterusnya, perpaduan boleh menjadi punca ekonomi negara menjadi stabil.


Apabila sekali dengar mungkin tidak masuk akal, tetapi ia boleh dibuktikan melalui
pelbagai kaum dan bangsa telah pun menceburi bidang ekonomi sedangkan pada
zaman jajahan, hanya orang Cina yang banyak berniaga jika dibandingkan dengan
orang Melayu yang banyak menjadi petani dan orang India kebanyakan di estet ladang
estet getah. Ini menunjukkan bahawa dahulu terdapat pembahagian kerja yang telah
menjadi penghalang untuk menceburi bidang ekonomi. Namun kini, terpadat pelbagai
kaum yang telah menceburi bidang ekonomi dan kesannya masyarakat tidak bergaduh
antara satu sama lain dan ianya menjadi lebih adil kerana pada zaman dahulu terdapat
pembahagian kerja. Maka, hal ini dapat mengekalkan keamanan masyarakat dan
negara dan sekaligus dapat menstabilkan ekonomi negara kerana tiada isu perpecahan
kaum yang boleh menggugatkan kestabilan ekonomi negara. Selain itu, ekonomi
negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia
juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara.
Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu,
perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.
(https://youtu.be/JWYOooYY14A )

Akhir sekali, perpaduan masyarakat amat penting bagi mengekalkan kestabilan


politik negara. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin
keutuhan struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran Negara pula perlu
dilaksanakan secara sistematik kerana banyak negara luar yang gemar berurusan
dengan pemimpin Malaysia. Perpaduan masyarakat amat penting kerana ia dapat
memudahkan urusan politik negara kerana dengan tiadanya perkauman dan
pergaduhan, para ahli politik mudah menguruskan politik bagi membina negara yang
maju dan dapat membuktikan bahawa Malaysia adalah satu negara yang mudah untuk
memberi Kerjasama dalam hubungan diplomatik dengan negara yang lain dengan
melihat cara melihat bagaimana pemimpin memimpin negara dan rakyatnya . Impak
positif yang berlaku ialah Negara Malaysia dapat melebarkan ruang lingkup jalinan
persahabatan dan perdagangan bagi mencakupi arena global. Oleh itu, perpaduan
masyarakat yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberi pulangan yang
lumayan kepada Malaysia bak kata pepatah Melayu pucuk dicita, ulam mendatang
kerana kedua-duanya memberikan faedah kepada Malaysia.
(https://youtu.be/JWYOooYY14A )

5.0 KESIMPULAN

Intihannya, peranan kerajaan dalam memastikan perpaduan kaum kekal


harmoni adalah amat besar serta diiringi dengan pelbagai cabaran. Pihak kerajaan
telah memberikan sepenuhnya tenaga dan usaha bagi menyatupadukan rakyat majmuk
di Malaysia. Usaha usaha ini diberikan dalam pelbagai kaedah bagi menjangkau rakyat.
Perpaduan rakyat merupakan antara cabaran paling penting bagi membangunkan
negara ersama yang lebih maju. Aspek politik, ekonomi dan ersam adalah cabaran
utama bagi meningkatkan sikap bertoleransi dalam diri masyarakat. Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai inisiatif melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Dasar “Sukan Alat Perpaduan” dan juga Wawasan 2020
bagi menembusi halangan dan cabaran pada masa hadapan. Rakyat yang hidup dalam
keadaan yang harmoni dan ersama padu merupakan alat yang paling penting bagi
menjamin kemerdekaan negara. Selain iu, perpaduan juga mampu melahirkan sebuah
negara yang membangun. Impak positif perpaduan kaum jelas terpapar melalui
keharmonian dalam masyarakat, peningkatan dalam prestasi perlancongan, kemajuan
dalam ekonomi serta peningkatan imej negara di serata dunia. Masyarakat Malaysia
juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal
dalam kemerdekaan. Pelbagai usaha telah diambil tetapi belum cukup untuk
mengekalkan perpaduan kaum dalam negara ini. Kestabilan politik dan ekonomi
merupakan antara aspek yang bakal menentukan keutuhan perpaduan kaum dalam
negara ini. Diharapkan agar setiap di antara kita sedar betapa nikmatnya untuk hidup
bersama sama dengan kaum dan agama lain secara harmoni dan sejahtera. Cabaran
mengekalkan perpaduan kau mini sebenarnya merupakan tugas kita sendiri dalam
memastikan pemimpin yang adil dipilih, amalan sikap toleransi serta bertolak ansur
dilaksanakan dalam kehidupan harian masing masing. Bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Semoga 64 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan
masyarakat untuk menobatkan Malysia agar popular di seluruh sarwa jagat ini. Laungan
“Malaysia Boleh” perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni
oleh negara luar. Kesan kesan positif inilah yang harus dicapai dan dikekalkan supaya
dapat menunaikan semangat kekitaan dalam diri masyarakat di Malaysia. (
https://anyflip.com )

6.0 RUJUKAN

1. LAMAN WEB
 http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-
perpaduan.html
 https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35444/1/35444.pdf
 https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/view/
442/440
 https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalam-mengekalkan-perpaduan-
kaum.html
 https://anyflip.com/yjeot/kxbt/basic
 https://vt.tiktok.com/ZSRKaWpyt/
 https://youtu.be/JWYOooYY14A

You might also like